frasakerja

19
Frasa Kerja Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. - Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan. - Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.

description

a

Transcript of frasakerja

Page 1: frasakerja

Frasa Kerja

Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan intinya kata kerja.

Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

- Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan.

- Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.

Page 2: frasakerja

BINAAN FRASA KERJA

Frasa kerja yang tidak mengandungi

objek

Frasa kerja yang mengandungi objek

Page 3: frasakerja

BINAAN FRASA KERJA

I. Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa

nama sebagai objek untuk melengkapkannya.

Contoh :

1. Ahmad menang.

2. Adik sedang tidur.

Frasa kerja demikian

mengandungi kata kerja tak transitif

Page 4: frasakerja

II. Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.

Contohnya :

BINAAN FRASA KERJA

SubjekFrasa Kerja

Kata Kerja Objek Keterangan

1. Abu membaca majalah itu.

2. Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.

3. Dia menjalankan tugasnya dengan baik.

Page 5: frasakerja

Binaan frasa kerja tanpa objek

Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai Intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.

Frasa kerja tak transitif ialah jenis kata yang tidak disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek.

Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat tersebut boleh mengalami ayat pasif.

Page 6: frasakerja

Jenis kata kerja tak transitif

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

Kata kerja tak transitif dengan Kata

Nama sebagai Penerang

Kata kerja tak transitif dengan pelengkap

Kata adjektif sebagai

pelengkap

Frasa sendi nama sebagai

pelengkap

Kata nama sebagai

pelengkap

Page 7: frasakerja

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

• Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya :

1. Semua penonton duduk.

2. Padi menguning.

3. Dia tercengang.

Page 8: frasakerja

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP

• Kata kerja yang tidk mempunyai makna sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.

• Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah :

I. kata adjektif sebagai pelengkap

- Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah, dan miskin.

Contoh ayat :

1. Badannya menjadi lemah.

2. Mereka tidak berbuat jahat.

Page 9: frasakerja

II. Frasa sendi nama sebagai pelengkap

Frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna “tempat”. Contoh kata demikian ialah berada, tinggal, menetap, bemaustatin, membelok, singgah dan sebagainya.

Contoh ayat :

1. Mereka tinggal di Sibu Jaya.

2. Keretanya membelok ke kanan.

Page 10: frasakerja

III. Kata nama sebagai pelengkap

Pelengkap ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif.

Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian.

1. Kata kerja yang berimbuhan ber-…-kan

2. Kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada.

Contohnya : 1. Dia berbantalkan lengan.

2. Pengemis itu berbantalkan rumput.

3. Pak Kaduk berbajukan kertas.

Contohnya :1. Dia menjadi guru.

2. Orang itu ada harta.

Page 11: frasakerja

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KATA NAMA SEBAGAI PENERANG

Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan.

Kata nama tersebut hanya sebagai penerang bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna ayat.

Page 12: frasakerja

• Contohnya :

SubjekFrasa Kerja

Kata Kerja Penerang

Lelaki itu berseluar jean.

Kanak-kanak itu

berbaju Melayu.

Mereka bersawah padi.

keluarganya berkedai kopi.

Peladang itu berkebun kelapa.

Page 13: frasakerja

BINAAN FRASA DENGAN OBJEK

• Contohnya :• 1. Saya menjawab surat itu. • 2. Dia tidak mengabaikan tugasnya.

Frasa kerja dengan satu

objek

• Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif.

• Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung dan objek sipi tidak menjadi penyambut secara langsung.

• Contoh ayat:• 1. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.• - Ali objek tepat dan buku ialah objek sipi

Frasa kerja dengan Dua

objek

Page 14: frasakerja

Frasa kerja dengan kata

bantu

Kata Bantu Aspek

Menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan.

Kata Bantu ragam

Menerangkan ragam

(atau suasana perasaan) sesuatu

perbuatan.

Page 15: frasakerja

Kata Bantu Aspek- Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek

masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dilakukan, contohnya :

Contoh ayat :

1. Saya pernah melihat orang itu.

2. Adik saya masih tidur lagi.

3. Ibu belum memasak nasi.

Kata Aspek Bantu

Sudah dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan

SudahTelahpernah

sedangmasih

belumakan

Page 16: frasakerja

Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama

Belum + pernahMasih + belumMasih + sedangSudah + pernahTelah + pernahBaru + sudahSudah + mula

Akan + sedangBelum + akanSedang + masihPernah + akanTelah + masih

Kata Bantu Aspek

Dalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama dan tidak boleh

hadir bersama. Contohnya :

Page 17: frasakerja

Kata Bantu Ragam

-Hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja. Antara kata-kata bantu jenis ini termasuklah :

Contoh ayat :

1. Pak Ali hendak mengembara ke Afrika.

2. Mereka mahu berjalan lagi.

3. Kamu boleh pergi sekarang.

hendakmahuharus

boleh dapat mesti

Page 18: frasakerja

Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama-sama

Harus + mahuHarus + dapatMesti + mahuMesti + dapat

Hendak + mahuMahu + mestiBoleh + mestiMahu + harus

Kata Bantu Ragam

Dalam bahasa Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama dan tidak boleh hadir bersama.

Contohnya :

Page 19: frasakerja

• Kata bantu aspek juga boleh hadir bersama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutnya. Misalnya :

Kata bantu aspek + kata bantu ragam

Kata bantu ragam + kata bantu aspek

Contohnya :1. Hamdan sedang hendak

ke pasar.2. Dia belum hendak makan.3. Herman akan dapat

menjawab soalan ini.

Contohnya :1. Mereka mesti akan datang

lagi.2. Hazairi harus sudah tidur.3. Polis mesti telah

menangkap pencuri itu.