HUBUNGAN TINGKAH LAKU KESEDIAAN PENSYARAH DENGAN … · HUBUNGAN TINGKAH LAKU KESEDIAAN PENSYARAH...
Transcript of HUBUNGAN TINGKAH LAKU KESEDIAAN PENSYARAH DENGAN … · HUBUNGAN TINGKAH LAKU KESEDIAAN PENSYARAH...
HUBUNGAN TINGKAH LAKU KESEDIAAN PENSYARAH DENGAN
TAHAP MOTIVASI PELAJAR
FATIMAH HARLINA MOHD TAIB
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tanda tangan penyelidik : ………………………….
Nama penyelidik : FATIMAH HARLINA BINTI MOHD TAIB
Tarikh : ………………………….
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”
Tanda tangan penyelia : ………………………….
Nama penyelia : PUAN ADIBAH BINTI ABDUL LATIF
Tarikh : ………………………….
iv
Untuk ayah yang dikasihi,
Hj Mohd Taib Bin Adari
dan ibu tersayang,
Hjh Kamisah Binti Hj Abd Rashid
Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan mendidik dan memeliharaku
serta dorongan dan iringan doa kalian…
Buatmu abang-abang dan adik yang disayangi,
Khairul Amri, Ismail Fahmi, Mokhtar Al-Rashid, Mohd Hafiz, Mohd Redzuan,
Saiful Anuar dan Nasrullah
Keprihatinan dan sokongan kalian amat dihargai.
Semoga kejayaan dan kebahagiaan mengiringi hidup kalian…
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Segala bimbingan, tunjuk ajar, bantuan dan sokongan yang diberikan dalam
membantu kejayaanku, ribuan terima kasih ku ucapkan…
Buatmu teman-teman yang dirindui,
Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, keprihatinan dan bantuan anda semua.
Semoga kejayaan kita diiringi dengan kesejahteraan di dunia dan akhirat dan akan
ku kenang selamanya…
v
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek
Sarjana Muda, Puan Adibah Binti Abdul Latif, di atas segala bimbingan, dorongan
dan galakan serta nasihat yang diberikan sejak awal perancangan kajian ini sehingga
laporan kajian ini disempurnakan. Beliau telah menyumbangkan khidmat dengan
ikhlas dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini.
Sekalung penghargaan juga ditujukan khas kepada Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia atas kebenaran menjalankan projek penyelidikan ini.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pelajar tahun dua
dan tahun tiga Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan pada semester dua sesi
2007/2008 atas kesudian mereka menjadi responden serta komitmen kerjasama yang
diberikan.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan atas dorongan dan cadangan membina. Tanpa sokongan dan tunjuk
ajar mereka, penyelidik tidak dapat menyiapkan laporan kajian ini dengan lancar dan
sempurna.
Akhirnya penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penyelidik
menjayakan projek penyelidikan ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara
tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan atau bukan lisan dan tahap motivasi
pelajar. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap
motivasi pelajar merentas jantina. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian
ini ialah soal selidik. Satu set soal selidik yang mengandungi 50 item soalan dibina
dan diambil daripada kajian yang terdahulu, telah digunakan untuk mengukur
perhubungan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk
tinjauan yang melibatkan 81 orang pelajar tahun dua dan tahun tiga bagi kursus
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan
Elektrik dan Kejuruteraan Jentera (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi
instrumen kajian ini adalah 0.94. Data telah dianalisis dengan menggunakan
perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) for
Windows version 16.0. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan
menggunakan kaedah pengujian korelasi Pearson dan pengujian-t. Keputusan kajian
mendapati terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan
pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Dapatan kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku
kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar. Seterusnya, dapatan
kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap motivasi yang signifikan di
antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
vii
ABSTRACT
This study was designed to examine the relationship between lecturer non-
verbal and verbal immediacy behavior and student motivation level. This study was
also designed to identify the differences in students’ motivation level across gender.
