UMS Mikr NIOSH Bantu UMS Jayakan Pelaksanaan Keselamatan ...
Garis Panduan Penyerahan Dan Penulisan Tesis Disertasi UMS
Transcript of Garis Panduan Penyerahan Dan Penulisan Tesis Disertasi UMS
Garis Panduan Penyerahan dan
Penulisan Tesis/Disertasi Gaya UMS
PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2020
1
1. NAMA Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Penyerahan dan Penulisan Tesis/Disertasi Gaya UMS.
2. TUJUAN Tujuan garis panduan ini dihasilkan adalah untuk:
a) membantu pelajar pascasiswazah menulis tesis / disertasi dengan mengikut format yang seragam.
b) menerangkan secara ringkas konsep yang perlu ada dalam penulisan tesis / disertasi. c) memberi panduan kepada penyelia dan Pusat Pengajian Pascasiswazah mengenai
keseragaman bentuk penulisan tesis / disertasi.
3. TAKRIFAN Dalam garis panduan ini, dinyatakan butiran takrifan melainkan jika kandungan ayatnya mengkehendaki makna lain:
a) Tesis: Laporan kajian akademik yang dikemukakan oleh pelajar bagi memenuhi syarat keperluan program pengajian Sarjana Secara Penyelidikan dan Doktor Falsafah.
b) Disertasi: Laporan kajian akademik yang dikemukakan oleh pelajar bagi memenuhi syarat keperluan program pengajian Sarjana Secara Kerja Kursus.
c) Calon/Pelajar: Seseorang yang telah mendaftar untuk mengikuti Program Pengajian Pascasiswazah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
d) Penyelia: Ahli Akademik yang dicadangkan oleh Fakulti dan diluluskan oleh Jawatankuasa Senat untuk menyelia pengajian pelajar.
e) Tesis/Disertasi Lengkap: Naskhah berjilid keras yang telah melalui proses pembaikan.
4. MAKLUMAT TAMBAHAN Penyerahan Tesis /Disertasi Calon dikehendaki menyerahkan tesis / disertasi lengkap setelah diperiksa dan diperbaiki mengikut panduan yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian Pascasiswazah.
a) Syarat Penganugerahan Ijazah Pelajar dikehendaki memenuhi syarat ini bagi membolehkan mereka menerima ijazah masing-masing. Universiti tidak akan menganugerahkan ijazah kepada calon yang gagal berbuat demikian.
b) Simpanan Naskhah Tesis / Disertasi
2
Tiga (3) naskhah tesis / disertasi berjilid keras dan satu keping salinan cakera padat (CD) format PDF perlu diserahkan oleh pelajar kepada pihak berikut:
i. Satu keping salinan cakera padat (CD) bersama satu naskhah berjilid keras disimpan di Perpustakaan Universiti.
ii. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada Fakulti. iii. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada penyelia.
c) Plagarisme Pihak Universiti Malaysia Sabah memberikan kemudahan penggunaan perisian penyemak plagiarisme kepada pelajar untuk membantu mereka dalam menangani masalah plagiarism. Untuk tujuan penghantaran deraf tesis / disertasi bagi peperiksaan lisan Viva Voce, calon dikehendaki untuk menghantar satu salinan keputusan penyemak plagiarisme (tidak melebihi 30% kesamaan) yang telah disahkan oleh penyelia ke Pusat Pengajian Pascasiswazah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan peperiksaan lisan Viva Voce tidak akan dilaksanakan. d) Hak Milik Universiti Semua tesis / disertasi menjadi hak milik kekal Universiti Malaysia Sabah, iaitu hak cipta bentuk asal adalah dipunyai oleh Universiti, bukan penulis tesis / disertasi. Sebarang penerbitan yang melibatkan tesis / disertasi atau sebahagian daripadanya perlu mendapat kebenaran daripada pihak Universiti terlebih dahulu.
3
5. PANDUAN PELAJAR PENCALONAN PEMERIKSA TESIS PELAJAR PERINGKAT PERTAMA;
TINDAKAN PROSES 1 PROSES 2
PELAJAR
Muat turun dan Lengkapkan Borang Notis Penyerahan Tesis/Disertasi kemudian hantar ke F/P/I masing – masing.
Menyediakan Tesis (3 set – Sarjana, 4 Set – PhD) *Soft Cover, Double Sided Pages.
PENYELIA
Ulasan dan Pengesahan Borang Notis Penyerahan Tesis/Disertasi pelajar.
FAKULTI / PUSAT / INSTITUT (F/P/I)
Sokongan dan Pengesahan Borang Notis Penyerahan Tesis/Disertasi pelajar di peringkat Mesyuarat F/P/I bagi Cadangan Pemeriksa Luar dan Dalam.
PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH (PPPS)
Pengesahan Pemeriksa Tesis pelajar di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Pascasiswazah.
Pelantikan Pemeriksa Dalam dan Luar Memaklumkan kepada pelajar bagi penghantaran tesis ke PPPS
MESYUARAT SENAT
Kelulusan Pemeriksa Tesis pelajar di peringkat Mesyuarat Senat.
4
PENGHANTARAN TESIS PELAJAR PERINGKAT KEDUA;
TINDAKAN PROSES 1 PROSES 2 PROSES 3
PELAJAR
Muat turun dan lengkapkan Borang Penyerahan Tesis untuk Pemeriksaan kemudian hantar ke F/P/I masing – masing.
Penghantaran Tesis kepada PPPS + Borang Penyerahan Tesis untuk Pemeriksaan *Soft Cover, Double Sided Pages.
Pemakluman Tarikh Viva Voce
PENYELIA
Ulasan dan Pengesahan Borang Penyerahan Tesis untuk Pemeriksaan pelajar.
FAKULTI / PUSAT / INSTITUT (F/P/I)
Sokongan dan Pengesahan Borang Penyerahan Tesis untuk Pemeriksaan pelajar.
PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH (PPPS)
Penghantaran Tesis kepada Pemeriksa Luar dan Dalam.
Pemilihan dan Pengesahan Tarikh Viva Voce selepas terima Laporan Pemeriksa
PEMERIKSA
Menerima Tesis Pelajar Tempoh Pemeriksaan; Sarjana – 1 bulan PhD – 2 bulan
Hantar Laporan Pemeriksaan kepada PPPS
5
PELAKSANAAN PEPERIKSAAN LISAN (SIDANG VIVA VOCE) PERINGKAT KETIGA (KEPUTUSAN: 1-3 BULAN/3-6 BULAN);
TINDAKAN PROSES 1 PROSES 2 PROSES 3
PUSAT
PENGAJIAN PASCA
SISWAZAH
(PPPS)
• Sidang viva voce
berlangsung
• Surat Keputusan
dan Borang PPPS/HEA-Pep/0004
[pindaan 2017] diberikan kepada pelajar
• Terima tesis selepas
pembetulan daripada
pelajar berserta Borang PPPS/HEA-Pep/0004
[pindaan 2017] untuk
pengesahan dan serahan semula tesis kepada
pelajar setelah selesai semakan format / gaya
penulisan
• Terima Hardcover
dari pelajar
• Nama pelajar disahkan
dalam Mesyuarat JKP dan Mesyuarat
Senat (Lulus &
Tamat Pengajian)
PEMERIKSA
• Salinan Surat
Keputusan dihantar
kepada Pemeriksa Luar/Dalam untuk
makluman dan
rujukan
• Pemeriksa Dalam
tandatangan Borang
PPPS/HEA-Pep/0004 [pindaan 2017]
PENYELIA
• Salinan Surat
Keputusan dihantar kepada Penyelia
untuk makluman
dan rujukan
• Penyelia tandatangan
Borang PPPS/HEA-Pep/0004 [pindaan 2017]
FAKULTI / PUSAT /
INSTITUT
(F/P/I)
• Salinan Surat
Keputusan dihantar kepada F/P/I untuk
makluman dan
rujukan
• Dekan tandatangan
Borang PPPS/HEA-Pep/0004 [pindaan 2017]
PELAJAR
• Terima Surat
Keputusan, Borang PPPS/HEA-
Pep/0004 [pindaan 2017] serta salinan
laporan Pemeriksa (L/D)
• Membuat pembetulan pada
tesis bersama Pemeriksa (Dalam) dalam tempoh
masa pembetulan yang ditetapkan
• Dimaklumkan
mengenai Surat Lulus & Tamat Pengajian
6
PELAKSANAAN PEPERIKSAAN LISAN (SIDANG VIVA VOCE) PERINGKAT KETIGA (KEPUTUSAN: TANGGUH 12 BULAN) *Tanpa viva voce semula;
TINDAKAN PROSES 1 PROSES 2 PROSES 3 PROSES 4
PUSAT PENGAJIAN
PASCA SISWAZAH
(PPPS)
• Sidang viva voce berlangsung
• Surat Keputusan
dan Borang PPPS/HEA-
Pep/0003
[pindaan 2016] diberikan
kepada pelajar
• Terima tesis selepas
pembetulan daripada pelajar berserta Borang
PPPS/HEA-Pep/0003 [pindaan 2016] untuk
pengesahan dan
serahan semula tesis kepada Pemeriksa Luar
& Dalam untuk tujuan pemeriksaan semula
mengikut tempoh pemeriksaan asal:
• Penghantara
n Tesis kepada
Pemeriksa Luar dan
Dalam
• Menerima Laporan
Pemeriksaan kali kedua
• Mengadakan
Perbincangan Semula Keputusan
Sidang viva voce
(Dalaman) • Pemakluman
keputusan
kepada Pelajar
PEMERIKSA
• Salinan Surat
Keputusan
dihantar kepada
Pemeriksa Luar/Dalam
untuk
makluman dan rujukan
Menerima Tesis
Pelajar Tempoh
Pemeriksaan; • Doktor
Falsafah –
2 Bulan
• Sarjana –
1 Bulan
• Menghantar
Laporan
Pemeriksaan Tesis kepada PPPS
PENYELIA
• Salinan Surat
Keputusan
dihantar
kepada Penyelia untuk
makluman dan rujukan
• Penyelia tandatangan
Borang PPPS/HEA-
Pep/0003 [pindaan 2016]
FAKULTI / PUSAT /
INSTITUT
(F/P/I)
• Salinan Surat
Keputusan dihantar
kepada F/P/I
untuk makluman dan
rujukan
• Dekan tandatangan
Borang PPPS/HEA-Pep/0003 [pindaan 2016]
PELAJAR
• Terima Surat
Keputusan, Borang
PPPS/HEA-
Pep/0003 [pindaan 2016] serta salinan laporan
Pemeriksa (L/D)
• Membuat pembetulan
pada tesis bersama penyelia dalam tempoh
masa pembetulan yang
ditetapkan
7
6. ASPEK TEKNIKAL PENULISAN TESIS/DISERTASI 6.1 BAHASA
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (penggunaan selain daripada bahasa utama hendaklah dicondongkan)
6.2 PENAIPAN DAN PENCETAKAN TEKS
a) Tesis hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer dan dicetak dengan pencetak
laser. b) Menggunakan huruf Tahoma kecuali bahagian yang melibatkan simbol-simbol saintifik. c) Saiz huruf ialah 11 untuk teks utama manakala untuk nota kaki dan nota hujung ialah 9. d) Perenggan pertama tidak perlu diengsot (indent). Perenggan seterusnya dimulakan
dengan satu engsotan. e) Nombor halaman diletakkan di bahagian bawah muka surat pada kedudukan tengah (28
mm dari jidar bawah). f) Jidar kiri pada kedudukan 38 mm dari birai. g) Jidar kanan, atas dan bawah pada kedudukan 28mm. h) Warna huruf teks utama ialah hitam. i) Penggunaan selain daripada bahasa utama hendaklah dicondongkan. j) Jumlah perkataan dalam tesis (isi kandungan utama sahaja):
i. Secara Penyelidikan - Tesis Doktor Falsafah : Tidak melebihi 100,000 patah perkataan - Tesis Sarjana/Sarjana Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah perkataan ii. Secara Kerja Kursus - Disertasi Doktor Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah perkataan - Disertasi Sarjana : Tidak melebihi 20,000 patah perkataan
6.3 FORMAT TAJUK
a. Tajuk Tesis di Kulit Keras
i. Tajuk tesis ditaip dengan huruf besar, tebal dan bersaiz 18. ii. Kedudukan tajuk ditaip dengan menggunakan format tengah (piramid terbalik) di
tengah di antara jidar kiri dan jidar kanan.
iii. Tiada langkau jika tajuk melebihi satu baris. iv. Tidak boleh menggunakan perkataan ringkasan. v. Nama pelajar ditaip dengan huruf besar, tebal dan bersaiz 18. vi. Nama fakulti ditaip dengan huruf besar, tebal dan bersaiz 18. vii. Tajuk tesis tidak boleh melebihi 20 patah perkataan.
8
b. Tajuk Bab
i. Huruf besar, tebal dan bersaiz 14. ii. Kedudukan tajuk di tengah di antara jidar kiri dan jidar kanan. iii. Tiada langkau jika tajuk melebihi satu baris. c. Tajuk kecil dan sub tajuk
i. Huruf kecil, tebal dan bersaiz 11 dan menggunakan huruf besar pada setiap awal
perkataan (kecuali kata sendi nama dan kata hubung) ii. Kedudukan di kiri. iii. Tiada langkau jika tajuk melebihi satu baris.
6.4 SELANG BARIS Teks utama tesis ditaip dalam 1.5 langkau kecuali perkara-perkara berikut:
a. Tajuk Bab dan tajuk kecil/sub tajuk. b. Teks untuk Pengakuan. c. Teks untuk Pengesahan. d. Teks untuk Penghargaan. e. Abstrak Bahasa Melayu dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris. f. Senarai Kandungan kecuali antara tajuk bab: langkau 1.5 dibenarkan. g. Keterangan Jadual Rajah, Foto dan Notasi Muzik. h. Rujukan/ Bibliografi. i. Nota Kaki/Nota hujung. j. Teks petikan yang melebihi 40 patah perkataan (diletakkan pada perenggan baru
ditaip berasingan dengan satu engsotan dari kanan dan kiri). 6.5 PERENGGAN DAN AYAT
a. Setiap perenggan hendaklah disama ratakan. b. Perenggan pertama selepas tajuk dan subtajuk bermula di kiri dan tidak diengsot.
