Hbhe 3103

37
Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001 HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT JANUARI 2014 _________________________________________________________________ _________ NAMA : ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN NO.KAD PENGENALAN : 690107-11-5918 NO.MATRIK : 690107115918001 NO.TELEFON BIMBIT : 019-7737169 ALAMAT E-MEL : [email protected] 1

Transcript of Hbhe 3103

Page 1: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

HBHE 3103

GAYA HIDUP SIHAT

JANUARI 2014

__________________________________________________________________________

NAMA : ZAHRAH BINTI ABDUL RAHMAN

NO.KAD PENGENALAN : 690107-11-5918

NO.MATRIK : 690107115918001

NO.TELEFON BIMBIT : 019-7737169

ALAMAT E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : EN. AZMAN BIN MOHAMED NOR @ ZAHARI

PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN , PAHANG

1

Page 2: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT MENGIKUT BALLARD 4

2.1 Kesejahteraan Intelektual 4 2.2 Kesejahteraan Fizikal 5 2.3 Kesejahteraan Emosi 6 2.4 Kesejahteraan Spritual 7 2.5 Kesejahteraan Sosial 8 2.6 Kesejahteraan Persekitaran 10 3.0 AKIBAT KEPINCANGAN RODA KESEJAHTERAAN 11 4.0 CONTOH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 16 4.1 Mengamalkan Pemakanan Makanan Seimbang 16 4.2 Melakukan aktiviti senaman 17 4.3 Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran 18 4.4 Berinteraksi dan Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kemasyarakatan 19

5.0 CADANGAN TAMBAHAN DUA RODA KESEJAHTERAAN 21

5.1 Kesejahteraan Kerjaya 21 5.2 Kesejahteraan Ekonomi 22 6.0 PENUTUP 24 BIBLIOGRAFI 26

2

Page 3: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

1.0 PENGENALAN

Definisi gaya hidup sihat ialah satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hiup yang

memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjgaan pemakanan yang seimbang,

bersenam, mengawal tekanan atau stress, dan yang paling penting adalah menghindarkan diri

daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko. Gaya hidup sihat juga ditakrifkan sebagai

satu amalan kehidupan yang akan membawa impak positif kepada diri sendiri,keluarga dan

masyarakat. Menurut kajian Lyons dan Langille (2011), konsep gaya hidup sihat dikategorikan

sebagai satu “kehidupan yang seimbang” dimana seseorang membuat satu pilihan dengan

bijak. Walaubagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor. Lyons dan Langille

juga menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan

masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan kualiti

kehidupan.

Secara umum, Kesejahteraan bermaksud seseuatu keadaan yang menjadi lebih baik Bila dirujuk

kepada negara, kesejahteraan memberi makna di mana keadaan sesebuah Negara dan rakyatnya

hidup dalam keadaan makmur, sihat dan aman damai. Definisi Kesejahteraan menurut Kamus

Dewan Edisi Ketiga ( 1998 m.s. :1208 ) ialah keselamatan, kesenangan ( hidup ) kesentosaan

dan ketenteraman. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafsirkan kesejahteraan sebagai “a

state of complete physical, mental, and social well-being, and not merely the absence of disease

or infirmity” Secara mudahnya ia adalah satu situasi yang menunjukkan impak kesejahteraan

bukan sahaja bermaksud ketiadaan penyakit atau wujud sebarang unsur kelemahan tetapi

melibatkan keadaan fizikal, mental dan sosial yang sejahtera. Menurut Myers, Sweeney and

Wittmer, 2005, p. 252 ). kesejahteraan merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan

dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental, dan spiritual yang

diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat.

Bila dirumus, gaya hidup sihat bermakna satu amalan kesihatan yang diamalkan oleh individu

samada dari aspek pemakanan, amalan bersenam,menangani stres dan berfikiran positif dalam

menjalani kehidupan. Manakala kesejahteraan pula adalah matlamat yang ingin dicapai oleh

individu dan juga Negara yang merangkumi aspek fizikal,sosial,emosi dan mental bagi

menjamin kehidupan yang gemilang dalam semua bidang.

3

Page 4: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

QGK 30132.0 KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT MENGIKUT BALLARD

Wellness Wheel (Roda Kesejahteraan) yang diperkenalkan dalam artikel oleh Ballard (2012)

memberi satu gambaran visual tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan gaya

hidup yang seimbang. Roda kesejahteraan Ballard (2012) mengandungi enam dimensi

kesejahteraan iaitu Intelektual, Fizikal, Emosi, Spritual, Sosial dan Persekitaran.

