hbme2203_fq_101

download hbme2203_fq_101

of 4

Transcript of hbme2203_fq_101

  • 8/7/2019 hbme2203_fq_101

    1/4

    HBME2203_SEM JAN10/ MHAA

    BAHAGIAN A

    ARAHAN

    Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

    SOALAN Markah

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Keperibadian Mulia?

    ( 4 )

    2. Terangkan maksud intipati dalam Etika Utilitarianisme?

    ( 4 )

    3. Tafsirkan tentang ciri-ciri Teori Deontologikal?

    ( 4 )

    4. Nyatakan pandangan Jean Paul Satre tentang moral dalam eksistensialisme ?

    ( 4 )

    5. Menurut Islam, akhlak menjadi isyarat mutlak kepada kemajuan dan

    ketertinggian umat dan tamadunnya.

    Nyatakan DUA cabang akhlak dalam ajaran agama Islam berserta sifat-

    sifatnya?

    ( 4 )

    (Jumlah: 20)

    1

  • 8/7/2019 hbme2203_fq_101

    2/4

    HBME2203_SEM JAN10/ MHAA

    BAHAGIAN B

    ARAHAN

    Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

    SOALAN Markah

    1. Penilaian merupakan satu komponen penting dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    (a) Bincangkan EMPAT tujuan utama penilaian diadakan dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    (b) Terangkan EMPAT jenis penilaian yang boleh diaplikasikan dalam

    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

    ( 10 )

    ( 10 )

    (Jumlah: 20)

    2. Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang sangat penting dalam

    usaha untuk melahirkan insan yang beretika.

    (a) Analisiskan EMPAT objektif Pendidikan Moral di sekolah rendah

    Tahun Satu.

    (b) Huraikan TIGA komponen insan yang bermoral.

    ( 10 )

    ( 10 )

    (Jumlah: 20)

    3. Egoisme dapat ditakrifkan sebagai teori yang menganggap nilai itu baik

    jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika merugikan diri

    sendiri.

    (a) Bincangkan mengenai DUA jenis egoisme yang terdapat dalam

    kehidupan seharian. ( 10 )

    2

  • 8/7/2019 hbme2203_fq_101

    3/4

    HBME2203_SEM JAN10/ MHAA

    (b) Analisiskan cara kita mengaplikasikan Egoisme dalam kehidupan

    seharian. ( 10 )

    (Jumlah: 20)

    4. Menurut Anne Pellowski di dalam bukunya, The World of Storytelling,

    bercerita ialah suatu seni atau kraf naratif cerita dalam bentuk prosa yang

    dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di depan penonton.

    (a) Galurkan langkah-langkah yang perlu di ambil oleh seseorang guru

    dalam mengaplikasikan kaedah bercerita di dalam pengajaran dan

    pembelajaran Pendidikan Moral.

    (b) Terangkan LIMA tujuan utama penggunaan kaedah bercerita dalam

    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

    ( 10 )

    ( 10 )

    (Jumlah: 20)

    5. Konsep Multiple Intelligences telah diperkenalkan oleh J.P.Guilford dan

    kemudiannya, dikembangkan oleh Howard Gardner (2000).

    (a) Senaraikan LAPAN jenis intelligence yang disyorkan oleh

    Howard Gardner.

    (b) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan konsep existential

    intelligence?

    (c) Huraikan LIMA jenis Emotional Intelligence atau Emotional

    Quotion (EQ) yang dicadangkan oleh Danial Goleman (1995).

    ( 8 )

    ( 2 )

    ( 10 )

    (Jumlah: 20)

    3

  • 8/7/2019 hbme2203_fq_101

    4/4

    HBME2203_SEM JAN10/ MHAA

    BAHAGIAN C

    ARAHAN

    Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

    SOALAN Markah

    1. Kaedah Penyelesaian Konflik yang juga dikenali sebagai sesi

    percambahan fikiran merupakan satu sesi perbincangan yang

    membolehkan setiap ahli di dalam kumpulan menyumbangkan pendapat

    dan idea dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Bincangkan cara-cara mengimplementasikan kaedah penyelesaian konflik,

    kelebihan serta kelemahan kaedah ini dalam Pendidikan Moral.

    (Jumlah: 20)

    2. Teori Kemoralan Sosial ialah teori yang cuba mengaitkan kepiawaian

    moral, peraturan masyarakat dan undang-undang negara atau alam sejagat

    dengan konsep etika.

    Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan EMPAT aspek kemoralan

    dalam Teori Kemoralan Sosial dan huraikan kritikan terhadap Teori

    Kemoralan Sosial ini.

    (Jumlah: 20)

    KERTAS SOALAN TAMAT

    4