Gay 2

download Gay 2

of 13

Transcript of Gay 2

  • 8/14/2019 Gay 2

    1/13

    Hubungkait-hubungkait Kemarahan Dalam Gerakbalas/respons kepadaLelaki-lelaki Gay: Kesan-kesan Kepercayaan Peranan Jantina Lelaki,

    Prejudis Seksual, dan Tekanan Peranan Jantina Lelaki

    Dominic J. Parrott, John L. Peterson, Wilson Vincent, dan Roger Bakeman

    Georgia State University

    Kajian ini meneliti samada prejudis seksual dan tekanan peranan jantina lelakimengantara kesan-kesan kepercayaan peranan jantina lelaki tentang kemarahandalam responskepada lelaki-lelaki gay. Para peserta terdiri dari 135 orang lelakiheteroseksual yang mengambil bahagian dalam temudaga berstruktur yangdirekabentuk untuk menilai sokongan terhadap 3 norma jantina lelaki (status,sifat tahan-lasak, dan anti-kewanitaan, prejudis seksual, tekanan peranan jantinalelaki, dan kemarahan dalam respons kepada senario yang menggambarkan satuperhubungan mesra/rapat antara lelaki-&-lelaki yang tidak erotik (contoh,pasangan mengucapkan I love you, berpegangan tangan, bercumbuan). Hasilkeputusan mendedahkan bahawa prejudis seksual mengantara sepenuhnyahubungkait di antara status dan kemarahan (mengantara separuh daripada

    hubungkait di antara anti-kewanitaan dan kemarahan) dalam respons kepadalelaki gay. Tambahan lagi, keputusan mendedahkan bahawa tekanan perananjantina lelaki mengantara separuh daripada kesan-kesan anti-kewanitaan ke ataskemarahan dalamrespons kepada lelaki gay. Secara keseluruhannya, hasilkeputusan ini mencadangkan bahawa norma-norma peranan jantina lelaki,khususnya norma anti-kewanitaan, mempunyai hubungkait yang kuat dengankemarahan dalam respons kepada lelaki gay, dan bahawa prejudis seksual dantekanan peranan jantina lelaki adalah pengantara-pengantara penting dalamhubungkait- hubungkait ini.

    Penunjuk kata: SifatKelelakian, peranan-peranan jantina, prejudis seksual, tekanan peranajantina, kemarahan

    Keagresifan anti-gay adalah satu masalah berterusan di Amerika Syarikat (BiroPenyiasatan Persekutuan, 2006; Harlo, 2005; Gabungan Program-program Anti-Keganasan Kebangsaan [NCAVP], 2007). Malangnya, oleh kerana kebergantungankepada sampel-sampel mudah dan kurangnya statut (undang-undang) pengumpulandata mengenai jenayah-benci berasaskan orientasi seksual di hampir semua negeri (LigaAnti-Fitnah, 2003), anggaran tepat mengenai kekerapan dan teruknya serangan-serangan anti-gay sukardiperolehi. Namun demikian, sampel kebarangkaliankebangsaan yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa satu daripada lima orangdewasa minoriti seksual adalah mangsa kepada seseorang atau jenayah hartabendayang disebabkan orientasi seksual mereka dan bahawa kira-kira 50% pernah dihina(secara lisan) atau dianiaya disebabkan orientasi seksual mereka (Herek, dalam akhbar).

    Tambahan lagi, mangsa-mangsa keagresifan anti-gay, yang sebahagian besarnya adalahlelaki yang dikenali sebagai gay atau biseksual atau mereka yang berpengalaman dalampertukaran jantina lelaki-kepada-wanita (Biro Penyiasatan Persekutuan, 2006; NCAVP,2007), adalah lebih cenderung untuk menghidapi gejala tanda psikiatrik berbandingdengan mangsa serangan yang tidak bias (Herek, Gillis, & Cogan, 1999). Oleh itu,keperluan untuk memahami penyebab-penyebab keagresifan ke atas populasi/golonganini sangat jelas mustahak.

