Kajian Hayati

80
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah, bermatlamatkan untuk melahirkan insan soleh yang beriman, beramal dan berakhlak mulia. Sehubungan dengan itu ,Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai Al-Din , bukan sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada Allah S.W.T Dr.Arfah A.Aziz(1992) menyebut bahawa Pendidikan Islam khususnya pada hakikat bukanlah satu mata pelajaran yang cuba menyampaikan satu maklumat yang sempit dan kaku, malah merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk prinsip dan cara hidup berasas sumber wahyu yang diturunkan sebagai panduan kehidupan manusia sepenuhnya. Realiti pada hari ini jika dilihat kepada pedagogi Pendidikan Islam lebih menekankan kepada keupayaan dan kebolehan pelajar mengetahui dan menghafaz. Pelajar tidak memahami dan menghayati asas prinsip Pendidikan Islam dan mempelajari Pendidikan Islam dengan berkesan. Menurut Shahabuddin Hashim (2003) satu perkara yang amat ketara dalam pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam masa kini ialah tumpuan yang berlebihan kepada bidang kognitif. Bidang efekif dan psikomotor 1

description

proposal kajian

Transcript of Kajian Hayati

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah, bermatlamatkan untuk melahirkan insan soleh yang beriman, beramal dan berakhlak mulia. Sehubungan dengan itu ,Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai Al-Din , bukan sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada Allah S.W.T Dr.Arfah A.Aziz(1992) menyebut bahawa Pendidikan Islam khususnya pada hakikat bukanlah satu mata pelajaran yang cuba menyampaikan satu maklumat yang sempit dan kaku, malah merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk prinsip dan cara hidup berasas sumber wahyu yang diturunkan sebagai panduan kehidupan manusia sepenuhnya.Realiti pada hari ini jika dilihat kepada pedagogi Pendidikan Islam lebih menekankan kepada keupayaan dan kebolehan pelajar mengetahui dan menghafaz. Pelajar tidak memahami dan menghayati asas prinsip Pendidikan Islam dan mempelajari Pendidikan Islam dengan berkesan. Menurut Shahabuddin Hashim (2003) satu perkara yang amat ketara dalam pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam masa kini ialah tumpuan yang berlebihan kepada bidang kognitif. Bidang efekif dan psikomotor kurang diberi perhatian, malahan dalam bidang kognitif tumpuan ialah kepada pengumpulan maklumat dan hafazan. Usaha meningkatkan daya berfikir , analisis ,sintesis, kreatif dan pemikiran tinggi kurang diberi perhatian malahan mungkin diabaikan. Perubahan yang dapat membawa kepada pencapaian standard yang diharapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dapat dimulakan dengan pedagogi pendidikan iaitu pelaksanaan model pengajaran menggunakan kaedah Powerpoint. Kebanyakkan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi , aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri(Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi adalah berpusatkan murid kerana fokus utama dalam pendidikan adalah berpusatkan murid baik secara kumpulan atau individu.Kepelbagaian pendekatan, strategi dan kaedah pedagogi seperti model menggunakan komputer amat perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Keupayaan guru mempelbagaikan pendekatan ,strategi dan kaedah pedagogi mampu meningkatkan keupayaan dan penguasaaan prestasi akademik murid di samping sebagai pemankin kepada perubahan sikap dan minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran diterapkan da dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran guru.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang pesat. Pelbagai kaedah baru diperkenalkan dan digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu, kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan Komputer (PPBK) mula diperkenalkan dan kini era teknologi maklumat serta komunikasi yang semakin pesat menyebabkan ianya semakin mendapat perhatian sama ada di kalangan pendidik , pelajar dan masyarakat umum.Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi yang besar bagi merubah cara seseorang belajar, cara mendapatkan maklumat ,cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya.Multimedia juga menyediakan peluang kepada pendidik mengaplikasikani pelbagai teknik pengajaran.Pendidik berpeluang menentukan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Sumber rujukan tidak hanya tertumpu kepada buku teks semata-mata.Kesemua ini memperlihatkan betapa peningnya teknologi multimedia.Multimedia adalah salah satu perkataan yang menjadi sebutan ramai di kalangan masyarakat umum sejak awal 1990-an.Ia mendapat perhatian meluas dalam aspek kehidupan manusia meliputi bidang hiburan, pengiklanan, pameran, persembahan, permaianan, latihan ,pendidikan dan sebagainya.Secara umumnya multimedia adalah penggunaan pelbagai jenis media yang digunakan bagi tujuan komunikasi.Walau bagaimanapun, jenis media yang diterima sebagai elemen teknologi multimedia berubah mengikut peredaran masa dan teknologi.Pada peringkat awalnya , penggunaan radio, televisyen, akhbar, projector slaid, mesin lut sinar atau OHP , poster, carta, kaset, video, kaset audio dan sebagainya .

1.3 Penyataan Masalah Kajian

Pelajaran Tilawah diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan diperuntukkan 90 minit dalam seminggu.Pengajaran dan pembelajaran tilawah meliputi bacaan , hafazan dan pemahaman surah. Ilmu tajwid merupakan salah satu isi kandungan di dalam bidang bacaan. Ilmu tajwid adalah satu bidang yang membosankan murid jika seorang guru tidak memasukkan apa-apa pembaharuan atau perubahan bagi memotivasikan dan meningkat pencapaian murid .

Masalah yang dihadapi ialah;

Hukum Mad merupakan salah satu bidang di dalam hukum tajwid yang banyak mempengaruhi mutu pembacaan. Penelitian pengkaji berkaitan masalah ini dapat dikesan apabila program tasmik dijalankan didapati murid tidak mengenal tanda-tanda beserta huruf bagi hukum bacaan tersebut. Justeru bacaan mereka sumbang tanpa bunyi hukum tajwid yang betul. Peperiksaan juga gagal dijawab dengan betul berikutan tiada penguasaan aspek hukum Mad.

Justeru menjadi salah satu agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Islam iaitu pelajar tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan hukum tajwid semasa peperiksaan manakala dalam ujian bacaan al-Quran pula murid tidak dapat menguasai, mengenal hukum tajwid dalam ayat-ayat al- Quran yang dibaca. Apa yang jelas didapati murid-murid masih lemah dalam menjawab soalan berkaitan hukum tajwid.

Berdasarkan masalah di atas maka pengkaji ingin menyelidiki secara terperinci apakah tahap penguasaan murid ini dalam hukum tajwid Mad Asli yang mereka telah pelajari . Kajian yang dijalankan hanya kepada mengenal hukum Mad Asli dalam kalangan murid-murid Tahun 5 sahaja. Kajian yang dibuat hanya tertumpu kepada lebih kurang 30 orang murid sahaja dari kelas 5 Arif. Melalui tinjauan awal dengan cara pemerhatian yang dilakukan semasa pengajaran dan latihan yang diberikan kepada semua Tahun 5 Arif, didapati pemahaman mereka dalam mengenal hukum Mad Asli tidak memuaskan malahan mereka tidak dapat mengenal dan membaca huruf-huruf Mad Asli yang terdapat di dalam khalimah dengan kadar panjang yang sepatutnya. Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan murid tentang kadar bacaan Mad Asli di dalam ayat al-Quran. Justeru langkah terbaik perlu dirancang bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan sehinggalah mereka belajar di sekolah menengah seterusnya hingga ke alam dewasa. Mereka mungkin boleh membaca al-Quran tetapi tidak dapat mengenal dengan baik hukum tajwid daripada ayat-ayat yang di baca. Pengkaji mengandaikan sekiranya guru-guru Pendidikan Islam tidak dapat mengatasi masalah mengenal dan memahami hukum tajwid dalam kalangan pelajar, masalah akan bertambah rumit pada masa akan datang. Tambahan pula golongan remaja sekarang yang dipaparkan dengan pelbagai hiburan memberi kesan kepada mereka kurang berminat untuk membaca al-Quran apatah lagi untuk mendalami ilmu tajwid dalam al-Quran .0. Konsep Rangka Kerja.Dapatan1. Pencapaian PENGGUNAAN 2. Kaedah MenarikPOWERPOINT3. Maklumbalas MELALUI4. Sikap dan motivasi.PPBK

Rajah 1 : Konsep Rangka Kerja Kajian0. Tujuan Kajian.

Tujauan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan kemahiran pengajaran dan pembelajaran murid melalui penggunaan powerpoint dalam pengajaran dam pembelajaran yang diaplikasikan melalui perisian pelajaran tilawah al-quran berbanding dengan Kaedah Tradisional. Melalui kajian ini, murid akan mengikut kelas melalui perisian pendidikan dan menjawab soalan- soalan berkaitan isi kandungan erisian tersebut.

