Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Penggunaan E Pembelajaran
Click here to load reader
-
Upload
eryz-johaizal -
Category
Education
-
view
20.301 -
download
17
description
Transcript of Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Penggunaan E Pembelajaran
HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESEDIAAN PEMBELAJARAN ARAHAN
KENDIRI DENGAN TAHAP PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DI
KALANGAN PELAJAR DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT,
JOHOR.
MOHD ERY JOHAIZAL BIN RAMLI
SARJANA SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESEDIAAN PEMBELAJARAN ARAHAN
KENDIRI DENGAN TAHAP PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DI
KALANGAN PELAJAR DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT,
JOHOR.
MOHD ERY JOHAIZAL BIN RAMLI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
PSZ 19:16
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Catatan : * Potongan yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ٠ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS٠
JUDUL : HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESEDIAAN PEMBELAJARAN ARAHAN
KENDIRI DENGAN TAHAP PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN
DI KALANGAN PELAJAR DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN,
BATU PAHAT, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
SAYA MOHD ERY JOHAIZAL BIN RAMLI ____________________________________________________________________________________________________________________________________
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana, Doktor Falsafah) * ini disimpan di perpustakaan Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian.4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : P/S 1353 Kg. Batu Berendam, PUAN AMINAH BT AHMAD KHALID 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Nama Penyelia
Tarikh : 30 APRIL 2009 Tarikh : 30 APRIL 2009
√
PENGESAHAN
“Saya akui bahawa saya telah membaca projek sarjana ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)”
Tandatangan : _______________________________
Nama Penyelia : AMINAH BT AHMAD KHALID
Tarikh : 30 MAC 2009
Terima Kasih Buat YDSM AYAHANDA SYEIKH HARIS AL-KHOLIDI,
Ahlul Bait dan BKSI Sekalian.....
Istimewa Buat Ayahanda Dan Bonda
Ramli Bin Mohamad Dan Selemo Bt Abdul Ghani
Jasa Dan Dorongan Yang Disumbangkan Tidak Ternilai Sehingga Tercapai Cita-
Cita. Serta Ahli Keluarga Tersayang Semua Yang Memberi Sokongan..
Terima Kasih....
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya akhirnya kajian ini dapat disempurnakan.
Jutaan terima kasih kepada penyelia projek ini Puan Aminah Bt Haji Ahmad Khalid
yang telah memberi tunjuk ajar dan pandangan yang sangat baik sehingga projek ini
siap dilaksanakan.
Terima kasih kepada pihak Universiti Teknologi Tun Hussein Onn,
terutamanya staf dari Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, Dr. Burhanudin dan Encik
Hemmy yang banyak membantu untuk mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini.
Kepada rakan –rakan seperjuangan, diucapkan terima kasih sepanjang
pengajian yang mana telah memberikan kerjasama dengan baik dan memberikan
komitmen serta pandangan dalam projek ini.
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui hubungan antara kesediaan
pembelajaran arahan kendiri dengan penggunaan e-pembelajaran. Kajian ini
dijalankan di Fakulti Pengurusan Teknologi di Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn Malaysia. Kajian ini juga untuk mengenal pasti tahap penggunaan e-
pembelajaran dan tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri di kalangan pelajar.
Tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri menggunakan skala yang telah
dibangunkan oleh Gugliemino (1977). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
mengenal pasti perbezaan penggunaan e-pembelajaran berdasarkan kepada jantina
dan program pengajian. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data kajian.
Seramai 140 pelajar daripada keseluruhan 214 pelajar Tahun Dua di Fakulti
Pengurusan Teknologi telah menjadi responden kajian. Statistik deskriptif dan
inferensi telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Hasil kajian menunjukkan
terdapat hubungan yang rendah antara tahap penggunaan e-pembelajaran dengan
tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri pada aras signifikan 0.01. Secara
keseluruhannya, tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar berada pada
tahap sederhana manakala tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri berada pada
tahap sederhana tinggi. Sementara itu, wujud perbezaan penggunaan e-pembelajaran
yang signifikan berdasarkan program pengajian manakala tidak terdapat perbezaan
penggunaan e-pembelajaran yang signifikan berdasarkan kepada perbezaan jantina.
Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan kepada UTHM untuk membantu
meningkatkan tahap penggunaan e-pembelajaran dan tahap kesediaan pembelajaran
arahan kendiri.
The purpose of this study was to determine relationship between self directed
learning readiness and application of e-learning level among UTHM students from
Faculty of Technology Management. This study also identifies the level of
application of e-learning levels and self directed learning readiness using the Self-
Directed Learning Readiness Scale from Gugliemino (1977). This study also
identifies the difference of e-learning application based on gender and educational
discipline. The research questionnaires were used to collect the data, from 140
respondents out of 214 populations of Year Two, Faculty of Technology
Management. The result revealed that a low relations between self-directed learning
readiness level and the application of e-learning (at significant level = 0.01).
Generally, the level of e-learning application was moderate whereas the level of self-
directed learning readiness was upper moderate. Meanwhile, there was no difference
between the levels of e-learning usage based on gender but there was significant
difference between the level of e-learning application based on educational
discipline. This study also recommends a few suggestions to assist UTHM enhancing
the application of e-learning level and self-directed learning readiness level among
the UTHM students.
KANDUNGAN
PENGAKUAN i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH
viii
SENARAI SINGKATAN ix
SENARAI LAMPIRAN x
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Matlamat Kajian
1.6 Objektif Kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Kepentingan Kajian
1.10 Definisi Konseptual
1.10.1 Pembelajaran
1.10.2 E-Pembelajaran
1.10.3 Pembelajaran Arahan Kendiri
1.10.4 Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
1.11 Definisi Operasional
1.11.1 Pembelajaran
1.11.2 E-Pembelajaran
1.11.3 Pembelajaran Arahan Kendiri
1.11.4 Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Teori dan Model Kajian
2.3 Teori Pembelajaran
2.3.1 Teori Tingkah Laku
2.3.2 Teori Kognitif
2.3.3 Teori Konstruktif
2.4 Pembelajaran Elektronik
2.4.1 Model E-Pembelajaran
2.4.1.1 Model Lima Fasa untuk pembelajaran Online
Salmon
2.4.1.2 Model Persekitaran Pembelajaran Melalui Web
2.5 Teori dan Model Pembelajaran Arahan Kendiri
2.5.1 Model Pembelajaran Arahan Kendiri Berperingkat Grow
2.5.2 Model PRO Brockett dan Hiemstra
2.6 Kajian Lepas
2.6.1 Kajian Dalam Negara
2.6.2 Kajian Luar Negara
2.8 Model Kajian
14
14
15
15
16
16
17
21
21
23
26
27
29
31
31
36
40
BAB III METHODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
42
42
3.3 Populasi dan Pensampelan
3.4 Kaedah Pengumpulan Data
3.4.1 Data Premier
3.4.1.1 Borang Soal Selidik
3.5 Pentadbiran Borang Soal Selidik
3.5.1 Maklumat latar Belakang Responden
3.5.2 Tahap Penggunaan Pelajar Terhadap Aplikasi E-Pembelajaran
(Blackboard dan UCiTV)
3.5.3 Skala Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
3.5.3.1 Carta Pemarkahan SDLRS
3.6 Kaedah Analisis Data
3.7 Kajian Rintis
43
44
44
44
45
45
45
47
48
49
51
BAB IV ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang Responden
4.2.1 Jantina dan Umur Responden
4.2.2 Keturunan Responden
4.2.3 Program Pengajian
4.3 Analisis Tahap Penggunaan E-Pembelajaran (Aplikasi Blackboard)
di Kalangan Responden
4.4 Analisis Tahap Penggunaan E-Pembelajaran (Aplikasi UCiTV) di
Kalangan Responden
4.5 Analisis Tahap Pembelajaran Arahan Kendiri di Kalangan
Responden
4.6 Analisis Hubungan Antara Tahap Pembelajaran Arahan Kendiri
dengan Tahap Penggunaan E-Pembelajaran
4.7 Analisis Penggunaan E-Pembelajaran di kalangan Responden
Berdasarkan Pembezaan Jantina
4.8 Analisis Penggunaan E-Pembelajaran di kalangan Responden
Berdasarkan Pembezaan Kursus Pengajian
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.2.1 Latar Belakang Responden
5.2.2 Objektif Kajian Pertama: Tahap Penggunaan Pelajar Terhadap
E-Pembelajaran
5.2.3 Objektif Kajian Kedua: Tahap Kesediaan Pembelajaran
Arahan Kendiri Pelajar
5.2.4 Objektif Kajian Ketiga: Hubungan Antara Tahap Penggunaan
E-Pembelajaran dengan Tahap Kesediaan Pembelajaran
Arahan Kendiri Pelajar
5.2.5 Objektif Kajian Keempat:Analisis Penggunaan E-
Pembelajaran di kalangan Responden Berdasarkan
Pembezaan Jantina dan Program Pengajian
5.3 Cadangan Kepada Pihak Organisasi
5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang
5.5 Kesimpulan
RUJUKAN 52
LAMPIRAN 57
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1 Faktor-faktor Asas Pembentukan Skala
Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
2.2 Model Pembelajaran Arahan Kendiri
Berperingkat Grow
29
3.1 Saiz Sampel Kajian 43
3.2 Instrumen Kajian 45
3.3 Skala Likert Lima Mata 46
3.4 Skala Likert SDLRS
3.5 Skor dan Tahap SDLRS
3.6 Nilai Skor dan Tahap SDLRS
3.7 Nilai Skor dan Tahap SDLRS
3.8 Pembahagian Tahap Min 46
3.9 Interpretasi Mengikut Saiz Pekali Korelasi 50
3.10 Analisis Reliabiliti
4.1 Taburan Kekerapan Mengikut Jantina dan
Umur
4.2 Taburan Kekerapan Mengikut Umur
4.3 Taburan Responden Mengikut Program
Pengajian
4.4 Penggunaan e-Pembelajaran (Aplikasi
Blackboard)
4.5 Penggunaan e-Pembelajaran (Aplikasi
Blackboard)
4.6 Penggunaan e-Pembelajaran (Aplikasi
Blackboard)
4.7 Penggunaan e-Pembelajaran (Aplikasi UCiTV)
4.8 Penggunaan e-Pembelajaran (Aplikasi UCiTV)
4.9 Persepsi Responden Terhadap Kesediaan
Pembelajaran Arahan Kendiri
4.10 Persepsi Responden Terhadap Kesediaan
Pembelajaran Arahan Kendiri
4.11 Persepsi Responden Terhadap Kesediaan
Pembelajaran Arahan Kendiri
4.12 Hubungan antara Tahap Penggunaan e-
Pembelajaran dengan Tahap Pembelajaran
Arahan Kendiri
4.13 Perbezaan Tahap Penggunaan e-Pembelajaran
Berdasarkan Jantina
4.14 Perbezaan Tahap Penggunaan e-Pembelajaran
Berdasarkan Program Pengajian
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT
2.1 Model Persekitaran Pembelajaran Melalui Web 24
2.2 Komponen Pembelajaran Arahan Kendiri 26
2.3 Model PRO Brockett dan Hiemstra 30
2.4 Model Kajian Hubungan antara Tahap
Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
dengan Tahap Penggunaan e-Pembelajaran
32
SENARAI SINGKATAN
AUKU - Akta Universiti dan Kolej Universiti
BBS - Buletin Board System
CBT - Computer-Based Training
CD-ROM - Compact-Disc Read Only Memory
CTL - Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL
GPA - Ggred Point Average
ICT - Information and Communication Technology
ITTHO - Institut Teknologi Tun Hussein Onn
KUiTTHO - Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
MSC - Multimedia Super Corridor
PLSP - Pusat Latihan Staf Politeknik
PRO - Personel Responsibility Orientation
SDLRS - Self-Directed Learning Readiness Scale
SSDL - Staged Self-Directed Learning
UCiTV - TV interaktif Kampus Universiti
UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
WBT - Web-Based Training
WWW - World Wide Web
SPSS - Satistical Pakage for Social Science
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam bahagian ini pengkaji membentangkan latar belakang masalah kajian
serta pernyataan masalah kajian yang menyokong kajian pengkaji. Pengkaji telah
mendapatkan maklumat mengenai latar belakang masalah dan pernyataan masalah
melalui pembacaan dari sumber buku dan internet serta temu bual dengan Pengarah
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu
Pahat, Johor. Berdasarkan pernyataan masalah, pengkaji membangunkan persoalan
kajian, matlamat kajian serta empat objektif utama kajian. Selain itu, pengkaji juga
menghuraikan skop kajian, batasan kajian dan kepentingan kajian. Seterusnya,
pengkaji menghuraikan konsep setiap definisi dan menghuraikan penggunaan
definisi tersebut dalam kajian ini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kepesatan perkembangan teknologi maklumat dewasa ini telah meyakinkan
kita bahawa dunia kini sedang berubah menuju ke era maklumat menggantikan era
industri. Dalam era ini, kecanggihan maklumat menjadikan dunia seakan-akan tidak
bersempadan dengan maklumat yang tidak terbatas. Kebolehan masyarakat
menguasai maklumat dan teknologinya dijangka menjadi pemangkin utama kepada
kemajuan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. (Md. Noh Main, 2000)
World Wide Web (WWW) menyediakan peluang baru dalam pendidikan
secara dalam talian. Keupayaannya menyokong grafik, teks dan bunyi sekali gus
membolehkan maklumat disampaikan dengan berkesan. Pendidikan berasaskan
dalam talian yang disalurkan melalui WWW melibatkan pelbagai kombinasi
teknologi seperti internet, e-mel, Buletin Board System (BBS) dan Desktop Video
Conferensing
Morgan, Keegan dan Associate menganggarkan perbelanjaan dalam semua
bentuk pembelajaran pada masa kini melebihi $750 bilion Amerika Syarikat dan $2
trilion di seluruh dunia, dengan pertumbuhan hasil untuk e-pembelajaran dijangka
melebihi sektor-sektor lain dalam industri pendidikan. Institusi pendidikan dan sektor
korporat telah mula mengiktiraf e-pembelajaran sebagai satu kuasa yang mampu
mengubah prestasi, pengetahuan dan kemahiran. Pendidikan dan latihan bersedia
untuk menjadi salah satu sektor terbesar dalam ekonomi dunia yang mana
dianggarkan perbelanjaan global bagi pendidikan dan latihan melebihi $2 trilion,
yang mana satu daripadanya adalah dari Amerika Utara, separuh adalah dari Eropah
dan pasaran ekonomi yang membangun, manakala lima belas peratus adalah dalam
dunia yang membangun (Mohd Koharudin, 2004).
Kepimpinan Malaysia melihat arus perubahan dunia ini sebagi arus strategi
untuk merealisasikan wawasan 2020 dan mencapai taraf negara maju. Negara dan
rakyat tidak boleh hanya menonton dan mengikut arus perubahan ini, tetapi
sebaliknya perlu mengambil peranan aktif menerajui perubahan ini. Satu langkah
berani ke arah ini ialah pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan
MSC ini kerajaan menyediakan satu test bed bukan sahaja untuk membangun dan
mencuba teknologi maklumat yang baru tetapi juga untuk mengalami bagaimana
sebenarnya cara hidup dalam era maklumat. Komitmen kerajaan ini memerlukan
anjakan paradigma seluruh lapisan masyarakat dari segi pemikiran dan cara hidup.
Keperluan untuk mereka mengetahui, mengguna, dan membangunkan teknologi
maklumat mestilah dirancang dan dilaksanakan seiring dengan pembangunan MSC.
Di Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi
Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan e-
pembelajaran sebagai teknik terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka.
Begitu juga syarikat-syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan e-latihan bagi
melatih pekerja mereka (Jaya Kumar, C. K. 2001).
Pada tahun 1994, Kementerian mengumumkan bahawa semua universiti
tempatan di Malaysia perlulah menawarkan kursus secara jarak jauh. Dalam
Rancangan Malaysia Ketujuh, isu pendidikan jarak jauh telah menjadi agenda utama
kerana ia bersifat kos efektif dan efisien. Selaras dengan itu, Universiti tempatan di
Malaysia terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Awam mengorak langkah awal
dengan menawarkan program Sarjana Muda dan Diploma melalui kaedah jarak jauh
ini. Selain itu, teknologi yang digunakan dalam menjalankan kursus ini ditingkatkan
termasuk memperkenalkan sidang video, internet, perpustakaan maya dan video on
demand.
Bagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Universiti Tengku Abdul Rahman
(UNITAR) merupakan universiti pertama menjadi Universiti Maya (Virtual
University) pada tahun 1998. UNITAR menawarkan perkhidmatan kurikulum dan
pembelajaran secara dalam talian, termasuk sesi tutorial face-to-face, yang wajib
dihadiri oleh pelajarnya (Mohd Koharudin, 2004).
Sejarah UTHM bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat
Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga
pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan
untuk sistem politeknik di negara ini. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun
1993. Pada 12 April 1996, nama ditukar kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn
(ITTHO).
Selaras dengan sumbangan ITTHO dalam perkembangan berasaskan sains
dan teknologi dalam negara, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju
menaik taraf ITTHO kepada sebuah Universiti yang dikenali sebagai Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang tertakluk di bawah Akta
30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Pada 20 September 2006,
Kabinet meluluskan pertukaran mana KUiTTHO kepada Universiti Tun Hussein
Onn.
1.3 Pernyataan Masalah
Seperti juga di lain-lain universiti di Malaysia, UTHM juga memperkenalkan
sistem pembelajaran secara elektronik (e-pembelajaran) untuk menyokong
pembelajaran secara kuliah. Pembangunan e-pembelajaran bermula dengan
penubuhan Unit Pembangunan E-Pembelajaran pada tahun 2002. Unit ini diletakkan
tanggungjawab di bawah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL). Bermula dari
mulanya penubuhan unit ini, banyak pelaburan dicurahkan untuk pembangunan e-
pembelajaran yang interaktif. Dianggarkan sebanyak RM4 juta peruntukan telah
disediakan di antara tahun 2002 hingga 2008 bagi pembangunan dan
penambahbaikan sistem e-pembelajaran di UTHM.
Unit ini bertanggungjawab membangun dan menyelenggara sistem e-
pembelajaran universiti yang dikenali sebagai aplikasi Blackbaord dan aplikasi TV
Interaktif Kampus Universiti (UCiTV). Melalui aplikasi Blackboard, semua pelajar
akan mendapatkan ringkasan pembelajaran nota dari Blackboard yang boleh dicapai
dari dalam dan di luar kampus. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan aplikasi
lain yang disediakan melalui aplikasi Blackboard iaitu berinteraksi secara online,
menghantar e-mel, berkenalan dan sebagainya.
Terdapat juga modul pembelajaran yang disediakan secara online. Modul
tersebut merupakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah
untuk satu-satu mata pelajaran. Di sini, modul tersebut disediakan secara interaktif
iaitu terdapat gambar yang bergerak bagi memudahkan kefahaman pelajar. Modul ini
disediakan oleh pensyarah dengan bantuan staf e-pembelajaran.
Selain itu, unit ini juga memperkenalkan aplikasi UCiTV iaitu interaktif TV
yang mana pelajar boleh melihat siaran televisyen tempatan melalui alikasi UCiTV.
Aplikasi UCiTV merupakan aplikasi yang pertama digunakan di Institut Pengajian
Tinggi Awam di Malaysia. Dengan kelajuan 100mps per saat, pelajar tidak
menghadapi masalah untuk melihat streaming televisyen tanpa gangguan. Selain itu,
aplikasi UCiTV juga menyediakan video pembelajaran yang diambil dari siaran
Astro. Jadi pelajar boleh melihat video yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.
Selain itu, pasukan UCiTV menyediakan perkhidmatan merakam sesi kuliah
pensyarah. Selepas itu, pelajar boleh melihat semula rakaman tersebut untuk
membuat ulang kaji.
Untuk memudahkan pelajar mencapai internet secara percuma bagi melayari
laman web e-pembelajaran, kabel Wifi dipasang di seluruh kampus universiti dan
juga di blok kediaman. Pensyarah dibekalkan komputer riba untuk memudahkan
mereka mencapai internet bagi menggalakkan mereka melayari laman web e-
pembelajaran di pelbagai lokasi di dalam kampus UTHM. Pelajar pula digalakkan
menggunakan e-pembelajaran secara menyeluruh dan berterusan. Semua silabus
mata pelajaran, nota-nota kuliah, nota-nota tutorial, kertas ulang kaji pelajaran dan
lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pembelajaran atau tidak berkaitan dengan
pelajaran hanya disediakan melalui laman web e-pembelajaran. oleh yang demikian,
mereka terpaksa melayari laman web e-pembelajaran untuk mendapatkan bahan-
bahan tersebut dengan memuat turun melalui laman web tersebut. Selain itu, markah
ujian juga hanya boleh diketahui dan dilihat melalui laman web e-pembelajaran.
untuk memastikan semua pelajar menggunakan laman web ini, sistem kuiz melalui
talian juga diperkenalkan. Oleh yang demikian, pelajar terpaksa melayari laman web
e-pembelajaran bagi menjawab setiap kuiz yang diberikan oleh pensyarah.
