HBEF2103

19

Click here to load reader

Transcript of HBEF2103

HENRY BIN LIJUNIN(810701125127001)

______________________________________________________________________________KOD KURSUS /COURSE CODE : HBEF2103TAJUK KURSUS /COURSE TITLE : PSIKOLOGI PENDIDIKANSEMESTER /SEMESTER : SMP PPG MAC 2012______________________________________________________________________________

NAMA TUTOR: JUNAIDI BIN RIMANE-MAIL : [email protected]

NAMA PELAJAR : HENRY BIN LIJUNINNO MATRIKS : 810701125127001E-MAIL : [email protected] NO: 019-8014671

ISI KANDUNGAN............................................................................................................................................................

Isi KandunganMuka Surat1.0ABSTRAK22.0 PENGENALAN23.0 Analisis Kajian34.0 Faktor Murid Lemah dan Cemerlang Dalam Akademik4 - 94.1 Faktor Diri Murid 44.2 Faktor Keluarga 4 4.4 Perbezaan Kelas Sosial 5 - 64.5 Faktor Masyarakat 74.6 Faktor Sekolah dan Rumah yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik7 - 84.7 Perbezaan Lokasi Bandar dan Luar Bandar8 - 95.0 Langkah-langkah Bernas yang Boleh Diambil Oleh Seseorang Guru Dalam 10 - Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang Melibatkan Murid-murid Dengan Pencapaian Akademik yang Berbeza.5.1 Gaya Pembelajaran Pelajaryang Perlu Diketahui Oleh Guru10 - 125.2 Perhubungan Antara Ciri-ciri Sekolah Berkesan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar12 - 135.3Guru Sebagai Main Power Dalam Pengajaran dan Pembelajaran13 - 156.0 KESIMPULAN157.0 RUJUKAN16

1.0 ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik 2 orang murid iaitu murid A seorang murid yang terbaik dikelasnya dan murid B seorang murid yang lemah.

Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama kebanyakan pelajar di sekolah . Ia merupakan alat pengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik. Persoalan utama yang ingin diselesaikan dalam kajian ini ialah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar supaya ia boleh membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik yang mampu berdaya saing di dalam masyarakat. Di antara aspek yang diambil kira adalah dari segi latar belakang pelajar, sikap terhadap pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi tahap penerimaan seseorang pelajar.

2.0 PENGENALAN

Menurut Research Center on Academic Success [CRIRES] (2005), pencapaian akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dengan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialiasasi.

3.0 Analisis Kajian

MURID AMURID B

UMUR9 TAHUNUMUR9 TAHUN

JANTINAPEREMPUANJANTINALELAKI

CITA-CITADOKTORCITA-CITAGURU

NAMA BAPASARUJI BIN KAMALNAMA BAPARAJIK BIN MOHD ALI

PEKERJAAN BAPAGURUPEKERJAAN BAPAPEMANDU LORI

NAMA IBUSITI HAJAR BINTI BACCONAMA IBUARLINA BINTI MOHD

PEKERJAAN IBUGURUPEKERJAAN IBUSURIRUMAH

PENCAPAIANPELAJAR CEMERLANG DIKELASNYAPENCAPAIANPELAJAR TERCOROT DI KELAS

MERUPAKAN PESERTA STORY TELLING SEKOLAHMEWAKILI RUMAH SUKAN DALAM LARIAN 100 M

PENGAWAS SEKOLAHMEMPUNYAI MASALAH DISIPLIN IAITU PONTENG

PEMBACA TERBANYAK UNTUK PROGRAM NILAMMASIH BELUM MENGUASAI BACAAN BAHASA MELAYU DAN JUGA BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK

FIZIKALKURUS DAN TINGGIFIZIKALKURUS DAN TINGGI

KECENDERUNGANCEMERLANG AKADEMIKKECENDERUNGANCEMERLANG SUKAN

MASALAH DISIPLINTIADAMASALAH DIDIPLINPONTENG BERKALA

4.0 FAKTOR MURID LEMAH DAN CEMERLANG DALAM AKADEMIK

4.1 Faktor Diri MuridMenurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka.

4.2 Faktor KeluargaMengikut Parsona ( 1964 ), bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka dengan baik di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan dalam keluarga akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

4.4 Perbezaan Kelas Sosial Mengikut Ting (1985), Kelas Sosial merujuk kepada golongan individu yang mempunyai status sosio-ekonomi yang sama, contohnya gaji, jenis rumah yang didiami, dan lokasi rumah. Ahli sosiologi selalu mengaitkan pencapaian akademik pelajar dengan latarbelakang budaya ibu bapa, tahap pendidikan dan profesion mereka. Rujuk Jadual 1.1 untuk mengkaji pengaruh kelas sosial terhadap pencapaian akademik pelajar.