(Perenggan seterusnya dimulakan dengan engsotan sebanyak 12.5 mm (0.5 inci). c. Selang antara perenggan adalah berjarak 1.5 langkau. d. Perenggan baharu di bahagian bawah sesuatu halaman mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya dua baris ayat. Jika tidak, perenggan tersebut hendaklah dimulakan di halaman berikutnya.
e. Perkataan terakhir pada sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang. Perkataan yang lengkap hendaklah ditaip pada halaman berikutnya. Jika baris terakhir sesuatu perenggan menjadi baris pertama bagi halaman baru, panjangnya hendaklah sekurang-kurangnya satu baris.
f. Ayat tidak boleh dimulakan dengan nombor. g. Angka dalam teks hendaklah ditulis dengan perkataan jika bilangannya kurang
daripada sepuluh (10). Contoh: Lima percubaan, sembilan percubaan.
9
6.6 JIDAR (MARGIN)
6.6.1 Ukuran Jidar Bagi Muka Hadapan Tesis/Disertasi Kulit Luar
a. Jidar atas : 60 mm dari birai atas. b. Jidar bawah : 60 mm dari birai bawah. c. Kedudukan tajuk ditaip dengan menggunakan format tengah (piramid
terbalik) dengan menggunakan huruf tahoma 18.
6.6.2 Ukuran Jidar Bagi Halaman Pertama
a. Jidar atas : 60 mm dari birai atas. b. Jidar bawah : 60 mm dari birai kanan. c. Kedudukan tajuk ditaip dengan menggunakan format tengah
(piramid terbalik). 6.6.3 Ukuran Jidar Bagi Halaman Senarai Kandungan, Pengakuan, Pengesahan,
Pengesahan Penyelia, Penghargaan, Abstrak, Jadual, Rajah, Senarai Foto, Notasi Muzik, Istilah dan Lampiran
a. Jidar atas : 28 mm dari birai atas. b. Jidar kanan : 28 mm dari birai kanan. c. Jidar kiri : 38 mm dari birai kiri. d. Jidar bawah : 28 mm dari birai bawah.
6.6.4 Ukuran Bagi Halaman Pertama Setiap Bab Baru
a. Jidar atas : 28 mm dari birai atas. b. Jidar kanan : 28 mm dari birai kanan. c. Jidar kiri : 38 mm dari birai kiri. d. Jidar bawah : 38 mm dari birai bawah. e. Halaman pertama bagi setiap bab tesis/disertasi hendaklah dikosongkan 28 mm
di bahagian atas tajuknya. 6.7 PENOMBORAN 6.7.1 Halaman Teks Utama
a. Kedudukan nombor halaman diletakkan di bahagian bawah, tengah dan menggunakan nombor jenis tahoma saiz 11.
b. Halaman bukan teks utama (seperti judul, kandungan, pengesahan) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut (i, ii, iii dan seterusnya). Tajuk pada halaman pertama (Lampiran B) adalah halaman “i” tetapi nombornya tidak ditaip.
c. Halaman teks utama hendaklah dinomborkan dengan angka 1, 2, 3 dan seterusnya. Halaman pertama bagi setiap bab tidak dinomborkan.
10
6.7.2 Tajuk Bab, Tajuk Utama dan Tajuk Kecil
a. Penulisan tajuk bab dimulakan dengan perkataan dan angka seperti BAB 1, BAB 2 dan seterusnya.
b. Penomboran tajuk utama teks hendaklah dimulakan dengan angka seperti 1.1, 1.2 dan seterusnya
c. Penomboran tajuk kecil hendaklah dimulakan dengan dua angka bulat tetapi tidak melebihi tiga angka bagi mewakili setiap perkara, dan dipisahkan dengan titik noktah di antara nombor-nombor tersebut seperti 1.1.1, 1.1.2 dan seterusnya.
d. Penomboran tajuk kecil yang menggunakan lebih dari tiga angka mesti menggunakan abjad (huruf kecil) seperti a, b, c atau i, ii, iii (lihat lampiran di bawah).
e. Penomboran tajuk utama dan tajuk kecil dalam setiap bab adalah dimulakan dengan nombor yang selari dengan nombor bab seperti Bab 1 tajuk kecilnya 1.1, Bab 2 tajuk kecilnya 2.1.
6.7.3 Jadual, Rajah dan Foto
a. Tajuk jadual adalah bersaiz 11 tahoma dan ditebalkan. b. Penomboran rajah dan foto adalah sama seperti format penomboran jadual. c. Kedudukan tajuk jadual hendaklah diletakkan di tengah bahagian atas dan
sumber diletakkan di kiri di bawah jadual. Sumber daripada kajian sendiri tidak perlu dinyatakan.
1.1.1 Luahan Sungai Luahan air sungai yang juga dikenali sebagai aliran permukaan adalah
berkadaran terhadap luas keratan rentas sungai berair dan purata halaju air
yang mewakili setiap ketinggian aras air sungai….
a. Keratan Rentas Sungai Berair Keratan rentas sungai berair adalah…
b. Purata Halaju Air Purata halaju air adalah mewakili….
11
Contoh Jadual
Jadual 4.8 : Indeks Kebagusan Penyuaian Model (Goodness of Fit)
Sumber : Zainudin Awang (2012); Hair et al. (2010, 2017)
12
Contoh Rajah Tajuk : Di bahagian kiri bawah rajah Sumber : Di bahagian kiri bawah tajuk rajah
Rajah 1.3 : Pola Perubahan Jumlah Pekerja Berhenti, Masuk dan Jumlah Pekerja Pada Akhir Tahun Hotel Tang Dynasty Dari Tahun 2010 Sehingga April 2015
Sumber : Pengurusan Hotel Tang Dynasty (Tidak Diterbitkan)
6.8 SENARAI JADUAL/RAJAH/FOTO
Bahagian ini menyenaraikan semua rajah/foto mengikut susunan tertib dalam teks tesis atau disertasi beserta dengan halaman. Rajah merujuk kepada graf, lakaran/sketsa, lukisan atau ilustrasi dan sebagainya. Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam teks.
13
6.9 SENARAI NOTASI MUZIK Tajuk atau keterangan tajuk berkenaan notasi sama dengan yang terdapat di dalam tesis/ disertasi calon.
6.10 SENARAI SIMBOL, UNIT, SINGKATAN, FORMULA, TATA NAMA, ISTILAH DAN
NOMBOR
Simbol, singkatan, unit, formula, tata nama, istilah dan nombor yang digunakan dalam teks yang mempunyai erti khusus sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Perkataan hendaklah disusun mengikut abjad dan dicetak tebal. Contoh:
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia USIA United Sabah Islamic Association WHO World Health Organisation
6.11 SENARAI LAMPIRAN
Lampiran merupakan data mentah, ringkasan atau kenyataan tambahan yang dapat menyokong penemuan tesis/disertasi. Ini terdiri daripada sebahagian data yang terlalu banyak untuk dimuatkan dalam bahagian teks seperti cerapan data dalam bentuk nombor atau jadual (melebihi dua halaman), penulisan program untuk perisian komputer dan foto yang dapat menyokong penemuan calon.
Tajuk: Notasi Muzik
14
6.12 SUMBER RUJUKAN UTAMA NOTA KAKI/NOTA HUJUNG
a. Sumber rujukan perlu disebut dalam teks utama.
b. Nota kaki dan nota hujung digunakan untuk penjelasan tambahan dan dibuat secara berurutan bermula dengan angka satu (1) bagi setiap bab.
6.13 KERTAS
a. Saiz : A4 (210 mm x 297 mm) b. Jenis : Kertas Simili 80 gsm c. Warna : Putih
6.14 CETAKAN 6.14.1 Cetakan teks/rajah/foto
a. Cetakan rajah / foto yang berkualiti sahaja diterima. b. Cetakan teks hendaklah dibuat di sebelah halaman sahaja.
6.14.2 Salinan (fotokopi)
Fotokopi di bahagian lampiran yang baik mutunya sahaja akan diterima. 6.15 PENJILIDAN TESIS
a. Kulit Luar : Kulit Keras b. Saiz : A4 (210 cm x 297 cm) c. Warna : i. Biru Gelap (Diploma Pascasiswazah /
Sarjana / Sarjana Falsafah)
ii. Merah tua (Doktor Falsafah)
15
6.15.1 Muka hadapan di kulit keras
Semua maklumat di muka hadapan kulit keras tesis hendaklah ditaip dengan huruf besar berwarna emas menggunakan huruf Tahoma bersaiz 18.
TAJUK NAMA CALON NAMA FAKULTI/PUSAT/INSTITUT NAMA UNIVERSITI TAHUN (TAHUN MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR)
6.15.2 Tulang Belakang
Semua maklumat di bawah hendaklah ditaip dengan huruf besar, jenis Tahoma, berwarna emas, bersaiz 16 dan mengikut susunan seperti berikut;
NAMA CALON NAMA IJAZAH (SINGKATAN) TAHUN (TAHUN MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR) SINGKATAN NAMA UNIVERSITI (UMS)
16
6.16 SINGKATAN NAMA IJAZAH
Singkatan Nama Ijazah
Singkatan Nama Ijazah dalam Bahasa Melayu
Nama Ijazah dalam Bahasa Inggeris
PhD Doktor Falsafah Doctor of Philosophy
MPhil Sarjana Falsafah Master of Philosophy
MSc Sarjana Sains Master of Science
MAgricSc Sarjana Sains Pertanian Master of Agricultural Science
MEng Sarjana Kejuruteraan Master of Engineering
MEnvSc Sarjana Sains Sekitaran (Kerja Kursus)
Master of Environmental Science
(Course Work)
MA Sarjana Sastera Master of Arts
MEd Sarjana Pendidikan Master of Education
MAcc Sarjana Perakaunan Master of Accounting
MEcons Sarjana Ekonomi Master of Economics
MBuss Sarjana Perniagaan Master of Business
MFin Sarjana Kewangan Master of Finance
MBA Sarjana Pentadbiran Perniagaan Master in Business Administration
MHCM Sarjana Pengurusan Modal Manusia
Master in Human Capital Management
MPsy Sarjana Psikologi Master of Psychology
PGDip Diploma Pascasiswazah Postgraduate Diploma
DipEd Diploma Pendidikan Diploma of Education
PGCert Sijil Pascasiswazah Postgraduate Certificate
17
7. STRUKTUR TESIS 7.1 SUSUNAN Kandungan tesis hendaklah disusun mengikut urutan seperti berikut:
TAJUK
PENGAKUAN
PENGESAHAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH/ FOTO
SENARAI SINGKATAN/ SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
KANDUNGAN TEKS (BAB)
RUJUKAN
LAMPIRAN
Nota:
* Jika ada perkara yang tercatat di atas tidak diperlukan, maka ianya tidak perlu dimasukkan di dalam tesis/disertasi. Setiap bahagian di atas hendaklah dimulakan di halaman baru.
7.2 HALAMAN TAJUK (LAMPIRAN B)
Halaman tajuk ditaip dengan huruf besar mengikut susunan seperti berikut:
a. Tajuk tesis diletak di bahagian tengah (piramid terbalik), berhuruf besar saiz 18 dan tidak mengandungi singkatan perkataan atau kurungan.
b. Nama pelajar ditaip penuh seperti dalam kad pengenalan dan diletakkan di bahagian tengah, berhuruf besar saiz 18.
c. Tujuan penyerahan tesis disebut mengikut peringkat pengijazahan. Contoh:
TESIS INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PENGIJAZAHAN IJAZAH SARJANA EKONOMI
18
d. Nama fakulti / institut ditulis penuh, diletakkan di bahagian tengah (piramid terbalik) dan berhuruf besar saiz 18.
e. Tahun yang disebut adalah tahun penyerahan tesis kuit keras dan diletakkan di bahagian tengah saiz 18. Tiada langkau di antara nama fakulti / insitut dan tahun.
7.3 PENGAKUAN (Lampiran F)
Halaman ini hendaklah dimulakan selepas judul ditaip di tengah halaman tersebut dan
mengandungi pengakuan calon bahawa tesis/ disertasi ditulis adalah hasil kerja calon sendiri dan sebarang nukilan, ringkasan telah diterangkan sumbernya. Seperti kenyataan yang berikut “Segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya....”
7.4 PENGHARGAAN (Lampiran G)
Calon boleh merakamkan penghargaan tidak lebih daripada satu halaman kepada orang perseorangan ataupun pertubuhan / persatuan yang membantu dalam melakukan kajian.
7.5 ABSTRAK (Lampiran H) Abstrak dalam penulisan tesis hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika tesis ditulis dalam Bahasa Melayu, mesti didahului dengan abstrak dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris dan sebaliknya. Bagi abstrak yang diterjemahkan, tajuk abstrak berkenaan perlu ditulis dengan penuh. Abstrak hendaklah ditulis dalam satu perenggan, tidak berlangkau dan tidak melebihi satu halaman. Lihat contoh di Lampiran K.
7.6 SENARAI KANDUNGAN (Lampiran E) Semua tajuk kandungan dalam tesis hendaklah disenaraikan dan disusun mengikut tertib.
7.7 SENARAI JADUAL (Lampiran I) Semua jadual di dalam tesis hendaklah disenaraikan dan disusun mengikut tertib.
7.8 SENARAI RAJAH / FOTO / SIMBOL / SINGKATAN KATA / GLOSARI /
LAMPIRAN (Lampiran J, K, L, M, N,O dan Q) Semua perkara seperti tajuk di atas hendaklah disenaraikan dan disusun mengikut tertib.
19
7.9 TEKS UTAMA Keperluan bilangan bab dan susunan bab bergantung kepada keperluan disiplin. Secara umumnya, penulisan teks tesis harus mengandungi: i. Pengenalan
Pengenalan meliputi latar belakang, pernyataan masalah kajian, soalan kajian, objektif, kepentingan kajian dan lain-lain yang berkaitan.
ii. Sorotan Literatur Bab yang mengandungi huraian kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik
kajian. iii. Metodologi
Bab yang menghuraikan dengan mendalam kaedah-kaedah dan tatacara yang digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian seperti pendekatan kajian, persampelan, instrumentasi, kaedah penganalisaan data dan yang berkaitan.
iv. Dapatan Kajian Dapatan kajian merupakan keputusan yang diperolehi dan dibentangkan dalam penulisan teks.
v. Perbincangan dan Kesimpulan Bab ini membincangkan dan merumuskan hasil penemuan kajian.
vi. Cadangan Penulisan bab cadangan tertakluk kepada keperluan disiplin dan jenis kajian.
