HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang...

21
1 HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK DENGAN KOMITMEN KEORGANISASIAN DALAM KALANGAN PENGURUS KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAERAH TUARAN SABAH Awang Seman Awang Tahir Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran Sabah Baharom bin Mohamad, Ph.D Shukri bin Zain, Ph.D* (pembentang) Mohd Yusof bin Abdullah, Ph.D Universiti Malaysia Sabah Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran mengurus perancangan strategik dengan komitmen keorganisasian dalam kalangan pengurus kurikuluim sekolah menengah daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini disertai 167 orang pengurus pertengahan sekolah yang terdiri daripada Ketua-ketua Bidang dan Ketua-ketua Panitia mata pelajaran.Kesemua populasi telah dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan. Soal selidik yang mengandungi 33 item kemahiran mengurus perancangan strategik dibina berdasarkan model dimensi kemahiran mengurus Katz dan 23 item komitmen keorganisasian yang diubah suai daripada soal selidik Allen dan Meyer (1991) digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan skala likert empat mata. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science version 16.0). Skor min (M) digunakan untuk melihat tahap kemahiran mengurus perancangan strategik dan tahap komitmen keorganisasian manakala Korelasi Pearson, Ujian-t dan Analisis Varians Sehala (ANOVA) telah digunakan untuk menguji hipotesis-hiotesis kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran mengurus perancangan strategik pengurus kurikulum sekolah berdasarkan dimensi kemanusiaan dan dimensi konsep adalah lebih dominan berbanding dimensi teknikal. Daripada aspek komitmen keorganisasian, pengurus kurikulum sekolah mempunyai tahap komitmen yang tinggi daripada dimensi afektif berbanding dimensi berterusan dan dimensi normatif. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapt hubungan yang signifikan antara kemahiran mengurus perancangan strategik dengan komitmen keorganisasian secara linear. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran mengurus perancangan strategik dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah berdasarkan jawatan, pengalaman mengajar dan kehadiran berkursus dalam perancangan strategik. PENDAHULUAN Perubahan kepada pengurusan yang dinamik dan berkualiti menjadikan kemahiran mengurus dan komitmen keorganisasian amat penting kepada semua pengurus sekolah. Fiedler (1998), berpendapat salah satu cara untuk meningkatkan kualiti tersebut ialah melalui perancangan strategik. Perancangan strategik merupakan salah satu aspek yang diperlukan dalam menangani perubahan dalam sesebuah organisasi. Kejayaan masa depan sesebuah organisasi amat bergantung dan berkait rapat dengan keupayaan pengurus melakukan perubahan dan pendekatan pengurusan strategik yang digunakan. Dalam konteks pendidikan, perancangan strategik merupakan salah satu elemen penting ke arah menetapkan hala tuju sekolah. Walau bagaimanapun visi, misi, dan matlamat yang ditetapkan tidak mungkin mampu dicapai sekiranya pengurus sekolah tidak mempunyai kemahiran mengurus dalam merancang dan melaksanakan perancangan strategik. Selain daripada melaksanakan proses pengurusan iaitu merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sekolah, pengurus kurikulum sekolah perlu

Transcript of HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang...

Page 1: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

1

HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK

DENGAN KOMITMEN KEORGANISASIAN DALAM KALANGAN

PENGURUS KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAERAH TUARAN

SABAH

Awang Seman Awang Tahir

Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran Sabah

Baharom bin Mohamad, Ph.D

Shukri bin Zain, Ph.D* (pembentang)

Mohd Yusof bin Abdullah, Ph.D

Universiti Malaysia Sabah

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran mengurus

perancangan strategik dengan komitmen keorganisasian dalam kalangan pengurus kurikuluim sekolah

menengah daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini disertai 167 orang pengurus pertengahan sekolah yang

terdiri daripada Ketua-ketua Bidang dan Ketua-ketua Panitia mata pelajaran.Kesemua populasi telah

dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan. Soal selidik yang

mengandungi 33 item kemahiran mengurus perancangan strategik dibina berdasarkan model dimensi

kemahiran mengurus Katz dan 23 item komitmen keorganisasian yang diubah suai daripada soal

selidik Allen dan Meyer (1991) digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan skala likert empat

mata. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik

inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science version 16.0).

