HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

40
HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 0 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925 HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Transcript of HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Page 1: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

0 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203

Tatabahasa Dalam

Pengajaran Bahasa Melayu

Page 2: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

BILMUKA

SURAT

1 2

2 3

3 4

4 5

5 6

6 8

9

3.1 Kesalahan daripada aspek morfologi dan pembetulannya 10

3.1.1 Kesalahan Ejaan 11

3.12. Kesalahan Penggunaan Imbuhan (K1) 11

3.1.3Kesalahan penggunaan sesuatu kata (makna tidak tepat mengikut konteks

ayat) -K613

3.1.4 Kesalahan penggunaan kata ganti diri – K2 15

3.1.5 Kesalahan Penggunaan Kata Ganda – K4 15

3.1.6 Kesalahan penggunaan kata sendi nama „di‟ dan „ke‟ – K5 16

8 18

4.1 Aspek kesalahan Sintaksis. 19

4.1.1 Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (aktif) –A1 20

4.1.2 Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (pasif) – A2 22

4.1.3 Kesalahan Struktur Ayat Lain – A3 23

4.1.4 Kesalahan Tanda Baca – (A4) 24

25

5.1 Penggunaan Penanda Wacana 26

11 27

12 28

13

9

10

Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan

bagi kesalahan tersebut

Kesimpulan

Bibliografi

Lampiran

7

Karangan Penulis

KANDUNGAN

Jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi

kesalahan tersebut

Jenis Kesalahan dari aspek morfologi dan cadangan pembetulan bagi kesalahan

Kesalahan-kesalahan Bahasa Dalam Penulisan

Pengenalan

Soalan tugasan

Biodata

Kenyataan pengakuan

Sekapur sirih

Page 3: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

2 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

PENSYARAH

PN NORMAH BT KAMARODZAN

SEMESTER

SEPTEMBER 2010

NAMA

AMINUDIN BIN MAT LUDIN

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH

PERAK

MATRIK KAD

690101086925002

Page 4: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

KENYATAAN PENGAKUAN

Saya, AMINUDIN BIN MAT LUDIN Nombor Kad Pengenalan 690101-08-6925, pelajar kohort

4, SMP-OUM (Ambilan Khas Oktober 2007) membuat pengakuan bahawa segala tugasan untuk

subjek HBML3203Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu adalah hasil kerja saya dan

tiada perbuatan plagiat melainkan penyediaan asli hasil air tangan saya sendiri.

Adalah dimaklumkan bahawa saya;

Item Pernyataan Semakan

1. Telah membuat rujukan dan bacaan luas tantang topik yang

diambil daripada modul, bahan bercetak dan eletronik.

/

2. Tidak memplagiat atau meniru daripada mana-mana sumber

atau pelajar lain.

/

3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan ini melainkan

hanya menerangkan dan membantu kefahaman rakan-rakan

berkaitan tugasan.

/

4. Mengikut prosedur tugasan dan mengahantar tugasan sebelum

tarikh akhir yang ditetapkan.

/

Dengan yang demikian, saya faham bahawa jika terdapat apa-apa perkara di atas didapati tidak

benar, maka pihak Pengurusan OUM berhak untuk mengambil apa-apa sahaja tindakan disiplin

terhadapan salah laku tersebut.

Page 5: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi menyelesaikan

amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir dalam melakukan dua kerja dalam

satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan semuanya itu.

Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal

memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.Sejunjung kasih dan penghormatan kepada

Pn NORMAH BT KAMARODZAN selaku tutor bagi kursus HBML3203S Tatabahasa Dalam

Pengajaran Bahasa Melayu ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas

lagi jitu tidak mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan.

Kata-kata semangat beliau telah membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang

terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan daripada keluarga dan sahabat yang

sentiasa berada di samping untuk membantu saya.

Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

Terima kasih untuk semua.

