globalisasi

35
Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM KANDUNGAN 1 PENGENALAN 1 2 APA ITU GLOBALISASI 2 3 PUNCA MASAALAH GLOBALISASI 4 3.1 Nafsu Mencari Keuntungan 4 3.2 Matlamat Untuk Menguasai Pasaran 5 3.3 Memperluaskan Kuasa 6 4 KESAN GLOBALISASI KEATAS KELUARGA DAN MASYARAKAT 4.1 Kesan Negatif Globalisasi 6 4.2 Kesan Positif Globalisasi 13 5 BAGAIMANA MENANGANI MASALAH GLOBALISASI NEGATIF TERHADAP KELUARGA DAN MASYARAKAT 18 6 KESIMPULAN 22 7 RUJUKAN 24 0No Matrik :

Transcript of globalisasi

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

KANDUNGAN

1 PENGENALAN 1

2 APA ITU GLOBALISASI 2

3 PUNCA MASAALAH GLOBALISASI 4

3.1 Nafsu Mencari Keuntungan 4

3.2 Matlamat Untuk Menguasai Pasaran 5

3.3 Memperluaskan Kuasa 6

4 KESAN GLOBALISASI KEATAS KELUARGA

DAN MASYARAKAT

4.1 Kesan Negatif Globalisasi 6

4.2 Kesan Positif Globalisasi 13

5 BAGAIMANA MENANGANI MASALAH

GLOBALISASI NEGATIF TERHADAP

KELUARGA DAN MASYARAKAT

18

6 KESIMPULAN 22

7 RUJUKAN 24

0No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

PENGARUH GLOBALISASI KE ATAS KELUARGA DAN MASYARAKAT

1. PENGENALAN

Menjelang penghujung abad ke 21, globalisasi merupakan topik yang paling

banyak diperkatakan sama ada diperingkat tempatan maupun antarabangsa.

Globalisasi dibincangkan oleh pelbagai pihak, daripada masyarakat biasa

kepada pemimpin Negara dan para ahli akademik. Globalisasi yang di

warwarkan oleh negara maju dan para ahli akademik serta para pemimpin

Negara mereka mendapat perhatian dan reaksi daripada Negara lain di

seluruh dunia, termasuk Malaysia. Namun perspektif terhadap globalisasi di

antara Negara maju dengan Negara lain berbeza dan sebahagiannya

bertentangan.

Pada peringkat awal konsep globalisasi diperkenalkan kepada masyarakat

dunia, konsep tersebut telah memukau banyak pihak. Kemajuan yang pesat

dalam teknologi maklumat dikatakan telah memberi impak yang besar

kepada system kehidupan politik, sosial dan ekonomi semua Negara. Dunia

dikatakan semakin mengecil di samping tiada sempadan lagi. Unsur

perbezaan sistem kehidupan yang wujud pada masa lampau beransur

hilang. Sebaliknya dunia dikatakan menuju kepada keseragaman hidup dalam

semua aspek kehidupan.

Namun setelah sedekat berlalu persepsi sebahagian pihak dan Negara terhadap

globalisasi semakin bersifat kritikal. Dalam banyak aspek khususnya dalam

aspek politik dan ekonomi, globalisasi yang wujud pada masa kini lebih banyak

menguntungkan Negara maju dan kelompok Negara Barat berbanding Negara

lain.

1No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

Globalisasi telah menyebabkan dunia diletakkan di bawah satu unit yang

sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara.

Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang

udara dan langit sesebuah Negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai

maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi

seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini

memungkinkan perhubungan diantara manusia dapat dilakukan dalam tempoh

yang amat singkat.

2. APA ITU GLOBALISASI

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang

menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan

kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cendiakawan barat

mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas

dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan

ekonomi yang boleh dirasai oleh semua umat menusia di dunia ini. Ini bermakna

segalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi, dunia dirasakan semakin mengecil dari segi ruang

daripada asalnya. Jika dulu dunia ini adalah dirasakan amat besar dan seluas

saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan antara

negara dan dipisahi oleh pelbagai lautan, namun kini ini tidak berlaku lagi.

Malah hari ini kita telah dapat merasakan samaada sedar atau tidak apakah

dia itu globalisasi ini. Ledakan teknologi yang pesat merupakan medium

utama kepada agenda globalisasi.

2No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

Dunia bukan saja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi

menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi,

politik dan dari segi segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Di Malaysia kerajaan lebih memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi.

Kuasa globalisasi yang paling asas ialah dari segi ekonomi, kerana apabila

kita bercakap tentang globalisasi kita merujuk kepada globalisasi ekonomi dan

bagaimana ia boleh mempengaruhi budaya, politik dan lain-lain. Disamping

kerajaan memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan

globalisasi sainstifik serta teknologi.

Globalisasi ialah penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan

negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek iaitu

perdagangan, kewangan dan pelaburan.