7.10 RUJUKAN (Lampiran U)
Halaman ini mengandungi semua senarai rujukan yang digunakan dalam penulisan tesis/disertasi pada bahagian teks, jadual data, rajah dan lampiran.
Rujukan yang disediakan dalam lampiran merupakan rujukan calon dalam penulisan tesis dan perlu mengikut format American Psychological Association (APA) versi terbaharu kecuali rujukan yang melibatkan penulis Melayu Malaysia.
20
8. FORMAT RUJUKAN DALAM TEKS UTAMA 8.1 PENULISAN RUJUKAN DALAM TEKS
Rujukan ini adalah untuk menghargai karya penulis yang menjadi sumber rujukan berkenaan di samping memudahkan penulis atau pembaca berikutnya mengetahui sumber yang telah digunakan dalam sesuatu penulisan. Cara penulisan rujukan dalam teks adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Fakulti atau Institut boleh memohon kepada Senat UMS untuk menggunakan format lain seperti APA versi terbaharu.
8.1.1 Sistem Pengarang-Tahun
a. Sistem ini mengandungi sekurang-kurangnya dua perkara asas, iaitu pengarang dan tahun terbitan. Sekiranya penulis merujuk kepada halaman tertentu, halaman tersebut hendaklah dinyatakan selepas tanda noktah bertindih (:) yang diletakkan selepas tahun terbitan. Contoh: (Williams, 2006: 34)
b. Bagi pengarang yang mempunyai nama keluarga (surname), nama keluarga sahaja digunakan (untuk nama keluarga rujuk contoh vi).
d. Jika nama pengarang pada pertengahan atau akhiran ayat, hendaklah ditulis nama pengarang, tahun dan muka surat (sekiranya petikan diambil tanpa diubahsuai): Contoh: Williams, 2006
e. Jika nama pengarang pada permulaan ayat, hendaklah ditulis nama pengarang, tahun dan muka surat (sekiranya petikan diambil tanpa diubahsuai): Contoh: Williams, 2006
f. Jika diambil dengan pengubahsuaian maka hanya nama pengarang dan tahun sahaja ditulis. Contoh: Williams, 2008
g. Jika dua atau lebih daripada dua orang pengarang, hendaklah ditulis nama pengarang seperti berikut: - Jika dua orang: contoh (Adam & Ahmad, 1998) - Jika tiga orang dan lebih: i. Untuk rujukan pertama: Tulis satu (1) nama penulis utama sahaja
Contoh: (Adam et al., 1998)
ii. Untuk rujukan kali kedua dan seterusnya: ditulis nama keluarga penulis pertama dan diikuti dengan et al. merujuk kepada pengarang bersama yang lain. Contoh: (Schulz, 2015; Schulz et al., 2011; Papacharissi, 2004).
21
h. Sekiranya merujuk kepada penulis yang menghasilkan dua (2) karya atau lebih pada tahun yang sama, maka hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh:
(Cheah, 2005a) (Cheah, 2005b)
i. Bagi pengarang Melayu, India dan Peribumi Borneo ditulis dengan nama penuh pengarang tanpa bin / binti / anak lelaki / anak perempuan / anak atau gelaran. Contoh:
(Ahmat Adam , 2005) (Sakthivel Krishnan , 2016) (Agatha Francis , 2018)
k. Bagi hasil karya yang tahun terbitannya tidak dinyatakan.
Contoh:
(Chye Fook Yee, t.th.)
*Nota: t.th. adalah singkatan bagi tanpa tahun.
l. Bagi rujukan tanpa pengarang, ditulis seperti berikut:
(Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171), 2001: 3)
(Seventh-day Adventist Encyclopedia, 1966: 45)
Rancangan Malaysia Ke-10
22
9. FORMAT SENARAI RUJUKAN 9.1 RUJUKAN
a. Rujukan merangkumi semua sumber yang dibaca dan dirujuk dalam penulisan tesis.
b. Setiap rujukan ditulis mengikut susunan berikut: Nama Pengarang (nyatakan sama ada penyunting, penyusun atau penyelenggara - jika berkaitan), tahun diterbitkan, tajuk buku/artikel/jurnal, bilangan edisi (jika ada). Bilangan Jilid (jika ada). Tempat diterbitkan. Nama Penerbit. Nombor halaman (untuk artikel dalam jurnal atau bab dalam buku).
c. Rujukan elektronik dari laman web persendirian, Wikipedia, blog dan Facebook tidak dibenarkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.
d. Contoh menulis rujukan adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Fakulti atau
Institut boleh memohon kepada Senat UMS untuk menggunakan format lain seperti APA versi terbaharu.
9.2 CONTOH MENULIS RUJUKAN
a. Rekod Kerajaan Yang Tidak Diterbitkan
Contoh: i. C.O. 874/466-Immigration. ii. Colonial Office 874/1104 – War With Japan.
b. Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan
Contoh: i. Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Sabah dan The Summer Institute of Linguistics.
ii. Kerajaan Negeri Sabah. Sabah Second Agriculture Policy: 1999-2010, Kota Kinabalu: Sabah Government Printers.
c. Laporan-Laporan Kerajaan
Contoh: i. Perangkaan Perdagangan Luar Sabah. 1986. Jabatan
Perangkaan Malaysia. 3-21.
ii. Rosenberry, R. (ed.). 2002. World shrimp farming 2002. Annual Report Number 15. San Diego, USA: Shrimp News International.
iii. World Health Report 1998. World Health Organization (WHO). 1998.
23
d. Fail-fail Arkib
Contoh: i. North Borneo Central Archive. No. 66 – Educational Policy of
State-General.
ii. North Borneo Central Archive, No. 725- Borneo Fishing Company at Si Amil Island- General.
e. Fail-fail Jabatan
Contoh: i. Fail Pejabat Daerah Beaufort PDB. 7/273/11 – Waran Peruntukan 1986.
ii. A Report on Socio-Economic Survey of Fisherman at Kuala Penyu District,
1986. KO-NELAYAN.
f. Akhbar
Contoh: i. Berita Harian. 1987. Kebangkitan Masyarakat Melayu. 8 September. Hlm 5.
ii. Parrish, M. 1992. L. A. Firm Helps Utility With Innovative Plan. Los Angeles
Times, 4 August. Pp 2.
g. Tesis / Latihan Ilmiah
Contoh:
i. Siti Ajar Md Noh. 2017. Pengaruh Konsep Kendiri Fizikal, Afektif dan Kognitif Terhadap Aktiviti Fizikal Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Malaysia. (Kertas Projek) Universiti Malaysia Sabah. (Tidak diterbitkan) (Tesis Doktor Falsafah)
ii. Cheong, C. H. P. 1999. Perbandingan morfologi Dolichoderus (Kumpulan thoracius) (HYMENOPTERA: FORMICIDAE) dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta Potensi Dolichoderus sp. (Kumpulan thoracius) Sabah Sebagai Agen Kawalan Biologi Serangga Perosak. (Tesis Sarjana) Universiti Malaysia Sabah.
h. Kertas Kerja
Contoh:
i. Ismail Abas. 1989. Tarian-tarian Ritual Sabah, Fungsinya dan Masa Depannya. Kertas Kerja Dialog Borneo II. Kota Kinabalu. 12-16 September. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Badan Bahasa Sabah Dengan Kerjasama GAPENA dan Kerajaan Negeri Sabah.
24
ii. Primavera, J. H. 1994. Shrimp farming in the Asia Pasific: Environmental and trade issues and regional cooperation. Paper presented at the Nautilus Institute Workshop on Trade and Environment in Asia-Pacific.: Prospects for regional cooperation. East-West Centre Honolulu, Philipines, 23-25 September.
iii. Anton, A. 2003. Bioindicators in River Quality Maganegemt. Bengkel Enviro-
course 2002- Kualiti Air. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
i. Buku Contoh:
i. Ahmat Adam. 1992. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu
Abad Kesembilan Belas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
ii. Zimmerman, H. J. 1996. Fuzzy Set Theory and Its Application. 2nd ed. New Delhi: Allied Publishers Ltd and Kluwer Academic Publishers.
i. Dhont, J., Lavens, P. & Sorgeloos, P. 1993. Preparation and use of Artemia as food for shrimp and prawn larvae. In J. P. McVey, (ed.). CRC Handbook of Mariculture Crustacean Aquaculture 2nd Edition, Volume 1, pp. 289-313. Boca Raton: CRC Press.
j. Ensiklopedia
Contoh: i. Coolier’s Encyclopedia. Vol. 16. 1985. London: Macmillan Educational
Company.
ii. Bignell, D. E. & Eggleton, P. 1998. Termites. In P. Calow, (ed.) Encyclopedia of Ecology and Environmental Management. Oxford. Blackwell Scientific, pp. 744-746.
iii. Treece, S.D. 2000. Shrimp Culture. In R.R. Stickney (ed). Encyclopedia of Aquaculture, pp. 798-868. New York: John Wiley and Sons.
k. Kamus
Contoh: Abd. Nuh & Oemar Bakry. 1996. Kamus Melayu-Arab-Inggeris. Kuala Lumpur: Victory Agencies.
25
l. Artikel
Contoh: i. Crain, J.B. 1972. Murut Depopulation and the Sipitang Lun Dayeh. JMBRAS,
45(2), 110-121
ii. Shiau, S.Y. & Liu, J.S. 1994. Quantifying the Vitamin K Requirement of Juvenile Marine Shrimp, Penaeus Monodon, with Menadione. Journal of Nutrition 124, 227-282.
m. Filem Contoh: i. Nama pengarah diketahui:
Syamsul Yusof. 2016. Munafik (Filem Cereka). Kuala Lumpur : Skop Production Sdn Bhd.
ii. Nama Pengarah tidak diketahui : Transit (Filem Cereka). 1955. Kota Kinabalu: Borneo Asia Media Sdn Bhd.
n. Video Contoh: i. Nama pengarah diketahui:
Rosli Sareya. 2017. UMS: Di Hatiku (Video Korporat). Vimeo. Dipetik dari https://vimeo.com/755632 pada 22 April 2017.
ii. Nama Pengarah tidak diketahui: PNI Insurance. 2017. Kebahagiaan dalam Tangisan (Video Iklan). Youtube. Dipetik dari https://www.youtube.com/watch?v=ukjp_-YcE pada 26 Mei 2017.
o. Lagu dan karya berbentuk muzik Contoh:
Sudirman Hj. Arshad. 2002. Merisik Khabar (Penyanyi). Kuala Lumpur : EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
26
Manan Ngah. 2002. Merisik Khabar (Komposer). Kuala Lumpur : EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Adnan Abu Hassan. 2002. Merisik Khabar (Penerbit). Kuala Lumpur : EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Habsah Hassan. 2002. Merisik Khabar (Penerbit). Kuala Lumpur : EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Mozart, W.A. 1770. “Coronation” mass in C, “Exultate Jubilate: K. 317. Slovak Philharmonic Chorus and Orchestra, Janos Ferencsik (konduktor), Laserlight Series 14 098. Santa Monica: Delta Music Incorporated, 1993. Filem Cereka. 1972. Kabus Malam. Jakarta: Puncak Keris. *Rujukan berdasarkan konteks penyanyi, komposer, penerbit dan penulis lirik.
p. Peta Contoh: Jabatan Pertanian Sabah. 1996. Peta Taburan Asosiasi Tanah.
q. Internet Contoh: i. Salvation Army International Headquaters. (2004). Dipetik dari
http//www.salvation.org.hk/www/what is salvation army/home.htm. pada 26 September 2015.
ii. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern Sundaland Region of
South-East Asia, Dipetik dari www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm pada 21 Februari 2016.
*Nota: Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.
27
r. Responden yang ditemu bual
Contoh: Razak Janau. 74 tahun. Kampung Padas, Papar. Ketua Kampung Padas. 26 September 2003.
10. LAMPIRAN Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran kecuali jika diperlukan. Lampiran diletakkan selepas bahagian RUJUKAN di bahagian tengah sebelah atas. Lampiran hendaklah diberikan tajuk dan menggunakan huruf besar. Contohnya LAMPIRAN A dan LAMPIRAN B.
11. SOALAN LAZIM a. Saya berhasrat untuk menghantar tesis dalam bulan Oktober tetapi status
pengajian saya akan tamat pada bulan Ogos. Apa perlu saya lakukan?
- Kaedah Pengajian Pascasiswazah menyatakan bahawa status pengajian pelajar perlu aktif
untuk menghantar tesis. Dalam kes ini, pelajar perlu memohon pelanjutan pengajian sekurang-
kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh pendaftaran semester baharu bermula. Borang PPPS-
Reg/002 (Pindaan 2018) yang telah lengkap ditandatangani oleh Dekan/Pengarah dan Penyelia
hendaklah dihantar ke Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS). Keputusan akan dimaklumkan
oleh PPPS samada permohonan berjaya atau sebaliknya.
b. Saya telah menghantar Notis Penyerahan Tesis pada Februari tapi tidak dapat
menghantar tesis tiga (3) bulan dari notis saya dihantar. Adakah saya perlu
menghantar notis semula?
- Notis Penyerahan Tesis adalah sah selama sembilan (9) bulan dari tempoh penerimaan di
PPPS. Pelajar hanya perlu menghantar notis buat kali kedua sekiranya notis tersebut telah
tamat tempoh.
c. Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk pemeriksaan tesis sekiranya saya ingin konvo pada tahun berkenaan? - Notis Peyerahan Tesis akan mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk diproses. Manakala,
pemeriksaan pula akan mengambil masa satu (1) bulan bagi pelajar Sarjana dan dua (2) bulan
bagi pelajar Doktor Falsafah. Tarikh akhir penghantaran tesis kulit keras adalah pada bulan
Oktober dan biasanya Majlis Konvokesyen akan diadakan pada bulan November.
28
d. Saya telah diberikan enam (6) bulan untuk membuat pembetulan selepas sidang
viva-voce. Apa akan berlaku sekiranya saya tidak dapat menyiapkan pembetulan
tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan?