IIllmmuu aaddaallaahh sseessuuaattuu yyaanngg bbeerrssiiffaatt rroohhaannii ddaann mmeemmppuunnyyaaii kkeekkuuaattaann.. AAlliirraann kkeekkuuaattaann tteerrsseebbuutt

bbeerrttaallii aarruuss ddaann mmeennggaalliirr kkee ddaallaamm jjiiwwaa ppeenneerriimmaa sseetteerruussnnyyaa,, aappaabbiillaa ppuunnccaa aalliirraann ((GGuurruu))

mmeemmiilliikkii kkeekkuuaattaann iillmmuu.. IInniillaahh yyaanngg ddiisseebbuutt oolleehh sseesseetteennggaahh ppiihhaakk sseebbaaggaaii ‘‘GGuurruu MMuurrssyyiidd’’..

Page 6: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

5 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

SOALAN TUGASAN

Untuk tugasan ini, anda dikehendaki menggunakan SEPULUH karangan yang pernah anda

semak dalam kalangan pelajar-pelajar anda. Kaji kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar

dari aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana.

Berdasarkan data karangan tersebut, analisis perkara-perkara berikut:

(a) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangkan pembetulan

bagi kesalahan tersebut.

(b) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi

kesalahan tersebut.

(c) Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi

kesalahan tersebut.

Page 7: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

6 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

1.0 Pengenalan

Apa itu karangan ? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:677), karangan atau

penulisan boleh didefinasikan dengan pelbagai makna dan maksud, antaranya ialah ciptaan,

gubahan, karya dan banyak lagi. Sementara itu menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam

(1985: 200), karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk

yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan

oleh guru.Dalam konteks pendidikan formal, menulis karangan ini secara tidak langsung

memberikan peluang kepada pelajar untuk menyatakan pendapat, idea, ulasan dan komen mereka

tentang sesuatu tajuk atau isu yang telah diberikan oleh guru secara teratur dan betul penggunaan

bahasanya dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan

pengenalan, isi dan di akhiri dengan kesimpulan.

Sementara itu mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005:1372), mendefinisikan

kesalahan sebagai perihal salah (perbuatan salah, kesilapan), Oleh yang demikian, kesalahan

tatabahasa boleh ditakrifkan sebagai kesalahan atau kesilapan yang dilakukan sama ada secara

bertulis atau lisan yang tidak mengikut peraturan nahu sesuatu nahasa itu. Ibrahim Ahmad

(1989:612-614) mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku pada mana-mana peringkat

pelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang pengajar lebih mudah mengukur kesalahan bahasa

pelajarnya melalui hasil tulisan mereka.

Kesalahan bahasa ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti peringkat ejaan

dan tanda baca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata; peringkat sintaksis, iaitu kesalahan

pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu tentang makna. Tambah beliau lagi, langkah

mengenal pasti punca kesalahan ini adalah langkah pertama ke arah menyusun rancangan

pemulihan. Daripada pengenalpastian punca kesalahan yang dilakukan, seseorang guru dapat

menarik perhatian pelajar terhadap sebab musabab terjadinya kesalahan yang mereka lakukan.

Page 8: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

7 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

2.0 Kesalahan-kesalahan bahasa dalam penulisan

Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh murid-murid

sekolah rendah malah pelajar-pelajar sekolah menengah juga. Banyak kajian telah dilakukan

tentang kesalahan bahasa ini terutamanya dalam aspek tatabahasa dan penggunaan penanda

wacana. Sehubungan itu, analisis kesalahan bahasa ini dilakukan dengan tujuan untuk mengesan

dan mengenal pasti aspek-aspek bahasa yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar dalam

penulisan supaya masalah-masalah ini dapat diatasi dengan segera.

Menurut Mohd. Daud bin Mohd. Yusof (1990: 76) kesalahan-kesalahan tatabahasa

wujud kerana pelajar-pelajar belum dapat mengetahui rumus-rumus tatabahasa yang

dipelajarinya itu. Sementara Ibrahim Ahmad (1989:612-614) mengatakan bahawa kesalahan

bahasa boleh berlaku pada mana-mana peringkat pelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang

pengajar lebih mudah mengukur kesalahan bahasa pelajarnya melalui hasil tulisan mereka.

Kesalahan bahasa ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti peringkat ejaan dan

tanda baca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata; peringkat sintaksis, iaitu kesalahan

pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu tentang makna.

Nik Safiah (1978), Asmah Haji Omar (1980), dan Arbak Othman (1981) juga mengatakan

bahawa penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaanya yang baku dianggap

sebagai kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu digunakan di luar batas formal, misalnya

penggunaan dialek-dialek Melayu.