Globalisasi tidak terhad kepada sektor ekonomi sahaja, kerana ia kemudiannya

akan mempengaruhi segenap aspek kehidupan masyarakat di negara ini dan

dunia secara keseluruhannya .Proses globalisasi semasa dikatakan tidak

seimbang kerana dasar globalisasi kerap didominasi oleh negara-negara maju

yang akan mengaut keuntungan paling besar jika globalisasi dilaksanakan

sepenuhnya. Negara-negara membangun pula tidak bersatu untuk

memperjuangkan kepentingan masing-masing di bawah globalisasi dan ia

menimbulkan kebimbangan proses ini akan menyebabkan perbezaan jurang yang

lebih ketara antara golongan kaya dan miskin dan antara negara maju dan

membangun.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya cara berfikir dan

gaya bertindak dari satu daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi

3No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

erti luas adalah satu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya

globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi.

Fenomena ini boleh dikiaskan sebagai fenomena yang melanda dunia.

3. PUNCA MASALAH GLOBALISASI

Globalisasi yang bersifat global merangkumi pelbagai aspek dari ekonomi

sehingga budaya dan meliputi seluruh dunia. Tinjauan menunjukkan bahawa

proses globalisasi mempunyai kesan-kesan negatif . Punca masaalah globalisasi

yang negatif didorong oleh tiga sebab yang utama.

Pertama adalah kerana nafsu mencari keuntungan. Kedua adalah bagi menguasai

pasaran. Ketiga adalah bagi memperluaskan kuasa. Ketiga-tiga aspek ini

nampaknya sudah menjadi prinsip utama proses globalisasi ini. Bersama-sama

kita menganalisa keadaan ini dan mengupas erti sebenar globalisasi dan

masalah-masalah yang timbul akibatnya.

3.1 Nafsu Mencari Keuntungan

Globalisasi membuka ruang mencari keuntungan dengan konsep liberal dan

ekonomi bebas . Apa yang diusahakan melalui liberalisasi dan ekonomi bebas

adalah usaha memansuhkan kawalan, subsidi, tarif dan semua jenis perlindungan

yang diberi kepada pengusaha dan pedagang tempatan. Ini bertujuan

mewujudkan satu keadaan saingan bebas di peringkat antarabangsa.

Pada dasarnya ini adalah usaha yang baik sekiranya semua negara ada pada

satu tahap kemajuan dan kebolehan yang sama. Pada hakikatnya keadaan

hari ini bukan sebegitu. Negara-negara yang sudah membangun mempunyai

4No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

daya keupayaan jauh lebih baik dengan teknologi canggih, modal yang cukup,

kemahiran pengurusan yang tinggi dan informasi khasnya mengenai pasaran

yang serba lengkap. Justeru itu bagaimanakah negara-negera sedang

membangun dapat bersaing.

Misalnya seperti dalam permainan golf, pemain-pemain baru dan yang kurang

mahir menguasai permainan diberi “handicap” supaya pemain baru dan kurang

berupaya boleh main dengan saingan yang lebih adil. Malangnya apa diusahakan

melalui globalisasi adalah penghapusan “handicap” perdagangan dan

membesarkan lagi jurang ketidakadilan ekonomi antara negara-negara yang

sudah membangun dengan negara-negara yang sedang membangun.

Ketidakadilan ini sekianya tidak diatasi akan berleluasa sehingga menjadi ciri

utama tamadun dunia kita. Inilah aspek pertama yang diperjuangkan oleh

kumpulan yang menentang globalisasi.

Mereka mahukan supaya wujudkan satu system “handicap” perdagangan dalam

sistem liberalisasi dan ekonomi bebas yang boleh wujudkan keadaan persaingan

yang lebih adil seperti dalam permainan golf.

3.2 Matlamat untuk menguasai pasaran

Kedua, proses globalisasi ini memerlukan ruang dibuka untuk menguasai pasaran.

Dengan itu, konsep pasaran terbuka (free market) dan dunia tanpa sempadan

(borderless world) dikemukakan dan dipraktikkan. Apa yang diusahakan adalah

untuk menyeragamkan peraturan – peraturan pengurusan pasaran tanpa kawalan

pihak berkuasa. Lantas seperti dunia tanpa sempadan. Usaha ini giat dijalankan

5No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

melalui APEC (Asia Pacific Economic Caucus) dan WTO (World Trade

Organisation).

Pasaran terbuka dan dunia tanpa sempadan adalah konsep baik seperti rumah

terbuka tanpa pagar. Keadaan ini hanya boleh dipraktikan didalam keadaan

tamadun dunia yang serba ada, yang adil dan saksama, aman dan damai.

Dalam dunia dimana tujuannya adalah menguasai pasaran, maka akan timbul

pula gejala monopoli dan saingan kurang sihat dalam pasaran. Inilah apa kita

alami sekarang. Justeru itu kita perlu pagar dan juga kunci rumah bagi melindung

diri dari pencerobohan ini. Kita boleh membuka rumah dan memberi kebenaran

masuk kepada kawan sekiranya kita mahu.