Dengan pelaburan yang tinggi dibelanjakan oleh UTHM untuk
membangunkan dan penambahbaikan sistem e-pembelajaran, maka UTHM perlu
memastikan bahawa penggunaan aplikasi e-pembelajaran perlu menyeluruh di
kalangan pelajar. Pengukuran tahap kesediaan pelajar untuk belajar melalui e-
pembelajaran adalah perlu bagi memastikan semua kemudahan digunakan oleh
pelajar. Perbezaan pendekatan pembelajaran antara pembelajaran bersemuka dan
pembelajaran secara elektronik dilihat boleh mempengaruhi pelajar dalam
penggunaan e-pembelajaran. Mereka perlu bersedia mengadaptasikan pembelajaran
yang tidak dikawal oleh pensyarah secara terus agar mereka boleh mengoptimumkan
setiap aplikasi yang disediakan dalam sistem e-pembelajaran. Untuk menjamin
kejayaan e-pembelajaran, pelajar juga perlu bersedia untuk mengikuti pembelajaran
secara lebih bebas, mendisiplinkan diri serta bermotivasi untuk belajar secara
kendiri. Perbezaan jantina dan program pengajian juga dilihat boleh mempengaruhi
tahap penggunaan e-pembelajaran.
Oleh itu, berdasarkan kepada dasar kajian, terdapat persoalan timbul iaitu
adakah terdapat hubungan antara kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan
tahap penggunaan e-pembelajaran, apakah tahap penggunaan e-pembelajaran dan
tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri serta adakah perbezaan tahap
penggunaan e-pembelajaran dari aspek jantina dan program pengajian.
1.4 Persoalan Kajian
Terdapat empat persoalan utama kajian ini iaitu:
1. Apakah tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri di kalangan pelajar
UTHM?
2. Apakah tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar UTHM?
3. Adakah terdapat hubungan di antara tahap kesediaan pembelajaran
pengarahan kendiri dengan tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan
pelajar UTHM?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan
pelajar dari aspek demografi iaitu jantina dan program pengajian?
1.5 Matlamat Kajian
Matlamat kajian adalah untuk melihat tahap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri dan tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar. Kajian ini juga
untuk melihat kekuatan hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri dengan tahap penggunaan e-pembelajaran atau tidak. Selain itu, kajian ini
juga ingin melihat perbezaan tahap penggunaan e-pembelajaran dari aspek demografi
di kalangan pelajar iaitu dari aspek perbezaan jantina dan program pengajian.
1.6 Objektif Kajian
1. Mengenal pasti tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri di kalangan
pelajar.
2. Mengenal pasti tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar.
3. Mengenal pasti hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri dengan tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar.
4. Untuk melihat perbezaan tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan
pelajar dari aspek demografi iaitu jantina dan program pengajian.
1.7 Skop Kajian
Dalam bahagian ini, pengkaji menghuraikan fokus bagi penyelidikan ini.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tahap kesediaan
pembelajaran arahan kendiri dan tahap penggunaan e-pembelajaran di UTHM serta
melihat perbezaan penggunaan e-pembelajaran dari aspek demografi pelajar iaitu
jantina dan program pengajian. Selain itu, kajian ini untuk melihat tahap penggunaan
e-pembelajaran dan tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri di kalangan pelajar.
E-pembelajaran yang dimaksudkan di sini adalah aplikasi Blackboard dan UCiTV
yang diguna pakai oleh UTHM untuk pelajar mereka. Tahap kesediaan pembelajaran
arahan kendiri pula adalah keadaan di mana pelajar mempunyai kesediaan untuk
belajar tanpa kawalan oleh pensyarah. Pengkaji telah membina elemen kesediaan
pembelajaran arahan kendiri berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd
Azhar Hamid pada tahun 2004 iaitu berdasarkan 30 item soalan positif daripada
keseluruhan 58 item soalan yang dicadangkan oleh Guglielmino. Kajian yang
dijalankan hanya tertumpu kepada pelajar tahun dua di Fakulti Pengurusan
Teknologi di UTHM.
1.8 Batasan Kajian
Berikut dihuraikan beberapa perkara yang menjadi batasan dalam kajian ini.
Batasan ini penting bagi menjamin kualiti hasil yang diperoleh, menggunakan hasil
kajian di tempat yang betul dan sesuai, dan menggunakannya pada masa yang sesuai.
Oleh yang demikian, batasan kajian adalah seperti berikut:
1. Sebarang hasil penemuan kajian ini adalah terbatas kepada pelajar di
Fakulti Pengurusan Teknologi UTHM sahaja. Ini kerana pengkaji hanya
membuat kajian tinjauan ke atas pelajar dari fakulti Pengurusan
Teknologi sahaja. Di samping itu, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan
kepada pelajar di universiti lain kerana hanya pelajar di UTHM
menggunakan e-pembelajaran dalam dua bentuk aplikasi iaitu aplikasi
Blackboard dan aplikasi UCiTV yang berbeza dengan universiti lain.
Oleh yang demikian, hasil penemuan tidak mewakili aspek pelajar fakulti
lain di UTHM dan di lain-lain IPTA iaitu IPTS di Malaysia atau di negara
lain.
2. E-pembelajaran dalam kajian ini adalah merujuk kepada dua aplikasi
berbeza iaitu aplikasi Blackboard dan aplikasi UCiTV. Media elektronik
lain seperti pita video atau audio, CD-ROM dan sebagainya tidak
termasuk dalam skop kajian ini.
3. Kajian berasaskan andaian bahawa bahan yang disediakan untuk e-
pembelajaran tidak mempunyai sebarang masalah. Oleh itu, ia sentiasa
sedia untuk dicapai oleh pelajar.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bukan sekadar untuk menjawab persoalan kajian yang
telah dikemukakan, tetapi hasil yang diperolehi adalah penting untuk
penambahbaikan aplikasi dalam e-pembelajaran untuk membolehkan pelajar
memperoleh manfaat semasa menggunakannya. Penambahbaikan yang dilakukan
berdasarkan kajian ini diharap membolehkan pelajar dapat mengoptimumkan
penggunaan laman web e-pembelajaran yang dilihat sebagai sokongan kepada
kaedah pembelajaran secara kuliah. Dengan mengetahui tahap penggunaan terhadap
aplikasi-aplikasi tertentu, maka pihak yang UTHM dapat memperbaiki mutu
kandungan dan kegunaan setiap aplikasi tersebut agar pelajar boleh mendapatkan
manfaat daripadanya sekali gus menarik minat pelajar untuk menggunakannya.
Sesuai dengan pendekatan universiti yang menekankan kepada amalan
pembelajaran arahan kendiri, pihak UTHM dapat mengenal pasti hubungan antara
kesediaan pelajar untuk belajar mengikut kemahuan mereka dan penggunaan pelajar
terhadap e-pembelajaran. Dengan itu, pihak UTHM boleh merangka strategi yang
sesuai dengan kesediaan pelajar untuk belajar bagi mengoptimumkan penggunaan e-
pembelajaran di kalangan pelajar.
Kajian literatur yang komprehensif tentang e-pembelajaran dapat memberi
maklumat kepada UTHM tentang kaedah pelaksanaan e-pembelajaran mengikut teori
yang betul dan juga boleh dijadikan panduan untuk penambahbaikan selaras dengan
perkembangan teknologi komunikasi semasa yang cepat berubah. Justeru itu, kajian
ini amat berguna kepada pembangun-pembangun laman web e-pembelajaran di
universiti lain dan institusi yang menggunakan pendekatan –pembelajaran di tempat
mereka sebagai panduan untuk membangun dan menambahbaikkan sistem e-
pembelajaran di tempat masing-masing.
Selain memberi manfaat kepada UTHM, kajian ini juga dapat menyumbang
kepada perkembangan ilmu pengetahuan secara menyeluruh. Kajian ini boleh
digunakan oleh pengkaji-pengkaji di masa hadapan sebagai rujukan mereka untuk
membuat kajian yang berkaitan dengan e-pembelajaran. Memandangkan pendekatan
e-pembelajaran masih baru di negara kita, maka kajian ini diperlukan bagi
menyokong pelaksanaan e-pembelajaran di IPT mahupun di organisasi lain di
Malaysia. Selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
yang pesat dan pantas, maka penemuan dalam kajian ini dapat membantu dalam
memperkembangkan lagi industri ICT ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan
perubahan masa.
1.10 Definisi Konseptual
Dalam bahagian ini pengkaji mengemukakan definisi konseptual beberapa
elemen penting menurut pelbagai tokoh dan para penyelidik. Pengkaji
mengemukakan definisi konseptual bagi pembelajaran, e-pembelajaran,
pembelajaran arahan kendiri dan kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang
mempunyai kaitan secara langsung dengan kajian yang dijalankan. Definisi yang
dikemukakan dalam bahagian ini adalah berguna sebagai panduan dan rujukan
khususnya bagi menjelaskan konsep yang dikaji oleh pengkaji.
1.10.1 Pembelajaran
Menurut Jaafar (2001), pembelajaran adalah satu proses perubahan kepada
kelakuan tetap yang disebabkan oleh amalan dan pengalaman yang berguna.
Pembelajaran merujuk pada pengalaman dan amalan yang bermanfaat yang
dimaksudkan adalah seperti sembahyang, makan, bercakap bermain dan sebagainya
yang diajar dan diperhatikan oleh orang lain dan kemudian diikuti oleh seorang yang
lain hingga amalan tersebut menjadi tetap. Tetapi jika amalan tersebut dilakukan
secara bersahaja atau suka-suka, maka kelakuan tersebut tidak bertahan lama dan
terus hilang.
Menurut Abu Hassan Kassim et al. (2001), pembelajaran adalah aktiviti yang
perlu untuk kehidupan. Pembelajaran berlaku apabila seseorang menerima sesuatu
yang baru, atau mengubahsuai pola tingkah laku yang mempunyai pengaruh terhadap
sikap atau pencapaian akan datang
Meng (1997) mendefinisikan pembelajaran sebagai proses pengubahan
tingkah laku yang agak lama tetapi tetap berlaku kerana pengalaman atau latihan
yang diteguhkan
Menurut Rahil Mahyuddin (2002) pula, pembelajaran merupakan tingkah
laku yang melibatkan keterampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan
perkembangan kemahiran intelek.
1.10.2 E-pembelajaran
E-pembelajaran secara umumnya dikenali sebagai pembelajaran berpusatkan
pelajar yang disokong oleh penggunaan teknologi maklumat, komunikasi dan
multimedia.
Holmes et al. (2006) mendefinisikan e-pembelajaran sebagai ‘capaian dalam
talian (online) untuk sumber pembelajaran, di mana sahaja dan setiap masa’. Ia
melibatkan penggunaan teknologi yang baru dan internet untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran dengan memudahkan untuk mendapatkan sumber dan perkhidmatan
dan juga remote exchange dan kerjasama.
Horton (2006) mendefinisikan e-pembelajaran sebagai penggunaan maklumat
dan teknologi komputer untuk membina pengalaman pembelajaran. Menurutnya lagi,
e-pembelajaran boleh terjadi pada banyak perkara. Antaranya ialah dalam kursus
lengkap kursus Lengkap (Standalone Cources), kursus bilik darjah maya (virtual-
classroom cources, simulasi dan permainan pembelajaran (Learning game and
simulation), pengukuhan pembelajaran (Embedded e-Learning, Pembelajaran
bercampur (blended learning), Pembelajaran secara telefon (mobile learning),
pengurusan pengetahuan (knoweledge management)
1.10.3 Pembelajaran Arahan Kendiri
Menurut Knowles (1975), pembelajaran arahan kendiri adalah merujuk
kepada satu proses di mana individu mengambil inisiatif, sama ada dengan bantuan
orang lain atau tidak, untuk mengenal pasti keperluan pembelajaran mereka sendiri,
membentuk matlamat pembelajaran, mengenal pasti sumber bahan mentah dan
sumber manusia bagi pembelajaran, memilih dan mengimplementasikan strategi
pembelajaran yang sesuai dan menilai hasil pembelajaran mereka.
Menurut Candy (1991), pembelajaran arahan kendiri dianggap sebagai salah
satu kaedah yang kuasa di mana orang dewasa bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sepanjang kehidupan mereka sendiri.
Piskurich, (1993) mendefinisikan pembelajaran arahan kendiri kepada enam
perspektif lapangan yang berbeza. Perspektif tersebut adalah menerangkan
pembelajaran arahan kendiri sebagai latihan (training), pembelajaran kontrak
(contract learning), pakej pengarahan kendiri (self-instructional packages),
pengajaran individu (individual instruction), pengajaran audiotutorial (audiotutorial
instruction), pengajaran audiotutorial (audiotutorial instruction) dan pengajaran
jarak jauh (dinstance instruction).
Hiemstra (1994) menjelaskan bahawa beberapa perkara yang perlu diketahui
tentang pembelajaran arahan kendiri. Antaranya pelajar perlu yakin dalam membuat
sesuatu keputusan berdasarkan pengalaman mereka untuk memastikan ia menjadi
lebih menarik. Pelajar mampu memindahkan pembelajaran dalam bentuk
pengetahuan dan kemahiran belajar sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.
Selain itu, mereka boleh melibatkan berbagai-bagai-bagai aktiviti dan sumber untuk
memastikan ia lebih menarik. Pengajar juga memainkan peranan dalam membentuk
suasana pembelajaran berasaskan kepada arahan kendiri. Institusi pembelajaran perlu
menyokong pembelajaran arahan kendiri dengan menyediakan program
pembelajaran terbuka, pembelajaran berseorangan dal lain-lain program yang
berkaitan.
1.10.4 Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
Menurut Konwles (1975), kesediaan untuk belajar merujuk kepada tempoh
masa yang boleh diajar dan menggariskan satu senarai tugas sepanjang hayat bagi
pelajar muda, tua, dan berumur sederhana.
Menurut Brockett et al. (1991) pula, kesediaan pembelajaran arahan kendiri
adalah tahap yang mana individu melihat diri mereka mempunyai kemahiran dan
sikap yang sering berkait dengan arahan kendiri dalam pembelajaran.
1.11 Definisi Operasional
Dalam bahagian ini pengkaji mengemukakan definisi yang diguna pakai
dalam kajian ini. Terdapat beberapa definisi penting berkaitan dengan kajian ini akan
dinyatakan bagi tujuan memberi penjelasan lebih tepat penggunaan beberapa istilah
penting berdasarkan kepada keperluan dan kehendak pengkaji bagi mencapai
matlamat dan objektif kajian.
1.11.1 Pembelajaran
Pembelajaran yang dilihat dari perspektif kajian ini adalah semua faedah
yang dipelajari hasil dari penggunaan laman web e-pembelajaran aplikasi Blackboard
dan UCiTV.
1.11.2 E- pembelajaran
Dalam kajian ini, e-pembelajaran yang dikaji adalah sistem aplikasi internet
yang dikenali sebagai Blackboard dan UCiTV yang digunakan oleh pelajar di
UTHM. Pelajar boleh memuat turun nota kuliah dari pelayan e-pembelajaran UTHM
pada setiap minggu di mana nota tersebut akan dibaca oleh pelajar sebelum
mengikuti kuliah. Selain aplikasi tersebut, pelajar juga boleh berhubung dengan
pensyarah melalui e-mel, menjawab ujian di dalam talian, berbincang melalui
aplikasi ‘Chat’ dan sebagainya. UCiTV membolehkan pelajar menonton rakaman
video secara streaming melalui sistem e-pembelajaran. Menu-menu utama dalam
aplikasi Blackboard adalah My Announcement, My Calendar, Course Information,
Cource Document, Assigment, Communication/Send e-mail, Discussion Board, Add
Forum, dan External Link. Menu-menu utama dalam aplikasi UViTV pula adalah
Search Media, Life Broadcast, Video on Demand dan E-Learning on Demand (eOS).
1.11.3 Pembelajaran Arahan Kendiri
Dalam konteks kajian ini, pembelajaran arahan kendiri merujuk kepada
pembelajaran kendiri oleh pelajar tanpa bergantung kepada arahan atau kawalan
pensyarah mereka. Konsep pembelajaran ini meliputi pembelajaran mereka di luar
bilik darjah hasil daripada pengetahuan yang diperolehi sama ada secara langsung
atau tidak langsung.
1.11.4 Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
Bagi tujuan kajian ini, kesediaan merujuk kesediaan pelajar untuk belajar
tanpa kawalan dan arahan secara langsung. Mereka mempunyai kesediaan tau
keinginan untuk belajar melalui pengarahan kendiri masing-masing. Kesediaan ini
diukur melalui borang yang telah diringkaskan oleh Mohd Azhar Hamid (2004) yang
diambil dari Guegleilmino (1977). Bilangan soalan yang digunakan adalah 30 soalan
positif berbeza dengan bilangan soalan yang dibangunkan oleh Guegleilmino iaitu 58
soalan.
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.7 Pengenalan
Dalam bahagian ini pengkaji membentangkan hasil dapatan bagi latar
belakang teori yang bersesuaian, model-model dan kajian–kajian lepas yang telah
dilakukan oleh pihak yang telah menjalankan kajian berkaitan dengan e-
pembelajaran. Ini adalah untuk menyokong kajian pengkaji dan untuk mengelakkan
sebarang kajian yang tidak di jangka di masa hadapan
2.8 Teori dan Model Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada hubungan teori
pembelajaran, teori motivasi dan teori e-pembelajaran dan teori pembelajaran arahan
kendiri yang menjadi asas kepada pembelajaran yang ditekankan dalam kajian ini
dapat difahami secara mendalam dan menyeluruh.
2.9 Teori Pembelajaran
Menurut Jaafar (2001), pembelajaran adalah satu proses perubahan kepada
kelakuan yang disebabkan oleh amalan dan pengalaman yang kekal. Dalam konteks
ini pengalaman dan amalan yang bermanfaat yang dimaksudkan adalah seperti
sembahyang, makan, bercakap bermain dan sebagainya yang diajar dan diperhatikan
oleh seseorang dan kemudian diikuti oleh seorang yang lain hingga amalan tersebut
menjadi tetap. Tetapi jika amalan tersebut dilakukan secara bersahaja atau suka-suka,
maka kelakuan tersebut tidak bertahan lama dan terus hilang.
Pada asasnya, teori pembelajaran mempunyai perkaitan antara e-
pembelajaran kerana e-pembelajaran di sokong oleh teori-teori pembelajaran
tertentu. Menurut Holmes et al. (2006), terdapat tiga teori pembelajaran utama yang
menyokong e-pembelajaran. Teori pembelajaran tersebut adalah teori pembelajaran
tingkah laku, teori pembelajaran kognitif dan teori pembelajaran konstruktif. Huraian
secara ringkas mengenai teori-teori pembelajaran adalah seperti di bawah.
2.9.1 Teori Tingkah Laku
Teori behaviourisme atau dikenali sebagai teori tingkah laku atau rangsangan
mula diperkenalkan oleh Ivan Pavlov, seorang pakar psikologi dari Rusia dan
disokong oleh Burrhus Frederic Skinner, Edward Lee Thorndike dan ohn Broadus
Watson. Teori tingkah laku menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila
pelajar memperlihatkan tingkah laku secara konsisten seperti yang diingini iaitu
pelajar memberi maklum balas terhadap peristiwa yang dirangka. Teori ini juga
menggalakkan pembelajaran melalui galakan dan rangsangan. Teori ini menyatakan
bahawa terdapat perkaitan antara rangsangan dan tindak balas. Apabila wujud kaitan
antara keduanya, maka pembelajaran akan berlaku. Secara amnya, teori ini percaya
bahawa persekitaran yang menggalakkan pembelajaran bukannya pemikiran, iaitu
punca dorongan pembelajaran adalah dari luar bagi individu itu.
2.9.2 Teori Kognitif
Teori kognitif dibangunkan oleh Jean Piaget, Jerome Bruner dan Lev
Vygostky. Teori ini menyatakan pembelajaran bergantung kepada persepsi, proses
pemikiran dan penaakulan. Tokoh kognitif cuba memahami proses mental,
pemikiran, pembentukan konsep dan perolehan pengetahuan. Teori ini percaya
bahawa pemikiran dan persepsi mempengaruhi pembelajaran yang dijalankan.
Pembelajaran kognitif kebanyakan berlaku dalam bilik darjah. Pelatih diajar dengan
konsep dan teori bagi suatu perkara tanpa pengalaman untuk dimanfaatkan. Apa
yang penting dalam proses ini adalah menekankan kesedaran dan mengetahui
bagaimana sesuatu objek atau peristiwa itu berlaku dan bagaimana hubung kait
dengan akibah. Dari segi kecekapan atau sejauh mana kebolehan dan prestasi
seseorang itu adalah perkara kedua kerana perkara sedemikian boleh diajar jika
seseorang itu sudah bersedia.
