HBAE1403 MENGGAMBAR

13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE2103 CORAK DAN REKAAN Huraikan dua teknik atau kaedah Cetakan mudah yang sesuai bagi murid-murid tahapsatu. Huraian teknik tersebut hendaklah diperjelaskan secara terperinci proses penghasilannya dan disokong dengan bahan-bahan visual berserta contoh-contoh hasil cetakannya. Noor Asikin bt Maskam 740117016350001 740117-01-6350 Hp:017-9740179 [email protected] En Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah

description

hbae1403

Transcript of HBAE1403 MENGGAMBAR

Page 1: HBAE1403 MENGGAMBAR

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE2103

CORAK DAN REKAAN

Huraikan dua teknik atau kaedah Cetakan mudah yang sesuai bagi murid-murid

tahapsatu. Huraian teknik tersebut hendaklah diperjelaskan secara terperinci proses

penghasilannya dan disokong dengan bahan-bahan visual berserta contoh-contoh hasil

cetakannya.

Noor Asikin bt Maskam

740117016350001

740117-01-6350

Hp:017-9740179

[email protected]

En Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah

OUM Mentakab

SEMESTER SEPTEMBER 2015

Page 2: HBAE1403 MENGGAMBAR

KANDUNGAN:

Page 3: HBAE1403 MENGGAMBAR

Pengenalan:

Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran

seseorang murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan

menggunakan pelbagai media, alat dan teknik. Menggambar merupakan bidang pertama daripada

empat bidang yang diajar didalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia merupakan bidang yang

paling asas berbanding tiga lagi bidang dalam Pendidikan Seni Viaual.

Definisi menggambar ada pelbagai antaranya ialah: Sesuatu gambaran mental yang jelas dan

pemberitahuan imej mental seseorang, Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan

lebih jelas tentang sesuatu objek. Menggambar juga bermaksud atau menghasilkan gambar. Ia

merupakan satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang mengandungi komposisi artistik

yang dihasilkan melalui aplikasi warna diatas permukaan yang rata atau berbentuk 2D.

KEPENTINGAN MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak memang suka bila diberikan kertas dan pencil warna. Malahan kalau dirumah

pula mereka cenderong menconteng dinding-dinding rumah melukis dan melakar apa sahaja

mengikut naluri mereka. Sesungguhnya kepentingan menggambar kepada peringkat

perkembangan kanak-kanak sangat bermakna kepada ibu bapa bagi mengetahui perkembangan

tumbesaran mereka dalam memberikan rangsangan dan melahirkan kreativiti yang ada dalam

diri dari aspek-aspek berikut:

Page 4: HBAE1403 MENGGAMBAR

1)Aspek Kognitif:

Aspek Kognitif ini merujuk kepada intelek atau pemikiran individu (Spodek dan rakan-rakan

1987). Perkembangan kognitif ini memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan

memproses maklumat. Dengan kata lain, ia merupakan suatu proses perkembangan daya fikiran

atau membina pengetahuan kanak-kanak tersebut.

Pada tahun pertama disekolah rendah, kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti asas

menggambar iaitu dengan cara memerhatikan kesan-kesan garisan yang terdapat dipersekitaran

seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan kenderaan diatas

permukaan tanah atau pasir. Pemerhatian tertumpu kepada sifat dan jenis garisan seperti tebal,

nipis, pendek, panjang, lurus, bengkok, ketara, putus-putus dan sebagainya. Dengan cara ini,

kanak-kanak dapat menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di

persekitaran mereka. Dengan cara ini juga mereka dapat menghasilkan imej garisan dan rupa

secara tidak terancang dengan baik.

Brown (1980), mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis

atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan

memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di

sekeliling mereka. Jika kanak-kanak ini diberikan pendedahan kaedah dan teknik yang

sempurna, mereka akan berkeupayaan menggembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam

menggambar.

2)Aspek Emosi

Page 5: HBAE1403 MENGGAMBAR

Emosi merujuk kepada keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu

benda. Ia boleh muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang. Keadaan atau

situasi yang dialami ini merupakan rangsangan yang dapat ditanggap oleh orang berkenaan.

Hasilnya, ia akan menimbulkan gerak balas dan gerak balas ini pula akan menghasilkan

perubahan pada badan dan terhasillah pengalaman emosi dan penyataan emosi setiap individu.

Guru boleh melihat dan mengagak perasaan murid melalui tingkah laku yang dipamerkan

mereka. Murid yang menyertai aktiviti menggambar misalnya, boleh mewujudkan suasana

keriangan, bebas dari tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan

dengan kawan-kawan dan persekitaran mereka. Murid yang mempunyai keyakinan diri yang

tinggi biasanya tidak berasa segan, malu dan kekok dan tidak berasa bimbang dengan pandangan

orang lain terhadap diri mereka.

Perhubungan mesra murid-murid dengan kawan-kawan sebaya mereka boleh mewujudkan dan

melahirkan suasana yang harmonis dan ceria. Mereka merasakan guru dan rakan-rakan mereka

prihatin dan sayang serta menghargai bakat seni yang dimilikinya. Untuk itu, seni dalam

kegiataan menggambar ini sangat penting untuk kanak-kanak bebas meluahkan rasa hati dan

emosi dalam menghasilkan gambar tetapi perlu dipandu oleh guru mereka pendidikan seni visual

mereka.