Pendek kata apa yang diperjuangkan oleh kumpulan menentang globalisasi

adalah supaya jangan kita gadaikan hak kita semata-mata mahu mencari

keuntungan dan kekayaan. Sudah tentu kita mesti berwaspada dengan APEC,

WTO dan lain-lain institutsi antarabangsa yang inginkan globalisasi. Ini adalah

untuk kepentingan negara-negara maju dan bukan bagi negara-negara sedang

maju seperti Malaysia.

3.3 Memperluaskan Kuasa

Demi mencapai hasrat membuka ruang pelaburan asing dan modal asing

sebagai strategi utama pembangunan ditawarkan oleh negara-negara maju

kepada negara-negara membangun. Keadaaan ini juga akan menjamin kuasa

mereka dapat diperluaskan khasnya keatas negara-negara sedang membangun.

Pelaburan dan modal asing ditawarkan dengan syarat-syarat tersendiri.

6No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

Pendekatan tambahan tawaran negara-negara maju terutamanya melalui bantuan

pembangunan, sebenarnya untuk mengukuhkan pengaruh.. Disebalik tirai

kononnya untuk membina keupayaan dan memindah teknologi, pengaruh dan

kuasa oleh negara-negara sudah bangun keatas negara-negara sedang

membangun dijalankan.

Ramai penentang globalisasi berpendapat bahawa pelaburan asing, pinjaman

modal, tawaran bantuan bagi membina keupayaan dan usaha pindah teknologi

negara-negara membangun kepada negara-negara sedang membangun

adalah kata-kata indah. Pengalaman telah menunjukkan jarang dikotakan.

Malah semua ini sudah menjadi helah dan strategi bukan sahaja meluaskan

kuasa ke atas negara-negara membangun tetapi untuk menjajah negara-negara

tersebut. Banyak negara-negara terjerat dalam strategi ini menjadi negara

terhutang dan negara yang bergantungkan kepada bantuan semata-mata. Mereka

tidak bebas dalam ertikata sebenar. Mereka sudah dijajah ala baru iaitu melalui

ekonomi.

4. KESAN GLOBALISASI KEATAS KELUARGA DAN MASYARAKAT

Setelah kita mengetahui definisi serta punca-punca globalisasi berlaku eloklah

kita membincangkan tentang kesan-kesan serta cabaran globalisasi yang perlu

diperkatakan dan dibincangkan dan merupakan agenda paling atas, adalah

cabaran ke atas aspek keluarga dan masyarakat. Cabaran ini adalah suatu

persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya

sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha

untuk mempengaruhi bidang-bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

7No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

4.1 Pengaruh Negatif Globalisasi

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena negatif boleh disaksikan

dengan insiden-insiden dan trend seperti memakai pakaian jenama barat,

makanan segera keluaran barat, minuman global yang ditaja oleh barat, hiburan

yang menonjolkan budaya barat, media barat yang semakin membanjiri

masyarakat muda, rekreasi yang meniru ala barat, dunia lakonan dan pembikinan

filem cara barat, majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat,

produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi

sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus

menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat

multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila

sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai

tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana

anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya,

bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup

global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita

secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat

budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai

bentuk kehidupan golongan belia.

Arus globalisasi begitu cepat menyerap masuk ke dalam masyarakat terutama di

kalangan muda. Pengaruh globalisasi terhadap anak muda juga begitu kuat.

8No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

Pengaruh globalisasi tersebut telah membuat banyak anak muda kita kehilangan

keperibadian diri sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam. Hal ini

ditunjukkan dengan gejala- gejala yang muncul dalam kehidupan sehari- hari anak

muda sekarang.

Dari cara berpakaian banyak remaja- remaja kita yang berdandan seperti selebriti

yang cenderung ke budaya Barat. Mereka menggunakan pakaian yang

memperlihatkan bagian tubuh yang seharusnya tidak kelihatan. Pada hal cara

berpakaian tersebut jelas- jelas tidak sesuai dengan kebudayaan kita. Tidak

ketinggalan gaya rambut mereka mempunyai beraneka warna. Pendek kata

orang lebih suka jika menjadi orang lain dengan cara menutup identiti diri. Tidak

banyak remaja yang mahu mengamalkan budaya bangsa dengan mengenakan

pakaian yang sopan sesuai dengan keperibadian bangsa dan suruhan agama.

Teknologi internet merupakan teknologi yang memberikan informasi tanpa

batas dan dapat diakses oleh sesiapa saja. Apa lagi bagi anak muda internet

sudah menjadi teman rapat mereka sehari- hari. Jika digunakan secara cara yang

betul tentu kita memperoleh manfaat yang berguna. Tetapi jika tidak, remaja

kini akan mendapat kerugian. Dan sekarang ini, banyak pelajar dan remaja yang

menggunakan internet dengan jalan yang salah. Misalnya untuk melayari laman-

laman porno. Internet merupakan sumber maklumat yang amat berguna terdapat

banyak benda positif serta negatif didalammya. Tanpa pemantauan yang betul

maka peluang dan ruang untuk memperolehi maklumat dan informasi yang salah

amat terbuka luas. Pengaruh internet terhadap pelajar amat kuat, kita pernah

membaca serta mendengar kisah pelajar sekolah ditangkap ponteng dan

9No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

mengunjungi pusat-pusat siber dalam waktu sekolah. Tren ini semakin menjadi-

jadi dan menular sehingga ke sekolah luar bandar.