Skor min (M) digunakan untuk melihat tahap kemahiran mengurus perancangan strategik dan tahap

komitmen keorganisasian manakala Korelasi Pearson, Ujian-t dan Analisis Varians Sehala (ANOVA)

telah digunakan untuk menguji hipotesis-hiotesis kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

tahap kemahiran mengurus perancangan strategik pengurus kurikulum sekolah berdasarkan dimensi

kemanusiaan dan dimensi konsep adalah lebih dominan berbanding dimensi teknikal. Daripada aspek

komitmen keorganisasian, pengurus kurikulum sekolah mempunyai tahap komitmen yang tinggi

daripada dimensi afektif berbanding dimensi berterusan dan dimensi normatif. Kajian juga mendapati

bahawa tidak terdapt hubungan yang signifikan antara kemahiran mengurus perancangan strategik

dengan komitmen keorganisasian secara linear. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan dalam kemahiran mengurus perancangan strategik dalam kalangan

pengurus kurikulum sekolah berdasarkan jawatan, pengalaman mengajar dan kehadiran berkursus

dalam perancangan strategik.

PENDAHULUAN

Perubahan kepada pengurusan yang dinamik dan berkualiti menjadikan kemahiran

mengurus dan komitmen keorganisasian amat penting kepada semua pengurus sekolah. Fiedler

(1998), berpendapat salah satu cara untuk meningkatkan kualiti tersebut ialah melalui

perancangan strategik. Perancangan strategik merupakan salah satu aspek yang diperlukan dalam

menangani perubahan dalam sesebuah organisasi. Kejayaan masa depan sesebuah organisasi

amat bergantung dan berkait rapat dengan keupayaan pengurus melakukan perubahan dan

pendekatan pengurusan strategik yang digunakan. Dalam konteks pendidikan, perancangan

strategik merupakan salah satu elemen penting ke arah menetapkan hala tuju sekolah. Walau

bagaimanapun visi, misi, dan matlamat yang ditetapkan tidak mungkin mampu dicapai sekiranya

pengurus sekolah tidak mempunyai kemahiran mengurus dalam merancang dan melaksanakan

perancangan strategik. Selain daripada melaksanakan proses pengurusan iaitu merancang,

mengorganisasi, memimpin dan mengawal sekolah, pengurus kurikulum sekolah perlu

Page 2: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

2

mempunyai kemahiran mengurus dalam merancang dan melaksanakan perancangan tersebut.

Menurut Robert L. Katz, seorang pendidik dan eksekutif perniagaan, (dalam Stoner dan Wankel,

1989) pengurus perlu mempunyai tiga kemahiran asas dalam pengurusan iaitu kemahiran teknik,

kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konsep.

Demikian juga halnya dengan komitmen. Komitmen keorganisasian penting dimiliki oleh

setiap warga sekolah. Pengurus kurikulum yang berkomitmen biasanya menghasilkan mutu kerja

yang tinggi. Perasaan tanggungjawab, penglibatan, kesetiaan dan perasaan pemilikan adalah

antara ciri-ciri yang memupuk individu supaya komited dengan sesuatu. Justeru, komitmen amat

berkait dengan konteks psikologi dan motivasi dalaman seseorang individu untuk memupuk

penglibatan individu dengan kepercayaan, falsafah dan objektif organisasi. Pegangan ini akan

membawa kepada janji dan iltizam individu untuk berusaha sedaya upaya ke arah pencapaian

matlamat organisasi. Pendapat ini selari dengan saranan Somech dan Bogler, 2004 (dalam

Zulkafli, 2008) yang menegaskan bahawa komitmen adalah satu penghubung antara misi

personal dengan misi organisasi, kepercayaan peribadi individu tentang misi, sikap dan kesetiaan

terhadap organisasi serta hasil yang hendak dicapai. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab

kumpulan pengurusan sekolah untuk menjana, memberi rangsangan seterusnya menghidupkan

nilai komitmen pada diri, subordinat dan warga sekolah seluruhnya. Menurut Ab. Aziz Yusof

(2002), pemimpin perlu berkebolehan untuk membimbing, mendorong, menasihati, dan

mengetahui cara memberikan arahan yang paling berkesan kepada pasukan kerja dan individu,

supaya mampu memberikan sumbangan yang terbaik. Semua kebolehan ini amat bergantung

kepada komitmen pengurus sekolah. Komitmen keorganisasian akan wujud apabila setiap

individu menyedari tanggungjawab mereka dalam mencapai matlamat organisasi secara

bersama-sama tanpa mengira pangkat dan kedudukan dalam organisasi. Kejayaan organisasi

bergantung pada keupayaan keseluruhan kepemimpinan.

