gmgf2023

27
1 Pentadbiran Kewangan GMGF 2023 PENGENALAN Kewangan merupakan perkara asas dan paling penting dalam pentadbiran setiap negara di dunia ini. Di Malaysia, kewangan diletakkan khusus dalam Perlembagaan dengan menggariskan secara terperinci proses dan prosedur untuk menguruskan kewangan negara. Kewangan melibatkan peruntukan, pengagihan, dan penggunaan sumber kewangan negara dalam usaha untuk mencapai matlamat atau objektif negara secara ekonomik, cekap, dan berkesan. (Axelrod, 1995:1). DEFINISI PENTADBIRAN KEWANGAN Financial Management: A process of implementing and managing financial control systems, collecting financial data, analyzing financial reports, and making sound financial decisions based on the analyses. Financial management requires knowing how to read and interpret three key documents: a cash flow projection worksheet, a balance sheet, and an income statement. (The Manager’s Electronic Resource Center). | 218641

description

Dasar awam

Transcript of gmgf2023

Pentadbiran KewanganGMGF 2023

PENGENALAN

Kewangan merupakan perkara asas dan paling penting dalam pentadbiran setiap negara di dunia ini. Di Malaysia, kewangan diletakkan khusus dalam Perlembagaan dengan menggariskan secara terperinci proses dan prosedur untuk menguruskan kewangan negara. Kewangan melibatkan peruntukan, pengagihan, dan penggunaan sumber kewangan negara dalam usaha untuk mencapai matlamat atau objektif negara secara ekonomik, cekap, dan berkesan. (Axelrod, 1995:1).DEFINISI PENTADBIRAN KEWANGAN

Financial Management: A process of implementing and managing financial control systems, collecting financial data, analyzing financial reports, and making sound financial decisions based on the analyses. Financial management requires knowing how to read and interpret three key documents: a cash flow projection worksheet, a balance sheet, and an income statement. (The Managers Electronic Resource Center).

Terdapat 2 konteks untuk mendefinisikan pentadbiran kewangan iaitu:

Definisi Asas menurut Harold Alderfer

Satu pusingan yang bermula dengan pengenaan cukai sehingga perbelanjaan terakhir yang menggambarkan bahawa pentadbiran kewangan adalah merupakan satu sistem yang asas dan penting atau elementary.

Definisi Moden menurut PBB

Mentakrifkan pentadbiran kewangan sebagai satu sistem yang mengandungi elemen-elemen pembuatan keputusan seperti menentukan matlamat, program, dan alokasi sumber, teknik-teknik pengurusan, penilaian, dan laporan. Pentadbiran Kewangan juga didefinisikan sebagai satu proses di mana kerajaan menggunakan langkah-langkah tertentu bagi memperolehi dan memperuntukkan sumber-sumber kewangan berdasarkan kepada keutamaan tertentu.

OBJEKTIF BELANJAWAN 2014

Kementerian Kewangan Malaysia turut menyatakan rasional keperluan bajet belanjawan iaitu untuk mengurus sumber kewangan yang terhad bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad. Antara tujuan belanjawan adalah untuk memberi arah kepada tindakan kerajaan untuk memaksimumkan faedah dari penggunaan sumber yang terhad. Ia bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana JanjiBajet menentukan keutamaan kerajaan dalam perbelanjaan, bajet belanjawan sebagai alat yang mempengaruhi kegiatan ekonomi negara dan alat pengagihan kekayaan bagi menjamin keadilan sosial. Dr. Jamal Ali (2009), telah menyatakan beberapa objektif dan kepentingan belanjawan kepada negara. Antara objektif dan kepentingan Dasar Belanjawan adalah untuk:Ke arah pengurusan ekonomi yang cekap

Pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat pembangunan. Ia memainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan imbangan pembayaran yang kukuh. Oleh itu, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, pihak swasta dan persendirian perlu memainkan peranannya sebagai jentera pertumbuhan manakala pihak kerajaan adalah penyokongnya. Sebagai contoh, untuk menggalakkan perkembangan ekonomi, keperluan infrastruktur yang baik diperlukan. Oleh yang demikian pada pembentangan belanjawan peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya, landasan keretapi dan pelabuhan.Pertumbuhan ekonomi

Kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai melalui aktiviti-aktiviti dalam sektor pertama, kedua dan ketiga akan memberikan pendapatan dan pekerjaan kepada penduduk. Untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi, tabungan diperlukan. Oleh yang demikian usaha menggalakkan tabungan persendirian di kalangan penduduk perlu diberi perhatian. Dari segi dasar belanjawan pula, dibuat perbelanjaan ke atas kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan, perhubungan komunikasi dan pentadbiran awam. Bagi menggalakkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia, insentif pengecualian cukai boleh diberikan kepada pelabur baru.HURAIAN PERBELANJAAN 2014