Jadual 1.1: Pengaruh kelas sosial terhadap pencapaian akademik pelajarAspekKelas sosial atasanKelas sosial bawahan

1. Bahan PembelajaranBahan pembelajaran yang mencukupiKesan:Pelajar bersedia untuk belajarTidak ada bahan pembelajaran atau tidak mencukupiKesan:Pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran dan oleh kerana itu keupayaan belajar terjejas

2. Kelas tambahanPelajar mempunyai seorang tutorKesan:Kemahiran dan pengetahuan pelajar dapat ditingkatkan kerana menerima bimbingan secara individuTidak mampu membayar yuran kelas tambahanKesan:Pemerolehan pengetahuan bergantung sepenuhnya kepada sekolah dan diri sendiri

3. Pakaian seragam SekolahPakaian seragam sekolah pelajar kelihatan bersih, kemas dan baru Kesan:Harga Kendiri pelajar tinggi. Yakin semasa mengikuti pelajaran yang diajar

Pakaian seragam sekolah pelajar selalunya menjadi lusuh, compang-camping dan tidak terurus.Kesan:Harga kendiri pelajar rendah. Kurang yakin untuk mengikuti pelajaran yang diajar

4. Pendidikan Ibu BapaIbu bapa biasanya berpendidkan tinggi dan mementingkan pendidikan anakMenggalakkan anak mencapai akademik yang lebih tinggi. Mereka membimbing anak dalam kerjayanya. Kesan:Pelajar sedar tentang pentingnya pembelajaran dan perancangan awal kerjaya mereka

Ibu bapa biasanya berpendidikan rendah dan tidak memberi perhatian kepada pendidikan anak

Mereka kurang berpengetahuan lalu tidak boleh membimbing kerjaya anak.

Kesan:Pelajar kurang bermotivasi untuk pencapaian akademik yang cenerlang

4.5 Faktor MasyarakatMengikut Marimuthu (1990), sosialisasi merujuk kepada proses seorang individu belajar cara bagaimana hidup bermasyarakat supaya dapat disebatikan cara tersebut dengan personalitinya. Melalui proses ini, individu berkenaan memperoleh nilai, kepercayaan, norma, dan ciri-ciri serta tingkah laku sosial masyarakat dimana dia adalah seorang ahli masyarakat tersebut.

Bahasa pula adalah satu alat untuk ahli sesebuah masyarakat berkomunikasi. Berdasarkan kegunaannya, bahasa boleh diklasifikasi kepada dua kategori utama: bahasa kompleks dan bahasa biasa.

Bahasa kompleks berkait dengan kegunaan kata sifat, kata kerja, kata penghubung dan kata nama. Corak bahasa sejenis ini membolehkan seorang itu menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat. Manakala, bahasa biasa lebih menggunakan kata nama dan frasa biasa sehingga menjadi pertuturan yang stereotaip (Sharifah Alwiah, 1985).

Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

4.6 Faktor Sekolah dan Rumah yang Mempengaruhi Pencapaian AkademikPencapaian akademik seseorang pelajar tidak bergantung kepada IQ semata-mata.

Sebaliknya, faktor-faktor lain seperti perbezaan kelas sosial, sosialisasi, dan lokasi di bandar atau luar bandar juga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda. Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin ( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 ).Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid.

4.7 Perbezaan Lokasi (Bandar dan Luar Bandar) Jadual 1.2 : Perbezaan Lokasi (Bandar dan Luar Bandar)AspekBandarLuar Bandar

1. Bekalan air dan elektrikMempunyai bekalan air dan elektrik Kesan:Pelajar boleh memberi tumpuan kepada pelajaran. Mereka boleh belajar dalam keadaan yang selesa. Ada kalanya tidak mempunyai bekalan air dan elektrikKesan:Pelajar membazir masa mengangkut air daripada perigi dan sungai.