Dilihat dari sikap, banyak anak muda yang tingkah lakunya tidak lagi

mengamalkan sopan santun. Ini disebabkan globalisasi menganut kebebasan

dan keterbukaan sehingga remaja sekarang boleh bertindak sesuka hati mereka.

Kita ambil contoh adanya geng motor anak muda yang melakukan tindakan

kekerasan yang menganggu ketenteraman dan keselamatan penunggang

jalanraya yang lain serta masyarakat. Kumpulan ini yang digelar mat rempit

seringkali menimbulkan pelbagai masaalah di jalan raya serta masaalah sosial

dan meyujudkan perasaan kurang senang setiap orang.

Penguatkuasaan undang-undang tidak dapat membendung masaalah ini kerana

undang-undang yang ada hanyalah bersikap menghukum semata-mata. Kita perlu

balik semula kepada ajaran Islam yang betul bagi menangani masaalah ini yang

sepatutnya diperbetulkan bermula dari rumah tangga dan keluarga.

Jika perkara-perkara negatif ini dibiarkan, apa akan jadi kepada generasi akan

datang. Moral generasi bangsa akan menjadi rosak , timbul tindakan keganasan

antara golongan muda. Hubungannya dengan nilai nasionalisme akan berkurang

karana tidak ada rasa cinta terhadap budaya bangsa sendiri dan rasa peduli

terhadap masyarakat. Padahal generasi muda adalah penyambung masa depan

bangsa dan negara.

Bagaimanakah globalisasi ini mempengaruhi masyarakat, khususnya keluarga.

Secara kasar proses globalisasi dilihat seolah-olah tiada membawa sebarang

kesan ke atas keluarga dan kehidupan kita adalah normal dalam banyak hal.

10 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

Bahaya gobalisasi yang paling besar ialah kejahilan mengenainya. Ramai

orang tidak sedar bahawa fenomena tersebut berlaku terhadap mereka.

Hakikatnya setiap individu dipengaruhi oleh keadaan ini. Bagi ramai orang ia

adalah  mengenai kekaguman terhadap sesuatu yang baru, malah status baru.

Namun tanpa sedar, nilai-nilai hidup kita telah berubah. Dari segi kekeluargaan,

kita dapati ikatan kekeluargaan semakin longgar kerana akar-umbi kita telah

terputus dan kita terpaksa menyemai yang baru berdasarkan nilai-nilai yang

berbeza. Nilai-nilai hidup yang baru ini sering bercanggah dengan yang lama dan

tumpuan diberi kepada pembangunan luaran daripada perkembangan dalaman

serta sahsiah seseorang.

Fenomena ini telah meletakkan kekayaan material sebagai tunjang kehidupan

seseorang dan sesebuah keluarga. Pada hari ini kita lihat ibubapa bekerja

sepenuh masa dan meninggalkan anak-anak mereka di bawah jagaan pembantu

rumah dan pengasuh. Ibu bapa ini didorong sepenuhnya oleh peningkatan

kerjaya. Ada yang tidak melihat anak-anak mereka lebih dari sehari. Bilakah

semuanya akan mencukupi.

Ibubapa hari ini menekankan nilai-nilai diluar perkembangan jatidiri dan inilah

yang menyebabkan masalah sosial. Kita memerlukan lebih pemerhatian dan

matlamat dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa mengikut

kehendak kita dengan berlandaskan ajaran agama dan bukan seperti dikatakan

oleh oleh orang lain.

Nafsu mencari keuntungan telah mendorong globalisasi menumpukan perhatian

keatas kaum wanita. Kaum wanita seboleh-bolehnya dididik, mengasuh dan

dipengaruhi menjadi pengguna yang boros. Ego dan nafsu mereka diapi-apikan

11 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

supaya mereka jadi pengguna yang tidak lagi waras dalam pemikiran. Mereka ikut

seruan hati lebih daripada pemikiran otak. Wanita dijadikan manusia satu dimensi

bertagih kepada membeli-belah sebagai satu keperluan hidup.

Bagi menguasai pasaran, proses globalisasi juga telah menumpukan perhatian

kepada kaum wanita. Kaum wanita dieksploitsikan dalam iklan-iklan mempromosi

jualan barang-barangan dan perkhidmatan. Kaum wanita diperalatkan sebagai

objek seks. Nafsu kaum wanita diapi-apikan bagi mencari kekayaan dengan

senang melalui kerja-kerja luar batasan moral. Ini adalah satu strategi

memperluasan pasaran mereka khususnya dalam bidang hiburan, berjudian dan

sebagainya. Dengan tidak langsung tonjolan ini memberi kaum wanita satu watak

steorotype yang merendahkan kedudukan serta martabat mereka dengan kaum

lelaki. Di mana Islam sentiasa meletakkan kaum wanita sebagai benda yang amat

berharga.

