Hadis Tentang Niat ( Siri 1 )

2
Hadis Tentang Niat ( Siri 1 ) Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda : نوى ما امرئكل ل وإنما بالنياتعمال ا إنما( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka ) Di dalam kitab Arbain Nawawiyyah ( Hadis 40 ) dimulakan hadis pertama didalam kitab tersebut dengan hadis yang berkaitan dengan niat ini.. jadi disini dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya kita berniat dengan niat yang betul dan ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah subhanahuwata’ala. Niat itu tempatnya dalah dalam hati iaitu dengan kata lain kita tidak perlu menzahirkan niat kita kerana niat pada asalnya tempatnya adalah didalam hati kita.. Tetapi disana ada yang mengatakan bahawa niat itu perlulah kita zahirkan atau ucapkan melalui lisan seperti niat solat, puasa dan sebagainya..tetapi kata-kata seperti ini adalah tidak tepat..kita tidak perlu untuk melafazkan niat itu dengan kuat sedangkan tempat asalnya niat tersebut adalah dalam hati kita..hanya kita dan Allah yang mengetahuinya.. Bagaimanakah pula cara untuk kita berniat dengan betul dan sempurna serta ikhlas ketika beribadat dan sebagainya.. Di dalam syarah riyadhus salihin ada menyatakan bagaimanakah kaedah untuk kita mencapai niat yang sempurna..di dalam kitab tersebut disebutkan tiga kaedah yang perlu kita ikuti.. pertama ” berniat bahawa apa yang kita lakukan itu adalah ibadah ” sebagai contoh.. makan nasi.. kita berniat kita makan itu adalah salah satu ibadah kepada Allah yakni kita makan untuk kita teruskan hidup dengan beribadah kepada Allah. Kedua ” berniat melakukan sesuatu itu hanya kerana Allah bukan selainnya “. sebagai contoh..kita makan dan kita berniat makan kerana Allah.. Ketiga ” berniat bahawa kita melakukan sesuatu perkara itu kerana melakukan perintah Allah ” sebagai contoh juga..kita makan dan kita berniat mengikut perintah Allah supaya tidak melatakkan diri kita didalam kebinasaan yakni dengan tidak makan kita mungkin akan jatuh sakit dan sebagainya. Apa yang kita dapat lihat disini ialah, untuk mencapai niat yang sempurna ( insyaallah ) adalah dengan mengabungkan ketiga-tiga kaedah ini iatu ” kita berniat melakukan sesuatu itu kerana ibadah kerana Allah dan juga kerana mengikuti suruhanNya “. Niat ini juga amat penting kerana setiap perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan niat dan Allah akan menghisab kita pada hari akhirat kelak juga mengikut apa yang telah kita niatkan ketika melakukan sesuatu perkara tersebut. Jika baik dan ikhlas niat kita maka insyaallah amalan kita akan diterima dan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah dan begitulah juga sebaliknya. .:: Hiasan semata-mata ::. Insyaallah ini hanyalah permulaan atau pengenalan kepada hadis tentang niat ini dan insyaallah kita akan membahaskan lagi tentang hadis ini secara terperinci pada entri seterusnya..disini saya membentang hadis baginda (s.a.w) :

description

Nukilan dari internet.

Transcript of Hadis Tentang Niat ( Siri 1 )

Page 1: Hadis Tentang Niat ( Siri 1 )

Hadis Tentang Niat ( Siri 1 )

Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda :

إنما األعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )

Di dalam kitab Arbain Nawawiyyah ( Hadis 40 ) dimulakan hadis pertama didalam kitab tersebut dengan hadis yang berkaitan dengan niat ini.. jadi disini dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya kita berniat dengan niat yang betul dan ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah subhanahuwata’ala. Niat itu tempatnya dalah dalam hati iaitu dengan kata lain kita tidak perlu menzahirkan niat kita kerana niat pada asalnya tempatnya adalah didalam hati kita.. Tetapi disana ada yang mengatakan bahawa niat itu perlulah kita zahirkan atau ucapkan melalui lisan seperti niat solat, puasa dan sebagainya..tetapi kata-kata seperti ini adalah tidak tepat..kita tidak perlu untuk melafazkan niat itu dengan kuat sedangkan tempat asalnya niat tersebut adalah dalam hati kita..hanya kita dan Allah yang mengetahuinya..

Bagaimanakah pula cara untuk kita berniat dengan betul dan sempurna serta ikhlas ketika beribadat dan sebagainya.. Di dalam syarah riyadhus salihin ada menyatakan bagaimanakah kaedah untuk kita mencapai niat yang sempurna..di dalam kitab tersebut disebutkan tiga kaedah yang perlu kita ikuti.. pertama ” berniat bahawa apa yang kita lakukan itu adalah ibadah ” sebagai contoh.. makan nasi.. kita berniat kita makan itu adalah salah satu ibadah kepada Allah yakni kita makan untuk kita teruskan hidup dengan beribadah kepada Allah. Kedua ” berniat melakukan sesuatu itu hanya kerana Allah bukan selainnya “. sebagai contoh..kita makan dan kita berniat makan kerana Allah.. Ketiga ” berniat bahawa kita melakukan sesuatu perkara itu kerana melakukan perintah Allah ” sebagai contoh juga..kita makan dan kita berniat mengikut perintah Allah supaya tidak melatakkan diri kita didalam kebinasaan yakni dengan tidak makan kita mungkin akan jatuh sakit dan sebagainya.

Apa yang kita dapat lihat disini ialah, untuk mencapai niat yang sempurna ( insyaallah ) adalah dengan mengabungkan ketiga-tiga kaedah ini iatu ” kita berniat melakukan sesuatu itu kerana ibadah kerana Allah dan juga kerana mengikuti suruhanNya “. Niat ini juga amat penting kerana setiap perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan niat dan Allah akan menghisab kita pada hari akhirat kelak juga mengikut apa yang telah kita niatkan ketika melakukan sesuatu perkara tersebut. Jika baik dan ikhlas niat kita maka insyaallah amalan kita akan diterima dan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah dan begitulah juga sebaliknya.

.:: Hiasan semata-mata ::.

Insyaallah ini hanyalah permulaan atau pengenalan kepada hadis tentang niat ini dan insyaallah kita akan membahaskan lagi tentang hadis ini secara terperinci pada entri seterusnya..disini saya membentang hadis baginda (s.a.w) :

Page 2: Hadis Tentang Niat ( Siri 1 )

وعن أمير املؤمنني أبي حفص بن عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بنرياح ابن عبد اهلل بن قرط بن رزاح بن عدى بن كعب بن لؤي بن غالب

القرشي العدوى رضي اهلل عنه قال سمعت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقولإنما األعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى اهلل

ورسوله فهجرته إلى اهلل ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأةينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه متفق عليه

” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-‘adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).