Sebenarnya tanpa kita sedari, dengan penggunaan Multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-quran , ianya merupakan satu lagi inovasi di dalam cara memperolehi sesuatu ilmu penegtahuan atau penyampaiannya. Berlandaskan konsep konstruktivisme di mana membina sndiri atau memperkembangkan lagi. Kemahiran kemahiran yang perlu dikuasai, kajian ini juga sebenarnya ingin memperlihatkan bagaimana penggunaan Multimedia memainkan peranannya, khususnya di dalam pengajran dan pembelajran jawi yang sememangnya mencabar.

Hasil dapatan kajian ini juga diharap dapat memberi maklumat yang mungkin amat berguna kepada golongan pendidik khusunya guru Pendidikan Islam dimana mereka merupakan medium antara pelajar dan pelajran tilawah al-quran, Pendidikan Islam. Diharapkan dengan merujuk dan membaca penyelidikan ini, ianya akan dapat membuka minda atau mendatangkan idea-idea baru yang seterusnya menyumbangkan kepada pembangunan di dalam pengajran dan pembelajaran Pendidikan Islam khusunya dalam pelajran tilawah al-quran.0. Objektif Kajian

a) Menilai sama ada penggunaan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkat pemahaman murid di dalam Hukum Mad Asli dalam Surah Ad-Dhuha.b) Kenal pasti hubungan antara minat dengan penguasaan hukum tajwid mempengaruhi bacaan al Quran.c) Mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan penguasaan pelajar terhadap hukum tajwid.

0. Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut : a) Apakah tahap penguasaan murid-murid dalam hukum Mad Asli.b) Adakah terdapat hubungan antara minat dengan penguasaan hukum tajwid.c) Adakah terdapat faktor yang mempengaruhi wujudnya perbezaan tahap penguasaan hukum tajwid dalam ayat-ayat al-Quran dalam kalangan murid- murid daripada aspek jantina, tempat belajar, tahap pembelajaran al-Quran, tempat tinggal dan lain-lain.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dijalankan memandangkan tahap penguasaan dan pemahaman pelajar Tahun 5 berkaitan hukum tajwid Mad Asli secara umumnya masih lemah. Kajian ini bertujuan untuk mengesan tahap sebenar permasalahan ini berlaku dan apakah cara terbaik untuk mengelakkannya daripada berpanjangan. Sekiranya kelemahan penguasaan dan pemahaman hukum tajwid dalam pembacaan al-Quran dikalangan murid-murid Islam (Hukum Mad Asli) tidak diambil berat oleh segenap lapisan masyarakat dikhuatiri pada masa akan datang tidak akan ada generasi kita yang boleh membaca al-Quran dengan baik dan lancar mengikut hukum tajwid yang betul dan fasih. Ia amat penting sekali di dalam kehidupan seorang muslim kerana ia mempengaruhi ibadah seseorang.

Kajian ini juga dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pihak-pihak tertentu terutamanya pelajar itu sendiri, ibu bapa, guru serta rakan-rakan yang memainkan peranan penting bagi menangani masalah ini. Penguasaan pelajar dalam hukum tajwid yang berfokus kepada Hukum Mad Asli melalui tinjauan awal yang dilakukan penyelidik adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu seperti pengajaran dan pembelajaran, pelajar, ibu bapa dan guru serta pengaruh lain. Tahap penguasaan dan pemahaman hukum tajwid diukur terbatas kepada kebolehan menyebut dan melafaz kalimah-kalimah al-Quran dengan makhraj yang betul dan membaca beberapa ayat Lazim atau surah-surah pendek mengikut hukum tajwid .

1.9 Batasan Kajian

1.7.1 Kajian ini dilakuan di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang Perlis. 1.7.2 Responden yang terlibat seramai 30 orang murid Tahun 5 , dengan menggunakan soal selidik, soalan ujian, ujian lisan, maklumat responden dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian Powerpoint dan latih tubi.

1.10 Kesimpulan

Al-Quran adalah kitab suci bagi orang islam. Kitab suci ini mesti dimuliakan dan dipelihara dengan baik. Al-Quran juga adalah kitab petunjuk kerana mengandungi peraturan hidup yang lengkap jika diamalkan kerana ianya bersangkutan dengan keimanan, ibadah, muamalah dan hukum. Al-Quran juga berperanan sebagai asas utama dalam pendidikan Islam. Pengajaran al-Quran perlu diperkenalkan dengan hukum tajwid yang betul supaya pelajar kita mahir menguasai hukum tajwid dan dapat membaca al-Quran dengan mengikut bacaan yang betul sebagaimana bacaan Al-Quran diturunkan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1PENGENALAN

Bab ini membincangkan mengenai literature dan kajian yang berkaitan dengan penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaraan. Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Bruce Joyce (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan.Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna (Jamalludin dan Zaidatun (2005), perkataan multimedia yang digunakan sejak 1996-an membawa pengertian yang berbeza dengan takrifan multimedia sekarang. Persembahan slaid yang diiringin kesan bunyi, persembahan yang menggabungkan audiovisual menerusi televisyen, peresembahan teater dengan sokongan elemen video, penggunaan transparensi dengan sokongan grafik berwarna warni dianggap sebgai satu persembahan multimedia. Ia selaras dengan definisi multimedia ketika itu, iaitu penggunaan pelbagai jenis media iaitu penggunaan lebih daripada satu media dalam satu persembahan walaupun media yang digunakan terpisah atau terasing antara satu sama lain.

Pada pertengahan tahun 1980-an,iaitu apabila teknologi komputer semakin maju dan mula mendominasi setiap aspek kehidupan manusia, multimedia mula dikaitkan dengan persembahan menerusi penggunaan komputer yang menggabungjalinkan lima media utama iaitu teks, grafik, video dan animasi. Ia melibatkan penggunaan kombinasi mana-mana dua atau lebih media yang dinyatakan. Kepelbagaian media di dalam sat persembahan multimedia bukan lagi terasing tetapi kine diintegrasikan bersama di dalam satu sistem menerusi teknologi komputer.

Definisi multimedia yang diberikan oleh Wikipedia pula ialah penggunaan komputer untuk persembahan teks, grafik, video, animasi dan bunyi dalm cara yang diintegrasikan. Ia selaras dengan definisi yang di berikan oleh Multimedia Development Corporation Sdn Bhd iaitu multimedia ialah kombinasi yangmelibatkan penggunaan teks, grafik, bunyi, animasi dan video. Di rumah , program multimedia boleh didapati di dalam komputer, televisyen dan peralatan hiburan. Ia menyalurkan berita, sukan, permainan elektronik dan wayang bergambar di rumah. Ia juga membolehkan kita membeli belah, berbual dan bermain melalui komputer dan internet tanpa keluar rumah. Di sekolah, multimedia memudahkan kita mencari maklumat dan mempelajari kemahiran baru dengan cara yang menarik dan di sudut rekreasipula, multimedia telah membelbagaikan permainan kanak-kanak. Perkembagan teknologi multimedia menjanjikan pontensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara mentafsir dan menggunakan maklumat dan sebagainya. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan dapat dicapai dengan lebih mudah dan pantas.

Pengajaran yang berasakan komputer terutamanya yang melibatkan teknologi multimedia mula mendapat perhatian di negara ini. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia menjadi menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an. Kesan penggunaan multimedia ke atas proses pembelajaran dijangkakan begitu mendalam sekali. Teknologi ini dijangkakan akan mengubah kaedah pendidik mengajar dan cara murid belajar pada masa hadapan. Proses pengajaran dan pembelajaran berasakan komputer akan menjadi lebih berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana pendidik boleh mempelbagaikan persembahan mereka. Mohd Zaliman et al. (2001) menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidik era baru. Menurut Ismail Zain, (2002), dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampaikan maklumat secara efektif, pantas dan banyak membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Manakala Halimahtun Saadiah dan Nor Azilah Ngah (2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah.

Dalam hal ini Irfan Naufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

Di samping itu pautan hiperteks dan hypermedia pula membolehkan pelajar menentukan sendiri arah tuju pembelajaran, kelajauan pembelajaran dan urutan pembelajaran. Tina & Lim Swee Kim (2004) pula mendapati penggunaan ICT dalam P&P membolehkan pelajar bersifat aktif dalam pencapaian maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluan menghubungkaitkan pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.

Konsep pembelajaran berasakan komputer memudahkan proses pembelajaran itu difahami. Sungguhpun konsep pembelajaran berasakan komputer tidar sukar untuk difahami , tetapi tugas membangunkan perisian kursus yang baik dan berkesan melibatkan beberpa aspek yang rumit. Pembangunan sesuatu perisian kurusus melibatkan aspek kemahiran menyusun bahan , teori pengajaran yang mendalam, pengetahuan tentang proses-proses minda dan hal yang berkaitan dengan komputer.