Bagi melihat perbelanjaan dalam belanjawan 2014 boleh dibahagikan kepada hasil dan perbelanjaan yang diperolehi dan agihan yang akan digunakan dalam memastikan perbelanjaan negara berjalan dengan lancar. Bajet 2014 digubal untuk mempastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, dengan matlamat keseluruhannya memakmur negara dan mensejahtera rakyat. Jelasnya, Bajet ini ialah dokumen berevolusi yang dipersembahkan untuk tahun 2014, merupakan siri-siri Bajet akan membawa Malaysia bertatih, menapak dan akhirnya kini berlari-lari anak, melayari bahtera ke mercu jaya dan kompetitif di persada antarabangsa.Ekonomi dunia dijangka berkembang perlahan dengan kadar 2.9 peratus pada tahun 2013. Malaysia tidak terkecuali daripada tempias ini. Namun, asas ekonomi negara yang kukuh dan dasar monetari yang akomodatif membolehkan kita terus mencatat pertumbuhan yang mapan. Malah, dalam tempoh separuh pertama tahun ini, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.2 peratus.

Indikator ekonomi menunjukkan trend yang menyokong pertumbuhan. Sebagai contoh, sehari sebelum pembentangan Bajet ini, Indeks Bursa Malaysia mencatat paras dan nilai tertinggi dalam sejarah negara iaitu 1,818 mata, bersamaan dengan nilai pasaran 1.66 trilion ringgit pada penutup Bursa, 24 Oktober 2013. Ia membuktikan keyakinan pelabur luar dan domestik semakin meningkat

BAJET 2014HASIL PENDAPATAN KERAJAANPada tahun 2014, Kerajaan Persekutuan mengunjurkan kutipan hasil sebanyak 224.1 bilion ringgit, yakni, tambahan sebanyak 4 bilion ringgit berbanding tahun 2013. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4 peratus pada tahun 2013.

PERBELANJAAN MENGURUS DAN PEMBANGUNANBajet 2014 akan menyediakan peruntukan sebanyak 264.2 bilion ringgit bagi melaksanakan, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, 217.7 bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan 46.5 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah 63.6 bilion ringgit adalah bagi Emolumen dan 36.6 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, 114.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah 1.4 bilion ringgit lagi, disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.5 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain (Bajet, 2014).Daripada peruntukan pembangunan yang berjumlah 46.5 bilion ringgit itu, sejumlah 29 bilion ringgit disediakan untuk sektor ekonomi. Sebanyak 10.5 bilion ringgit bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, 3.9 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan. Selebihnya, 1.1 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.

Pembangunan Ekonomi

Dalam hal ini, Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang mesra dan kondusif untuk melonjak pelaburan domestik dan asing. Usaha Kerajaan menunjukkan terdapatnya peningkatan dalam pelaburan swasta. Sebagai contoh, jika pada tahun 2010, sumbangan pelaburan swasta kepada KDNK adalah 12.4 peratus, kini, ia telah meningkat kepada 16.7 peratus (Bajet, 2014).

Bagi tahun 2014 pula, pelaburan swasta dianggarkan meningkat kepada 189 bilion ringgit atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutamanya dalam bidang minyak dan gas, industri tekstil, kelengkapan pengangkutan serta pembangunan hartanah.

Di samping itu, pelaburan awam dianggarkan mencecah sebanyak 106 bilion ringgit. Di antara projek yang akan dilaksanakan ialah pembinaan Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316 kilometer, pembinaan landasan keretapi berkembar Ipoh ke Padang Besar dan

kemudiannya dari Gemas ke Johor Baru (Bajet, 2014).

Pasaran KewanganPada masa ini, pasaran bon negara merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dengan nilai melebihi satu trilion ringgit, manakala pasaran pertukaran asing dan pasaran wang mencatat jumlah dagangan melebihi 30 bilion ringgit sehari. Bagi mempastikan operasi pasaran kewangan yang cekap, rangka kerja perundangan yang jelas diperlukan.Untuk ini, pindaan terhadap undang-undang yang sedia ada akan dilaksanakan dan seterusnya Bank Negara akan menerajui dalam penyediaan Akta Penyelesaian atau Netting Act bagi memelihara hak penguatkuasaan close out netting di bawah kontrak kewangan. Ini bertujuan bagi mengurangkan risiko kredit dan menggalakkan pasaran derivatif, dan seterusnya dapat membantu mengurangkan risiko sistemik pasaran kewangan negara serta merendahkan kos menjalankan perniagaan.

