Hadis Sumber Kedua Syariat Islam

3
HADIS SUMBER KEDUA SYARIAT ISLAM Kedudukan hadis dan kewajipan mentaatinya Ijma ulama telah bersepakat bahawa hadis adalah dasar bagi hukum Islam , dan umat Islam diwajibkan mematuhi hadis sebagaimana diwajibkan mematuhi al-Quran Banyak ayat Qur’an yang memberi pengertian secara tegas bahawa hadis satu dasar bagi syariat Islam yang wajib ditaati sebagaimana wajib ditaati al-Quran. Umat Islam tidak boleh membelakangi atau meninggal atau menentang hukum hadis atau hukum Qur’an atau hukum keduanya sekali sama ada dengan alasan atau tidak. Surah alhasyr:7 Surah ali imran:132 Bahkan Allah telah pula mengancam orang yang membantah atau menyalahi rasul dengan firmanNya: Surah annur:63 Surah ali imran:32 Seterusnya Allah tidak sekali-kali membenarkan umat Islam menyalahi perintah atau hukum rasulnya, firmanNya: Surah al-ahzab:36 Jelaslah dengan ini, bahawa taat kepada hukum Rasulallah adalah wajib , sama ertinya dengan kewajipan taat kepada hukum Allah; sedang menyalahinya adalah suatu maksiat yang membawa kepada sesat, terpesong dari jalan hidup yang betul. Hadis sumber hukum Islam Sumber hukum Islam ialah al-Quran dan hadis. Akan tetapi walaupun keduanya dipandang pokok atau dasar hukum, namun harus pula dianggap bahawa Qur’an itu adalah dasar pertama dan hadis dasar kedua. Tegasnya, hendaklah dipandang bahawa kedudukan atau maqam dan tingkatan Qur’an lebih tinggi dari kedudukan hadis. Sebabnya ialah:

description

Hadis Sumber Kedua Syariat Islam

Transcript of Hadis Sumber Kedua Syariat Islam

HADIS SUMBER KEDUA SYARIAT ISLAMKedudukan hadis dan kewajipan mentaatinya

Ijma ulama telah bersepakat bahawa hadis adalah dasar bagi hukum Islam , dan umat Islam diwajibkan mematuhi hadis sebagaimana diwajibkan mematuhi al-Quran

Banyak ayat Quran yang memberi pengertian secara tegas bahawa hadis satu dasar bagi syariat Islam yang wajib ditaati sebagaimana wajib ditaati al-Quran. Umat Islam tidak boleh membelakangi atau meninggal atau menentang hukum hadis atau hukum Quran atau hukum keduanya sekali sama ada dengan alasan atau tidak. Surah alhasyr:7

Surah ali imran:132

Bahkan Allah telah pula mengancam orang yang membantah atau menyalahi rasul dengan firmanNya:

Surah annur:63Surah ali imran:32

Seterusnya Allah tidak sekali-kali membenarkan umat Islam menyalahi perintah atau hukum rasulnya, firmanNya:

Surah al-ahzab:36

Jelaslah dengan ini, bahawa taat kepada hukum Rasulallah adalah wajib , sama ertinya dengan kewajipan taat kepada hukum Allah; sedang menyalahinya adalah suatu maksiat yang membawa kepada sesat, terpesong dari jalan hidup yang betul.

Hadis sumber hukum Islam

Sumber hukum Islam ialah al-Quran dan hadis. Akan tetapi walaupun keduanya dipandang pokok atau dasar hukum, namun harus pula dianggap bahawa Quran itu adalah dasar pertama dan hadis dasar kedua.Tegasnya, hendaklah dipandang bahawa kedudukan atau maqam dan tingkatan Quran lebih tinggi dari kedudukan hadis. Sebabnya ialah:1. Quran ialah kitab Allah yang diwahyukan atau diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan lafaz dan maknanya sekali, dan diterima oleh umat Islam dari nabi dengan jalan qati(iaitu jalan yang diyakinkan kebenaran) tidak ada sebarang keraguan padanya, dan didengar Quraan itu serta dihafaz oleh sejumlah sahabat yang terkemuka, kemudian mereka menulisnya pula menurut perintah nabi sendiri.Mereka juga kemudiannya mengumpulkan Quran dalam mashaf dan diterima oleh umat Islam menurut asalnya, satu huruf pun tidak hilang atau berubah sejak zaman-berzaman.

2. Hadis tidak pula demikian keadaannya. Hadith Qauli(perkataan) amat sedikit sekali yang mutawatir iaitu kebanyakan mengenai amal ibadat; seperti sembahyang lima waktu, bilangan rakaat dan cara mendirikannya, puasa Ramadhan dan Haji.

3. Quran itu asal dan pangkal hadis. Segala yang diterangkan hadis asalnya dalam al-Quran. Hal ini jelaskan dibuktikan oleh ayat-ayat Quran yang menegaskan bahawa Quran itu cukup lengkap isinya.

Surah alanam:38

Surah annahl:89

Maka dengan ini teranglah bahawa al-Quran sebagai sumber hukum adalah dalam tingkatan pertama, sedangkan hadis adalah dalam tingkatan kedua.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi bahawa nabi di kala mengirimkan Muadh ke Yaman telah bertanya kepadanya:

- Dengan apa engkau menghukumkan?

- Ia berkata: Dengan kitab Allah.

- Ia bersabda: Jika engkau tidak dapati di dalamnya?

- Ia berkata: Dengan sunnah(hadis) rasulnya.

- Ia bersabda: Jika engkau tidak dapati di dalamnya?

- Ia berkata: Saya berijtihad dengan fikiran saya sendiri.

Selain itu, hadis juga menjadi penerangan, penafsiran, penentuan dan lain-lain sebagainya.

Berhubung dengan ini, Imam Ahmad berkata: Bahawa mencari hukum di dalam al-Quran hendaklah melalui hadis. Mencari agama demikian pula. Satu-satunya jalan yang dibentang untuk mempelajari fiqh Islam dan syariatnya ialah hadis. Mereka yang mencukupi dengan al-Quran sahaja sehingga tidak memerlukan hadis dalam memahamkan ayat al-Quran dan mengetahui syariatnya, sesat perjalanannya dan tidak akan sampai kepada maksud yang dikehendakinya.