GLOBALISASI

29
Nota Geografi 942/2 Tema 4 : Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau (edit dari PPT) Tema 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU Konsep Globalisasi Ekonomi • Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat. • Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan. • Menerusi ledakan dan kemajuan dlm ICT segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran R&D, informasi pasaran dan perdagangan blh menembusi mana-mana negara yg mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan. • Kecanggihan teknologi menjadikan segala urusniaga menjadi cepat dan mudah. • Pada masa kini arus globalisasi bergerak dari negara maju ke negara dunia ketiga atau negara sedang membangun. Istilah dalam Globalisasi Ekonomi 1. Liberalisasi ekonomi • Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas.

description

ss

Transcript of GLOBALISASI

Page 1: GLOBALISASI

Nota Geografi 942/2 Tema 4 : Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau (edit dari PPT)

Tema 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU

Konsep Globalisasi Ekonomi

• Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat.

• Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan.

• Menerusi ledakan dan kemajuan dlm ICT segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran R&D, informasi pasaran dan perdagangan blh menembusi mana-mana negara yg mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan.

• Kecanggihan teknologi menjadikan segala urusniaga menjadi cepat dan mudah.

• Pada masa kini arus globalisasi bergerak dari negara maju ke negara dunia ketiga atau negara sedang membangun.

Istilah dalam Globalisasi Ekonomi

1. Liberalisasi ekonomi

• Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas.

• Persaingan pasaran dan ekonomi menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar masuk modal dan perdagangan sesebuah negara tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan.

• Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya kpd kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran.

2. Deregulisasi ekonomi

• Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal,

Page 2: GLOBALISASI

teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth, penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll.

Kesan Globalisasi Ekonomi ke atas Negara Asia Pasifik

1. Kesan Positif

a. Menambah keupayaan modal dalam negara

• Negara Asia Pasifik tidak mempunyak keupayaan modal yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi moden khususnya industri dan perkhidmatan.

• Suntikan modal asing membolehkan industri berkembang pesat, mewujudkan peluang pekerjaan, kurangkan pengangguran, tingkatkan taraf hidup dan memutuskan lingkaran kemiskinan negara membangun.

b. Menggalakkan pemindahan teknologi

• Melalui globalisasi kemasukkan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan ekonomi moden negara membangun.

• Rakyat tempatan dikehendaki mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan usahasama dlm konteks R&D tenaga manusia.

• Akhirnya rakyat tempatan dpt menguasai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Cth, teknologi HITEC, teknologi rekabentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi, kepakaran pengurusan dll.

c. Perluasan Pasaran

• Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kpd produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yg sama rata.

Page 3: GLOBALISASI

• Keadaan ini krn globalisasi memberikan kuasa mutlak kpd kuasa pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dlm urusniaga barangan dan perkhidmatan.

• Di Asia Tenggara, pengenalan AFTA merupakan satu realisasi drp arus globalisasi . Melalui AFTA barangan dlm kalangan negara ASEAN dpt memasuki pasaran negara anggota dgn lbh mudah dan mendapat faedah pasaran bersama.

2. Kesan Negatif

a. Kegawatan ekonomi

• Aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dlm negara serantau Asia Pasifik menyebabkan kewangan negara serantau menjadi lebih mudah ubah.

• Keadaan ini berlaku krh wang boleh bergerak dgn hanya keluar merentasi sempadan sesebuah negara dgn hanya menekan butang komputer shj.

• Dgn penarikan keluar modal asing secara mendadak dr sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut menjadi muflis, operasi industri boleh terhenti, pengangguran bertambah, beban hutan luar meningkat dan ekonomi negara gawat.

b. Serangan spekulator

• Kegawatan ekonomi berpunca drp kejatuhan nilai mata wang dan pasaran saham akibat mainan spekulator.

• Apabila nilai matawang jatuh, keyakinan pelabur turut hilang menyebabkan pelabur menarik keluar modal utk menggelakkan kerungian dlm jangka masa pjg.

• Kesannya negara mundur akan muflis dan berterusan bergantung kpd negara maju utk menjalankan ekonominya.

• Kesan dari kegawatan memaksa negara terlibat mengamalkan dasar kewangan yg ketat, menaikan kadar faedah, rantaian perniagaan lemah, pelaburan domestik merosot dan permintaan domestik terjejas.

c. Tekanan ekonomi dan bebanan kpd golongan miskin

Page 4: GLOBALISASI

• Globalisasi turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kpd golongan miskin yg di amalkan utk melindungi rakyat.