2. Pusat tuisyenTerdapat banyak pusat tuisyen Kesan:Boleh mengikuti kelas tuisyen untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuanSukar mendapat pusat tuisyen

Kesan:Pembelajaran hanya bergantung kepada input sekolah sahaja

3. PerpustakaanTerdapat perpustakaan awam.Kesan:Ini membolehkan pelajar membuat rujukan tambahan dan tempat belajar yang selesaTidak ada perpustakaan awam.Kesan:Hanya bergantung kepada bahan rujukan perpustakaan sekolah. Oleh kerana saiz sekolah kecil, maka bahan rujukan adalah terhad.

5.0 Langkah-langkah Bernas yang Boleh Diambil Oleh Seseorang Guru Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang Melibatkan Murid-murid Dengan Pencapaian Akademik yang Berbeza.

5.1 Gaya pembelajaran pelajaryang perlu diketahui oleh guru:Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keseluruhan aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus berusaha menghubungkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan bukan mengisi serta menyuap pelajar dengan ilmu. Justeru itu adalah penting guru-guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar. Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus diketahui serta difahami iaitu: a)Pelajar visual: (belajar dengan melihat)i. Huruf atau perkataanii. Benda, gambar atau gambar rajahiii. Demostrasi, tindakan atau lakonan

b)Pelajar audio: (belajar dengan mendengar atau bercakap)i. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lainii. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan

c)Pelajar kinestetik: (belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu):i. Menulis atau melukis sesuatuii. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek

Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Menurut Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar berasaskan kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Dunn & Dunn (1978) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas tetapi diklasifikasikan dan diringkaskan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu:1)Alam sekitar (cerah -kelab; bunyi seperti muzik sunyi; formal tidak formal; panas sejuk)2)Emosi( berstruktur tidak berstruktur; bermotivasi tinggi tidak bermotivasi)3)Sosiologi( Ingin belajar bersendirian dalam pasangan/kumpulan)4)Fizikal(auditori; visual; tekstual mobiliti tinggi kurang bermobiliti) dan Psikologi (impulsif reflektif; global -analitik).

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab sosial :- Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model. Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain di dalam kelas Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah, mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya tidak faham atau tidak tahu Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh. Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid contoh; murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik. Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran.

Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:- Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang dia ingin tahu mengenai jawapannya Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru. Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari adalah betul atau tidak. Sekiranya tidak yakin, murid boleh bertanya guru untuk kepastian. Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan. Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati. Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai tahap keberkesanan guru dan murid,

5.2 Perhubungan Antara Ciri-ciri Sekolah Berkesan Dengan Pencapaian Akademik PelajarJadual 1.3 menunjukkan kesan sekolah berkesan terhadap pencapaian akademik pelajar.Jadual 1.3: Ciri-ciri sekolah berkesan dan pencapaian akademik pelajarCiri-ciri Sekolah BerkesanPencapaian akademik pelajar

1. Pengurusan yang berkesan, dinamik, proaktif, dan mesra dengan klien;2. Peraturan sekolah yang jelas;3. Guru berterampilan dalam bidang masing-masing dan mesra dengan klien;4. Kemudahan dan infrastruktur fizikal yang mencukupi;5. Persekitaran sekolah yang ceria;6. Jangkaan yang tinggi terhadap pelajar dan guru;7. Kepimpinan yang kukuh; 8. Semua ahli mempunyai komitmen untuk mencapai kejayaan;9. Kerjasama rakan sejawat dan kerja berpasukan.1. Pelajar berasa selamat dan selesa belajar dalam iklim sekolah;2. Pelajar bermotivasi untuk mengikuti pelajaran;3. Tumpuan murid terhadap pengajaran menjadi lebih berfokus;4. Disiplin pelajar terkawal;5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam suasana yang menyeronokkan;6. Keperluan pelajar dapat dipenuhi;7. Persaingan yang sihat di kalangan pelajar dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik; 8. Hubungan yang mesra antara murid dan antara guru dengan murid menyebabkan persekitaran sosio-emosi yang boleh merangsang pembelajaran.

5.3Guru Sebagai Main Power Dalam Pengajaran dan PembelajaranPeranan guru di dalam menghadapi perbezaan individu dibincangkan daripada segi guru itu sendiri ketika berada di dalam sesebuah kelas yang sedang diajarnya. Guru harus menjadi penggerak utama dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

5.3.1Kaedah KumpulanGuru bolehlah membentuk kumpulan aktiviti pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan mereka agar lebih mudah menyediakan latihan atau bahan. Perekodan profil kemajuan dan carta pencapaian juga perlu dibuat termasuklah hasil pemerhatian guru tentang pencapaian pelajar masa ke masa.