Rajah 1: Roda kesejahteraan Ballard

Untuk mencapai dan mengekalkan harmoni serta keseimbangan dalam hidup, kita harus memberi

perhatian kepada kesemua enam dimensi kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Ballard

tersebut. Pengabaian atau penekanan yang terlampau pada mana-mana dimensi kesejahteraan

tersebut akan menyebabkan roda kesejahteraan kehidupan seseorang itu menjadi tidak

seimbang.Berikut adalah huraian Dimensi Kesejahteraan Hidup yang diperkenalkan oleh

Ballard.

2.1 Kesejahteraan Intelektual

Kesejahteraan intelektual boleh didefinisikan sebagai situasi di mana individu melibatkan diri

dalam aktiviti kreatif seta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu

pengetahuan, perkembangan aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis. Kesejahteraan

intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul, memproses dan bertindak balas

terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenal pasti nilai dan kepercayaan serta kemampuan

4

Page 5: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

membuat keputusan . Kesejahteraan intelektual adalah sangat bergantung kepada sistem otak

manusia.

Gambar 1: Otak manusia

Kesejahteraan intelek adalah berkait rapat dengan keupayaan seseorang untuk belajar dan

menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara

optimum. Seseorang dengan kecergasan intelek umumnya dicirikan sebagai berpengetahuan,

berbanding dengan jahil bagi individu yang tidak memiliki kesejahteraan intelek. Individu yang

mempunyai tahap kesihatan intelek yang baik kebiasaannya bebas dari penyakit yang menyerang

otak dan sistem lain yang berkaitan dengan pembelajaran. Ini menyebabkan seseorang dengan

kesihatan intelek yang baik akan meperolehi kecergasan intelek yang membolehkannya

mencapai kesejahteraan intelektual dan kejayaan dalam hidup. Individu yang mempunyai

kesejahteraan intektual juga akan berupaya membuat keputusan yang terbaik untuk diri,keluarga

dan masyarakatnya.

2.2 Kesejahteraan Fizikal

Kesejahteraan Fizikal didefinisikan sebagai proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan

tahap aktiviti fizikal secara optimum yang memfokuskan kepada pemakanan, penjagaan diri dan

gaya hidup sihat. Kesejahteraan fizikal dapat diperolehi melalui amalan pemakanan seimbang

dan juga amalan penjagaan kesihatan diri yang menyeluruh. Amalan pemakanan seimbang dan

penjagaan kesihatan diri yang optima akan dapat mengelakkan sesorang daripada mendapat

penyakit yang berbaitan dengan nutrisi seperti obesiti,kencing manis, darah tinggi,sakit jantung

dan sebagainya lagi.

5

Page 6: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

Gambar 2 : Piramid makanan

Apabila kesejahteraan fizikal diperolehi, keupayaan seseorang untuk berfungsi dengan berkesan

dalam pasaran kerja adalah tinggi dan berkualiti. Seseorang itu juga akan dapat menggunakan

masa lapang dengan berkesan seperti bersenam,beriadah dan melibatkan diri dengan aktiviti

kemasyarakatan. Individu dengan kesejahteraan fizikal secara amnya dicirikan sebagai cergas

berbanding dengan individu yang tidak memperolehi kesejahteraan fizikal iaitu tidak cergas.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) juga turut menyelitkan kesejahteraan fizikal

sebagai salah satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen

daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan. Individu yang memiliki kesejahteraan

fizikal lazimnya bebas daripada penyakit yang menjejaskan sistem fisiologi badan seperti

jantung,sistem saraf dan lain-lain lagi.

2.3 Kesejahteraan Emosi

.Kesejahteraan emosi ditakrifkan sebagai sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan

kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap

penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan. Melalui kesejahteraan emosi

seseorang akan berupaya untuk menangani kehidupan seharian yang berliku. Individu berkenaan

6

Page 7: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

juga akan dapat mengurus perasaan peribadi secara positif, optimis dan konstruktif. Individu

yang mempunyai kesejahteraan emosi hidup dengan penuh kegembiraan dan ceria.

Gambar 3 : Kegembiraan dan keceriaan hidup hasil kesejahteraan emosi

Sebaliknya, insan yang gagal memiliki kesejahteraan emosi akan sentiasa berasa tertekan atau

stress. Sebaliknya seseorang yang mempunyai kesejahteraan emosi mempunyai kestabilan emosi

dan bebas daripada penyakit emosi dan mental seperti kemurungan,mental dan sebagainya lagi.

Kesejahteraan emosi menjadi jambatan kepada individu untuk mencapai impian dan cita-cita

dalam kehidupannya.

2.4 Dimensi Kesejahteraan Rohani / Spritual

Kesejahteraan rohani atau spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi

pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan dan komuniti

spiritual. Di samping itu, kesejahteraan spiritual pula direalisasikan melalui agama, kepercayaan

dan amalan ritual. Kesejahteraan ini melibatkan kepercayaan bahawa ada suatu kuasa yang

agung yang menjadikan manusia dan alam sekeliling. Komitmen kesejahteraan spiritual individu

dapat direalisasikan melalui amalan ritual.