- Pelajar hendaklah memohon pelanjutan tempoh penghantaran tesis selepas pembetulan secara bertulis kepada Dekan PPPS sebelum tempoh yang telah ditetapkan tamat dengan menyatakan sebab yang munasabah. Biasanya tempoh pelanjutan yang diberikan adalah selama satu (1) bulan sahaja. e. Adakah saya perlu membayar yuran viva-voce sekiranya saya perlu menghantar
semula tesis saya untuk semakan kali ke-2?
- Pelajar perlu membayar yuran viva-voce sekiranya pelajar dikehendaki untuk membentangkan semula tesis tersebut dalam sidang viva-voce. Namun, sekiranya pelajar dikehendaki menghantar tesis sahaja tanpa perlu menjalani viva-voce maka pelajar tidak perlu membayar yuran.
f. Berapa salinan tesis perlu dihantar ke PPPS sekiranya saya perlu menghantar semula tesis untuk semakan? - Pelajar Sarjana perlu menghantar tiga (3) salinan tesis manakala empat (4) salinan bagi
pelajar peringkat Doktor Falsafah.
g. Siapa perlu menandatangani borang Notis Penyerahan Tesis pada ruangan
Dekan/Pengarah sekiranya Penyelia saya adalah Dekan/Pengarah
Fakulti/Pusat/Institut?
- Selain daripada Dekan, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah boleh menandatangani ruang
Dekan/Pengarah yang terdapat dalam borang tersebut.
29
12. LAMPIRAN
LAMPIRAN A
Contoh Tajuk Pada Muka Hadapan
Contoh Tajuk Pada Muka Hadapan Tesis (Kulit Keras)
60mm /
6 cm
60mm /
6 cm
Saiz font
18
30
LAMPIRAN B
Contoh Maklumat Pada Tulang Belakang
60mm /
6 cm
60mm /
6 cm
Saiz font
16
31
LAMPIRAN C
Contoh Tajuk di Halaman Pertama
60mm /
6 cm
60mm /
6 cm
Saiz font
18
32
LAMPIRAN D
Contoh Borang Pengesahan Status Tesis
Nota Tambahan: Ditaip menggunakan font ”Tahoma” / saiz ”11” / Jarak langkau ”1.0” / Tiada nombor muka surat / margin dikecualikan / saiz kertas ”A4” / dibukukan dalam Tesis Berkulit Keras sebelum muka surat ”PENGAKUAN”
Tajuk tesis, Nama Ijazah dan Bidang adalah merujuk Surat Keputusan yang diluluskan oleh sidang Viva Voce Pelajar *berhuruf besar dan ditebalkan ** nama bidang dan ijazah ditaip dalam Bahasa Melayu
Nama
Pelajar
*berhuruf
besar,
digariskan
dan
ditebalkan
Hendaklah
ditaip
“Doktoral”
atau
“Sarjana”
sahaja
Tahun
pengajian
bermula
sehingga
Tahun
bergraduasi
*berhuruf
besar,
digariskan
dan
ditebalkan
Tanda
tangan,
Nama dan
Nombor
Pelajar
*berhuruf
besar,
digariskan
dan
ditebalkan
Anggaran
tarikh
semasa
Tesis
Berkulit
Keras
diserahkan
kepada
PPPS
Tanda tangan, Nama Penyelia dan Jenis Penyeliaan
*sekiranya penyelia melebihi seorang, hanya nama Penyelia Utama /
Pengerusi Penyeliaan sahaja diletakkan di ruangan tersebut.
33
LAMPIRAN E
Contoh Pengakuan
28mm /
2.8 cm
28mm /
2.8 cm
38mm /
3.8 cm
28mm /
2.8 cm
Tarikh Viva
Voce
dijalankan
Tanda
tangan,
Nama dan
Nombor
Pelajar
34
LAMPIRAN E
Contoh Pengesahan
Contoh lain Pengesahan
Penyelia;
Contoh 1;
PENYELIAAN TUNGGAL
PENYELIA
Prof. Dr. Hjh. Arsiah Bahron
Contoh 2;
PENYELIAAN BERSAMA
1. PENYELIA UTAMA
Prof. Madya Dr. Fauziah
Sulaiman
2. PENYELIA BERSAMA
Dr. Azaze @ Azizi Hj.
Abdul Adis
35
LAMPIRAN F
Contoh Penghargaan
Nama
Pelajar dan
Tarikh Viva
Voce
dijalankan
36
LAMPIRAN G (i)
Contoh Abstrak Bahasa Melayu dan Terjemahan
ABSTRAK
(Tajuk tidak perlu dinyatakan)
Penulisan mengenai pembangunan industri hiliran berasaskan perikanan di negeri Sabah oleh para sarjana tempatan lebih menumpukan kepada persoalan di peringkat “hulu” sahaja seperti status sumber marin, taraf sosio-ekonomi komuniti nelayan, peranan golongan pemodal, bilangan nelayan dan bot menangkap ikan; jumlah pendaratan sumber marin, teknologi menangkap ikan; kepelbagaian spesis marin dan lain-lain lagi. Penulisan mengenai pembangunan industri perikanan di peringkat “hiliran” seringkali dipinggirkan dan tidak mendapat tempat yang sewajarnya.....
37
LAMPIRAN G (ii) Contoh Abstrak Terjemahan
ABSTRACT
(Abstrak yang diterjemahkan perlu nyatakan tajuk – Huruf Besar dan dicondongkan)
Writings by local scholars on the development of the downstream industry based on fisheries in
the state of Sabah have been limited and basically are more focused on the “upstream” level of
the fishery industry. These writings have attempted to answer questions such as: the status of
marine sources, the sosio-economic level of fishermen in their community, varieties of marine
species and other topics which are related and geared towards “upstream” issues. Hence, due
to the focus towards study on the development of the fishery industry at the “upstream” level,
this has affected the attention on the issues at the “downstream” level, which have occasionally
been marginalized……
38
LAMPIRAN H
Contoh Senarai Kandungan
ISI KANDUNGAN
Halaman
TAJUK i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 14
1.5 Soalan Kajian 21
39
LAMPIRAN I
Contoh Senarai Jadual
LAMPIRAN J
Contoh Senarai Rajah
SENARAI JADUAL
Halaman
Jadual 3.1: Jumlah item bagi setiap aspek kecerdasan 38 emosi
Jadual 3.2: Item-item positif dan negatif dalam soal 39 selidik kecerdasan emosi
40
LAMPIRAN J
Contoh Senarai Rajah
SENARAI RAJAH
Halaman
Rajah 1.1: Model emosi dan pengaruhnya ke atas 64 personality Eisenberg dan Fabes (1992)
Rajah 1.2: Model interaksi dari berbagai komponen yang 74
Sedang terjadi oleh Alber Ellis (1988)
41
LAMPIRAN K
Contoh Senarai Foto
SENARAI FOTO
Halaman
Foto 2.1: Kawasan Pertanian Masyarakat Dusun 46
Foto 2.2: Kulintangan Kayu Sedaman 58
Foto 2.3: Pengantin Lelaki Dipimpin Oleh Pak Andam 88
42
LAMPIRAN L
Contoh Senarai Notasi Muzik
SENARAI SIMBOL NOTASI
- Semibrif
- Minim
- Krocet
- Kuaver
43
LAMPIRAN M
Contoh Senarai Simbol, Unit, Singkatan, Formula Tata Nama, Istilah dan Nombor
SENARAI SIMBOL
D, d - Garis pusat
e - Dimensi kekusutan
f - Kekusutan turus bagi paip
F - Daya
g - Graviti = 9.81 m/s
H - Jumlah kesusutan turus
I - Momen inertia
k - Angkali kekusutan
l - Panjang
m - Jisim
M - Jisim sarung
N - Halaju pusingan
P - Tekanan
w - Halaju sudut
x - Anjakan
z - Ketinggian
44
LAMPIRAN N
LAMPIRAN N
Contoh Senarai Lampiran
SENARAI SINGKATAN
AFEK - Konstruk Afektif
AFI - Absolute Fit Index
AIC - Akaike Information Criterion
AMOS - Analysis of Moment Structures
ANOVA - Analysis of Varians
AP - Perawakan
BF - Lemak Tubuh
CDC - Centre for Disease Control and Prevention
CFA - Confirmatory Factor Analysis
CFI - Comparative Fit Index
CO - Koordinasi
EN - Daya Tahan
FIZ - Konstruk Aktiviti Fizikal
FL - Kelenturan
45
LAMPIRAN O
Contoh Senarai Lampiran
SENARAI LAMPIRAN
Halaman
Lampiran A: Peta Kawasan Kajian 195
Lampiran B: Borang Soal Selidik 196
Lampiran C: Senarai Ahli JKKK Dan Ketua Kampung Daerah Ranau 205
46
LAMPIRAN P
Contoh Penulisan Tajuk-Tajuk Kecil
BAB 2
2 x 1.5 Langkau
(2 kali ketuk ENTER)
OBJEKTIF KAJIAN
3 x 1.5 langkau baris
(3 kali ketuk ENTER)
1.5 Objektif Kajian (1 x 1.5 langkau)
Penyelidik menggariskan tiga objektif dalam kajian ini:
b. Membuat perbincangan mengenai masyarakat Dusun daripada perspektif komuniti itu
sendiri dari segi......
(2 x 1.5 langkau)
1.6 Konsep Kajian
Terdapat empat konsep yang menjadi asas kepada pengkajian ini dilakukan.......
( 2x 1.5 langkau)
1.6.1 Masyarakat
Dalam mengkaji manusia aspek budaya yang dimiliki dan tingkah laku budayanya dititik
beratkan dalam bidang antropologi. Masyarakat merupakan satu konsep yang abstrak yang
tidak boleh dilihat dan dikira..........
Tiada nombor untuk
mukasurat pertama
setiap Bab
47
LAMPIRAN Q
Contoh Glosari
Gugusan Sains
Gugusan Sastera/ Sains Sosial
SENARAI GLOSARI
Agranulosit Sejenis sel darah putih tanpa granul sitoplasma
Blatofor Lekukan pada gastrula pada peringakt awal embrio
Dendrit Neuron yang menalar impuls
Diastol Tempoh rehat semasa satu kitar kardium
Fagositosis Cara pemakanan yang melibatkan makanan oleh
dilingkungi oleh membran sel dan membentuk satu
vakuol.
SENARAI GLOSARI
Baptis Upacara untuk mengkristiankan seseorang melalui
upacara pemandian
Ekstrinsik Berasal atau bertindak dari luar
Interpersonal Hubungan sesama manusia
Kolerasi Hubungan atau kaitan secara timbal balik
Transkrip Rekod atau catatan rasmi mengenai kajian
48
LAMPIRAN R
Contoh Penggunaan Ibid
Contoh ayat dalam teks:
....Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada subkumpulan etnik Gana1
yang mengamalkan kepercayaan adat.2 Walau bagaimanapun bagi beliau
telah berubah. Semasa beliau tinggal di asrama, beliau telah terpengaruh dan terpikat dengan
ajaran Kristian yang diajar oleh warden asrama tersebut.3...
Contoh penulisan nota kaki dan penggunaan Ibid.
______________________
1 Mohd Farid Linggi, Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1998, hlm.9.
2. Ibid.
3. Ibid., hlm. 63.
49
LAMPIRAN S
Format Menulis Senarai Rujukan
a. Pengarang Tunggal
Contoh:
i. Ford, H. 1997. The International Jew. Johannesburg: Global Publisher.
ii. Magurran, A. E. 1988. Ecological Diversity and its Measurement. London: Croom Helm.
b. Pengarang Bersama
Contoh:
i. Ahmad Fawzi Basri, Mohd. Idris Salleh & Shafee Saad. 1991. Bumi Kita Dipijak
Milik Orang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ii. Maryati, M., Azizah, H. & Arbain, K. 1996. Terrestrial Ants (Hymenoptera:
Formicidea) of Poring, Kinabalu Park, Sabah. In Edwards, D. S., Booth, W. E. &
Choy, S. C. Tropical Rainforest Research-Current Issues. Monographiae
Biologicae (eds), pp. 117-123. Kluwer Academic Publishers, London.
c. Edisi
Contoh: i. Gilchrist, J. D. 1989. Extractive Metallurgy. (3rd edition). Oxford: Pergamon Press. ii. Barnes, R.S.K. 1984. Estuarine Biology (2nd edition). London: Edward Arnold.
d. Karya Dengan Judul Sahaja (Tanpa Pengarang)
Contoh:
Akta. 2001. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171). Kuala Lumpur: International Law Book Service.
50
e. Karya Susunan
Contoh: Hamzah Hamdani (ed.). 1980. Esei Sastera dalam Pengajaran, Penyelidikan dan
Pentadbiran Universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
f. Karya Suntingan
Contoh:
Rose, R. (ed).1974. Electoral Behavior: A Comparative Handbook. New York: Free
Press.
g. Karya Selenggaraan
Contoh:
Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (ed). 1996. Alam Pensejarahan dari Pelbagai
Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
h. Karya Terjemahan
Contoh:
Wheare, K. C. 1980. Kerajaan Persekutuan. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
i. Karya Berbilang Jilid
Contoh:
Ensiklopedia Pembangunan Sabah. 1981. Jld. 6. Kota Kinabalu: Usaha Baru.
*Nota: Jld. Bermaksud Jilid.
j. Kertas Kadangkala Contoh:
Sharifah Rofidah Habib Hassan. 2003. Perayaan Di Sabah. Kertas Kadangkala Bil. 2.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
51
k. Monograf
Contoh:
i. Zainah Ahmad. 2003. Politik Sabah Sebelum Penjajahan Jepun. Monograf 3.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
ii. Mohammad Raduan Mohd. Ariff. 1993. Teknologi Pengangkapan Ikan di Sabah.
Khazanah. Siri Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu, Bil. 3, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
l. Karya Dalam Jurnal
Contoh:
Mahani Musa. 1999. Malay Secret Societies in Penang: 1830s-1920s. Journal of the
Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. 65(2), 151-182.
m. Berita/Rencana Dalam Akhbar
Contoh (tanpa pengarang):
The Borneo Post. 1999. Crocker Range Expedition Begins. 16 Oktober: 9.
*Nota: Nama Akhbar (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Hari/Bulan (:) Halaman
(.)
Contoh (dengan pengarang): Philip Golingai. 2004. Primer on Primates. Star. 18 Januari: 4.