Bagi meperluaskan kuasa pula proses globalisasi menawarkan pekerjaan dan

bantuan kepada kaum wanita. Kaum wanita dipandang sebagai punca tenaga

kerja yang murah dan mereka boleh membuat kerja halus saperti dikilang

memasang alat-alat cangih dan sebagainya. Eksplotasi pekerja-pekerja wanita

sememangnya wujud. Proses globalisas ini juga mengakibatkan kuasa kesatuan-

kesatuan sekerja yang dapat memastikan kebajikan para pekerja berkurangan.

Dengan timbulnya budaya gaya hidup kaya raya ramai keluarga terperangkap

dalam budaya hidup dimana suami-isteri terpaksa kerja bagi menampung gaya

hidupan ini. Dalam proses ini kaum wanita terpaksa pikul kerja dan

tanggungjawab bertambahan. Mereka bukan sahaja bekerja penuh masa tetapi

terpaksa uruskan hal rumahtangga dan jaga kepentingan keluarga. Pendek

12 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

kata kesan globalisasi adalah lebih ketara dialami oleh kaum wanita daripada

kaum lelaki dari segi tanggungjawab, kerja tambahan dan menjaga kesejahteraan

keluarga.

Dalam hal ini kaum wanita dan kaum lelaki mesti sedar kesan-kesan negatif

globalisasi dan mengambil tindakan bersama memperjuangkan keadilan jantina

dan memajukan kesan-kesan positif globalisasi. Kaum lelaki dan masyarakat perlu

bangun dan mengkaji semula pegangan hidup dan peranan mereka bersama

kaum wanita dalam era globalisasi yang sedang kita harungi.

4.2 Pengaruh Positif Globalisasi

Proses globalisasi sudah membawa banyak kesan-kesan yang telah

memperkayakan kehidupan manusia. Kekayaan dunia sudah bertambah.

Perjalanan sudah menjadi mudah dan pelancungan hari ini adalah salah satu

industri terbesar didunia.

Kehadiran globalisasi tentunya membawa pengaruh bagi kehidupan suatu

negara termasuk Malaysia. Pengaruh globalisasi di berbagai bidang kehidupan

seperti kehidupan politik, ekonomi, ideologi, sosial budaya dan lain- lain akan

mempengaruhi nilai- nilai nasionalisme terhadap bangsa.

Banyak jenis penyakit yang dahulunya bahaya seperti tibi kini sudah menjadi

penyakit yang senang diubati dan diatasi. Pada masa dahulu kebanyakan

penyakit tidak ada ubat dan tidak dapat diubati . Dengan adanya globalisasi

perubatan masaalah serta panyakit yang dulunya merupakan ancaman kini tidak

lagi, justeru itu ianya akan mempertingkatkan taraf hidup masyarakat sihat di

Negara ini. Pengetahuan yang diperolehi dari globalisasi juga telah dapat

13 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

menambah pengetahuan dan teknologi sudah meningkat sehingga manusia

sudah sampai ke bulan.

Usaha memberi pertolongan dan bantuan dapat disampaikan kepada mangsa-

mangsa bencana alam sebagai banjir, gempa bumi dan gunung berapi dan lain-

lain dengan cepat. Ketika bencana lam melanda dunia pada masa kini kebaikan

globalisasi yang ada dapat membenarkangegara luar mengetahui

serta ,mengulurkan tangan untuk membantu sesame manusia. Kebolehan ini juga

dapat mengurangkan kesengsaraan mangsa-mangsa bencana alam ini.

Dilihat dari globalisasi politik, pemerintahan dijalankan secara terbuka dan

demokrasi. Kerana pemerintahan adalah sebahagian dari suatu negara, jika

pemerintahan djalankan secara jujur dan bersih tentunya akan mendapat

pandangan positif dari rakyat. Tanggapan positif tersebut berupa rasa

nasionalisme terhadap negara menjadi meningkat. Politik yang sihat akan dapat

menambahkan keharmonian Negara serta masyarakat di dalammya.

Dari aspek globalisasi ekonomi, perdagangan intarabangsa yang luas,

meningkatkan peluang kerja dan meningkatkan pendapatan negara. Dengan

adanya hal tersebut akan meningkatkan kehidupan ekonomi bangsa yang

menjamin kehidupan rakyat. Dengan pendapatan yang bertambah sesebuah

keluarga dapat memenuhi keperluan harian serta menyimpan untuk masa depan

ini dapat mengelakkan kejadian jenayah yang sering berlaku akibat kekurangan

mata pencarian serta sumber makanan. Rakyat yang bekerja dan mempunyai

pendapatan akan mengurangkan gejala sosial.

