hikayat pak belalang
description
Transcript of hikayat pak belalang
UNIVERSITI MALAYAAKADEMI PENGAJIAN MELAYU
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
KARYA KLASIK:HIKAYAT PAK BELALANG
NAMA PELAJAR:SITI AKHMARNIZA BINTI AZIZANNO MATRIK:JEA 080128
NAMA PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMADNO.KUMPULAN TUTORIAL:2.00-.3.00pm(selasa)
1
MAKSUD FALSAFAH
Falsafah dapat diertikan sebagai proses penta’akulan ilmu dan seni.falsafah juga adalah
pengetahuan kepada hakikat sekadar yang tertumpu oleh insan.selain itu,falsafah
merupakan sebagai satu proses mengasah, menajam, menghalusi akal budi perkerti bagi
mengangkat martabat insane hampir kepada tuhan. Falsafah dapat di bahagikan kepada
dua iaitu falsafah nazari dan falsafah amali. Matlamat praktis falsafah ialah memahami
isu-isu asas yang berkaitan dengan kehidupan manusia dengan akal menjadi adat utama
untuk melaksanakan penyelidikan falsafah itu. Falsafah ialah perihal mencintai kearifan ,
kebijaksanaan , hikmah , kebenaran melalui pemikiran yang mendalam.
LATAR BELAKANG CERITA RAKYAT
Cerita rakyat adalah cerita yang hidup di tengah-tengah rakyat. Cerita itu berkembang
dari mulut ke mulut. Misalnya, seseorang ibu yang menuturkan cerita kepada anaknya
ketika hendak tidur atau tukang cerita menuturkan cerita kepada penduduk. Cerita ini
dituturkan dari generasi ke satu generasi yang lain. Penutur di antara ibu dan tukang
cerita belum tentu kedua-duanya dapat membaca dan menulis. Namun ,cerita-ceriat itu
lama-kelamaan di kumpulkan dan kemudian ditulis.
RINGKASAN CERITA HIKAYAT PAK BELALANG
2
Pak belalang hidup miskin bersama isteri dan anaknya yang bernama si belalang.oleh
sebab itu, bapaknya disebut pak belalang. Apabila melihat kemiskinan orang tuanya, si
belalang tidak sanggup. Suatu hari dia bermain-main berhampiran istana,si belalang
sering keluar masuk istana dan mencuri kain-kain gundik raja dan menyuruh bapaknya
menjadi ahli nujum raja. Pak belalang berjaya menemukan kain tersebut dan mereka
mendapat hadiah sehingga dapat memperbaiki kehidupan mereka keluarga untuk
sementara. Setelah bekalan makanan berkuragan si belalang mencuri pula burung kuwau
milik raja. Sekali lagi si belalang menyuruh bapaknya untuk menjadi ahli nujum dan
mereka berjaya. Akhirnya pak belalang di kenali sebagai ahli nujum sehinggakan tujuh
peti barangan berharga milik seorang saudagar yang hilang disuruh tilik oleh pak
belalang. Nasib menyebelahi pak belalang dan tujuh peti tersebut ditemui. Pada sautu
hari,raja memanggil dan menyuruh pak belalang untuk meneka isi dalam
gengamannya,kalau tidak dapat meneka mereka sekeluarga akan dibunuh oleh raja.
Merasa pasti tidak pasti,pak belalang mengeluh dan memanggil anaknya “aduh belalang,
belalang kita tidak akan berjumpa lagi”. Mendengar kata pak belalang, raja gembira lalu
membuka gengamannya. Ternyata dalam gengaman raja adalah seekor belalang.
Akhirnya kehidupan mereka sekeluarga ditanggung oleh raja seumur hidup dan mereka
tidak lagi berada dalam kemiskinan.
3
KUPASAN FALSAFAH DALAM HIKAYAT PAK BELALANG:
TOKOH SI BELALANG
Falsafah yang terdapat dalam watak Si Belalang ialah falsafah kepintaran seperti kata
Pythagoras “Sophia” iaitu kebijaksanaan. Si belalang menggunakan akal untuk mengubah
corak kehidupan keluarganya. Hal ini demikian jelas menunjukan bahawa si belalang
bijak kerana berusaha mencuri barang-barang dari istana dan menyuruh bapanya menjadi
ahli nujum. Apabila bapaknya menjadi ahli nujum, mereka akan mendapat wang untuk
membiayai hidup mereka. Kebijaksanan merupakan asas yang penting dalam ilmu
falsafah. Falsafah kepintaran si belalang adalah bermatlamatkan untuk mengubah
kehidupan keluarganya dengan cara tersendiri iaitu mencuri. Kepintaran yang di miliki
oleh si belalang juga dapat kita lihat melalui aliran falsafah yang digunakan iaitu aliran
rasionalisme (fahaman bahawa taakulan asas yang paling baik dalam melakukan sesuatu
tindakan atau menyelesaikan sesuatu masalah ). Oleh sebab itu, terlihat bahawa
kemiskinan dapat menimbulkan idea yang menarik bagi si belalang walaupun idea itu
buruk. Dia ingin mengangkat darjat keluarga mereka yang miskin. Dengan
kecerdikannya, dia berhasil meningkatkan taraf keluarganya.
Seterusnya, dalam watak si belalang juga terdapat falsafah keberanian. Keberanian yang
tinggi dalam diri belalang dapat mengubah taraf kehidupan keluarganya. Si belalang
seeorang yang berni kerana dia berani mencuri kain-kain milik gundik raja dan mencuri
4
burung kuwau yang merupakan burung kesayangan raja. Barangan yang telah di curunya
disembunyikan di dalam huatn dan untuk mendapatkan hasil dari pekerjaannya itu, dia
menjadikan bapanya sebagai ahli nujum kepada raja. Keberanian bukan hanya dapat
dipaparkan di medan peperangan semata-mata,penggunaan akal yang pintar dengan risiko
yang tinggi jiga di sifatkan sebagai keberanian.