• Bila subsidi dihapuskan berlaku peningkatan dlm harga barangan, perkhidmatan dan kos sara hidup. Yg miskin terus menderita dan memungkinkan berlaku kegawatan politik.

• Isu rumah terpaksa berhadapan dgn masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, merosotkan kutipan cukai dan mengurangkan kewangan kerajaan.

• Wujud keadaan monopoli bank tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing.

d. Penjajahan baru ekonomi

• Pembukaan pintu ekonomi dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di sesebuah negara.

• Kekayaan ekonomi negara sedang membangun akan dikaut keluar oleh pemodal asing.

• Mengekploitasi tenaga kerja tempatan dgn kadar upah yg rendah.

• Keadaan ini dinamakan penjajahan ekonomi.

Kepentingan Saling Bergantung Antara Negara

• Dlm sistem ekonomi global, tiada negara yg mempunyai ekonomi yg lengkap.

• Setiap negara perlu bergantung antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar ekonomi lebih pantas berkembang.

• Kekurangan dlm sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada di negara yg lain.

1. Perkongsian sumber alam khususnya sumber bahan mentah dan sumber tenaga

• Sesetengah negara tidak mempunyai bekalan tenaga yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi.

• Oleh sebab itu negara terpaksa bergantung kpd negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut.

Page 5: GLOBALISASI

• Cthnya, Jepun bergantung kpd negara teluk bagi memperoleh bekalan petroleum.

2. Perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta inovasi baru dlm pelbagai bidang

• Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden maka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya disesebuah negara boleh dimajukan.

• Cthnya, industri HITEC di Malaysia, negara bergantung kpd permindahan teknologi dari negara Jepun.

3. Perluasan pasaran dan perdagangan antara negara atau kawasan

• Kerjasama serantau membolehkan sesebuah negara memperluaskan pasaaran barangan dan perkhidmatan mereka ke kws dan negara lain.

• Faedah drp perkongsian pasaran akan dpt dinikmati kususnya drp segi pertambahan permintaan kuasa beli pengguna.

• Cthnya, barangan negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Aemerika dan begitulah sebaliknya.

4. Perkongsian modal

• Kekurangan modal dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain sama ada drp pelaburan kerajaan ataupun swasta melalui perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau perlaburan silang.

• Cthnya, pelaburan swasta mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kws setiga pertumbuhan ASEAN di IMT-GT, IMS-GT, EAGA_BIMP.

• Rakyat mendapat limpahan pembangunan manakala pihak swasta memperolehi keuntungan melalui pegangan ekuiti.

5. Perkongsian buruh dan tenaga pakar

Page 6: GLOBALISASI

• Kekurangan buruh & tenaga pakar dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yg berlebihan tenaga buruh. Cthnya Malaysia bergantung kpd buruh dari negara Indonesia dlm sektor perladangan dan pembinaan.

• Kemasukan buruh Indonesia membolehkan sektor pembinaan berkembang dgn pesatn Indonesia memperolehi keuntungan melalui pengaliran masuk wang hasil gaji warganya.

• Selain itu perkongsian pakar juga berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara maju. Keuntungan di perolehi melalui latihan dan R&D.

Kajian kes: Ciri saling bergantung antara Malaysia dgn negara lain.

• Malaysia amat bergantung kpd sumber bhn mentah, sumber kuasa & sumber makanan dari negara-negara lain. Cthnya, Malaysia bergantung kpd Thailand utk mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan.

• Bergantung kpg Filipina utk bekalan gula.

• Teknologi moden dari negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dll utk sektor perindustrian. Malaysia pula membekalkna minyak sawit & getah asli.

• Malaysia bergantung kpd pasaran luar negara sperti AFTA, USA, Eropah, Asia Pasifik dll. Cthnya, produk alat hawa dingin Malaysia amat bergantung kpd pasaran negara Timur Tengah.

• Pelaburan modal asing juga di perlukan oleh Malaysia utk menggerak dan memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dll.

• Tnapa modal asing malaysia tidak mempunyai modal yg cukup utk memperkasakan ekonominya.