7

Page 8: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

Gambar 4: Individu yang memiliki kesejahteraan rohani patuh pada ajaran agama yang dianuti.

Kesejahteraan rohani dapat diukur melalui keupayaan seseorang mewujudkan satu sistem nilai

dalam kehidupannya. Sesorang akan bertindak mengikut sistem kepercayaannya serta membina

dan melaksanakan matlamat hidup yang dipegang secara bermakna dan konstruktif. Kesejahteraa

rohani akan membentuk individu menjadi penganut yang taat kepada ajaran agamanya.

Selain itu individu yang memiliki kesejahteraan rohani mempunyai kualiti diri baik, yang

sentiasa berfikiran positif dan sentiasa menyumbang kepada masyarakat dan komuniti

setempatnya. Seseorang yang mempunyai kesejahteraan rohani umumnya dicirikan sebagai

individu yang sentiasa berpuas hati dan bersyukur . Sebaliknya, individu yang gagal

memperolehi kesejahteraan rohani adalah seseorang yang sentiasa tidak berpuashati dan sentiasa

berkeluh-kesah.

2.5 Kesejahteraan Sosial

Kesejahteraan sosial merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti dan

persekitaran. W.A Findlander mendefinisikan “kesejahteraan sosial adalah sistem yang

terorganisasi dari usaha-usaha dan lembaga-lembaga soiial yang ditujukan untuk membantu

individu, mahupun kelompok dalam mencapai standard hidup dan kesihatan yang memuaskan

8

Page 9: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

serta untuk mencapai relasi perseorangan dan sosial yang dapat memungkinkan mereka

mengembangkan kemampuan-kemampuannya secara penuh untuk mempertinggi kesejahteraan

mereka selaras dengan kebutuhan-kebutuhan keluarga dan masyarakat”.

Kesejahteraan sosial diukur melalui berupayaan seseorang untuk berjaya berinteraksi dengan

individu lain. Individu berkenaan biasanya mampu mewujudkan perhubungan yang bermakna

dan sentiasa berinteraksi secara baik dengan orang lain bagi meningkatkan kualiti hidupnya.

Seseorang dengan kesejahteraan sosial biasanya dicirikan sebagai individu yang mudah

bekerjasama, bergaul mesra, berkarisma dan bebas daripada penyakit sosial. Berbanding gemar

bersendirian, enggan bergaul dengan ahli komuniti ,mengasingkan diri serta mudah terlibat

dengan gejala sosial bagi individu yang tidak wujud kesejahteraan sosial dalam

dirinya.Kesejahteraan sosial yang optimum menjadikan individu itu dapat memainkan pelbagai

peranan sebagai seorang ahli masyarakat yang baik.

Gambar 5 : Individu melibatkan diri dengan komuniti setempat mempunyai kesejahteraan sosial.

9

Page 10: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

2.6 Kesejahteraan Persekitaran

Kesejahteraan persekitaran di definisikan sebagai keseimbangan antara kehidupan individu dan

perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Kesejahteraan

persekitaran juga sinonim dikaitkan dengan kesedaran tentang kestabilan dan pemusnahan dunia

atau alam sekitar kesan daripada kegiatan manusia. Kesejahteraan ini akan menggerakkan

manusia untuk menyediakan persekitaran yang sihat serta menghargai sumber alam sekeliling

(Prentice,1999).

Gambar 6 : Bumi perlu dijaga untuk manusia mengekalkan kesejahteraan persekitaran

Kesejahteraan persekitaran meliputi persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran tempat

kerja yang bersih, selesa, aman, kondusif dan tidak ada unsur-unsur pencemaran.Kesejahteraan

persekitaran akan dapat meningkatkan kualiti kesihatan manusia. Sementara pencemaran

persekitaran akan mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Pengaruh persekitaran seperti

kejiranan atau lokasi tempat tinggal (seperti isu-su keselamatan dan terdedah kepada toksik yang

tidak selamat) turut mempengaruhi tahap kesejahteraan persekitaran kita.

10

Page 11: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

3.0 AKIBAT KEPINCANGAN RODA KESEJAHTERAAN

Roda Kesejahteraan Ballard (2012) yang mengandungi enam dimensi tersebut sesungguhnya

amat berguna untuk dijadikan panduan dalam mencapai kesejahteraan hidup. Pembahagian yang

sama rata terhadap keenam-enam dimensi menunjukkan semua dimensi itu perlu diimbangi

dengan baik tanpa rasa prejudis. Sekiranya penumpuan kita dalam menghayati setiap dimensi

yang disarankan itu tidak sama banyak , maka roda kesejahteraan itu akan menjadi tidak

seimbang dan sukarlah bagi seseorang itu mencapai kesejahteraan hidup.

