Hayati Peristiwa Isra

download Hayati Peristiwa Isra

of 6

Transcript of Hayati Peristiwa Isra

  • 8/14/2019 Hayati Peristiwa Isra

    1/6

    HAYATI PERISTIWA ISRA MIKRAJ

    Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umatmanusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabiMuhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra Mikraj ini

    sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan merekaterhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepadabeberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti SayyidinaAbu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan mengujinabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam MasjidilAqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yangbersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.

    Peristiwa Isra dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian duaorang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usahamenyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa

    saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insanyang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal makadakwah Islam akan terhenti.

    Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakandakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra Mikraj danseterusnya didizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina DaulahIslamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepadadipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taifiaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islammalah telah melontar batu kea rah nabi sehingga berlumuran darah.

    Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitutawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah

    jagaannya sebagai emas tetapi di tolak oleh nabi sebagaimana nabi menolaktawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yangbegitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

    Peristiwa Isra dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelumnabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melaluiayat 1 surah Isra menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra dansekitarnya. Sehingga kini bumi Isra iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadirebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudidalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpaperikemanusiaan.

  • 8/14/2019 Hayati Peristiwa Isra

    2/6

    SEJARAH PERJALANAN ISRA MIKRAJ.

    Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan olehmalaikat Jibrail dan Malaikat Mikail. Hati Baginda S.A.W. disuci dengan airzamzam dibuang ketul hitam (alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan

    waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dadaRasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan kahtiminnubuwwah. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untukditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Israitu.

    Semasa Isra(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

    Sepanjang perjalanan (Isra) itu Rasulullah S.A.W ditemani oleh malaikatJibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan

    bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyangsebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan

    melakukan hijrah.II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu

    daripada Allah.III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S dilahirkan).

    Dalam perjalanan itu juga Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jinAfrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolikyang amat ajaib Antaranya:-

    1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belumlagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahuoleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah yang digandakanpahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaanyang lebih banyak.

    2) Tempat yang berbau harum, Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail:Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersamasuaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untukmenguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguhkepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

    3) Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka.Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkanpula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

    4) Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka

  • 8/14/2019 Hayati Peristiwa Isra

    3/6

    makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulahorang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

    5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yangbusuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka . Kata Jibrail : Itulahlelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan

    perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. KataJibrail: Itulah orang yang makan riba.

    7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdayamemikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orangyang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanahyang lain.

    8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka denganpenggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibirmerekakembali seperti biasa. Kata Jibrail : itulah orang yang membuatfitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

    9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembagamereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang kanan daging manusia(mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menginakan) orang.

    10)Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Takdapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail Itulah orang yangbercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

    11)Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagaiperhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulahdunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umatIslam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

    12)Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah

    berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulahorang yang mensiakan umurnya sampai tua.13)Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk

    bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yangsangat tua dan menanti saat hari kiamat.

    Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun Buraq. Kemudian masuk kedalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala ambiadan mursalin menjadi makmum.

    Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yangberisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umatbaginda akan menjadi sesat.

  • 8/14/2019 Hayati Peristiwa Isra

    4/6

    Semasa Mikraj(Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

    Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.Wdan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu

    Hafzhah).

    1. Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama,lalu jumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orangyang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yangrupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelakibergantung pada susu penzina perempuan.

    2. Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masukdan bertemu dengan Nabi Isa A.S dan Nabi yahya A.S.

    3. Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.4. Langit Keempat : Naik tangga keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

    5. Langit Kelima : Naik tangga kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S yangdikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.6. Langit keenam : Naik tangga langit keenam : Bertemu dengan nabi-nabi.

    Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala(disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramaitermasuk 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

    7. Langit Ketujuh : Naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalubertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di BaitulMamur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W,Nabi Ibrahim A.S bersabda. Engkau akan berjumpa dengan Allah padamala mini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif , maka berdoalah

    untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu LaHaulawala Quwatta Illa Billah.

    Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S bersabda : Sampaikan salamkukepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dantanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila haiilah allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim.

    Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon

    pokok dalam syurga. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib,Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur danbersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

    8. Tangga Kelapan : Di sinilah disebut Al Kursi yang berbetulan dengandahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagaikeajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu,sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dandahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permatayang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu

  • 8/14/2019 Hayati Peristiwa Isra

    5/6

    tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikanpula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya bagindamasuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan Malik penunggunya.

    9. Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha . Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa

    dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nurArasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinyatertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

    10.Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus danHadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan matakepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah danMuhammad, Rasul Nya.

    Allah S.W.T : Ya Muhammad

    Rasullah : Labbaika

    Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

    Rasulullah : Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkauberikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata denganMusa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapatmelembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yangtidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkanSulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angina. Engkauajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapatmenyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan

    orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.Allah S.W.T : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagaipenyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku bukadadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baikumat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu padahari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yangtidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan muayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatuperbendaharaan di bawah arasy. Aku berikan habuan daripadakelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahimunkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa ul hamd. Maka Adamdan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan akufardukan atas mud an umat mu 50 (waktu) sembahyang.

    Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa menemui Nabi Ibrahim A.Skemudian nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.Wmeraya kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktusembahyang itu. Selepas Sembilan kali meraya, (setiap kali dikurangkan 5waktu) akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu seharisemalam dengan mengekalkan sebanyak 50 waktu juga.

  • 8/14/2019 Hayati Peristiwa Isra

    6/6

    Selepas Mikraj

    Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yangsama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang

    kemudianya menjadi (saksi) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam 27 Rejab, kira-kira 18bulan sebelum Hijrah).