    Kenyataan bahawa prejudis seksual adalah satu penentu penting keagresifan anti-gay merupakan fakta yang diterima ramai. Herek (2000a) menakrifkan prejudis seksualsebagai satu ciri stabil yang menggabungkan semua sikap-sikap negatif berasaskanorientasi seksual, samada sasarannya adalah homoseksual, biseksual, atau

    heteroseksual (ms. 19). Nyata sekali, kedua-dua kajian eksperimen dan korelasi telahmenunjukkan yang prejudis seksual berhubungkait secara positif dengan keagresifanyang dimotivasi oleh bias terhadap lelaki-lelaki gay (Bernat, Calhoun, Adams, & Zeichner,

    1

  • 8/14/2019 Gay 2

    2/13

    2001; Franklin, 2000; Patel, Long, McCammon, & Wuensch, 1995; Roderick, McCammon,Long, & Allred, 1998), khususnya selepas didedahkan kepada pencabulan seksualperanan jantina lelaki (contoh, erotika lelaki-lelaki; Parrott & Zeichner, 2005).

    Dominic J. Parrott, john L. Peterson, Wilson Vincent, dan Roger Bakeman, Jabatan Psikologi, GeorgiaState University.

    Surat menyurat mengenai artikel ini hendaklah dialamat kepada Dominic J. Parrott, Department ofPsychology, Georgia State University, P.O. Box 5010, Atlanta GA 30302-5010. E-mail: [email protected]

    Akan tetapi, keagresifan anti-gay tidaklah selalu dimotivasi oleh prejudis seksual. Sebagicontoh, ramai pesalahlaku dimotivasi oleh dinamik sosial seperti kesan-kesan kumpulanrakan sebaya atau mencari keseronokan(Franklin, 1998, 2000). Namun demikian, bagipesalahlaku yang dimotivasi oleh dinamik-dinamik sosial ini, pemilihan lelaki-lelaki gayatau wanita lesbian sebagai sasaran ditentukan oleh norma-norma budayakelelakianyang menghargai status, sifat tahan-lasak, dan, paling penting,heteroseksualiti (Herek, 1990, 2004; Neisen, 1990; Pharr, 1998). Dengan itu, sebagaitambahan kepada prejudis seksual, kepatuhan/pegangan kuat kepada ideologi-ideologilelakiyang ditetapkan budaya mungkin memudahkan keagresifan anti-gay (Franklin,1998; Herek, 1986; Kimmel, 1997; Kite & Whitley, 1998). Sejajar dengan pendapat ini,Parrott dan Zeichner (dalam akhbar), mendapait bahawa kelelakian hiper lebih positifberhubungkait dengan keagresifan anti-gay selepas terdedah kepada aktivitiseksuallelaki-&-lelaki, berbanding dengan lelaki-&-wanita. Secara kolektif, data-data inimenyatakan bahawa prejudis seksual dan sokongan norma-norma peranan jantina lelakitradisional adalah faktor berisiko tahap-individu yang penting untuk dipertimbangkan bilamengkaji proses-proses yang dikaitkan dengan keagresifan anti-gay.

    Namun demikian, faktor-faktor risiko individu ini tidak cukup untuk menerangkankeagresifan anti-gay di dalam semua pesalahlaku. Ramai lelaki yang prejudis ataumenyokong pegangan kuat kepada kelelakianheteroseksual tidak terlibat dalmperbuatan anti-gay. Dengan itu, faktor-faktor lain adalah perlu untuk berlakunyakeagresifan anti-gay. Adalah penting bahawa teori-teori daripada penulisan keagresifanam menganjurkan bahawa kemarahan mengantara perhubungan antara individudan/atau faktor-faktor risiko situasi dan perlakuan agresif (contoh, Anderson & Bushman,2002; Berkowitz, 1990, 1993). Satu kajian baru-baru ini tentang motivasi untukkeagresifan anti-gay menyokong pandangan ini. Khasnya, Parrott dan Peterson (dalamakhbar) mendapati bahawa kemarahan sebagai tindakbalas kepada lelaki-lelaki gaymengantara hubungkait antara prejudis seksual dan keagresifan anti-gay dan dinamik-dinamik rakan sebaya dan keagresifan anti-gay. Data-data ini mencadangkan bahawa,

    untuk memahami sebab musabab keagresifan anti-gay dengan lebih baik, adalahpenting untuk memahami faktor-faktor yang mengakibatkan perasan marah lelaki.

