HBHE1203-820713025392.doc

download HBHE1203-820713025392.doc

of 14

Transcript of HBHE1203-820713025392.doc

HBMT1103

NO. MATRIKULASI

:

NO. KAD PENGNEALAN:

NO. TELEFON

:

E-MEL

:

PUSAT PEMBELAJARAN:

ISI KANDUNGAN

BILTAJUKMUKA SURAT

1.0SOALAN 1 :

REFLEKSI KENDIRI2-3

1.02.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0

8.0SOALAN 2 :

PENGENALANARUS PERDANA PENDIDIKAN KESIHATAN KSSRLATAR BELAKANG MASALAHPERNYATAAN MASALAHHIPOTESIS

KAJIAN

DAPATAN

RUMUSAN

4

5-7

7-8

8

8-9

9-10

10-11

12

SOALAN 1 :

1.0 REFLEKSI KENDIRIArtikel yang bertajuk Teaching Children Hygien Using Problem Based Learning : The Story Telling Approach to Games Based Learning, telah ditulis oleh David Farrell, Patty Kostkova, Donna Lecky dan Cliodna McNulty. Artikel ini sangat menarik dan komprehensif dan ianya ditulis tentang bagaimana cara mengajar pelajar-pelajar menjaga kebersihan diri dengan jelas dan teratur. Ini adalah kerana perkara ini sangat penting dalam kehidupan seharian mereka. Konsep kebersihan ini jelas amat berguna dan penting kepada pelajar-pelajar kerana sekiranya mereka mempunyai kesihatan yang baik dan dilindungi maka mereka bebas dari jangkitan bakteria dan jangkitan penyakit. Walaupun begitu, sekiranya mereka tidak menjaga kesihatan mereka dengan baik dan sempurna, maka mereka akan dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

Fokus utama artikel ini ialah tentang kaedah-kaedah dan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran, yang mana ianya boleh dilakukan di dalam bilik darjah bagi menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan tepat kepada pelajar-pelajar di sekolah. Ini adalah kerana pendidikan merupakan suatu tahap yang peling tinggi dimana setiap guru mengaplikasikan pelbagai strategi dan kaedah untuk merealisasikan perkara ini. Inilah yang ditekankan oleh penulis-penulis di dalam konteks Pembelajaran Berasaskan Masalah.

Melalui konteks Pembelajaran Berasaskan Masalah, terdapat lima kaedah yang patut diikuti iaitu :

i) Topik Pengenalanii) Penyataan Masalahiii) Hipotesis

iv) Penyelidikan atau Kajian

v) Membentangkan Keputusan

Pertama, melalui aspek Topik Pengenalan, para pelajar akan diperkenalkan kepada

topik-topik yang bersesuaian dengan kebersihan dan mereka juga akan diberi pendedahan mengapa topik tersebut dipilih dan rasionalnya.

Kedua, dalam aspek Menulis Pernyataan Masalah, para pelajar mesti menulis soalan berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi berpandukan topik yang dipilih. Masalah-masalah yang dikemukakan oleh para pelajar sendiri sepatutnya adalah yang terkini dan ini penting untuk mereka ketahui apakah erti sebenar masalah-masalah yang dihadapi.

Ketiga, melalui aspek Hipotesis pula, pelajar-pelajar dikehendaki menulis maklumat yang diperolehi bersesuaian dengan hipotesis masalah yang dihadapi. Sebagai tambahan, murid juga dikehendaki untuk memperincikan beberapa penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang mereka hadapi.

Keempat, melalui aspek Kajian, para pelajar perlu menjalankan kajian yang berkesan untuk mengenalpasti maklumat penting berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi dan penyelesaian tersebut mestilah sesuai untuk dilaksanakan.

Kelima, melalui aspek Penentuan Sama Ada Hipotesis Itu Adalah Benar, adalah berdasarkan kajian para pelajar untuk mengenalpasti arah masalah-masalah yang dihadapi melalui maklumat yang diperolehi dan sama ada hipotesis dibuat pada mulanya untuk memenuhi kajian yang dijalankan.