• Negara maju yg byk melabur di Malaysia ialah seperti Jepun, Korea, USA, England, Jerman dll disamping pelaburan dari negara Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.

Page 7: GLOBALISASI

Globalisasi

FOLIO GEOGRAFI B: PENGGAL 2

4.1 GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ARAHAN: Siapkan Folio berdasarkan panduan di bawah:-

(a) Menyatakan maksud globalisasi ekonomi

(b) Menghuraikan aspek saling kebergantungan antara kawasan;

(i) Pelaburan

(ii) Teknologi

(iii) Pengeluaran

(iv) Pasaran

(v) Bekalan buruh

(c) Menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan;

(i) Kecekapan ekonomi

(ii) Daya saing

(iii) Pengkhususan

(iv) Penyertaan dalam ekonomi dunia.

(d)Membincangkan kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara;

KESAN POSITIF

(i) Perdagangan bebas

(ii) Perluasan pasaran

Page 8: GLOBALISASI

(iii) Pemindahan teknologi

(iv) Aliran buruh

(v) Menggalakkan persaingan

(vi) Peningkatan kualiti produk

KESAN NEGATIF

(i) Penguasaan ekonomi negara oleh syarikat multinasional (MNC)

(ii) Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan.

(iii) Ancaman kepada penguasa kecil dan sederhana tempatan

(iv) Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing.

(v) Penghakisan kedaulatan negara.

4.2 KERJASAMA SERANTAU (14 W )

4.2.1 Konsep Kerjasama Serantau

(a) Mengenalpasti pakatan ekonomi serantau :

i) Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

ii) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

iii) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

iv) Kesatuan Eropah (EC).

v) Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

(b) Menjelaskan konsep kerjasama dan persaingan antara kawasan.

4.2.2 Kepentingan dan masalah

(a) Membincangkan kepentingan pakatan ekonomi serantau :

i) Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia.

Page 9: GLOBALISASI

ii) Pasaran bersama

iii) Meningkatkan daya saing serantau

iv) Menjaga kepentingan bersama serantau

v) Keperluan guna tenaga buruh.

4.2.2 Kepentingan dan masalah

(b) Membincangkan isu dan masalah dalam

kerjasama ekonomi serantau :

i) Perbezaan ekonomi antara negara anggota.

ii) Konflik politik wilayah dalam negara anggota

iii) Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau

iv) Persaingan antara kepentingan negara dengan

kepentingan serantau

v) Pencemaran rentas sempadan

vi) Keselamatan serantau.

Pertumbuhan segitiga merujuk kepadakerjasama memajukan

Subwilayah yang berjiran di dalam ASEAN

4.3 PERTUMBUHAN SEGITIGA ( 6 W)

(a) Mentakrifkan konsep Pertumbuhan segitiga .

(b) Mengenalpasti kawasan Pertumbuhan

segitiga di dalam ASEAN:

i) Pertumbuhan Segi Tiga : Indonesia – Malaysia – Singapura (IMS – GT).

Page 10: GLOBALISASI

ii) Pertumbuhan Segi Tiga : Indonesia – Malaysia –Thailand (IMT – GT)

iii) Kawasan Pertumbuhan Asean Timur : Berunai Darusalam –

Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP – EAGA)

Fokus Kerjasama: IMS – GT (Perindustrian)

IMT – GT (Sumber pertanian dan pelancongan)

BIMP – EAGA (Pelbagai aktiviti ekonomi)

(c) Membincangkan peranan pertumbuhan segitiga dalam memajukan wilayah ;

i) Perdagangan.

ii) Pelaburan.

iii) Pengaliran buruh

iv) Penggunaan sumber

v) Pengangkutan dan perhubungan

vi) Teknologi.

4.4 HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR (4 W )

(a) Menyatakan dasar luar negara Malaysia.

Catatan: Teras dasar luar negara Malaysia – Aman, Bebas dan berkecuali.

Menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau.

Catatan: Prinsip memakmurkan jiran menjadi fokus utama kerjasama serantau

Menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.

Catatan: Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan

- Tamat -

Page 11: GLOBALISASI

(a) KONSEP GLOBALISASI EKONOMI

Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara pada bahan,modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi maklumat.Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan,liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.

(b) ASPEK SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN

Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek berikut:

Pelaburan

Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan perkhidmatan.Pelaburan ini telah menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.