14 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

Dari globalisasi sosial budaya kita dapat meniru cara berfikir yang baik seperti

penghasilan kerja yang tinggi serta disiplin dari bangsa lain yang sudah maju

untuk meningkatkan kemajuan bangsa yang pada akhirnya memajukan bangsa

dan akan meningkatkan rasa kecintaan kita terhadap bangsa.

Dalam bidang globalisasi, teknologi berkembang pesat. Baik teknologi maklumat,

komunikasi, ataupun pengangkutan. Sehingga orang dapat berhubungan

melepasi batas-batas negara. Ikatan kekeluargaan akan sentiasa terjalin erat

walaupun sedang berjauhan , kecanggihan teknologi komunikasi pada masa kini

telah memberi ruang untuk anak yang berada di luar negeri menghubungi serta

bercakap dengan keluarga yang berada jauh di kampung. Keakraban dan ikatan

kekeluargan akan sentiasa terjalin dan mengukuhkan lagi ikatan yang sedia ada.

Urusan perdagangan, perkembangan industri membolehkan proses dalam satu

negara tidak lagi dibatasi dengan penghasilan produk yang sama, melainkan

dapat mengimport komponen lain yang diperlukan.

Pada bidang industri dan perniagaan, setiap negara terbuka untuk membuka

peluang sehingga semua rakyat dapat bekerja di negara lain. Pada bidang politik,

Negara berhak atas kedaulatannya, namun Negara-negara lain turut menuntut

sikap keterbukaan, demokrasi dan menghargai hak asasi manusia.

Pandangan ini sesuai dengan teori ‘Keuntungan Komparatif’ dari David Ricardo.

Melalui spesialisasi dan perdagangan faktor-faktor pengeluaran dunia dapat

digunakan dengan lebih efesien, output dunia bertambah dan masyarakat akan

memperoleh keuntungan dari pengeluaran dan perdagangan dalam bentuk

15 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

pendapatan yang meningkat, yang selanjutnya dapat meningkatkan pembelanjaan

dan tabungan.

Perdagangan yang lebih bebas memungkinkan masyarakat dari berbagai negara

mengimport lebih banyak barang dari luar negeri. Hal ini menyebabkan pengguna

mempunyai pilihan barang yang lebih banyak. Selain itu, pengguna juga dapat

menikmati barang yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah.

Perdagangan luar negeri yang lebih bebas memungkinkan setiap negara

memperoleh pasaran yang jauh lebih luas dari pasaran dalam negeri. Modal

dapat diperoleh dari pelaburan asing dan terutama dinikmati oleh negara-negara

berkembang karena masalah kekurangan modal dan tenaga ahli serta tenaga

terdidik yang berpengalaman kebanyakan dihadapi oleh negara-negara

berkembang.

Pembangunan sektor industri dan berbagai sektor lainnya bukan saja

dikembangkan oleh perusahaan asing, tetapi terutamanya melalui pelaburan yang

dilakukan oleh perusahaan swasta domestik. Perusahaan domestik ini seringkali

memerlukan modal dari bank atau pasar saham, dana dari luar negeri terutama

dari negara-negara maju yang memasuki perdagangan mata wang dan

perdagangan modal di dalam negeri dapat membantu menyediakan modal

yang diperlukan oleh pelabur.

Bagi syarikat-syarikat di negara kaya, globalisasi buat masa sekarang adalah

baik untuk mereka. Sebab itu mereka bersama-sama melobi kerajaan masing-

masing supaya menentukan dasar-dasar ekonomi dan kewangan di negara

membangun. Syarikat-syarikat ini yang amat besar dan kaya akan sentiasa

16 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

bertambah besar dan kaya kerana mereka terus bergabung dan mengambil alih

syarikat lain. Sekarang, kerana keuntungan di negara mereka adalah terhad,

mereka mahu datang ke negara-negara membangun dan menjual barangan

mereka, melabur atau menubuhkan syarikat di negara membangun.

Dari aspek perdagangan kita telah memperoleh faedah daripada globalisasi tetapi

kita juga menerima akibat buruk. Dari satu segi, bila kita mengeksport komoditi

kadang-kadang harganya jatuh amat rendah seperti pada masa sekarang.Tetapi

pada masa yang sama, ia juga pernah memuncak pada satu masa dahulu. Minyak

sawit pernah mencecah RM2,500 (setiap tan) dahulu walaupun sekarang ia

mungkin RM800 atau RM900. Kita memperoleh faedah kerana kita adalah sebuah

negara perdagangan. Sekarang kita juga berdagang barangan elektronik yang

telah membawa keuntungan kepada negara dan pekerjaan rakyat. Jadi dari satu

segi kita boleh katakan globalisasi dari sudut liberalisasi perdagangan membawa

faedah kepada negara seperti Malaysia.

Secara ringkas, globalisasi ini jika kita melakukannya dengan betul, ia akan

memberi keuntungan tetapi jika tidak dilakukan dengan betul, ia akan

membawa kerugian.