*Nota:
Nama Pengarang (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Nama
Akhbar (,) Hari/Bulan (:) Halaman (.)
n. Bab Dalam Buku
Contoh:
i. Zaki Tahir. 2003. Pendatang Asing Di Sabah. Dalam Sharifah Habib Hasan dan Zainah Ahmad (eds.). Kesan Politik. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Hlm. 18-38.
ii. Mustafa, S. & Ridzwan, A. R. 1998. Nucleic Acid Profiles in Mackerel, Rastrelliger Kanagurta, from West Coast of Sabah. In M. Mohamed, H. Bernard, (eds.). Tropical Ecosystem Research in Sabah, Kota Kinablua: UMS. Pp. 50-52.
52
iii. Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Jepun. Dalam Abdul Halim (ed.). Sabah dalam Perluasan Pasaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia., Hlm. 31.42.
o. Karya Dalam Pascasidang
Contoh:
i. Ismail Haji Ibrahim. 2000. Senario Seni Lukis Sabah: Stail dan Tema. Borneo 2000: Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference. UMS. Hlm. 557-586.
ii. Homathevi, R., Maryati, M., Eggleton, P., Jones, D. T. & Davies, R. G. 2000. Termites (Insecta: Isoptera) Fauna of Danum Valley Conservation Area, Sabah, East Malaysia. Borneo 2000: Environment, Conservation and Land. Proceedings of Sixth Biennial Borneo Research Conference. July 10-14, 2000. Kuching, Sarawak.
p. Karya Dalam Majalah
Contoh:
Aliran. 2000. Sarawak Native Blockade Pulp Mill Project. Aliran 20(10), 33.
q. Ulasan Buku
Contoh:
Badriyah Haji Salleh. 2001. Ulasan Buku J. H. Drabble. 2000. An Economic History of
Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to Modern Economic Growth.
Hampshire: Macmillan Press. Journal of The Malaysian Branch of The Royal
Asiatic Society 124(1),111-114.
r. Kertas Kerja, Laporan dan Minit Mesyuarat
Contoh:
Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. 2002. Minit Mesyuarat Seminar
Pascasiswazah. Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah Kali
Pertama. Kota Kinabalu. Sabah. 5 Jun.
53
s. Tesis
Contoh:
i. Mat Zin Mat Kib. 2000. Perkembangan Mazhab-mazhab Agama Kristian di Sabah. Tesis Sarjana, Sekolah Sains Sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
ii. Yap Beng Liang. 1977. Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu Kajian Tentang Sistem Budaya. Tesis Sarjana Jabatan Pengajian Melayu: Universiti Malaya.
t. Filem dan Karya Muzik
i. Filem
Contoh:
Ramlee, P. 1962. Laksamana Do Re Mi. Filem Cereka. Singapura: Shaw Brother.
ii. Video
Contoh:
Muzium Sabah. 1968. Menangkap Ketam Batu di Mengkabong, Tuaran, Sabah.
Filem Dokumentari. Jabatan Muzium Sabah.
iii. Slaid
Contoh:
Pugh-Kitingan, J. 1976. Jenis-jenis Tarian Masyarakat Peribumi Sabah. Slaid.
Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.
iv. Karya Muzik
Contoh:
Johari Salleh. 1986. Lambaian Kasih dalam Citra Malaysia. Chorus dan Orkestra.
Kassim Masdor (konduktor). Laserlight Series 12036. Santiago: Delta
Music Incorporated.
v. CD-Rom
Contoh:
MacRae, S. 1995. Introduction to Research Design and Statistic. CD Leicester:
British Pshychological Society.
54
vi. Temu bual
Contoh:
Stephens, B. 1998. Kegiatan Mubaligh Kristian di Sabah. Temu bual. 25 Mei
1998.
vii. Bahan Rujukan Elektronik
Contoh:
a. “Keputusan Mahkamah Internasional atas Permohonan
Intervensi Pemerintah Filipina dalam Kasus Pulau Sipadan dan
Ligitan. Dipetik dari
http://www.dfadeplu.go.id/policy/releases/2002/pr-56-
251001.htm. Dicetak 13 September 2002.
a. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern Sundaland region of
South-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm. Dicetak 15 Oktober 2017
* Nota:
� Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.
� Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan
melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.
55
LAMPIRAN T
RUJUKAN
Allison, B, 1997. Preparing Dissertations and Thesis. London: Kogan Page Limited.
Cavina, Kristan, 1995, Critical Thinking and Writing: A Developing Writesr’s Guide with
Readings, Belmont : Wadsworth Publishing Company.
Creswell, John W., 1994. Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. London:
SAGE Publications.
Centre for Graduate Studies, 2005, The UKM Style Guide (2nd edition). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1995. Gaya Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Uinversiti Kebangsaan Malaysia. 1998. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (edisi keenam). Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pusat Pengajian Siswazah. 2006. Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM (edisi semak). Bangi:
UKM.
Sekolah Sains & Teknologi. 2006. Panduan Penulisan Disertasi (edisi ketiga). Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah.
56
CONTOH SUSUNAN DAN PANDUAN TESIS BERKULIT KERAS
“SKALA SAIZ SEBENAR”
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : HUBUNGAN KEMAJUAN KERJAYA, SISTEM KENAIKAN PANGKAT,
SIFAT-SIFAT PERSONALITI, KEPUASAN KERJA DENGAN NIAT
UNTUK MENINGGALKAN ORGANISASI DALAM ‘SKIM
PERKHIDMATAN TERTUTUP’ SEKTOR AWAM MALAYSIA
IJAZAH : DOKTOR FALSAFAH
BIDANG : PENGURUSAN
Saya MOHAMMAD CHIN, Sesi 2015-2018, mengaku membenarkan tesis Doktoral ini
disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut:-
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
4. Sila tandakan ( / ):
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
______________________________________________________________
Disahkan Oleh,
_________________________________________________________________
MOHAMMAD CHIN
DB1511013T (Tandatangan Pustakawan)
______________________________
Tarikh : 18 Mei 2018 (Profesor Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa) Penyelia Utama
ii
PENGAKUAN
Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
23 Mac 2018
Mohammad Chin DB1511013T
iii
PENGESAHAN
NAMA : MOHAMMAD CHIN NO. MATRIK : DB1511013T
TAJUK : HUBUNGAN KEMAJUAN KERJAYA, SISTEM KENAIKAN
PANGKAT, SIFAT-SIFAT PERSONALITI, KEPUASAN
KERJA DENGAN NIAT UNTUK MENINGGALKAN
ORGANISASI DALAM ‘SKIM PERKHIDMATAN TERTUTUP’
SEKTOR AWAM MALAYSIA
IJAZAH : DOKTOR FALSAFAH
BIDANG : PENGURUSAN
TARIKH VIVA : 23 MAC 2018
DISAHKAN OLEH;
Tandatangan
1. PENYELIA UTAMA
Profesor Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa
________________
2. PENYELIA BERSAMA
Dr. Ramraini Ali Hassan
________________
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia utama tesis saya Profesor Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa dan penyelia bersama Dr.
Ramraini Ali Hassan di atas tunjuk ajar, dokongan, sokongan dan cadangan penambahbaikan membina sepanjang pengajian saya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Terima kasih juga tidak terhingga kepada Encik Rosle@ Awang Mohidin dan
Profesor Madya Dr. Stephen Laison Sondoh (UMS) di atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan. Ucapan terima kasih ini juga saya sampaikan kepada kakitangan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS terutama Encik Masrin Samian, Cik Aliccia Joannes Bianis, Puan Zaiahsheila Sidik, Puan Norjaidah Jaafar, Puan Zuraya Murny Taufik dan Puan Elizabeth Malanjun. Profesor Dr. Hjh Arsiah Bahron (UMS), Profesor Dr. Hjh Noormala Dato’ Amir Ishak (Universiti Teknologi MARA) dan Dr. Sharon Toh Pei Sung (UMS), terima kasih di atas komen dan pandangan membina. Seterusnya Puan Nelly Anjum dari Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, terima kasih diucapkan kerana membantu menyediakan data perjawatan yang sangat diperlukan untuk kajian ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Raman Noordin selaku Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, UMS, Dr. Ariff@ Kamisan Pusiran selaku Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS dan Puan Elizabeth Martin, kakitangan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS serta Puan Veronica Petrus Atin, Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (UMS).
Akhir sekali setulus penghargaan kepada ibu saya Zarina@ Nona Ginda
yang sentiasa mencurah kasih sayang. Isteri saya, Marina Yusri dan anak-anak yang sentiasa sabar, menyokong dan menemani perjalanan Ph.D saya di UMS. Terima kasih di atas kasih sayang, dokongan, semangat dan keprihatinan yang diberikan. Mohammad Chin 02 Mei 2018
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini meneroka hubungan di antara kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti, kepuasan kerja dengan niat untuk meninggalkan organisasi di kalangan kakitangan awam persekutuan yang dilantik di bawah 'Skim
Perkhidmatan Tertutup' sektor awam Malaysia. Walaupun terdapat beberapa kajian seperti ini telah dilaksanakan di sektor awam dan swasta, namun kajian khusus
untuk penjawat awam yang dilantik di bawah 'Skim Perkhidmatan Tertutup' di sektor awam Malaysia masih belum dilaksanakan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pegawai kerajaan yang berkhidmat di jabatan dan
agensi persekutuan di negeri Sabah, Malaysia dan telah berkhidmat dengan organisasi semasa sekurang-kurangnya 5 tahun. Paradigma kajian menggunakan pendekatan positivism. Kaedah kuantitatif sepenuhnya digunakan dalam kajian ini.
Sebanyak 700 borang kaji selidik telah diedarkan kepada kakitangan awam persekutuan dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang terdiri daripada gred 41 hingga gred 54. Sebanyak 420 soal selidik telah dikembalikan namun
hanya sejumlah 380 borang kaji selidik didapati boleh digunakan untuk tujuan analisis. Teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan purposive. Item-item soalan yang terdapat dalam borang kaji selidik diadaptasi daripada item-
item soalan yang pernah digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam kajian mereka, tetapi terdapat beberapa item soalan yang telah diubahsuai agar bersesuaian
dengan kajian ini. Data kuantitatif dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 23 dan pelbagai kaedah statistik digunakan untuk menganalisis data; kaedah korelasi, regresi dan syntax mediation test telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian
menunjukkan responden berpuas hati dengan pekerjaan mereka dan memilih untuk terus berkhidmat dengan organisasi semasa. Sub konstruk yang terdapat dalam pembolehubah bebas yang pertama kemajuan kerjaya terdiri daripada
pembangunan kemahiran profesional, pusingan kerja dan penyeliaan serta pembolehubah bebas kedua sistem kenaikan pangkat terdiri daripada keadilan sistem kenaikan pangkat dan kelajuan kenaikan pangkat dan sifat personaliti
neuroticism perlu diberi tumpuan bagi meningkatkan kepuasan kerja dikalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik dalam ‘Skim Perkhidmatan Tertutup’
sektor awam Malaysia. Sistem saraan dan ganjaran serta penyediaan matlamat kerjaya yang menarik dan ujian personaliti juga harus dipertimbangkan oleh organisasi yang untuk dilaksanakan bagi meningkatkan dan mengekalkan kepuasan
kerja di kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah 'Skim Perkhidmatan Tertutup' sektor awam Malaysia. Kajian ini telah menyumbang pengetahuan untuk memberikan bukti kajian empirikal serta pemahaman yang
lebih baik tentang hubungan di antara kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti ke atas kepuasan kerja dan niat untuk meninggalkan organisasi di kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah 'Skim
Perkhidmatan Tertutup' dalam jabatan dan badan persekutuan Malaysia. Dari perspektif praktikal, penemuan dari kajian ini boleh digunakan oleh pembuat dasar,
pengurus dan penyelidik yang berminat untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam dan pengurusan sumber manusia di sektor awam.