Page 9: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

8 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Pada tugasan kali ini, saya dikehendaki menggunakan sepuluh karangan yang pernah saya semak

dalam kalangan pelajar-pelajar saya dengan mengkaji kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh

pelajar dari aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana. Berdasarkan data karangan

tersebut, saya dikehendaki menganalisis perkara-perkara berikut:

(d) Jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan

tersebut.

(e) Jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan

tersebut.

(f) Penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan

tersebut.

Analisa kesalahan-kesalahan pelajar dari aspek tatabahasa dan penguasaan penanda

wacana ini dilakukan ke atas sepuluh respondan (sepuluh buah karangan) iaitu sepuluh orang

pelajar Tahun Lima Mawar dari Sekolah Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U). Sekolah ini

merupakan sebuah sekolah luar bandar yang yang terletak di Daerah Kuala Kangsar, Perak dan

mempunyai jumlah pelajar sebanyak 71 orang murid

Page 10: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

9 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

3.0 Jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangan

pembetulan bagi kesalahan tersebut.

Definisi Morfologi

Morfologi mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Keempat (2005) ialah bidang ilmu bahasa

yang mengkaji tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuklah infleksi

(pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan. Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah

bidang ilmu bahasa yang mengkaji dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur

kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi

unit bahasa yang bermakna. Sementara bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada

berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Manakala penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan

bentuk atau fungsinya.

Dalam bidang morfologi, aspek kesalahan pelajar akan dinilai dan diperbincangkan

meliputi perkara-perkara yang berikut:

i. Jenis-jenis kata

a) Kata tunggal / kata akar b) Kata terbitan c) Kata majmuk d) Kata ganda e) Akronim

ii. Pembentukan kata

a) Imbuhan b) Pemajmukan c) Gandaan d) Gabungan e) Ejaan

iii. Penggolongan kata

a) Kata nama b) Kata kerja c) Kata adjektif d) Kata Tugas

Page 11: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

10 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

3.1 Kesalahan daripada aspek morfologi dan pembetulannya

Dalam aspek morfologi, jenis-jenis kesalahan yang akan dianalisa dibataskan hanya

kepada kesalahan dan kod seperti berikut:

1. Kesalahan imbuhan - (K1)

2. Kesalahan kata ganti diri - (K2)

3. Kesalahan ejaan - (K3)

4. Kesalahan kata ganda - (K4)

5. Kesalahan Penggunaan kata sendi nama - (K5)

6. Kesalahan penggunaan sesuatu kata (makna tidak tepat mengikut konteks ayat) -

(K6)

Jadual 1 : Kekerapan kesalahan daripada aspek morfologi

Nota : K = Kesalahan

P = Pelajar

Page 12: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

11 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

3.1.1 Kesalahan Ejaan (K4)

Berdasarkan analisa yang dibuat, kesalahan ejaan merupakan kesalahan aspek

morfologi yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar. Kesalahan yang dilakukan ini berjumlah 9

kesalahan yang mewakili 30 peratus keseluruhan kesalahan morfologi. Antara contoh kesalahan

ejaan yang dilakukan ialah :

i. mengakat sepatutnya mengangkat

ii. makam-makanan sepatutnya makan-makanan

iii. mejerit sepatutnya menjerit

iv. tampa sepatutnya tanpa

v. embulans sepatutnya ambulans

3.1.2 Kesalahan penggunaan imbuhan (K1)

Kesalahan penggunaan imbuhan menduduki tempat kedua teratas daripada keseluruhan

kesalahan yang dilakukan pelajar iaitu 8 kesalahan yang mewakili 26.67 peratus. Antara

kesalahan tersebut ialah :

(a) Pengabaian imbuhan „meN-„ pada kata kerja aktif transitif. Lihat contoh kesalahan

ayat di bawah:

i. Kami pun pergi dekati kawan kami.

ii. Kita mestilah amalkan nilai yang baik dalam kehidupan.