17 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

5. BAGAIMANA MENANGANI MASALAH GLOBALISASI NEGATIF

TERHADAP KELUARGA DAN MASYARAKAT

Mungkin perkara pertama yang boleh dilakukan ialah menyedari dan

memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita harus menyoal diri kita

sebelum keluar dan membeli apa saja. Berusaha dan jangan risau tentang

apa orang lain kata.  

Sebenarnya proses globalisasi menjadikan kita semakin kurang bersifat sebagai

individu tetapi semakin sebagai haiwan sosial yang bertindak balas terhadap

situasi luaran bukannya tindak balas dengan pemikiran yang terbuka. Segala

yang datang dari luar dianggap lebih baik.

Kita mesti berusaha melihat ke dalam diri kita sendiri. Memahami diri kita

sebagai ibubapa, kekuatan dan kelemahan kita, apa yang membuatkan kita

bahagia dan sebaliknya. Kita mesti faham bahawa peribadi kita akan memberi

kesan terhadap pertumbuhan anak-anak kita. Salah satu ciri masyarakat

moden, yang didalangi oleh tekanan globalisasi, ialah sikap sumber luaran,

kelajuan dan keselesaan. Kita tidak perlu melakukan semuanya, termasuk

mengasuh anak-anak kita. Kita mahukan hasil yang cepat dan segera dunia

tidak dapat menunggu dan bila kita inginkan sesuatu kita hanya perlu membayar

orang untuk melakukannya.

Bila saya keluar makan malam bersama keluarga saya terharu melihat sebuah

keluarga lain yang sedang makan bersama anak-anak kecil dan pembantu rumah

mereka. Bila kanak-kanak itu bising, tidak mahu makan atau perlukan perhatian,

ibubapa mereka menyuruh pembantu rumah melayan kerenah mereka.Ibubapa

mereka,walaupun duduk semeja tidak bergerak langsung untuk memberi

18 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

perhatian terhadap anak-anak mereka. Pada masa akan datang bila kanak-kanak

ini lari daripada rumah, atau mengambil dadah dan sebagainya, sudah terlambat

untuk mencari punca  kesilapannya. Terlambat untuk menyedari bahawa ibu bapa

sepatutnya memberi tumpuan kepada peranan sebagai ibu bapa dan bukannya

menjadi bos kepada pembantu rumah.  

Pendek kata luangkan lebih masa untuk diri kita dan kemudian bersama anak-

anak kita serta orang-orang yang kita sayangi. Amalan ini akan membuatkan kita

menghargai perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Kita akan menyedari

bahawa secara otomatis tidak akan memasang televisyen selepas makan

malam, tetapi anda hanya mahu berbual-bual dengan keluarga.

Meluangkan masa bersama sebagai sebuah keluarga adalah sesuatu yang

amat baik. Bagaimanapun, kaedah yang paling berkesan dalam menangani

serangan hebat budaya globalisasi ini ialah melihat ke dalam diri sendiri.

Kekayaan material telah mengambil alih kehidupan orang ramai sebagai satu

cita-cita yang paling utama kerana kita telah kehilangan diri sendiri.

Pada Tahun Baru Cina upacara minum teh sangat bererti bagi menghormati

orang tua dan merendah diri dalam mengejar kekayaan dan ilmu pengetahuan.

Malangnya ramai yang tidak mengamalkannya lagi malah ada yang menerima

teguran-teguran negatif daripada kawan-kawan pada hari tersebut. Sebaliknya

perayaan Tahun Baru Cina diraikan dengan berpakaian cantik, minuman dalam

tin dan gula-gula yang beraneka warna. Mujurlah terdapat keluarga yang masih

menghidangkan kuih-muih tradisional. Berapa lamakah mereka akan bertahan.

Inilah yang dikatakan kita kehilangan identiti dan nilai-nilai hidup.

19 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

Melalui globalisasi, kita telah diberi satu mesej bahawa hidup kita tidak mencukupi

dan kita harus menggunakannya dengan cara lain. Ia seperti satu impian Amerika

yang dijual kepada penonton global. Keadaan ini menyebabkan seseorang

kehilangan tumpuan kepada kehidupannya kerana mengejar kemewahan.  

Kehilangan identiti dan nilai-nilai hidup adalah sesuatu yang menakutkan. Ia

menyebabkan hidup kita kosong dan sentiasa mencari sesuatu yang lebih

memuaskan tetapi tidak tahu apakah dia sebenarnya.

Satu lagi contoh ialah perayaan Millenium baru-baru ini, yang disiarkan melalui

televisyen tempatan. Saya beranggapan ini mestilah sesuatu yang menarik untuk

melihat negara-negara yang berbeza meraikan ketibaan Tahun Baru. Sebaliknya

saya merasa bosan hampir semua negara mengadakan pertunjukan bunga

api, tarian-tarian dan muzik pop, pesta tari-menari di jalanraya dan sebagainya.

Negara India membuat persembahan pop keseluruhannya apa telah terjadi

kepada tamaddun dan warisan kebudayaan yang telah beribu tahun lamanya.