2.9.3 Teori Konstruktif
Konstruktif adalah falsafah pembelajaran yang mempunyai tanggapan
bahawa pembelajaran adalah berdasarkan kepada tindak balas terhadap pengalaman
seseorang, kemudian seseorang tersebut membentuk pemahaman berdasarkan kepada
pengalaman dalam hidupnya. Setiap orang akan menghasilkan ‘rule’ dan ‘mental
model’ mereka sendiri berdasarkan kepada pengalaman tersebut. Oleh sebab itu,
pembelajaran adalah proses yang mudah untuk mengubah mental model seseorang
untuk disesuaikan dengan pengalaman baru
2.10 Pembelajaran Elektronik
Pembelajaran elektronik merupakan kombinasi antara elemen pendidikan dan
teknologi elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran
secara lebih terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa
perlu mengikuti jadual atau menghadiri kelas yang ditetapkan.
Menurut Broadbent, B. (2002), terdapat empat jenis e-pembelajaran iaitu
pembelajaran tidak formal (informal-learning), self-paced, leader lead dan
performance support tool.
Dalam pembelajaran tidak formal, pelajar mencapai laman web atau fokus
kepada komuniti dalam talian dan mencari maklumat yang berkaitan. Jenis e-
pembelajaran ini adalah bukan berbentuk latihan kerana tidak ada strategi pengajaran
formal daripada persembahan bahan, latihan (exercise) dan maklum balas.
Self-paced merujuk kepada proses di mana pelajar menentukan keupayaan
mereka dalam proses pembelajaran, atau memerlukan bantuan daripada pakar untuk
membangunkan kursus latihan yang sesuai untuknya. Self-paced dilihat sebagai
kaedah pembelajaran formal kerana kursus dan bahan-bahan pengajaran direka
bentuk oleh pakar latihan. Dalam e-pembelajaran, konsep self-paced digunakan
untuk melibatkan orang ramai dengan latihan berasaskan web (WBT). Oleh sebab
WBT mempunyai had tertentu untuk pemindahan data dan penyimpanan fail yang
besar, maka ia akan dibantu oleh komputer berasaskan latihan (CBT).
Leader-led e-learning merujuk kepada kursus atau modul yang diajar oleh
pengajar secara dalam talian. Terdapat dua jenis leader-led e-learning. Pertama;
pelajar capai bahan sebenar melalui sidang video atau audio, atau teks mesej, dan
yang kedua; pelajar mencapai bahan yang sedia ada melalui perbincangan atau
streaming audio atau video.
Performance support tool merujuk kepada perisian yang digunakan dalam e-
pembelajaran berasaskan konsep yang mudah, ia adalah sebagai sokongan kepada
talian untuk membantu menyelesaikan sesuatu tugas. Sebagai contoh, bila
menggunakan sesuatu perisian, maka performance support tool akan membantu kita
setiap masa. Dalam kes ini, ia membantu pelajar dalam mengendalikan atau
menggunakan sistem e-pembelajaran dengan lebih berkesan.
Nichols, M. (2003) telah menyatakan terdapat 10 prinsip e-pembelajaran. Prinsip
tersebut adalah:
1. E-pembelajaran adalah pelaksanaan pembelajaran yang boleh diaplikasikan
bersama pelbagai model pendidikan dan falsafah pendidikan.
2. E-pembelajaran mempunyai satu bentuk pendidikan yang unik yang dapat
digunakan di dalam paradigma bersemuka dan jarak jauh.
3. Pilihan dalam teknologi e-pembelajaran boleh memberi tindak balas yang
lebih baik di dalam pedagogi; bagaimana teknologi yang digunakan lebih
penting daripada teknologi yang mana digunakan.
4. E-pembelajaran mempunyai kelebihan yang utama dengan kejayaan
pelaksanaan inovasi pedagogi.
5. E-pembelajaran boleh digunakan di dalam dua cara iaitu penyampaian isi
kandungan pembelajaran dan proses kemudahan pembelajaran
6. E-pembelajaran dibina dengan sebaik mungkin untuk dioperasikan atau
digunakan bersama model reka bentuk kursus pilihan secara optimum.
7. Teknik dan peralatan e-pembelajaran hanya perlu digunakan apabila
pertimbangan telah diambil kira kepada sistem talian terus (online) atau
tertutup (offline)
8. Latihan e-pembelajaran yang efektif dan berkesan memberi peluang kepada
pengguna akhir (end-users) untuk mengambil peluang pembelajaran yang
diberikan atau dibekalkan kepada mereka.
9. Matlamat atau sasaran keseluruhan pendidikan yang dibangunkan oleh
pengajar di dalam konteks kokurikulum atau objektif pembelajaran tidak akan
berubah apabila e-pembelajaran dilaksanakan di dalam pembelajaran
10. Hanya kelebihan di dalam pedagogi akan memberi kesan yang rasional
kepada pendekatan pelaksanaan e-pembelajaran
2.10.1 Model E- Pembelajaran
Pengkaji mengemukakan dua model kajian e-pembelajaran yang telah
dibangunkan oleh pengkaji terdahulu. Model tersebut adalah Model Lima Fasa untuk
Pembelajaran dalam Talian Salmon dan Model Persekitaran Pembelajaran Melalui
Web.
2.10.1.1 Model Lima Fasa untuk Pembelajaran dalam Talian Salmon
Pembelajaran dalam talian memerlukan strategi dan kemahiran yang berbeza
daripada pembelajaran tradisional. Pelajar perlu memainkan peranan yang lebih aktif
tidak hanya terhadap pembelajaran mereka tetapi terhadap kursus tersebut.
Pembimbing juga memainkan peranan yang berbeza, iaitu membimbing pelajar
dalam menggunakan pembelajaran secara dalam talian.
Salmon, G. (2000) telah mengenal pasti lima tahap pencapaian peserta
sepanjang pengalamannya ke atas pembelajaran dalam talian. Setiap tahap
memerlukan peserta yang berbeza dan memerlukan sokongan yang berbeza daripada
pengajar. Pengetahuan diperlukan untuk membantu pengajar dan pereka bentuk.
Tahap tersebut adalah access and motivation, online socialization, information
exchange, knowledge construction, dan construction.
1. Tingkat pertama, peserta akan bermula dengan kursus melalui dalam talian.
Ia adalah termasuk mempunyai komputer dan sambungan internet, serta
mencapai laman web kursus tersebut. Jikalau seseorang telah mempunyai
kemahiran dalam internet, mereka adan dapat capai dengan mudah dan
senang. Jikalau tidak, kemungkinan mereka mempunyai masalah seperti
pemasangan perkakasan, pemasangan perisian atau hilang kunci kata.
Ketikan ini, adalah penting bagi e-moderator untuk sentiasa berhubung
dengan pengunjung tingkat ini berakhir dengan e-moderator menghantar
mesej yang pertama.
2. Tingkat kedua, peserta akan berinteraksi dengan orang lain sesama mereka,
membentuk budaya komunikasi melalui talian, membentuk kumpulan-
kumpulan tertentu di kalangan peserta. Peserta yang enggan turut sama
dalam perbincangan ini akan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.
Penting bagi e-moderator mendorong kumpulan tersebut berinteraksi di
kalangan mereka. E-moderator perlu memainkan peranan penting dalam
mengekalkan suasana perbincangan berterusan dan memberi kebebasan
dalam memberikan pendapat.
3. Tingkat ketiga, peserta akan mendapatkan maklumat daripada kursus
tersebut dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan mereka dalam bilik
perbincangan. Interaksi tersebut berdasarkan kepada maklumat yang atau
isu yang di sediakan oleh e-moderator. peserta senang mendapatkan
maklumat dan bergembira dengan maklumat tersebut. Untuk mengelakkan
lebihan maklumat, peserta menggunakan pendekatan tertentu untuk
mengatasi kekeliruan maklumat yang berlaku dalam tingkat ini.
E-moderator akan memudahkan aktiviti menggunakan strategi
pembelajaran yang melibatkan perancangan yang rapi.
4. Tingkat ke empat, peserta mula berinteraksi dengan membina pengetahuan
mereka berdasarkan maklumat yang diterima. Mereka berkongsi
pengetahuan dan pendapat, mengkritik dan memberikan pandangan yang
berguna untuk menjadikan kandungan kursus tersebut lebih baik. peserta
berperanan menyelesaikan masalah sendiri berkaitan dengan topik yang
dibincangkan dan menyediakan penyelesaian yang mungkin bagi masalah
yang tiada jawapan yang tepat. Peranan e-moderator adalah hanyalah
memastikan perjalanan perbincangan tersebut lancar. E-moderator boleh
membantu peserta melalui simulasi, memberi pandangan dan bersama-sama
dalam perbincangan tersebut.
5. Tingkat kelima, peserta akhirnya bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka menggunakan talian sebagai medium pembelajaran. Menggunakan
pendekatan konstruktif, peserta menggunakan pengalaman peribadi untuk
menjadikan proses pembelajaran melalui talian ini lebih menarik dan
mencabar. e-moderator tidak perlu terlibat secara aktif lagi dalam proses
ini, hanya perlu menyokong dan memberi maklum balas dan nasihat kepada
peserta sahaja.
2.10.1.2 Model Persekitaran Pembelajaran Melalui Web
Model ini dicadangkan oleh Noraffandy Yahaya dan Wan Salihin Wong
(1999) bagi menentukan ciri-ciri pembelajaran yang berkesan. Beberapa pendekatan
perlu menghasilkan persekitaran pembelajaran yang berkesan iaitu penglibatan
pelajar yang aktif dalam persekitaran pembelajaran melalui web, kolaborasi,
interaktif dan penerokaan. Terdapat empat komponen utama dalam model ini iaitu
penglibatan pelajar secara aktif, mewujudkan persekitaran pembelajaran kolaborasi
antara pelajar dalam proses pembelajaran, melibatkan pelajar dalam penerokaan
sumber maklumat dalam persekitaran pembelajaran maya dan interaktif. Rajah 2.1
menunjukkan model Persekitaran Pembelajaran Melalui Web.
Rajah 2.1: Model Persekitaran Pembelajaran Melalui Web
Sumber: Noraffandy Yahaya dan Wan Salihin Wong (1999). Model Persekitaran
Pembelajaran Melalui WEB: Satu Cadangan.
Pelajar
Pencarian maklumat, perkongsian bookmark,.
Hiperteks, dan hypermedia
e-mail, perbincangan
maya, pencarian maklumat
Perkongsian Bookmark
Penerokaan
Interaktif
Aktif
Kolabrasi
e-mail, perbincangan
maya, Perkongsian Bookmark, Hiperteks,
Hipermedia
e-mail, perbincangan maya, pencarian
maklumat
1. Penglibatan pelajar secara aktif
Modul pembelajaran maya memberikan pelajar belajar secara aktif dalam
persekitaran web. Pelajar akan bertanggungjawab mempersembahkan hasil
dan kemahiran pembelajaran mereka melalui maklum balas, interaksi dan
pencarian maklumat yang diberikan pada setiap modul. Kesemua aktiviti
tersebut memerlukan penglibatan oleh pelajar secara aktif untuk pastikan
mereka dapat menyelesaikan masalah yang disediakan oleh pensyarah
masing-masing.
2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran kolaborasi di antara pelajar
dalam proses pembelajaran
Dalam menghasilkan pembelajaran secara kolaborasi, sistem menyediakan
beberapa elemen yang terdapat dalam web seperti e-mel, perbincangan
maya dan bookmark. Dalam sistem yang dibangunkan, pelajar dapat
bekerjasama dalam mencari dan menghantar rujukan ke dalam halaman
bookmark yang disediakan. Setiap pelajar boleh menghantar dan mencapai
rujukan yang boleh digunakan untuk sesi perbincangan maya.
3. Melibatkan pelajar dalam penerokaan sumber maklumat dalam
persekitaran pembelajaran maya
Dalam fasa ini, pelajar dikehendaki mencari maklumat yang berkaitan
dengan tajuk pembelajaran mengikut minggu berdasarkan panduan
daripada pensyarah masing-masing. Sumber tersebut kemudiannya dikongsi
bersama rakan-rakan yang lain dalam perbincangan maya.
4. Interaktiviti
Secara umumnya, proses interaktiviti dalam persekitaran pembelajaran
melalui web merujuk kepada proses komunikasi antara pelajar dan pelajar,
pelajar dan guru dan sumber maklumat secara terus. Dalam sistem
persekitaran pembelajaran melalui web proses interaktif berbahagi kepada
dua fasa iaitu kawalan pengguna dan komunikasi antara pelajar. Kawalan
pengguna merujuk kepada kebebasan pelajar memilih tajuk yang ingin
dipelajari mengikut tahap tertentu. Pelajar bebas memilih pelajaran yang
ingin dipelajari berdasarkan kepada menu yang disediakan. Reka bentuk
menu yang mesra memudahkan lagi pelajar mengawal sistem tersebut.
Komunikasi antara pelajar pula merujuk kepada komunikasi dan interaksi
dua hala yang berkesan antara pelajar dan juga pensyarah. Sistem yang
digunakan adalah melalui e-mel.
2.11 Pembelajaran Arahan Kendiri
Menurut Knowles, M. S. (1975), pembelajaran arahan kendiri adalah merujuk
kepada satu proses di mana individu mengambil inisiatif, sama ada dengan bantuan
orang lain atau tidak, untuk mengenal pasti keperluan pembelajaran mereka sendiri,
membentuk matlamat pembelajaran, mengenal pasti sumber bahan mentah dan
sumber manusia bagi pembelajaran, memilih dan mengimplementasikan strategi
pembelajaran yang sesuai dan menilai hasil pembelajaran mereka. Menurut Candy
(1991) pula, pembelajaran arahan kendiri dianggap sebagai salah satu kaedah yang
kuasa di mana orang dewasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
sepanjang kehidupan mereka sendiri.
Untuk mengukur tahap pembelajaran arahan kendiri individu, Guglielmino
(1977) telah mereka bentuk satu skala yang dinamakan skala kesediaan pembelajaran
arahan kendiri melalui satu kajiannya yang bertajuk ‘Pembangunan Skala Kesediaan
Pembelajaran Arahan Kendiri’. Kajian beliau ini meliputi dua objektif utama iaitu
untuk mengetahui persepsi diri terhadap pembelajaran arahan kendiri dan untuk
membangunkan skala kesediaan pembangunan arahan kendiri. Proses
pengubahsuaian teknik Delphi digunakan dalam tiga kali tinjauan yang disertai oleh
14 pakar dalam pembelajaran arahan kendiri. Pakar ini dikehendaki menyenaraikan
ciri-ciri yang dirasakan penting dalam pembelajaran arahan kendiri, termasuk
perkara-perkara seperti kemampuan, sikap dan ciri-ciri personal.
Ciri-ciri yang dianggap baik dan perlu sahaja daripada Delphi Survey
digunakan sebagai asas untuk membentuk skala kesediaan pembelajaran arahan
kendiri. Ia direka bentuk sebagai laporan soal selidik kendiri dengan menggunakan
skala likert selepas item di kaji dan di teliti, instrumen tersebut digunakan ke atas 307
subjek di Goergia, Kanada dan Virginia. Analisis item dan analisis faktor data
digunakan untuk memilih item yang akan dikaji dan diukur parameter kajian.
Hasilnya, realibiliti yang diperolehi adalah 0.87. Analisis faktor ini mengandungi
lapan faktor utama iaitu:
Jadual 2.1: Faktor-faktor Asas Pembentukan Skala Kesediaan Pembelajaran
Arahan Kendiri
Faktor 1 Terbuka terhadap peluang pembelajaran
Faktor 2 Konsep kendiri pelajar
Faktor 3 Inisiatif pelajar
Faktor 4 Penerimaan tanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri
Faktor 5 Suka terhadap pembelajaran
Faktor 6 Kreativiti
Faktor 7 Melihat pembelajaran sebagai aktiviti sepanjang hayat
Faktor 8 Pemahaman Kendiri
2.12 Teori dan Model Pembelajaran Arahan Kendiri
Pembelajaran arahan kendiri merupakan kombinasi keupayaan dan motivasi
pelajar. Terdapat empat komponen utama yang perlu bagi pembelajaran arahan
kendiri iaitu ciri-ciri pelajar yang memberi kesan kepada kecenderungan seseorang
ke arah arahan kendiri, keupayaan dan kemahiran pelajar menjalankan pembelajaran
arahan kendiri, prestasi sebenar bagi proses pembelajaran arahan kendiri dan
motivasi individu ke arah pembelajaran. Rajah 2.2 menggambarkan integrasi yang
dibentuk bagi pembelajaran arahan kendiri.
Rajah 2.2: Komponen Pembelajaran Arahan Kendiri.
Sumber: LeJune (2002). Problem-based Learning Instruction versus Traditional
Instruction on Self-Directed Learning, Motivation and Grades of Undergraduate
Computer Science. Available. UMI Proquest.
Komponen psikologi atau peribadi adalah kesediaan individu untuk
pembelajaran arahan kendiri. Kemahiran merangkumi kemahiran pembelajaran asas
dan yang perlu untuk menjalankan aktiviti pembelajaran arahan kendiri seperti
mengenal pasti matlamat pembelajaran, mendapatkan sumber-sumber yang perlu
menjalankan aktiviti pembelajaran dan membuat penilaian kendiri terhadap proses
dan pembelajaran.
Ciri-ciri Peribadi/Psikologi (Kesediaan)
Motivasi
Kemahiran Pembelajaran dan Proses
Pembelajaran Arahan Kendiri
Prestasi/Tingkahlaku (Melakukan)
Komponen prestasi atau tingkah laku sebenar dalam pembelajaran arahan
kendiri. Kecenderungan terhadap pembelajaran arahan kendiri dan mendapatkan
kemahiran pembelajaran arahan kendiri tidak membuatkan seseorang menjadi pelajar
arahan kendiri, walau bagaimanapun tingkah laku sebenar yang membuatkan
seseorang menjadi pelajar arahan kendiri. Namun begitu meletakkan ciri-ciri
berpotensi ini ke realiti memerlukan motivasi.
Motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran arahan kendiri.
Walaupun motivasi dilihat sebagai komponen berasingan dengan konsep keseluruhan
pembelajaran arahan kendiri, tetapi ia motivasi mempengaruhi semua komponen
pembelajaran arahan kendiri dengan gambaran titik yang putus-putus dalam rajah di
atas. Motivasi mempengaruhi persepsi individu terhadap kemahiran mereka untuk
menyiapkan tugas dengan segera. Prestasi juga amat kuat dipengaruhi oleh persepsi
terhadap kemahiran sebenar pelajar. (Mohd Azhar Hamid et al. 2004)
Pengkaji juga menerangkan konsep pembelajaran arahan kendiri berdasarkan
kepada dua model utama iaitu Model Pembelajaran Arahan Kendiri Berperingkat
Grow dan Model PRO Brockett dan Hiemstra. Kedua-dua model ini menjadi asas
kepada pembentukan kerangka kajian yang melibatkan kesediaan pembelajaran
arahan kendiri.
2.12.1 Model Pembelajaran Arahan Kendiri Berperingkat Grow (1991)
Grow, G. (1991) membangunkan model Pembelajaran Arahan Kendiri
Berperingkat (Grow’s Staged Self-Directed Learning Model, SSDL) yang mana
pembelajaran arahan kendiri dilihat dalam empat peringkat dengan tahap yang paling
rendah bagi pembelajaran pada peringkat satu dan tahap tertinggi arahan kendiri
dicirikan oleh pelajar di peringkat empat. Model SSDL Grow adalah suatu percubaan
yang mengambil kira kemajuan pelajar terhadap terarah kendiri dengan gaya
pembelajaran yang bersesuaian pada setiap tahap pembelajaran.
Grow menggambarkan pelajar arahan kendiri sebagai mereka yang tahu
bagaimana untuk belajar dan bermotivasi untuk membuat penerokaan secara sendiri.
Sebelum pelajar mencapai peringkat pembelajaran arahan kendiri iaitu peringkat
keempat, mereka perlu melalui peringkat yang pertama hingga ketiga. Pada peringkat
pertama, pelajar masih bergantung pada pengajar untuk belajar. Jadi, pada peringkat
pertama, pelajar masih tidak boleh dikategorikan sebagai pelajar arahan kendiri.
Peranan pengajar adalah sebagai jurulatih yang melatih pelajar tersebut.
Tingkat kedua dan ketiga, pelajar akan lebih melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti yang di buat untuk mereka. Mereka menjalankan aktiviti tersebut dengan
bantuan pengajar dalam memudahkan aktiviti mereka. Peranan pengajar menjadi
kurang disebabkan oleh kematangan pelajar dalam menguruskan aktiviti mereka.
Pada tingkat keempat, pelajar sudah mencapai tahap pelajar arahan kendiri
iaitu tahap tertinggi. Mereka merupakan pelajar yang berkeyakinan dan berdikari
menggunakan sumber-sumber, kepakaran dan institusi-institusi sedia ada. Mereka
membentuk matlamat mereka sendiri. Mereka melihat pengajar sebagai mentor
mereka. Bagi pengajar pula, mereka bertindak mengawal kemajuan pelajar, bertindak
sebagai pendengar dan membantu penilaian secara sekali-skala, dan peranan mereka
dilihat tidak terlalu penting.