2.2. PPBK dan Pembelajaran Secara Aktif (Active Learning)

Alessi dan Trollip (1991),menyatakan bahawa we not only learn by observing but by doing. Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan dapat menetukan tahap pembelajaran mereka. Lebih banyak pelajar melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti pembelajaran, lebih berkesan sesuatu pengajaran tersebut. Perisian kursus PPBK mempunyai pontesi dalam menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara aktif. Ia berupaya untuk bertindak terhadap tindak balas yang diberikan oleh pelajar.

2.3. PPBK dan Motivasi

Motivasi sangat penting dalam pembelajaran. Beberapa teori motivasi dapat dipadankan dengan bahan kursus PPBK. Perisian PPBK yang mengandungi lima elemen multimedia iaitu teks, animasi, audio, grafik dan video meningkatkan motivasi murid untuk belajar jika dibandingkan dengan Kaedah Tradisional. Kaedah itu dapat digunakan dalam pembelajaran berbantukan komputer. Kaedah-kaedah tersebut dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar terhadap sesuatu pelajaran.

Malone (1981), menyatakan bahawa 4 elemen yang boleh member motivasi ialah cabaran (challenge), perasaan ingin tahu (curiosity), kawalan (control) dan fantasi. Keller (1988), pula mencadangkan 4 faktor yang menyumbang ke arah meningkatkan motivasi iaitu, mengekalkan tumpuan (maintenance of attention ), kesesuai bahan, keyakinan pelajar dan kepuasan pelajar. Oleh itu, dalam pembinaan perisian, faktor-faktor yang dicadangkan itu perlulah diambil perhatian supaya pelajar merasa lebih yakin dengan bahan dan aktiviti yang dijalankan. Dengan itu pelajar akan sentiasa bermotivasi untuk belajar melalui perisian kursus yang dibina.

2.4. PPBK dan Guru.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah dapat dikenal pasti sebagai bahan yang dapat mmebantu pelajar dan guru di dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman meraka dalam mata pelajaran yang diikuti. Kementeria Pendidikan sedang berusaha menyediakan bahan PPBK yang melibatkaan 4 mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar. Peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilatator di dalam kelas.

Menurut Zoriani Wati Abas (1993) guru-guru seharusnya peka dengan perkembagan teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat ke arah peningkatan diri dan profesionalisma. Institut perguruan memainkan peranan penting dalam memberikan latihan kepada guru-guru terlatih melalui kursus dalam perkhidmatan supaya guru-guru sentiasa dapat meningkatkan mutu pendidikan dalam era teknologi maklumat yang globalisasi.

Pengajaran berasakan komputer terutamanya yang melibatkan teknologi multimedia mula mendapat perhatian di negara ini. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia menjadi menarik kerana teknologi ini dapat memberi kesan yang berlainan dari kaedah biasa semasa proses persembahan. Kesan penggunaan multimedia ke atas proses pembelajaran dijangkakan begitu mendalam sekali. Teknologi ini dijangka akan mengubah kaedah pendidik mengajar dan cara murid belajar pada masa hadapan. Proses pengajarn dan pembelajaran berasakan komputer akan menjadi lebih berkesan dengan kewujudan multimedia kerana pendidik boleh mempelbagaikan persembahan mereka.

2.5. PPBK dan Murid

Menurut Zoraini Wati Abas (1994) penggunaan komputer akan menjadikan pelajar pelajar lebih kemahiran daya berfikir dan dapat menigkatkan pengetahuan mereka dalam menyediakan diri dalam corak kehidupan di abad dua puluh satu. Menurut Hee et al. (2001), PPBK akan menonjolkan situasi pembelajaran yang interaktif di antara pelajar dengan pembelajaran. Hee et al. (2001) juga menyatakan perisian kursus berkesan akan berupaya untuk membimbing dan membentuk menta serta pemikiran pelajar agar lebih kretif dan memahami konsep ilmu dengan berkesan.

2.6. PPBK dan Teori Kognitif

Melalui teori ini pelajar akan memperoleh maklumat secara aktif, menstruktur maklumat tersebut dan mengkaji pengetahuan yang diperolehi supaya menjadi sesuatu yang bermakna. Teori ini lebih menjurus kepada pengetahuan yang terkini dan yang lepas.

Menurut Good et. Al (1990) dalam teori kognitif, pemindahan pembelajran bergantung kepada pembeljaran aktif di mana pelajar akan memproses maklumat yang telah diperolehi secara aktif supaya ianya dapat dugunakan kemudian. Good et. Al menganggap proses pembelajaran adalah satu proses perolehan pengetahuan dan disusun semula melalui proses pemprosesan dan disimpan sebagai maklumat yang berguna.

2.7. PPBK dan Teori Konstruktivisme

Di dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya, pelajar akan belajar melalui pengalaman yang diperolehi secara sendiri. Menurut Jonassen (1991)

2.8. Teori Tingkahlaku

Dalam teori tingkahlaku, tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang diperolehi oleh peneguhan. Dalam teori ini tumpuan akan diberikan kepada prinsip rangsangan dan tindakbalas teradap bahan yang dikemukakan oleh perisian kursus kepada pelajar. Menurut Skinner (1954) teori tingkah laku adalah satu kelakuan yang boleh diperhatikan dan diukur. Melalui perisian kursus ini tumpuan pembelajaran berasaskan teori tingkahlaku, adalah kepada tindakbalas pelajar yang dipengaruhi oleh peneguhan melalui maklumbalas dari komputer.

Teori ini juga berpegang kepada prinsip bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Menurut pandangan Thorndike (2000) hubungan di antara rangsangan dan tindakbalas akan diperkukuhkan sekiranya tindakbalas yang positif diberikan ganjaran yang positif. Sebagai contah, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerak balas, ia akan mengulangkaji tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan.

2.9. Kajian kajian Lepas Yang Berkaitan

Menurut Bruce joyce dan Marsha Weil et. al, (2003), model tradisional bukanlah berasal dari bidang pendidikan. Sebaliknya ia banyak diaplikasi dalam pengajaran Cybernatics, iaitu satu cabang ilmu psikologi yang melibatkan kepada perhubungan di antara manusian dan jentera atau masin, iaitu bagaimana ilmu ini mengkonsepsikan pelajar yang bertindak sebagai pengatur sesuatu sistem. Rozimah Jamaluddin (2003) menegaskan bahawa istilah permainan, komputer asing digunakan secara bertukar ganti, namun setiap istilah ini mempunyai maksud yang tersendiri. Permainan merupakan aktiviti yang melibatkan pelajar mengikut satu peraturan yang disediakan. Permainan biasanya cuma untuk menghiburkan sahaja, kadangkala menyebabkan pelajar cuai untuk menumpukan perhatian kepada objektif yang sebenar. Penggunaan komputer pula ialah satu aktiviti untuk memudahkan sebahagian situasi atau proses kehidupan sebenar. Dalam penggunaan komputer, guru biasanya akan berinteraksi dengan pelajar atau eleman lain. Jika aktiviti komputer khususnya penggunaan powerpoint ini dirancang dengan baik, maka ia akan memberi kesan yang baik kepada pelajar untuk mengaplikasi sesuatu peristiwa dalam suasana pembelajaran sebenar dan akan mampu sampai ke tahap realism. Terdapat kajian-kajian tenteng keberkesanan proses pengajian samada di dalam negara atau luar negera. Namun begitu di negara kita, kajian berkaitan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah PowerPoint khusunya dalam Pendidikan tilawah amat kurang dijalankan, berbanding dengan kajian luar Negara.

Menurut Omar (2004) , dapatan kajiannya ke atas guru-guru Pendidikan Islam di daerah Seganat menunjukkan penggunaan bahan sumber memberi kesan positif ke atas proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah menengah.Guru-guru lebih gemar menggunakan bahan bantu mengajar yang mudah didapati dan dapat menyediakannya dengan segera seperti buku teks, buku rujukan, lembaran kerja, carta dan benda-benda sebenar daripada berbentuk permaianan seperti main peranan, demontrasi, dan penggunaan computer.Kajian Abu Bakar (1991) tentang pola-pola pengajaran dan pembelajaran serta pengaruhnya terhadap pembelajaran mendapati bahawa pengajaran masih berpusatkan guru, penglibatan proses kognitif yang rendah dan tidak mencabar murid untuk bersifat lebih aktif dan inquisitive. Pengajaran dan pembelajaran tidak produktif kerana pelajar tidak mengambil bahagian dengan aktif.Hasil daripada dua kajian di atas menunjukkan bahawa para pengkaji tempatan masih lagi mengkaji tentang proses pengajaran dan pembelajaran serta peranan guru dan penggunaan bahan bantu mengajar.Kajian-kajian terperinci yang menjurus kepada penggunaan kaedah tertentu dan kesannya kepada pelajar tidak banyak diketengahkan.