Pada prinsipnya, perkara-perkara ini menguji keupayaan pelajar dalam mengenalpasti isu-isu yang relevan dan menguji kecekapan mereka dalam mencari penyelesaian yang sesuai dan ini sepatutnya dimulakan dengan andaian andaian yang berpatutan. Masalah ini akan menjadi lebih menarik dan informatif kepada para pelajar untuk membuat eksperimen-eksperimen bagi mendapatkan lebih maklumat tentang masalah tersebut. Secara asasnya, kognitif boleh secara berkesan merangsangkan pemikiran pelajar-pelajar untuk menghasilkan hasil kerja yang efisien dan penyelesaian yang konsisten. Tambahan lagi, artikel ini juga menyediakan peluang kepada para pelajar untuk memahami lebih strategi-strategi untuk belajar dan terutamanya kepada guru-guru atau fasilitator bagi mendapatkan teknik-teknik yang menarik untuk diaplikasikan di dalam kelas dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik seperti Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu cara yang fleksibel dan boleh dilakukan dalam pelbagai cara yang bersesuaian dengan kapasiti pelajar-pelajar dan kedudukan guru-guru.SOALAN 2 :

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang

menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Kaedah ini merupakan satu struktur kurikulum dan sistem penyampaian yang hanya tertumpu kepada keperluan memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah serta sebagai keperluan membantu pelajar untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Pembelajaran jenis ini dapt membantu kita untuk menyelesaikan masalah melalui proses bertindak balas terhadap masalah yang dihadapi oleh orang-orang dewasa dan profesional. Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan pembelajaran yang berterusan. Pembelajaran Berasaskan Masalah juga merupakan satu cara untuk mengajar kursus dengan menggunakan masalah sebagai ransangan dan fokus kepada aktiviti pelajara Pembelajaran jenis ini bukanlah satu selitan aktiviti menyelesaikan masalah dalam sesebuah kursus tetapi sebuah cara menyampaikan pengajaran dengan masalah sebagai pusat.Menurut Boud dan Feletti (1991), titik permulaan pengajaran mestilah satu masalah, satupertanyaan atau satu puzzle yang pelajar teringin hendak menyelesaikannya. Maklumat bagaimana hendak menangani masalah itu tidak diberi, walaupun sumber yang berkaitan boleh didapati.

Menurut Graaff dan Kolmos (2003), konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah Masalah bersandarkan kepada pelbagai teori seperti Teori Kolb yang memperkenalkan teori pembelajaran berasaskan kepada pengalaman. Schon pula memperkenalkan teori pembelajaran berdasarkan refleksi manakala Jean Piaget, Vygotsky, Lave dan Wenger pula memperkenalkan teori konstraktivisme dan teori pembelajaran sosial. Bertitik tolak daripada teori-teori ini, maka konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah telah dibentuk. Dalam pembelajaran ini, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi dan kehendak menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada buku, jurnal, surat khabar, risalah, internet dan organisasi-organisasi yang terlibat. Dalam situasi ini, guru hanya bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator kepada para pelajar berkenaan. Boud dan Felitti (dalam Ousey, 2003) mendifinisikan pembelajaran ini sebagai satu falsafah bagi suatu kurikulum yang baru. Hal ini bermaksud guru bukanlah satu-satunya sumber ilmu atu rujukan oleh pelajar. Justeru, pelajar boleh mendapatkan pengetahuan dan maklumat dari sumber-sumber lain. 2.0ARUS PERDANA PENDIDIKAN KESIHATAN KSSRSecara amnya, terdapat berbagai jenis tunjang kemahiran belajar berdasarkan pendidikan kesihatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Tunjang ini berperanan untuk memberi bukti yang lebih jelas kepada guru-guru dan pelajar-pelajar tentang topik-topik yang akan diajar dan dipelajari di sekolah. Dengan itu, pendidikan kesihatan ialah subjek dimana guru-guru mempunyai panduan apa yang patut dipraktikkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Perkara-perkara ini dapat memberi parameter yang berlainan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar kerana skop dan fokus topik akan dibahagikan dengan adil dan menarik di dalam kandungan standard pembelajaran Pendidikan Kesihatan supaya aplikasi dan matlamatnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat tiga tunjang utama yang boleh difokuskan melalui analisis dan konsep-konsep tersebut termasuklah :

i) Kesihatan Fizikal

ii) Kesihatan Mental

iii) Kesihatan Persekitaran

2.1 KESIHATAN FIZIKAL

Tunjang ini menekankan cara-cara untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga

dengan menggunakan langkah-langkah yang betul. Ia juga menerangkan beberapa aspek kesihatan peribadi dan keluarga yang patut diberi penekanan dan jenis-jenis faedah-faedah yang boleh didapati hasil dari penjagaan kesihatan. Konsep ini juga termasuklah asas penjagaan kesihatan sebagai penjagaan kendiri. Sebagai contoh, penjagaan kesihatan ialah seperti memastikan tubuh badan kita bersih dari kotoran dan bakteria. Ini termasuklah cara seseorang mengaplikasikan bagaimana untuk memastikan pakaian sentiasa bersih setiap masa. Penjagaan kesihatan individu sepatutnya diamalkan oleh setiap keluarga dan diaplikasikan ke dalam masyarakat. Ianya penting untuk memastikan unsur-unsur kesihatan dikekalkan pada setiap masa.