Page 13: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

12 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Struktur ayat ( i) dan (ii) ternyata struktur ayat aktif dengan kata kerja transitif. Mengikut

rumus yang sepatutnya kata kerja transitif „dekati‟ dan amalkan‟ perlulah di berikan awalan

„meN-. Justeru itu yang yang gramatis sebenarnya ialah :

i. Kami pun pergi mendekati kawan kami.

ii. Kita hendaklah mengamalkan nilai yang baik dalam kehidupan.

(b) Tidak dapat membezakan akhiran „-kan‟ dan „i‟

Contoh ayat yang salah ialah seperti berikut:

i. ......... menjumpakan duitnya yang hilang.

ii. ......... membaikki basikalnya yang rosak.

Dalam ayat (i), pelajar keliru tentang penggunaan akhiran „-kan‟ dan „i‟. Akhiran yang

sepatutnya digunakan dalam ayat di atas ialah „i‟, dengan demikian

ayat yang gramatis ialah :

i. ....... menjumpai duitnya yang hilang.

Sementara dalam ayat (ii) pula, adalah salah menggunakan akhiran „-ki‟. dalam bahasa

Melayu akhiran „-ki‟ tidak pernah wujud. Ayat gramatis yang sepatutnya ialah :

ii. ....... membaiki basikalnya yang rosak.

Page 14: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

13 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

3.1.3 Kesalahan penggunaan sesuatu kata (makna tidak tepat mengikut konteks ayat) -K6

Kesalahan penggunaan sesuatu kata ( makna tidak tepat mengikut konteks ayat) – K6

ialah kesalahan morfologi ke-3 terbanyak yang dilakukan oleh pelajar. Kesalahan ini mewakili

20 peratus kesalahan semua dalam aspek morfologi atau pembentukan kata ini.

Kesalahan yang dimaksudkan ialah kesalahan penggunaan kosa kata yang maknanya tidak

menepati konteks wacana. Pemilihan kata yang adalah penting kerana ketidaktepatan

penggunaannya akan menimbulkan pelbagai tafsiran kepada pembaca karangan. Kepentingan

pemilihan kosa kata yang tepat sangat ditekankan oleh pakar-pakar bahasa seperti kata Awang

Sariyan :

“ Pemilihan kata yang tepat merupakan salah satu syarat untuk melahirkan fikiran yang

jelas. Pemilihan kata atau diksi tidak hanya penting dalam karya kreatif, malah dalam

karangan deskriptif juga”.

Antara jenis kesalahan dalam kategori ini ialah kesalahan-kesalahan berikut :

a) Kesalahan frasa yang membawa konotasi yang tidak tepat. Contohnya seperti berikut :

i. Kami berlawak dengannya.

ii. ........ suka menolong tak kira bangsa.

Ayat di atas akan menjadi lebih gramatis sekiranya ditulis seperti di bawah :

i. Kami bergurau dengannya.

ii. ....... suka menolong tanpa mengira bangsa.

Page 15: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

14 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

b) Kosa kata yang dipengaruhi bahasa lisan

Penggunaan kata yang dipengaruhi bahasa lisan amat susah untuk dipisahkan daripada penulisan

para pelajar. Walaupun demikian, hal ini tidak seharusnya terjadi kerana penulisan dalam

karangan seharusnya menggunakan bahasa tulisan yang rasmi dan baku. Berikut disenaraikan

beberapa contoh kesalahan penggunaan kosa kata lisan dalam penulisan karangan pelajar:

i. .......tak payah la makcik.

ii. ...... bersikap suka menolong tak kira bangsa.

Ayat-ayat di atas akan lebih gramatis sekiranya ditulis seperti berikut:

i. .....tidak payahlah makcik.

ii. .....bersikap suka menolong tidak kira bangsa.

Page 16: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

15 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

3.1.4 Kesalahan penggunaan kata ganti diri – K2

Setelah dianalisis kesalahan bagi penggunaan kata ganti diri ialah sebanyak 3 kesalahan

iaitu mewakili 10 peratus dari keseluruhan kesalahan dalam aspek morfologi. Kesalahan-

kesalahan yang dilakukan pelajar ialah seperti berikut:

i. Kami menelefon ibu dan ayahnya.......

ii. Salah satu tindakan kami ialah menelefon ambulans.

Ayat-ayat di atas akan menjadi gramatis sekiranya kata ganti diri yang betul digunakan.