The instrument used was a set of questionnaire consisting of 50 items which was
built and developed from past research study. This survey study used quantitative
approach and involved 81 students of year two and year three from Bachelor of
Technology with Education – Civil Engineering, Electrical Engineering and
Mechanical Engineering (SPA, SPE and SPJ), Faculty of Education, Universiti
Teknologi Malaysia. The reliability coefficiency value of Cronbach’s Alpha for the
instrument used is 0.94. Data collected was analyzed using computer software
program which is Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version
16.0. The hypotheses for this study were tested by using Pearson correlation method
and t-test. Results of the study showed that the lecturer’s non-verbal immediacy
behavior and student’s motivation level is correlated. The study also found that the
lecturer’s verbal immediacy behavior and student’s motivation level is not
correlated. Results from the study also indicated that there is no difference between
male and female student’s motivation level.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iv
v
vi
vii
viii
xii
xv
xvi
xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kerangka Konsep
1.8 Kepentingan Kajian
1.8.1 Kepentingan kepada Pengkaji
1
2
5
6
6
7
7
8
8
ix
1.8.2 Kepentingan kepada Pihak Pentadbiran
Fakulti atau Universiti
1.8.3 Kepentingan kepada Guru, Bakal Guru
dan Pensyarah
1.9 Batasan Kajian
1.10 Definisi Operasional Pemboleh ubah Kajian
1.10.1 Tingkah laku Kesediaan Pengajaran
secara Bukan Lisan
1.10.2 Tingkah laku Kesediaan Pengajaran
secara Lisan
1.10.3 Motivasi
1.11 Kesimpulan
9
9
10
11
11
12
12
13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Tingkah laku Kesediaan Pengajaran
2.3 Motivasi Pelajar
2.3.1 Motivasi Ekstrinsik
2.4 Perkaitan atau Perhubungan Tingkah laku
Kesediaan Pengajar dan Tahap Motivasi Pelajar
2.5 Kesimpulan
14
15
17
19
20
23
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Kerangka Operasi
3.4 Tempat Kajian
3.5 Subjek Kajian
3.6 Pemilihan Sampel dan Rekabentuk Persampelan
3.7 Instrumen Kajian
3.7.1 Bahagian Satu – Demografi Responden
24
24
26
27
28
29
30
30
x
3.7.2 Bahagian Dua – Tingkah laku Kesediaan
Pensyarah secara Bukan Lisan dan secara
Lisan
3.7.3 Bahagian Tiga – Tahap Motivasi Pelajar
3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Set Soal Selidik
3.9 Prosedur Kajian atau Teknik Pengumpulan Data
3.10 Analisis Data atau Kaedah Penganalisisan Data
3.11 Kajian rintis
3.12 Kesimpulan
31
32
33
34
36
38
39
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Keputusan Kajian
4.3 Analisis Deskriptif
4.3.1 Demografi Responden
4.3.2 Tingkah laku Kesediaan Pensyarah secara
Bukan Lisan
4.3.3 Tingkah laku Kesediaan Pensyarah secara
Lisan
4.3.4 Tahap Motivasi Pelajar
4.4 Analisis Inferensi
4.4.1 Perhubungan Tingkah laku Kesediaan
Pensyarah secara Bukan Lisan dan Tahap
Motivasi Pelajar
4.4.2 Perhubungan Tingkah laku Kesediaan
Pensyarah secara Lisan dan Tahap
Motivasi Pelajar
4.4.3 Perbezaan Tahap Motivasi Responden
Merentas Jantina
4.5 Kesimpulan
40
41
41
42
43
47
52
57
58
60
61
62
xi
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Perhubungan Tingkah laku Kesediaan
Pensyarah secara Bukan Lisan dengan
Tahap Motivasi Pelajar
5.2.2 Perhubungan Tingkah Laku Kesediaan
Pensyarah secara Lisan dengan Tahap
Motivasi Pelajar
5.2.3 Perbezaan Tahap Motivasi Responden
Merentas Jantina
5.3 Rumusan Dapatan Kajian
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan kepada Pihak Pentadbiran
Fakulti atau Universiti
5.4.2 Cadangan kepada Pensyarah atau Tenaga
Pengajar
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Kesimpulan
63
64
64
67
69
70
70
71
71
73
74
RUJUKAN
75
LAMPIRAN
79
xii
SENARAL JADUAL
NO. JADUAL HALAMAN