Teknologi

Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk membangunkan negara.Contoh teknologi HITEC,teknologi reka bentuk dll.

Pengeluaran

Globalisasi membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan dan pembuatan berpindah dari negara maju ke negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada kos buruh yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara membangun seperti Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di Malaysia.

Page 12: GLOBALISASI

1

Pasaran

Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke negara lain.Misalnya barangan negara-negara Asia Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.

Bekalan Buruh

Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat bergantung kepada buruh-buruh Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan sektor ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara maju ke negara membangun.

Bahan Mentah & Sumber Tenaga

Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara –negara Teluk dan Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.

(c) Menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan;

(i) Kecekapan ekonomi :

-Terdapat negara yang mempunyai kecekapan dan menghasil sesuatu barangan berbanding dengan negara lain.-Cont:-Negara Thai lebih cekap menghasil beras berbanding dengan Malaysia maka Malaysia mengimport beras dari negara tersebut berbanding mengusahakan penanaman padi. Amerika syarikat lebih cekap menghasilkan kapal terbang dan gandum berbanding dengan Jepun. Maka Jepun mengimport tersebut.

Page 13: GLOBALISASI

(ii) Daya saing

Daya saing ialah kesanggupan sesebuah negara dalam menghadapi persaingan dari negara-negara lain. Kerjasama antara kawasan membolehkan sesebuah negara menghasilkan cipta barangan atau keluaran yang baik berbanding dengan negara pengeluar yang lain. -Contoh : Malaysia adakan kerja sama dengan Mitsubishi Motors Corp of Japan (Mitsubishi) untuk mengeluarkan model kenderaan baru.

(iii) Pengkhususan :

- Setiap negara tidak dapat menghasilkan semua barangan yang diperlukan. Contohnya, Negara-negara maju memerlukan getah asli tetapi tidak dapat dihasilkan oleh negara mereka. Mereka terpaksa mengimport barang tersebut dari Asia Tenggara (Malaysia, Negara Thai dan Indonesia)

-Sebaliknya Asia Tenggara belum dapat mengeluarkan hasil industri moden (kapal terbang, mesin2 industri) perlu import dari negara2 maju.

(iv) Penyertaan dalam ekonomi dunia.

- Dalam sistem ekonomi global, tiada sesebuah negara mempunyai ekonomi yang lengkap.-Oleh itu, setiap negara perlu terlibat dalam ekonomi dunia dan tidak boleh secara sendirian dalam aspek pembangunan negara.-Kekurangan dalam sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada pada negara tersebut.-Contohnya: Malaysia menyertai semua pertubuhan dengan negara luar, antaranya seperti ASEAN, APEC, OIC dll.

(d) KESAN GLOBALISASI

Kesan Positif:

Perdagangan Bebas yang dibawa oleh globalisasi ekonomi memberi peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan antara bangsa tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport dan mengeksport barangan tanpa banyak sekatan.

Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah. Kesan perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.

Page 14: GLOBALISASI

Pemindahan Teknologi berlaku dari negara lebih maju seperti Jepun,Jerman dll ke nagara membangun seperti Malaysia. Rakyat tempatanmenerima pakai teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D

Aliran Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai penduduk dari negara membangun yang miskin dan padat penduduk mengalir ke negara lebih maju yang kurang penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Menggalakkan Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat global.Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran barangan akan berjaya dalam persaingan ini.

Peningkatan Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya barangannya menang dan mendapat tempat di pasaran global.Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih mendapat tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan melalui penyelidikan dan pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.

Kesan Negatif ;

Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC).Syarikat tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari negara membangun. Contohnya : IBM, Shell, Coco-cola dsbnya.

Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama negara membangun yang masih mempunyai kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan sederhana penduduk tempatan.

Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju telah mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara membangun tidak memerlukannya.

Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional yang berpangkalan di negara maju.

------------------------------------------------------------------------------------------------

KERJASAMA SERANTAU

Page 15: GLOBALISASI

4.2.1 Definisi Konsep Kerjasama Serantau

a. Kerjasama serantau merupakan satu persefahaman yang dibentuk antara negara berjiran dalam konteks untuk menjaga kepentingan bersama berdasarkan prinsip saling menguntungkan. Kerjasama melibatkan bidang ekonomi, budaya dan alam sekitar. Contoh kerjasama serantau ialah Pertubuhan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Kesatuan Eropah (EU), Asia Pacific Economic Cooperation (APEC).