    Sebab-sebab Yang Mungkin Menyebabkan Kemarahan Anti-Gay

    Sifat Kelakian, Prejudis Seksual, dan Kemarahan Anti-Gay

    Prejudis seksual lelaki berhubungkait kuat dengan pegangan kepada norma-normajantina tradisional (Ehrlich, 1990; Kilianski, 2003; Parrott, Adams & Zeichner, 2000, Sinn,1997). Hubungan di antara prejudis seksual dan kepercayaan-kepercayaan peranan

    jantinan lelaki mungkin boleh dijelaskan lagi dengan mempertimbangkan perkembangansetiap satunya. Kepercayaan-kepercayaan mengenai peranan jantina lelaki telahterbentuk sejak dari lahir. Khususnya, kepercayaan-kepercayaan peranan jantina lelakimencerminkan satu pegangan kepada pelbagai norma-norma yang tersendiri, termasukyang berikutnya; (a) status, yang menggambarkan kepercayaan bahawa lelaki mesti

    2

  • 8/14/2019 Gay 2

    3/13

    mendapatkan rasa hormat dari orang lain; (b) tahan-lasak, yang menggambarkanjangkaan bahawa lelaki secara fizikalnya adalah tahan lasak dan sanggup bertindakagresif; dan (c) anti-kewanitaan, yang menggambarkan kepercayaan bahawa lelaki tidaksepatutnya terlibat dalam aktiviti-aktiviti stereotaip wanita (Thompson & Pleck, 1986).Prejudis seksual juga sama terbentuk dari budaya. Namun demikian, prejudis seksualtimbul dari perkembangan identiti lelakiseseorang untuk mengukuhkan statusnyasebagai lelaki heteroseksual (Herek, 2000a) dan untuk melambangkan satu penolakankewanitaan khusus (Kimmel, 1997, ms.229). Malah, prejudis seksual adalah hasilsampingan yang berkemungkinan besar terjadi dari sosialisasi lelaki (Shields & Harriman,1984) terutamanya satu tema anti-kewanitaan di dalam diri lelaki (Parrott et al., 2002;

    Thompson, Grisanti, & Pleck, 1985).

    Banyak sekali kajian yang menunjukkan bahawa kedua-dua kepercayaan peranan jantina lelaki tradisional dan prejudis seksual meramal peningkatan laporan sendirikemarahan di kalangan lelaki-lelaki yang terdedah kepada aktivit seksual lelaki-&-lelaki,berbanding dengan lelaki-&-wanita (Bernat et al., 2001; Parrott & Zeichner, 2005, dalamakhbar; Parrott, Zeichner & Hoover, 2006). Oleh sebab prejudis seksual merupakan hasil

    khusus sokongan lelaki dari idelogi-idelogi lelaki tradisional, ianya boleh didebatkanbahawa prejudis seksual mengantara hubungan mapan di antara kepercayaan peranan

    jantina lelaki dan kemarahan dalam respons kepada lelaki gay. Namun, adalah lebihpenting untuk mengkonsepsikan ideologi lelakidari segi norma-norma khusus daripadagagasan satu dimensi (Fischer, Tokar, Good, & Snell, 1998). Oleh itu, penyelidikan yangmengkaji peramal-peramal kemarahan dalam respons kepada lelaki gay mesti menelitipengaruh berasingan setiap norma.

    Pendekatan ini mempunyai kesan teoritikal yang penting. Contohnya, secararelatif kepada norma status satu norma tahan-lasak, norma anti-kewanitaan mungkinlebih berhubungkait secara langsung dengan kemarahan dalam respons kepada lelakigay. Begitu juga, tahap di mana prejudis seksual mengantara hubungan di antara

    kepercayaan peranan jantina lelaki dan kemarahan anti-gay mungkin berbeza-bezasebagai fungsi norma khusus yang dipertimbangkan. Misalnya, sokongan norma-normastatus, tahan-lasak dan anti-kewanitaan mungkin mencetus kemarahan anti-gay melaluiprejudis seksual. Walau bagaimanapun, sokongan norma anti-kewanitaan mungkin jugamemdesak kesan langsung ke atas kemarahan anti-gay selepas mengawal prejudisseksual. Hipotesis-hipotesis ini belum lagi diuji di dalam penulisan yang ada sekarangdan merupakan satu fokus di dalam kajian kami ini.