Jadual 2.2: Model Pembelajaran Arahan Kendiri Berperingkat Grow
Pelajar Pengajar Contoh
Tingkat 1 Bergantung Jurulatih, autoriti Melatih dengan maklum balas
segera, latih tubi, syarahan
bermaklumat, mengatasi
kekurangan dan tentangan
Tingkat 2 Berminat Pemotivasi,
Pembimbing
Mengilhamkan syarahan dengan
perbincangan (guide), tetapkan
matlamat dan strategi
pembelajaran
Tingkat 3 Terlibat Fasilitator Memudahkan perbincangan
oleh pengajar yang terlibat
sama, seminar, projek
berkumpulan
Tingkat 4 Arahan
Kendiri
Konsultan Internship, dissertations, kerja
individu atau kumpulan belajar
arahan kendiri.
Sumber: Grow, G. (1991). The Staged Self-Directed Learning Model, Teaching
Learners to be Self-Directed. Dalam: http://www.longleaf.net/
2.12.2 Model PRO Brockett dan Hiemstra (1991)
Brockett dan Hiemstra, R. (1991) telah membangunkan model pembelajaran
arahan kendiri yang dikenali sebagai Model PRO Brockett dan Hiemstra (Personel
Responsibility Orientation Model). Rajah 2.3 menggambarkan model PRO yang
terdiri daripada tanggungjawab peribadi, pelajar arahan kendiri, pembelajaran arahan
kendiri dan arahan kendiri dalam pembelajaran.
Rajah 2.3: Model PRO Brockett dan Hiemstra
Sumber: Brockett dan Hiemstra (1991). A Conceptual Framework for
Understanding Self-Direction in Adult Learning. Dalam: http://www.infed.org/
Model ini menggunakan falsafah dan psikologi untuk memahami dimensi-
dimensi arahan kendiri dan dipersembahkan sebagai rangka kerja untuk memahami
arahan kendiri dalam pembelajaran dengan lebih terperinci. Menurut model ini,
pembelajaran arahan kendiri terbahagi kepada dua komponen iaitu pembelajaran
arahan kendiri merujuk kepada proses kaedah arahan yang mana pelajar memikul
tanggungjawab merancang, melaksana dan menilai pengalaman pembelajaran
mereka. Pengajar pula memainkan peranan sebagai seorang fasilitator yang
mempunyai kemahiran dalam membantu pelajar mengenal pasti sumber
pembelajaran., memilih kaedah arahan dan penilaian strategi. Satu konsep lagi adalah
pembelajaran arahan kendiri yang merujuk kepada ciri-ciri personaliti seseorang
pelajar yang menyumbang kepada arahan kendiri.
Tanggungjawab peribadi dalam model PRO merujuk kepada kawalan yang
ada pada individu terhadap pemikiran dan tindakannya. Walaupun individu bukan
Ciri-ciri transaksi antara Ciri-ciri PelajarPengajar dan pembelajaran
Faktor-faktor Dalam Konteks Sosial
TANGGUNGJAWAB PERIBADI
ARAHAN KENDIRI DALAM PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN ARAHAN KENDIRI
PELAJAR ARAHAN KENDIRI
sentiasa mengawal persekitaran dan keadaannya, individu boleh mengawal
maklumbalasnya terhadap keadaan-keadaan tersebut. Keupayaan dan kerelaan
seseorang mengawal pembelajarannya menunjukkan tahap arahan kendirinya dalam
pembelajaran.
Model ini melihat peranan peribadi sebagai kunci kepada kefahaman arahan
kendiri dalam pembelajaran dan menekankan kepentingan orang dewasa dalam
memikul tanggungjawab yang sama untuk pembelajaran peribadi dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Tanggungjawab peribadi ada pada diri setiap individu
pada darjah tertentu. Tambahan pula, model PRO yang berasaskan falsafah dan
psikologi manusia menegaskan bahawa darjah tanggungjawab pelajar boleh
ditingkatkan oleh pengambilan falsafah manusia dalam proses pengajaran. (Mohd
Azhar Hamid et al. 2004)
2.13 Kajian Lepas
Pengkaji mengemukakan beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji yang lepas sama ada dari dalam atau luar negara.
2.13.1 Kajian Dalam Negara
Mohamad Fauzi et al. (2004) dalam kajian yang bertajuk ‘Tahap Persediaan
Pelajar dalam Menggunakan e-pembelajaran Sebagai Alat Pembelajaran’ telah
mengkaji tahap dan faktor yang mempengaruhi e-pembelajaran serta masalah yang
dihadapi dalam penggunaan e-pembelajaran. Dalam kajian ke atas 377 pelajar
Universiti Teknologi Malaysia, beliau mendapati bahawa faktor yang mempengaruhi
penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar adalah disebabkan minat pelajar
dalam bidang ICT.
Selain itu, faktor ingin mencuba sesuatu yang baru, sentiasa mengambil
peluang dan selesa dengan pembelajaran secara elektronik juga mempengaruhi
penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar. Akan tetapi, faktor seperti
kemudahan ICT yang tidak mencukupi, sokongan dari staf teknikal ICT dan
ketiadaan kemudahan internet di kolej kediaman adalah berada di tahap yang
sederhana. Yang dapat dikatakan di sini adalah kekurangan kemudahan internet dan
peralatan komputer mempengaruhi faktor penggunaan e-pembelajaran.
Tahap kesediaan pelajar terhadap e-pembelajaran pula berada di tahap yang
sederhana dan ia menunjukkan bahawa masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki
oleh UTM supaya tahap penggunaan e- pembelajaran dapat ditingkatkan sekali gus
menambah kefahaman pelajar terhadap e- pembelajaran.
Mohd Azhar Hamid et al. (2004) telah menjalankan kajian berkaitan dengan
pembelajaran elektronik yang bertajuk ‘hubungan antara tahap kefahaman terhadap
e-pembelajaran dan kesediaan pembelajaran arahan kendiri di kalangan staf
akademik di UTM’. Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif iaitu
mengenal pasti tahap kefahaman staf akademik berkenaan pembelajaran elektronik,
mencari hubungan antara tahap kefahaman dengan kesediaan pembelajaran
pengarahan kendiri, dan faktor yang menyumbang kepada tahap kefahaman staf
akademik terhadap pembelajaran elektronik. Borang soal selidik diedarkan kepada
sejumlah 306 staf akademik di UTM.
Hasil kajian mendapati bahawa staf tersebut telah bersetuju dengan ketiga-
tiga konsep yang telah diketengahkan oleh pengkaji. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap kefahaman responden terhadap pembelajaran elektronik adalah tinggi.
Ini adalah kerana terdapat usaha yang dijalankan oleh pentadbiran universiti
mengenai kepentingan penggunaan dan pemahaman terhadap pembelajaran
elektronik di kalangan pensyarah untuk menjadikan UTM sebagai universiti bertaraf
dunia.
Namun begitu, hasil kajian mengenai hubungan di antara tahap kefahaman
dengan kesediaan pembelajaran pengarahan kendiri adalah lemah tetapi signifikan
dan berkadar langsung. Faktor yang menyumbang kepada hubungan yang lemah
adalah kerana kekurangan komputer di kalangan pensyarah yang terlibat dalam
penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah menyumbang kepada
kelembapan perkembangan pembelajaran elektronik di UTM.
Mohd Koharudin (2004) dalam kertas kerja yang bertajuk ‘Perkembangan,
Pembangunan Dan Penerimaan e-Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi
Malaysia’ menyatakan bahawa secara keseluruhannya tahap kesediaan pelajar-
pelajar universiti di Malaysia dalam menggunakan e- pembelajaran sebagai alat
pembelajaran masih berada pada tahap yang agak sederhana. Kesederhanaan ini
kerana kebanyakan pelajar masih dalam proses mengadaptasi atau menyesuaikan diri
dengan teknologi baru ini. Keadaan ini tidak menghairankan kerana pembelajaran
melalui kaedah ini masih amat baru di negara ini.
Melalui pengamatan beliau hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan,
beliau mendapati bawa terdapat kepesatan di antara IPT dalam melaksanakan
pembelajaran elektronik dengan membangunkan dan sistem ICT masing-masing ke
tahap yang optimum. bagi menyediakan para pelajar mereka dengan kemudahan
yang terkini, mudah dan murah bagi merealisasikan matlamat negara mencapai tahap
negara maju menjelang tahun 2020.
Ahmad Esa et al. (2000) dalam kajian yang bertajuk ‘Perkhidmatan
Pengajaran dan Pembelajaran Menerusi Laman Web Nicenet dan E-Mel: Satu Kajian
Kes di Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO)’. Kajian ini adalah untuk
mencapai tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti penerimaan mahasiswa terhadap
penggunaan laman Web Nicenet dan e-mel dalam perkhidmatan pengajaran dan
pembelajaran, mengenal pasti perbezaan persepsi mahasiswa terhadap kaedah
menggunakan laman Web Nicenet, e-mel dan pembelajaran lazim (bertemu di bilik
pensyarah) dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran, dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh mahasiswa semasa menggunakan kaedah laman Web Nicenet, e-
mel dan kaedah lazim. Pemilihan dilakukan berdasarkan jumlah pelajar yang ramai
dan pensyarah mahir mengendalikan laman Web Nicenet dan e-mel. Responden
kajian adalah seramai 120 orang daripada pelajar yang mengambil subjek TITAS 2
untuk sesi Semester Jun 2001/2002. Tiga kumpulan diwujudkan yang terdiri daripada
40 orang setiap kumpulan. Kumpulan tersebut dikategorikan sebagai kumpulan
kaedah lazim, kumpulan laman Web Nicenet, dan kumpulan e-mel.
Hasil kajian menunjukkan pelajar menggunakan kaedah laman Web Nicenet
dalam perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tahu menggunakan kedua-
dua kaedah tersebut iaitu kaedah laman Web Nicenet dan e-mel dan berpendapat
pensyarah perlu memanfaatkan kedua-dua kaedah tersebut kerana mudah bagi
mereka untuk berinteraksi dengan pensyarah berbanding dengan kaedah secara
lazim. Walaupun begitu, pelajar berpendapat bukan semua masalah asas dalam
kaedah lazim boleh diselesaikan melalui kaedah laman Web Nicenet dan e-mel.
Pelajar masih sukar untuk berinteraksi dengan pensyarah menggunakan laman Web
Nicenet dan e-mel apabila berlaku kerosakan server dan pensyarah tidak membuka e-
mel dan Web Nicenet. Nisbah yang tinggi di antara pensyarah dengan pelajar tidak
menjadi masalah kepada pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, penerangan yang disampaikan oleh pensyarah lebih mudah
difahami melalui laman Web Nicenet dan e-mel kerana penerangan tersebut akan
kekal dalam komputer pelajar.
Mohamad Noor Hassan (2000) dalam kajian yang bertajuk ‘Cabaran Melalui
IT: e-Learning’ telah mengkaji berkenaan dengan pelaksanaan projek e-pembelajaran
di UTM. Beliau mendapati bahawa UTM melaksanakan e-pembelajaran secara
berperingkat bersesuaian dengan kemajuan teknologi. Pelaksanaannya mempunyai
empat peringkat iaitu peringkat pertama hanya fokus kepada maklumat am tentang
sesuatu mata pelajaran.
Peringkat pelaksanaan adalah bermula tahun 2000 untuk peringkat pertama,
2001 untuk peringkat kedua, 2002 untuk peringkat ketiga dan 2003 untuk peringkat
keempat. Semasa kajian dijalankan, pengkaji mendapati bahawa tahap pelaksanaan
e-pembelajaran masih lagi belum mencapai matlamat yang diharapkan. Ini kerana
terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Antaranya pensyarah tiada kemahiran
untuk menghasilkan bahan pengajaran secara elektronik dan dibebani dengan masa
yang lama untuk menghasilkan bahan bermutu tinggi. Selain itu, masalah
kekurangan komputer di kalangan pensyarah menjadi penyebab kelembapan
perkembangan projek ini. Mereka terpaksa berkongsi komputer yang terdapat di
makmal fakulti atau di bilik aktiviti pensyarah.
Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah untuk mencapai internet. Buat
masa itu, mereka hanya boleh mencapai internet dari perpustakaan, makmal
komputer di fakulti dan kelab komputer di kolej kediaman. Jumlah komputer juga
adalah terhad. Oleh itu, pelajar terpaksa menunggu lama untuk menggunakan
komputer bagi mencapai nota kuliah dari internet.
Shahrom Noordin et al. (1993) telah menjalankan kajian berkenaan dalam
kajian yang bertajuk ‘Penggunaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran’ telah mengkaji kesan penggunaan modul
pembelajaran kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka mendapati
bahawa penggunaan modul pengajaran kendiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran telah berjaya meningkatkan pencapaian akademik para pelajar di
semua peringkat. Oleh yang demikian, beliau mencadangkan penggunaan modul
pengajaran kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran harus diberi perhatian
untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam pelbagai bidang.
2.13.2 Kajian Luar Negara
Daig, B. (2006) telah membuat kajian yang bertajuk ‘Prestasi Pelajar dalam
Subjek e-Pembelajaran: Kesan Jangka Masa Kursus ke atas Hasil Pembelajaran’.
Tujuan kajian untuk membandingkan hasil pembelajaran antara pembelajaran yang
dijalankan melalui kaedah pembelajaran elektronik dengan kaedah pembelajaran
secara bilik darjah. Parameter kajian adalah jangka masa pengajaran (duration of
instruction) sebagai pemboleh ubah bebas, dan pengaruh pencapaian dan kepuasan
pelajar (affects student achievement and student satisfaction) sebagai pemboleh ubah
bebas. Kajian ini bertujuan menjawab dua persoalan utama iaitu adakah jangka masa
pengajaran kursus e-pembelajaran memberi kesan kepada tahap pencapaian pelajar
dalam konteks hasil pembelajaran, dan adakah jangka masa pengajaran kursus e-
pembelajaran memberi kesan kepada tahap kepuasan pelajar.
Populasi kajian adalah seramai 156 pelajar daripada kursus Sarjana
Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Kolej Baker. Pencapaian pelajar di ukur melalui
dua kaedah, iaitu berdasarkan markah peperiksaan akhir pelajar dan markah pelajar
ke atas ujian pre-test dan post-test. Kepuasan pelajar pula diukur melalui instrumen
tinjauan. Pelajar boleh memilih sama ada untuk jangka masa enam minggu atau
jangka masa 12 minggu. Kaedah pembelajaran yang disampaikan adalah sama di
antara dua kumpulan tersebut.
Hasil yang diperolehi menunjukkan keputusan daripada markah ujian akhir
dan purata markah daripada ujian pre and post-test untuk kumpulan pelajar minggu
ke enam adalah lebih tinggi daripada kumpulan pelajar minggu ke dua belas. Ini
menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti pembelajaran selama enam minggu
adalah lebih baik daripada pelajar yang mengikuti pembelajaran selama 12 minggu.
Dalam konteks prestasi pelajar, pengkaji ini merumuskan bahawa antara sebab
keputusan di atas adalah pelajar yang mengikuti kursus dalam jangka masa enam
minggu ini boleh mengulangi pengetahuan yang diperolehi untuk peperiksaan
berbanding dengan pelajar yang mengikuti kursus selama 12 minggu yang
mempunyai mas yang terhad untuk menghadapi peperiksaan akhir.
Dalam konteks kepuasan pelajar pula, purata pelajar berpuas hati dengan
kursus ini dan mereka mencadangkan kursus ini kepada kawan mereka. Pengkaji ini
menyimpulkan bahawa jangka masa kursus bukan hubungan utama dengan kepuasan
pelajar, tetapi adalah kerana kaedah e-pembelajaran yang fleksibel. Selain itu,
pengkaji ini juga menyatakan ia adalah disebabkan oleh kesan halo dan kerana
kaedah pembelajaran yang baru berasaskan teknologi baru. Kesan halo wujud
apabila individu menganggap kaedah teknologi baru ini boleh memberi kesan yang
baik kepada mereka dalam konteks pembelajaran. Ini kerana mereka tidak
berpeluang menggunakan teknologi ini semasa menghabiskan pembelajaran di
peringkat ijazah pertama dan mereka menghabiskan kursus pasca-siswazah
berbantukan kaedah e-pembelajaran.
Shirley Alexander pada tahun 2001 dalam kajiannya yang bertajuk e-learning
developments and expericence telah mengkaji mengenai pembangunan dan
pengalaman e- pembelajaran. Pengkaji telah mencadangkan rangka kerja yang
komprehensif untuk reka bentuk, pembangunan, dan pelaksanaan sistem e-
pembelajaran di institusi pengajian tinggi untuk memastikan ia mencapai cabaran
dalam e- pembelajaran berasaskan kepada kajian Trigwell’s terhadap pengaruh
pelajar terhadap pembelajaran. Rangka kerja yang dicadangkan untuk
membangunkan kapasiti penyampaian kursus e- pembelajaran adalah seperti konteks
universiti, pemikiran pengajar, perancangan pengajar, dan strategi pengajar.
1. Konteks universiti
Peruntukan kepada mekanisma pembangunan dan sokongan membentuk
bahagian penting terhadap inisiatif e-pembelajaran seperti visi e-learning
di institusi, pembangunan perancangan pembangunan teknologi,
pembangunan perancangan pembangunan teknologi dan polisi beban
kerja fakulti yang berkaitan dengan e-learning, kemudahan untuk
menyediakan sokongan kepada staf dan pelajar, sokongan kepada
penyelidikan, peluang pembangunan fakulti dan peruntukan pelepasan
masa untuk fakulti yang terlibat dalam pembangunan e-learning.
2. Pemikiran pengajar
Fakulti digalakkan untuk menggunakan peluang-peluang pembangunan
staf dengan menggalakkan mereka memberi pandangan terhadap
pembelajaran dan menggunakan strategi pembelajaran tertentu. Ia adalah
cara terbaik untuk meningkatkan pemahaman tentang bagaimana pelajar
belajar, yang boleh mendorong kepada kualiti yang baik dalam e-learning.
3. Perancangan pengajar
Dalam fasa perancangan e-pembelajaran, fakulti mesti memberi tumpuan
kepada pembangunan untuk meningkatkan pemahaman pelajar, mereka
bentuk penilaian aktiviti e-pembelajaran, menyediakan maklum balas
yang berguna dan masa yang tepat terhadap kerja pelajar, persediaan
pelajar untuk aktiviti pembelajaran yang berbeza secara kualitatif,
persediaan pelajar untuk bekerja dalam kumpulan, menerapkan konsep
pengurusan masa dalam aktiviti pembelajaran, dan mendapatkan
kebenaran hak cipta dalam semua material yang digunakan.
4. Strategi pengajar
Fakulti digalakkan menyediakan maklum balas kepada pelajar dengan
tepat pada masa dan berinformatif, memberi peluang kepada pelajar untuk
memahami proses pembelajaran sebelum mengaplikasikan dalam aktiviti
pembelajaran mereka yang sebelum ini tidak pernah mereka lakukan, dan
aktiviti yang membantu pelajar membangunkan kemahiran dalam kerja
kumpulan. (Mohd Azhar Hamid et al. 2004).
Owen, T. R. (2007) telah membuat kajian yang bertajuk ‘ Kesediaan
pembelajaran arahan kendiri di kalangan pelajar pasca-siswazah: kesan kepada
program orientasi’. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan
pembelajaran arahan kendiri di kalangan pelajar pasca-siswazah. Selain itu kajian ini
untuk mengenal pasti sejauh mana Skala Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
boleh digunakan sebagai alat pengukuran yang digunakan mempunyai kesahan
(validity) dan kebolehpercayaan (reliable) di kalangan pelajar pasca-siswazah. Beliau
menggunakan kaedah tinjauan rentas (cross-sectional) di mana data di kumpul
melalui e-mel dan telefon untuk mengukur kebolehpercayaan dan kesahan Skala
Kesediaan Pembelajaran Arahan tersebut. Bentuk soalan SDLRS adalah berdasarkan
kepada skala yang dibangunkan oleh Guglielmino.
Hasil kajian mendapati tahap kesahan dan kebolehpercayaan adalah tinggi.
Markah ujian kebolehpercayaan melalui split-half adalah 0.87 manakala ujian
kebolehpercayaan yang dikira melalui Cronbach coefficient alpha adalah 0.92.
kesahan pula diuji melalui kaedah kesahan gagasan (consruct validity) Markah ujian
kesahan yang dikira adalah di antara 0.41 hingga 0.88 dengan nilai signifikan
adalah0.001. Dengan nilai daripada kebolehpercayaan dan kesahan yang diperolehi,
maka beliau menyimpulkan bahawa maka Skala Kesediaan Pembelajaran Arahan
Kendiri adalah instrumen yang boleh digunakan untuk pelajar pasca-siswazah.
Litzinger, T. A. (2007) dalam kajian yang bertajuk ‘ Kesediaan pembelajaran
arahan kendiri di kalangan pelajar kejuruteraan (undergarde)’ telah mengkaji
berkenaan dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri di kalangan pelajar dan
hubungan dengan faktor demografi. Selain itu, kajian ini mencari kesan pengalaman
belajar berasaskan masalah terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri pelajar.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar tahun markah SDLRS untuk
pelajar tahun akhir adalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan bilangan
tahun pembelajaran dengan gred purata markah (GPA). Tetapi kedua-duanya iaitu
bilangan tahun pembelajaran dan GPA tidak menjadi peramal yang kuat untuk
markah SDLRS. Ini kerana kaedah pembelajaran dan pengajaran untuk pelajar
undergraduate kejuruteraan tidak menggalakkan ke arah pembelajaran arahan
kendiri.
