Han 2015 QGK 3013

10
Kecergasan Fizikal dan Peranannya Dalam Mengurangi Risiko Penyakit Kardiovaskular Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan banyak pihak utnuk menggalakkan pengamalan gaya hidup sihat dan aktif dikalangan masyarakat negara. Kempen-kempen ini dilancarkan bagi memupuk kesedaran dikalangan masyarakat tentang kepentingan pengamalan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit-penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular yang kini merupakan punca tertinggi kematian di negara ini khususnya, dan juga di seluruh dunia amnya. Kesihatan tubuh badan merupakan salah satu faktor yang penting dapat melahirkan individu yang produktif untuk memacu negara ke arah kemajuan. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 16.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian yang dicatatakn di hospital-hospital seluruh negara adalah disebabkan oleh penyakit jantung. Berdasarkan laporan statistic tersebut juga menunjukkan bahawa penyakit jantung atau penyakit kardiovaskular mempunyai kadar kematian yang 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kadar kematian yang disebabkan oleh kanser dikalangan wanita. Kebanyakan kes yang dicatatkan adalah berkaitan dengan penyakit jantung koronari. Laporan tersebut juga menjangkakan kadar kematian yang berpunca daripada penyakit kardiovaskular akan meningkat setiap tahun. Jadi, tidak hairanlah jika penyakit kardiovaskular ini dilabel sebagai pembunuh nombor satu negara. Lebih membimbangkan,

description

obesiti

Transcript of Han 2015 QGK 3013

Page 1: Han 2015 QGK 3013

Kecergasan Fizikal dan Peranannya Dalam Mengurangi Risiko Penyakit Kardiovaskular

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan banyak pihak utnuk

menggalakkan pengamalan gaya hidup sihat dan aktif dikalangan masyarakat negara.

Kempen-kempen ini dilancarkan bagi memupuk kesedaran dikalangan masyarakat tentang

kepentingan pengamalan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit-penyakit kronik seperti

penyakit kardiovaskular yang kini merupakan punca tertinggi kematian di negara ini

khususnya, dan juga di seluruh dunia amnya. Kesihatan tubuh badan merupakan salah satu

faktor yang penting dapat melahirkan individu yang produktif untuk memacu negara ke arah

kemajuan.

Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008

menunjukkan sebanyak 16.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian yang dicatatakn

di hospital-hospital seluruh negara adalah disebabkan oleh penyakit jantung. Berdasarkan

laporan statistic tersebut juga menunjukkan bahawa penyakit jantung atau penyakit

kardiovaskular mempunyai kadar kematian yang 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kadar

kematian yang disebabkan oleh kanser dikalangan wanita. Kebanyakan kes yang dicatatkan

adalah berkaitan dengan penyakit jantung koronari. Laporan tersebut juga menjangkakan

kadar kematian yang berpunca daripada penyakit kardiovaskular akan meningkat setiap tahun.

Jadi, tidak hairanlah jika penyakit kardiovaskular ini dilabel sebagai pembunuh nombor satu

negara. Lebih membimbangkan, penyakit kardiovaskular bukan sahaja dihidapi oleh golongan

yang telah berusia, malah golongan remaja dan kanak-kanak juga mempunyai risiko untuk

menghidapnya sekiranya pengamalan gaya hidup tidak sihat menjadi amalan mereka.

Penyakit-penyakit kronik kadangkala disebabkan oleh faktor genetik atau keturunan.

Contohnya, sekiranya ada diantara ahli keluarga yang menghidapi penyakit kronik seperti

penyakit jantung, risiko untuk ahli keluarga yang lain mendapat penyakit yang sama adalah

tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga dengan sejarah penyakit yang

sama. Walaubagaimanapun, ianya masih mampu dicegah melalui pengamalan gaya hidup

yang sihat dan aktif demi menjaga kesihatan jantung. Selain itu, terdapat, banyak faktor lain

yang boleh mengakibatkan risiko bagi seseorang individu itu mengalami masalah penyakit

kardiovaaskular. Antaranya adalah faktor usia, kandungan kolesterol dalam darah yang

berlebihan, tekanan darah tinggi, kandungan lemak yang berlebihan, merokok, diabetes dan

kurang melakukan aktiviti fizikal atau tidak aktif. Bak kata pepatah “Mencegah itu lebih baik