    SifatKelelakian, Tekanan Peranan Jantina Lelaki, dan Kemarahan Anti-Gay

    Selain memudahkan kemarahan akibat prejudis seksual dalam respons kepada

    lelaki gay, kepatuhan/pegangan kuat kepada sifat kelelakianheteroseksual boleh jadimeningkatkan kecenderungan kemarahan anti-gay di dalam konteks lelaki berkumpulan(Franklin, 2000). Satu faktor individu yang menggambarkan kerentanan (mudahterpengaruh) lelaki kepada kesan-kesan rakan sebaya ini ialah tekanan peranan jantinalelaki. Bertentangan dengan ideologi lelaki, tekanan peranan jantina lelaki merujukkepada kecenderungan lelaki untuk menilai pemahaman tertentu perlakuan, atausituasi sebagai banyak tekanan dan tidak diingini (Eisler, Skidmore, & Ward, 1998, ms.135). Seperti yang diterangkan oleh Eisler dan Skidmore (1987), lelaki yang beradadalam tekanan peranan jantina yang tinggi akan mengalami tekanan apabila merekamerasa diri mereka tidak dapat menghadapi/memenuhi mustahaknya peranan lelakiatau apabila satu keadaan dirasakan memerlukan perlakuan yang bukan bersifat jantanatau kewanitaan (ms. 125). Oleh yang demikian, lelaki yang mencatatkan tekanan

    peranan jantina lelakiyang tinggi telah menganjurkan untuk menunjukkan peningkatankemarahan dalam situasi yang memerlukan norma-norma peranan jantina lelakitradisional (contoh, kehadiran bersama dua lelaki gay). Reaksi-reaksi ini adalah

    3

  • 8/14/2019 Gay 2

    4/13

    tekal/konsisten dengan pegangan kuat kepada sifat kelakian heteroseksual. Lagipun,oleh kerana rakan sebaya lelaki mengekalkan kepentingan berpegang kepada ideologiini, lelaki yang tinggi tekanan peranan jantina mungkin akan lebih mudahterpengaruh/terkena kesan-kesan berkaitan rakan sebaya tentang keagresifan anti-gay.

    Oleh yang demikian, tekanan peranan jantina lelakinampaknya akanberkemungkinan memudahkan kemarahan dalam respons kepada lelaki gay. Malangnya,setakat ini tiada kajian yang secara langsung mengkaji hipotesis ini. Namun, bukti tidaklangsung ditemui dalam penulisan-penulisan yang berkaitan. Contohnya, lelaki yangmenyokong tahap tekanan peranan jantina lelakiyang tinggi, berbanding dengan yangrendah, mencatatkan tahap kemarahan lebih tinggi, lebih banyak ciri-ciri negatif, danreaksi kardiovaskular dalam respons kepada situasi di mana sifat kelelakian tradisionalterancam (Cosenzo, Franchina, Eisler, & Krebs, 2004; Eisler, Franchina, Moore, Honeycutt,& Rhatigan, 2000; Franchina, Eisler, & Moore, 2001, Lash, Eisler, & Schulman, 1990;Moore & Stuart, 2004). Begitu juga, lelaki yang mencatatkan tahap-tahap tekananperanan jantina lelaki tinggi adalah lebih cenderung untuk menggunakan taktik-taktikagresif dalam situasi di mana wanita mengancam sifat kelelakian mereka (Eisler et al.,

    2000; Franchina et al., 2001).

    Penulisan yang diulas menyatakan bahawa pegangan kepada norma-normajantina lelakitradisional mungkin menyebabkan kecenderungan lelaki untuk mengalamitekanan dalam situasi yang ditanggap sebagai mencabul norma-norma tersebut. Malah,ianya mungkin benar bahawa kecenderungan untuk mengalami situasi berkaitan-jantinayang tertentu begitu banyak tekanan, tidak hanya sekadar mempunyai kepercayaantradisional mengenai peranan lelaki semata-mata malah lebih kuat menjangkakankemarahan dalam respons kepada lelaki gay. Selaras dengan pandangan ini, Thompson,Pleck, dan Ferrera (1992) menyimpulkan bahawa tekanan peranan jantina lelaki mungkinmeramalkan sifat kelelakiankhusus. Dengan rasional ini, boleh ditegaskan bahawatekanan peranan jantina lelakimengantara hubungan mapan di antara kepercayaan

    peranan jantina lelaki dan kemarahan dalam respons kepada lelaki gay. Akan tetapi,kesan pengantaraan ini mungkin bermacam-macam sebagai satu fungsi norma khususyang sedang dikaji. Hipotesis ini belum lagi diuji dalam penulisan sedia ada dan adalahsatu lagi fokus kajian kami ini.