Hasil kajian berkenaan kesan pembelajaran berasaskan masalah ke atas
pembelajaran arahan kendiri pelajar menunjukkan purata kesediaan untuk
pembelajaran arahan kendiri meningkat secara signifikan. Bagaimanapun, hanya
sembilan daripada 18 pelajar menunjukkan peningkatan secara signifikan ke atas
markah SDLRS mereka.
Implikasi daripada kajian ini, beliau menyatakan bahawa kurikulum untuk
pelajar kejuruteraan mesti diubah dan disesuaikan dengan pelbagai pengalaman
belajar yang lain untuk membolehkan pelajar membangunkan kaedah pembelajaran
arahan kendiri mengikut kesesuaian masing-masing. Semasa pembelajaran arahan
kendiri, reaksi dan kejayaan pelajar perlu diperhatikan, da mereka juga mesti
memberi dan mendapat maklum balas semasa penilaian dalam kelas.
Tri Darmawati (2003) telah membuat kajian berkaitan dengan kesediaan
pembelajaran arahan kendiri ‘Kesediaan untuk Pembelajaran Arahan Kendiri dan
Pencapaian Pelajar di Universiti Terbuka Indonesia’. Objektif kalian beliau adalah
untuk mendapatkan data deskriptif berkenaan dengan kesediaan pembelajaran arahan
kendiri. Selain itu, beliau juga ingin melihat hubungan antara kesediaan
pembelajaran arahan kendiri dengan pencapaian akademik. Beliau menggunakan
semua item soalan yang dibangunkan oleh Guglielmino iaitu sebanyak 58 item.
Beliau mendapati secara keseluruhannya tahap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri berada pada tahap sederhana dengan nilai jumlah purata skor adalah 215.5.
sementara itu, kajiannya juga mendapati tahap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri di kalangan perempuan adalah lebih tinggi daripada lelaki. Tetapi walau
bagaimanapun, tiada perbezaan nilai ‘grade point average’ (GPA) antara lelaki dan
perempuan.
Morris, S. S. (1995) dalam kajian yang bertajuk ‘Hubungan Antara Kesediaan
Pembelajaran Arahan Kendiri dengan Prestasi Akademik bagi Program Pendidikan
Tinggi’ bertujuan untuk mengenal pasti tahap pembelajaran arahan kendiri di
kalangan pelajar. Selain itu, kajian beliau juga untuk menguji beberapa hipotesis
yang berkaitan secara langsung dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Hasil
kajian beliau mendapati tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri di kalangan
pelajar tersebut adalah di atas sederhana iaitu purata nilai jumlah purata skor 246.13.
2.14 Model Kajian
Hasil daripada perbincangan berkenaan teori-teori, model-model, dan kajian
lepas, pengkaji telah mengemukakan satu kerangka kajian untuk kajian ini. Kerangka
ini direka bentuk bertujuan untuk memandu kajian pengkaji berdasarkan kepada
pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar yang telah dikenal pasti.
Secara umumnya, prinsip dan model e-pembelajaran yang dicadangkan
menunjukkan peranan yang dimainkan oleh teknologi terkini untuk pembelajaran
atas talian. Kaedah pembelajaran ini membentuk satu dimensi baru yang menyokong
sistem pembelajaran konvensional iaitu dalam bilik darjah. Pembelajaran di atas
talian adalah masih baru di negara ini. Oleh yang demikian, pelajar masih belum
terdidik untuk menggunakan kaedah ni semaksimum mungkin dalam pembelajaran
mereka di universiti. Ini diutarakan oleh Mohd Koharudin (2004) yang menyatakan
bahawa kesediaan pelajar-pelajar universiti di Malaysia dalam menggunakan e-
pembelajaran adalah masih di tahap yang sederhana kerana kaedahnya yang masih
baru di negara ini.
Dalam usaha mengadaptasikan kemajuan teknologi dalam sistem pendidikan
negara, kaedah e-pembelajaran haruslah diterapkan dalam modul pembelajaran di
peringkat tinggi atau sekurang-kurangnya sebagai sokongan kepada pembelajaran
secara kuliah. Melalui aplikasi e-pembelajaran, pihak yang bertanggungjawab boleh
menyediakan bahan pembelajaran yang boleh dicapai pada bila-bila masa oleh
pelajar. Matlamat atau sasaran asal kurikulum yang dibangunkan oleh pihak
pentadbiran tidak akan berubah sungguhpun kaedah e-pembelajaran diterapkan
dalam sistem pendidikan tersebut. Prinsip e-pembelajaran ini dinyatakan oleh
Nicholas (2003) yang menjelaskan kemampuan aplikasi e-pembelajaran
diintegrasikan ke dalam sistem lama untuk di sesuaikan dengan perubahan teknologi
semasa.
Model Persekitaran Pembelajaran yang diperkenalkan oleh Noraffandy
Yahaya dan Wan Salihin Wong (1999) menjelaskan bagaimana pelajar menggunakan
sistem pembelajaran atas talian untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan.
Model ini membincangkan fungsi penggunaan menu-menu tertentu untuk mencapai
pembelajaran berkesan melalui empat pendekatan. Pendekatan tersebut adalah
penglibatan pelajar secara aktif, kolaborasi, interaktif dan penerokaan. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan e-mel, perbincangan maya, pencarian
maklumat, perkongsian bookmark, hiperteks, hipermedia, dan lain-lain. Pelajar
dikehendaki mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan pembelajaran secara
kendiri berdasarkan kepada arahan pensyarah masing-masing. Pengkaji melihat
model ini sebagai pemangkin kepada penggunaan menu-menu dalam e-pembelajaran
dengan lebih kerap untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna kepada
pelajar.
Oleh kerana e-pembelajaran dipraktikkan tanpa kawalan sepenuhnya oleh
pengajar, pengkaji melihat adalah penting bagi pelajar mempunyai keinginan untuk
belajar secara kendiri. Model Lima Fasa untuk Pembelajaran atas Talian Salmon
(2000) menjelaskan bagaimana pencapaian peserta sepanjang pengalamannya
menggunakan e-pembelajaran. Pada tingkat ke empat dan lima, pelajar mula
menunjukkan keupayaan mereka menerapkan konsep pembelajaran arahan kendiri
dalam penggunaan e-pembelajaran. Mereka mula menyelesaikan masalah sendiri
berkaitan dengan masalah yang diberikan dan peranan e-moderator hanyalah sebagai
pemantau. Pada tingkat terakhir, peserta akan menggunakan pendekatan konstruktif,
di mana mereka sendiri mengawal proses pembelajaran tersebut berdasarkan
pengalaman mereka.
Pengkaji telah melihat berapa pentingnya asas kepada pembangunan skala
kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Skala ini telah dibangunkan oleh
Guglielmino, L. M. (1977) melalui tesis beliau. Beliau menegaskan bahawa faktor
utama yang perlu diambil kira dalam pembentukan skala kesediaan pembelajaran
arahan kendiri adalah terbuka terhadap peluang pembelajaran; inisiatif pelajar;
penerimaan tanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri; suka terhadap
pembelajaran konsep kendiri pelajar; kreativiti; melihat pembelajaran sebagai aktiviti
sepanjang hayat; dan pemahaman kendiri;
Selain itu, pengkaji memfokuskan kepada kesediaan pembelajaran arahan
kendiri berdasarkan dua model utama iaitu Model Pembelajaran Arahan Kendiri
Berperingkat Grow (1991) dan Model PRO Brockett dan Hiemstra (1991). Model
Pembelajaran Arahan Kendiri Berperingkat Grow membincangkan empat tingkat
yang berbeza pembelajaran seseorang sehingga mencapai tingkat arahan kendiri di
mana pengajar berperanan sebagai konsultan jika dibandingkan dengan peringat
pertama iaitu bergantung di mana pengajar berperanan sebagai jurulatih. Model PRO
Brockett dan Hiemstra pula menekankan kepada tanggungjawab peribadi dalam
membentuk arahan kendiri dalam pembelajaran.
Melalui model dan kajian yang telah dikaitkan, pengkaji akan melihat kepada
tahap persepsi pelajar terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri mereka dan
hubung kait dengan tahap penggunaan e-pembelajaran di UTHM. Hasil daripada
perbincangan tentang model yang berkaitan, pengkaji telah membangunkan Model
Kerangka Kajian yang terdiri daripada dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah
bersandar dan pemboleh ubah bebas. Pemboleh ubah bebas terdiri daripada tahap
kesediaan pembelajaran arahan kendiri manakala pemboleh ubah bersandar adalah
tahap penggunaan e-pembelajaran (aplikasi Blackboard dan aplikasi UCiTV). Rajah
2.4 menunjukkan ringkasan model kajian yang telah dibangunkan oleh pengkaji
dalam kajian ini.
Rajah 2.4: Model Kajian Hubungan antara Tahap Kesediaan Pembelajaran
Arahan Kendiri dengan Tahap Penggunaan E-Pembelajaran
TAHAP PENGGUNAAN
PEMBELAJARAN
ELEKTRONIK
Aplikasi Blackboard
o My Announcement
o My Calendar
o Course Document
o Assigment
o Communication/Send
o Add Forum
o External Link
Aplikasi UCiTV
o Search Media
o Life Broadcast
o Video on Demand
o E-Learning on
Demand
TAHAP KESEDIAAN
PEMBELAJARAN ARAHAN
KENDIRI
Terbuka terhadap peluang
pembelajaran
Konsep Kendiri Pelajar
Inisiatif pelajar
Penerimaan tanggungjawab
terhadap pembelajaran diri
sendiri
Suka terhadap pembelajaran
kreativiti
Melihat pembelajaran sebagai
aktiviti sepanjang hayat
Pemahaman kendiri
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bahagian metodologi kajian ini pengkaji akan membincang dan
menghuraikan berkaitan dengan semua peringkat yang telah dilakukan dalam kajian
ini. Antara perkara yang akan dihuraikan adalah berkaitan dengan reka bentuk kajian,
responden kajian, kaedah pensampelan, kaedah pengumpulan data, dan juga kaedah
analisis yang dipilih untuk digunakan bagi mendapatkan keputusan bagi kajian
pengkaji.
3.2 Reka bentuk Kajian
Kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dalam menjalankan
kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan. Ia adalah bertujuan untuk
mengenal pasti tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar dan kesediaan
pembelajaran arahan kendiri serta hubungan antara keduanya di kalangan pelajar
tahun dua di Fakulti Pengurusan Teknologi di UTHM. Dalam kajian ini, tahap
penggunaan e-pembelajaran adalah pemboleh ubah bersandar dan pembelajaran
arahan kendiri adalah pemboleh ubah tidak bersandar.
Data kajian ini diperolehi dengan menggunakan kaedah soal selidik untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan e-pembelajaran dan kesediaan
pembelajaran arahan kendiri. Sabitha (2005) menyatakan bahawa responden boleh
mengambil masa yang sesuai untuk menjawab soal selidik yang diterimanya dan ia
akan memberi maklumat yang lebih baik kepada pengkaji. Menurut beliau lagi, soal
selidik berupaya mengumpul data secara bertulis, menyeluruh dan meluas.
Penggunaan soal selidik dalam kajian ini adalah praktikal kerana pengkaji
menggunakan sampel kajian yang agak besar. Daripada soal selidik tersebut, data-
data akan dianalisis berdasarkan kepada objektif kajian dengan menggunakan kaedah
statistik yang sesuai. Reka bentuk kajian ini dapat dilihat pada rajah 3.1 di bawah:
3.3 Populasi dan Pensampelan Kajian
Dalam kajian ini, populasi kajian adalah pelajar tahun dua di Fakulti
Pengurusan Teknologi di UTHM. Fakulti Pengurusan Teknologi mempunyai empat
jenis kursus iaitu kursus Pengurusan, Pengurusan Pengeluaran dan Operasi,
Pengurusan Harta Tanah, dan Pengurusan Pembinaan. Jumlah keseluruhan pelajar
tahun dua di fakulti Pengurusan Teknologi adalah 214 orang. Pengkaji menggunakan
jadual Krejcie dan Morgan untuk menentukan sampel kajian yang mana bagi
populasi 220, maka jumlah sampel adalah 140 orang. Pengkaji menggunakan sampel
140 kerana jumlah sampel untuk 136 mewakili populasi 210.
Pengkaji menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah berstrata. Kaedah
ini dipilih kerana ia memudahkan pengkaji memilih sampel yang sesuai untuk
populasi yang tidak seragam bagi setiap kategori. Setiap subjek kajian mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Ia juga dapat mengurangkan bias
dalam pemilihan sampel. (Sabitha. 2005).
Jadual 3.1: Saiz Sampel Kajian
Kursus Populasi Sampel
Pengurusan 52 34
Pengurusan Pengeluaran dan Operasi 53 35
Pengurusan Harta Tanah 55 36
Pengurusan Pembinaan 54 35
Jumlah 214 140
Sumber: Krejcie dan Morgan dalam Sabitha (2005). Kaedah Penyelidikan Sains
Sosial. Muka Surat 114-115
3.4 Kaedah Pengumpulan Data
Data-data yang diperolehi dalam kajian adalah dari satu sumber sahaja iaitu
data primer. Soal selidik adalah instrumen untuk mendapatkan data primer.
3.4.1 Instrumen Kajian
Bagi memenuhi objektif kajian, beberapa alat tinjauan dibentuk bertujuan
untuk mendapatkan data yang diperlukan. Soal selidik dibina berasaskan kepada
maklumat yang diperolehi melalui kajian lepas.
Pengkaji telah mereka bentuk borang soal selidik untuk mendapatkan data
yang diperlukan daripada responden kajian. Kaedah pembentukan borang soal selidik
ini berdasarkan kepada dia aplikasi utama e-pembelajaran UTHM iaitu aplikasi
Blackboard dan aplikasi UCiTV. Pengkaji mereka bentuk bahagian B iaitu item
berkaitan dengan penggunaan e-pembelajaran melalui aplikasi Blackboard oleh
responden berdasarkan kepada laman web rasmi e-pembelajaran UTHM aplikasi
Blackboard dan melalui buku panduan Manual Ringkas Pelajar, Blackboard 6 yang
diperolehi melalui laman web UTHM. Selain itu, soalan juga direka bentuk
berdasarkan fungsi-fungsi setiap menu dalam laman web e-pembelajaran bagi
aplikasi Blackboard dan UViTV
Bagi soalan berkaitan dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri,
pengkaji menggunakan 30 item soalan yang digunakan oleh pengkaji lepas untuk
mengukur tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. 30 item soalan ini
diringkaskan berdasarkan 58 item soalan yang dicadangkan oleh Guglielmino.
Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian seperti yang ditunjukkan
di jadual 3.2 di bawah:
Jadual 3.2: Instrumen Kajian
1 Bahagian A Maklumat latar belakang responden
2 Bahagian B Skala Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
3 Bahagian C 1. Tahap penggunaan aplikasi e-pembelajaran (Blackboard)
oleh responden
2. Tahap penggunaan aplikasi e-pembelajaran (UCiTV) oleh
responden
3.5 Pentadbiran Borang Soal Selidik
Alat-alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang maklumat
latar belakang responden, borang pengukur tahap penggunaan pelajar terhadap
aplikasi e-pembelajaran dan Skala Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri.
3.5.1 Maklumat Latar Belakang Responden
Bahagian ini mengandungi maklumat diri responden iaitu jantina, umur,
tempat tinggal, keturunan, program pengajian yang diikuti di UTHM dan tahun
pengajian.
3.5.2 Skala Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
Skala Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri (SDLRS) adalah instrumen
berbentuk Likert yang dibangunkan oleh Gueglielmino pada tahun 1977. Skala ini
direka bentuk untuk mengukur sikap, ciri-ciri dan kemahiran yang kompleks yang
terdiri dari tahap kesediaan semasa individu untuk mengurus pembelajaran mereka.
Sejak dibangunkan, SDLS telah digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji.
Dianggarkan SDLS telah digunakan oleh lebih 500 organisasi besar di seluruh dunia.
Lebih 70000 orang dewasa dan 5000 kanak-kanak telah mengambil SDLS.
SDLRS yang mempunyai 58 item dan skala likert lima mata adalah bertujuan
untuk mengukur kesediaan pembelajaran arahan kendiri berdasarkan lapan faktor.
Ciri-ciri soalan bagi faktor tersebut adalah seperti berikut:
1. Terbuka terhadap peluang pembelajaran
a. Minat terhadap penerimaan pembelajaran
b. Kepuasan terhadap inisiatif seseorang
c. Suka kepada pembelajaran dan jangkaan kepada pembelajaran
berterusan
d. Minat kepada sumber pengetahuan
e. Toleransi
f. Boleh menerima kritikan dan menggunakannya
g. Mengesan tanggungjawab pembelajaran diri
2. Konsep kendiri pelajar
a. Keyakinan dalam pembelajaran kendiri
b. Kemampuan untuk mengurus masa pembelajaran
c. Disiplin diri
d. Pengetahuan terhadap sumber dan keperluan pembelajaran
e. Melihat diri sebagai individu yang ingin belajar
3. Inisiatif pelajar
a. Kemampuan bina soalan sukar
b. Memahami kemahuan pembelajaran
c. Penyertaan secara aktif dalam pembelajaran
d. Berkeyakinan dan berkemampuan untuk bekerja dengan baik
e. Mempunyai kemahiran dalam membaca
f. Berpengetahuan terhadap sumber pembelajaran
g. Kemampuan untuk membangunkan perancangan kerja
h. Inisiatif untuk memulakan projek baru
4. Penerimaan tanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri
a. Memahami kebijaksanaan diri
b. Berkehendak kepada pembelajaran yang mencabar berdasarkan
kepada minat dalam sesuatu bidang
c. Percaya kepada fungsi pendidikan
5. Suka terhadap pembelajaran
a. Seseorang yang selalu belajar perkara baru
b. Keinginan yang kuat untuk belajar
c. Kepuasan dengan perkara baru
6. Kreativiti
a. Mengambil risiko
b. Kreatif
c. Kemampuan untuk berfikir penyelesaian yang mustahil
d. Kemampuan untuk berfikir pelbagai pendekatan
7. Melihat pembelajaran sebagai aktiviti sepanjang hayat
a. Melihat diri sebagai pelajar sepanjang hayat
b. Gembira berfikir tentang masa hadapan
c. Cenderung melihat masalah sebagai cabaran bukan penghalang
8. Pemahaman kendiri
a. Kemampuan untuk menggunakan kemahiran belajar dan kemahiran
menyelesaikan masalah (Guglielmino, L. M. 1977).
Walau bagaimanapun, Gugleilmino (melalui komunikasi personal dengan
Brockett pada 2 Februari 2000) memutuskan bahawa apabila SDLRS ditadbir, skor-
skor semua faktor harus dikira sebagai satu skor keseluruhan berbanding mencari
sub-skor bagi setiap faktor. Beliau juga merumuskan bahawa sub-sub skor daripada
setiap faktor akan memperolehi kebolehpercayaan yang rendah. Tambahan lagi, sub-
skor sub-skor ini cenderung untuk berubah mengikut sampel dan dengan itu, ia tidak
boleh mewakili sampel-sampel yang lain. (Mohd Azhar Hamid et al. 2004).
Untuk tujuan kajian ini, pengkaji hanya memilih 30 item soalan positif
sahaja. Item soalan ini dipilih berdasarkan item yang telah digunakan oleh Mohd
Azhar Hamid (2004) yang diringkaskan dari item soalan yang dicadangkan oleh
Gugleilmino. Berikut adalah pembahagian soalan berdasarkan faktor-faktor dan ciri-
ciri seperti yang telah dinyatakan:
Jadual 3.3: Pembahagian Soalan Berdasarkan Faktor
Faktor 1 Terbuka terhadap peluang pembelajaran
No. Soalan 14, 21, 28,
Faktor 2 Konsep kendiri pelajar
No. Soalan 3, 8, , 11, 12, 20, 23, 26, 27,
Faktor 3 Inisiatif pelajar
No. Soalan 2, 4, 5, 12, 16, 20, 22,
Faktor 4 Penerimaan tanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri
No. Soalan 9, 10,
Faktor 5 Suka terhadap pembelajaran
No. Soalan 19, 24, 25,
Faktor 6 Kreativiti
No. Soalan 6, 15, 18,
Faktor 7 Melihat pembelajaran sebagai aktiviti sepanjang hayat
No. Soalan 1, 13, 17, 29
Faktor 8 Pemahaman kendiri
No. Soalan 7, 30
Skala likert lima mata digunakan dalam kajian ini adalah seperti dalam Jadual
3.5 di bawah:
Jadual 3.4: Skala Likert SDLRS
1 2 3 4 5
Hampir Tidak
Benar Tentang
Diri Saya
Tidak
Selalunya
Benar tentang
Diri Saya
Kadangkala
Benar Tentang
Diri Saya
Kebiasaannya
Benar Tentang
Diri Saya
Hampir Benar
Tentang Diri
Saya
Sumber: Guglielmino L. M. (1977). Development of the Self-Directed Learning
Readiness Scale. Muka Surat 40.