Bagi merealisasikan kesejahteraan intelektual, adalah menjadi tugas ibu bapa pada peringkat

awalnya untuk membantu anak-anak mereka melatih sistem otak untuk menjadi pemikir yang

kreatif dan kritis dengan amalan pemakanan seimbang semenjak bayi di dalam kandungan lagi.

Tanpa kesejahteraan intelektual individu, keluarga, masyarakat dan negara akan menghadapi

pelbagai masalah. Individu yang tidak mencapai kesejahteraan intelektual tidak akan mampu

berfikir secara positif dan lazimnya gagal membuat keputusan terbaik untuk menguruskan diri

sendiri dalam menjalani kehidupan seharian.

Mereka akan mudah terlibat dengan gejala sosial seperti vandalisme,mat

rempit,mencuri,penyalahgunaan dadah dan sebagainya lagi. Hal ini akan memberi masalah besar

kepada keluarga,masyarakat dan negara khasnya. Perkara ini telah terbukti dengan kewujudan

sekolah-sekolah juvana,penubuhan Pusat Pemulihan Dadah (SERENTI) yang makin bertambah

penghuninya diseluruh negara dan juga peningkatan bilangan pesalah dipenjarakan. Semua

permasalahan ini menjadi kerugian kepada negara dalam aspek ekonomi kerana perlu

mengeluarkan bajet yang banyak untuk menyediakan tempat dan perbelanjaan pengurusan.

Selain itu, negara juga gagal menggunakan khidmat tenaga dan kepakaran mereka untuk

kemajuan dan pembangunan negara. Dalam aspek ini individu-individu berkenaan gagal

mencapai kesejahteraan intelektual.

11

Page 12: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

Gambar 7 : Salah satu Pusat SERENTI yang wujud di negara kita

Melalui kesejahteraan fizikal, kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan penjagaan

kesihatan diri yang optima. Sekiranya pemakanan seimbang diabaikan dengan pengambilan

makanan yang tidak berkhasiat seperi makanan ringan dan makanan segera, seseorang akan

mudah mengalami obesiti. Mereka yang menghidap obesiti akan berisiko mendapat penyakit

berbahaya seperti kencing manis,darah tinggi,barah,penyakit pundi hempedu,penyakit hati dan

reumatik yang olehmengancam nyawa mereka( rujuk keratin akhbar Utusan Malaysia, 28 Mei

2004).

Sebaliknya mereka yang menghidap Malnutrisi iaitu kekurangan,kelebihan atau ketidak

seimbangan satu atau lebih nutrient yang sangat diperlukan ( Saunders et.al,2010) pula akan

mempengaruhi proses-proses tubuh badan hingga menyebabkan kerosakan tubuh badan hingga

membawa maut. Aktiviti senaman pula banyak menyumbang kepada kesihatan diri dan mental.

Individu yang tidak mengamalkan senaman mudah menghidap obesiti dan penyakit

kardiovaskular. Tanpa melakukan senaman berkala, otak tidak akan menjadi cerdas dan badan

menjadi tidak cergas.Semua gejala ini akan memerlukan seseorang mendapatkan rawatan di

hospital kerajaan ataupun swasta. Ini akan merencatkan kedudukan kewangan individu mahupun

12

Page 13: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

pihak kerajaan yang terpaksa meningkatkan kos untuk merawat pesakit yang makin bertambah.

Kesemua gejala ini akan menyebabkan roda kesejahteraan hidup menjadi pincang.

Kesejahteraan emosi akan membolehkan komuniti dan negara hidup aman damai hasil daripada

rasa gembira dan kebahagiaan rakyatnya. Apabila keperluan emosi tidak dipenuhi, akan wujud

individu yang sentiasa tertekan hidupnya hingga. Individu ini juga akan menjadi beban kepada

keluarga, masyarakat dan negara. Sebuah keluarga tidak akan hidup bahagia jika ada ahlinya

yang berpenyakit mental. Emosi yang tidak stabil juga akan menyebabkan individu gagal

berfikiran positif. Tingkah laku pesakit mental akan mengganggu ketenangan hidup masyarakat

sekeliling. negara pula terpaksa mencari jalan untuk membantu pesakit mental pulih bagi

memastikan keharmonian negara tidak terugat dengan tingkah laku luar jangka individu yang

tidak mencapai kesejahteraan emosi contohnya membunuh diri, membunuh orang lain ,

merosakkan harta benda dan sebagainya.

