https.docx

download https.docx

of 5

Transcript of https.docx

https://penyair.wordpress.com/tag/boria/Abdullah Darus | Perginya pencipta syairBoriaApril 13, 2010Pulau Pinang kehilangan seorang budayawan yang sangat penting dalam perkembangan boria. Abdullah Darus telah kembali ke rahmatullah pada 8 Mac lalu pada usia 81 tahun. Syair boria yang dilagukan oleh kumpulan boria mempunyai perbezaan yang nyata dengan kebanyakan syair kerana ia dinyanyikan oleh tukang karang, dikoruskan dan ditarikan oleh penyanyi dan penari latar atau sailor.Mempunyai kebolehan mengarang syair boria, Abdullah menghasilkan lebih daripada seratus buah syair yang membawa pelbagai tema dan persoalan. Beliau mula mencipta syair boria sejak tahun 1948. Kebanyakannya dinyanyikan oleh pelbagai kumpulan boria di Pulau Pinang.Minatnya kepada boria bermula pada 1940-an ketika beliau menyaksikan persembahan boria di Padang Brown, Datuk Keramat yang diadakan pada setiap kali datangnya bulan Muharram. Beliau mula melibatkan diri dalam persembahan boria semasa zaman Boria Federasi, atau juga dikenali sebagai Boria Persekutuan yang dinamakan sempena dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.Ketika itu boria merupakan acara paling istimewa yang diadakan pada 1 Februari 1948 bagi meraikan hari penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1950, pesta boria dipindahkan ke Padang Tambun di Lorong Kulit berhampiran dengan Stadium Bandar Raya Pulau Pinang dan turut diraikan di Butterworth, Seberang Perai. Namun semasa pendudukan Jepun, boria mula menjadi beku.Abdullah bermula dengan menjadi tukang karang bagi kumpulan boria yang memerlukan khidmat nukilan syair borianya. Boria Kampung Jawa Baru ialah kumpulan boria yang pertama disertainya.Sebagai pengarang yang kreatif dan prolifik, Abdullah sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Beliau tidak keberatan untuk memenuhi permintaan menulis syair boria untuk pasukan boria atau institusi tertentu. Dengan kata lain, Abdullah mengarang syair boria berdasarkan permintaan masyarakat.Sungguhpun demikian, syair boria Abdullah tidak boleh dikategorikan sebagai syair popular seperti novel popular kerana dikarang mengikut cita rasa pengguna kerana beliau amat menitikberatkan mesej Islam yang menjadi sisipan penting dalam syair yang dihasilkan. Kecenderungan ini memperlihatkan cubaan Abdullah untuk menggemakan syiar Islam di dalam karyanya.Selain mempunyai kemahiran dalam berbahasa dan mempunyai formula tertentu, karya beliau juga sarat pemikiran. Beliau juga mencipta pelbagai irama untuk dimainkan oleh pasukan boria yang membuat persembahan bagi dipadankan dengan kata-kata terpilih yang digubah menjadi syair boria dan sesuai dengan mesej yang dibawa. Ini kerana nyanyian menjadi salah satu unsur penting yang memberi makna dan tenaga kepada persembahan boria itu.Tukang karang berfungsi untuk melagukan syair boria dengan cara yang terbaik dari segi suara dan patah lagu serta tempo yang sesuai dengan irama yang dipilih. Lazimnya, tukang karang menghafal syair boria yang disediakan. Terdapat juga segelintir tukang karang yang membaca syair boria yang dicatat di atas kertas kerana tidak mampu menghafalnya, namun ia sedikit menjejaskan penghayatan terhadap nyanyian.Selain persembahan tukang karang, boria yang baik juga sewajarnya mempunyai syair yang puitis dari segi susunan kata. Selain unsur bunyi yang menarik dan sedap didengar, syair boria juga mengandungi mesej. Setiap persembahan boria mempunyai mesej yang ingin disampaikan dan mesej tersebut tercermin di dalam syair yang dilagukan.Syair boria atau dikenali sebagai karangan boria terdiri daripada beberapa rangkap puisi empat baris yang berbentuk syair yang dilagukan oleh tukang karang dan disertai dengan suara latar atau sailor yang menyanyikan rangkap pertama daripada syair berkenaan secara berulang-ulang atau sebagai korus.GenreKarangan boria ini dapat dianggap sebagai syair boria kerana bentuk setiap rangkapnya berbentuk syair. Syair boria boleh dianggap sebagai satu genre baru dalam kategori jenis-jenis syair iaitu syair empat larik. Sebenarnya tema genre syair itu luas, di antaranya ialah; syair romantis, syair panji, syair