Pada tahun 2010, Kerajaan telah menubuhkan Skim Persaraan 1Malaysia atau SP1M bagi golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Sehingga kini, hampir 66,000 pencarum telah menyertai skim ini dengan jumlah simpanan melebihi 240 juta ringgit. Bagi terus menggalakkan lebih ramai rakyat menyertai skim ini, saya mencadangkan sumbangan Kerajaan ditingkatkan daripada lima peratus kepada 10 peratus, yakni daripada jumlah maksimum 60 ringgit setahun kepada 120 ringgit setahun. Peningkatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 sehingga akhir tahun 2017 dan dijangka dapat menarik penyertaan 30 ribu pencarum baharu.Meningkatkan Rantaian Sektor Pertanian

Hakikatnya sejak dahulu kala, bidalan lama menyatakan, berbudi pada tanah, berbakti kepada bumi, nescaya kita dapat menuai hasilnya. Lalu, seperti tiap tahun, bidang pertanian tersusun dalam agenda Bajet negara.

Peruntukan sebanyak enam bilion ringgit akan disediakan untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil. Antara inisiatif utama adalah seperti berikut:Pertama: Menubuhkan Food and Agro Council for Export atau FACE yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia bertindak sebagai pemudahcara untuk meningkatkan eksport produk pertanian tempatan;

Kedua: Memperkukuhkan FAMA untuk memainkan peranan yang lebih strategik dengan konsep dari ladang ke pasaran eksport. Sebagai contoh, FAMA akan menganjurkan Agro bazaar di Singapura. Memandangkan permintaan dan harga yang tinggi, kita juga akan berusaha untuk meningkatkan eksport durian ke pasaran China. Untuk mempastikan kesegaran produk pertanian,

Kerajaan akan turut menyediakan kemudahan cold room di KLIA. Tujuannya, selain daripada meningkatkan eksport negara, ia dapat memberi pulangan yang lebih tinggi kepada para petani;

Ketiga: Mempastikan harga berpatutan bagi produk makanan dengan membuka tambahan 60 pasar tani, 50 pasar ikan, 50 karavan tani, serta memperluas 100 gerai buah-buahan segar di seluruh negara. Langkah ini akan dikendalikan oleh FAMA dan LKIM yang dapat memberi kemudahan kepada peniaga menjual secara langsung produk makanan kepada pengguna.

PENGENALAN TERHADAP CUKAI PERKHIDMATAN ATAU GOODS AND SERVICES TAXSehubungan itu, Kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax and Services Tax dimansuhkan. Dua cukai yang dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax atau GST. Ringkasnya, perlu saya tegaskan, bahawa GST bukanlah cukai tambahan baharu.GST akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015, iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang. Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.

Kepentingan Cukai Kepada Kerajaan, Rakyat

Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.

Cukai yang dikutip dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh kerajaan melalui kutipan terhadap rakyat, kemudiannya akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati kembali oleh kita sebagai rakyat.

Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbiran negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kita sendiri. Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai diguna pakai di sesebuah negara.

Antara tanggungjawab kerajaan - yang memerlukan pendapatan dari cukai - ialah untuk membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini? Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.

Gambar 1

GST yang akan dilaksanakan pada April 2015 tidak akan dikenakan ke atas beberapa barangan makanan asas yang menjadi keperluan harian rakyatCukai yang dikutip dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh kerajaan melalui kutipan terhadap rakyat, kemudiannya akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati kembali oleh kita sebagai rakyat. Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbiran negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kita sendiri (Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2013)Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai diguna pakai di sesebuah negara. Antara tanggungjawab kerajaan - yang memerlukan pendapatan dari cukai - ialah untuk membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini?Penyelesaian Terhadap Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menggantikan cukai jualan (umumnya 10 peratus) dan cukai perkhidmatan (6 peratus). Cukai perkhidmatan dikenakan pada kadar enam peratus di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Cukai perkhidmatan yang dikutip oleh perniagaan akan dibayar kepada kerajaan setiap dua bulan.

Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas beberapa jenis barangan dan perkhidmatan di Malaysia termasuk makanan, minuman dan barangan tembakau, perkhidmatan perubatan dan penyediaan tempat tinggal serta makanan oleh hospital swasta. Cukai ini juga dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh akauntan, jurutera, arkitek agensi pengiklanan, firma juru runding dan pembekal khidmat pengurusan.