Sebagai tambahan, penjagaan kesihatan mestilah dilakukan dari setiap sudut dan aspek. Untuk tubuh badan yang sihat, seseorang itu mesti memastikan bahawa tubuh badan dibersihkan setiap hari terutamanya sebelum membuat sesuatu kerja dan sebelum tidur. Penjagaan tubuh badan juga termasuklah aspek menggosok gigi sebelum tidur dan sebelum ke sekolah. Sekiranya aspek ini tidak diambil kira, kesihatan seluruh keluarga akan turut terjejas.

Melalui fokus terhadap aspek-aspek penjagaan kesihatan individu dan keluarga, terdapat 3 fokus yang boleh diberi penekanan kepada tunjang pembelajaran tersebut iaitu :

i) Kesihatan Diri dan Reproduktif

ii) Pemakanan

iii) Penyalahgunaan Bahan

2.1.1 Kesihatan Diri dan Reproduktif

Aspek kesihatan boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara. Contohnya, membersihkan diri dari kotoran dan memakai pakaian yang bersih merupakan dua aspek dalam pembersihan tubuh badan. Diantara faedah-faedah yang boleh diperolehi bila perkara-perkara ini ditekankan ialah berbagai jenis ancaman penyakit dapat dielakkan. Contohnya, berbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria dapat dicegah dan dihalang bila seisi keluarga mengambil berat tentang kebersihan diri mereka.

Seiring dengan perubahan seksualiti, penekanan diberikan kepada perubahan-perubahan fizikal yang dialami oleh remaja apabila mereka mencapai peringkat umur tertentu. Perubahan fizikal selalunya dikaitkan dengan proses akil baligh. Sebagai contohnya, proses baligh bagi lelaki ialah pada umur 12 tahun dan ke atas manakala bagi perempuan bermula seawal umur 8 tahun. Perubahan fizikal yang dialami oleh lelaki adalah seperti perubahan suara, jerawat, dan pertumbuhan rerambut di badan. Perubahan yang sama juga dialami oleh perempuan yang mana mereka akan melalui proses yang dipanggil haid. Oleh itu, kebersihan peribadi patutlah dititikberatkan supaya sebarang penyakit dapat dielakkan.

2.1.2 PemakananAspek pemakanan haruslah diberi penekanan kerana selain daripada keperluan untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang, seseorang itu juga perlu memastikan diet atau pemakanan yang diambil adalah dari sumber yang bersih. Pengambilan makanan berdasarkan kepada piramid makanan adalah bersesuaian dan mematuhi standard yang baik. Selain daripada pengambilan diet yang seimbang, seseorang perlu juga mematikan sumber makanan tersebut adalah bersih dari sebarang jangkitan atau kotoran. Ianya bertujuan untuk mencegah dari penyakit-penyakit yang tidak diingini yang mana akan menjejaskan kualiti hidup.

2.1.3 Penyalahgunaan BahanPenyalahgunaan bahan seperti penyalahgunaan dadah boleh merosakkan kesihatan tubuh badan kerana pengguna berpotensi untuk menjadi ketagih terhadap dadah yang diambil. Ini sepatutnya tidak berlaku kerana bahan-bahan seperti ini tidak mendatangkan sebarang faedah.

3.0LATAR BELAKANG MASALAHKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), dibentuk supaya semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Di dalam KSSR terdapat tunjang Kesihatan Fizikal dan tunjang Kesihatan Persekitaran, yang merangkumi kesihatan diri dan reproduktif yang memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan fizikal diri. Kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat.Melalui tunjang ini, murid-murid tahun 3 dilatih untuk membina tabiat menjaga kebersihan fizikal diri dan kebersihan persekitaran. Pendedahan terhadap pembelajaran kebersihan kepada murid-murid tahun 3 adalah bertujuan untuk membentuk murid-murid tersebut supaya lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran mereka.