Page 2: Han 2015 QGK 3013

daripada mengubati” maka, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil inisiatif untuk

melancarkan kempen gaya hidup sihat dan aktif melalui kerjasama pelbagai pihak yang

bertujuan untuk menambah kesedaran masyarakat tentang pentingnya gaya hidup sihat dan

aktif dalam mengurangi risiko penyakit kardiovaskular. Penyebaran maklumat berkaitan

pengamalan gaya hidup sihat juga meliputi penggunaan media massa secara melus agar ia

boleh disampaikan kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Iklan berbentuk

animasi juga telah digunakan secara meluas agar kempen pengamalan gaya hidup sihat ini

dapat menarik perhatian golongan remaja dan juga kanak-kanak

Pengamalan gaya hidup sihat bukanlah hanya tertumpu kepada pengambilan diet

harian yang seimbang. Tetapi, ia juga erlu diseiringkan dengan kecergasan fizikal. Oleh itu,

untuk membantu masyarakat umum memahami sepenuhnya konsep pengamalan gaya hidup

sihat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melancarkan kempen-kempen yang

berkaitan dengan amalan gaya hidup cergas. Contohnya, dengan usahasama daripada

pengeluar makanan terkemuka di negara ini, aktiviti, “Jacob’s Walk of Life” telah diadakan.

Program ini adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat daripada pelbagai peringkat usaha

untuk menjadikan kehidupan cergas sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Melalui

program ini juga, masyarakat didedahkan tentang kebaikan berjalan yang mampu membantu

meningkatkan kesihatan jantung seterusnya mengurangkan risiko menghidapi penyakit

kardiovaskular.

Selain mengamalkan diet seimbang dalam kehidupan seharian, penyakit

kardiovaskular juga dapat dicegah melalui peningkatan aktiviti fizikal. Namun kedua-duanya

perlulah dilakukan secara berterusan. Aktiviti fizikal ringkas seperti berjalan, berjogging,

berbasikal, dan berenang misalnya, merupakan senaman ringkas yang dapat meningkatkan

tahap kecergasan fizikal seseoranng dan membantu mengurangi risiko pelbagai penyakit

kronik termasuklah penyakit jantung. Disamping itu, kecergasan fizikal juga sebenarnya

boleh ditingkatkan melalui aktiviti fizikal minimal yang dilakukan oleh individu dalam tugas

seharian mereka. Contohnya, mengemas rumah dan berkebun. Namun, dek kerana tidak

memahami konsep sebenar kecergasan fizikal, ramai di kalangan masyarakat tidak mahu

melakukannya kerana beranggapan ianya sukar dan memerlukan masa yang banyak untuk

dilaksanakan. Alasan ini sering digunakan terutamanya bagi mereka yang berkerjaya dan juga

surirumah yang sibuk melakukan tugasan seharian.

Page 3: Han 2015 QGK 3013

Oleh itu, bagi membuka mata masyarakat tentang cara-cara mudah untuk mereka

meningkatkan kecergasan fizikal melalui aktiviti-aktiviti ringkas yang mereka lakukan saban

hari, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen-kempen yang

menjurus kepada menjadikan rutin harian sebagai salah satu kaedah senaman bagi

meningkatkan kecergasan fizikal individu. Contohnya, aktiviti yang semua orang mampu dan

perlu lakukan dalam kehidupan seharian iaitu, berjalan kaki. Berjalan kaki adalah sesuatu

yang amat digalakkan bagi menjaga kesihatan jantung. Aktiviti ini merupakan senaman yang

paling mudah untuk dilakukan dan hampir semua orang yang berkeupayaan mampu untuk

melakukannya. Tidak perlu berjalan seperti seorang atlet, cukup dengan memperbanyakkan

langkah yang diambil setiap hari bagi memastikan risiko penyakit jantung dapat dikurangkan.

Bagi mereka yang berkerjaya, amalkanlah berjalan kaki dari tempat letak kereta ke pejabat

ataupun cuba menggunakan tangga untuk naik ke aras yang lebih tinggi. Bagi mereka yang

tidak berkerjaya banyakkan berjalan daripada duduk untuk membakar kalori yang berlebihan.