(a) Mengenalpasti pakatan ekonomi serantau :

ASEAN (PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGGARA)

a. Pengenalan

ASEAN ditubuhkan Pada 8 ogos 1967 yang terdiri daripada Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Kini Asean terdiri daripada 10 negara apabila Brunei,Vietnam,Kampucheaa,Laos dan Myanmar menyertainya.

b. Tujuan penubuhan ASEAN ialah

1.Memajukan ekonomi,sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.

2.Meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

3.Keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara daripada ancaman pengganas, lanun dan pencemaran rentas negara.

4.Memberikan kerjasama dalam pelbagai bantuan latihan dan penyelidikan. Contohnya amaran awal tsunami dan jerebu.

c. Projek Perindustrian ASEAN

Projek Perindustrian ASEAN diadakan dengan mengagihkan kilang-kilang di kalangan negara anggota iaitu * projek baja urea ASEAN di Indonesia

*projek baja urea ASEAN di Malaysia

*projek vaksin hipatitis B ASEAN di Thailand

Page 16: GLOBALISASI

*projek fabrikasi tembaga ASEAN di Filipina

*projek batuan abu soda ASEAN di Thailand

Sektor perkhidmatan juga menjadi fokus utama untuk meluaskan tapak pertumbuhan ekonomi ASEAN.Misalnya kerjasama industri melalui Skim Kerjasama Industri ASEAN berasaskan rangka perjanjian yang dibuat.Cara ini boleh meyakinkan pelabur asing.

Dasar ASEAN yang percayakan kepada memakmurkan jiran boleh membantu antara satu sama lain kerana kemakmuran boleh mewujudkan rakan perdagangan yang baik.

ii)AFTA (KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN/ASEAN Free Trade Area)

a. Pengenalan

Ditubuhkan pada tahun 1992 melalui deklarasi Singapura. Ia adalah sebuah pasaran serantau bersepadu untuk mengurang atau menghapuskan cukai (tarif) bagi sesetengah barangan yang diniagakan di kalangan negara ASEAN.

b. Tujuan AFTA

i. Menggalakkan kegiatan perdagangan iaitu import dan eksport sesama negara Anggota.

ii. Mengurang dan menghapuskan beberapa aspek berikut ; tarif perdagangan, dasar perlindungan dan birokrasi.

iii. Ke arah mewujudkan imbangan perdagangan yang lebih seimbang antara negara anggota.

c. Katogari barangan yang diberi pengurangan tarif ialah

1.barangan automatif

2.barangan pertanian yang telah diproses dan beberapa produk pertanian lain

3.barangan yang dianggap sensitif seperti hasil pertanian yang belum diproses contohnya beras

Page 17: GLOBALISASI

4.barangan yang berkaitan dengan keselamatan negara,kehidupan dan kesihatan manusia serta haiwan dan tumbuhan serta barangan yang mempunyai nilai estetika dari segi seni,sejarah dan arkeologi.

d. Feadah Afta Kepada Negara Malaysia

Di antara faedah penyertaan Malaysia dala AFTA ialah:

1. Malaysia boleh dengan bebasnya mengeksport barangannya dalam kuantiti yang banyak dari sektor pertanian, perlombongan dan perkilangan ke negara-negara anggota ASEAN yang sama-sama menyertai AFTA. Negara ASEAN lain tidak boleh menyekat atau mengenakan tarif atau cukai import yang tinggi terhadap barangan dari Malaysia.

2.Malaysia juga boleh mengimport barangan yang lebih murah dari negara-negara anggota AFTA. Ini menyebabkan penduduk Malaysia yang berpendapatan rendah mampu membeli barangan dari negara-negara ASEAN.

3. AFTA menyediakan peluang kepada usahawan atau pelabur tempatan mempertingkatkan eks[port ke negara anggota Asean lain.

iii) APEC (KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK)

Dianggotai oleh 21 buah negara yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Autralia, Brunei, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kanada, Malaysia ,Mexico, Thailand, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Rusia, Korea, Singapura, Taiwan,Vietnam .Ditubuhkan pada tahun 1989. Merupakan satu kerjasama ekonomi terbesar yang melibatkan hampir 50% penduduk dunia.