2.10. Kajian Dalam Negara

Kajian Rosli (2000) kepada 182 orang guru mata pelajaran Sains di sekoalh rendah daerah Kuantan melalui soal selidik mendapati, penggunaan computer kurang diaplikasi oleh dalam pengajaran dan pembelajaran.Faktor-faktor penyebab ialah masalah masa, peralatan, kos, pengalaman guru, saiz bilik darjah dan pihak pengurusan sekolah.Kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai kekangan dan masalah dari segi proses pelaksanaannya seperti guru kurang pengetahuan , peralatan yang tidak mencukupi dan terpaksa disediakan sendiri oleh guru , peruntukan masa yang terhad, saiz bilik darjah yang tidak sesuai, aktiviti yang melibatkan kos dan masalah daripada pihak pentadbir sekolah sendiri.

Kajian oleh Lim (2001) mendapati bahawa pengajaran lebih mudah difahami dan berkesan di samping dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan penyebaran maklumat kepada pelajar. Begitu juga kajian oleh Juliana (2003) menunjukkan , program latihan yang dirancang dan dilaksanakan melalui penggunaan komputer dalam amalan saei untuk mengetahui sejauh mana ia memberi kesan kepada bakal haji dalam mengerjakan ibadat haji.Pada keseluruhannya telah berjaya dan membantu meningkatkan tahap kecergasan bakal jemaah haji.Hyacinth Gaudart (1993 ) dalam Pendidikan Di Malaysia : Arah dan Cabaran menyebut terdapat dari kalangan guru-guru di Malaysia yang mempunyai masalah dari segi pedagogi dalam menjalankan kaedah simulasi di sekolah, iaitu guru mesti kreatif . Pihak pentadbir juga berasa bimbang jika guru tidak dapat mengawal kelas kerana akan mengganggu kelas yang lain.Di sini pengkaji berpendapat sekiranya elemen-elemen penting yang berkaitan dengan penggunaan komputer dirancang secara rapi dan bijak , masalah tersebut dapat diatasi.

Daripada kajian kajian yang telah disebut tadi, menunjukkan tiada sebarang latar belakang kajian mengenai penggunaan Powerpoint dalam penndidikan Islam pernah dilakukan .Pengkaji berhasrat untuk melihat kesediaan guru-guru Pendidikan Islam dalam proses pelaksanaanpengajaran mereka dengan menggunakan perisian Powerpoint.

2.11.Rumusan

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan Komputer (PPBK ) telah dapat dikenal pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas terutamanya untuk pelajaran tilawah Al-Quran dalam bidang tajwid.

Peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di dalam kelas.Pelajar pula belajar dalam cara yang berbeza-beza.Penggunann Powerpoint dipercayai mempunyai potensi paling besar yang menjurus ke arah pengajaran secara individu.Terdapat banyak perisian pada ketika ini di daalm pasaran ,Oleh itu guru-guru Pendidikan Islan perlu bijak memilih perisian yang sesuai untuk semua pelajar supaya ianya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran hukum Mad Asli dalam Surah Ad-Dhuha bagi pelajar tahun 5.Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada Penggunaan Powerpoint ini adalah satu kaedah yang inovatif dan sofistikated yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan pencapaian murid-murid di dalam memahami hukum tajwid. Perancangan teliti dapat membantu dan memudahkan data serta maklumat penyelidikan dikumpulkan, dianalisis dan dinilai. Dalam bab ini dihuraikan kaedah dan prosuder kajian digunakan. Mohd Majid Konting (1990:86) menyatakan bahawa kaedah penyelidikan adalah cara untuk mendapatkan maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikanKajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental. Sejumlah 30 orang murid dari satu kelas yang sama dibahagikan kepada dua kumpulan dan mempunyai jumlah yang sama iaitu 15 orang dalam satu kumpulan.Mereka telah dipilih secara rawak.Murid-murid ini dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimental.Kumpulan kawalan akan melalui proses pengajaran tajwid secara tradisional , manakala murid-murid dari kumpulan eksperimental akan mempelajari pelajaran tajwid melalui Penggunaan Powerpoint.

Penggunaan Powerpoint ini dipilih kerana pengkaji memikirkan kaedah ini adalah bersesuaian dengan kehendak pendidikan masa kini di mana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan melalui tutorial perisian pendidikan.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kaedah kajian yang telah dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah kaedah kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik. Kaedah ini dijangka dapat menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku yang menjadi fokus kajian (Mohd. Majid Konting, 1990). Dalam kajian ini, kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat dalam bentuk data bandingan (quantifiable information), iaitu satu set soalan yang sama dikemukakan kepada sampel kajian yang terlibat.Kajian dijalankan dengan menggunakan strategi kajian jenis deskriptif berbentuk soal selidik.Satu jenis kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik.Perbezaan tahap kesediaan responden diperolehi berdasarkan cara pengajaran guru.

3.2.1Pemantauan Kelas

Melalui kajian eksperimental , pengkaji pada mulanya akan memantau proses pengajaran dan pembelajaran hukum tajwid di dalam kelas tahun 5Arif.Proses pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan Perisian Powerpoint.

3.2.2Instrumen Kajian

Soal selidik digunakan dalam kajian ini. Soal selidik sering digunakan dalam penyelidikan yang berbentuk kuantitatif. Soal selidik merupakan bentuk instrument atau alat formal yang digunakan bagi memperolehi maklumat secara langsung reponden berhubung dengan sesuatu perkara yang dikaji oleh pengkaji.Soal selidik terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A adalah tertumpu kepada latar belakang responden yang merangkumi maklumat pembolehubah bebas seperti lokasi rumah, jantina, pengalaman mengajar hukum tajwid menggunakan komputer ,bahagian B adalah tertumpu kepada aspek pendedahan , bahagian C berkenaan dengan pengalaman dan bahagian D ialah tahap kesediaan .Soal selidik di bahagian A mengandungi 3 item , secara keseluruhannya bahagian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang latar belakang responden berhubung dengan pengalaman mengunakan computer , jantina dan lokasi rumah responden.Ketiga-tiga elemen ini penting bagi mendapatkan maklumat yang berbeza daripada pelbagai peringkat murid yang nanti akan memberi gambaran murid keseluruhannya. Biasanya murid yang berpengalaman sentiasa menjadi rujukan kepada murid baru kerana mereka lebih menguasai aspek praktikal.

3.2.2.1 Soal selidik 1 (instrument 1 )

Selepas pemantauan di dalam kelas dilakukan , satu set soalan kaji selidik diberkan kepada muird-murid tahun 5 Arif. Ia merupakan borang yang mengandungi soalan-soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden.Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Tujuan utama soalan kaji selidik ini dibekalkan kepada murid untuk memperolehi latar belakang murid dan proses pembelajaran mereka di dalam kelas.

3.2.2.2Pra Ujian ( Instrumen 2 )

Sebagai langkah ketiga kajian , semua murid yang berada di dalam kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimental diberikan satu set soalan pra ujian.

3.2.2.3Aktiviti dan Instrumen Kajian

Setelah melalui tiga langkah pemantauan , soal selidik, dan pra ujian, murid-murid tersebut melalui aktiviti kajian iaitu kumpulan kawalan akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran hukum Mad Asli secara kaedah tradisional manakala kumpulan eksperimental akan melalui pengajaran dan pembelajaran secara penggunaan Powerpoint.

3.2.2.4Ujian Pos ( Instrumen 3 )

Selepas melalui beberapa siri pengajaran dan pembelajaran mengikut kelas masing-masing , para responden sekali lagi melalui satu ujian iaitu uijan pos.Ujian ini dalah bertujuan untuk menilai pencapaian mereka setelah melalui Kaedah Tradisional dan Penggunaan Powerpoint.

3.2.2.5 Soal selidik 2 ( Instrumen 4 )

Soal selidik ini direkabentuk bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan keberkesanan Penggunaan Powerpoint .Set soalan ini akan diedarkan kepada sampel dari kumpulan eksperimental.

3.3Populasi dan Sampel

Subjek kajian yang dipilih secara rawak dari murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang dari kelas yang sama.Kebolehan murid-murid di dalam kedua-dua kumpulan ini adalah hampir sama kerana mereka telah diasingkan mengikut keputusan pepepriksaan Akhir Tahun 4.Mereka merupakan kumpulan yang sama kebolehan.Pengkaji memikirkan bahawa perlu bagi mendapatkan sampel yang mempunyai kebolehan yang sama agar tidak mengganggu keputusan kajian yang akan diperolehi kelak.Kajian ini mengambil masa selama sebulan iaitu 2 sesi.Satu sesi mengambil masa selama sejam. Diharapkan respondan dapat membaca al-Quran dengan mengikut hukum tajwid yang betul dari segi bacaan panjang mengikut hukum Mad Asli dimana respodan telah mendapat pengajaran hukum Mad Asli semasa darjah empat dan di Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA ). Selain daripada itu respondan juga tidak menghadapi peperiksaan penting seperti mana murid Tahun 6 yang menghadapi peperiksaan UPSR.