5.3.2Program Pengayaan dan PemulihanMurid-murid juga perlu diberi latihan susulan yang berbeza iaitu soalan berbentuk pengayaan kepada murid-murid cerdas dan soalan-soalan berbentuk penulihan untuk murid-murid yang lambat.

5.3.3Pengajaran Menggunakan Bahan Multi-mediaGuru juga boleh menyediakan atau memilih bahan perisian e-learning di dalam komputer, bersesuaian dengan pelajar cerdas, sederhana dan lambat.

5.3.4Pembelajaran KoperatifDalam aktiviti pembelajaran ini, pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat. Pelajar cerdas akan berusaha membantu pelajar lambat bersungguh-sungguh, kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Semangat bekerjasama semakin tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain. Ada kalanya pengajaran oleh rakan sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh rakan pelajar yang lebih mahir.

5.3.5Peneguhan Positif dan NegatifSemasa pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru haruslah memberi peneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai dan baik, sebaliknya peneguhan negatif perlu diberikan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai.5.3.6Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan KeupayaanGuru hendaklah menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir dan berkembang. Sebagai contoh, murid-murid cerdas diberi tugasan teka-silang kata manakala murid-murid lamabat diberi tugasan mengisi huruf tertinggal dalam sesebuah perkataan.

5.3.7Mempelbagaikan Bentuk Penilaian Penilaian kertas dan pensil tidak akan dapat menggambarkan kecerdasan sebenar seseorang pelajar. Untuk menggalakkan kreativiti, guru boleh menilai pelajar semasa aktiviti pengajaran-pembelajaran, menilai hasil kerja pelajar, buku skrap, laporan aktiviti, laporan projek dan lain-lain.

5.3.8 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan PembelajaranSelain daripada aktiviti berpusatkan guru semata-mata, guru harus mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran seperti mengadakan kuiz, aktiviti perbincangan di dalam kumpulan, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan.

5.3.9Mempelbagaikan Bahan Bantu MengajarSelain daripada penggunaan bahan bantu mengajar yang seperti papan gulung dan abakus, guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar, seperti penyampaian maklumat melalui transparensi, melalui web atau pencarian internet, menyampaikan maklumat melalui tayangan video dan lain-lain. Ini adalah sesuai kerana dalam sesebuah bilik darjah, terdapat pelajar yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan ada yang kinestetik.

6.0 KESIMPULANSecara am, sekolah berkesan menawarkan peluang pembelajaran yang sama kepada pelajar tanpa mengira ras, status sosio-ekonomi atau jantina. Selain daripada itu, sekolah berkesan juga memastikan bahawa semua pelajar dapat belajar dalam keadaan yang kondusif.

Mortimore (Sharifah:2000) mentakrifkan sekolah berkesan sebagai sekolah yang menolong pelajar berkembang lebih daripada jangkaan berdasarkan latar belakang keluarganya. Beliau menambah bahawa sebuah sekolah adalah berkesan sekiranya ia dapat:a. mendorong pelajar untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dengan mengambil kira kebolehan sebenar dan latar belakangnya. b. memastikan setiap pelajar boleh memaksimumkan potensinya.c. meningkatkan pencapaian dan perkembangan pelajar dalam semua aspek.d. sentiasa menunjukkan peningkatan setiap tahun. Oleh itu, adalah amat penting untuk guru-guru terus memahami, menjiwai dan seterusnya mengamalkan segala ilmu keguruan yang mereka perolehi dari semasa ke semasa demi memberi harapan dan sinar berterusan kepada golongan generasi muda yang bakal menerajui kehidupan mereka dengan lebih baik pada masa hadapan.

(2,734 patah perkataan)

7.0 RUJUKANBurden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon. Chavez,C. (2003). Combating social inequalities through Education. [Online]. Available: http://wwww.collegetermpapers.com [2012, April 10].Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall.Gronlund, N.E. & Linn,R.L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: Macmillan Publishing Co.

Hopkins,C.D & Antes,R.L.(1990). Classroom Measurement and Evaluation. Itasca: Peacock Publishers,Inc.Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Education studies module 1/2. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.Kementerian Pelajaran Malaysia (1975), Kajian Keciciran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Marimuthu,T. (1990). Pengenalan kepada sosiologi pendidikan.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Mehrens, W.A & Lehmann,I.J.(1984). Measurement and Evaluation in Education and Psychology. Forth Worth:Holt, Rinehart and Winston,Inc.Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division.

15