Objektif penubuhan ialah

# mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan wilayah

#memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan ekonomi wilayah dan dunia

#membentuk sistem perdagangan pelbagai hala

#mengurangkan halangan dalam perdagangan barangan,perkhidmatan dan pelaburan

Projek kerjasama yang digubal oleh jawatankuasa kerja Apec 1991 ialah

@ projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun,Indonesia dan Filipina

@projek pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun,Korea Selatan,Thailand,Indonesia,Kanada dan Malaysia

Page 18: GLOBALISASI

@projek perikanan yang diketuai oleh NEW Zealand,Thailand dan Jepun

@Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat

@projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat

Dalam persidangan di Bogor, Indonesia tahun 1994, APEC ingin mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka serta pelaburan di rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi negara membangun. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran tetapi juga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

iv) Kesatuan Eropah (EC).

a. Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara European Coal and Steel Community (ECSC), European Atomic Energy Community (EURATOM) dan EEC

Anggotanya sebanyak 27 buah negara; Antaranya ialah:- Jerman, Belanda, United Kingdom, Perancis, Itali, Belgium, Ireland Sepanyol, Sweden, Austria, Finland, Denmark, Greece., Portugal, Luxemburg dan lain-lain.

b. Tujuan :

i. Mewujudkan satu matawang tunggal

ii. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam

iii. Satu kerakyatan tidak memerlukan passport untuk bergerak ke Negara lain.

iv. Parlimen EU yang berkuasa

v) Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA/ North America Free Trade Agreement Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara).

a. NAFTA ditubuhkan pada 1994, adalah sebuah pakatan kerjasama ekonomi yang berasaskan prinsip pasaran bebas yang terdiri daripada negarai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico

b .Tujuan penubuhan NAFTA untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui:-

i. Kerjasama perdagangan yang bebas dan adil

ii. Menciptakan iklim pelaburan dan persaingan yang sihat

iii. Memberi perlindungan terhadap hak milik intelektual.

Page 19: GLOBALISASI

iv. Mencipta produser yang efektif dalam penyelesaian masalah perdagangan antara negara anggota.

v. Menghapuskan halangan tarif dikalangan negara anggota secara berperingkat-dalam 5 hingga 15 tahun.

(b) Menjelaskan konsep kerjasama dan persaingan antara kawasan.

Jenis Kerjasama Takrif Contoh Kerjasama

Kerjasama dua hala

Kerjasama pelbagai

hala

Kerjasama serantau

Kerjasama kumpulan negara

Kerjasama antara dua buah negara

Kerjasama antara beberapa buah negara

Kerjasama antara negaranegara yang terletak rantau yang sama

Kerjasama antara negaranegara yang sama aras pembangunannya

Kerjasama antara Malaysia denganjepun dalam pemindahan teknologi membuat kereta

Kerjasama antara Malaysia dengan India, China, dan Taiwan dalam pelonggaran prosedur import-eksport

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

Kerjasama Ekonomi Persatuan Negara-negara

Asia Tenggara (ASEAN)

Kerjasama antara negara perindustrian G7 (Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Itali, U.K., Amerika Syarikat, dan

Page 20: GLOBALISASI

Kerjasama Sedunia

Segi Tiga

Pertumbuhan

Kerjasama yang melibatkan kebanyakan negara di dunia

Kerjasama yang melibatkan kawasan-kawasan tertentu di negara-negara yang berhampiran

Rusia)

Kerj asama antara negara membangun Gl 5 (Algeria, Argentina, Brazil, Chile, Mesir, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela, dan Zimbabwe)

Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

Sgi Tiga Pertumbuhan Indonesia — Malaysia

—thailand (IMT — GT)

Segi TIga Pertumbuhan Indonesia — Malaysia

— Singapura (IMS — CT)

4.2.2 Kepentingan dan masalah(a) Membincangkan kepentingan pakatan ekonomi serantau :

i) Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia.

1 Kerjasama serantau seperti dalam ASEAN, APEC dan juga kerjasama

Page 21: GLOBALISASI

ekonomi antara negara Asia Timur penting bagi mengurangkan kesan

negatif globalisasi ekonomi dunia.