3.4 Prosedur Pengumpulan data.Proses pengumpulan data adalah diperolehi dari pemamtauan kelas, ujian pra, soal selidik dan uijan pos.Terdapat dua jenis soal selidik yang diajukan kepada murid.Set pertama akan diedarkan sehari sebelum aktiviti kajian sebenar dijalankan (Lampiran 1 ) Soal selidik yang

kedua yang berkisar kepada persoalan pengajaran dan pembelajaran hukum Mad Asli akan diedarkan kepada kumpulan eksperimental iaitu kumpulan yang melalui Penggunaan Powerpoint.( Lampiran 2 )

Instrumen kedua iaitu ujian pra perlu diduduki oleh semua murid iaitu kedua-dua kumpulan. Ujian Pra (lampiran 3) ini terdiri daripada 10 soalan.Ujian ini mengambil masa selama 30 minit.Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk mengisi tempat kosong dan menyusun perkataan.

Ketiga iaitu ujian pos akan diedarkan kepada semua murid dari kumpulan eksperimen selepas aktiviti kajian sebenar dijalankan.Sampel dari kedua-dua kumpulan perlu menjawab soalan .10 soalan akan disediakan berdasarkan isi kandungan Hukum Mad Asli.Ujian ini akan mengambil masa 30 minit.

3.5 Prosedur Analisis Data

Semua data yang diperlukan untuk kajian adalah diperolehi melalui pemerhatian, soal selidik, dan juga dua jenis ujian. Data-data yang diperolehi ini akan dianalisa melalui kaedah kaedah yang akan dinyatakan untuk dapatan kajian. Pengkaji perlu memastikan semua sampel dari kedua-dua kumpulan menjawab kesemua item yang terdapat di dalam soal selidik , ujian pra dan ujian pos.Prosedur menganalisis data adalah seperti berikut:

3.5.1Frekuensi dan peratus akan digunakan untuk menganalisis profil responden.3.5.2Min akan digunakan untuk menganalisis pencapaian responden.3.5.3Frekuensi dan peratus akan digunakan untuk menganalisis maklum balas murid terhadap Hukum Mad Asli.3.5.4Frekuensi dan peratus akan digunakan untuk menganalisis maklum balas murid terhadap Penggunaan Powerpoint.3.5.5Peratusan akan digunakan untuk menganalisis sejauh mana Penggunaan Powerpoint ini dapat mengatasi masalah sikap dan motivasi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bidang hukum tajwid.

3.6 Rumusan

Bab ini memberi penerangan mengenai metodologi kajian yang digunakan di mana meliputi rekabentuk kajian , populasi dan sampel , instrumen kajian , prosedur pengumpulan data dan seterusnya kaedah yang akan digunakan untuk menganalisis data.Adalah diharapkan agar , data yang diperolehi dapat membuka ruang kepada pengkaji untuk mendapat maklumbalas mengenai Penggunaan Powerpoint yang mana disifatkan oleh pengkaji sebagai salah satu alat untuk memperbaiki pencapaian murid di dalam bidang tajwid. Bab ini juga menerangkan beberapa prosedur yang digunakan oleh penyelidik seperti jangkamasa kajian untuk menyiapkan kajian dan analisa data yang digunakan.

Bab 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 pengenalan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji Penggunaan Perisian Power point dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan Komputer ( PPBK ) menggunakan kursus Pendidikan bertajuk Huruf Mad Asli Tahun 5. Kajian ini adalah bertujuan untuk megkaji sama ada Perisian Powerpoint PPBK ini adalah satu kaedah yang inovatif dan sofistikated yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan pencapaian murid-murid di dalam pembelajaran Tilawah Al-Quran melalui matapelajaran Pendidikan Islam bagi tahun 5.

Kajian ini menggunakan kaedah kuasai eksperimental.Sejumlah urid dari satu kelas yang sama dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai jumlah yang sama iaitu 15 orang bagi satu kumpulan.Murid-murid ini dipilih secara rawak. Murid-murid ini akan dikumpulkan di dalam dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimental. Kumpulan kawalan akan melalui proses pengajaran Al-Quran secara tradisional yang dikendalikan oleh guru matapelajaran Pendidikan Islam manakala murid-murid dari kumpulan eksperimental akan mempelajari pelajaran Al-Quran melalui Penggunaan Perisian Powerpoint.

4.2 Profil Reponden

Kajian ini telah diimplementasikan di Sekolah kebangsaan Tambun Tulang yang terletak berhampiran dengan perkampungan sawah padi.Responden adalah terdiri daripada 30 orang murid tahun 5 ynang berusia 11 tahun.Murid-murid ini kemudianya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 15 orang bagi setiap kumpulan. 15 murid dipilih sebagai kumpulan yang dieksperimenkan manakala selebihnya adalah kumpulan kawalan. Data yang diperolehi akan dipersembahkan dalam bentuk gambarajah.Rajah 2 : Kumpulan Eksperimen

Rajah menunjukkan bilangan responden dari kumpulan eksperimental mengikut jantina iaitu 6 orang murid lelaki atau 40 peratus dan 9 orang murid perempuan atau 60 peratus.

Rajah 3 : Kumpulan Kawalan

Rajah di atas menunjukkan peratus responden dari kumpulan kawalan mengikut jantina iaitu sama dengan kumpulan eksperimental 40 peratus responden lelaki dan 60 peratus responden perempuan.

4.3 Dapatan Kajian

Dapatan kajian hasil daripada kajian yang dijalankan adalah diperolehi dari beberapa instrusmen seperti 2 set soalan kaji selidik ujian pra dan ujian pos.

4.3.1 Soal selidik 1

Instrumen pertama ialah soal selidik 1 ( Lampiran 1 ) Soal selidik ini diedarkan bagi memperolehi maklumat berkaitan dengan latar belakang murid. Soal selidik ini terdiri nama murid, umur, jantina , bangsa, pekerjaan bapa , pekerjaan ibu dan alamat tempat tinggal.Satu maklumat penting yang dimasukkan di dalam soal selidik ini ialah pencapaian responden dalam pelajaran Al-Quran .Tujuan item ini dimasukkan di dalam soal selidik ini adalah untuk mengetahui maklum balas pertama melalui pencapaian responden dalam matapelajaran tersebut.Markah yang dikumpul akan dibandingkan dengan pencapaian selepas kajian dijalankan.

Selain dari latar belakang responden soalan yang terkandung di dalam soal selidik lebih cenderung kepada minat, kebolehan dan latar belakang profil mengenai pengetahuan mereka mengenai computer dan minat mereka berkaitan bidang Al-Quran.Soal selidik ini telah diedarkan pada responden pada 18 Februari 2014.

4.3.1.1 Soalan Responden Ya / TidakRajah 4 : dapatan daripada soalan 1 ( Respon YA / Tidak )

Rajah ini menunjukkan daripada soalan 1 , 66.7 peratus atau 20 orang responden menjawab ya manakala selebihnya iaitu 33.3 atau 10 orang responden memberi jawapan tidak4.3.1.2 Soalan 2 dapatan daripada soalan 2 ( Respon Ya / Tidak )Rajah 5 : Dapatan daripada Soalan 2 ( respon Ya / Tidak )

Rajah menunjukkan 0 peratus responden yang menjawab ya manakala 100% responden menjawab tidak

4.3.1.3 Soalan 3 Dapatan daripada soalan 3 ( respon Ya / Tidak )Rajah 6 : Dapatan daripada Soalan 3 ( respon Ya / Tidak ) Rajah menunjukkan 30% responden menjawab ya manakala selebihnya iaiti 70% atau 21 orang responden memberi jawapan tidak.

4.3.1.4 Soalan 4 dapatan daripada soalan 4 ( respon Ya / Tidak )Rajah 7 : Dapatan daripada soalan 4 ( Pilihan bidang dalam pelajaran Pendidikan Islam ) Rajah menunjukkan bilangan responden dan bidang matapelajaran pendidikan Islam yamg diminati. 12 responden mengemari bidang Ibadah, diikuti dengan 5 untuk bidang Aqidah , 6 untuk bidang Tilawah , 4 untuk Sirah dan 5 responden memilih bidang Jawi.

4.3.1.5 soalan 5 Dapatan daripada soalan 5 ( Respon Ya / Tidak )Rajah 8 : Dapatan daripada soalan 5 ( Respon Ya / Tidak ) Rajah menunjukkan 28 responden mempunyai buku nota bidang Tilawah manakala 6.7% atau 2 orang responden sahaja yang tidak mempunyai buku nota bidang Tilawah.