Gambar 8 : Keratan akhbar memaparkan berita akibat tindakan luar jangka pesakit mental

Kesejahteraan spiritual sangat berkaitrapat dengan pegangan agama seseoramg. Sekiranya

seseorang individu atau masyarakat itu tidak mencapai kesejahteraan spiritual, akan wujudlah

masyarakat yang enggan mematuhi peraturan dan undang-undang. Ini adalah kerana setiap ajaran

13

Page 14: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

agama amat menitikberatkan akan kepatuhan kepada agama dan sekaligus kepatuhan kepada

undang-undang. Seiring itu, berlakulah pelbagai permasalahan seperti tidak patuh kepada ketua,

pentadbir atau organisasi. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri akan

menguasai individu berkenaan dan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan yang bermanfaat

kepada bangsa dan negara. Sudah pastilah keharmonian negara juga tergugat. Pihak yang

berwajib pula terpaksa menambah kekuatan tenaga dan kos untuk memainkan peranan bagi

memastikan keamanan negara terjamin.

Gambar 9 : Tiada kesejahteraan spiritual menjadi punca indidu melakukan jenayah

Kesejahteraan sosial akan memberi impak positif kepada negara. Jika sebaliknya, maka sikap

saling bekerjasama,hormat-menghormati dan bersatu padu dikalangan rakyat Malaysia yang

berbilang bangsa ini gagal direalisasikan. Individuyang sering memencilkan diri dan enggan

mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan biasanya cenderung melakukan aktiviti yang

menimbulkan kemarahan komunitinya. Kelompok yang tidak menca[ai kesejahteraan sosial ini

biasanya berfikiran negatif terhadap segala usaha kerajaan dalam menangani sesuatu isu yang

memudaratkan masyarakat. Umpamanya gejala pergaulan sosial yang tiada batas, seks bebas,

14

Page 15: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

penagihan dadah atau bahan terlarang yang semakin berleluasa dan menjadi masalah bagi negara

adalah disebabkan oleh kelompok yang tidak mecapai kesejahteraan sosial.

Gambar 10.: Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai penyakit

Apabila kesejahteraan persekitaran tidak dapat dipenuhi seperti berlakunya pencemaran

udara,bunyi dan air maka rakyat akan mengalami masalah kesihatan,emosi dan juga fizikal.

Gangguan-gangguan ini akan menyebabkan golongan pekerja gagal memberikan perkhidmatan

yang terbaik. Sebilangan besar rakyat pula kan mengalami masalah kesihatan dan kemurungan.

Sebahagian besar warga gagal menjadi penyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara

kerana gangguan tersebut. Merujuki isu terkini berkaitan masalah bekalan air bersih di negeri

Selangor yang wujud semenjak Januari 2014 menyebabkan aktiviti ekonomi negeri tersebut

mengalami penyusutan dan sebilangan daripada rakyatnya mengalami konflik dan stres.

Begitu juga dengan kawasan penempatan yang tidak terjamin keselamatannya ataupun menjadi

tempat lambakan sisa toksik menyebabkan komuniti di tempat berkenaan gagal mencapai

kesejahteraan persekitaran. Impaknya, mereka kan berpindah- randah mencari persekitaran

baharu yang lebih selesa dan menepati citarasa mereka. Lebih malang lagi sekiranya mereka

yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan menjadi aset negara mengambil

keputusan untuk berpindah ke luar negara akibat daripada keadaan persekitaran yang tidak

mereka gemari.

15

Page 16: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua warga Malaysia untuk bersama-sama

brganding bahu menuju satu matlamat mencapai kesejahteraan hidup dengan memperolehi

semua enam komponen Roda Kesejahteraan Ballard ( 2012 )

4.0 CONTOH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Pembentukan amalan gaya hidup sihat tidaklah sesukar yang dibayangkan oleh sesetengah orang.

Ada individu menyangkakan bahawa menjalankan gaya hidup sihat adalah sesuatu yang abstrak

dan hanya layak diamalkan oleh golongan atasan yang berpendapatan tinggi dan bagi mereka

yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang tertentu sahaja misalnya seorang pendidik,

pengarah syarikat,doktor dan seumpamanya.

Realitinya semua orang berupaya membentuk gaya hidup sihat yang tersendiri dengan

mengamalkan beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri positif, bertanggungjawab

terhadap sikap, keputusan dan tingkahlaku sendiri dan berpendirian teguh. Amalan gaya hidup

yang sihat sangat penting bagi menjamin kesejahteraan diri dari aspek kesihatan,mental,emosi,

sosial dan rohani. Justeru itu, setiap individu sepatutnya mengamalkan gaya hidup sihat yang

praktikal dan bersesuaian dengan tahap umur. Berikut ialah beberapa amalan gaya hidup sihat

sebagai panduan bersama.

