hbhe2203_0210

download hbhe2203_0210

of 5

Transcript of hbhe2203_0210

  • 8/7/2019 hbhe2203_0210

    1/5

    HBHE2203_SEMMEI10/F_NA

    BAHAGIAN A

    ARAHAN

    Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

    SOALAN Markah

    1. Hati merupakan salah satu organ terpenting yang terdapat pada bahagian

    tubuh badan manusia.

    Nyatakan kedudukan hati dalam bahagian tubuh badan manusia dan

    berikan fungsi utama organ tersebut.

    ( 4 )

    2. Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan

    seseorang. Makan mengikut keperluan adalah salah satu daripada

    pengurusan amalan makan yang sihat.

    Berdasarkan pernyataan di atas nyatakan EMPAT jenis pengurusan

    amalan makan yang tidak sihat dan kesan bagi setiap jenis.

    ( 4 )

    3. Perkembangan pesat teknologi dewasa ini, telah mempengaruhi gaya

    kehidupan manusia dari segi peningkatan kesihatan.

    Jelaskan dengan ringkas, EMPAT hubungan kemajuan antara teknologi

    dengan tahap kesihatan seseorang.

    ( 4 )

    1

  • 8/7/2019 hbhe2203_0210

    2/5

    HBHE2203_SEMMEI10/F_NA

    4. Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan dapat memastikan

    makanan selamat dimakan.

    Syorkan cara yang sesuai bagi menyimpan makanan kering dan makanan

    basah.

    ( 4 )

    5. Anda dikehendaki memasak makanan untuk tempahan suatu majlis.

    Sebagai seorang yang bertanggungjawab tentunya anda mengamalkan ciri-

    ciri kebersihan diri dengan sebaik-baiknya.

    Berikan EMPAT ciri seorang penyedia makanan yang perlu diamalkan.

    ( 4 )

    (Jumlah: 20)

    2

  • 8/7/2019 hbhe2203_0210

    3/5

    HBHE2203_SEMMEI10/F_NA

    BAHAGIAN B

    ARAHAN

    Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

    SOALAN Markah

    1. (a)

    Tubuh badan manusia, terbahagi kepada beberapa sistem. Di dalam

    setiap sistem terdapat beberapa organ dan jaringan yang saling

    kebergantungan antara satu sama lain tetapi mempunyai peranan

    tersendiri.

    Nyatakan LIMA bahagian badan dan jelaskan setiap fungsi

    bahagian badan yang diberi.

    (b)

    Merokok merupakan amalan yang boleh meningkatkan risiko

    penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Rokok

    bukan sahaja membahayakan si perokok tetapi orang lain di

    sekeliling mereka.

    Bincangkan LIMA kebaikan yang boleh diperoleh sekiranya

    seseorang itu tidak merokok.

    ( 10 )

    ( 10 )

    (Jumlah: 20)

    2. (a)

    Akhil baligh merupakan fasa perubahan antara zaman kanak-kanak

    kepada zaman remaja. Akhil baligh boleh dicirikan dengan beberapa

    perubahan fizikal, mental dan sosial.

    Jelaskan ENAM perubahan fizikal lelaki dan perempuan semasa

    akhil baligh.

    (b)

    Darah haid menunjukkan bahawa organ reproduktif perempuan

    telah berfungsi. Huraikan dengan terperinci proses kitaran haid.

    ( 12 )

    ( 8 )

    (Jumlah: 20)

    3

  • 8/7/2019 hbhe2203_0210

    4/5

  • 8/7/2019 hbhe2203_0210

    5/5

    HBHE2203_SEMMEI10/F_NA

    BAHAGIAN C

    ARAHAN

    Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

    SOALAN Markah

    1. Kerajaan banyak mengadakan kempen-kempen bagi mewujudkan budaya

    penyayang dalam kalangan anggota keluarga. Antaranya mewujudkan

    masa yang berkualiti bersama keluarga dan meluangkan masa bersama

    ahli keluarga dengan melakukan aktiviti bersama. Banyak manfaat yang

    akan diperoleh sekiranya kita meluangkan masa bersama keluarga.

    Syorkan manfaat-manfaat yang boleh diperoleh bagi ibu bapa dan anak-

    anak.

    (Jumlah: 20)

    2. Keruntuhan rumahtangga bermakna perkahwinan yang dibina atas ikatan

    yang sah telah terlerai atau dengan kata lain pasangan suami isteri bercerai

    dan tidak tinggal sebumbung lagi. Banyak implikasi yang berlaku akibat

    keruntuhan institusi perkahwinan ini.

    Berikan pendapat anda apakah faktor yang boleh menyebabkan

    keruntuhan rumahtangga ini dan bincangkan implikasi yang akan berlaku.

    (Jumlah: 20)

    KERTAS SOALAN TAMAT

    5