3)Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual

memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi

tangan serta mata. Di dalam aktiviti menggambar ini, penggunaan pencil warna yang agak besar

sesuai untuk memudahkan mereka memegang pensel tersebut. Bentuk pensel segi tiga juga

membantu kanak-kanak untuk memegang dengan kemas. Kemahiran genggaman ini secara tidak

langsung meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut dalam pengawalan psikomotor

Page 6: HBAE1403 MENGGAMBAR

mereka. Seperti menulis, menggambar dapat melatih gerak tangan untuk menghasilkan tulisan

atau bentuk gambar yang lebih baik. Menurut Haliza Hamzah (2008), pada peringkat awal

kanak-kanak, otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan

sempurna. Dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti kolaj, perkembangan

fizikal kanak-kanak berupaya untuk berkembang secara optimun. Secara tidak langsung ia dapat

meningkatkan kemahiran fizikal mereka dalam menghasilkan karya seni dan memantapkan

kemahiran motor halus kanak-kanak.

4)Aspek Sosial

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual sudah pasti

memerlukan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan. Aktiviti yang sesuai untuk kerja secara

kumpulan ini ialah membuat kolaj, ia mampu memenuhi matlamat sosial kanak-kanak tersebut

dengan memberikan kerjasama di dalam kumpulan untuk menyiapkan kolaj tersebut. Mereka

akan saling berkomunikasi dan bekerjasama dalam melakukan aktiviti menggambar ini.

Seterusnya meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan

sebaya dan memupuk toleransi dan saling menghormati. Mereka rasa diterima sebagai satu

pasukan dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang diantara mereka. Melalui kegiatan

menggambarini, keperluan sosial kanak-kanak dapat dipenuhi dengan memberikan pujian dan

galakkan dari hasil seni dan karya yang mereka hasilkan. Hasil kerja seni visual ini berfungsi

sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak tersebut. Refleksi ini

menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga mereka

membesar.

Kegiatan menggambar ini dapat kita lihat pada lukisan yang dihasilkan oleh tiga orang kanak-

kanak yang berbeza. Saya namakan mereka Murid 1, Murid 2 dan Murid 3. Lukisan ini telah

saya minta ibu mereka sebagai rakan guru yang mempunyai anak 7 dan 8 tahun untuk

melukiskannya. Ini memandangkan saya mengajar di sekolah menengah yang muridnya telah

berumur 13 tahun ke atas. Ianya telah dilukis pada minggu pertama selepas cuti sekolah

Page 7: HBAE1403 MENGGAMBAR

pertengahan tahun. Ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan guru

dan anak mereka.

Isi:

Lukisan murid 1di atas dapat kita lihat ia menggunakan pensil warna sebagai medium untuk

menggambarkan lukisannya. Ianya sesuai dengan tahap kemahiran murid untuk memegang

pensel warna pastel yang mempunyai banyak saiz ada yang besar dan ada yang kecil, mudah

untuk murid memegang iaitu sesuai dengan tahap kelenturan tangan mereka untuk memegang

sesuatu. Ini sesuai untuk tahap umur mereka ditahun 1 sekolah rendah.

Bila dilihat pada lukisan murid 1 ini kita boleh nampak lukisan menggambar ini seperti berada

diawan-awangan. Murid belum mampu membuat garisan mendatar atau penengah untuk

memperlihatkan dimanakah dia dan keluarganya berada dan dimanakah kaki mereka berpijak.

Murid belum mampu menguasai keseluruhan ruang lukisan. Lukisan ini hanya tertumpu pada

bahagian tengah lukisan sahaja. Lukisan juga tidak mempunyai latar belakang dan objek-objek

lain disekiling mereka.

Murid 1 juga dilihat belum mampu menggunakan warna-warna terang semasa mewarnakan

pakaian keluarganaya. Murid 1 hanya menggunakan warna-warna yang lembut seperti kuning

cair, purple muda dan oren muda. Tidak banyak bermain dengan warna. Murid 1 juga dilihat

tidak dapat melukis kasut pada kaki keluarganya. Kesemua gambar keluarga murid 1 tidak

memakai kasut.

Begitu juga dengan lakaran orang. Murid 1 hanya melukis apa yang di lihat disekelilingnya

sahaja. Iaitu bapa, ibu,abang dan kakak. Lukisan ini mampu menggambarkan yang murid 1

gembira bersama dengan keluargan dan mengenali kesemua ahli keluarganya dengan menulis

Page 8: HBAE1403 MENGGAMBAR

pengenalan diri pada setiap gambar iaitu ummi, abah, abang dan kakak. Bermakna murid 1 tidak

berada di dalam gambar tersebut.