3.1 Sebahagian daripada jadual Krejcie, R. V dan
Morgan, D. W yang menunjukkan kadar yang
menentukan jumlah sampel daripada populasi
28
3.2 Bilangan pelajar berdasarkan kursus pengajian
bagi Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan
29
3.3 Bilangan pelajar yang dipilih untuk dijadikan
sampel
30
3.4 Taksiran skor skala lima pilihan 32
3.5 Jadual konstruk bagi instrumen soal selidik 33
3.6 Taksiran skor min bagi melihat tahap tingkah
laku kesediaan pensyarah
37
3.7 Taksiran skor min bagi melihat tahap motivasi
pelajar
37
3.8 Jadual ringkasan pengujian statistik 38
4.1 Taburan responden mengikut jantina 42
4.2 Taburan bilangan pelajar mengikut tahun
pengajian
42
4.3 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi
lima item dengan nilai tertinggi berkaitan
tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan
lisan
43
xiii
4.4 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi
lima item dengan nilai terendah berkaitan
tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan
lisan
45
4.5 Tahap tingkah laku kesediaan pensyarah secara
bukan lisan
47
4.6 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi
lima item dengan nilai tertinggi berkaitan
tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan
48
4.7 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi
lima item dengan nilai terendah berkaitan
tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan
50
4.8 Tahap tingkah laku kesediaan pensyarah secara
lisan
52
4.9 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi
lima item dengan nilai tertinggi berkaitan tahap
motivasi pelajar
53
4.10 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi
lima item dengan nilai terendah berkaitan tahap
motivasi pelajar
55
4.11 Tahap motivasi pelajar 56
4.12 Hubungan korelasi di antara tingkah laku
kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan
tahap motivasi pelajar
58
4.13 Kekuatan hubungan korelasi koefisien Pearson 59
4.14 Perhubungan nilai di antara signifikan pada aras
keertian dan hipotesis nol
60
4.15 Hubungan korelasi di antara tingkah laku
kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap
motivasi pelajar
61
xiv
4.16 Keputusan pengujian-t bagi mengenal pasti
perbezaan tahap motivasi responden merentas
jantina
62
xv
SENARAL RAJAH
NO. RAJAH HALAMAN
1.1 Kerangka konsep bagi kajian yang dijalankan 7
3.1 Kerangka operasi kajian 26
xvi
SENARAL SIMBOL
p - Signifikan pada aras keertian
r - Korelasi koefisien Pearson
SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
SPSS - Statistical Package for Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAL LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN HALAMAN
A Set soal selidik 79
B Analisis statistik deskriptif dan analisis
statistik inferensi data kajian
86
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Seorang ahli psikologi, E.L Thorndike dalam (Saniah Sayuti et al., 2000)
telah memperkenalkan Hukum Kesan (Effect Law) di mana ia adalah penerangan
yang berkaitan dengan konsep peneguhan dan penghargaan kepada pelajar. Selepas
tahun 1920, E. L Thorndike memperkenalkan konsep motivasi dalam proses
pengajaran. Kebanyakan para psikologi mencadangkan pembelajaran, persepsi dan
motivasi sebagai saling berkaitan dan sangat mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran dalam pendidikan pelajar (Saniah Sayuti et al., 2000).
Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kelas yang dapat membantu
meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran seterusnya meningkatkan tahap
motivasi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Berdasarkan daripada penyelidikan yang terdahulu, didapati pengajar atau guru
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keinginan dan kerelaan pelajar
untuk turut serta dalam proses pembelajaran.