    Penyelidikan IniMatlamat kajian ini ialah untuk meneliti potensi dua pengantara hubungan di antarakepercayaan peranan jantina lelaki dan kemarahan dalam respons kepada lelaki gay.Konsisten dengan penulisan yang diulas, kepercayaan peranan jantina lelaki, prejudisseksual, dan tekanan peranan jantina lelaki mungkin memudahkan kemarahan dalamrespons kepada lelaki gay. Manakala kepercayaan peranan jantina lelaki melibatkan

    beberapa norma-norma berbeza, prejudis seksual dan tekanan peranan jantinalelakiadalah sangat khusus, membentuk satu dimensi yang mungkin memberi kesanlebih langsung ke atas kemarahan anti-gay. Dengan itu, telah dihipotesis bahawaprejudis seksual dan tekanan peranan jantina lelaki akan mengantara hubungkait diantara kepercayaan peranan jantina lelaki dan kemarahan dalam respons kepada lelakigay. Tetapi, secara relatif kepada norma-norma peranan lelaki yang lain, teori berkaitanmencadangkan bahawa norma anti-kewanitaan adalah berkait lebih rapat denganrespons-respons kepada lelaki gay. Oleh itu, kami membuat hipotesis lagi mengatakannorma anti-kewanitaan akan masih memberi kesan langsung kepada kemarahan anti-gaysetelah mengawal prejudis seksual dan tekanan peranan jantina lelaki serentak.

    Kaedah

    Peserta

    4

  • 8/14/2019 Gay 2

    5/13

    Para peserta terdiri daripada 173 orang lelaki yang diambil melalui kursus-kursuspengenalan psikologi. Wanita tidak diambil kerana, berbanding dengan lelaki, merekamencatatkan tahap prejudis seksual yang rendah terhadap lelaki gay dan kurangcenderung untuk melibatkan diri dalam keagresifan anti-gay (Baker & Fishbein, 1998;Lim, 2002; Polimeni et al., 2000; Whitley & Kite, 1995). Peserta-peserta berpotensimenjawab iklan kajian bertajuk Tinjauan Sikap-sikap Sosial. Para peserta diberitahumereka perlu menjalani satu temuduga satu jam yang direka untuk menilai fikiran,perasaan, dan perlakuan mereka tentang homoseksualiti dan, lebih amnya, perananlelaki dan wanita dalam masyarakat. Para peserta diberitahu mereka akan menerimaseparuh kredit kursus untuk penyertaan dalam temuduga ini. Borang pemberitahuankebenaran telah diterima daripada semua peserta. Daripada sampel 173 orang lelakiyang asal ini, 38 orang teleh ditolak penyertaan mereka kerana mereka telahmelaporkan perlakuan seksual lelaki-&-lelaki atau kebangkitan nafsu berahi yang lepas,enggan menjawab beberapa soalan temuduga, atau melebihi tahap umur sasaran (18-30tahun) yang amnya terlibat dalam salahlaku keagresifan anti-gay (Harry, 1990; NCAVP,2007). Keseluruhannya, sampel terakhir seramai 135 orang dewasa muda, khususheteroseksual, lelaki dari pelbagai latarbelakang ras/bangsa (lihat Jadual 1 untuk butiran

    demografi).

    Jadual 1DemografiSampel

    Pembolehubah M(SD) atau %

    Umur 20.0 (2.6)Pendidikan (dalam tahun) 14.1 (1.2)Bangsa

    Kulit Putih, non-Hispanic 50African

    American24

    Asian American 17Hispanic atau Latino 2Lain-lain 7

    Status Perhubungan/PerkahwinanBujang, tidak pernah berkahwin 97Berkahwin 3

    Nota. n = 135.