TOKOH PAK BELALANG
Dalam hikayat ini dapat saya kupaskan mengenai falsafah yang di miliki oleh pak
belalang iaitu falsafah kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perkara yang indah
dan amat diperlukan dalam sesuatu perhubungan, terutama antara ahli keluarga. Pak
belalang amat menyayangi akan anaknya iaitu si belalang, dan kasih sayang antara
mereka tidak dapat di nilaikan dengan harta benda. Hal ini demikian dapat dibuktikan
kerana pak belalang hanya mengikut idea yang diberikan oleh anaknya walaupun agak
berisiko. Pak belalang menjadi ahli nujum sepertimana yang disuruh oleh anaknya.
Dalam bahasa yunani ahli nujum disebut sebagai “hermas”. Persepekatan antar mereka
boleh diibaratkan kata pepatah bapa borek, anak rintik. Si belalang juga sering
menunjukan rasa cinta dan menghargai kedua-dua orang tuanya. Disaat pak belalang di
minta untuk meneka apa isi gengaman raja, dia sangat takut untuk berpisah dengan
anaknya dan asyik menyebut nama anaknya. Hal ini kerana jikalau tekaan pak belalang
tidak tepat mereka sekeluarga akan di bunuh dan mereka tidak dapat bersama lagi.
TEMA DAN PENGAJARAN
5
Selain menceritakan falsafah kecerdiakan si belalang untuk hidup lebih baik, falsafah
keberuntungan juga diterima oleh pak belalang. Oleh sebab itu, tema yang di paparkan
ialah orang yang cerdik dan banyak akal akan terhinda dari bahaya. Dalam liku-liku
kehidupannya pak belalang sering terhindar dari pelbagai masalah. Adakalanya, usahanya
berhasil dan dalam masa yang lain dia juga perlu berusaha menghadapi saat yang genting
hingga sampai satu saat dia hampir putus asa dan menghayutkan dirinya ke dalam sungai.
Nasib menyebelahi pak belalang dan dia tersangkut pada sebuah kapal. Semua peristiwa
yang getir dapat di lalui oleh pak belalng kerana dai pasrah kepada Allah S.W.T. atas
nasib yang di berikan-Nya. Oleh sebab itu,pak belalang selalu mendapat pertolongan
dari Allah. Pengajaran yang dapat disimpulkan ialah seseorang akan mendapat
pertolongan jika mahu berusaha dan bertawakal kepada Allah.
“maka serta sampai saudagar itu pun di pengadapan raja, maka raja pun
bertitah,”hai saudagar , adapun hartamu yang hilang itu sudah dapat semuanyya
dengan pencuri-pencurinya sekali,”. Maka saudagar itu pun mengucapakan
syukur kepada Allah dengan menjunjung kelimpahan kurniaan raja”.
Seterusya, falsafah yang dikemukakan dalam hikayat pak belalang ialah falsafah antara
hubungan antara manusia dengan tuhan. Falsafah yang terdapat dalam hikayat ini ialah
“bersyukur” kepada tuhan. Kesyukuran kepada Allah dapat dibuktikan pada tokoh
saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya. Dalam keadaan ketidaksengajaan pak
belalang telah menemukan harta milik saudagar tersebut. Pada waktu hartanya ditemukan
, saudagar telah mengucapkan “syukur” kepada tuhan.
6
“maka ada suatu hari ada seorang saudagar di dalam negeri kehilangan harta di
dalam gedungnya, ada tujuh peti yang berisi emas perk dan permata, apalagi kain
yang mahal-mahal harganya. Maka Bapak si belalang pun di panggil raja. Maka
ketika itu raja pun tengah dihadap segala orang besar menteri hulubalangnya
bermusyawarah akan harta saudagar yang hilang itu (Jusuf, 1984: 43)
Disamping itu, falsafah hubungan antara manusia dengan masyarakat iaitu, muafakat atau
musyawarah. Falsafah ini dapat dilihat pada tokoh raja dan para menterinya dalam
episode saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya. Raja mendapat laporan tentng
saudagar itu dan mereka segera bermusyawarah.hal ini membuktikan bahawa
permuafakatan penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya hidup
bermasyarakat tanpa mengira darjat dan pangkat. Permuafakatan akan membawa
keberkatan dan mengeratkan hubungan silaturahim. Bak kata pepatah bulat air kerana
pembentung,bulat manusia kerana muafakat.
Seterusnya, falsafah antara manusia dengan manusia lain ialah falsafah berkerjasama.
Falsafah bekerjasama dapat dilihat pada tokoh pak belalang dan si belalang. Falsafah
kerjasama ini dapat dijumpai dalam episode pencurian kain gundik raja. Si belalang
mencuri kain gundik dan menyatakan perbuatannya itu kepada bapanya. Perkara ini di
lakukan supaya bapanya dapat bertindak sebagai ahli nujum apabila raja memangil
7
bapanya. Kerjasama antara si belalang dengan bapanya dapat meringankan beban yang
ditanggung bersama. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
KESIMPULAN:
Hikayat pak belalang ialah salah satu karya klasik atau tradisional masyarakat melayu
untuk menunjukan dan mengupas asas-asas falsafah dan logika melayu diterapkan dalam
kehidupan orang melayu dan memberikan pengajaran untuk dijadiakan teladan.
8
RUJUKAN:
1. STRUKTUR DAN NILAI BUDAYA DALAM “HIKAYAT PAK BELALANG”:Nikmah sunardjo, Sulistiati, Amir mahmud.
2.www.google.com.my: hikayat pak belalang.
9