Ayat-ayat tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut.

i. Saya menelefon ibu dan ayahnya .......

ii. Salah satu tindakan saya ialah menelefon ambulans.

3.1.5 Kesalahan Penggunaan Kata Ganda – K4

Terdapat juga kesalahan penggunaan kata dalam karangan pelajar yang dianalisis.

Kekerapan kesalahan itu sebanyak 2 kesalahan yang mewakili 6.67 peratus yang merupakan

kesalahan yang paling kurang dilakukan oleh pelajar. Berikut antara kesalahan pelajar tersebut

seperti:

i. Banyak faedah-faedah membawa bekal ke sekolah ialah.......

ii. Semua kawan-kawan menziarahinya di hospital.

Page 17: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

16 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Dalam ayat-ayat di atas kita dapati kata yang sudah bermaksud jamak telah digandakan.

Kata banyak dan semua sudah bermaksud jamak, jadi tidak perlu digandakan lagi. Sekiranya kata

ganda tersebut hendak ditulis semula, maka kata „banyak‟ dan „semua‟ hendaklah digugurkan.

Ayat-ayat yang gramatis perlu ditulis seperti berikut :

i. Banyak faedah atau Faedah-faedah membawa bekal ke sekolah ialah .......

ii. Semua kawan atau Kawan-kawan menziarahinya di hospital.

3.1.6 Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ – K5

Kesalahan penggunaan kata sendi nama „di‟ dan ‘ke‟ dalam penulisan pelajar yang dikaji

sebanyak dua kesalahan mewakili 6.67 peratus

Menurut Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 19) penggunaan kata sendi nama „di‟ dan

„ke‟ adalah berbeza cara penggunaannya. Kata sendi nama „di‟ bermaksud berada atau sudah

sampai di sesuatu tempat manakala kata sendi nama „ke‟ bermaksud arah yang hendak dituju atau

belum sampai ke tempat yang dituju. Kesalahan yang dapat dikesan dalam karangan pelajar ialah:

i. Ambulans pun tiba untuk membawa rakan yang cedera di hospital.

ii. Kami bermain bola sepak ke padang.

Dalam ayat (i) di atas, penggunaan kata sendi nama „di‟ adalah salah mengikut konteks ayat

kerana ayat berkenaan bermaksud arah yang hendak dituju dan belum sampai ke sekolah baru

berkenaan. Jadi kata sendi nama yang sesuai digunakan adalah kata sendi nama „ke‟. Ayat

tersebut sepatutnya ditulis:

i. Ambulans pun tibaa untuk membawa rakan yang cedera ke hospital.

Manakala dalam ayat (ii) di atas pula, penggunaan kata sendi nama „ke‟ sepatutnya digantikan

dengan penggunaan kata sendi nama‟di‟ kerana dalam konteks ayat tersebut menunjukkan

bahawa sudah berada atau sudah sampai di sekolah berkenaan yang diterangkan. Ayat yang

gramatis sepatutnya ditulis:

ii. Kami bermain bola sepak di padang.

Page 18: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

17 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

4. Jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi

kesalahan tersebut.

Sintaksis menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2005:339), ditakrifkan sebagai bidang ilmu

bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Dalam kata lain, bidang

sintaksis juga merupakan sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari

kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk

ayat dalam sesuatu bahasa. Dalam bidang sintaksis perkara-perkara berikut akan diperbincangkan.

i. Struktur ayat ianya meliputi Subjek , Predikat , Pola ayat dasar , Ayat pasif dan Ayat

aktif

ii. Pembentukan ayat pula adalah Ayat selapis dan Ayat majmuk

iii. Jenis ayat adaah Ayat penyata , Ayat tanya dan Ayat seru

iv. Frasa melibatkan Hukum DM , pembentukan frasa dan konstituen terdekat dan tanda baca

Page 19: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

18 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

4.1 Aspek kesalahan Sintaksis.

Dalam aspek sintaksis pula, jenis-jenis kesalahan yang akan dianalisa dibataskan kepada

kesalahan dan kod seperti berikut:

i. Kesalahan strukur ayat tunggal (aktif) – (A1)

ii. Kesalahan struktur ayat tunggal (pasif) – (A2)

iii. Kesalahan struktur ayat-ayat lain – (A3)

iv. Kesalahan penggunaan tanda baca – (A4)