4.3.1.6 soalan 6 Dapatan daripada soalan 6 ( Respon Ya / Tidak )Rajah 9 Dapatan daripada soalan 6 ( Respon Ya / Tidak 0 Rajah menunjukkan 5 orang responden mempunyai buku nota lain selain buku teks sebagai rujukan manakala selebihnya iaitu sebanyak 83.3 % hanya ada buku teks sahaja sebagai rujukan.

4.3.2 Soal selidik 2

Instrumen kedua juga berbentuk soal selidik ( Lampiran 2 ) .Set soal selidik kedua ini terdiri daripada 6 soalan pilihan yang memerlukan responden menjawab dengan memilih respon A atau B mengikut kriteria yang ditetapkan.Soal selidik ini dikemukakan kepada kumpulan eksperimental di mana mereka dikehendaki menjawab soalan ini di dalam masa 15 minit.Tujuan soal selidik ini ialah untuk mendapat maklum balas mengenai penggunaan Perisian Power yang telah mereka pelajari.Data-data yang diperolehi hasil soal selidik tersebut adalah seperti berikut :4.3.2.1 Soalan 1Rajah 10 : Dapatan daripada Soalan 1 ( Respon A / B ) Rajah menunjukkan 100 peratus responden menjawab tidak manakala 0 peratus responden menjawab ya .

4.3.2.2 Soalan 2 Dapatan daripada soalan 2 ( Respon A / B )Rajah 11 : Dapatan daripada soalan 2 ( respon A / B )

Rajah menunjukkan 100 peratus responden menyatakan bahawa kaedah ini menarik manakala 0 % responden menyatakan bahawa kaedah ini membosankan.

4.3.2.3 Soalan 3- dapatan daripada soalan 3 ( Respon A/ B )Rajah 12 : Dapatan Daripada Soalan 3 ( Respon A/ B )

Rajah menunjukkan bahawa 100 peratus responden menyatakan ya .

4.3.2.4 Soalan 4- dapatan daripada soalan 4 ( Respon A/ B )Rajah 13 : Dapatan Daripada Soalan 4 ( Respon A/ B )

Rajah menunjukkan bahawa 100 peratus responden menyatakan ya iaitu mereka lebih mudah memahami pelajaran tilawah melalui kaedah ini.

4.3.2.5 Dapatan daripada soalan 5 (Respon A/ B )Rajah 14 : Dapatan daripada soalan 5 (Respon Ya /Tidak )

Rajah menunjukkan bahawa 100 peratus responden menyatakan ya manakala 0 peratus responden memberikan jawapan tidak.

4.3.2.6 Soalan 6 Dapatan daripada Soalan 6 ( Respon A / B )Rajah 15 : Dapatan Daripada Soalan 6 ( Respon Ya / Tidak ) Rajah menunjukkan bahawa 100 peratus responden menyatakan kaedah ini berguna di dalam bidang Tilawah.4.3.4 Ujian PraInstrumen ketiga yang digunakan ialah ujian pra ( rujuk lampiran 3 ) . Ujian ini telah diedarkan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Murid-murid tersebut telah diberi masa selama 30 minit untuk melengkapkan ujian tersebut. Ujian ini diperlukan untuk mendapat maklum balas mengenai tahap murid-murid iaitu pengetahuan sedia ada mereka di dalam matapelajaran Tilawah.

4.3.4.1 Keputusan Ujian Pra ( Kumpulan Eksperimental )Rajah 16 : Keputusan Ujian Pra ( Kumpulan Eksperimental) Rajah menunjukkan pencapaian responden pada ujian pra. Daripada data yang diperolehi tiada pelajaran yang mendapat 80 100 markah; 4 orang responden mendapat markah di antara 60 hingga 79; 8 responden mendapat markah di antara 40 hingga 59 ; 3 responden mendapat antara markah di antara 20 hingga 39 manakala tidak ada responden yang mendapat markah di antara 0 hingga 19.

4.3.4.2 Keputusan Ujian Pra ( Kawalan )Rajah 17 : Keputusan Ujian Pra ( Kumpulan Kawalan ) Rajah menunjukkan pencapaian responden pada ujian Pra.Daripada data yang diperolehi tiada pelajar yang mendapat 80 -100 markah ; 3 orang responden mendapatmarkah di antara 60 hingga 79 ; 8 orang responden telah mendapat markah di antara 40 hingga 59, 3 responden mendapat markah di antara 20 hingga 39 dan seorang mendapat markah di antara 0 hingga 19 .

4.3.5 Ujian Pos

Sebagai intrumen ke empat , semua responden iaitu kumpulan Kawalan dan kumpulan Eksperimen telah menduduki ujian Pos ( Lampiran 4 ).Ujian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah fonik yang menjadi bahan kajian.

Data-data yang diperolehi hasil daripada ujian tersebur dipersembahkan di dalam bentuk rajah.

4.3.5.1 Keputusan Ujian Pos ( Kumpulan Eksperimental )Rajah 18 : Keputusan Ujian Pos ( Kumpulan Eksperimenental)

Rajah menunjukkan pencapaian pada ujian pos. daripda data yang diperolehi didapati 10 atau 66.7 % mendapat markah 80 hingga 100 ; 3 orang responden mendapat markah di antara 60 hingga 79 , 2 orang responden mendapat markah di antara 40 hingga 59 ; tiada responden yang mendapat markah di antara 20 hingga 39 dan 0 hingga 19.

4.3.5.2 Keputusan ujian Pos ( Kumpulan Kawalan )Rajah 19 : Keputusan Ujian Pos ( Kumpulan Kawalan ) Rajah menunjukkan pencapaian responden pada ujian pos. Daripada data yang diperolehi didapati tiada responden yang mendapat markah 80 hingga 100 ; 5 atau 33.3% orang responden mendapat markah di antara 60 hingga 79 , 9 orang responden mendapat markah di antara 40 hingga 59 ; seorang responden yang mendapat markah di antara 20 hingga 39 dan tiada seorang responden mendapat markah di antara 0 hingga 19.

4.3.6 Perbandingan di antara hasil ujian kumpulan eksperimental sebelum dan selepas kajian.Rajah 20 : Perbandingan Peratusan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos( Kumpulan Eksperimental )

Rajah menunjukkan perbandingan peratus pencapaian responden dari kumpulan eksperimental melalui ujian pra dan ujian pos.Terdapat perbezaan pencapaian yang ketara di antara kedua-dua ujian tersebut.

4.4 Rumusan

Bab ini membincangkan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan.Dapatan kajian ini diperolehi hasil daripada beberapa instrumen seperti soal selidik, ujian pra dan ujian pos.Data-data yang diperolehi hasil daripada kajian dipersembahkan dalam bentuk graf.Daripada hasil kajian mendapati bahawa semua instrumen yang digunakan di dalam kajian adalah sesuai di dalam pencapaian objektif dan seterusnyamenjawab soalan soalan kajian.

Bab 5

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI

5.1. Pengenalan.

Sampel bagi kajian ini ialah terdiri daripada 30 orang murid Tahun 5 yang telah dipilih secara rawak di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang Arau, Perlis. Sampel-sampel ini adalah berumur 11 tahun.Beberapa instrumen digunakan bagi menjayakan kajian ini iaitu boring kaji selidik, dan set-set ujian .Bab ini mengandungi lima sub topic iaitu ringkasan kajian , perbincangan hasil kajian, kesimpulan dapatan kajian , implikasi dapatan kajian dan cadangan untuk masa di masa hadapan.

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sebuah kellas Tahun 5 yang dipilih iaitu di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang Arau , Perlis.Dengan menggunakanrekabentuk Kuasi- Eksperimental, pengkaji telah membahagikan sampel kajian kepada dua kumpulan iaitu 15 orang tergolong di dalam kumpulan eksperimental manakala selebihnya iaitu 15 orang lagi di dalam kumpulan kawalan.Sampel dari kumpulan eksperimental akan didedahkan kepada pengajaran menggunakan Perisian Powerpoint manakala sebaliknya kumpulan kawalan akan didedahkan dengan kaedah tradisional di dalampengajaran dan pembelajaran.Empat instrumen yang dikenalpasti sebagai alat untuk mengumpul data.Instrumen instrumen tersebut terdiri dari 2 set soal selidik , ujian pra dan ujian pos.Soal selidik 1 diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu eksperimental dan kawalan manakala soal selidik 2 hanya diberikan kepada kumpulan eksperimental sahaja.Ujian pra dan ujian pos diberikan kepada kedu-dua kumpulan.

Kajian ini dipecahkan kepada lima fasa.Fasa pertama dimulakan dengan pemerhatian terhadap pembelajaraan pelajaran Tilawah secara tradisional yang telah dikendalikan oleh guru matapelajaran tersebut.Sebagai fasa kedua, satu ujian pra telah diedarkan kepada sampel kajian dari kedua-dua kumpulan.Tujuan ujian pra ini diedarkan kepada kedua-dua kumpulan adalah untuk mengumpul maklumat latar belakang sampel dan untuk mendapat maklumbalas mengenai bagaimana mereka belajar pelajaran Tilawah.