3.5.3 Tahap Penggunaan Pelajar Terhadap E-Pembelajaran (Aplikasi
Blackboard dan Aplikasi UCiTV)
Bahagian ini mengandungi 28 soalan berbentuk likert lima mata yang
bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan pelajar terhadap aplikasi e-
pembelajaran. Soalan-soalan ini dibangunkan sendiri oleh penyelidik berdasarkan
aplikasi e-pembelajaran yang dilaksanakan di UTHM. Bahagian ini mengandungi
dua bahagian utama iaitu pertama bahagian penggunaan aplikasi Blackboard yang
mengandungi 16 soalan dan bahagian kedua penggunaan aplikasi UCiTV juga
mengandungi sembilan soalan. Skala likert lima mata bagi bahagian ini adalah
seperti jadual 3.3 di bawah:
Jadual 3.5: Skala Likert Lima Mata
1 2 3 4 5
Tidak Pernah Jarang Sederhana
Kerap
Kerap Sangat Kerap
Sumber: Sabitha (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.
Muka Surat 189.
Jadual 3.3 menunjukkan skala yang diguna pakai untuk mengukur tahap
penggunaan responden terhadap e-pembelajaran. Slakala tersebut dibahagikan
kepada lima mata yang menunjukkan nilai ‘1’ adalah Tidak Pernah manakala nilai
‘5’ adalah Sangat Kerap. Selain itu, nilai-nilai lain adalah ‘2’ iaitu Kadang-kadang,
nilai ‘3’ iaitu Sederhana Kerap dan nilai ‘4’ iaitu Kerap.
Tidak Pernah menunjukkan pelajar tidak pernah menggunakan atau melayari
laman web e-pembelajaran UTHM. Kadang-kadang merujuk kepada penggunaan e-
pembelajaran iaitu aplikasi Blackboard atau UCiTV dan menu-menu di dalamnya
paling kurang sekali (jangka masa satu hari) dalam sebulan. Sederhana Kerap
merujuk kepada penggunaan e-pembelajaran iaitu aplikasi Blackboard atau UCiTV
dan menu-menu di dalamnya paling kurang sekali (jangka masa satu hari) dalam dua
minggu. Kerap merujuk kepada penggunaan e-pembelajaran iaitu aplikasi
Blackboard atau UCiTV dan menu-menu di dalamnya paling kurang sehari (jangka
masa satu hari) dalam seminggu. Sangat Kerap merujuk kepada penggunaan e-
pembelajaran iaitu aplikasi Blackboard atau UCiTV dan menu-menu di dalamnya
paling kurang tiga kali (jangka masa tiga hari) dalam seminggu.
3.6 Kaedah Analisis Data
Pengkaji akan menganalisis data dan maklumat yang akan di kumpul untuk
mengetahui hasil kajian. Pengkaji menganalisis data dan maklumat yang di kumpul
dengan menggunakan tiga kaedah utama iaitu kaedah analisis deskriptif, analisis
inferensi, dan korelasi Spearman, data dianalisis dengan menggunakan perisian
komputer SPSS (Satistical Pakage for Social Science) versi 11.5.
Tinjauan yang dibuat ini menggunakan borang soal selidik yang
mengandungi empat bahagian. Bahagian pertama mengandungi item demografi
responden iaitu jantina, umur, keturunan, kursus serta tahun pengajian di UTHM.
Bahagian kedua mengandungi item-item yang mengukur tahap penggunaan aplikasi
e-pembelajaran iaitu melalui aplikasi Blackboard dan UCiTV. Bahagian ke ketiga
merupakan alat ukur yang dibangunkan oleh Guglielmino iaitu skala Kesediaan
Pembelajaran Arahan Kendiri yang diambil 30 soalan sahaja (daripada 58 item asal).
Maklumat latar belakang responden, tahap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri dan tahap penggunaan e-pembelajaran dianalisis menggunakan kaedah
deskriptif berbentuk kekerapan, peratusan dan min. Bagi menentukan tahap
penggunaan pelajar terhadap e-pembelajaran, pengkaji menggunakan min skor di
mana tiga tahap penggunaan e-pembelajaran adalah seperti jadual 3.9 di bawah:
3.6.1 Cara Pemarkahan SDLRS
Gugliemino pada tahun 1989 telah menginterpretasikan skor SDLRS setiap
individu berdasarkan sampelnya seperti di Jadual 3.6 di bawah. Sampel tersebut
terdiri dari 58 soalan.
Jadual 3.6: Skor dan Tahap SDLRS
Skor SDLRS Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
58-176 Rendah
177-201 Di Bawah Sederhana
202-226 Sederhana
227-251 Di Atas Sederhana
252-290 Tinggi
Sumber: Gugliemino (1989) dalam Mohd Azhar Hamid (2004). Self-Directed
Learning and Relationship with Awareness Towards E-Learning: A Research
among Academic Staff in Universiti Teknologi Malaysia. Muka Surat 62.
Kaedah pengiraan julat bagi skala di atas adalah seperti berikut.
Jumlah skor maksimum = 58 X 5 =290
Jumlah skor minimum = 58 X 1 =58
Julat = 5
58290
= 46.4
Mengikut Gugliemino lagi, orang yang memperoleh skor tinggi dalam
SDLRS mungkin merancang strategi dan kaedah pembelajaran mereka secara
bersendirian dan pada masa yang sama selesa dengan persekitaran pembelajaran
berstruktur mengikut pilihan mereka. Manakala orang yang memperolehi skor
sederhana tidak selesa mengekalkan keseluruhan strategi dan kaedah pembelajaran
mereka. Mereka lebih gemar berada dalam keadaan yang tidak bergantungan untuk
merasa kejayaan mereka. Orang yang mendapat skor rendah pula memerlukan
keadaan yang berstruktur untuk merasa terjamin dan mereka tidak berupaya
menentukan atau mengekalkan pembelajaran mereka secara bersendirian. (Mohd
Azhar Hamid et al. 2004).
Berdasarkan kepada julat yang telah ditetapkan oleh Gugliemino pada jadual
3.6, pengkaji menginterpretasikan julat untuk 30 soalan mengenai tahap kesediaan
pembelajaran arahan kendiri kajian adalah seperti berikut:
Jumlah skor maksimum = 30 X 5 =150
Jumlah skor minimum = 30 X 1 =30
Julat = 5
30150
= 24
Jadual 3.7: Nilai Skor dan Tahap SDLRS
Skor SDLRS Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
30-54 Rendah
55-78 Di Bawah Sederhana
79-102 Sederhana
103-126 Di Atas Sederhana
127-150 Tinggi
Bagi menentukan tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri bagi setiap
item, pengkaji menggunakan nilai min di mana lima tahap kesediaan pembelajaran
arahan kendiri di ukur. Lima tahap ini berdasarkan kepada pembahagian lima tahap
nilai skor SDLR yang dicadangkan oleh Guglielmino. Pengiraan tahap tersebut
adalah seperti jadual 3.8 di bawah
Nilai maksimum = 5
Nilai minimum = 1
Julat = 5
15
= 0.80
Jadual 3.8: Nilai Skor dan Tahap SDLRS
Min SDLRS Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Setiap Item
1.00 – 1.80 Rendah
1.81 – 2.60 Di Bawah Sederhana
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Di Atas Sederhana
4.21 - 5.00 Tinggi
3.6.2 Cara Pembahagian Tahap Min
Jadual 3.9: Pembahagian Tahap Min
Selang Skala Min Tahap Min
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.67 Sederhana
3.68-5.00 Tinggi
Sumber: Lewis dan Robin (2000). Statistik Untuk Pengurusan.
Pengiraan julat tahap penggunaan e-pembelajaran adalah seperti di bawah:
Nilai maksimum = 5
Nilai minimum = 1
Julat = 5 – 1
3
= 1.33
3.6.3 Cara Menginterpretasikan Pangkat Korelasi
Bagi melihat hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri
dan tahap penggunaan e-pembelajaran, pengkaji akan menggunakan kaedah Korelasi
Spearman. Statistik Pekali Korelasi Pangkat Spearman (Spearman’s Rank Order
Correlation Coefficient) digunakan untuk menguji hubungan di antara tahap
kesediaan pembelajaran arahan kendiri dan tahap penggunaan e-pembelajaran.
Pengkaji menggunakan kaedah analisis korelasi Spearman kerana data yang di
kumpul oleh pengkaji berbentuk ordinal. Selain itu, pekali pangkat Spearman
sr dipilih kerana ia dapat memelihara pemeringkatan pemboleh ubah yang dikaji
hubungannya. Di samping itu, ia dapat menunjukkan sama ada wujud hubungan
positif atau negatif di antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dan tahap
penggunaan e-pembelajaran (Hishamuddin dan Zukarnain, 2001).
Julat kekuatan kolerasi ditentukan berdasarkan kepada ‘Guilford’s Rule of
Thumb’ yang diperkenalkan oleh Guilford pada tahun 1956. Jadual 3.10
menunjukkan interpretasi hubungan antara pemboleh ubah mengikut saiz pekali
korelasi (Mohd Azhar Hamid et al. 2004).
Jadual 3.10: Interpretasi Mengikut Saiz Pekali Korelasi
Saiz Pekali Korelasi Interpretasi
0.90 hingga 1.00 Korelasi amat tinggi
0.70 hingga 0.90 Korelasi tinggi
0.50 hingga 0.70 Korelasi sederhana
0.30 hingga 0.50 Korelasi rendah
0.10 hingga 0.30 Korelasi lemah
0.00 Tiada korelasi
Sumber: Guilford, 1956 dalam Mohd Azhar Hamid et al. (2004).
Self-Directed Learning and Relationship with Awareness Towards E-Learning:
A Research among Academic Staffs in Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Bagi melihat perbezaan tahap penggunaan e-pembelajaran dengan demografi
iaitu jantina, pengkaji menggunakan ujian Mann-Whitney U. Aras signifikan alpha
adalah 0.05. bagi melihat perbezaan tahap penggunaan e-pembelajaran dengan
demografi iaitu keturunan dan sekolah sebelumnya, pengkaji menggunakan Kruskal-
Wallis. Pengkaji menggunakan kaedah Mann-Whitney U dan KruskalWallis kerana
data yang digunakan adalah data ordinal dan data norminal (Hishamuddin dan
Zukarnain, 2001).
3.7 Kajian Rintis
Kajian rintis perlu dijalankan bagi menentukan sama ada soal selidik yang
dibangunkan mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahihan yang tinggi atau
tidak. Kebaikan melaksanakan kajian rintis ialah data yang di kumpul mungkin akan
memberi amaran kepada pengkaji bahawa kajian sebenar yang akan dijalankan akan
bermasalah, garis kasar cadangan kajian kurang mantap atau instrumen kajian yang
digunakan kurang sesuai ( Chua Yan Piaw, 2006). Daripada maklum balas yang
diberikan oleh responden kajian rintis pengkaji akan dapat menentukan serta
mengenal pasti masalah yang wujud yang boleh menimbulkan salah faham dan
kekeliruan. Ini boleh dikenal pasti apabila soal selidik di analisis. Kaedah Item
deleted boleh membantu pengkaji untuk mengubahsuai soalan yang tidak sesuai.
Dalam menilai tahap kebolehsahan soal selidik ini, koefisien Alpha-
Cronbach(α) digunakan. Nilai α (alpha) yang semakin tinggi akan memberikan tahap
kepercayaan yang tinggi di mana aras kebolehpercayaan yang tinggi adalah apabila
ia memperolehi nilai α yang melebihi 0.6 dalam hasil pengiraan analisis yang
dilakukan.
Kajian rintis telah dilakukan kepada 19 orang pelajar Fakulti Pengurusan
Teknologi di UTHM. Nilai Alpha-Cronbach(α) yang diperolehi adalah 0.9443. Ini
menunjukkan bahawa soal selidik yang dibina oleh pengkaji mempunyai aras nilai
tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu ia boleh digunakan bagi tujuan
pengumpulan maklumat kajian. Data pengiraan oleh SPSS adalah seperti berikut:
Jadual 3.11: Analisis Reliabiliti
Reliability Coefficients
Kes Item Alpha
19.0 55 0.9443
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil kajian yang diperolehi daripada soal
tentang hubungan antara tahap penggunaan e-pembelajaran dengan tahap kesediaan
pembelajaran arahan kendiri di UTHM. Sejumlah 140 soal selidik diedarkan dan
berjaya dikembalikan. Kajian yang telah dijalankan dianalisis dengan menggunakan
pengaturcaraan komputer “Statistical Packages for Science Social” versi 11.5. Data
yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min,
sisihan piawai dan kolerasi. Keputusan kajian adalah terbahagi kepada beberapa
bahagian iaitu seperti berikut:
a) Analisis maklumat mengenai latar belakang ataupun maklumat demografi
responden kajian.
b) Analisis maklumat tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri di
kalangan pelajar di UTHM
c) Analisis maklumat tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar di
UTHM
d) Analisis korelasi antara tahap penggunaan e-pembelajaran dengan tahap
kesediaan pembelajaran arahan kendiri
e) Analisis Mann-Whitney terhadap perbezaan tahap penggunaan e-
pembelajaran mengikut jantina
f) Analisis Kruskal-Wallis U terhadap perbezaan tahap penggunaan e-
pembelajaran mengikut program pengajian
4.2 Latar Belakang Responden
Latar belakang bagi 140 orang responden kajian ini dihuraikan oleh carta pai
berdasarkan kepada ciri-ciri demografi yang dikaji.
4.2.1 Jantina dan Umur Responden
Jadual 4.1: Taburan Kekerapan Mengikut Jantina Dan Umur
UMUR
20 -21 22-23 24-25 >26 Jumlah
Lelaki 27 31 6 1 65JANTINA
Perempuan 17 40 14 4 75
Jumlah 44 71 20 5 140
Jadual 4.1 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina
dan umur. Berdasarkan jadual di atas, bilangan responden perempuan melebihi
responden lelaki iaitu perbezaan 10 orang. Responden perempuan seramai 75 orang
manakala responden lelaki adalah 65 orang dengan jumlah keseluruhan responden
140 orang. Bagi kategori umur, majoriti responden berumur 22 dan 23 tahun dengan
kekerapannya adalah 71 orang, diikuti responden berumur 20 dan 21 iaitu 44 orang.
Responden yang berumur 26 tahun dan ke atas adalah paling sedikit iaitu hanya lima
orang.
4.2.2 Keturunan Responden
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Keturunan
Keturunan Kekerapan (orang)
Melayu 120
Cina 16
India 3
Lain-lain 1
Jumlah 140
Analisis kajian menunjukkan bahawa responden yang menjawab borang soal
selidik yang diedarkan terdiri dari pelbagai kaum. Majoriti responden yang
menjawab borang soal selidik adalah daripada keturunan Melayu iaitu seramai 120
orang dan diikuti oleh keturunan Cina iaitu seramai 16 orang. Keturunan India pula
adalah seramai 3 orang manakala lain-lain kaum hanya satu orang.
4.2.3 Program Pengajian
Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Program Pengajian
Kursus Pengajian Kekerapan Peratusan (%)
Pengurusan 34 24.3
Pengurusan Pengeluaran dan Operasi
35 25.0
Pengurusan Harta Tanah 36 25.7
Pengurusan Pembinaan 35 25.0
Jumlah 140 100.0
Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut kursus pengajian.
Berdasarkan jadual tersebut, responden yang mengikuti kursus pengajian Pengurusan
Operasi dan Pengurusan Pembinaan adalah 25% iaitu mewakili 35 orang. Responden
yang mengikuti kursus Pengurusan adalah 24.3% iaitu mewakili 34 orang manakala
responden dari kursus Pengurusan Harta Tanah adalah 25.7 iaitu mewakili 36 orang.
4.3 Analisis Tahap Pembelajaran Arahan Kendiri Di Kalangan Responden
Jadual 4.4: Persepsi Responden Terhadap Kesediaan Pembelajaran Arahan
Kendiri
Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
Hampir Tidak Benar
Tentang Diri Saya
f(%)
Tidak Selalu-
nya Benar
Tentang Diri Saya
f(%)
Kadang-kala
Benar Tentang
Diri Saya
f(%)
Kebia-saannya Benar
Tentang Diri Saya
f(%)
Hampir Benar
Tentang Diri Saya
f(%)
Min(SD)
1. Saya bersikap positif terhadap pembelajaran yang berterusan sepanjang hidup saya
3(2.1)
5(3.6)
39(27.9)
67(47.9)
26(18.6)
3.78(0.86)
2. Saya tahu apa yang ingin saya pelajari
3(2.1)
8(5.7)
43(30.7)
58(41.4)
28(20.0)
3.71(0.92)
3. Jika ada sesuatu yang ingin saya pelajari, saya akan mencari jalan untuk mendapatkannya.
0(0)
10(7.1)
34(24.3)
70(50.0)
26(18.6)
3.80(0.82)
4. Saya suka belajar 8(5.7)
5(3.6)
42(30.0)
62(44.3)
23(16.4)
3.62(0.99)
5. Sekiranya saya perlukan maklumat yang saya tiada, saya tahu bagaimana untuk mendapatkannya
2(1.4)
12(8.6)
40(28.6)
61(43.6)
25(17.9)
3.68(0.92)
6. Saya akan menentukan kandungan dan kaedah pembelajaran mengikut pengalaman dan kesesuaian saya
0(0)
6(4.3)
45(32.1)
70(50.0)
19(13.6)
3.73(0.74)
7. Kesukaran dalam sesuatu bidang pembelajaran tidak menjadi halangan jika saya menggemari bidang tersebut.
1(0.7)
8(5.7)
42(30.0)
63(45.0)
26(18.6)
3.75(0.85)
8. Tiada orang lain yang lebih bertanggung-jawab terhadap pemerolehan pengetahuan saya melainkan diri saya sendiri
4(2.9)
8(5.7)
31(22.1)
66(47.1)
31(22.1)
3.80(0.94)
9. Saya boleh membezakan sama ada saya belajar dengan berkesan atau tidak
3(2.1)
6(4.3)
46(32.9)
64(45.7)
21(15.0)
3.67(0.86)
10. Sekiranya saya telah membuat keputusan untuk mempelajari sesuatu, saya akan memperuntukkan masa untuk mempelajarinya walaupun dalam keadaan sibuk
2(1.4)
5(3.6)
41(29.3)
72(51.4)
20(14.3)
3.74(0.80)
11. Saya amat menghormati orang yang suka mempelajari perkara baru.
1(0.7)
4(2.9)
31(22.1)
71(50.7)
33(23.6)
3.94(0.79)
12. Saya boleh memikirkan banyak cara untuk mempelajari bidang yang baru
2(1.4)
6(4.3)
48(34.3)
71(50.7)
13(9.3)
3.62(0.77)
13. Saya cuba mencari hubungan antara apa yang saya pelajari dan matlamat jangka panjang saya.
2(1.4)
4(2.9)
58(41.4)
62(44.3)
14(10.0)
3.59(0.77)
14. Saya terlalu ingin mempelajari sesuatu perkara
0(0)
7(5.0)
46(32.9)
73(52.1)
14(10.0)
3.67(0.72)
15. Saya tidak mempunyai masalah untuk menggunakan apa jua kaedah pembelajaran.
1(0.7)
3(2.1)
45(32.1)
73(52.1)
18(12.9)
3.74(0.73)
16. Saya suka mencuba perkara baru walaupun saya tidak pasti hasilnya
1(0.7)
7(5.0)
47(33.6)
65(46.4)
20(14.3)
3.69(0.80)
17. Saya suka memikirkan masa hadapan
1(0.7)
8(5.7)
27(19.3)
74(52.9)
30(21.4)
3.89(0.83)
18. Saya melihat sesuatu perkara sebagai cabaran, bukan halangan
1(0.7)
4(2.9)
50(35.7)
63(45.0)
22(15.7)
3.72(0.79)
19. Saya berupaya memotivasikan diri sendiri untuk melakukan apa yang saya perlu lakukan.
3(2.1)
7(5.0)
53(37.9)
60(42.9)
17(12.1)
3.58(0.85)
20. Saya menjadi ketua apabila berada di dalam kumpulan pembelajaran
5(3.6)
11(7.9)
62(44.3)
47(33.6)
15(10.7)
3.40(0.91)
21. Saya suka membincangkan tentang sesuatu idea
2(1.4)
8(5.7)
49(35.0)
70(50.0)
11(7.9)
3.57(0.78)
22. Saya suka cabaran dalam pembelajaran
0(0)
7(5.0)
46(32.9)
71(50.7)
16(11.4)
3.69(0.74)
23. Saya sangat berminat untuk belajar perkara-perkara baru
1(0.7)
7(5.0)
44(31.4)
73(52.1)
15(10.7)
3.67(0.76)
24. Lebih tinggi pendidikan membuatkan hidup saya lebih menyeronokkan
1(0.7)
5(3.6)
45(32.1)
77(55.0)
12(8.6)
3.67(0.71)
25. Pembelajaran adalah suatu keseronokan.
0(0)
17(12.1)
51(36.4)
61(43.6)
11(7.9)
3.47(0.80)
26. Saya ingin belajar lebih banyak lagi untuk pembangunan diri saya
2(1.4)
4(2.9)
42(30.0)
80(57.1)
12(8.6)
3.69(0.73)
27. Sayalah yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran saya
2(1.4)
2(1.4)
38(27.1)
76(54.3)
22(15.7)
3.81(0.76)
28. Umur tidak akan menghalang saya daripada mempelajari perkara baru
1(0.7)
6(4.3)
34(24.3)
73(52.1)
26(18.6)
3.84(0.80)
29. Pembelajaran bersifat sepanjang hayat
0(0)
4(2.9)
33(23.6)
71(50.7)
32(22.9)
3.94(0.76)
30. Saya berupaya belajar dengan berkesan sama ada secara beramai-ramai mahupun berseorangan.
1(0.7)
4(2.9)
35(25.0)
76(54.3)
24(17.1)
3.84(0.76)
Min Purata Soalan Nombor 1 hingga 30 3.71
Nilai Purata Keseluruhan Skor = 111.3
*SD = Sisihan Piawai
Jadual 4.4 menunjukkan persepsi responden terhadap kesediaan pembelajaran
arahan kendiri. Terdapat 30 soalan dikemukakan kepada responden berkaitan dengan
kesediaan pembelajaran arahan kendiri mereka. Skala likert lima mata digunakan
untuk mengenal pasti tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri responden. Skala
tersebut adalah hampir tidak benar tentang diri saya, tidak selalu-nya benar tentang
diri, kadang-kala benar tentang diri saya, kebiasaannya benar tentang diri saya, dan
hampir benar tentang diri saya.