Jadual 1 : Kekerapan kesalahan daripada aspek sintaksis

Kod

Kesalahan

P1

P2

P3

P4

P5

P6

P7

P8

P9

P10

Jumlah

Kekerapan

kesalahan

Peratus

%

A1 1 1 1 1 1 5 17.86

A2 1 1 1 1 1 5 17.86

A3 1 1 1 2 1 1 7 25.00

A4 1 1 1 1 1 2 1 1 1 1 11 39.28

Jumlah 2 2 1 2 2 5 2 5 3 4 28 100.00

Nota : K = Kesalahan

P = Pelajar

Page 20: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

19 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

4.1.1 Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (aktif) –A1

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashin Hj. Musa dan Abdul Hamid

Mahmood,(1986:84), ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu satu

konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Sementara ayat aktif terdiri daripada ayat aktif

transitif dan ayat aktif tidak transitif.

Dalam analisis sepuluh karangan murid ini saya mengenalpasti ada lima kesalahan yang

yang mewakili 17.86 peratus berkaitan dengan kesalahan struktur ayat yang terdapat dalam

karangan pelajar. Kesalahan itu antaranya ialah :

a) Susunan konstituen ayat yang tidak betul.

b) Tidak mempunyai subjek atau subjek tidak lengkap.

c) Ayat tergantung

a) Susunan Konstituen ayat yang tidak betul

Satu daripada kesalahan struktur ayat tunggal yang dilakukan pelajar ialah susunan

konstituen ayat tidak betul. Contoh kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut :

i. Ini akan memberi pelajar faedah.

Kesalahan ini terletak pada kedudukan kata „faedah‟ yang sepatutnya berfungsi sebagai

objeklangsung bagi ayat kerja aktif transitif „memberi‟. Ayat tersebut akan gramatis jika

ditulis seperti berikut:

i. Ini akan memberi faedah kepada pelajar

.

b) Ayat Tidak Mempunyai Subjek atau Subjek Tidak Lengkap

i. Di samping itu dapat menjimatkan wang.

Sepatutnya ayat yang gramatis ditulis seperti berikut:

i. Di samping itu bekalan dibawa dapat menjimatkan wang.

Page 21: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

20 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

c) Kesalahan Ayat Tergantung

Ayat tergantung ialah satu frasa atau klausa yang tidak dapat ditentukan sama ada subjek

atau predikat ayat. Contoh ayat tergantung yang ditemui dalam karang pelajar ialah :

i. Memberi faedah kepada saya.

ii. Seterusnya ibu dan bapanya

Ayat di atas (i) dan (ii) ialah ayat tergantung yang terbentuk daripada satu frasa. Frasa

tersebut akan menjadi ayat tunggal yang betul strukturnya jika ditulis seperti berikut :

i. Dengan membawa bekalan dapat memberi faedah kepada saya.

ii. Seterusnya ibu dan bapanya tiba ke hospital itu.

Page 22: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

21 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

4.1.2 Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (pasif) – A2

Kesalahan struktur ayat tunggal yang dianalisis ialah sebanyak lima yang mewakili 17.86

peratus dari jumlah kesalahan aspek sintaksis . Ayat tunggal pasif merupakan ayang diterbitkan

daripada ayat aktif trasitif yang menggunakan imbuhan awalan transitif „me-„ itu dengan awalan-

awalan atau imbuhan pasif „di-„, „ter-„. „ber-„, „ke-an‟ dan perkataan „kena‟sebelum kata kerja

pasif „itu‟ dalam ayat (Arbak Othman, !984:246)

Contoh-contoh kesalahan struktur ayat tunggal (pasif) yang didapati daripada karangan

murid adalah seperti berikut:

i. Akhirnya terpaksa pulang ke rumah.

ii. Dengan sebab itu kesakitan semakin menjadi-jadi.

Dalam ayat di atas (i), menjadi tidak gramatis kerana tidak mempunyai bahagian subjek

ayat. Dalam ayat (ii) pula, subjek ayat hendaklah diganti kata nama am „penyakit‟ dan bukannya

„kesakitan‟. Ayat-ayat tersebut akan menjadi gramatis jika ditulis seperti berikut:

i. Akhirnya terpaksalah mereka pulang ke rumah.

ii. Dengan itu penyakit semakin menjadi-jadi.