4.1 Mengamalkan Pemakanan Makanan Simbang

Gaya pemakanan adalah salah satu penentu kepada kesihatan kita. Jika menurut Roda kesehteraan Ballard,

gaya pemakanan berada dalam komponen kesejahteraan fizikal. Melalui pemakanan manusia mendapat

sumber tenaga , tumbesaran dan hidup sihat. Gaya pemakanan menurut amalan pemakanan makanan

seimbang akan mendisiplinkan diri seseorang serta menjauhkan diri daripada penyakit seperti kencing manis,

darah tinggi dan jantung yang menjadi punca kematian tertinggi di negara kita.

Manusia hari ini gemar mengambil makanan yang bersifat mudah seperti memakan makanan ringan ataupun

makanan segera. Mereka seakan lupa akan kesan buruk yang diperolehi apabila mengamalkan cara

pemakanan tersebut . Setiap warga sewajarnya menjauhi amalan buruk seperti merokok ,

menyalahgunakan dadah atau meminum arak.

16

Page 17: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

Gambar 11: Makanlah untuk kesihatan diri yang optima

Melalui amalan pemakanan seimbang setiap individu akan kekal sihat. Ini akan memberi peluang kepada

individu berkenaan menikmati hidup dengan penuh kebahagiaan dan keceriaan kerana semua nutrient yang

diperlukan oleh badan diperolehi menerusi pemakanan seimbang. Kebahagian itu wujud kerana tidak ada

masalah kesihatan tubuh badan yang menggangu kehidupan. Dengan itu seseorang dapat mengembangkan

potensi diri ke tahap yang maksima .

4.2 Melakukan aktiviti Senaman Berkala

Amalan melakukan aktiviti senaman yang tetap dan berterusan akan mempertingkatkan sistem fisiolgi tubuh

badan kita. Selain itu, ia dapat meningkatkan kadar sistem keupayaan respiratori yang turut meningkatkan

bekalan oksigen kepaada sel-sel dalam badan. Ini akan membolehkan sel-sel tersebut bekerja dengan lebih

efisien. Disamping itu, kadar tahap kekuatan otot, tenaga,kecergasan,ketangkasan dan koordinasi badan akan

bertambah apabila berlaku perubahan fisiologi pada tubuh badan .

17

Page 18: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

Gambar 12: Bersenam dan bersukan menyihatkan badan

Tambahan pula, aktiviti senaman mampu menjadikan system peredaran darah manusia lebih baik serta dapat

meningkatkan sistem imunisasi . Secara tidak langsung, aktiviti senaman mampu menjadikan kehidupan

seseorang lebih sihat , ceria dan cerdas berbanding individu yang sedentri.. Antara contoh aktiviti senaman

yang dapat dilakukan ialah bersukan,berekreasi,berjalan seribu langkah sehari, atau berjoging secara

bersendirian ataupun bersama keluarga dan rakan di hujung minggu.

4.3 Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran

Setiap individu berperanan untuk mengutamakan kebersihan diri sepanjang masa supaya terhidar daripada

sebarang penyakit.Penjagaan asas kebersihan diri seperti mengosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu

tidur berkualiti dan rehat yang mencukupi amat perlu dijadikan amalan hidup seharian. Amalan menjaga

kebersihan seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, menutup makanan , memilih tempat

makan yang bersih harus diutamakan agar tidak mendapat penyakit.

18

Page 19: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

Gambar 13: Aspek penjagaan kebersihan diri perlu dijadikan amalan

Selain daripada itu, sebagai ahli komuniti, kita hendaklah berganding bahu menjaga kebersihan persekitaran

bagi mengelakkan penyakit berjangkit seperti denggi yang di bawa oleh nyamuk aedes. Aktiviti gotong-

royong membersihkan kawasan tempat tinggal akan dapat mengelakkan nyamuk daripada membiak dan

juga dapat menghapuskan agen-agen pembawa penyakit seperti lalat,tikus dan lipas. Dengan itu, semua ahli

masyarakat akan dapat hidup sihat tanpa penyakit. Semua ini akan memberikan kesejahteraan fizikal,

kesejahteraan sosial dan juga kesejahteraan emosi kepada ahli masyarakat yang menyumbang keringat.

4.4 Berinteraksi dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

Gaya hidup sihat seseorang secara keseluruhannya melibatkan aspek psikologi , sosial dan emosi . Individu

yang sentiasa berinteraksi dengan ahli komunitinya akan lebih bersikap terbuka dan sentiasa bersedia

berkongsi masalah dengan orang lain. Ini akan menjadi kehidupan seseorang itu lebih bermakna berbanding

dengan individu yang gemar bersendirian atau menyimpan masalah hingga menyiksa jiwa raga dan akhirnya

melakukan sesuatu yang bercanggah dengan nilai kemasyarakatan seperti bergaduh,bermasam muka dan

lebih serius lagi membawa kepada pembunuhan dek rasa dendam. Sikap gemar berkawan dan menjalin

hubungan baik dengan ahli masyarakat yang lain akan membawa kepada keceriaan dan kegembiraan dalam

hidup. Ini membolehkan seseorang mencapai kesejahteraan emosi dan kesejahteraan sosial.