Bagi guru, amalan kebersihan mudah disampaikan kepada murid-murid yang berkelakuan baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Namun begitu, bagi murid-murid yang mempunyai masalah dan tingkah laku seperti suka membuat bising serta bermain semasa guru mengajar dan suka membuat sampah akan menyebabkan objektif yang ingin disampaikan tidak tercapai. Oleh itu, guru merupakan individu yang paling dekat dengan kanak-kanak bertanggungjawab untuk memastikan setiap masalah yang timbul dapat diatasi.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses P&P khususnya di dalam bilik darjah. Teknik modifikasi tingkahlaku digunakan bagi mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. Antara kaedah yang terdapat dalam teknik tersebut adalah seperti peneguhan positif, penghapusan, penggunaan token dan sebagainya. Oleh itu, bagi meningkatkan amalan menjaga kebersihan persekitaran dalam kalangan murid-murid tahun 3 Cemerlang yang kurang bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas mereka adalah melalui teknik modifikasi tingkah laku bermasalah menggunakan kaedah token ekonomi.

4.0 PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakkan murid tahun 3 Cemerlang dilihat kurang menjaga kebersihan kelas mereka. Menurut Syarifah Alawiyah (1985), tingkah laku dan sikap murid di bilik darjah adalah hasil daripada pelbagai pengaruh iaitu pengaruh luar bilik darjah dan pengaruh persekitaran. Pengaruh yang dimaksudkan ialah didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, taraf sosioekonomi, taraf pendidikan dan budaya masyarakat. Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan adalah suatu aspek penting dalam pendidikan murid-murid sekolah rendah. Mengikut KSSR (2011), penekanan kepada amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kesihatan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat dapat memberi manfaat kepada murid-murid sepanjang hayat mereka. Melaui pembelajaran tentang penjagaan kesihatan, murid-murid dapat belajar untuk mengurus tingkah laku mereka supaya lebih bertanggungjawab terhadap aspek kebersihan diri dan persekitaran. Berdasarkan tunjang tersebut, guru telah memberi penerangan dan maklumat bagaimana cara-cara murid-murid tahun 3 Cemerlang untuk menjaga kebersihan kelas mereka.5.0 HIPOTESIS

Berdasarkan topik yang diberi iaitu cara menjaga kebersihan diri dan persekiran, murid-murid tahun 3 Cemerlang, mesti menulis soalan berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi berpandukan topik yang dipilih. Berdasarkan soalan yang ditulis, mereka telah membuat hipotesis bahawa, apabila selesai sesuatu aktiviti dijalankan, kelihatan keadaan kelas kurang bersih di mana kertas-kertas bertaburan di atas lantai dan alat tulis yang digunakan tidak disimpan di tempat asal. Melalui permasalahan tersebut murid-murid perlu betindak mencari kaedah dan teknik bagi mengatasi masalah tersebut. Mereka berpendapat bahawa mungkin tedapat kelemahan pada kaedah yang digunakan oleh guru kelas menyebabkan menyebabkan murid-murid kurang bertanggungjawab terhadap aspek persekitaran.6.0 KAJIAN

6.1 Objektif Kajian

i. Murid-murid mengenalpasti amalan yang biasa dilakukan terhadap kebersihan persekitaran.

ii. Murid-murid menilai amalan kebersihan.

iii. Meningkatkan amalan kebersihan dalam kalangan murid menerusi penggunaan kaedah token ekonomi

6.2 Soalan Kajian

i. Sejauh manakah murid-murid mengamalkan amalan menjaga kebersihan persekitaran?

ii. Sejauh manakah murid-murid mengaplikasikan amalan persekitaran?

iii. Sejauh manakah kaedah token ekonomi dapat meningkatkan amalan kebersihan persekitaran?

6.3 Tempat Kajian

Tempat kajian adalah di kelas 3 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor. Melibatkan seramai 18 orang murid sahaja.6.4 Tindakan

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan amalan kebersihan persekitaran dalam kalangan murid tahun 3 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor, kesan daripada penggunaan kaedah token ekonomi.