Kata kunci: kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti, kepuasan kerja, niat untuk meninggalkan organisasi, 'skim perkhidmatan tertutup'
vi
ABSTRACT
THE RELATIONSHIP BETWEEN CAREER GROWTH, PROMOTION SYSTEM, PERSONALITY TRAITS, JOB SATISFACTION WITH INTENTION TO LEAVE AN ORGANISATION IN ‘CLOSED SERVICE SCHEME’ PUBLIC SECTOR OF
MALAYSIA
This research explores the relationship between career growth, promotion system, personality traits on job satisfaction and intention to leave an organization among federal civil servants appointed under the 'Closed Service Scheme' public sector of Malaysia. While there are some studies like this have been implemented in many public and private sector, but specifically studies for civil servants under the 'Closed Service Scheme' in the public sector of Malaysia has not been carried out. The samples involved in this study are government officers serving in the federal departments and agencies in the state of Sabah, Malaysia and have served the current organization for at least 5 years. The research paradigm of this study has been used a positivism approach. The quantitative method was used in this study. A total of 700 questionnaires were distributed among federal public servants of management and professional groups consisting of grade 41 to grade 54. A total of 420 questionnaires have been returned but only 380 questionnaires have been found useable for analysis in this study. The sampling technique used was purposive sampling technique. Items of questions in the questionnaire which was adapted from items questions that have been used by previous researchers in their study, but there are some items of the question have been modified to be consistent with in this study. Quantitative data were analysed using IBM SPSS version 23 and various statistical methods of data analysis were used; correlation, regression and syntax mediation tests have been used in this study. The findings indicated that federal public servants appointed under ‘Closed Service Scheme' satisfied with their job and prefer to remain served in the current organisation. Sub construct contained in the first independent variable career growth such as professional ability development, job rotation and supervision as well as the second independent variables promotion system such as promotion equity and promotion speed and finally neuroticism personality traits should focus more on improving the employee job satisfaction in the public sector. Remuneration growth and provide attractive career goals and also the employee personality tests should also be considered the organization to implemented to improve, increase and maintain job satisfaction among federal public servants appointed under 'Closed Service Scheme' in Malaysia. These studies contributed knowledge to provide empirical evidence and a better understanding of the relationship between career growth, promotion system, personality traits on job satisfaction and intention to leave the organization among civil servants appointed under the ’Closed Service Scheme’ in the federal departments and agencies in Malaysia. From a practical perspective, the findings from this study can be used by policy makers, managers and researchers who are interested in improving the performance of public services and human resource management in the public sector. Keywords: career growth, promotion system, personality traits, job satisfaction, intention to leave an organization, ‘closed service scheme’
vii
ISI KANDUNGAN
Halaman
TAJUK i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN iii
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI GRAF xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xx
BAB 1: PENGENALAN 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Kenyataan Masalah 4
1.3 Persoalan Kajian 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Kepentingan Kajian 12
1.6 Skop Kajian 13
1.7 Definisi Pembolehubah Utama Kajian 15
1.7.1 Kemajuan Kerjaya 15
1.7.1.1 Matlamat Kerjaya 15
1.7.1.2 Pembangunan Kemahiran Profesional 15
1.7.1.3 Sistem Saraan dan Ganjaran 16
1.7.1.4 Pusingan Kerja 16
viii
1.7.1.5 Penyeliaan 16
1.7.2 Sistem Kenaikan Pangkat 16
1.7.2.1 Keadilan Sistem Kenaikan Pangkat 16
1.7.2.2 Kelajuan Kenaikan Pangkat 17
1.7.3 Sifat-sifat Personaliti 17
1.7.4 Kepuasan Kerja 18
1.7.5 Niat Untuk Meninggalkan Organisasi 18
1.8 Kesimpulan 19
BAB 2: SEKTOR AWAM DI MALAYSIA 20
2.1 Pendahuluan 20
2.2 Kerajaan Malaysia 20
2.2.1 Kerajaan Persekutuan 20
2.2.2 Kerajaan Negeri 23
2.2.3 Kerajaan Tempatan 23
2.3 Sektor Awam di Malaysia 24
2.4 Kuasa Melantik Pegawai Awam 26
2.5 Syarat Kemasukan Lantikan di Bawah Sistem Saraan Malaysia
(SSM)
28
2.6 Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Malaysia 29
2.6.1 Skim Perkhidmatan Sektor Awam di Malaysia 30
2.6.2 ‘Skim Perkhidmatan Tertutup’ Sektor Awam di Malaysia 32
2.6.3 Perbezaan ‘Skim Perkhidmatan Terbuka’ dan ‘Skim
Perkhidmatan Tertutup’
32
2.6.4 Latihan 33
2.6.5 Penilaian Prestasi 34
2.6.6 Pusingan Kerja 37
2.6.7 Polisi Sistem Kenaikan Pangkat 38
2.6.8 Struktur Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam
Malaysia Gred 41 Ke atas
40
2.7 Kesimpulan
43
ix
BAB 3: TINJAUAN LITERATUR 44
3.1 Pendahuluan 44
3.2 Kepentingan Amalan dan Dasar Pengurusan Sumber Manusia Ke
Atas Organisasi Sektor Awam
44
3.3 Teori-teori Asas 51
3.3.1 Kontrak Psikologikal 51
3.3.2 Teori Pertukaran Sosial 55
3.3.3 Theory of Reasoned Action (TRA) dan Theory of Planned
Behaviour (TPB)
59
3.4 Pembolehubah Kajian 64
3.4.1 Kemajuan Kerjaya 64
3.4.1.1 Matlamat Kerjaya 70
3.4.1.2 Pembangunan Kemahiran Profesional 72
3.4.1.3 Sistem Saraan dan Ganjaran 74
3.4.1.4 Pusingan Kerja 75
3.4.1.5 Penyeliaan 77
3.4.2 Sistem Kenaikan Pangkat 79
3.4.2.1 Keadilan Sistem Kenaikan Pangkat 82
3.4.2.2 Kelajuan Kenaikan Pangkat 84
3.4.3 Sifat-sifat Personaliti 85
3.4.4 Kepuasan Kerja 90
3.4.5 Niat untuk Meninggalkan Organisasi 94
3.5 Perhubungan di antara Kemajuan Kerjaya, Sistem Kenaikan
Pangkat dengan Kepuasan Kerja
96
3.6 Perhubungan di antara Sifat-sifat Personaliti dengan Kepuasan
Kerja
99
3.7 Perhubungan di antara Kepuasan Kerja dan Niat Untuk
Meninggalkan Organisasi
107
3.8 Kesimpulan 114
x
BAB 4: METODOLOGI KAJIAN 115
4.1 Pendahuluan 115
4.2 Pradigma Kaedah Kajian 115
4.2.1 Rasional Pemilihan Pradigma Kajian Positivism 116
4.3 Reka Bentuk Kajian 118
4.4 Kaedah dan Alat Pengumpulan Data 123
4.4.1 Pembangunan Borang Kaji Seldik 124
4.4.1.1 Kemajuan Kerjaya dan Sistem Kenaikan
Pangkat
125
4.4.1.2 Sifat-sifat Personaliti 129
4.4.1.3 Kepuasan Kerja 132
4.4.1.4 Niat Untuk Meninggalkan Organisasi 133
4.5 Populasi dan Sampel Kajian 135
4.5.1 Sampel Kajian 135
4.6 Kerangka Kajian Teoritikal 138
4.7 Pembangunan Hipotesis 145
4.8 Kaedah Analisa Statistik 165
4.8.1 Analisis Faktor 165
4.8.2 Ujian Normaliti 165
4.8.3 Ujian Kebolehpercayaan (Reliability Test) 166
4.8.4 Analisis Bivariate dan Ujian Korelasi 166
4.8.5 Analisis Regresi 166
4.8.6 Analisis Pencelahan (Mediation) 167
4.8.7 Ujian Multicollineraty 167
4.9 Etika Penyelidikan 168
4.10 Kajian Rintis (Pilot Test) 168
4.11 Kesimpulan 171
xi
BAB 5: HASIL KAJIAN 172
5.1 Pendahuluan 172
5.2 Pemprosesan Data 173
5.2.1 Maklum Balas Responden 173
5.2.2 Kemasukan Data 174
5.2.3 Saringan Data 174
5.2.4 Profail Responden 175
5.3 Analisis Faktor 177
5.3.1 Ujian Analisis Faktor Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Nilai
Barlett’s Test Sphericity
178
5.3.1.1 Analisis Faktor Kemajuan Kerjaya
(Pembolehubah Bebas Pertama)
179
5.3.1.2 Analisis Faktor Sistem Kenaikan Pangkat
(Pembolehubah Bebas Kedua)
180
5.3.1.3 Analisis Faktor Sifat-Sifat Personaliti
Extraversion, Conscientiousness dan
Neuroticism (Pembolehubah Moderator)
181
5.3.1.4 Analisis Faktor Kepuasan Kerja
(Pembolehubah Mediator)
184
5.3.1.5 Analisis Faktor Niat untuk Meninggalkan
Organisasi (Pembolehubah Bersandar)
184
5.4 Ujian Kebolehpercayaan 185
5.5 Statistik Deskriptif 187
5.6 Penilaian Terhadap Normality Data Kajian 191
5.7 Analisa Bivariate 191
5.7.1 Ujian Korelasi 191
5.8 Analisis Regresi, Ujian Multiple Syntax Mediation dan Hipotesis 193
5.8.1 Analisis Regresi dan Ujian Multiple Syntax Mediation 193
5.9 Kesimpulan 217
xii
BAB 6: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 222
6.1 Pendahuluan 222
6.2 Rumusan Analisis Hasil Kajian 224
6.2.1 Perbincangan Hasil Kajian 227
6.3 Implikasi Kajian 246
6.3.1 Implikasi Teori (Theoretical Contribution) 246
6.3.2 Implikasi Praktikal 249
6.4 Sumbangan Kajian 251
6.4.1 Cadangan Penambahbaikan Amalan dan Dasar
Pengurusan Sumber Manusia Khusus untuk Penjawat
Awam Persekutuan yang Dilantik Di bawah ‘Skim
Perkhidmatan Tertutup’
252
6.4.1.1 Kemajuan Kerjaya 252
6.4.1.1.1 Matlamat Kerjaya 252
6.4.1.1.2 Pembangunan Kemahiran
Profesional
255
6.4.1.1.3 Sistem Saraan dan Ganjaran 258
6.4.1.1.4 Pusingan Kerja 260
6.4.1.1.5 Penyeliaan 263
6.4.1.2 Sistem Kenaikan Pangkat 265
6.4.1.2.1 Keadilan Sistem Kenaikan Pangkat 265
6.4.1.2.2 Kelajuan Kenaikan Pangkat 267
6.4.1.3 Ujian Personaliti untuk Penjawat Awam 269
6.5 Kepuasan Kerja dan Niat Untuk Meninggalkan Organisasi 270
6.6 Batasan dan Cadangan Kajian Masa Hadapan 271
6.7 Rumusan Keseluruhan Pengurusan Sumber Manusia Penjawat
Awam Persekutuan Yang Dilantik Di Bawah ‘Skim Perkhidmatan
Tertutup’ Sektor Awam Malaysia Di Sabah
272
6.8 Kesimpulan 274
RUJUKAN 276
LAMPIRAN 329
xiii
SENARAI JADUAL
Halaman
Jadual 2.1 : Pihak Berkuasa Melantik Penjawat Awam
Persekutuan
27
Jadual 2.2 : Gred Jawatan dan Syarat Kemasukan di bawah Skim
Saraan Malaysia (SSM) Lantikan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia
29
Jadual 2.3 : Senarai Klasifikasi Perkhidmatan Pada 1 Januari 2014 31
Jadual 3.1 : Konsep Norma Timbal Balik Kontrak Psikologikal 53
Jadual 4.1 : Soalan Kaji Selidik Kemajuan Kerjaya 126
Jadual 4.2 : Soalan Kajiselidik Sistem Kenaikan Pangkat 126
Jadual 4.3 : Soalan Kaji Selidik Sifat-Sifat Personaliti 130
Jadual 4.4 : Soalan Kaji Selidik Kepuasan Kerja 132
Jadual 4.5 : Soalan Kaji Selidik Niat Untuk Meninggalkan Organisasi 133
Jadual 4.6 : Bilangan Keseluruhan Penjawat Awam Persekutuan
Pelbagai Skim Perkhidmatan Gred 41 hingga Gred 54
di Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri
Sabah
136
Jadual 4.7 : Bilangan Penjawat Awam Persekutuan Gred 41 hingga
Gred 54 yang Berada di Bawah ‘Skim Perkhidmatan
Tertutup’ di Jabatan dan Badan Perkanun
Persekutuan Negeri Sabah
137
Jadual 4.8 : Taburan Kekerapan Responden Ujian Rintis (Pilot
Test)
169
Jadual 4.9 : Skor Kebolehpercayaan Semua Pembolehubah untuk
Kajian Rintis (Pilot Test)
171
Jadual 5.1 : Taburan Kekerapan Responden 175
Jadual 5.2 : Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) 177
Jadual 5.3 : KMO and Bartlett’s Test 178
Jadual 5.4 : Analisis Faktor-Kemajuan Kerjaya 179
xiv
Jadual 5.5 : Analisis Faktor-Sistem Kenaikan Pangkat 181
Jadual 5.6 : Analisis Faktor-Sifat-sifat Personaliti 183
Jadual 5.7 : Analisis Faktor-Kepuasan Kerja 184
Jadual 5.8 : Analisis Faktor-Niat Untuk Meninggalkan Organisasi 185
Jadual 5.9 : Skor Kebolehpercayaan Untuk Semua Pembolehubah 186
Jadual 5.10 : Statistik Deskriptif 190
Jadual 5.11 : Ujian Kolerasi 192
Jadual 5.12 : Ujian Regresi Perkalian Kemajuan Kerjaya, Sistem
Kenaikan Pangkat dan Kepuasan Kerja
193
Jadual 5.13 : Coefficients Kemajuan Kerjaya, Sistem Kenaikan
Pangkat dan Kepuasan Kerja
194
Jadual 5.14 : Ujian Regresi Hierarki Sifat Personaliti Extraversion
Penyederhana (Moderator) Hubungan di antara
Kemajuan kerjaya, Sistem Kenaikan Pangkat dan
Kepuasan Kerja
197
Jadual 5.15 : Coefficients Interaksi Pembolehubah Penyederhana
(Moderator) Sifat Personaliti Extraversion dengan
Kemajuan Kerjaya, Sistem Kenaikan Pangkat dan
Kepuasan Kerja
199
Jadual 5.16 : Ujian Regresi Hierarki Sifat Personaliti
Conscientiousness Penyederhana (Moderator)
Hubungan di antara Kemajuan Kerjaya, Sistem
Kenaikan Pangkat dengan Kepuasan Kerja
200
Jadual 5.17 : Coefficients Interaksi Pembolehubah Penyederhana
(Moderator) Sifat Personaliti Conscientiousness
dengan Kemajuan Kerjaya, Sistem Kenaikan Pangkat
dan Kepuasan Kerja
202
Jadual 5.18 : Ujian Regresi Hierarki Sifat Personaliti Neuroticsm
Penyederhana (moderator) Hubungan di antara
Kemajuan Kerjaya, Sistem Kenaikan Pangkat dan
Kepuasan Kerja
204
xv
Jadual 5.19 : Coefficients Interaksi Pembolehubah Penyederhana
(Moderator) Sifat Personaliti Neuroticsm dengan
Kemajuan Kerjaya, Sistem Kenaikan Pangkat dan
Kepuasan Kerja
205
Jadual 5.20 : Ujian Pencelahan (Mediator) Kepuasan Kerja dengan
Kemajuan Kerjaya, Sistem Kenaikan Pangkat dan Niat
Untuk Meninggalkan Organisasi
212
Jadual 5.21 : Ujian Regresi Mudah Kepuasan Kerja dan Niat Untuk
Meninggalkan Organisasi
215
Jadual 5.22 : Coefficients Kepuasan Kerja dan Niat Untuk
Meninggalkan Organisasi
216
Jadual 5.23 : Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis Kajian 217
xvi
SENARAI RAJAH
Halaman
Rajah 2.1 : Pengasingan Kuasa Kerajaan Persekutuan Malaysia 21
Rajah 3.1 : Theory of Reasoned Action (TRA) 61
Rajah 3.2 : Theory of Planned Behaviour (TPB) 62
Rajah 4.1 : Reka Bentuk Kajian 122
Rajah 4.2 : Kerangka Kajian Teoritikal 145
xvii
SENARAI GRAF
Halaman
Graf 5.1 : Plot Interaksi Sifat Personaliti Neuroticism ke atas
Pusingan Kerja dan Kepuasan Kerja
207
Graf 5.2 : Plot Interaksi Sifat-sifat Personaliti Neuroticism ke atas
Keadilan Sistem Kenaikan Pangkat dan Kepuasan Kerja
210
Graf 5.3 : Plot Interaksi Sifat-sifat Personaliti Neuroticism Ke atas
Kelajuan Kenaikan Pangkat dan Kepuasan Kerja
211
xviii
SENARAI SINGKATAN
BFI - Big Five Inventory CUEPACS - Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services CG - Matlamat Kerja CON - Conscientiousness DEB - Dasar Ekonomi Baru EXTRA - Extraversion INTL - Niat Untuk Meninggalkan Organisasi IT - Information Technology JOBS - Kepuasan Kerja JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam JR - Pusingan Kerja KMO - Kaiser-Meyer-Olkin LNPT - Laporan Nilaian Prestasi Tahunan NEURO - Neuroticism PBM - Pihak Berkuasa Melantik Ph.D - Ijazah Doktor Falsafah PPK - Pegawai Penilai Kedua PPP - Pegawai Penilai Pertama PSM - Pengrusan Sumber Manusia
PTK - Penilaian Tahap Kompetensi RG - Sistem Saraan dan Ganjaran SBPA - Saraan Baru Perkhidmatan Awam SPVR - Penyeliaan SKT - Sasaran Kerja Tahunan
xix
SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SSB - Skim Saraan Baru SSM - Skim Saraan Malaysia TOL - Tolerance TRA - Theory of Reasoned Action TPB - Theory of Planned Behaviour TRAIN - Pembangunan Kemahiran Profesional VIF - Varians Inflation Factor
xx
SENARAI LAMPIRAN
Halaman
Lampiran A : Borang Kaji Selidik 329
Lampiran B : IBM SPSS Version 23 Research Data Analysis Result 341
Lampiran C : IBM SPSS Version 23 Pilot Test Result 394
Lampiran D : Bilangan Penjawat Awam Jabatan Persekutuan
Berkhidmat di Negeri Sabah Tahun 2015
400
Lampiran E : Bilangan Penjawat Awam Badan Berkanun
Persekutuan Berkhidmat di Negeri Sabah Tahun 2015
407
Lampiran F : Keratan Akhbar Sinar Harian 30 April 2013 410
Lampiran G : Laluan Kerjaya Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
di Kementerian Pendidikan Malaysia
412
Lampiran H : Laluan Kerjaya Bagi Pegawai Perubatan, Pegawai
Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian
Kesihatan Malaysia
426
Lampiran I : Surat Pengesahan Pelajar 428
Lampiran J : Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian dari Pejabat
Setiausaha Persekutuan Sabah
429
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Pada masa kini, kerjaya seseorang individu itu tidak lagi terikat untuk berkhidmat di
dengan satu organisasi tunggal sahaja. Perubahan dan pergerakan kerjaya individu
itu dari satu organisasi ke organisasi lain menjadi satu fenomena biasa (Rousseau,
1998). Adakah niat dan tingkah laku individu meninggalkan organisasi semasa
untuk berkerja dengan organisasi lain disebabkan dasar dan amalan PSM yang
kurang menarik yang disediakan oleh organisasi?. Menurut (Marchington dan
Grugulis, 2000; Monsalve dan Narajo, 2012) dasar dan amalan Pengurusan Sumber
Manusia (PSM) dalam organisasi perlu ditransformasi seiring dengan persekitaran
semasa. Transformasi ini perlu bagi menguruskan fenomena ini agar dasar dan
amalan PSM di tempat kerja sentiasa dikemas kini, fleksibel dan memberi kebaikan
di antara organisasi dan pekerja.