PERNYATAAN MASALAH

Untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah secara berkesan perancangan strategik sekolah

perlu diwujudkan (Alimuddin, 2006). Kejayaan perancangan strategik sekolah amat bergantung

kepada tahap kemahiran pengurus iaitu tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka

dalam merancang dan melaksanakan perancangan strategik. Menurut Ab. Aziz (2000), seorang

pemimpin yang cekap dalam merancang, melaksana, menentukan hala tuju, mengawal dan dapat

membuat analisis setiap perubahan yang berlaku, adalah seorang pemimpin yang amat

diperlukan. Selain itu komitmen keorganisasian pengurus sekolah iaitu tahap pendirian atau

perbuatan mereka dalam memberikan sepenuh tenaga terhadap sekolah juga mempengaruhi

pelaksanaan perancangan strategik sekolah. Tanpa komitmen yang tinggi pelaksanaan

perancangan strategik sekolah akan menemui kegagalan.

Dapatan Jawatankuasa Penilaian Perancangan Strategik Beyond Excellence (BE) Jabatan

Pelajaran Sabah (2006) merumuskan bahawa prestasi ’BE’ berada pada tahap yang sederhana.

Jawatankuasa ini merumuskan bahawa kefahaman responden terhadap perancangan strategik

’BE’ tidak membantu sekolah menghasilkan pelan induk organisasi mereka. Jawatankuasa ini

juga mendapati bahawa jawatankuasa ’BE’ tidak berkesan, pemantauan pelaksanaan ’BE’ tidak

dilakukan dengan baik, mutu pendokumentasian tidak memuaskan dan responden tidak

berkemahiran menyediakan perancangan strategik sekolah mereka.

Page 3: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

3

Dapatan jawatankuasa ini diperkuatkan lagi melalui laporan Jawatankuasa Pemantauan

Program Beyond Excellence yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah Sabah pada tahun 2000.

Laporan Jemaah Nazir Sekolah Sabah mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang telah

menyukarkan keberkesanan program tersebut. Faktor utama ialah ketidakfahaman guru terhadap

Program ’BE’ yakni terdapat warga pendidikan yang belum memahami dan menghayati prinsip

dan matlamat serta kaedah penyediaan dan pelaksanaan program tersebut. Kedua, sikap negatif

pentadbir dan pihak sekolah yang menganggap program ’BE” tidak realistik, membebankan

guru dan sekolah serta membazirkan tenaga. Faktor ketiga yang menyebabkan kegagalan

program ini ialah kekurangan sumber kewangan, bekalan kertas, tenaga penggerak serta

pertukaran pentadbir. Kegagalan pelaksanaan perancangan strategik ’BE’ boleh diandaikan

bahawa terdapat hubungan antara tahap kemahiran perancangan strategik dan komitmen guru

dengan pencapaian matlamat organisasi.

Kajian yang dilakukan oleh Haryati (2009) terhadap pengurusan strategik Ketua Bidang

menunjukkan hanya elemen perancangan sahaja yang diamalkan oleh Ketua Bidang dalam

pengurusan strategik manakala elemen-elemen lain kurang diamalkan. Beliau membuat

kesimpulan bahawa secara keseluruhannya pengurusan strategik kurang diamalkan dalam

kalangan Ketua Bidang. Haim (2005) pula menyatakan punca umum kegagalan bagi pelaksanaan

strategi disebabkan pengurus tidak jelas dengan matlamat sekolah. Dalam aspek kemahiran

teknikal perancangan strategik, Abdul Samad (2006)dalam kajiannya mendapati bahawa visi

yang dibuat tidak sesuai kerana terlalu panjang, susah dihafal oleh guru dan tidak selaras dengan

visi sekolah. Dalam konteks kemahiran kemanusiaan perancangan strategik pula, Mohd Anuar

et. al. (2010) mendapati bahawa Ketua Bidang masih kurang kemahiran dan kebolehan dalam

pengurusan konflik dan kurang kemahiran dan kebolehan dalam mempengaruhi ahli melalui

komunikasi yang berkesan.

Dari aspek pelaksanaan strategi didapati bahawa kebanyakan pekerja dan pengurus

organisasi kurang mengambil berat akan pelaksanaan strategi yang dirancang (Niven,

2003).Kajian beliau mendapati bahawa hanya sepuluh peratus (10%) organisasi yang

melaksanakan strategi dalam perancangan strategik. Kajian beliau juga mendapati bahawa

sembilan puluh lima peratus (95%) pekerja tidak memahmi strategi yang dibuat, tujuh puluh lima

peratus (75%) pengurus tidak menggunakan strategi sepenuhnya, lapan puluh lima peratus (85%)

pengurus eksekutif menggunakan masa kurang daripada satu jam dalam sebulan untuk

membincangkan strategi yang telah diambil dan enam puluh peratus (60%) organisasi tidak

menghubungkan perbelanjaan dengan strategi.