2 Melalui kerjasama ini juga, kemahiran dan kepakaran serantau dapat

disepadukan supaya berdaya saing di pasaraan antarabangsa, Selain itu,

kemajuan teknologi juga dapat dikongsi bersama.

ii) Pasaran bersama

1. AFTA ialah satu contoh kesungguhan negara anggota ASEAN mewujudkan pasaran bersama, melalui AFTA penghapusan tarif membolehkan negara-negara anggota

2. menjimatkan kos pengeluaran lalu memperoleh ekonomi bidangan.

3 Dengan jumlah penduduk negara-negara anggota yang begitu ramai, pastinya pasaran bersama mi akan menguntungkan negara anggota. Pasaran yang besar inilah yang perlu diterokai dengan bijak agar penduduk rantau mi memberi keutamaan kepada produk dan ASEAN.

iii) Meningkatkan daya saing serantau

1 Bagi meningkatkan daya saing serantau dalam usaha mengurangkan kesan globalisasi ekonomi dunia, khasnya cabaran daripada China dan India.

2 keutamaan diberikan kepada R&D, teknologi dan juga membangunkan sumber manusia (modal insan).

iv) Menjaga kepentingan bersama serantau

1 Negara-negara anggota ASEAN perlu sentiasa memikirkan tentang kepentingan negara anggota. Ini boleh menyumbang kepada penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN.

2 ASEAN perlu mengekalkan dan meningkatkan lagi suasana mesra bisnes. ASEAN perlu mengatasi beberapa isu yang menjejaskan keefisienan tempat berniaga.

3 Kepentingan bersama serantau dipertingkatkan lagi dengan adanya Skim Kerjasama Industri ASEAN dan Kawasan Pelaburan ASEAN.

Page 22: GLOBALISASI

v) Keperluan guna tenaga buruh.

1 Kerjasama dua hala dan pelbagai hala antara negara anggota berkaitan bekalan tenaga buruh membantu pembangunan ekonomi negara anggota. Sebagai contoh, Malaysia dan Singapura kekurangan bekalan tenaga buruh dalam sektor pembinaan, industri dan perladangan dan domestik. Justeru, masalah dapat diatasi dengan mendapatkan buruh daripada negara jiran seperti dan Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh.

2 Kemasukan tenaga ini membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh. Dengan itu pembangunan dan kemajuan ekonomi tidak terbantut.

(b) Membincangkan isu dan masalah dalam kerjasama ekonomi serantau :

i) Perbezaan ekonomi antara negara anggota.

1 Dalam usaha membangunkan ekonomi negara-negara anggota, masalah utama yang dihadapi ialah tahap kemajuan dan pembangunan ekonomi yang tidak sama antara negara-negara anggota. Contohnya pembangunan di Singapura dan Malaysia lebih pesat jika dibandingkan negaranegara ASEAN yang lain. Negara Laos dan Myanmar misalnya masih mundur.

2 Perkembangan ekonomi yang tidak sama ini menjadi halangan dalam pelaksanaan persetujuan kerjasama AFTA. Penghapusan cukai dan tarif tidak dapat dibuat secara serentak. Sebaliknya secara berperingkat dan dalam tempoh tertentu.

3 Di kalangan negara anggota ASEAN yang masih mundur, pelaksanaan APTA bererti wujudnya pasaran bebas. Sungguhpun pasaran bebas membawa kecekapan yang Iebih tinggi serta barangan yang lebih murah, Ia juga bererti syarikat-syarikat tempatan yang tidak cekap dan bergantung kepada perlindungan kerajaan akan muflis. mi mungkin kerana syarikat-syarikat tersebut tidak mempunyai daya saing yang tinggi.

4 Terdapat negara-negara yang berusaha melanjutkan tempoh penghapusan cukai dan tarif bagi tujuan melindungi syarikat-syarikat tempatan. Ii merupakan halangan kepada pelaksanaan sepenuhnya persetujuan dalam AFTA.

ii) Konflik politik wilayah dalam negara anggota

1 Konflik berlaku di kalangan anggota ASEAN. Konflik ii berkisar pada pertindihan tuntutan wilayah atau kawasan sempadan bersama yang masih tidak dapat diselesaikan hingga hari ini.

Page 23: GLOBALISASI

2 Contoh konflik adalah antara Malaysia dan Thailand ke atas kawasan perikanan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Kawasan ini didapati kaya dengan sumber petroleum. Konflik Malaysia-Filipina disebabkan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Filipina masib enggan menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.