6.4.1 Peringkat Pertama

Mereka dapat mengenalpasti bahawa aspek menjaga kebersihan di dalam dan di luar bilik darjah kurang dititikberatkan. Mereka mendapati bahawa masalah ini perlu di atasi dengan segera suapaya amalan kebersihan persekitaran dapat dipupuk dan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap aspek persekitaran.6.4.2 Merancang

Bagi meningkatkan amalan kebersihan persekitaran, kaedah pemberian token ekonomi berbentuk guli yang disimpan di dalam tabung digunakan. Jika bilangan guli kurang dari jumlah yang ditetapkan, mereka akan didenda. Dendaan ringan yang diberikan seperti menyusun selipar dan kasut, menyusun buku-buku di rak, menyorong kerusi kawan dan sebagainya mengikut keperluan.

7.0 DAPATANData-data yang diperolehi adalah melalui kaedah pemerhatian dan temubual. Data-data yang diperolehi akan menjawab semua soalan.

i. Sejauh manakah murid-murid mengamalkan amalan menjaga kebersihan persekitaran?

ii. Sejauh manakah murid-murid mengaplikasikan amalan persekitaran?iii. Sejauh manakah kaedah token ekonomi dapat meningkatkan amalan kebersihan persekitaran?7.1 Dapatan Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian awal, masih ramai murid tidak mengemas semula alat tulis mereka selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun guru telah berulang kali mengarahkan mereka untuk mengemas dan menyimpan peralatan yang digunakan, namun mereka tidak mengemas dan menyimpan semula peralatan yang digunakan.

Disini dapatlah disimpulkan bahawa amalan kebersihan persekitaran yang diamalkan oleh murid-murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor masih berada pada di tahap yang kurang memuaskan. Selain itu, guru juga kurang memberi penekanan terhadap kebersihan kelas selepas selesai sesuatu aktiviti yang dijalankan. Sebelum pemberian token, dilihat murid-murid kurang menjaga kebersihan kelas mereka. Namun begitu, selepas kaedah token diperkenalkan, terdapat perubahan dari segi amalan kebersihan persekitaran yang diamalkan. Murid dilihat semakin rajin mengemas perlatan dan membantu rakan-rakan membersihkan kelas. Secara keseluruhan kaedah token ekonomi berjaya meningkatkan amalan kebersihan persekitaran dalam diri mereka.

7.2 Dapatan Temu Bual

Daripada kutipan data-data yang diperolehi melalui temubual, dapatlah disimpulkan bahawa murid-murid juga sudah menunjukkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran kelas mereka. Sesi temu bual dijalankan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas pemberian token.

Selepas pemberian token, murid sudah boleh menyimpan perlatan menulis yang digunakan ke dalam bekas pensel berbanding sebelum pemberian token, dimana responden jarang menyimpan alat tulis yang digunakan ke dalam bekas pensel jika tidak diarahkan oleh guru.Murid juga sudah boleh memahami kepentingan menjaga kebersihan persekitaran kumpulan mereka. Murid menunjukkan kefahaman dengan menyatakan bahawa keperluan menjaga kebersihan kumpulan supaya kumpulan mereka kemas dan bersih.

Murid juga menunjukkan perasaan tidak suka jika kelas mereka kotor. Murid juga menyatakan mereka akan membuang sampah selepas selesai membuat kerja yang diberikan dan akan menyimpan peralatan selepas menggunakannya.

Kesimpulannya, selepas pemberian token ekonomi dilaksanakan, murid lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran kelas mereka dengan baik. Murid juga menyatakan perasaan tidak suka jika kelas mereka berada dalam keadaan kotor. Malah murid menyatakan kepentingan menjaga kebersihan kelas mereka dengan baik.8.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah yang dijalankan didapati amalan kebersihan persekitaran yang diamalkan oleh murid menunjukkan peningkatan selepas pemberian token dijalankan menggunakan kaedah pemberian token ekonomi.

Dapatan kajian juga menunjukkan murid semakin rajin mengemas peralatan yang digunakan, membantu rakan mengemas dan membersihkan kelas mereka. Namun begitu, murid mengingatkan supaya guru perlu sentiasa membuat pemantauan kebersihan kelas. Ini menunjukkan bahawa, kaedah token ekonomi memberi kesan yang sangat besar terhadap perubahan tingkah laku seseorang individu atau kumpulan.Kesimpulannya, murid berpendapat kaedah token ekonomi dapat mengubah sikap dan tingkah laku murid-murid supaya lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran kelas mereka. Secara keseluruhannya menunjukkan amalan kebersihan persekitaran dikalangan murid-murid 3 Cemerlang dapat ditingkatkan.

PAGE 12

_1253083327.bin