Berdasarkan senario berhubung isu pelaksanaan perancangan strategik sekolah seperti

yang dinyatakan dalam perenggan sebelum ini, kajian ini akan cuba mengenal pasti tahap

kemahiran mengurus perancangan strategik dan tahap komitmen keorganisasian pengurus

kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran dan mengenal pasti hubungan antara kemahiran

mengurus perancangan strategik dengan komitmen keorganisasian pengurus kurikulum sekolah

menengah daerah Tuaran.

Page 4: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

4

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran mengurus perancangan strategik

sekolah menengah daerah Tuaran, tahap komitmen keorganisasian pengurus kurikulum sekolah

menengah daerah Tuaran, serta untuk mengenal pasti hubungan tahap kemahiran mengurus

perancangan strategik dengan komitmen keorganisasian pengurus kurikulum sekolah menengah

daerah Tuaran.

HIPOTESIS KAJIAN

hipotesis kajian ini adalah seperti yang berikut:

Ho1: Pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran tidak mempunyai tahap kemahiran

mengurus perancangan strategik yang tinggi.

Ha1:Pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran mempunyai tahap kemahiran

mengurus perancangan strategik yang tinggi.

Ho2:Pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran tidak mempunyai komitmen

keorganisasian yang tinggi.

Ha2:Pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran mempunyai komitmen

keorganisasian yang tinggi.

Ho3:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran konsep perancangan strategik

dengan komitmen afektif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ha3:Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran konsep perancangan strategik

dengan komitmen afektif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ho4:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran konsep perancangan strategik

dengan komitmen berterusan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ha4: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran konsep perancangan strategik

dengan komitmen berterusan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ho5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran konsep perancangan strategik

dengan komitmen normatif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ha5: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran konsep perancangan strategik

dengan komitmen normatif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ho6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknikal perancangan strategik

dengan komitmen afektif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ha6: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknikal perancangan strategik

dengan komitmen afektif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Page 5: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

5

Ho7:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknikal perancangan strategik

dengan komitmen berterusan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ha7: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknikal perancangan strategik

dengan komitmen berterusan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ho8:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknikal perancangan strategik

dengan komitmen normatif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ha8: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknikal perancangan strategik

dengan komitmen normatif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ho9: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan

strategik dengan komitmen afektif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ha9:Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik

dengan komitmen afektif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ho10

: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan

strategik dengan komitmen berterusan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ha10

: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik

dengan komitmen berterusan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ho11

:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan

strategik dengan komitmen normatif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ha11

: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik

dengan komitmen normatif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ho12

:Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran mengurus perancangan

strategik dengan komitmen keorganisasian pengurus kurikulum sekolah menengah daerah

Tuaran.

Ha12

:Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran mengurus perancangan strategik

dengan komitmen keorganisasian pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Ho13

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran mengurus perancangan

strategik dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran berdasarkan

jawatan.

Ha13

: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran mengurus perancangan

strategik dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran berdasarkan

jawatan.

Page 6: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

6

Ho14

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran mengurus perancangan

strategik dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran berdasarkan

penyertaan dalam kursus atau bengkel perancangan strategik.

Ha14

: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran mengurus perancangan

strategik dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran berdasarkan

penyertaan dalam kursus atau bengkel perancangan strategik.

Ho15

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran mengurus perancangan

strategik dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran berdasarkan

pengalaman mengajar.

Ha15

: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran mengurus perancangan

strategik dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran berdasarkan

pengalaman mengajar.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini berasaskan reka bentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui

ulasan secara perihalan dan takbiran. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Responden

diminta untuk melengkapkan dan mengembalikan soal selidik kepada pengkaji (Creswell, 2005).

Walau bagaimanapun responden akan diminta untuk mengembalikan soal selidik kepada

penyelidik dalam tempoh yang telah ditetapkan. Soal selidik ini diserahkan kepada responden

dan dikutip semula secara serahan tangan pada bila-bila masa sahaja (Vincent Pang, 2005). Cara

ini dapat menggelakkan timbulnya perasaan tergesa-gesa oleh responden untuk menjawab dan

mengembalikan soal selidik yang diberikan. Melalui cara ini responden mempunyai ruang masa

untuk memberikan jawapan serta mengelakkan pengaruh pengkaji terhadap jawapan yang

diberikan oleh responden dan menjamin ketelusan jawapan responden. Setiap responden disoal

dengan soalan yang sama mengikut turutan yang sama bagi membolehkan penyelidik membuat

perbandingan antara individu atau antara kumpulan responden yang lain. Borang soal selidik

yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 3 bahagian iaitu:

i. Bahagian A: Maklumat Demografi Responden

ii. Bahagian B: Kemahiran Mengurus Perancangan Strategik

iii. Bahagian C: Komitmen Keorganisasian

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Instrumen yang digunakan perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan item

bermaksud skor responden dalam instrumen boleh diterima, bermakna, dan membolehkan

pengkaji untuk membuat rumusan dapatan daripada sampel yang dikaji (Creswell, 2005).