2
Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran pada
hari ini ialah kurangnya tahap motivasi pelajar untuk belajar atau terlibat dalam
aktiviti dan proses pembelajaran. Guru yang afektif adalah guru yang mempunyai
ciri-ciri yang berkualiti dan mampu untuk memotivasikan pelajar (Frymier, 1994).
Satu perhubungan telah dikenal pasti di antara pembelajaran, motivasi dan
kesediaan pengajaran di mana apabila guru atau pengajar yang mengaplikasikan
pendekatan pengajaran sama ada secara lisan atau bukan lisan terhadap pelajar,
pembelajaran akan berlaku dan meningkat. Ini dapat diperhatikan di mana di
samping pengajar menyebarkan atau mencurahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar,
terdapat tumpuan atau perhatian yang diberikan mengenai perhubungan di antara
pelajar dan pengajar.
Guru yang banyak mengaplikasikan tingkah laku kesediaan pengajaran,
mempunyai pelajar yang bertahap motivasi tinggi (Christophel dan Gorham, 1995)
dan lebih gemar untuk menghadiri kelas serta terlibat dalam aktiviti (Rocca, 2004) di
dalam kelas berbanding pelajar yang mempunyai guru yang kurang mengaplikasikan
tingkah laku kesediaan pengajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Latar belakang masalah bagi kajian ini adalah berkaitan dengan aktiviti atau
tingkah laku guru di dalam kelas yang dapat menjana dan meningkatkan tahap
motivasi pelajar yang memberi kesan terhadap minat pelajar untuk belajar dan
terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di dalam kelas.
3
Pada masa kini, pelajar-pelajar Melayu dikatakan kurang bermotivasi di
dalam akademik mereka. Ini dapat dilihat di mana pelajar-pelajar Melayu mendapat
pencapaian akademik yang rendah berbanding pelajar-pelajar bukan Melayu di
institusi-institusi pengajian tinggi.
Di antara faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar Melayu lemah di dalam
akademik adalah kerana penguasaan terhadap mata pelajaran atau subjek yang
kurang memuaskan di dalam kelas. Justeru itu, motivasi memainkan peranan yang
penting bagi menimbulkan kesedaran dan minat di kalangan pelajar untuk menguasai
subjek dan mata pelajaran yang diajar oleh pensyarah atau pengajar di dalam kelas.
“Banyak isu mengenai pengajian tinggi yang dibangkitkan dan antara
pandangan ahli panel ialah pelajar kita kurang bertanya dan tidak berapa aktif di
dalam kelas”, berikut adalah antara petikan pandangan yang diberikan oleh Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mengenai ciri dan tingkah laku pelajar
tempatan di institusi pengajian tinggi dalam Mesyuarat Panel Penasihat
Antarabangsa, Koridor Raya Multimedia (IAP-MSC) Malaysia ke-10 di Putrajaya.
Beliau juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar di institusi pengajian
tinggi tidak berani bertanya, tidak agresif, tidak aktif serta tidak memiliki pemikiran
analitikal semasa di dalam kelas.
Sehubungan dengan itu, sebagai langkah penyelesaian, beliau telah
mengarahkan semua institusi pengajian tinggi memastikan setiap pengajaran atau
program yang dianjurkan adalah membabitkan interaksi pelajar di dalam kelas di
mana pelajar dibabitkan secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam
kelas.
4
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang
pesat membangun, institusi pengajian tinggi pada masa kini telah banyak
mengaplikasikan pembelajaran jarak jauh atau pembelajaran secara persidangan
internet. Kebanyakan institusi pengajian tinggi mengaplikasikan kaedah
pembelajaran jarak jauh untuk mengatasi masalah bilangan kelas yang kurang
mencukupi berdasarkan peningkatan bilangan pelajar yang memasuki institusi
pengajian tinggi. Ini akan memberi implikasi kepada interaksi antara pensyarah dan
pelajar di mana pelajar dan pensyarah kurang berinteraksi secara terus dan seterusnya
menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu pembelajaran yang dijalankan.