Seiring itu, setiap individu perlu mempunyai sikap dan mentaliti yang positif bagi menangani

tekanan kehidupan dalam dunia moden ini. Seorang pakar sakit jiwa bernama Maxwell Malts

menyatakan bahawa abad ini adalah abad stres ( tekanan hidup). Dalam gaya hidup yang sihat ,

19

Page 20: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

mengawal konflik dan stress adalah amat penting kerana ia boleh mengangu kesihatan,tumpuan

terhadap pekerjaan, pembelajaran dan rutin harian. Dapatkan bantuan daripada pakar motivasi,

kaunselor, ahli keluarga dan rakan taulan jika buntu dalam menghadapi tekanan hidup. Semakin

positif minda seseorang, maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya,

Gambar 14 : Hindari stres kerana ia boleh membawa pelbagai impikasi buruk

5.0 DUA CADANGAN TAMBAHAN RODA KESEJAHTERAAN

Selain daripada enam komponen yang terdapat dalam Roda Kesejahteraan Ballard , di dapati dua lagi

komponen perlu dimasuk senarai sebagai pelengkap dan panduan untuk mencapai kesjahteraan hidup yang

sebenar-benarnya. Dua komponen tersebut ialah Kesejahteraan Ekonomi dan Kesejahteraan Kerjaya. Di

bawah ini ialah ilustrasi roda kesejahteraan rekaan penulis.

20

Page 21: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

sosial

emosi

intelektual

kerjayaekonomi

spritual

fizikal

persekitaran

Rajah 2 : Roda kesejahteraan Rekaan Penulis

5.1 Kesejahteraan Kerjaya

Kesejahteraan kerjaya ditakrifkan sebagai tahap seseorang individu itu dapat mempersembahkan

nilai yang ada dalam dirinya dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti

yang diceburi. Ianya meliputi pengembangan dan pengaplikasian kemahiran, bakat, anugerah

dan pengetahun untuk meningkatkan pencapaian kerjaya dan taraf hidupnya. Kesejahteraan

kerjaya akan membina sikap positif terhadap bidang pekerjaan yang diceburi, berusaha sedaya

upaya untuk meningkatkan produktiviti serta mencapai kepuasan dalam aktiviti pekerjaan.

Kesejahteraan kerjaya merangkumi kebolehan individu dalam menyeimbangkan pelbagai

peranan dalam kerjaya yang diceburi dan juga bagaimana seseorang itu mengggunakan

kemahirannya untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara .

21

Page 22: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

Gambar 15: Sikap positif terhadap kerjaya memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara.

Kesejahteraan Kerjaya dapat dinilai melalui penghasilan produktiviti yang berkualiti dan

berterusan, kemampuan menyempurnakan tugasan yang diberi,rasa kebertanggungjawab yang

tinggi terhadap pekerjaan dan yang paling penting ialah kegembiraan dan keseronokkan ketika

menjalankan tugas. Bagi mencapai semua itu, majikan perlulah menyediakan persekitaran kerja

yang selesa dan kondusif sebagai kemudahan kepada kaki tangannya. Majikan perlu memenangi

hati kakitangannya bagi memastikan kesejahteraan kerjaya dapat dicapai. Bagi individu yang

berkerjaya sendiri, mereka boleh membuat perancangan dan pengurusan kerjayanya mengikut

selera sendiri asalkan dapat memberi kepuasan hati dan produktiviti yang mencapai sasaran.

5.2 Kesejahteraan Ekonomi / Kewangan

Definisi Kesejahteraan ekonomi atau jaminan kewangan ialah keadaan di mana seseorang itu

mempunyai perancangan kewangan yang teliti melalui simpanan atau pelaburan sebagai bekalan

untuk menghadapi masa persaraan nanti. Kesejahteraan kewangan pada asalnya difahami sebagai

suatu kegembiraan atau kepuasan terhadap situasi kewangan (Porter & Garman, 1993; Kim et al.,

2003). Kesejahteraan kewangan juga dirujuk sebagai hasil daripada tingkahlaku-tingkahlaku

kewangan (Kim et al. 2004). Kajian lepas menunjukkan bahawa tingkahlaku kewangan dan

22

Page 23: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

amalan kewangan mempunyai hubungan dengan kesejahteraan kewangan (Joo & Garman, 1998;

Kim et al., 2004; Porter & Garman, 1993; Scannel 1990; Zaimah, 2010, Zaimah, 2011).