Kebolehpercayaan pula merujuk kepada kestabilan dan ketekalan skor instrumen. Menurut Mohd

Majid (2000) kesahan sesuatu instrumen merujuk kebolehan sesuatu instrumen itu dalam

mengukur data yang sepatutnya diukur. Kebolehpercayaan pula ialah satu konsep yang ditujukan

kepada pengukuran atau instrumen yang digunakan oleh penyelidik terhadap sesuatu konstruk

Page 7: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

7

teorinya. Kebolehpercayaan akan ditentukan dengan membuat korelasi terhadap dua set ukuran

daripada individu yang sama. Korelasi yang dibuat akan menghasilkan nilai pekali

kebolehpercayaan yang menunjukkan jangkaan ukuran daripada instrumen yang digunakan. Oleh

itu instrumen yang dibentuk boleh mengukur semua isi kandungan bidang yang dikaji

berdasarkan objektif kajian.

Bagi mendapatkan pengesahan kandungan yang berkaitan kemahiran mengurus

perancangan strategik (Bahagian A), penyelidik telah mendapatkan pengesahan kandungan

daripada Dr. Shukri Zain, pensyarah kanan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial,

Universiti Malaysia Sabah. Beberapa perubahan dibuat selepas instrumen dinilai oleh beliau.

Instrumen komitmen keorganisasian pula adalah instrumen Allen dan Meyer (1990). Oleh sebab

instrumen asal komitmen keorganisasian dalam bahasa Inggeris, penterjemahan perlu dilakukan

oleh pakar bahasa Inggeris dan pakar bahasa Melayu secara bersilang. Instrumen ini telah

diterjemahkan oleh tiga orang pakar bahasa Inggeris iaitu Puan Norul Ashikin Mohd. Taib,

Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran

Sabah, Encik Mohd Fadzli Abd. Rozan dan Encik Abdul Razak Abdul Karim yang merupakan

bekas Penolong Pengarah Bahasa, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah.

Sebelum instrumen ini digunakan dalam kajian sebenar, penyelidik telah membuat kajian

rintis. Bagi tujuan kajian rintis, pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada 30 orang

responden di dua buah sekolah menengah luar bandar yang terletak di daerah Kota Belud, daerah

yang bersempadan dengan daerah Tuaran iaitu SMK Usukan dan SMK Pekan Kota Belud.

Kajian rintis ini diadakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Ia juga

dapat mengesan item-item yang kabur dan tidak difahami (Babbie, 2001). Kumpulan yang

digunakan dalam kajian rintis ini bukan dipilih daripada sampel rawak tetapi mempunyai

persamaan dengan sampel kajian sebenar dan dalam keadaan yang sesuai untuk membuat

penilaian terhadap item-item yang diberikan (Wiersma, 2000).

Hasil kajian rintis soal selidik oleh penyelidik mendapati bahawa nilai pekali alfa soal

selidik ini adalah tinggi. Nilai alpha cronbach Bahagian B iaitu item-item kemahiran mengurus

perancangan strategik ialah .95 manakala item-item dalam Bahagian C iaitu item-item yang

berkaitan komitmen keorganisasian ialah .84. Nilai alpha cronbach komitmen keorganisasian

dalam kajian sebelum ini seperti oleh Lee (2010) .78, Rainah (2009) .70, danCrawford (2008)

.83 menunjukkan kebolehpercayaan Bahagian C (Komitmen Keorganisasian) kajian ini dianggap

mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi kerana melepasi tahap 0.60 bagi tanda aras

kebolehpercayaan instrumen kajian.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Kemahiran Mengurus Perancangan Strategik Pengurus Kurikulum Sekolah

Menengah Daerah Tuaran

Secara keseluruhannya tahap kemahiran mengurus perancangan strategik pengurus kurikulum

sekolah menengah daerah Tuaran adalah pada min 3.01. Berdasarkan interpretasi skor min

Bhasah (2007), tahap kemahiran mengurus perancangan strategik pengurus kurikulum sekolah

menengah daerah Tuaran adalah tinggi. Pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran

Page 8: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

8

menunjukkan tahap kemahiran kemanusiaan tinggi diikuti tahap kemahiran konsep perancangan

strategik. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan Edaris (2005) dan Mariam et. al. (2009),

walau pun tahap kemahiran teknikal perancangan strategik adalah pada tahap sederhana sahaja.

Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian Midianah (2006). Dalam kajiannya terhadap

sikap terhadap pelaksanaan perancangan strategik akademik sekolah dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah menengah daerah Tambunan turut mendapati bahawa guru mempunyai

kecekapan perancangan strategik akademik yang tinggi.

Keperluan terhadap kemahiran yang tinggi dalam kemahiran mengurus perancangan

strategik ini bersesuaian dengan pendapat Zainal Abdin (2002) yang menyatakan bahawa

pengurus memainkan peranan penting dalam proses perancangan strategik dan

bertanggungjawab untuk kejayaan dan pengurusan sesebuah organisasi.Pengurus organisasi juga

merupakan personel yang strategis kerana pengurus menjadi perancang strategi yang kreatif dan

teknikal bagi memenuhi dan mencapai matlamat organisasi (A’Azmi, 1996).

Perincian tahap kemahiran mengurus perancangan strategik pengurus kurikulum sekolah

menengah daerah Tuaran mengikut aspek kemahiran kemanusiaan, kemahiran konsep dan

kemahiran teknikal diperincikan dalam perbincangan yang berikut:

a. Tahap Kemahiran Kemanusiaan

Tahap kemahiran kemanusiaan dalam kemahiran mengurus perancangan strategik ialah

aspek kemahiran yang paling tinggi dimiliki oleh pengurus kurikulum sekolah menengah daerah

Tuaran berbanding aspek kemahiran konsep dan kemahiran teknikal. Daripada sebelas

kemahiran yang terkandung dalam kemahiran kemanusiaan perancangan strategik, pengurus

kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran mempunyai kemahiran yang tinggi dalam tujuh

kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran berunding dengan guru secara individu mengenai

kemajuan akademik pelajar bagi menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar, kemahiran

berunding dengan guru dalam bidang atau panitia mengenai kemajuan akademik pelajar bagi

menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar, kemahiran mengurus bidang atau panitia sebagai

satu pasukan (teamwork), kemahiran komunikasi bagi menyampaikan maklumat dengan

berkesan, kemahiran mempengaruhi rakan sekerja dengan memahami perasaan mereka,

kemahiran mempengaruhi rakan sekerja dengan memahami sikap merekadan kemahiran

mengurus Jawatankuasa pelaksana pelan tindakan (jawatankuasa program).

Empat kemahiran kemanusiaan yang berada pada tahap sederhana ialah kemahiran

mengurus konflik dalam bidang atau panitia; kemahiran memberikan motivasi kepada rakan

sekerja dalam melaksanakan program akademik perancangan strategik; kemahiran mengurus

konflik individu; dan kemahiran memberikan motivasi kepada rakan sekerja agar menghayati

visi, misi dan matlamat sekolah. Tahap kemahiran yang sederhana dalam kemahiran mengurus

konflik ini selari dengan kajian Mohd Anuar et. al. (2010) yang mendapati bahawa Ketua Bidang

masih kurang kemahiran dan kebolehan dalam memimpin pasukan, terutama dalam hal-hal yang

berkaitan pengurusan konflik.

Kemahiran tinggi dalam aspek kemahiran kemanusiaan yang dimilki pengurus kurikulum

sekolah dalam kajian ini bertepatan dengan model dimensi kemahiran mengikut peringkat

Page 9: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

9

pengurusan yang dikemukakan oleh Katz (dalam Stoner et. al., 1989) yang menyatakan bahawa

walaupun kemahiran kemanusiaan diperlukan oleh semua pengurus pada semua peringkat,

namun pengurus pertengahan adalah yang paling memerlukan kemahiran ini. Menurutnya,

walaupun ketiga-tiga jenis kemahiran ini amat perlu untuk pengurusan yang berkesan, namun

secara relatif kepentingannya bagi seseorang pengurus bergantung pada pangkatnya dalam

organisasi. Kemahiran tinggi dalam kemahiran kemanusiaan ini sangat relevan dengan peranan

pengurus kurikulum sekolah sebagai pengurus peringkat pertengahan. Mereka perlu berurusan

dengan pengurus atasan sekolah untuk menerima dan memahami maklumat tentang matlamat

dan strategi sekolah dan seterusnya menyampaikannya kepada guru-guru dalam bidang dan

panitia masing-masing dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, pengurus kurikulum sekolah

juga perlu menjadi perantara antara bidang, panitia atau unit-unit lain dari semasa ke semasa.