Di samping itu, kekurangan interaksi antara pensyarah dan pelajar juga
menyebabkan pelajar mengalami penurunan dari segi tahap motivasi untuk belajar
atau turut serta dalam sesi pembelajaran yang diadakan. Oleh itu, dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi atau interaksi secara terus
memainkan peranan penting.
Komunikasi atau interaksi ini dapat dikaitkan dengan tingkah laku kesediaan
pensyarah dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di mana tingkah laku
kesediaan pensyarah merupakan tingkah laku yang mengurangkan jurang fizikal dan
psikologikal antara dua atau lebih individu yang berinteraksi atau berkomunikasi
(Witt, Wheeless dan Allen, 2004).
Proses pembelajaran, terutamanya di kolej atau institusi pengajian tinggi
adalah merupakan suatu proses interaksional (Richmond, Gorham dan McCroskey,
1987). Bukan sahaja melibatkan seorang tenaga pengajar yang bijak dalam
memperkenalkan sesuatu bahan tetapi juga melibatkan seorang pelajar yang berminat
dan bermotivasi untuk belajar.
5
Kajian yang dijalankan oleh Young dan Shaw (1999) mengenal pasti
beberapa sifat pengajaran yang dianggap sebagai efektif di dalam kelas di kolej atau
institusi pengajian tinggi, iaitu, komunikasi yang efektif, suasana pembelajaran yang
selesa, keprihatinan terhadap pembelajaran pelajar, tahap motivasi pelajar,
pengurusan kursus dan nilai kepentingan sesuatu kursus.
Selain itu, tingkah laku kesediaan pengajar juga merupakan salah satu strategi
pengajaran yang efektif. Tingkah laku kesediaan ini termasuklah sentuhan, orientasi
badan secara langsung, pandangan mesra, gerak badan dan anggukan kepala yang
positif (Anderson, 1979). Tingkah laku kesediaan seperti yang dinyatakan sebelum
ini adalah tingkah laku yang mengurangkan jurang fizikal atau psikologikal antara
dua atau lebih individu. Dalam situasi ini, tenaga pengajar haruslah berusaha untuk
kelihatan mesra dengan pelajar bagi memastikan sesuatu pengajaran itu efektif.
Dalam proses pembelajaran yang sebenar, interaksi dan perhubungan di
antara pelajar dan guru mempunyai implikasi yang besar. Penyelidikan menemui
bukti bahawa tingkah laku kesediaan pengajaran adalah tingkah laku yang
berorientasikan perhubungan dan interaksi serta mempunyai kesan positif terhadap
motivasi pelajar, di mana ia meningkatkan tumpuan, membina keyakinan dan
memperbaiki kepuasan dalam proses pembelajaran (Frymier dan Shulman, 1995).
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara
tingkah laku kesediaan pengajaran pensyarah dan tahap motivasi pelajar tahun dua
dan tahun tiga bagi kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan
Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Jentera (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
6
Penyelidikan ini juga dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di
antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan atau bukan lisan dengan tahap
motivasi pelajar di samping melihat perbezaan tahap motivasi pelajar yang berlainan
jantina.
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenal pasti perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah
secara lisan dan tahap motivasi pelajar.
ii. Mengenal pasti perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah
secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar.
iii. Mengenal pasti perbezaan tahap motivasi pelajar merentas jantina.
1.5 Persoalan Kajian
i. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku
kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar.
ii. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku
kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar.
iii. Adakah terdapat perbezaan tahap motivasi di antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan.
7
1.6 Hipotesis Kajian
Ho1: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan
pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar.
Ho2: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan
pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan tahap motivasi yang signifikan di antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan.