Globalisasi

22
GLOBALISASI 1

description

globalisasi

Transcript of Globalisasi

Page 1: Globalisasi

GLOBALISASI

1

Page 2: Globalisasi

GLOBALISASI DALAM PEMBANGUNAN

• DARI segi ekonomi, globalisasi merupakan proses integrasi ekonomi dunia melalui pengembangan aliran barang-barang, perkhidmatan, modal, buruh, maklumat, dan pengetahuan merentasi sempadan.

• Ia dipercepatkan melalui kemajuan dalam pengeluaran, teknologi maklumat dan komunikasi, serta ekonomi dunia yang lebih liberal.

2

Page 3: Globalisasi

• Terdapat beberapa bentuk globalisasi ekonomi, iaitu globalisasi perdaganggan (tanpa cukai), globalisasi kewangan (tanpa interest), globalisasi pengeluaran (pengeluaran barangan tanpa sempandan-seperti Sweden buka kilang Sony Ericson di China), dan globalisasi buruh (tiada sekatan buruh mahir dan kurang mahir) (Mohd Haflah, 2003).

3

Page 4: Globalisasi

• Sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbuka (global), prestasi ekonomi Malaysia amat dipengaruhi oleh persekitaran global yang disalurkan melalui perdagangan, aliran kewangan, dan juga melalui "kesan jangkitan", misalnya dalam hal kegawatan atau krisis ekonomi 1997/1998.

4

Page 5: Globalisasi

GLOBALISASI PERDANGANGAN

• Globalisasi perdagangan melibatkan peningkatan rangkaian dan saling bergantungan perdagangan di antara negara-negara di dunia.

• Ia dipercepatkan melalui perkembangan pengetahuan dan dipermudah melalui perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pengurangan kos pengangkutan, serta liberalisasi perdagangan dan pelaburan (bekerja sama di antara negara).

5

Page 6: Globalisasi

• Liberalisasi perdagangan melibatkan perjanjian pelbagai negara untuk mengurangkan tarif dan akhirnya menghapuskan sekatan tarif dan bukan tarif di bawah naungan Perjanjian Am Perdagangan dan Tarif (GATT) dan Pertubuhhan Perdagangan Dunia (WTO) melalui beberapa pusingan perundingan perdagangan pelbagai negara.

• Pusingan rundingan yang terakhir ialah Pusingan Uruguay yang bermula pada November 1986 hingga 15 April 1994 serta dilaksanakan mulai 1 Januari 1995.

6

Page 7: Globalisasi

• Pusingan Uruguay ini juga termasuklah perjanjian perdangan wilayah seperti APEC, AFTA, dan NAFTA serta de-regulasi (tanpa bataskan) ekonomi negera tertentu.

• Pusingan Uruguay mempersetujui pengurangan tarif ke atas barangan industri sehingga 40% bagi negara maju, 30% bagi negara membangun, dan 30% bagi negara transisi (negara dalam proses perubahan).

• Selain itu, dipersetujui bahawa pengurangan tarif ke atas barangan pertanian sebanyak 36% meliputi enam tahun bagi negara maju dan 20% meliputi sepuluh tahun mulai tahun 1995 bagi negara membangun.

7

Page 8: Globalisasi

• Pengurangan juga dikenakan ke atas subsidi pengeluaran (pengeluaran tanpa had) dan subsidi eksport (eksport tanpa had) negara maju, masing-masing sebanyak 36 dan21%.

• AFTA atau Liberalisasi perdagangan melalui Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mempunyai matlamat untuk meningkatkan daya saing wilayah ASEAN ke arah pasaran global dengan mengenepikan duti import dan sekatan bukan tarif.

• AFTA ini dilaksanakan ke atas semua keluaran yang diperdagangkan intra-ASEAN (di kalangan negara-negara ASEAN) menjelang tahun 2015 bagi enam negara ASEAN asal dan menjelang tahun 2018 bagi negara-negara ASEAN baru.

8

Page 9: Globalisasi

GLOBALISASI KEWANGAN• Globalisasi kewangan merujuk kepada peningkatan

pemusatan pasaran kewangan (samada memperluaskan yang ada atau menambahkan pasaran) melalui integrasi aliran modal secara global.