Kajian penggunaan Perisian Powerpoint ini telah dijalankan di dalam tiga fasa.Semasa fasa-fasa ini , kumpulan eksperimental yang terdiri daripada 15 orang sampel telah didedahkan kepada pengajaran yang menggunakan perisian powerpoint yang telah dijalankan oleh pengkaji sendiri.Data-data yang diperolehi dicatat untuk dianalisis.Selepas menjalani tiga fasa kajian, satu set ujian yang dikenali sebagai ujian pos telah diedarkan kepada kedua-kedua kumpulan iaitu kumpulan eksperimental dan kumpulan kawalan.Ujian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas mengenai keberkesanan implementasi Perisian Poerpoint ini.

Kesemua responden mengambil bahagian di dalam menjawab soalan ujian tersebut.Data-daa=ta yang telah dikumpul direkodkan dan dipersembah di dala bentuk graf.Semasa menjalani kajian ini, lima set data telah diperolehi dan digunakan dalam penyediaan laporan kajian.

Prosedur I dalam menganalisis data adalah seperti berikut:5.2.1Frekuensi dan peratus akan digunakan untuk menganalisis profil responden.5.2.2Min akan digunakan untukmenganalisis pencapaian responden.5.2.3Frekuensi dan peratus akan digunakan untuk menganalisis maklumbalas murid terhadap penggunaan perisian powerpoint .5.2.4Peratusan akan digunakan untuk menganalisis sejauh mana perisisan Powerpoint ini dapat mengatasi masalah sikap dan motivasi mmurid terhadap pembelajaran kemahiran membaca.5.2.5Data juga dinalisis menggunakan SPSS.

5.3 Perbicangan Dapatan Kajian.

5.3.1 Soal selidik 1

Soalan-soalan yang terkandung di dalam soal selidik ini telah direkabentuk untuk mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang sampel kajian. Maklumat yang telah diperolehi untuk mendapat maklum balas bagaimana mereka belajar mata pelajaran Tilawah.Semasa kajian dijalankan tiga puluh orang responden dari dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimental dan kumpulan kawalan dikehendaki menjawab soalan-soalan dari kaji selidik ini.

Berdasarkan soalan pertama 83.3 peratus responden tidak mempunyai computer di rumah. Dapatan ini menunjukkan responden tidak mempunyai kemahiran dalam penggunaa computer atau menggunakan perisian-perisian pembelajaran.Kaedah ini menyulitkan mereka untuk pembelajaran berbantukan computer.16.7 Peratus responden mempunyai computer di rumah dan dapatan ini sangat sedikit berbanding dengan responden yang tidak mempunyai computer di rumah.

Soalan 2 dari soal selidik ini menyokong dari dapatan dari soalan 1 iaitu 100% responden tidak menggunakan komputer di sekolah untuk pembelajaran.Dapatan ini jelas menunjukkan responden-responden ini bukan saja tidak mempunyai komputer di rumah , malah tidak dapat menggunakan komputer kemudahan yang disediakan di sekolah untuk proses pembelajaran.Faktor ini menyumbang kepadakemerosotan di dalam bidang pembelajaran terutamanya pelajaran Tilawah Al-Quran.Kewujudan komputer di sekolah boleh memankinkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kerana elemen-elemen multimedia dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya dapat menarik minat murid untuk belajar.

Soalan 3 dari soal selidik 1 menunjukkan 20 daripada 30 orang responden tidak begitu berminat untuk belajar bidang Tilawah Al-Quran .Keadaan ini telah menyumbang kepada penurunan pencapaian mereka di dalam bidang tersebut.Kaedah Tradisional yang dipelajari oleh mereka tidak menarik dan seterusnya menyebabkan mereka tidak berminat untuk mempelajari bidang tersebut.

Dapatan dari soalan 4 menunjukkan mereka lebih cenderung kepada pelajaran seperti Ibadah 10 responden kerana berkemungkinan pelajaran ibadah adalah perkara yang sentiasa dilakukan dalam kehidupan seharian.dan mereka senang untuk memahaminya.Seramai 6 orang responden sahaja yang meminati bidang Tilawah dan selebihnya , 4 orang responden minat pada bidang sirah dan 5 responden meminati bidang jawi.Soalan 5 dari soal selidik ini menunjukkan hamper semua iaitu 28 responden mempunyai buku nota pelajaran Tilawah, manakal 2 responden sahaja yang tidak mempunyai buku nota mata pelajaran tersebut. Ini menunjukkan guru matapelajaran mereka meminta mereka mencatat nota dan latihan hanya dalam buku nota pelajaran Tilawah . Andaian yang boleh dibuat di sini ialah kaedah tradisional yang nereka pelajari bergantung kepada latihan yang terdapat di dalam buku teks sahaja.Ini membuatkan mata pelajaran tersebut tidak menarik minat murid.Dapatan yang diperolehi melalui soalan 6 mendapati 83.3 peratus responden hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. 16.7 peratus murid mempunyai buku rujukan lain selain buku teks. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai sumber isi kandungan yang terhad untuk mata pelajaran tersebut.Dapatan ini menunjukkan murid tidak gemar dan meminati untuk dipelajari.

5.3.2 Soal selidik 2

Soal selidik ini merupakn instrument kedua yang terdiri daripada 6 soalan yang memerlukan responden menjawab sama ada ya atau tidak dan menarik atau membosankan . Soal selidik ini dikemukan kepada kumpulan eksperimental sahaja dan diedarkan selepas selesai implimentasi Penggunaa Powerpoint yang telah diimplimentasi ke atas mereka.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi melalui soalan 1, 100 peratus responden tidak pernah didedahkan kepada Penggunaan Poerpoint yang telah mereka pelajari.Ini jelas menunjukkan punca mereka tidak dapat menguasai mata pelajaran ini dengan baik adalah disebabkan kaedah tradisional yang telah mereka pelajari tidak dapat membantu mereka memahami apa yang telah dipelajari.

Soalan 2 menunjukkan terdapat maklum balas yang positif terhadap kaedah yang digunakan kajian ini kerana semus responden iaitu 100 peratus responden menyatakan bahawa kaedah ini adalah satu kaedah yang menarik untuk dipeljari dan tidak membosankan mereka.Keseluruhan responden bersetuju bahawa isi kandungan mata pelajaranTilawah yang didapati melalui kaedah ini menarik minat mereka.Soalan 3 membuatkan responden membezakan di antara kaedah yang digunakan di dalam kajian dan juga kaedah yang digunakan oleh guru matapelajaran Tilawah mereka.Kesemua responden bersetuju bahawa mereka tidak pernah mempelajari kaedah ini sebelum ini.Ini bermakna mereka hanya memepe;ajari mata pelajaran tersebut melalui kaedah tradisional.

Keseluruhan responden memberikan respon yang positif melalui soalan 4 tersebut , iaitu 100 peratus responden menyatakan mereka lebih mudah memahami matapelajaran Tilawah melalui kaedah ini berbanding dengan kaedah tradisional yang digunakan sebelum ini.

Untuk menunjukkan kepuasan mereka terhadap kaedah ini, penyelidik mengajukan soalan 5 iaitu sama ada mereka dapat membaiki prestasi mereka di dalam pelajaran Tilawah melalui kaedah pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini. Respon yang diberikan olehresponden adalah positif kerana 100 peratus responden menyatakan keupayaan mereka untuk memperbaiki prestasi mereka di dalam pelajaran Tilawah jika mereka terus-menerus didedahkan dengan kaedah ini.Ini menunjukkan kesan yang positif ke atas keupayaan perisian khusus ini untuk memrangsangkan mereka dan meningkatkan motivasi mereka.

Dapatan dari soalan 6 menunjukkan keseluruhan responden berpendapat kaedah ini adalah berguna di dalam mata pelajaran Tilawah. Dapatan ini jelas menunjukkan kepuasan hati pelajar atas kajian inidengan menyatakan bahawa kaedah ini membantu proses pembelajaran mereka.Secara keseluruhannya keputusan analisa data ke atas aspek kepuasan penggunaan dari segi kaedah ini selaras dengan kajian yang lepas yang menunjukkan pengguna memberikan persepsi yang positif ke atas isi kandungan di dalam perisian.Kajian yang dijalankan oleh Mohd Zaini et.al (2001)ke atas 52 orang guru sekolah bestari di negeri Terengganu untuk mengkaji persepsi guru ke atas penggunaan perisian kursusmenunjukkan perisian kursus yang baik ialah bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian.