    Pengukuran

    Temuduga Berstruktur. Para peserta melengkapkan temuduga berstruktur yangtermasuk banyak ukuran catatan-sendiri, dijalankan secara lisan (dibincangkankemudian). Dengan demikian, daripada menjawab soalan-soalan dari setiap ukurancatatan sendiri dalam format tulisan, para peserta menjawab semua soalan secara lisan.

    Temuduga berstruktur digunakan berbanding format catatan sendiri bertulis adalahuntuk membina strategi pengumpulan data yang mungkin akan dapat disesuaikandengan mudah untuk kegunaan dalam tinjauan kebangsaan skala besar. Untuk setiapukuran catatan sendiri, penemuduga lelaki membacakan arahan, pilihan respons, dansoalan-soalan kepada peserta. Penemuduga memberi penjelasan mengenai arahan dansoalan jika diminta oleh peserta. Semua peserta diberitahu mereka boleh menolak untukmenjawab mana-mana soalan dan akan tetap menerima bayaran. Soal selidik tambahan

    juga dijalankan secara lisan tetapi tidak berkaitan dengan kajian ini, maka tidak

    dilaporkan di sini.

    5

  • 8/14/2019 Gay 2

    6/13

    Borang Demografi. Soalan-soalan temuduga ini berkenaan maklumat sepertiumur, orientasi seksual, bangsa, status perhubungan/perkahwinan, dan tempoh tahunpendidikan.

    Skala Pengkadaran Heteroseksual-Homoseksual Kinsey (KRS; Kinsey,Pomeroy, & Martin, 1948). Versi skala ini yang diubahsuai digunakan untuk menilaikebangkitan nafsu berahi dan pengalaman lepas. Dengan skala 7-item, pesertamemarkahkan kebangkitan nafsu berahi dan pengalaman perlakuan mereka dari 1(eksklusif heteroseksual) hingga 7 (eksklusif homoseksual). Seperti yang diperkatakantadi, hanya peserta yang melaporkan kebangkitan nafsu berahi dan pengalamanperlakuan eksklusif heteroseksual dimasukkan dalam analisis-analisis kami.

    Skala Norma-norma Peranan Lelaki (MRNS; Thompson & Pleck, 1986).MRNS ini adalah inventori 26-item yang menilai tiga dimensi ideologi lelaki: status(contoh, Seorang lelaki mesti berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bergantung kepadabantuan orang lain), tahan-lasak (contoh, Satu cogan kata bagi lelaki hendaklahApabila keadaan menjadi genting, lelaki mesti menukar masalah itu kepada semangat

    juang), dan anti-kewanitaan (contoh, Ianya menggangu fikiran saya sekiranya seoranglelaki melakukan sesuatu yang bersifat kewanitaan). Para peserta telah diminta untukmemberi markah setiap soalan dengan skala dari 1 (sangat tidak bersetuju) hingga 7(sangat bersetuju), di mana markah yang lebih tinggi sepadan dengan kepercayaantradisional yang lebih tentang norma-norma status, tahan-lasak, dan anti-kewanitaan.Struktur faktor tiga dimensi ini telah disokong oleh kedua-dua analisis faktor tinjauan danpengesahan (Sinn, 1997; Thompson & Pleck, 1986). Koefisen tekal/konsisten dalamanuntuk sub-skala ini berjulat antara 0.74 dan 0.81 dalam sampel kajian ini, koefisenkebolehpercayaan alpha masing-masing 0.85, 0.70, dan 0.80 diperolehi untuk sub-skalastatus, tahan-lasak, dan anti-kewanitaan.

    Skala Sikap-sikap Terhadap Lelaki Gay (ATGS; Herek, 1988). Prejudisseksual telah dinilai dengan ATGS jenis Likert 10-item, yang khususnya mengukur sikap-sikap heteroseksual terhadap lelaki gay. Markahberjulat dari 1 (sikap paling positif)hingga 9 (sikap paling negatif). Soalan sampel termasuk Saya rasa lelaki homoseksualmenjijikkan, dan Kelakuan homoseksual di antara dua lelaki salah sama sekali.Konsistensi/ketekalan dalaman ujian lisan pengukuran ini dalam sampel standard biasamelebihi .80, yang mana konsisten dengan kajian ini ( = 0.88). Skala ini telahdijalankan secara lisan dalam banyak tinjauan kebangsaan dan telah menunjukkan iaboleh diharap dan sah (Herek, 2000b, 2002).