• la membawa implikasi pergerakan ke arah satu pasaran kewangan yang bercantum.

• Kewangan global meliputi semua jenis urus niaga portfolio seberang sempadan termasuklah meminjam, memberi pinjaman, dagangan mata wang, serta tuntutan kewangan dan perkhidmatan kewangan lain-lain yang diberika oleh bank perdagangan.

9

Page 10: Globalisasi

• Globalisasi kewangan juga termasuklah aliran modal yang dikaitkan dengan pelaburan langsung asing FDI.

• FAKTOR-FAKTOR yang mendorong globalisasi kewangan termasuklah kemajuan teknologi memungut, memproses, dan menyebarkan maklumat. Misalnya melalui sistem debit dan kredit elektronik secara global, tunai elektronik, dan kad kredit pintar di samping kemajuan dari segi terdapatnya modal kewangan bergerak (membuat pinjaman dilokasi yang berlaianan), liberalisasi, dan deregulasi sistem kewangan serta pembukaan pasaran kewangan domestik dan pesisir pantai

10

Page 11: Globalisasi

IMPAK GLOBALISASI• Globalisasi perdagangan dijangka membawa impak

positif kepada ekonomi Malaysia. Perdagangan, terutamanya eksport bersih menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi, sebagai engin pertumbuhan. (Eksport telah menjadi faktor postif penting kepada Malaysia melalui Globalisasi)

• Keterbukaan ekonomi Malaysia menjadikan Malaysia terangkai melalui jalinan perdagangan dengan ekonomi global. Pada tahun 1970-an, pertengahan 1980-an, dan awal1990-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat adalah dipacu oleh eksport.

11

Page 12: Globalisasi

• Pemulihan ekonomi daripada kegawatan ekonomi juga dipacu oleh pertumbuhan eksport, manakala kelembapan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2001 berkait dengan penurunan permintaan global bagi keluaran eksport utama, iaitu elektronik.

• Malaysia merupakan negara perdagangan ke-18 terbesar di dunia dengan nilai perdagangan berjumlah RM615 bilion, iaitu 183% daripada KDNK negara pada tahun 2001, berbanding 85.9% bagi Thailand, 60.4% bagi Indonesia, 69.1% bagi Korea, 18.2% bagi Jepun, dan 18.7% bagi Amerika Syarikat.

• Sebagai perbandingan, Singapura menduduki tempat yang lebih tinggi dengan 326.1 % daripada KDNK, termasuk import yang dieksport semula (Halipah, 2003).

12

Page 13: Globalisasi

Pemulihan dari kegawatan ekonomi :• Perdagangan antarabangsa merupakan satu-

satu sumber pertumbuhan ekonomi yang besar.

• Eksport bertumbuh dengan Kadar 12.6% pada tahun 1997, meningkat kepada 29.4% pada 1998.

• Eksport bersih menyumbang antara 37.9% hingga 44.5% kepada KDNK pada masa kegawatan dan pemulihan ekonomi.

13

Page 14: Globalisasi

• Globalisasi perdagangan juga boleh menyebabkan turun naik dalam prestasi perdagangan Malaysia dalam jangka pendek, terutamanya dalam zaman kemelesetan. (bila D P S )

• Keadaan ini terbit daripada pendedahan yang tinggi eksport negara kepada turun naik ekonomi dunia.

• Pergantungan yang tinggi kepada keluaran elektronik sebagai barangan eksport menyebabkan ekonomi Malaysia terjejas dalam zaman kemelesetan yang menyebabkan kemerosotan permintaan untuk barangan eksport tersebut. (kerana terlalu bergantung kepada barangan elektrik, apabila permintaan jatuh telah menyebabkan kemelesetan)

 14

Page 15: Globalisasi

KESAN AFTA (ASEAN)• Kesan AFTA terhadap perdagangan adalah positif, iaitu

meningkatkan perdagangan intra-ASEAN. Peningkatan ini adalah paling tinggi bagi Vietnam (161.7%), Filipina (110.2%), dan peningkatan kecil bagi Malaysia (23.4%) dari GNP masing-masing.