Selain itu, cukai ini turut dikenakan ke atas syarikat insurans, pusat servis dan pembaikan kenderaan, syarikat perkhidmatan telekomunikasi, agensi perkhidmatan pengawal keselamatan, kelab rekreasi, agen hartanah, operator perkhidmatan tempat letak kereta dan firma perkhidmatan penghantaran.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan professional yang diberikan oleh satu syarikat kepada sebuah syarikat yang lain di bawah kumpulan syarikat yang sama dikecualikan daripada cukai perkhidmatan. Perkhidmatan kurier atau penghantaran dari sebuah daerah di Malaysia ke keluar negara juga dikecualikan daripada cukai perkhidmatan. Cukai jualan ialah cukai satu peringkat yang dikenakan semasa barang diimport masuk atau dikilangkan. Pengilang yang mengeluarkan barangan yang layak dikenakan cukai perlu dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972.

Cukai yang dikenakan ke atas barangan yang diimport masuk dinilai dan dibayar pada masa barangan tersebut melepasi kawalan kastam. Cukai ke atas barangan yang dikilangkan di dalam Negara akan dikenakan semasa barang tersebut dijual, digunakan sendiri, dilupuskan, didermakan, dibekalkan secara percuma dan lain-lain. Cukai jualan secara amnya ialah pada kadar 10 peratus. Beberapa barangan makanan bukan asas dan bahan binaan dikenakan cukai pada kadar lima peratus, barangan am pada kadar 10 peratus, minuman keras pada kadar 20 peratus dan rokok pada kadar 25 peratus.

Terdapat beberapa pengecualian untuk beberapa jenis komoditi utama, makanan asas, bahan binaan asas, beberapa jenis peralatan pertanian dan mesin berat untuk kegunaan industri binaan. Beberapa barangan pelancongan dan sukan, buku, surat khabar dan bahan bacaan juga dikecualikan daripada dikenakan cukai jualan.

Malaysia Kritikal Jika Tidak Laksana GST

Malaysia berada dalam zon kritikal sekiranya tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia merupakan keperluan signifikan kerajaan, selain mempunyai kesan jangka panjang.

Rajah 1

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid (2013) berkata, GST mampu menyalurkan pendapatan kepada kerajaan selain berkeupayaan menstabilkan ekonomi. Katanya, GST secara umumnya adalah lebih meringankan bebanan rakyat berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan di premis-premis premium dan premis perkhidmatan selama ini. "Kebanyakan negara maju dan serantau telah lama melaksanakan sistem cukai ini dan Malaysia masih melaksanakan sistem cukai perkhidmatan (SST) yang sebenarnya jauh lebih tinggi kadar cukainya," katanya.

Sehingga kini, lebih 146 buah negara di seluruh dunia telah melaksanakan GST di negara masing-masing. Negara-negara maju yang telah pun melaksanakan GST adalah United Kingdom, Jepun, Jerman, Sweden, Belanda, Denmark, Singapura dan banyak lagi. Kadar GST tertinggi setakat ini adalah dari Denmark, Sweden dan Hungary dengan kadar 25 peratus. Negara-negara jiran yang turut melaksanakan GST adalah Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

KESIMPULANBelanjawan negara merupakan satu Pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat pembangunan. Ia memainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan imbangan pembayaran yang kukuh. Oleh itu, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, pihak swasta dan persendirian perlu memainkan peranannya sebagai jentera pertumbuhan manakala pihak kerajaan adalah penyokongnya. Sebagai contoh, untuk menggalakkan perkembangan ekonomi, keperluan infrastruktur yang baik diperlukan. Oleh yang demikian pada pembentangan belanjawan peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan pelabuhan. Begitu juga dasar pencukaian misalnya boleh digunakan untuk mengarah kegiatan ekonomi, contohnya untuk mengelakkan penggunaan barangan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti rokok dan minuman keras, cukai ke atas barangan tersebut dinaikkan. Sebaliknya pengeluaran barangan makanan adalah penting untuk menjamin kestabilan ekonomi negara, dengan demikian banyak insentif cukai dan pemberian subsidi diberikan kepada pengeluaran padi, ikan, sayur-sayuran dan hasil ternakan.Rujukan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia. (2013). Kepentingan cukai kepada kerajaan, rakyat. Utusan Malaysia 22.10. 2013

Jamal Ali. (2009). Prinsip Ekonomi. Sintok: UUM

Kementerian Kewangan. (2014). Bajet 2014. Putrajaya: Percetakan Nasional.

Robert Axelrod. (1995). "A Model of the Emergence of New Political Actors," Machigan:

University of MichiganZakariah Abdul Rashid. (2013). Malaysia kritikal jika tidak laksana GST - MIER. Utusan Malaysia, 23.10.2014| 218641