Kita lihat pula kepada lukisan kedua yang saya namakan murid 2. Murid 2 sudah boleh

mengimbangi gambar pada lukisannya. Objek manusia dilukis ditengah-tengah lukisan. Murid 2

dilihat berupaya membuat garisan belakang sebagai tanda pemandangan dibelakang mereka. Ini

dapat dilihat dengan lakaran gunung dan matahari dibelakang gunung tersebut. Ia

memperlihatkan bahawa murid 2 melukis berdasarkan pemandangan dan pengalaman lepas yang

pernah dilihat olehnya.

Murid 2 dilihat mampu mewarna dengan baik dan agak kemas. Murid 2 juga dilihat berupaya

mewarna tanpa terkeluar dari garisan objek dan tidak kelihatan warna yang terkeluar yang agak

ketara dan masih dikategorikan kemas dan bersih. Berani bermain dengan warna-warna terang

seperti merah, purple, hijau dan kuning. Murid 2 dilihat telah pandai menggunakan warna-warna

yang sesuai dengan objek yang dilukis seperti penggunaan warna hijau tua bagi menampakkan

hijau gunung, warna merah bagi matahari yang terang. Ini menggambarkan keceriaan dan

kegembiraan kepada murid 2 yang dialami dan dirasai dengan meluahkannya menggunakan

warna-warna terang tersebut

Bila dilihat kepada gambar murid 2 terdapat sekeping layang-layang di udara gambar tersebut.

Tetapi layang-layang tersebut tidak mempunyai tali. Mungkin murid 2 tidak melihat tali layang-

layang tersebut dan hanya melihat layang-layang sahaja. Ini jelas memperlihatkan yang murid 2

telah pandai berfikir dan menggunakan pemikirannya yang mana biasanya tempat lapang seperti

di tepi gunung mempunyai banyak angin dan merupakan tempat sesuai untuk bermain layang-

layang. Murid 2 sebenarnya telah memahami alam sekitarnya seperti gunung dan matahari serta

alam benda iaitu layang-layang dan rumah. Murid 2 dilihat gembira berada bersama keluarganya

yang mungkin pulang ke kampung ibu atau ayah beliau.

Page 9: HBAE1403 MENGGAMBAR

Murid 2 juga sudah pandai bermain dengan unsur-unsur ruang di dalam lukisannya. Ini dapat

dilihat bila mana murid 2 melukis objek dihadapan lebih besar dan akan kelihatan kecil apabila

berada semakin jauh. Namun begitu penggunaan warna belum boleh dikuasai oleh murid 2 yang

mana sepatutnya apabila objek itu semakin jauh, warna akan menjadi semakin kabur.

Seterusnya kita lihat pula kepada lukisan yang saya namakan murid 3. Melihat kepada lukisan

menggambar murid 3 ini telah jelas kelihatan tajuk yang saya inginkan iaitu ‘Keluarga Saya’.

Murid 3 dilihat memahami tajuk yang diberikan. Melukis sebuah rumah dan juga gambar

keluarga murid 3 dengan baik. Kertas A4 digunakan dengan sebaik yang mungkin dengan

mengimbangi keseluruhan lukisan.

Gambar keluarga murid 3 dilukis sebelah kanan untuk mengimbangi sebelah kiri lukisan yang

telah dilukis gambar pokok ditepi rumah. Pokok dilihat sebagai satu objek atau kiasan tempat

murid 3 berteduh dibawahnya. Di sini murid 3 dilihat mampu membuat imbangan tidak simetri

pada lukisan yang dihasilkan olehnya. Kesemua ahli keluarga murid 3 dilukis didalam lukisan ini

bermula dengan ayah ditepi sekali sebelah kanan, ibu, murid 3 dan adiknya. Ianya dilukis

mengikut urutan dengan baik sekali. Biarpun imbangan kiri dan kanan tidak sama namun kesan

imbangannya masih wujud. Murid 3 juga mampu melukis sebuah rumah yang mungkin diduduki

oleh beliau dan keluarganya disitu sebagai lambang sebuah keluarga.

Pada lukisan murid 3 ini juga jika dilihat terdapatnya matahari diatas sebelah kanan. Murid 3

ingin memberitahu kepada kita yang dia mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan gembira

secerah matahari tersebut. Penggunaan objek matahari dilihat oleh kanak-kanak sebagai cahaya

kegembiraan kepada mereka dan menggambarkan bahawa murid 3 telah memahami maksud

alam sekitar dan benda.Penggunaan warna yang menarik dan terang juga mampu

menggambarkan suasana gembira ini. Pelbagai warna yang terang telah digunakan iaitu merah,

hijau, kuning dan biru. Murid 3 mencampurkan penggunaan warna pensel dan warna magik bagi

Page 10: HBAE1403 MENGGAMBAR

memberikan kesan yang ketara pada garisan pakaian ayahnya juga objek rumah. Namun begitu,

murid 3 dilihat tidak berapa kemas dalam menguasai teknik mewarnai lukisan. Mungkin

penggunaan otot tangan murid 3 masih belum stabil untuk memegang pensel warna dalam

jangka masa yang agak lama.

Page 11: HBAE1403 MENGGAMBAR
Page 12: HBAE1403 MENGGAMBAR
Page 13: HBAE1403 MENGGAMBAR