Page 23: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

22 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

4.1.3 Kesalahan Struktur Ayat Lain – A3

Jenis-jenis kesalahan dalan kategori ayat ini ialah seperti ayat-ayat terlalu panjang dan

kabur maksudnya, ayat-ayat yang boleh dipecahkan kepada ayat-ayat yang lebih ringkas, padat

serta tepat. Dalam kesalahan (A3) ini didapati sebanyak tujuh kesalahan yang mewakili 25

peratus dan merupakan kesalahan kedua tertinggi dalam aspek kesalahan sintaksis. Berikut

diberikan satu contoh ayat yang terlalu panjang dipetik daripada karangan pelajar yang dianalisis.

i. Selain itu, saya dan rakan-rakan terus mengangkatnya masuk ke dalam ambulans,

semasa dalam ambulans saya ternampak dia kesakitan, beberapa minit kemudian saya

dan rakan saya sampai ke hospital.

Ayat di atas (i), ialah ayat yang panjang dan sukat menentukan jenis-jenis ayatnya

sama ada ayat tersebut ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan atau

campuran. Ayat-ayat jenis ini boleh dibetulkan supaya gramatis dengan cara

membetulkan strukturnya. Hal ini boleh dilakukan dengan cara memecahkan ayat tersebut

kepada ayat-ayat yang lebih pendek, tepat dan gramatis. Misalnya salah satu cara untuk

memperbaiki ayat tersebut adalah seperti berikut:

i. Selepas itu, saya dan rakan-rakan terus mengangkatnya masuk ke dalam ambulans.

Semasa dalam ambulans, saya ternampak dia kesakitan. Beberapa minit kemudian

saya dan rakan-rakan sampai ke hospital.

Page 24: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

23 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

4.1.4 Kesalahan Tanda Baca – (A4)

Kesalahan ini merupakan kesalahan pelajar yang tertinggi iaitu sebanyak sebelas

kesalahan atau 39.28 peratus dari kesalahan aspek sintaksis. Boleh dikatakan setiap pelajar yang

dianalisa melakukan kesalahan ini. Antara kesalahan tanda baca yang dilakukan oleh pelajar

dalam karangan mereka ialah seperti berikut:

i. Memulakan ayat dengan tidak menggunakan huruf besar.

Contoh : semasa kami bermain.....

seharusnya,

Semasa kami bermain.....

ii. Tidak menggunakan tanda pengikat kata bagi cakap ajuk.

Contohnya, Ahmad pulang ke rumah dan berkata assalamualaikum makcik.

Sepatutnya,

Ahmad pulang ke rumah dan berkata,”Assalamualaikum makcik”.

iii. Tidak meletakkan tanda soal (?) untuk ayat tanya.

Contohnya, Mengapa kamu menjerit.

sepatutnya,

Mengapa kamu menjerit?

Page 25: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

24 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

5 Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi

kesalahan tersebut.

5.1 Penggunaan Penanda Wacana

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan

sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya

sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan

seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Secara keseluruhannya daripada hasil analisis saya terhadap sepuluh hasil penulisan

pelajar saya dapati sememangnya mereka menggunakan penanda wacana dalam penulisan

mereka. Lebih-lebih lagi penggunaan penanda wacana ini memang dititiberatkan oleh guru

Bahasa Melayu mereka dalam menulis karangan. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa

kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan penanda wacana dalam penulisan

mereka. Kesalahan-kesalahan penggunaan penanda wacana dalam kalangan para pelajar adalah

seperti berikut:

i. Penggunaan tanda koma (,) selepas penanda wacana. Sebahagian pelajar tidak

meletakan tanda koma (,) selepas penanda wacana. Walau bagaimanapun kesalahan ini

hanya mewakili peratusan yang sangat kecil kerana pelajar-pelajar tersebut telah

diingatkan berkali-kali dalam hal tersebut.

ii. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :

Namun, Tetapi, Malah, Manakala

Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, sebagai penanda wacana. Sementara

…..manakala……, ……malah…. ditulis untuk menghubungkan dua ayat dan

bukannya dijadikan sebagai penanda wacana.

iii. Penggulangan dan kekerapan menggunakan penanda wacana yang sama. Dalam

hubungan ini, biasanya penggulangan ini dilakukan oleh pelajar yang agak lemah

dalam penulisan. Ini akan menjadikan karangan mereka seolah-oleh tidak ada

kesinambungan di antara perenggan dengan perenggan yang lain.