Bagi menggalakkan orang ramai melakukan aktiviti ini, kempen “Jom gunakan tangga” telah

diancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan matlamat agar masyarakat

menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai pilihan untuk ke tempat yang ingin dituju. Hal ini

kerana, berjalan kaki merupakan sejenis senaman yang mudah untuk dilakukan. Tidak perlu

mengeluarkan wang yang banyak untuk ke gim kerana selain murah, ia juga efektif.

Sememangnya ramai di kalangan masyarakat hari ini, sedar akan pentingnya

bersukan untuk menjadi lebih sihat. Namun, kebanyakannya memberikan alasan mereka tidaa

masa terluang untuk bersukan. Begitu juga bagi golongan kanak-kanak dan remaja yang

membesar di zaman serba moden ini. Kebanyakan masa mereka dihabiskan di hadapan

televisyen, bermain permainan video, ataupun melayari internet. Kecanggihan teknologi juga

sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat. Jika dahulu, golongan kanak-kanak

mahupun remaja menghabiskan masa senggang mereka dengan keluar bermain, pada masa

kini, mereka lebih senang menghabiskan masa lapang dengan bermain permainan video,

melayari internet dan juga bersosial melalui telefon pintar. Keadaan ini menjadikan lebih

mereka kurang aktif. Jadi, kempen-kempen seperti berbasikal untuk sihat dilaksanakan agar

dapat menarik perhatian golongan muda ini supaya hidup secara aktif bagi memastikan

kesihatan mereka lebih terjamin. Hal ini kerana, selain mudah dan murah, berbasikal

merupaka aktiviti riadah yang sangat menyeronokkan kerana secara tidak langsung,

berbasikal juga merupakan salah satu cara untuk bersosial. Di sesetengah negara maju, basikal

merupakan salah satu pengangkutan yang digunakan untuk melakukan rutin harian

Page 4: Han 2015 QGK 3013

terutamanya di negara-negara yang bilangan pengguna jalan rayanya sangat ramai. Bukan

sahaja menjimatkan masa kerana tidak perlu bersesak, malah ia juga dapat memastikan tahap

kecergasan fizikal individu dapat ditingkatkan seterusnya mengurangi risiko mendapat

penyakit kronik terutamanya penyakit jantung.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Jantung Amerika, jumlah

kematian yang dikatakan berpunca daripada penyakit kardiovaskular adalah kira-kira 5 juta

orang setiap tahun. Menerusi kajian ini juga, gaya hidup kurang aktif yang diamalkan oleh

kebanyakan masyarakat pada masa kini menjadi faktor berlakunya peningkatan kes kematian

akibat penyakit kardiovaskular. Keadaan ini sebenarnya mewujudkan kebimbangan kerana

umum mengetahui, penyakit jantung bukan sahaja dihidapi oleh golongan berusia sahaja

namun, golongan kanak-kanak serta remaja juga berpotensi untuk mendapat penyakit ini.

Oleh itu, galakkan untuk mengamalkan gaya hidup aktif adalah satu yang perlu untuk

memastikan jumlah penghidap penyakit kardiovaskular kronik dapat dikurangkan. Tahap

kecergasan yang baik sebenarnya dapat mempengaruhi taha kesihatan jantung.

Aktiviti fizikal sebenarnya mampu membantu melancarkan peredaran darah.

Contohnya, ketika berjalan kaki, otot-otot yang digunakan oleh individu memerlukan lebih

oksigen dan nutrien untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Otot-

otot yang terlibat ketika pergerakan berjalan berlaku juga menggalakkan pertumbuhan arteri

baru yang dikenali sebagai arteri kolateral. Arteri kolateral ini berfungsi untuk membantu

melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Selain itu, dengan adanya arteri

kolateral ini, proses penyembuhan juga berlaku dengan lebih pantas. Ia juga dapat

meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Kadar metabolisme tubuh yang tinggi dapat

membantu membakar kalori berlebihan dengan lebih berkesan. Pembakaran kalori ini

membantu menurunkan berat badan dan sekiranya dilakukan secara berterusan ianya dapat

membantu dalam pengawalan berat badan dan mengelakkan berlakunya masalah obesiti yang

merupakan salah satu punca penyakit kardiovaskular.

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara kerap dan berterusan juga merupakan salah

satu cara untuk mengelakkan masalah obesiti. Obesiti menyebabkan risiko penyakit

kardiovaskular lebih tinggi kerana masalah obesiti memberi kesan kepada tekanan darah.