3 Kepulauan Spratly menjadi tuntutan bukan sahaja di kalangan negara anggota ASEAN seperti Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia, tetapi China dan Taiwan juga membuat tuntutan.

4 Kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah pun bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Manakala konflik tuntutan ke atas Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Indonesia telah selesai selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berpihak kepada Malaysia.

5 Konflik dalam ASEAN diselesaikan melalui rundingan dan menghormati hak dan kedaulatan setiap negara. Ketenteraan bukanlab cara anggota ASEAN menyelesaikan sebarang konflik.

iii) Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau

1 Projek kerjasama ASEAN merupakan strategi ASEAN menangani globalisasi ekonomi dunia. Adanya kerjasama atau perkongsian strategik membolehkan produk ASEAN berdaya saing tinggi.

2 Sungguhpun jurang ekonomi kalangan negara auggota ASEAN agak besar, kenjasama dan komitmen anggota ASEAN yang lebih maju mampu melaksanakan projek-proj ek yang telah dipersetujui bersama.

3 Kerjasama ekonomi dalam segi tiga pertumbuhan adalah antara projek projek kerjasama serantau yang telah terbukti berjaya dilalcsanakan. Misalnya usaha memajukan sektor pelancongan di IMT-GT. Sektor industri pembuatan di IMS-GT telah menarik pelabur dan Singapura dan Malaysia melabur modal di Riau.

iv) Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau

1 Ini merupakan dilema yang dihadapi oleh semua negara dalam pakatan kerjasama. Atas dasar kerjasama dan untuk kepentingan bersama dalam menghadapi cabaran globalisasi ekonomi dunia, persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau dapat diminimumkan.

2 Ini berdasarkan kepada dasar ASEAN yang percayakan kepada ‘Memakmurkan Jiran Anda’ boleh membantu satu sama lain kerana ASEAN beranggapan jiran-jiran yang makmur itu menjadi rakan dagang yang baik dan memberi sedikit masalah antara satu sama lain.

3 Membantu negara jiran memajukan sektor ekonomi tidak menjejaskan kepentingan negara kerana akhirnya kemakmuran negara jiran tersebut membantu kemakmuran negara yang dibantu. Dalam jangka panjang, kepentingan negara tidak terjejas.

Page 24: GLOBALISASI

4 ASEAN yang makmur bererti ASEAN yang stabil. ASEAN yang stabil bererti ASEAN yang aman. ASEAN yang lemah dan miskin tidak membawa manfaat kepada nggotanya.

5 Persaingan antara negara serantau dapat diminimumkan melalui pengkhususan. Pengkhususan akan menguntungkan kedua-dua pihak kerana setiap negara anggota akan memberi perhatian kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mana negara tersebut mempunyai kelebihan persaingan. Dengan kerjasama antara syarikat negara anggota dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan bermakna keuntungan dikongsi bersama.

v) Pencemaran rentas sempadan

1 Kejadian jerebu yang menjejaskan kualiti udara beberapa buah negara anggota ekoran aktiviti pembakaran hutan di Indonesia telah membawa kepada usaha mengatasi masalah jerebu secara lebih serius.

2 Ini membuktikan baliawa ASEAN mempunyai komitmen yang tinggi dan serius menangani masalah jerebu merentas sempadan. Hasil daripada

perjanjian ialah sebuah badan yang dipanggil ASE44J( Coordinating Centre for Transboundry Haze Pollution Control) ditubuhkan.

3 Kerjasama mi bererti ahli-ahli bekerjasama mencegah dan mengawal punca-punca pembakaran dengan mendirikan satu sistem amaran awal, bertukar maldumat dan teknologi.

vi) Keselamatan serantau.

1 Kebelakangan ini kerjasama dalam keselamatan serantau menjadi semakin penting ekoran daripada ancaman keganasan yang menjejaskan keselamatan dalam negara dan serantau.

2 Usaha dilakukan bagi meningkatkan keselamatan serantau dengan kerjasama serantau melalui pertukaran maklumat, kepakaran dan Iatihan tentera negara anggota

3 Ancaman kumpulan pelampau bukan sahaja menggugat dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara, tetapi boleh menjejaskan ekonomi. Perbincangan sering diadakan sama ada di peringkat pegawai mahu ASEAN pun di peringkat menteri berhubung keselamatan serantau bagi mencari alternatifterbaik menangani gelaja ini