Page 26: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

25 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

iv. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana.„justeru itu‟ ialah kata hubung yang

membawa maksud „malahan‟ atau „bahkan‟.Oleh sebab itu, penggunaan penanda

wacana pada permulaan perenggan tidak sesuai dan menyebabkan ayat tidak gramatis.

Penggunaan penanda wacana tersebut akan menjadikan ayat gramatis sekiranya „itu‟

digugurkan menjadi „Justeru‟,

v. Penggunaan „Ini kerana...‟ sebagai penanda wacana. „Ini kerana ..‟ sepatutnya

digantikan dengan „Hal ini demikian kerana...‟maka, ayat akan menjadi gramatis. „Ini

kerana‟ merupakan kata sendi yang tidak boleh berada di permulaan ayat

vi. Penggunaan penanda wacana yang salah yang tidak menunjukan pertautan dari segi

kronologi. Contoh kesalahan penggunaan penanda wacana pelajar yang tidak

mengikut kronologi atau memberi pengertian kepada persoalan waktu yang berkaitan :

Sebagai kesimpulan, dan akhirnya digunakan sebagai penanda wacana di pertengahan

perenggan. Sepatutnya penanda wacana yang disebutkan tadi digunakan pada

perenggan yang akhir sekali dalan sesuatu karangan.

Page 27: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

26 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

6 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan berdasarkan analisis yang telah saya lakukan terhadap sepuluh

karangan pelajar jelaslah menunjukan bahawa pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek morfologi,

sintaksis dan penggunaan wacana adalah di tahap lemah dan memerlukan pembaikan. Malah

kesalahan yang sering didapati dalam penulisan karangan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar

adalah kesalahan morfologi, iaitu kesalahan penggunaan kata dan pembentukan kata. Dalam

aspek sintaksis, kesalahan pelajar lebih menjurus dalam pembentukan ayat dan penggunaan tanda

baca. Sementara itu bagi penggunaan penanda wacana pula lebih kepada penggunaannya yang

kurang tepat yanag akan akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak

mempunyai kesatuan dan berpautan dengan lengkap. Kesemua kesalahan ini bukan sahaja

dilakukan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah malah pelajar sekolah menengah juga masih

banyak yang melakukan kesalahan berkenaan. Kesalahan-kesalahan ini mungkin disebabkan oleh

kejahilan terhadap sesuatu yang dipelajari atau tidak mengetahui akan rumus-rumus yang sebenar

mengikut pandangan ahli-ahli bahasa.

Page 28: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

27 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan.(1993). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu.Kuala Lumpur :

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan.(2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis.

Pahang:PST Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammed Sallehudin Aman. 1993. Analisis Kesalahan Tatabahasa Melayu Di

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas. Tesis Master Sains.

Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood.

(1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 29: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

28 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Pg Mahmud Pg Damit. (1992). Kesalahan Tatabahasa dan Tanda Bacaan

Pelajar-Pelajar Melayu Di Peringkat Sekolah Menengah Bawah Daerah

Brunei Muara dan Daerah Tutong: Satu Perbandingan. Tesis Master Sains,

Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia

Raminah Hj Sabran.(1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia:

Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran.(1983). Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa

Melayu Di Kalangan Guru Pelatih. Tesis M.Ed. Universiti Malaya

Zulkifley Hamid. (2004). Analisis Penguasaan Pengetahuan Bahasa Melayu

Mahasiswa, dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 4 Bil. 4. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Page 30: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

29 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Page 31: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

30 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Page 32: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

31 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Page 33: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

32 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Page 34: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

33 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

4

Page 35: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

34 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

5

Page 36: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

35 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Page 37: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

36 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Page 38: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

37 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Page 39: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

38 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

Page 40: HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

39 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925