Hampir di seluruh dunia manusia berpesta, kecuali negara Jepun yang

mengadakan upacara membunyikan loceng yang sangat unik. Perkara yang

menakutkan ialah kita telah sampai ke satu tahap di mana kita telah hampir

kehilangan identiti kebudayaan kita yang menjadi asas kepada nilai-nilai hidup

kita.

Sebagai ibubapa dan selalunya sebagai seorang pekerja atau warga korporat,

masa dan tenaga kita banyak tertumpu kepada orang lain hingga melupakan diri

kita sendiri. Kita perlu mengendalikan kekuatan dan kelemahan kita, keselamatan

kita, malah kadang kala ketakutan terhadap kekayaan dan kebendaan boleh

20 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

menyembunyikan perasaan tidak selamat. Telah tiba masanya kita melihat ke

dalam diri dan beri sedikit tumpuan kepada diri kita keluarga dan masyarakat.

Penekanan terhadap ilmu agama harus diterapkan kepada anak-anak dari awal

lagi. Ini diakui oleh mana-mana agama di dunia yang mengesahkan ilmu agama

adalah banteng terbaik bagi menangani segala permasaalahan yang timbul pada

masa kini. Dengan adanya asas yang kukuh ianya akan dapat menjamin

seseorang individu itu dari hanyut dalam kemewahan dunia serta tipu daya dunia

yang sentiasa mancari jalan untuk memesongkan akidah umat Islam.

Pemantauan yang dilakukan oleh masyarakat terhadap anak muda sepatutnya

dijadikan amalan , tiada istilah jangan jaga tepi kain orang. Akibat dari perkara ini

kebanyakan generasi muda kini rosak dan tidak siapa yang mampu menegur.

Tindakan hanya dapat dilakukan setelah terlambat iaitu setelah berlakunya

perkara yang tidak diingini serta telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Didikan awal di sekolah serta didikan dirumah dibantu dengan masyarakat yang

perihatin akan mewujudkan masyarakan yang bertamadun dari segi nilai serta

tindakan. Hati yang baik akan melahirkan tindakan yang baik juga. Oleh itu

bermula dari didikan yang baik akan dapat melahirkan generasi yang sentiasa

mendekati agama dan tidak mudah terpesong dengan duniawi. Seterusnya

melahirkan masyarakat serta keluarga yang bertamadun.

Kita tidak dapat menolak globalisasi namun kita boleh memilih untuk menjadikan

globalisasi itu sebagi perkara positif dalam diri , masyarakat dan Negara.

21 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

6. KESIMPULAN

Hakikatnya sesuatu itu ada baik buruknya termasuk proses globalisasi ini.

Kesan-kesan buruk globalisasi yang mulai merugikan rakyat biasa dan

menjejaskan kehidupan mesyarakat dan keluarga. Terdapat protes antarabangsa

yang dilakukan keatas negara-negara maju yang mendapat keuntungan kesan

globalisasi. Mereka terdiri daripada para saintis, cendekiawan, pemimpin-

pemimpin agama, pencinta alam, pertubuhan wanita, petani-petani, kaum asli,

pekerja dan lain-lain golongan. Semua mereka ini memperjuangkan hal-hal

kepentingan umum dan bukan kepentingan peribadi. Protes ini nampaknya adalah

detik permulaan golongan menentang globalisasi yang semakin hari semakin

bertambah.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada

sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan

globalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang

negatif terhadap proses ini.

Jadi ada banyak cara yang perlu kita lakukan untuk menghadapi pengaruh

globalisasi. Kita boleh merasakan pengaruhnya, namun kita harus mengambil

kesan positif, dan membuang kesan negatif.

Namun kefahaman yang tepat tentang globalisasi akan menyebabkan kita lebih

bersedia untuk menghadapi setiap cabarannya, sekaligus memastikan kita berada

dikalangan pihak yang mendapat faedah daripadanya.

Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar

sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas

22 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi

bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang

harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

 Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati

diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin

terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah

jauh dari budaya hidup timur.

 Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari

implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda

seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri

kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai

keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan

dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian

diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan

golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan

palsu.

 

23 No Matrik :

Tamadun Islam dan Tamadun Asia PLK-UUM

RUJUKAN

Nurani Othman (2000) .Malaysia menangani globalisasi, peserta atau

mangsa? Published 2000 , Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia , Bangi .

Hashim Yaacob, and Abdul Jalil Othman, (2007) Dunia Pendidikan Dalam

Era Globalisasi: Peranan Dan Cabaran. University of Malaya.

Faculty of Education

Fayers, P.M. & MacHin D. (2000). Quality of life and Assessment, Analysis

and Interpretation, U.K,  John Wiley and Sons. . 

Unit Perancangan Ekonomi (2001). Petunjuk Kualiti Hidup Malaysia, Kuala

Lumpur, Penerbitan Kerajaan. 

24 No Matrik :