Menurut Maimunah Aminuddin (2009) kemajuan kerjaya dan sistem
kenaikan pangkat merupakan salah satu aktiviti PSM dalam organisasi. Kemajuan
kerjaya merupakan proses peningkatan jawatan semasa ke jawatan lebih tinggi di
masa hadapan (Bedeian, Kemery dan Pizzolatto, 1991).
Menurut Chang (1999), seseorang pekerja mempunyai harapan yang tinggi
terhadap kemajuan kerjaya mereka dalam organisasi. Sekiranya harapan ini tidak
dipenuhi, seseorang pekerja akan berusaha untuk mencari peluang pekerjaan lain
dan seterusnya meninggalkan organisasi. Sekiranya harapan ini dipenuhi maka
individu itu ingin kekal setia berkhidmat dengan organisasi semasa. Organisasi yang
dapat menyediakan pelan matlamat kerjaya individu, pembangunan kerjaya dan
2
ganjaran kenaikan pangkat serta kemudahan yang menarik kepada setiap pekerja
akan dapat menghalang mereka daripada meninggalkan organisasi. Menurut Weng,
Morrow dan Liu (2010) pelan kemajuan kerjaya yang menarik dapat mengekalkan
pekerja untuk terus berkhidmat dalam organisasi semasa.
Manakala, Salamin dan Hom (2005) juga berpandangan peluang kenaikan
pangkat dan tawaran gaji yang menarik mempunyai hubungan langsung dengan
pusing ganti pekerja dalam organisasi. Sekiranya pekerja itu mendapati
pembangunan kerjaya mereka kurang menarik mereka berpotensi untuk
meninggalkan organisasi kerana tidak berpuas hati dengan organisasi semasa.
Ini menunjukkan pelan kemajuan kerjaya dan sistem kenaikan pangkat
yang ditawarkan dalam organisasi kini telah memberi kesan terhadap tahap
kepuasan kerja dikalangan pekerja. Ini dibuktikan hasil kajian penyelidikan terkini
yang menunjukkan peluang kemajuan kerjaya dan sistem kenaikan pangkat
merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam hubungan di antara pekerja
dengan organisasi. Ini bermakna, organisasi yang baik dan prihatin seharusnya
menyediakan satu pelan mekanisme kemajuan kerjaya dan sistem kenaikan
pangkat yang menarik untuk setiap pekerja bagi meningkatkan kepuasan kerja
mereka agar mereka terus kekal berkhidmat dalam organisasi semasa. Pekerja
merupakan aset kepada organisasi. Pekerja yang meninggalkan organisasi
merupakan satu kerugian kepada organisasi. Ini adalah disebabkan organisasi akan
kehilangan pekerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman yang
dapat menyumbang khidmat mereka untuk pembangunan dan kejayaan organisasi
(Danish dan Usman, 2010). Mekanisme pelan pembangunan kerjaya dan sistem
kenaikan pangkat ini merupakan satu pelaburan jangka masa panjang organisasi
bagi mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan berpengetahuan (Tsui,
Peasce, Porter dan Tripoli, 1997). Oleh yang demikian, organisasi seharusnya
mempertimbangkan hasrat dan harapan pekerja terhadap organisasi terutamanya
hal-hal yang berkaitan dengan pelan pembangunan kemajuan kerjaya dan kenaikan
pangkat mereka dalam organisasi (Rousseau, 1996; Harzing dan Pininington, 2011)
sebagai menghargai sumbangan yang diberikan selama berkhidmat dalam
organisasi semasa.
3
Kepuasan kerja lahir apabila peranan kerja individu itu telah diiktiraf
(Currivan, 1999; Mathias dan Jackson, 2007), memenuhi keperluan (Maslow, 1943;
Herzberg, Mausner dan Snyderman, 1959) individu. Sementara itu, Dries,
Pepermans dan De Kerpel (2008) pula menyatakan kepuasan kerja individu itu
tercapai apabila semua aspek di dalam pekerjaan individu itu telah tercapai. Niat
untuk meninggalkan organisasi dikatakan berkaitan dengan langsung dengan
kepuasan kerja. Perasaan kekurangan kepuasan kerja mendorong individu itu
meninggalkan organisasi (Olusegun, 2013). Namun begitu, Rayton (2006) pula
berpendapat hubungan kepuasan kerja dan niat untuk meninggalkan organisasi
adalah kompleks masih tidak difahami sepenuhnya. Terdapat pandangan bahawa
kepuasan kerja juga dipengaruhi oleh sifat-sifat personaliti individu itu di tempat
kerja Judge, Heller dan Mount (2002). Sifat-sifat personaliti merupakan satu faktor
yang boleh dinilai kesannya terhadap tahap kepuasan kerja. Menurut Judge et. al.
(2002), personaliti seseorang individu itu boleh menyumbang terhadap tahap
kepuasan kerja. Ini adalah disebabkan sifat-sifat personaliti adalah konsisten untuk
individu itu berkelakuan, berfikir dan merasa (John dan Srivastava, 1999; Cervone
dan Pervin, 2008).
Kajian ini akan memfokuskan organisasi kerajaan sektor awam persekutuan.
Organisasi sektor awam perlu untuk meneliti beberapa isu mengenai kemajuan
kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti dan tahap kepuasan kerja
dikalangan penjawat awam. Isu ini perlu dikaji sama ada dasar dan amalan PSM
yang diamalkan pada masa kini memberi kesan terhadap niat dikalangan penjawat
awam untuk meninggalkan organisasi ataupun sebaliknya, agar satu mekanisme
penambahbaikan dasar dan amalan PSM terutamanya pelan kemajuan kerjaya dan
sistem kenaikan pangkat dalam sektor awam dapat dikemaskini agar memberi
manfaat kepada organisasi dan penjawat awam itu sendiri.
Kerajaan merupakan majikan bagi 1.6 juta penjawat awam (Jabatan
Perkhidmatan Awam, 2015) di Malaysia. Terdapat pelbagai skim perkhidmatan
yang diwujudkan oleh kerajaan untuk penjawat awam. Laluan kemajuan kerjaya
dan sistem kenaikan pangkat bagi setiap skim perkhidmatan yang terdapat di
dalam perkhidmatan awam persekutuan yang ditawarkan kepada penjawat awam
adalah berbeza. Penyelidik akan menjelaskan secara terperinci dasar dan amalan
BAB 2
SEKTOR AWAM DI MALAYSIA
2.1 Pendahuluan
Bab ini dimulakan dengan penerangan mengenai keadaan semasa dan faktor yang
mempengaruhi PSM di sektor awam Malaysia. Penerangan akan dimulakan dengan
mengenai struktur sistem pentadbiran kerajaan di Malaysia secara am, pihak
berkuasa melantik pegawai-pegawai awam, kelayakan untuk memasuki jawatan di
sektor awam, klasifikasi skim-skim perkhidmatan dan diakhiri oleh perbincangan
dasar dan amalan PSM khususnya mengenai kemajuan kerjaya dan sistem
kenaikan pangkat di sektor awam Malaysia.
2.2 Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia terdiri daripada tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan,
negeri dan kerajaan tempatan (Malaysia Fact Book, 2014). Yang Di-Pertuan Agong
merupakan Ketua Negara Malaysia dan Perdana Menteri pula Ketua Kerajaan yang
mempunyai kuasa Eksekutif.
2.2.1 Kerajaan Persekutuan
Kerajaan persekutuan merupakan salah satu prinsip yang terdapat dalam konsep
pengasingan kuasa iaitu kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. Kuasa
eksekutif terdiri daripada kerajaan persekutuan dan tiga belas buah kerajaan negeri
yang terdapat di Malaysia. Kuasa eksekutif persekutuan diperolehi daripada
Parlimen (Perundangan) dan kuasa eksekutif kerajaan negeri diperolehi daripada
Dewan Undangan Negeri (Perundangan) yang terdapat di setiap Negeri di Malaysia.
21
Kuasa eksekutif persekutuan adalah seperti bidang pendidikan dan keselamatan,
sementara kuasa eksekutif bawah kerajaan negeri adalah seperti hal ehwal tanah,
pertanian, perhutanan dan hal ehwal islam.
Di Malaysia, eksekutif dan perundangan berkait rapat di antara satu sama
lain, amalan sistem di Malaysia adalah ahli parlimen adalah ahli yang sama di dalam
badan eksekutif.
Yang di-Pertuan Agong
Eksekutif Perundangan
Kehakiman
Perdana Menteri dan
Kabinet Dewan Rakyat dan
Dewan Negara Mahkamah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Rajah 2.1 : Pengasingan Kuasa Kerajaan Persekutuan Malaysia
Sumber : Ahmad Mokhtar (2011)
Kementerian
22
a. Perundangan
Parlimen Malaysia di peringkat persekutuan terdiri daripada Dewan Rakyat dan
Dewan Negara. Ahli Parlimen dipilih melalui sistem pilihanraya yang diadakan setiap
lima tahun dan mandat seorang ahli parlimen juga adalah tidak lebih daripada lima
tahun bagi setiap penggal, bagi ahli Dewan Negara, ahlinya dipilih daripada individu
yang berkebolehan dan berpengalaman dalam pelbagai bidang. Keanggotaan ahli
Dewan Negara kebiasaannya dicalonkan oleh setiap negeri-negeri di Malaysia.
Keahlian seorang ahli Dewan Negara adalah selama tidak lebih daripada tiga tahun
bagi setiap penggal dan boleh dilantik sebagai ahli Dewan Negara secara
maksimum selama dua penggal sahaja. Bidang tugas perundangan adalah
mengubal undang-undang di Malaysia.
b. Eksekutif
Eksekutif di peringkat persekutuan terdiri daripada Perdana Menteri dan Kabinet.
Perdana Menteri dipilih daripada kalangan ahli Dewan Rakyat dan dilantik oleh
Yang Di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Kabinet adalah ahli parti politik yang
memperolehi suara majoriti di Parlimen. Pada masa kini, Perdana Menteri Malaysia
adalah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
semenjak tahun 2009. Ahli-ahli Kabinet terdiri daripada Menteri dalam kalangan
Ahli Parlimen. Perlantikan mereka dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri Malaysia. Setiap Menteri akan memegang tugas-tugas yang
ditetapkan seperti Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan serta dibantu
oleh Kementerian dan Jabatan yang terdapat bawah bidang tugas dan kuasa
Menteri. Bidang tugas eksekutif adalah melaksanakan dasar dan polisi yang
ditetapkan kerajaan.
c. Kehakiman
Badan kehakiman adalah badan yang bebas daripada pengaruh politik. Tugas-
tugas utama badan kehakiman adalah untuk melaksanakan undang-undang yang
digubal dan diluluskan oleh badan perundangan. Sistem kehakiman di Malaysia
terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi,
Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
53
Jadual 3.1 Konsep Norma Timbal Balik Kontrak Psikologikal
Sumbangan Pekerja Galakan dari Organisasi
Usaha Kemahiran Kesetiaan Kepakaran Masa Kompetensi
Gaji Elaun Jaminan Pekerjaan (Job Security) Pembangunan Kemajuan Kerjaya Status Peluang Kenaikan Pangkat
Sumber : Griffin dan Moorhead (2010)
Kontrak psikologikal ini muncul apabila satu pihak percaya bahawa
sumbangan yang diberikan mendapat pulangan dan manfaat seperti yang
dijanjikan di masa hadapan (Griffin dan Moorhead, 2010; Farndale, Pai, Sparrow
dan Scullion, 2014). Persepsi ini adalah sangat subjektif dan dinamik. Persepsi ini
bergantung kepada individu itu dan akan berubah sepanjang hubungan di antara
pekerja dan organisasi serta mengikut keadaan persekitaran semasa. Oleh kerana
penekanan kepada persepsi individu ini dinamik dan subjektif, ia boleh membawa
kepada masalah salah tafsiran disepanjang hubungan di antara pekerja dan
organisasi (Rousseau, 1990; Festing dan Schafer, 2014). Oleh itu, amat penting
bagi organisasi untuk memahami dan menguruskan jangkaan pekerja dengan baik
dan berkesan.