Kesimpulannya, item yang mempunyai nilai min paling rendah adalah saya
menjadi ketua apabila berada di dalam kumpulan pembelajaran iaitu dengan hanya
3.40. Item yang mempunyai nilai min paling tinggi pula adalah item saya
menghormati orang yang suka mempelajari perkara baru dan pembelajaran bersifat
sepanjang hayat. Nilai min bagi kedua-dua item tersebut adalah 3.94.
Nilai purata skor keseluruhan yang diperolehi daripada analisis bagi tahap
kesediaan pembelajaran arahan kendiri di atas adalah 111.3. Berdasarkan kepada
nilai tersebut, dapat disimpulkan bahawa tahap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri responden secara keseluruhannya adalah berada pada tahap di atas sederhana.
4.4 Analisis Tahap Penggunaan e-Pembelajaran (Aplikasi Blackboard Dan
Ucitv) Di Kalangan Responden
4.4.1 Analisis Tahap Penggunaan Aplikasi Blackboard
Jadual 4.5: Penggunaan e-pembelajaran (Aplikasi Blackboard)
Penggunaan e-pembelajaran(Blackboard) di kalangan pelajar
Tidak Pernah
f(%)
Jarang
f(%)
Seder-hana
Kerapf
(%)
Kerap
f(%)
Sangat Kerap
f(%)
Min(SD)
1. Saya mengunjungi laman webe-pembelajaran (Blackboard) 0
(0)22
(15.7)50
(35.7)52
(37.1)16
(11.4)3.44
(0.89)
2. Saya mendapatkan maklumat terbaru daripada pensyarahmelalui menu ‘My Announcement’
2(1.4)
33(23.6)
60(42.9)
34(24.3)
11(7.9)
3.14(0.91)
3. Saya menggunakan menu ‘My Calendar’ untuk menyimpan jadual maklumat aktiviti harian saya
22 (15.7)
65(46.4)
33 (23.6)
18 (12.9)
2 (1.4)
2.38(0.95)
4. Saya menggunakan menu‘Course Information’ untuk melihat ringkasan silabus mata pelajaran
3 (2.1)
37(26.4)
54 (38.6)
31 (22.1)
15(10.7)
3.13(0.99)
5. Saya menggunakan menu‘Course Documents’ untuk memuat turun semua nota pembelajaran
0(0)
28(20.0)
53(37.9)
43 (30.7)
16 (11.4)
3.34(0.93)
6. Saya menggunakan menu‘Course Documents’ untuk memuat turun semua nota tutorial
0 (0)
24(17.7)
50 (35.7)
47 (33.6)
19(13.6)
3.44(0.93)
7. Saya menggunakan menu‘Cource Documents’ untuk memuat turun ulang kaji pelajaran
1 (0.7)
28(20.0)
50 (35.7)
46 (32.9)
15(10.7)
3.33(0.94)
8. Saya menggunakan menu‘Assigment’ untuk menjawab semua kuiz
3 (2.1)
42(30.0)
55 (39.3)
29 (20.7)
11 (7.9)
3.02(0.96)
9. Saya menggunakan menu‘Assigment’ untuk mendapatkan tugasan daripada pensyarah
2 (1.4)
31(22.1)
52 (37.1)
38 (27.1)
17(12.1)
3.26(0.99)
10. Saya menggunakan menu‘Communication/ Send e-mail’untuk menghantar e-mel kepada pensyarah
3 (2.1)
62(44.3)
49 (35.0)
21 (15.0)
5 (3.6)
2.74(0.87)
11. Saya menggunakan menu‘Communication/ Send e-mail’untuk menghantar e-mel kepada rakan-rakan
7 (5.0)
61(43.6)
48 (34.3)
21 (15.0)
3 (2.1)
2.79(1.84)
12. Saya menggunakan menu‘Discussion Board’ untuk berbincang tentang hal berkaitan pelajaran dengan rakan-rakan
2 (1.4)
41(29.3)
63 (45.0)
23 (16.4)
11 (7.9)
3.00(0.91)
13. Saya menggunakan menu‘Discussion Board’ untuk berbincang tentang hal yang tidak berkaitan dengan pelajaran dengan rakan-rakan
6 (4.3)
47(33.6)
54 (38.6)
30 (21.4)
3 (2.1)
2.84(0.89)
14. Saya menggunakan butang ‘Add Forum’ untuk mencipta tajuk forum baru.
12 (8.6)
73(52.1)
45 (32.1)
9 (6.4)
1 (0.7)
2.39(0.76)
15. Saya menggunakan menu‘External Link’ untuk mencapai laman web yang dicadangkan oleh pensyarah sebagai rujukan tambahan untuk pembelajaran
12 (8.6)
70(50.0)
45 (32.1)
11 (7.9)
2 (1.4)
2.43(0.82)
16. Saya melihat keputusan peperiksaan/kuiz melalui Blackboard
5 (3.6)
32(22.9)
54 (38.6)
36 (25.7)
13 (9.3)
3.14(0.99)
Min Purata Soalan 1 hingga 16 2.99
*SD = Sisihan Piawai
Jadual 4.5 menunjukkan penggunaan e-pembelajaran (aplikasi Blackboard)
oleh responden. Terdapat 16 soalan yang dikemukakan kepada responden berkaitan
dengan aplikasi Blackboard meliputi penggunaan mereka terhadap menu-menu
utama yang berfungsi sebagai capaian untuk aktiviti dalam e-pembelajaran. Skala
likert lima mata digunakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan responden
berkaitan aplikasi Blackboard. Skala tersebut adalah tidak pernah, jarang, sederhana
kerap, kerap dan sangat kerap.
Nilai min skor bagi keseluruhan item tersebut adalah 2.99. Berdasarkan nilai
tersebut, dapat disimpulkan bahawa tahap keseluruhan penggunaan e-pembelajaran
bagi aplikasi Blackboard adalah masih lagi pada tahap yang sederhana.
4.4.2 Analisis Tahap Penggunaan e-Pembelajaran (Aplikasi UCiTV) di
Kalangan Responden
Jadual 4.6: Penggunaan e-Pembelajaran (Aplikasi UCiTV)
Penggunaan e-pembelajaran (UciTV) di kalangan pelajar
Tidak Pernah
f(%)
Jarang
f(%)
Seder-hana
Kerapf
(%)
Kerap
f(%)
Sangat Kerap
f(%)
Min(SD)
1. Saya mengunjungi laman web TV interaktif Kampus Universiti (UCiTV)
4(2.9)
25(17.9)
61(43.6)
29(20.7)
21(15.0)
3.27(1.01)
2. Saya menggunakan menu ‘Search Media’ untuk mencari video pilihan saya
11(7.9)
48(34.3)
49(35.0)
22(15.7)
10(7.1)
2.80(1.03)
3. Saya menonton video terbaru yang berkaitan dengan mata pelajaran saya
21(15.0)
57(40.7)
46(32.9)
14(10.0)
2(1.4)
2.42(0.91)
4. Saya menonton TV melalui ‘Life Broadcast’ UCiTV 5
(3.6)45
(32.1)50
(35.7)24
(17.1)16
(11.4)3.01
(1.04)5. Saya mendengar radio
melalui ‘Life Broadcast’UCiTV
7(5.0)
47(33.6)
50(35.7)
21(15.0)
15(10.7)
2.93(1.05)
6. Saya menggunakan menu‘Video on Demand’ untuk menonton video
9(6.4)
56(40.0)
50(35.7)
17(12.1)
8(5.7)
2.71(0.96)
7. Saya menggunakan menu ‘E-Leaning on Demand’ (eOS) untuk mencari video pilihan
10(7.1)
69(49.3)
42(30.0)
13(9.3)
6(4.3)
2.54(0.91)
8. Saya menonton streamingvideo berbentuk pembelajaran melalui UciTV
8(5.7)
67(47.9)
46(32.8)
17(12.1)
2(1.4)
2.56(0.83)
9. Saya menonton rakaman pengajaran dalam bilik darjah melalui UciTV
12(8.6)
72(51.4)
45(32.1)
10(7.1)
1(0.7)
2.40(0.77)
Min Purata 2.73
*SD = Sisihan Piawai
Jadual 4.6 menunjukkan penggunaan e-pembelajaran (aplikasi UCiTV) oleh
responden. Terdapat sembilan soalan yang dikemukakan kepada responden berkaitan
dengan aplikasi UCiTV meliputi penggunaan mereka terhadap menu-menu utama
yang berfungsi sebagai capaian untuk aktiviti dalam e-pembelajaran. Skala likert
lima mata juga digunakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan responden
berkaitan aplikasi UCiTV.
Skala tersebut adalah tidak pernah, jarang, sederhana kerap, kerap dan sangat
kerap. Nilai min purata bagi kedua-dua aplikasi ini adalah 2.8. ini menunjukkan
tahap penggunaan e-pembelajaran bagi kedua-dua aplikasi berada pada tahap
sederhana.
4.5 Analisis Hubungan Antara Tahap Pembelajaran Arahan Kendiri dengan
Tahap Penggunaan e-Pembelajaran
Jadual 4.7: Hubungan antara Tahap Penggunaan e-Pembelajaran dengan
Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
Pemboleh ubah Kajian Nilai Signifikan Pekali Korelasi Spearman
Tahap Penggunaan e-Pembelajaran dengan Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri
.000 0.306**
**Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)
Jadual 4.7 menunjukkan hasil kajian hubungan antara tahap e-pembelajaran
dengan tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri responden menggunakan
kaedah korelasi Spearman. Indeks Davis menyatakan nilai pekali korelasi ‘r’ dari 0.3
hingga 0.49 adalah menunjukkan hubungan yang sederhana kuat. Dari jadual yang
diperolehi menunjukkan kekuatan hubungan antara tahap penggunaan e-
pembelajaran dengan tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri ialah r= 0.306
iaitu pada rendah. Oleh kerana nilai r adalah lebih besar dari 0.01 (r<0.01)
menunjukkan terdapatnya hubungan positif. Ini bermakna wujudnya hubungan
positif pada tahap rendah antara tahap penggunaan e-pembelajaran dengan tahap
kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Hubungan rendah yang positif ini bermaksud
walaupun sekiranya responden menyatakan mereka kesediaan pembelajaran arahan
kendiri meningkat, tahap penggunaan e-pembelajaran juga meningkat ta peningkatan
pada kadar yang rendah.
4.6 Analisis Penggunaan e-Pembelajaran di kalangan Responden
Berdasarkan Pembezaan Jantina
Jadual 4.8: Perbezaan Tahap Penggunaan e-Pembelajaran Berdasarkan
Jantina
Penggunaan e-Pembelajaran dengan Jantina
Mann-Whithey U
Z
Asymp. Sig. (2-tailed)
2428.5
-0.38
0.970**
** Aras Signifikan = 0.05
Jadual 4.8 menunjukkan hasil kajian perbezaan penggunaan e-pembelajaran
di kalangan responden dari aspek jantina menggunakan analisis Mann-Whitney U.
Nilai signifikan bagi analisis ini adalah pada aras 0.05. Ini bermaksud nilai yang
kurang dari 0.05 adalah mempunyai perbezaan yang signifikan. Berdasarkan Jadual
4.15, nilai output adalah pada aras 0.970. Berdasarkan nilai tersebut, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam penggunaan e-pembelajaran berdasarkan perbezaan
jantina. Ini bermaksud penggunaan e-pembelajaran di kalangan responden lelaki dan
perempuan adalah berada pada tahap yang sama.
4.7 Analisis Penggunaan E-Pembelajaran di kalangan Responden
Berdasarkan Pembezaan Kursus Pengajian
Jadual 4.9: Perbezaan Tahap Penggunaan e-Pembelajaran Berdasarkan Kursus
Pengajian
Penggunaan e-Pembelajaran dengan Kursus
Pengajian
Chi-Square
df
Asymp. Sig.
10.719
3
0.013**
** Aras Signifikan = 0.05
Jadual 4.9 menunjukkan hasil kajian perbezaan penggunaan e-pembelajaran
di kalangan responden dari kursus pengajian menggunakan analisis Kruskal-Wallis.
Nilai signifikan bagi analisis ini adalah pada aras 0.05. Ini bermaksud nilai yang
kurang dari 0.05 adalah mempunyai perbezaan yang signifikan. Berdasarkan Jadual
4.16, nilai output adalah pada aras 0.013. Berdasarkan nilai tersebut, terdapat
perbezaan yang signifikan antara penggunaan e-pembelajaran dari aspek perbezaan
kursus pengajian di kalangan responden. Ini bermaksud penggunaan e-pembelajaran
di kalangan responden mengikut kursus pengajian yang berlainan adalah berbeza
antara satu sama lain.
BAB V
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Satu kajian tinjauan telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap
penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar di Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor dan persepsi mereka terhadap kesediaan
pembelajaran arahan kendiri. Seterusnya ia digunakan untuk mengkaji hubungan
antara tahap penggunaan e-pembelajaran dengan tahap kesediaan pembelajaran
arahan kendiri di kalangan responden. Selain itu, perbezaan penggunaan e-
pembelajaran di kalangan responden dari aspek jantina dan kursus pengajian juga
dikenal pasti.
Oleh yang demikian, bab ini mengandungi rumusan dan cadangan yang
dibuat berasaskan penganalisisan data yang telah dijalankan. Rumusan ini dibuat
berdasarkan kepada pencapaian objektif-objektif yang telah ditetapkan di peringkat
awal kajian. Beberapa cadangan kepada pihak pengurusan organisasi akan
dikemukakan. Selain itu, cadangan bagi kajian lanjutan turut dinyatakan dalam
kajian ini sebagai garis panduan kepada pengkaji akan datang yang berminat untuk
membuat kajian lanjutan berkaitan skop ini. Hasil dapatan kajian dibincangkan dan
dirumuskan berdasarkan latar belakang responden dan objektif-objektif yang ingin
dicapai.
5.2 Latar Belakang Responden
Secara ringkasnya, responden kajian ini terdiri daripada 140 orang pelajar di
UTHM, Batu Pahat. Sebahagian besar responden adalah perempuan berbanding
lelaki. Majoriti responden berumur antara 21 tahun dan 22 tahun. Diikuti responden
yang berumur 20 tahun ke bawah.
Majoriti responden adalah terdiri daripada bangsa Melayu, diikuti bangsa
Cina, India dan lain-lain bangsa. Semua responden diambil dari fakulti Pengurusan
Teknologi yang meliputi kursus Pengurusan, Pengurusan Pengeluaran dan Operasi,
Pengurusan Harta Tanah, dan Pengurusan Pembinaan. Jumlah responden mengikut
kursus adalah seimbang.
5.3 Objektif Kajian Pertama: Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan
Kendiri Pelajar
Bagi melihat tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri pelajar, pengkaji
menggunakan borang soal selidik yang telah diubah oleh pengkaji sebelumnya
daripada soal selidik yang dibangunkan oleh Gueglielmino (1978).
Berdasarkan analisis yang dijalankan, sebahagian besar responden
menyatakan bahawa item-item yang disenaraikan sebagai kebiasaannya benar
tentang diri mereka. jumlah purata nilai skor yang diperolehi adalah 111.3 yang
menunjukkan tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri pada tahap sederhana
tinggi. Ini menunjukkan pelajar bersedia untuk belajar tanpa pemantauan daripada
pensyarah. Ini disebabkan sistem pengajian di peringkat tinggi memerlukan
komitmen sepenuhnya daripada pelajar itu sendiri dalam usaha mereka. selain itu,
hasil yang diperolehi membuktikan pelajar mampu merancang kaedah pembelajaran
mereka secara bersendirian mengikut keutamaan mengikut keselesaan mereka dalam
persekitaran pembelajaran yang berstruktur.
Berdasarkan hasil yang diperolehi menunjukkan masih belum mencapai tahap
kesediaan sepenuhnya untuk melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri. Mereka
masih bergantung kepada lokus kawalan luaran atau arahan tertentu untuk
melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri. Oleh yang demikian, mereka masih
perlu dimotivasikan oleh pensyarah dalam usaha menggalakkan mereka melibatkan
diri sepenuhnya dalam pembelajaran arahan kendiri. Selain itu, penilaian pensyarah
yang menitikberatkan inovasi, kreativiti, penyelesaian masalah, dan pemikiran kritis
boleh menggalakkan pelajar memotivasikan diri mereka untuk belajar secara kendiri.
Hasil kajian ini menyokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Mohd
Azhar Hamid (2004) yang mendapati bahawa sebahagian besar responden
menyatakan item-item yang disenaraikan sebagai kebiasaan benar tentang diri
mereka. Beliau menjelaskan faktor taraf pendidikan dan kerjaya sebagai pengajar
menuntut mereka bijak untuk menentukan kaedah dan persekitaran pembelajaran
mereka agar ilmu pengetahuan dapat disalurkan kepada pelajar.
Hasil kajian ini juga menyokong oleh kajian yang dilakukan oleh Scott
Schroeder (1995). Beliau mendapati tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri di
kalangan pelajar di tempat kajian beliau juga berada pada paras di atas sederhana
dengan purata nilai jumlah purata skor 246.13.
Berlainan pula dengan kajian yang dilakukan oleh Tri Darmawati (2003).
Beliau mendapati secara keseluruhannya tahap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri berada pada tahap sederhana dengan nilai jumlah purata skor adalah 215.5.
Selain itu, kajiannya juga mendapati tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri di
kalangan perempuan adalah lebih tinggi daripada lelaki. Tetapi walau bagaimanapun,
tiada perbezaan nilai ‘grade point average’ (GPA) antara lelaki dan perempuan.
5.4 Objektif Kajian Kedua: Tahap Penggunaan Pelajar Terhadap e-
Pembelajaran
Perbincangan mengenai tahap penggunaan e-pembelajaran oleh pelajar
UTHM adalah berdasarkan kepada penggunaan mereka terhadap dua aplikasi utama
e-pembelajaran iaitu aplikasi Blackboard dan aplikasi UCiTV. Aplikasi Blackboard
mempunyai sembilan menu utama iaitu menu My Announcement, My Calendar,
Course Information, Cource Document, Assigment, Communication/Send e-mail,
Discussion Board, Add Forum, dan External Link. Aplikasi UViTV pula mempunyai
beberapa menu utama antaranya adalah Search Media, Life Broadcast, Video on
Demand dan E-Learning on Demand (eOS)
Keputusan kajian yang dijalankan oleh pengkaji secara umumnya
menunjukkan tahap penggunaan e-pembelajaran iaitu aplikasi Blackboard dan
aplikasi UCiTV di kalangan pelajar adalah pada tahap yang sederhana. Ini terbukti
apabila hasil kajian menunjukkan min skor bagi penggunaan aplikasi Blackboard
adalah 2.99 dan min skor bagi penggunaan aplikasi UCiTV adalah 2.73. Melalui
analisis yang dijalankan, penggunaan My Calendar untuk menyimpan maklumat
aktiviti harian adalah paling rendah dengan nilai min adalah 2.38. bagi penggunaan
aplikasi UCiTV, penggunaan menu Course Documents untuk memuat turun nota
tutorial adalah paling tinggi dengan nilai min 3.44 manakala nilai min paling rendah
adalah 2.40 iaitu menonton rakaman pembelajaran di bilik darjah melalui UCiTV.
Min purata bagi kedua-dua aplikasi Blackboard dan UCiTV adalah 3.83. Nilai min
ini menunjukkan tahap penggunaan keseluruhan aplikasi e-pembelajaran berada pada
tahap sederhana.