    Skala SikapTekanan Peranan Jantina Kelakian (MGRSS; Eisler & Skidmore,1987). Skala jenis Likert 40-item ini menilai kecenderungan menaksir situasi-situasi

    tertekan yang bertentangan dengan peranan jantina lelaki tradisional. Para pesertmemarkahkan soalan dengan skala berjulat dari 0 (tiada tekanan sama sekali) hingga 5(sangat tertekan), yang mana markah yang lebih tinggi menggambarkan peningkatantekanan peranan jantina lelaki. Sebagai contoh, soalan-soalan sampel mengarahkanpara peserta memberi markah kepada tinggi tekananyang mereka rasa jika merekamenenangkan rakan lelaki yang bersedih, ditanggap mempunyai ciri-ciri kewanitaan,bertanyakan arah jalan bila sesat, atau mendampingi wanita yang lebih berjayadarinya. MGRSS ini telah didapati tidak bergantung/berkait dengan ukuran sifatkelelakian dan kepercayaan mengenai peranan jantina lelaki(Eisler & Skidmore, 1987;Eisler et al., 1988). Data piawai menyatakan koefisen kebolehpercayaan alpha melebihi0.90, yang mana konsisten dengan sampel kajian ini ( = 0.94).

    Jadual Kesan Positif dan Negatif-Borang yang diperkembangkan (PANAS-

    S; Watson & Clark, 1994). PANAS-X telah digunakan untuk menilai pengalamankemarahan para peserta dalam respons kepada senario yang menggambarkan perlakuanhubungan rapat lelaki-&-lelaki (dibincang kemudian). Khususnya, kemarahan dinilai

    6

  • 8/14/2019 Gay 2

    7/13

    dengan skala Kemarahan-Permusuhan 6-item, yang dijalankan dengan gabungan PANAS20-item (Watson, Clark & Tellegen, 1988). Para peserta telah diminta memberi markahke tahap mana mereka akan mengalami setiap pemerihal perasaan (mood) dengan skala5-point berjulat dari 1 (sangat sedikit) hingga 5 (sangat banyak). Watson et al.Melaporkan koefisen konsistensi dalaman 0.84. Dalam kajian ini, koefisenkebolehpercayaan alpha ialah 0.90.

    Sebelum PANAS-X dilakukan secara lisan, penemuduga meminta para pesertamembayangkan diri mereka berada dalam situasi berikut:

    Bayangkan anda berada di lapangan terbang menunggu ketibaan seorang kawan. Sementaramenunggu, anda terpandang seorang lelaki yang baru balik dari perjalanannya menyambut kawanlelakinya. Mereka berpelukan beberapa saat, kemudian bercumbudi bibir beberapa saat. Merekaberpelukan lagi dan kemudian bercumbu beberapa kali lagi. Anda terdengar kedua-dua lelaki tersebutmenyatakan kerinduan mereka masing-masing, dan salah seorangnya mengucapkan I love youkepada kawan lelakinya. Lelaki yang tadi menunggu itu kemudiannya memberi bunga kepadakawannya. Sebaik menerima pemberian itu, lelaki itu jelas berterima kasih, mereka berpeluk lagi, dankedua-duanya berkata dia menyintai diri yang satu lagi. Mereka kemudiannya beredar sambilberpegangan tangan.

    Prosedur/Tatacara

    Sebaik tiba di makmal, semua peserta memberi borang pemberitahuankebenaran. Kemudian, temuduga berstruktur dijalankan. Selesai temuduga, parapeserta telah disoal balik, diberi kredit kursus, dan diucapkan terima kasih.

    Hasil Keputusan

    Statistik Deskriptif (Gambaran)

    Purata, lencongan piawai (SD), dan julat-julat untukpembolehubah-pembolehubahutama terdapat dalam Jadual 2, bersama korelasi mereka. Semua pembolehubah kecualikemarahan anti-gay telah diagihkan secara berpatutan (contoh, skew(herot/senget)