Kajian lepas juga bersetuju menyifatkan perhubungan di antara kontrak
psikologikal dan hasil tingkah laku perkerja menggunakan norma timbal balik
(Turnley, Bolino, Leste dan Bloodgood, 2003; Griffin dan Moorhead, 2010; Conway
dan Coyle-Shapiro, 2012). Jika pekerja menyedari telah melakukan kewajipan
dalam tempoh kontrak psikologikal, mereka mengharapkan organisasi untuk
menunaikan janji mereka (Rousseau 1996a, 1998b). Sekiranya pekerja merasakan
organisasi tidak bertindak balas terhadap harapan mereka, pekerja akan
mengurangkan komitmen dan prestasi kerja mereka dalam organisasi (Bunderson,
2001; Riketta, 2002; Kickul, Lester dan Finkl, 2002; Tekleab dan Taylor 2003;
Rosen, Chang, Johnson dan Levy, 2009).
122
Rajah 4.1 merupakan reka bentuk kajian yang telah ditetapkan oleh
penyelidik dalam kajian ini.
Mengenalpasti Pernyataan Masalah dan Jurang Kajian
Tinjauan Literatur
Merangka Persoalan, Objektif, Kepentingan dan Hipotesis Kajian
Pembangunan Kerangka Kajian Teoritikal
Pembangunan Soalan Kaji Selidik
Kajian Rintis (Pilot Test)
Analisis Hasil Kajian Rintis (Pilot Test)
Tinjauan Literatur Kedua
Pengumpulan Data
Analisis Data dan Hasil Kajian
Perbincangan, Cadangan dan Kesimpulan
Rajah 4.1 : Reka Bentuk Kajian
129
Jadual 4.2: Soalan Kaji selidik Sistem Kenaikan Pangkat
Sub-konstruk
Soalan digunakan dalam kajian ini
Penulis
Keadilan
Sistem Kenaikan Pangkat
1. Organisasi saya mempunyai dasar kenaikan
pangkat dalaman yang adil.
2. Organisasi saya mempunyai peraturan-peraturan yang sangat adil.
3. Prosedur organisasi saya untuk membuat keputusan mengenai kenaikan pangkat adalah adil.
Folger
dan Konovsky (1989)
Kelajuan Kenaikan Pangkat
1. Kelajuan kenaikan pangkat saya dalam
organisasi ini adalah setiap 5 tahun.
2. Berbanding dengan organisasi sebelumnya, kedudukan saya sekarang adalah ideal.
3. Berbanding dengan rakan-rakan saya, saya dinaikkan pangkat dengan lebih cepat.
Weng et. al. (2010)
4.4.1.2 Sifat-sifat Personaliti
Item yang terdapat di dalam borang kaji selidik ini akan diukur menggunakan 5-
Point Likert Scale bermula dari (1) Sangat Tidak Setuju hingga (5) Sangat Setuju.
Item borang kaji selidik ini adalah soalan-soalan yang terkandung dalam Big Five
Inventory (BFI) yang dibangunkan oleh John dan Srivastava, (1999), Soalan-soalan
ini pada asalnya mempunyai 44 soalan merangkumi sifat-sifat personaliti
(Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, Neuroticism dan Openness).
Soalan-soalan ini digunakan secara meluas di dalam kajian mengenai personaliti
individu di tempat kerja (John dan Srivastava, 1999). Kajian ini hanya
menggunakan dimensi extraversion, conscientiousness dan neuroticism. Ketiga-tiga
dimensi ini merupakan penyederhana (moderator) untuk kajian ini. Item dalam
borang kaji selidik ini tidak diubahsuai. Penyelidik menggunakan item asal yang
terdapat dalam Big Five Inventory (BFI). Item-item soalan kaji selidik bagi sifat-
sifat personaliti dipaparkan dalam jadual 4.3.
136
persekutuan terdiri daripada 94 jabatan dan 43 badan berkanun persekutuan
terdapat di negeri Sabah pada masa kini. Data-data bilangan perjawatan gred 41
sehingga gred 54 adalah seperti yang dipaparkan dalam jadual 4.6.
Jadual 4.6 : Bilangan Keseluruhan Penjawat Awam Persekutuan
Pelbagai Skim Perkhidmatan Gred 41 hingga Gred 54
di Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan
Negeri Sabah
Organisasi
Gred Jawatan 41 hingga 54
Jumlah
Jabatan-Jabatan Persekutuan
25,102 Orang
25,102 Orang
Badan-Badan Berkanun Persekutuan
1,933 Orang 1,933 Orang
Jumlah
27,035 Orang
Sumber : Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, 2015
Jadual 4.6 memaparkan jumlah keseluruhan pegawai yang berada di gred
41 sehingga gred 54 adalah seramai 27,035 orang. Walau bagaimanapun, data
perjawatan di atas merupakan gabungan bersama bilangan pegawai yang berada di
‘Skim Perkhidmatan Terbuka’ dan ‘Skim Perkhidmatan Tertutup’ yang berkhidmat di
jabatan dan badan persekutuan di Sabah.
145
Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar
H 1 H 3
H 4
H 2
Rajah 4.2 : Kerangka Kajian Teoritikal
Sumber : Blau (1964), Fishbein dan Ajzen (1975), Folger dan Konovksy
(1989), Rosuseau (1989), Spector (1997), Judge et. al. (2002),
Judge dan Illes (2002), Ajzen, (2005), Kavanaugh et. al. (2006),
Ho et. al. (2009, Weng et. al. (2010), Griffin dan Moorhead
(2010) dan Olusegun (2013)
4.7 Pembangunan Hipotesis
Menurut Sekaran dan Bougie (2016), hipotesis merupakan kenyataan hubungan di
antara pembolehubah yang terdapat dalam kajian. Ujian hipotesis diperlukan bagi
menentukan sama ada terdapat sebarang hubungan di antara pembolehubah.
Pembangunan hipotesis menyediakan ruang bagi penyelidik untuk mengkaji
Kemajuan Kerjaya -Matlamat Kerjaya -Pembangunan Kemahiran Profesional -Sistem Saraan dan Ganjaran -Pusingan Kerja -Penyeliaan
Sifat-sifat Personaliti -Extraversion -Conscientiousness - Neuroticism
H 5 Kepuasan
Kerja
H 6
H 7
Niat Untuk
Meninggalkan
Organisasi
Sistem Kenaikan Pangkat -Keadilan Sistem Kenaikan Pangkat -Kelajuan Kenaikan Pangkat
276
RUJUKAN
Ab. Rahim Aris. 2002. Kajian ke atas Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stres
(Tekanan) dan Niat untuk Meninggalkan Profesion Pergunaan di kalangan
Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Daerah Kota Tinggi Johor.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. (Tidak diterbitkan).
Abbasi, Sami M and Hollman, Kenneth W. 2000. Turnover: The Real Bottom Line.
Public Personnel Management; Fall, 29(3).
Abdulla, J, Djebarni, R & Mellahi, K. 2011. Determinants of job satisfaction in the
UAE: a case study of the Dubai police, Personnel Review. 40 (1): pp.126-46.
Adnan Aminudin, Zaherawati Zakaria, Nazni Noordin, Azrul Shaimy Bin Mohd Yusof,
Mahazril Aini Yaacob and Nor Azira Ayob. 2012. Contributory effects of HR
Practice on Employees Job Satisfaction in Local Government. Asian Jounal of
Business and Management Science. 1(8): 53-61.
Adler, S. 1996. Personality and Work Behaviour: Exploring the Linkages. Applied
Psychology, 45(3): 207-224.
Albaugh, J. A. 2003. Keeping nurses in nursing: The profesions's challenge for
today. Urologic Nursing. 23: 193-199.
Agarwala, T. 2003. Innovative human resource practices and organizational
commitment: an empirical investigation. International Journal of Human
Resource Management. 14(2): 175-97.
Aggarwal, U & Bhargava, S. 2009. Reviewing the relationship between human
resource practices and psychological contract and their impact on employee
attitude and behaviours: a conceptual model. Journal of European Industrial
Training. 33 (1): pp. 4-31.
277
Agho, AO, Mueller, C & Price, JL. 1993. Determinants of employee job satisfaction:
an empirical test of a causal model. Human Relations. 46(8): 1007-27.
Ahangar, R. G. 2010. A study of resilience in relation to personality, cognitive styles
and decisions making style of management. African Journal of Business
Management. 4(6): 953-961.
Ahmad, R dan Ali, NA. 2004. Performance appraisal decision in Malaysian public
service. International Journal of Public Sector Management. 17 (1): 48-64.
Ahmad Mahdzan Ayob. 2004. Malay images in economic affairs: viewing through
the lenses of a Malay. Paper Presented at the Second International
Conference on Malay Civilization, Kuala Lumpur, Malaysia.
Aida Mehrad, Halimatussadiah Hamsan, Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah.
2015. The Role of Personality Factors on Job Satisfaction among Academic
Staff at Public Research University. Journal of Educational, Health and
Community Psychology. 4(1): 16-24.
Ahmad Mokhtar, R. 2011. Quality of Work-life orientation: Antecedents and effects
on organizational commitment in Malaysia public service. University Malaya.
Ajzen, I. & Fishbein, M. 1980. Understanding attitudes and predicting social
behavior. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Ajzen, I. & Fishbein, M. 1991. The Theory of Planned Behavior. Organizational
behavior and human decision processes. 50: 179-211.
Ajzen, I. 2005. Attitudes, Personality and Behavior. McGraw-Hill International.
Akpofure RR, Ikhifa OG, Imide OI, and Okokoyo IE. 2006. Job satisfaction among
educatos in colleges of education in Southern Nigeria. Journal of Applied
Sciences. 6(5): 1094- 1098.
329
LAMPIRAN A: BORANG KAJI SELIDIK
Tuan/Puan yang dihormati,
Saya adalah pelajar Ph.D di Universiti Malaysia Sabah (UMS), saya sedang menjalankan kajian mengenai “kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat dan sifat-sifat personaliti
keatas kepuasan kerja dan niat untuk meninggalkan organisasi: Kajian ' Skim Perkhidmatan
Tertutup’ di sektor awam Malaysia di Sabah ". Soal Selidik ini disasarkan untuk
pegawai ‘Skim Perkhidmatan Tertutup' yang bekerja di mana-mana jabatan
kerajaan dan badan berkanun persekutuan khususnya pegawai-pegawai yang berada di Gred 41-54 dan telah berkhidmat 5 tahun ke atas. Saya ingin
memaklumkan bahawa penyertaan anda dalam kajian ini adalah secara sukarela dan semua maklumat akan digunakan untuk tujuan akademik sahaja. Semua maklumat yang diberikan
adalah sulit dan persendirian. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai penyertaan tuan/puan di dalam soal selidik ini, sila hubungi penyelidik dengan
menggunakan nombor telefon atau e-mel berikut.
Penyertaan anda adalah sangat dihargai.
Dear Participant,
I am Doctor of Philosophy (Ph.D) student at Universiti Malaysia Sabah (UMS), I am conducting a study on “ Career growth, promotion system and personality traits, job satisfaction and intention to leave an organization: A study of ‘Closed Service Scheme’ in public sector of Malaysia in Sabah”. This Questionnaire is meant for ‘Closed Service Scheme’ officers working in any federal governments departments and agencies at the present grade 41-54 and served in current organization for more 5 years above. I want to stress that your participation in this study is voluntary and was used for educational purpose only. All the information provided is private and confidential. If you have any further queries concerning your participation in this questionnaire, please contact the researcher by using telephone number or email.
Your participation will be greatly appreciated.
Sincerely,
MOHAMMAD CHIN (DB1511013T) Faculty of Business, Economic and Accountancy
Centre of Post Graduate Studies, Universiti Malaysia Sabah Email :[email protected]
Tel: 013-8702509
Supervisor:
Professor Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa
Dr. Ramraini Ali Hassan
330
SOALAN KAJI SELIDIK/ SURVEY
Tajuk : Kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti, kepuasan kerja
dan niat untuk meninggalkan organisasi: Kajian ‘Skim Perkhidmatan Tertutup’ sektor awam
Malaysia di Sabah.
Title: Career growth, promotion system, personality traits, job satisfaction and intention to leave an organization: A study of ‘Closed Service Scheme’ public sector of Malaysia in Sabah.
Bahagian 1 Bahagian 1A: Arahan/ Instruction: Sila tandakan jawapan anda dengan tanda (X) didalam kolum yang disediakan/ Please mark with an (X) on the scale column.
Sangat Tidak Setuju/
Strongly Disagree
Tidak Setuju/ Disagree
Tidak Pasti/ Uncertain
Setuju/ Agree Sangat Setuju/ Strongly Agree
1
2
3
4
5
Sangat Tidak
Setuju/ Strongly Disagree
Tidak Setuju/
Disagree
Tidak Pasti/
Uncertain
Setuju/ Agree
Sangat Setuju/
Strongly Agree
No Soalan/ Question 1 2 3 4 5
1. Jawatan saya masa kini menetapkan asas bagi
merealisasikan matlamat kerjaya saya/ My present job sets the foundation for the realization of my career goals.
2. Jawatan saya masa kini menyediakan peluang yang baik
untuk mencapai matlamat kerjaya
saya/ My present job provides me with good opportunities to realize my career goals.
3. Jawatan saya masa kini adalah
releven dengan matlamat kerjaya saya/ My present job is relevant to my career goals.