• Terdapat juga peningkatan dari segi perdagangan global dari ASEAN. Peningkatan ini berbeza mengikut negara, misalnya Indonesia 1.6%, Malaysia 3%, Filipina 11.5%, Singapura 1.7%, Thailand 4%, dan Vietnam 7%. (dari ekonomi ASEAN)

• Namun demikian, terdapat pengurangan eksport ASEAN ke negara luar ASEAN disebabkan oleh lencongan eksport ke dalam negara-negera ASEAN

15

Page 16: Globalisasi

• Impak globalisasi kewangan ialah meningkatnya aliran kewangan di peringkat global, iaitu bertambahnya penawaran dan kepelbagaian sumber-sumber kewangan yang lebih murah.

• Hal ini membantu membangun pasaran modal tempatan dan memudahkan urus niaga perdagangan dunia.

• Di samping itu, globalisasi kewangan juga menyebabkan bertambahnya urus niaga di pasaran tukaran asing dan meningkatnya nilai modal pasaran (market capitalization).

16

Page 17: Globalisasi

• Akan tetapi, keadaan ini akan menambahkan turun naik di pasaran tukaran asing dan menambah kemungkinan berlakunya krisis kewangan dan perbankan.

• Keadaan ini juga boleh menyebabkan penambahan aliran portfolio atau modal jangka pendek yang sensitif kepada perbezaan Kadar bunga (bila sumber modal bertambah, kadar bunga akan jatuh) dan pergerakan Kadar tukaran asing (nilai tukaran asing akan berubah mengikut aliran pindahan modal atau aset negara), serta merumitkan pembentukan dasar kewangan.

17

Page 18: Globalisasi

• Globalisasi kewangan juga menyebabkan pasaran modal domestik menjadi lebih liberal (terbuka). Dasar deregulasi (tanpa batasan) dan penswastaan ekonomi (terbuka kepada awam) menjadikan integrasi yang lebih rapat antara sektor kewangan Malaysia dengan sektor kewangan global.

• Keadaan ini memudahkan kemasukan pelaburan asing langsung bersih dan peningkatan yang lebih cepat dalam modal jangka penndek dan pelaburan portfolio ke Malaysia sejak awal 1990-an.

18

Page 19: Globalisasi

• Iklim pelaburan Malaysia adalah terbuka bagi aliran masuk kewangan jangka pendek dan jangka panjang (kerana globalisasi).

• FDI-Pelaburan langsung asing jangka panjang yang lazimnya dirujuk sebagai FDI semakin menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi.

• Sememangnya FDI diperlukan untuk menjana peluang pekerjaan dan perniagaan, membiayai jurang tabungan-pelaburan untuk menarik kepakaran dan pengurusan asing, dan mendapatkan teknologi serta pasaran baru.

19

Page 20: Globalisasi

• Peranan FDI adalah penting untuk menjadi pemacu kepada teknologi tinggi dan aktiviti berasaskan pengetahuan.

• FDI digalakan melalui dasar yang lebih liberal berkait dengan terokaan baru dan penyertaan ekuiti dalam industri berorientasi eksport.

• Antara tahun 1996 hingga 2000, FDI merupakan 22.5% daripada jumlah pelaburan dan 22.1% daripada jumlah pelaburan pada tahun 2001 (Halipah, 2003).

20

Page 21: Globalisasi

• Globalisasi kewangan juga menyebabkan peningkatan pinjaman asing jangka pendek oleh sektor swasta, terutamanya untuk membiayai aset hartanah.

• Pada awal tahun 1990-an, kadar bunga yang tinggi, pasaran saham yang cergas, dan jangkaan bahawa nilai ringgit akan meningkat menggalakan  pengaliran masuk pelaburan jangka pendek ke Malaysia.

• Keadaan ini telah menyumbangkan kepada peningkatan nilai modal pasaran saham BSKL.

21

Page 22: Globalisasi

• Pada tahun 1994, aliran masuk modal portfolio jangka pendek bernilai RM238.5 bilion atau 122% daripada KDNK nominal.

• Walau bagaimanapun, kegawatan ekonomi 1997-1998 telah menyebabkan kecairan modal semakin ketat, kadar bunga semakin tinggi, dan aliran keluar dana portfolio oleh pelabur bukan warganegara.

• Pada tahun 2001, aliran masuk modal portfolio jangka pendek hanya RM37.6 bilion atau 11.2.% daripada KDNK nominal (Halipah, 2003).

22