Min pada tahap sederhana menunjukkan tahap penggunaan yang diharapkan
masih belum dicapai. Selain itu, penggunaan menu juga tidak menyeluruh. Ini
dibuktikan dengan penggunaan menu-menu tertentu adalah tinggi dan ada juga
penggunaan menu yang rendah. Contoh penggunaan menu yang rendah adalah menu
My Calendar untuk menyimpan maklumat harian. Dalam kes ini, 22 responden
menyatakan mereka tidak pernah menggunakan menu My Calendar tersebut dan
merupakan majoriti daripada responden daripada skala tidak pernah manakala min
penggunaan juga adalah paling rendah daripada keseluruhan item bagi aplikasi
Blackboard.
Selaras dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohd Koharudin (2004)
yang menjelaskan bahawa secara keseluruhannya tahap kesediaan pelajar pelajar-
pelajar universiti di Malaysia dalam menggunakan e-pembelajaran sebagai alat
pembelajaran masih lagi berada di tahap yang sederhana. Beliau menjelaskan bahawa
ini berlaku kerana kaedah pembelajaran melalui talian ini masih baru di negara kita.
Kajian yang dilakukan oleh Mohd Azhar Hamid (2004) juga mendapati tahap
penggunaan laman web e-pembelajaran berdasarkan menu-menu di dalamnya di
kalangan staf akademik secara keseluruhannya adalah sederhana. Beliau menjelaskan
antara sebab penggunaan yang sederhana adalah disebabkan kurangnya kefahaman
tentang fungsi setiap menu tersebut. Selain itu, apa yang penting adalah sikap staf
akademik yang tidak mahu membuat anjakan paradigma terhadap kaedah
pembelajaran mereka dan berpendapat bahawa pembelajaran di dalam talian tidak
berkesan yang telah mendorong mereka tidak mempunyai inisiatif untuk melayari
laman WebCT.
Kajian oleh Mohd Noor Hassan (2001) mendapati bahan pengajaran dan
penyediaan nota kuliah dalam laman web e-pembelajaran UTM adalah rendah iaitu
sekitar 20% daripada keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan oleh semua
fakulti. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk mencapai laman web e-
pembelajaran adalah kerana pelajar menghadapi masalah untuk mencapai internet.
Semasa kajian dijalankan, internet hanya boleh dicapai dari perpustakaan, makmal
komputer di fakulti, dan di dewan komputer di kolej kediaman dengan bilangan
komputer yang terhad.
Sementara itu, Shirley Alexander mencadangkan kepada pengajar rangka
kerja untuk pelaksanaan e-pembelajaran yang komprehensif. Rangka kerja tersebut
adalah konteks universiti, pemikiran pengajar, perancangan pengajar, dan strategi
pengajar. Konteks universiti memberi penekanan kepada peruntukan dan sokongan
terhadap inisiatif e-pembelajaran agar dapat dibangunkan dengan lebih sempurna dan
teratur. Pemikiran pengajar menekankan pembangunan staf dan menggalakkan
mereka memberi pandangan terhadap pembelajaran dan menggunakan kaedah
tertentu. Perancangan pengajar pula memberi penekanan kepada pembangunan
pelajar melalui pelbagai kaedah. Manakala strategi pengajar menekankan penyediaan
maklum balas kepada pelajar dengan tepat dan berinformasi, memberi peluang
kepada pelajar memahami dan mengaplikasikan proses pembelajaran dalam aktiviti
yang belum pernah dilakukan.
Berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji, kajian oleh Ahmad Esa
(2001) mendapati pelajar menggunakan kaedah laman Web Nicenet dalam
perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran pada tahap yang tinggi. Melalui laman
web ini, pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah dengan mudah berbanding
dengan kaedah lazim. Penerangan yang disampaikan oleh pensyarah lebih mudah
difahami melalui laman Web Nicenet dan e-mel kerana penerangan tersebut akan
kekal dalam komputer pelajar.
5.5 Objektif Kajian Ketiga: Hubungan Antara Tahap Penggunaan e-
Pembelajaran dengan Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Pelajar
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
penggunaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dan berkadar
langsung dengan tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri pada nilai korelasi
r=0.306.
Berdasarkan kepada tafsiran ‘Guilford’s Rule of Thumb’ (Guilford, 1956),
nilai korelasi Spearman tersebut menunjukkan satu hubungan korelasi yang rendah
antara tahap penggunaan e-pembelajaran dengan tahap kesediaan pembelajaran
arahan kendiri. Hubungan tersebut adalah signifikan pada aras Aplha= 0.01. ini
bermakna, sekiranya kesediaan pembelajaran arahan kendiri meningkat, maka tahap
penggunaan e-pembelajaran juga turut meningkat, tetapi pada kadar yang rendah
kerana hubungan yang rendah. Oleh yang demikian, disimpulkan bahawa tahap
penggunaan e-pembelajaran oleh pelajar mempunyai hubungan korelasi yang rendah
tetapi signifikan dan berkadar langsung dengan tahap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri pelajar.
Ini membuktikan bahawa kesediaan pembelajaran arahan kendiri responden
turut menyumbang kepada penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar. Pelajar
IPT dilihat sebagai individu dewasa yang terarah kendiri dan perlu melaksanakan e-
pembelajaran. Dalam keadaan ini juga, hanya pelajar yang mempunyai kesediaan
pembelajaran arahan kendiri yang tinggi lebih cenderung untuk menggunakan e-
pembelajaran berbanding dengan pelajar yang mempunyai kesediaan pembelajaran
arahan kendiri yang rendah.
Hubungan yang rendah ini menyokong kajian yang telah dilakukan oleh
Mohd Azhar Hamid (2004). Hasil kajian beliau mendapati hubungan tahap
pemahaman e-pembelajaran dengan tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri di
kalangan staf UTM berada pada tahap yang lemah, dengan nilai korelasinya 0.259.
beliau menjelaskan bahawa hubungan positif ini membuktikan kesediaan
pembelajaran arahan kendiri turut menyumbang kepada tahap kefahaman mereka
terhadap e-pembelajaran.
5.6 Objektif Kajian Keempat: Analisis Penggunaan e-Pembelajaran di
Kalangan Responden Berdasarkan Pembezaan Jantina dan Program Pengajian
Bagi tujuan kajian ini, perbezaan penggunaan e-pembelajaran di kalangan
pelajar dilihat dari aspek jantina dan program pengajian yang di ikuti di UTHM.
Untuk melihat perbezaan penggunaan e-pembelajaran dari dari aspek jantina, kaedah
Mann-Whitney U telah digunakan manakala untuk melihat perbezaan penggunaan e-
pembelajaran dari aspek program pengajian, kaedah Kruskal-Wallis telah digunakan.
Hasil analisis Mann-Whitney U bagi melihat perbezaan penggunaan e-
pembelajaran di kalangan pelajar dari aspek jantina adalah 0.970 pada aras signifikan
Alpha 0.05. Ini menunjukkan terdapat tidak perbezaan yang signifikan antara tahap
penggunaan e-pembelajaran antara lelaki dan perempuan. Ini bermakna tinggi atau
rendahnya penggunaan e-pembelajaran bukan disebabkan oleh jantina.
Bagi aspek program pengajian pula, dapatan analisis Kruskal-Wallis
menunjukkan nilai 0.013. Nilai ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap penggunaan e-pembelajaran di antara pelajar berdasarkan program
pengajian. Ini bermakna pelajar yang mengikuti program pengajian berbeza
mempunyai perbezaan dari segi penggunaan e-pembelajaran UTHM.
Perbezaan penggunaan e-pembelajaran berdasarkan program pengajian ini
secara tidak langsung mempengaruhi penggunaan keseluruhan pelajar terhadap e-
pembelajaran. Faktor perbezaan pendekatan pensyarah dan jenis program boleh
mempengaruhi perbezaan ini. Selain itu, kandungan kursus berbeza bagi setiap
program juga dilihat faktor yang membezakan tahap penggunaan pelajar terhadap e-
pembelajaran.
5.7 Cadangan Kepada Pihak Organisasi
Hasil kajian mendapati masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki oleh
pihak pengurusan. Hasrat untuk memastikan penggunaan e-pembelajaran yang
maksimum di kalangan pelajar sewajarnya diberi penekanan oleh organisasi supaya
pelaburan yang dicurahkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Penekanan ini wajar
dipupuk bagi memastikan segala kemudahan dan kelebihan yang disediakan melalui
e-pembelajaran dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar. Untuk memastikan usaha ini
berjaya, beberapa cadangan yang bersesuaian dikemukakan untuk menangani
permasalahan ini. Antara cadangan yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut:
a. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan e-pembelajaran yang sederhana.
Oleh yang demikian., pelajar perlu meningkatkan lagi penggunaan e-
pembelajaran agar mereka dapat manfaat dengan menggunakan e-
pembelajaran sebagai medium kedua untuk belajar. Untuk menggalakkan
lebih ramai pelajar menggunakan laman web e-pembelajaran dengan lebih
kerap, pihak pentadbiran khususnya mereka yang terlibat secara langsung
dengan pemantauan dan pembangunan e-pembelajaran serta pihak universiti
perlu menggiatkan kempen supaya menggalakkan pelajar menggunakan
laman web e-pembelajaran sebagai sumber kedua untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan selain pembelajaran secara kuliah.
b. Menjadikan sistem e-pembelajaran sebagai pakej yang saling berkait untuk
digunakan. Dengan pakej sedemikian, pelajar terpaksa menggunakan e-
pembelajaran terutamanya apabila penggunaan tersebut melibatkan markah.
Contohnya, semua kuiz dan ujian dilakukan melalui e-pembelajaran.
c. Mewajibkan semua pensyarah menggunakan laman web e-pembelajaran
dalam semua aktiviti yang melibatkan pensyarah dengan pelajar bagi
mendorong pelajar menggunakan semua menu-menu dalam aplikasi
Blackboard dan UCiTV. Selain itu, kandungan kursus perlu sentiasa dikemas
kini bagi menggalakkan pelajar berminat menggunakannya. kandungan yang
disediakan dalam e-pembelajaran perlu berbeza dengan kandungan yang
disediakan dalam bilik darjah bagi menggalakkan pelajar menggunakan e-
pembelajaran di samping memberikan mereka pengetahuan baru.
d. Bagi aplikasi UCiTV, pihak yang bertanggungjawab perlu memuat naik
video baru yang berbentuk pembelajaran setiap minggu bagi memastikan
pelajar dapat menonton video baru setiap minggu. Ini memastikan pelajar
tertarik untuk melayari aplikasi UCiTV kerana mereka berpeluang menambah
pengetahuan melalui video tersebut.
e. Bagi memastikan pelajar tertarik menggunakan e-pembelajaran, aplikasi
tambahan yang menarik perlu diwujudkan dan boleh memberi manfaat serta
keuntungan kepada pelajar. Contohnya, mengadakan pertandingan melalui e-
pembelajaran yang memerlukan pelajar melayari laman web e-pembelajaran
paling kurang sekali seminggu.
f. Sesuai dengan pembelajaran di universiti yang menekankan konsep
pembelajaran arahan kendiri, pihak universiti perlu menggalakkan lagi pelajar
mereka lebih bersedia untuk belajar tanpa kawalan pensyarah. Kaedah
pembelajaran ini membolehkan pelajar menambah pengetahuan mereka untuk
lebih menguasai pengetahuan sama ada yang berkaitan dengan pembelajaran
atau bertujuan untuk menambah ilmu baru. Ini penting bagi memastikan
pelajar berkebolehan dalam pelbagai ilmu atau kemahiran mereka.
5.8 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang
Setelah mengetahui tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar
dan tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri mereka, pengkaji ingin
mencadangkan beberapa cadangan untuk kajian akan datang.
a. Kajian yang dijalankan hanya mengkaji penggunaan e-pembelajaran daripada
pelajar di Fakulti Pengurusan Teknologi bagi Tahun Dua. Dapatan yang
diperolehi tidak boleh mewakili keseluruhan pelajar di UTHM. Oleh yang
demikian, dicadangkan agar pengkaji akan datang membuat kajian dengan
menggunakan sampel yang lebih besar yang boleh mewakili keseluruhan
populasi pelajar di UTHM.
b. Hasil kajian mendapati tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar
adalah sederhana. Bagi tujuan kajian akan datang, diharap kajian yang
dilakukan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada
penggunaan yang rendah. Contoh faktor-faktor yang boleh dikaji adalah
faktor motivasi, minat, kemudahan yang disediakan, dan sebagainya. Selain
itu, diharap pengkaji akan datang dapat mengkaji faktor-faktor yang
mendorong pelajar menggunakan e-pembelajaran dengan kadar yang tinggi.
Kajian sedemikian dilihat agak penting bagi membolehkan pihak yang
berkenaan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.
c. Selain itu, pengkaji boleh menjalankan kajian secara menyeluruh mengenai
penggunaan e-pembelajaran yang melibatkan keseluruhan IPTA termasuk
juga IPTS yang menawarkan perkhidmatan e-pembelajaran sebagai medium
pembelajaran kedua.
d. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan 30 soalan daripada
keseluruhan 58 item soalan yang dicadangkan oleh Gueglielmino. Dengan
menggunakan semua item soalan tersebut, pengkaji akan dapat menghasilkan
generalisasikan secara menyeluruh tentang konsep kesediaan pembelajaran
arahan kendiri populasi yang dikaji.
e. Pengkaji dalam kajian ini mengkaji perbezaan antara penggunaan e-
pembelajaran dari aspek demografi. Bagi pengkaji akan datang, selain
mengkaji perbezaan ini, diharap mereka dapat mengkaji perbezaan yang
wujud antara faktor demografi dengan kesediaan pembelajaran arahan
kendiri.
f. Selain menggunakan soalan berbentuk soal selidik, pengkaji mencadangkan
supaya kaedah temu bual juga digunakan bagi memastikan dapatan kajian
lebih menyeluruh dan terperinci.
5.9 Kesimpulan
Hasil kajian menunjukkan tahap arahan kendiri berada pada tingkat sederhana
tinggi manakala penggunaan e-pembelajaran pula adalah pada tingkat sederhana.
Selain itu, hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan
penggunaan e-pembelajaran pula berada pada tahap yang rendah. Penggunaan e-
pembelajaran dari aspek jantina tidak menunjukkan perbezaan tetapi penggunaan e-
pembelajaran berdasarkan program pengajian menunjukkan perbezaan yang
signifikan. Untuk meningkatkan tahap penggunaan e-pembelajaran dan kesediaan
pembelajaran arahan kendiri ke tahap yang tinggi, UTHM perlu mengatur strategi
baru sesuai dengan keadaan semasa serta penerimaan pelajar terhadap strategi
tersebut. Dengan strategi yang sesuai, maka harapan UTHM untuk melibatkan semua
pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagi medium kedua pembelajaran di
universiti akan mencapai hasil yang diharapkan.
RUJUKAN
Abu Hassan Bin Kassim dan Meor Ibrahim Kamarudin (1998). Latihan Mengajar:
Apakah Persediaan Guru Pelatih?. Siri Program Perguruan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Esa, Ali Suradin, Khairul Azman Suhaimy (2000). Perkhidmatan Pengajaran
dan Pembelajaran Menerusi Laman Web Nicenet dan E-Mel: Satu Kajian
Kes. Prosiding Konvensyen Pendidikan UTM 2000. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia. Kertas Kerja. 175-194.
Blanchard, P. N. dan Thacker, J. W. (2004). Effective Training: Syatems, Strategies,
and Practices, Second Edition. London: Pearson Prentice Hall.
Broadbent, B. (2002). ABCs of e-Learning, Reaping the Benefit and Avoiding the
Pitfalls. San Francisco: Jossey-Bass/Preifeer.
Brockett dan Hiemstra (1991). A Conceptual Framework for Understanding Self-
Direction in Adult Learning. Self-Direction in Adult Learning. Pada 3 Ogos
2008. Dalam talian. http://www.infed.org/
Candy, P. C. (1991). Self-Direction for Lifelong Learning. Jossey-Bass Publishers,
San Francisco: Oxford.
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Selangor: McGraw Hill.
Daig, B. (2005). Student Performance in E-Learning Courses: The Impact of Course
Duration on Learning Outcomes. Ph D. Available. UMI Proquest Digital
Dissertations.
Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II-Perlaksanaan Pengajaran. (Edisi Kedua).
Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Grow, G. (1991). The Staged Self-Directed Learning Model, Teaching Learners to be
Self-Directed. Pada 10 Ogos 2008. Dalam talian: http://www.longleaf.net/
Guglielmino, L. M. (1978). Development of the Self-Directed Learning Readiness
Scale. Tesis Ph D. University of Georgia. Available. UMI Proquest Digital
Dissertations.
Hiemstra, R. (1994). Self-Directed Learning. Pada 21 Ogos 2008. Dalam talian:
http://home.twcny.rr.com/
Hishamuddin Md. Som dan Zulkarnain Zakaria (2001). Analisis Data Menggunakan
SPSS Windows. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Holmes, B. dan Gardner, J. (2006). E-Learning, Concept and Practice. London:
SAGE Publications Limited.
Horton, W. (2006), E-Learning by Design. San Francisco: CA. Pfeiffer.
Jaafar Muhamad (2001). Kelakuan Organisasi. (Edisi ke-4) Kuala Lumpur: Leeds
Publication.
Jaya Kumar C. Koran (2002). Aplikasi e-Learning dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia: Cadangan Pelaksanaan Pada
Senario Masa Kini. Pada 21 September 2008. Dalam talian:
http://tutor.com.my/tutor/
Knowles, M.S. (1975). Self-Directed Learning. Chicago: Follet.
LeJune, N. F. (2002). Problem Based Learning Instruction Versus Traditional
Instruction on Self-Directed Learning, Motivation and Grades of
Undergraduate Computer Science. Available. UMI Proquest Digital
Dissertations.
Lewis dan Robin (2000). Statistik Untuk Pengurusan. Diterjemahkan oleh Susila
Munisamy dan Halimah Awang. Edisi Ketujuh. Petaling Jaya: Pearson
Education Asia Pte. Ltd.
Litzinger, T. A. (2007). Self-Directed Learning Readiness among Engineering
Undergraduate Students. Pada 21 Ogos 2008. Dalam talian:
http://findarticles.com/
Mohamad Fauzi Othman, Mohd Kharuddin Mohd Balwi, Prof. Madya Dr Durrishah
Idrus, Mohd Azhar Abd. Hamid, Mohd Shahril Bakri, Adenan Mat Junoh
(2004). Tahap Persediaan Pelajar dalam Menggunakan Pembelajaran
Elektronik atau E-Learning Sebagai Alat Pembelajaran: Satu Kajian di
Universiti Teknologi Malaysia. Pembentangan Kertas Kerja di Persidangan
e-Pembelajaran Kebangsaan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamed Noor Hasan (2001). Cabaran Pembelajaran Melalui IT: E-Learning.
Dalam Ahmad Zaharuddin Idrus. Kecemerlangan Menerusi Kreativiti:
Transformasi dan Cabaran UTM. (muka surat 145-160). Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Azhar b Abd Hamid, Adanan b Mat Junoh, Ishak b. Mad Shah, Mohd
Koharudin b Mohd Balwi (2004). Self-Directed Learning and Relationship
with Awareness Towards E-Learning: A Research among Academic Staffs in
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Pada 14 Julai 2008. Dalam talian:
http://eprints.utm.my/
Mohd Koharudin bin Mohd Balwi (2004). Perkembangan, Pembangunan dan
Penerimaan E-Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jurnal
Teknologi, Edisi ke-41. 41, 55-72. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Noh Main. Perancangan dan Polisi IT dan pelaksanaan Kampus Siber.
Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan Cabaran UTM”.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 121-144; 2001
Morris, S. S. (1995). Relation Between Self Directed Learning Readiness and
Academic Performance in a Nontraditional Higher Education Program.
Tesis Ph. D. University of Oklohama Graduate Collage. Available. UMI
Proquest Digital Dissertations.
Nichols, M. (2003). A Theory for E-Learning. Pada 21 September 2008. Dalam
talian: http://ifets.info/journals/
Noraffandy Yahaya dan Wan Salihin Wong Abdullah (1999). Model Persekitaran
Pembelajaran Melalui WEB: Satu Cadangan. MERA-ERA Joint Conference,
1-3 December, Melaka: Century Mahkota Hotel.
Owen, T. R. (2007). Self Directed Learning among Graduate Student: Implication
for Orientation Programs. Pada 19 September 2008. Dalam talian:
http://findarticles.com/
Piskurich, G. M. (1993). Self-Directed Learning, A Practical to Design,
Development, and Implementation. San Francisco: Jossey-Bass, Publishers
San Francisco
Rahil Mahyuddin (2002). Psikologi Pendidikan II. Selangor: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.
Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson Prentice
Hall.
Salmon, G. (2000). Salmon's Model of Online Learning. Pada 13 Ogos 2008. Dalam
talian: http://coe.sdsu.edu/
Shahrom Nordin dan Yap Kueh Chin (1993). Penggunaan Modul Pengajaran Kendiri
(MPK) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Guru. Makalah.
325-331.
Tri Darmawati (2003). Readiness for Self Directed Learning and Achievement of the
Student of Universiti Terbuka. Tesis Ph D. University of Victoria. Available. UMI
Proquest Digital Dissertations.
Universiti Tun Hussein Onn. Pada 29 Ogos 2008. Dalam talian:
http://www.uthm.edu.my/v2/