Pengajaran pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK ) adalah pengajaran terancanag berasaskan computer. Terdapat beberapa PPBK yang porpular, diantaranya ialah jenis tutorial, latih tubi, simulasi, permainan ,ujian dan penyelesiaan masalah.Pembelajaran dan pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK) membolehkan pelajarberinteraksi dengan computer pada keseluruhannyaataupun sebaghagian daripada pelajaran yang berkesan.Pelajar akan menggunakan bahan pengajaran terancang berasaskan computer yang dikenali sebagai perisian kursus ( Courseware )

Dengan kajian ini menunjukkan bahawa Kaedah PPBK ini menarik dan boleh diguna pakai bagi menguasai masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam pelajaran Tilawah.Dari dapatan kajian , selepas menganalisis data, terdapat beberapa kesimpulan yang boleh digariskan iaitu:( a )Penggunaan Powerpoint melalui pengajaran dan pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) di dalam pelajaran Tilawah dapat meningkatkan pencapaian murid.( b )Penggunaan Powerpoint melalui pengajaran dan pembelajaran Berbantukan Komputer menarik minat murid terhadap pelajaran Tilawah.

5.5 Implikasi Dapatan Kajian

Kajian ini adalah diharapkan dapat mengurangkan dan memperbaiki masalah pencapaian murid di dalam pelajaran Tilawah . Saya dapati pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran Al-Quran yang telah dijalankan, murid kurang berminat dan cepat bosan terhadap sesi pembelajaran yang dijalankan. Lazimnya murid hanya diminta untuk membaca ayat-ayat tertentu dengan bimbingan guru serta menggunakan kaedah konvensional seperti membaca dengan menggunakan Al-Quran semata-mata dan tiada kepelbagaian dalam pelaksanaan aktiviti. Namun, dengan menggunakan kaedah Perisian Powerpoint dalam memperkenalkan hukum tajwid asas Mad Asli ini, menunjukkan kepada perubahan yang cukup konsisten dalam diri peserta kajian.

Dapatan kajian ini sesungguhnya memberikan satu petunjuk yang ketara bahawa bidang Tilawah Al-Quran ini bukanlah sesuatu yang membosankan dan sekadar untuk menuruti sukatan pelajaran semata-mata. Melalui kaedah serta kepelbagaian aktiviti yang diaplikasikan akan membantu murid dalam mengubah persepsi negatif tersebut. Walaupun berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi, murid tidak mencapai 100% penguasaan, namun demikian, perubahan yang ditunjukkan dengan lonjakan sebanyak 80% daripada markah yang diperolehi dalam latihan pos menunjukkan kaedah ini membawa kesan positif yang ketara.

Berdasarkan kesan positif yang berlaku kepada murid-murid khususnya dalam memperbaiki mutu bacaan Al-Quran, saya berhasrat untuk memperkembangkan kajian ini pada peringkat yang lebih luas. Penggunaan Perisian powerpoint ini boleh diaplikasikan ke dalam hukum bacaan mad-mad yang lain seperti Mad Iwad dan MadArid Lissukun ataupun pada hukum-hukum tajwid lain seperti hukum Nun Mati dan Tanwin, hukum Mim mati dan Alif Lam. Saya ingin memastikan murid-murid berpeluang untuk mempelajari ilmu tajwid dengan pendekatan yang mudah bagi memupuk rasa cinta terhadap Al-Quran.

Selain itu, saya juga boleh menggunakan pendekatan penggunaan Perisian powerpoint ini dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam yang lain seperti Jawi, Ibadah dan Sirah. Antara tajuk-tajuk yang saya rasakan sesuai menggunakan perisian ini adalah kemahiran menyambung huruf jawi dan kedudukan imam dan makmum di dalam solat berjemaah. Hal ini adalah kerana saya yakin, penggunaan perisian powerpoint yang berwarna warni bukan sahaja dapat menarik minat murid malahan juga dapat membantu murid untuk mengingati apa yang telah dipelajari.

Saya ingin membantu murid-murid yang bermasalah untuk memahami konsep hukum tajwid ini dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan. Galakan dan motivasi dariapda guru adalah amat penting bagi memastikan murid-murid dapat memupuk rasa cinta kepada budaya mempelajari ilmu Al-Quran. Selain itu, saya juga berhasrat untuk menggabungkan elemen teknologi dan konvensional dalam meneruskan kaedah kajian saya ini

5.6 Cadangan Kajian Masa Hadapan.Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memberikan gambaran kepda guru mengenai Penggunaan PowerPoint di dalam pengajaran mata pelajaran al-quran untuk murid-murid tahun 5

Untuk kajian masa hadapan, implementasi Penggunaan Powerpoint ini adalah dicadangkan kepada sekolah kategori Bandar dan luar Bandar. Satu perbandingan kajian adalah dicadangkan untuk dijalankan bagi mengenalpasti jika terdapat perbandingan di antara kelemahan di dalam mata pelajaran ini di antara sekolah kategori Bandar dan luar Bandar.

5.7. Rumusan.

Setelah melakukan kajian terhadap murid-murid tahun 5. Oleh itu saya mencadangkan agar kajian ini diteruskan pada masa akan dating bagi mewujudkan cara yang ekbih efektik dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bagi meningkatkan kualiti pencapaian murid-murid sama ada di Bandar atau di luar Bandar,

RUJUKAN Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam Dan J-qaf: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep Dan Amalan Dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mohd Yusuf Ahmad. (2005). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohd Johari Ab. Hamid. (2006). Asas Seni Visual. Selangor: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan seni Untuk MAktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pon Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Shahril @ Charil bin Hj Marzuki. (2004) Amalan Pengajaran yang berkesan :kajian di Beberapa Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya. 29-40Abdul Halim El-Muhammadi. (1995 ) Pendidikan Islam Di Malaysia.Pendidikan Islam.7(2):155-164Jamalludin Harun et.al (2000) .Pengenalan Kepada Multimedia.Venton Publishing.Irfan Naufal Umar (2004), Kadar Penerimaan Internet di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Nibong Tebal, Tesis Sarjana , Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang.Mohd Zaliman (2001 ) , Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dari persepsi Pendidik, Universiti Perguruan Sultan Idris.Halimah (1999), Pengajaran Quran Berbantukan Komputer di dalam Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur.Khalid Johari ( 2003). Penyelidkan Dalam Pendidikan. Person Longman Sdn. Bhd.Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Haris ,(2000), Kesediian Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran MatematikBerbantukan Komputer (PPBK) di Sekolah Menengah, Ipoh: Maktab Perguruan Ipoh.

LAMPIRAN 1

INSTRUMENT 1SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN TULANG02600 ARAU,PERLIS.

Soal selidik ini diedarkan bagi memeperolehi maklumat berkaitan dengan latar belakang murid. Kerjasama anda diperlukan untuk menjawab semua soalan berikut. Sila penuhi maklumat yang berkaitan di dalam ruangan kosong atau bulatkan pilihan jawapan berkaitan.

Profile subjek:

Nama Murid

Tahun

Umur

Jantina

Bangsa

Pekerjaan Bapa

Pekerjaan Ibu

Pencapain didalampelajaran pendidikanislam(tilawah al-quran)

1.Adakah kamu mempunyai komputer di rumah?

Ya tidak

2,Adakah anda menggunakan komputer di sekolah?

Ya tidak

3.Adakah anda suka belajar bidang tilawah al-quran?

Ya tidak

4.Apakah bidang dalam pendidikan islam yang digemari.

5.Adakah kamu mempunyai buku nota untuk pelajaran tilawan al-quran?

Ya tidak

6.Adakah kamu mempunyai buku rujukan lain selain dari buku teks?

Ya tidak

LAMPIRAN 2

INSTRUMENT 2SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN TULANG02600 ARAU,PERLIS.

Set soalan ini diedarkan kepada murid-murid dari kumpulan eksperimental. Tujuan set soalan ini adalah untuk memperolehi maklumat dan maklumbalas mengenai penggunaan perisian powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-quran untuk murid tahun 5.Kerjasama anda diperlukan untuk menjawab semua soalan berikut. Sila penuhi maklumat yang berkaitan di dalam ruangan kosong atau bulatkan pilihan jawapan berkaitan.

1 Pernahkah kamu didedahkan kepada Penggunaan Perisian Powerpoint ini?A.Ya.BTidak.

2 Apakah pendapat kamu mengenai penggunaan powerpoint ini. A. Menarik.B. Membosankan

3 Adakah kaedah ini sama dengan yang digunakan oleh guru pendidikan islam kamu?A.Ya.BTidak.

4 Adakah kamu lebih mudah memahami pelajaran tilawah al-quran melalui kaedah ini.A.Ya.BTidak.

5. Dapatkah kamu membaiki prestasi kamu melalui kaedah ini?A.Ya.BTidak.

6. Adakah kaedah ini berguna dalam pembelajaran jawi.A.Ya.BTidak.

Lampiran 3

Ujian Pra Dan Ujian Pos

Keluarkan huruf Mad Asli yang terdapat di dalam Surah Ad- Dhuha

4