Kesejahteraan kewangan adalah indicator. penting kepada kesejahteraan hidup. Hal ini penting

kerana kesejahteraan kewangan seseorang individu mempunyai hubungan dengan produktiviti

kerja. Malahan masyarakat umum juga mengetahui bahawa stres (Azizi et al., 2010), kesukaran

dan tekanan kewangan yang dihadapi seseorang individu akan menyumbang kepada

kesejahteraan kewangan yang rendah dan sebaliknya

Kesejahteraan ekonomi akan menyumbang kepada taraf dan kualiti hidup individu dan juga

negara. Golongan yang kukuh dan mantap kesejahteraan ekonominya adalah mereka yang

mempunyai pendapatan tinggi dan begitulah sebaliknya, Kesejahteraan ekonomi juga adalah

berkait rapat dengan duit. Setiap perkara yang ingin diperolhi di era globalisasi ini amat

memerlukan wang. Wang berguna untuk keperluan fizikal, emosi, psikologi dan sebagainya.

Wang diperolehi daripada sumber pendapatan. Kesejahteraan ekonomi/kewangan amat penting

dalam menentukan taraf hidup manusia. Kekukuhan kesejahteraan ekonomi akan menjadikan

individu mendapat taraf yang tinggi di mata masyarakat. Mereka yang mempunyai ekonomi

yang mantap juga akan dapat meningkakan taraf pendidikan mereka kerana berkemampuan.

Gambar 16 : Duit bukanlah segala-galanya dalam hidup tetapi segala-galanya memerlukan duit

23

Page 24: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

6.0 PENUTUP

Sebenarnya semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan berpegang kepada beberapa aspek

iaitu mempunyai konsep kendiri yang positif,bertanggungjawab terhadap sikap sendiri , keputusan dan

tingkah laku diri sendiri serta mempunyai pegangan yang teguh. Gaya hidup yang sihat adalah penting bagi

menjamin kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani. Oleh itu, kita harus

berusaha keras untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, pratikal dan sesuai dengan tahap umur kita demi

mencapai kesejahteraan hidup.

Roda kesejahteraan Ballard ((2012) yang mengandungi enam komponen kesejahteraan boleh dijadikan

panduan atau rujukan untuk mencapai kesejahteraan hidup. Bagaimanapun,individu boleh merekacipta

sendiri roda kesejahteraan hidupnya berpandukan pengalaman, pemerhatian dan pemahamannya dalam

mengamalkan cara hidup sihat. Perlu disedari bahawa setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan

diri sendiri dan masyarakat berjaya mencapai kesejahteraan hidup. Ianya penting bagi menjamin negara kita

mampu bergerak seiring negara maju dalam mencipta kegemilangan di seantero dunia.

24

Page 25: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

RUJUKAN

Alias Baba (1992). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aris Fazil Haji Ujang, Borhan Yusof, && Abd Halim Md. Salleh. (2003). Pendidikan jasmani

dan kesihatan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azhar Harun & Nawi Abdullah (2004). Metodologi penyelidikan ekonomi dan sains sosial.

Singapura: Thomson Learning.

Donatelle (2001). Health: the basics. 4th ed. Boston: Allyn & Bacon.

Hermon, D. A. & Hazler, R. J. (1999). Adherence to a wellness model and perceptions of

psychological well-being. Journal Of Counseling And Development, 77, 339-343.

Jas Laile Suzana Jaafar (2002). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2005). Manual mesej utama dansokongan: kempen cara

hidup sihat setting tempat kerja. KualaLumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian

Kesihatan Malaysia.

Nor Ezdianie Omar, (2007). Kesejahteraan psikologi dan kesejateraan spiritual dalam kalangan

pelajar IPTS di negeri Kelantan. Serdang: Thesis sarjana yang tidak diterbitkan.

Shamsudin Mohd. Sharif, Sharizad Yusof, & Mohd Sofian Omar Fauzee. (2002). Pendidikan

jasmani dan kesihatan, Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wee Eng Hoe. (2005). Siri pendidikan perguruan: Pendidikan jasmani & pendidikan

kesihatan.Selangor: Karisma Publications.

25

Page 26: Hbhe 3103

Zahrah binti Abdul Rahman HBHE3103SMP 690107115918001

RUJUKAN INTERNET

http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.html

http://www.bradley.edu/eddey/cwc/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_pengguna:Ezza3006

https://uk.groups.yahoo.com/group

http://www.nwmissouri.edu/wellness/PDF/shift/BalancingYourWellness.pdf  

http://www.thebanksidehealthclub.co.uk/healthy-lifestyle.aspx

http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_1D3.pdf

 http://wpc.upsi.edu.my/index.php/mengenaikami/komponen kesejahteraan

 

26