Pada kebiasaanya, mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan pada masa

yang sama tidak menjalani gaya hidup aktif, akan mengalami masalah hipertensi disebabkan

oleh wujudnya lemak berlebihan dalam saluran darah. Keadaan ini menyebabkan saluran

Page 5: Han 2015 QGK 3013

darah menjadi sempit dan menjadikan tekanan yang diperlukan oleh darah untuk mengalir ke

seluruh tubuh badan menjadi lebih tinggi. Apabila ini berlaku, ia membuatkan jantung

terpaksa berkerja dengan lebih kuat seterusnya menganggu tahap kesihatan jantung. Jadi,

dengan melakukan aktivit-aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berjogging, berenang dan

berbasikal, dapat mengurangkan masalah ini berikutan penurunan berat badan hasil daripada

senaman ringkas tersebut. Justeru, risiko penyakit kardiovaskular juga dapat dikurangkan.

Aktiviti-aktiviti fizikal yang dilakukan secara kerap juga dapat membantu menambah

kecekapan fungsi jantung. Ini kerana, jantung merupakan organ penting yang sentiasa bekerja.

Namun begitu, ia tidak perlukan rehat untuk terus berfungsi dengan cekap. Sebaliknya,

kecekapan fungsi jantung dapat ditingkatkan dengan bersenam. Senaman atau aktiviti fizikal

akan menjadikan tubuh kita memerlukan lebih banyak oksigen. Hal ini akan menyebabkan

pengepaman darah oleh jantung meningkat.Apabila kecekapan jantung meningkat ia akan

melancarkan peredaran darah dan mengurangi risiko penyakit kardiovaskula.

Disamping itu, kekerapan melakukan senaman juga membantu untuk mengurangkan

jumla kolesterol dalam darah. Kolesterol yang berlebihan dalam darah akan mengakibatkan

berlakunya keadaan yang dipanggil arteroskelorosis. Arteroskelorosis merupakan satu

masalah kesihatan dimana saluran darah diliputi plak lemak yang mengganggu peredaran

darah. Peredaran darah yang tidak lancar menjadikan tahap kesihatan jantung semakin lemah

kerana ia terpaksa bekerja terlalu kuat walaupun pada keadaan dimana seseorang itu tidak

banyak bergerak. Apabila tekanan darah sentiasa berada pada keadaan tinggi risiko bagi

seseorang itu untuk mendapat penyakit kardiovaskular adalah tinggi.

Kesimpulannya, melakukan aktivti fizikal secara kerap sama ada pada intensiti tinggi

mahupun rendah mampu mencegah penyakit kardiovaskular. Penerapan pengamalan gaya

hidup sihat di kalangan masyarakat demi mengurangi risiko penyakit kronik terutamanya

penyakit kardiovaskular adalah penting bagi melahirkan masyarakat yang lebih aktif dan

produktif seterusnya dapat memabantu negara mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Page 6: Han 2015 QGK 3013

Bibliografi :

1. Norhidayyu Zainal. (2012, September 25). Sakit Jantung Pembunuh No. 1!. Sinar

Harian. Diambil dari : http://www.sinarharian.com.my/sakit-jantung-pembunuh-

nombor-1-1.88273 . Pada 19/10/2014.

2. Hidayatul Akmal Ahmad. (2013, Disember 1). Sakit Jantung Pembunuh Utama.

Harian Metro. News Straits Times Press. Diambil dari :

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sakitjantungpembunuhutama/2013/

Article. Pada 19/10/2014

3. Nor Faizah Mohamed (2013, Disember 23). Tingkat Stamina Kardiovaskular. Harian

Metro. New Straits Times Press. Diambil dari

http://www2.hmetro.com.my/articles/Tingkatstaminakardiovaskular/Article. Pada

19/10/2014.

4. Meyers, J. (2003, Januari 14). Exercise and Cardiovascular Health. Circulation.

American Heart Institute.Greenville. Diambil dari : http://circ.ahajournals.org/ by

guest on October 18, 2014

5. Cheng, S. J et al. (2013). Physical Activity and Risk of Cardiovascular Disease Among Older Adults. International Journal of GerontologyDiambil dari : http://www.ijge-online.com/article/S1873-9598(13)00037-9/fulltext.

Pada 19/10/2014.