sejarah, syair agama dan syair simbolik. Puisi saduran atau terjemahan dari Arab dan Parsi seperti rubai, bayt, ghazal, masnawi dan kitah juga diterima sebagai syair.Dalam syair boria, setiap baris dapat berdiri dengan makna yang tertentu. Setiap rangkap berhubungan dan membentuk satu wacana yang membawa mesej tertentu. Setiap rangkap pula membawa persoalan yang berkaitan dengan tema karangan berkenaan. Sebagai syair, syair boria mempunyai rima atau irama bersajak, setiap baris dalam rangkap itu ialah /a/ /a/ /a/ /a/.Umumnya, setiap barisnya mengandungi antara sembilan hingga dua belas suku kata. Terdapat juga baris yang suku katanya melebihi daripada biasa untuk disesuaikan dengan irama yang dicipta untuk syair berkenaan. Dengan kata lain, dari segi bentuk, karangan boria yang dihasilkan oleh Abdullah menepati bentuk syair. Syair boria yang diteliti mengandungi cerita, ajaran, nasihat, kritikan dan sebagainya.Syair boria tidak boleh berdiri sendiri kerana syair tersebut perlu dilagukan dan dipersembahkan. Oleh sebab itu, syair boria yang dihasilkan oleh Abdullah kebanyakannya dicipta untuk persembahan tertentu. Abdullah terlebih dahulu diberi maklumat tentang persembahan boria yang akan berlangsung dan maklumat ini memberi inspirasi kepadanya untuk membangunkan tema dan persoalan di dalam syair yang akan dikarang.Semasa berkarya, Abdullah menulis draf untuk tujuan pembaikan, di mana beliau akan mengedit tulisan tersebut sehingga sempurna dari segi susunan kata dan makna.Biasanya, Abdullah tidak meletakkan harga untuk syair boria karangannya, tetapi kumpulan boria yang memohon khidmatnya pada masa dahulu akan menghulurkan antara RM10 hingga RM50 sebagai bayaran kepada Abdullah. Bayaran tertinggi yang pernah diterimanya ialah RM1,000 untuk satu syair boria yang dihasilkannya.Syair pertama Abdullah, Pahlawan Cangkul yang dihasilkan ketika menganggotai kumpulan boria Kampung Jawa Baru mempunyai sejarah yang tersendiri. Pada masa itu, masyarakat Pulau Pinang, khususnya di George Town dan kawasan sekitarnya atau lebih dikenali sebagai masyarakat Tanjung memandang rendah terhadap masyarakat Pulau Pinang yang tinggal di Seberang. Orang Tanjung digelar sebagai orang bandar. Mereka terdiri daripada golongan peniaga dan kakitangan kerajaan.Sebaliknya, orang Seberang Perai digelar sebagai orang luar bandar yang kurang maju dan mereka dianggap sebagai orang hulu. Mereka terdiri daripada golongan petani, pesawah dan peladang yang menetap di kampung. Tanggapan negatif orang Tanjung ini sangat tidak menyenangkan Abdullah.Oleh sebab itu, melalui syair Pahlawan Cangkul, Abdullah mengangkat imej orang Seberang Perai di mata orang Tanjung. Menurut Abdullah, cerita Pahlawan Cangkul ini telah dipersembahkan oleh kumpulan boria Kampung Jawa Baru. Dalam persembahan tersebut, beliau cuba membuka minda orang Tanjung agar lebih menghormati sesama manusia tanpa mengira status dan darjat. Tulis Abdullah;Mari kita jadi Pahlawan Cangkul,tanam setahil hasil berpikul,bersama menanam mengerat memukul,isikan guni mengangkat dan memikul.Sawah di ladang luas terbentang,bekerja keras pagi dan petang,hujan dan panas tiadalah pantang,rezeki yang halal hidup tidak berhutang.Alangkah mulia jadi petani,hidupnya bebas dari jadi kerani,makanan mewah beras berguni-guni,aman bahagia di samping anak bini.Hidup Pak Tani tiada berjoli,beras dan sayur tak payah dibeli,maksiat di desa kurang sekali,wang tersimpan hasil tambah kembali.Hidup petani tahan diuji,siang bekerja malam mengaji,lima Rukun Islam sampai ke haji,banyak Pak Tani yang sanggup tunai janji.Kepada petani patut dihormat,sungguh berjasa banyak berkhidmat,kalau dilupakan rezeki dan rahmat,hidup di bandar tidak akan selamat.Sajak ini memperlihatkan sosok sebuah syair kerana setiap barisnya mempunyai makna dan rima akhir adalah sama untuk setiap rangkap.Abdullah menjadi terkenal dalam kalangan kumpulan boria. Banyak kumpulan boria meminta khidmatnya untuk menghasilkan syair boria. Sehingga kini, sebanyak 3,000 rangkap syair boria pernah dihasilkannya, namun ia tidak dibukukan. Pada 1960-an, syair-syair boria karangannya pernah disiarkan dalam akhbar Warta Malaya dan akhbar Mustika.Oleh Sohaimi Abdul Aziz