Kemahiran tinggi yang dimilki pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran

dalam kemahiran kemanusiaan ini juga memenuhi teori Pendekatan Hubungan Manusia yang

dikemukakan oleh Massry Parker Follet, (1868-1933). Menurutnya seorang pengurus tidak

seharusnya mementingkan hasil pengeluaran semata-mata tanpa menimbangkan tenaga yang

mengeluarkan hasil itu, iaitu manusia itu sendiri. Kebijaksanaan seseorang pengurus sekolah

dalam memimpin, memberikan motivasi, berunding dan berkomunikasi dengan berkesan banyak

bergantung kepada kemahiran kemanusiaan yang dimiliki oleh pengurus kurikulum sekolah.

Tidak seperti dapatan kajian Mohd Anuar et al. (2010) yang mendapati bahawa Ketua

Bidang masih kurang kemahiran dan kebolehan dalam mempengaruhi ahli melalui komunikasi,

kajian ini mendapati bahawa pengurus kurikulum sekolah mempunyai kemahiran yang tinggi

dalam aspek komunikasi dan perhubungan interpersonal. Kemahiran komunikasi yang tinggi

dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah amat penting dalam perancangan strategik. Jika

seseorang pengurus tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan dan kemahiran

interpersonal, seseorang pengurus tidak akan mampu menyerap maklumat dengan cekap

daripada pengurusan atasan dan pasti sukar menerangkannya semula kepada para pengurus

peringkat bawahan. Kebolehan memahami perasaan dan kedudukan orang lain oleh pengurus

dalam organisasi juga akan memudahkan orang lain untuk memahaminya dan seterusnya

berupaya mempengaruhi anggota organisasi. Keadaan ini dapat menyumbang kepada

keharmonian yang berterusan dalam organisasi.

Komunikasi merupakan kunci kejayaan kepada perancangan strategik. Melalui proses

pengurusan strategik, pengurus dan para pekerja menjadi lebih komited dalam menyokong

usaha-usaha kemajuan organisasi seperti yang disarankan dalam Model Pengurusan Strategik

David (2002). Beliau berpendapat kebanyakan organisasi kini menyedari perancangan sesebuah

organisasi perlu kepada penglibatan pengurus bawahan. Pengurus atasan perlu membimbing dan

menyokong aktiviti-aktiviti ke arah mencapai matlamat organisasi dan bukan sekadar

mengedarkan dokumen-dokumen mengenai perancangan dan aktiviti untuk mencapai objektif

organisasi kemudian membiarkan mereka melakukan sendiri tanpa penerangan, bimbingan dan

sokongan. Sekiranya ini berlaku, para pekerja akan berasa tidak dihargai dan menjadikan

motivasi mereka akan menurun untuk melakukan sesuatu kepada organisasi. Menurut Hall

(1998), tidaklah memadai seseorang pengurus organisasi mempunyai visi, lalu memberikan visi

tersebut kepada anggota organisasi dan membiarkan mereka menjelmakan visi tersebut dalam

bentuk tindakan secara bersendirian.

Page 10: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

10

Keperluan terhadap kemahiran ini juga memenuhi Teori Motivasi Keperluan Maslow

yang mengandaikan bahawa manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan terhadap

sesuatu. Keperluan-keperluan manusia akan mempengaruhi pula perlakuan-perlakuan yang lahir

daripadanya. Keperluan yang tidak dipenuhi akan menjadi penghalang kepada motivasi guru di

sekolah. Menurut Blanford (2008), elemen utama dalam kepimpinan pasukan dalam organisasi

ialah kebolehan memotivasikan orang lain. Dapatan ini bersesuaian dengan saranan Haryati

(2009) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa pengurus perlu memberikan motivasi dan

pengiktirafan kepada semua ahli bagi menaikkan semangat ke arah mencapai matlamat sekolah

kerana implementasi strategi memerlukan kewujudan matlamat yang kukuh, polisi yang baik,

ahli organisasi yang bermotivasi serta mempunyai sumber-sumber yang terbaik.

b. Tahap Kemahiran Konsep

Dalam aspek ini dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap kemahiran konsep

perancangan strategik pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran adalah tinggi.

Pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran mempunyai kemahiran yang tinggi dalam

menganalisis saling bergantungan bidang atau panitia; kemahiran menganalisis sesuatu

perubahan pada mana-mana bahagian organisasi; kemahiran melihat organisasi sebagai satu

entiti; dan kemahiran menghubungkan strategi dengan visi, misi dan matlamat. Namun yang

demikian, pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran mempunyai tahap kemahiran

yang sederhana dalam kemahiran konsep yang meliputi kemahiran menentukan isu strategik

berdasarkan analisis SWOT; kemahiran menyelaras semua aktiviti organisasi; kemahiran

menyatukan semua kepentingan organisasi; kemahiran menentukan matlamat berdasarkan

analisis SWOT; kemahiran menganalisis kebarangkalian daripada keputusan yang diambil;

kemahiran menentukan visi berdasarkan analisis SWOT; kemahiran menentukan misi

berdasarkan analisis SWOT; dan kemahiran menentukan isu strategik berdasarkan analisis

SWOT.

Dapatan ini bersesuaian dengan kajian Haryati (2009) yang mendapati bahawa Ketua

Bidang kurang mengamalkan analisis strategik dalam bidang masing-masing walaupun Abdul

Samad (2006) dalam kajiannya menyatakan tujuh puluh lima peratus analisis SWOT digunakan

oleh pentadbir sekolah dalam membuat perancangan strategik. Sebagai pengurus sekolah,

analisis persekitaran amat penting dikuasai dalam perancangan strategik sekolah kerana menurut

Mohamed Sulaiman (1996) pemimpin hendaklah memahami persekitaran dengan tepat dalam

pengurusan strategik sekolah. Dalam hal ini pengurus kurikulum sekolah menengah daerah

Tuaran perlu meningkatkan lagi kemahiran konsep khususnya dalam membuat analisis

persekitaran organisasi.Menurut Chang (2008), analisis organisasi merupakan perkara pertama

yang perlu dipertimbangkan. Pada peringkat analisis strategik, organisasi perlu memahami

budaya organisasi. Analisis perlu dilakukan terhadap persekitaran organisasi bagi menentukan

isu strategik dan pembentukan strategi. Kekuatan dan kelemahan organisasi, peluang serta

ancaman juga perlu dimanipulasikan untuk memajukan organisasi.

Page 11: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

11

c. Tahap Kemahiran Teknikal

Dalam aspek kemahiran teknikal, tahap kemahiran mengurus perancangan strategik

pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran adalah sederhana. Lima kemahiran

teknikal yang berada pada tahap sederhana ialah kemahiran membentuk pernyataanmatlamat

yang realistik; kemahiran menjadikan visi, misi dan matlamat sekolah mudah diakses;kemahiran

membentukformat dokumentasi perancangan strategik; kemahiran membentuk pernyataan visi

yang realistik; dan kemahiran membentuk pernyataan misi yang realistik.Hanya empat

kemahiran yang berada pada tahap tinggi iaitu kemahiran merancang program akademik

berdasarkan analisis keperluan; kemahiran membentuk pelan operasional; kemahiran membentuk

pelan taktikal; dan kemahiran membuat penilaian program. Dapatan kajian ini mempunyai

persamaan dengan dapatan kajian Abdul Samad (2006). Dalam kajiannya terhadap kriteria dan

amalan perancangan strategik berasaskan persepsi guru di tujuh buah sekolah menengah di

daerah Semporna Sabah mendapati bahawa kemahiran teknikal perancangan strategik guru

adalah rendah. Kajian beliau mendapati bahawa visi yang dibuat oleh sekolah tidak sesuai kerana

terlalu panjang dan susah dihafal oleh guru. Misi yang dibina pula tidak selaras dengan visi.

Dalam hal ini pengurus kurikulum sekolah perlu meningkatkan kemahiran teknikal

perancangan strategik. Kekurangan kemahiran dalam aspek ini akan menyebabkan visi, misi dan

matlamat sekolah tidak jelas, sukar diukur dan akhirnya sukar dicapai. Dalam hal ini, M. Salim

(2005) dalam kajiannya terhadap amalan perancangan strategik dalam kalangan pengurus-

pengurus sekolah menengah daerah Kudat mencadangkan bahawa untuk membina sekolah yang

berkesanHaim (2005), sekolah seharusnya mempunyai visi dan misi yang jelas serta membuat

analisis kekuatan dalaman organisasi.pula menyatakan punca umum kegagalan bagi pelaksanaan

strategi disebabkan pengurus tidak jelas dengan matlamat sekolah dan tidak mendapat komitmen

daripada para ahli serta tempoh pelaksanaan strategi yang lebih panjang daripada apa yang

dirancang. Pihak pengurusan juga tidak mempunyai strategi yang jelas dalam menghadapi

halangan-halangan yang berlaku secara tiba-tiba.

Namun yang demikian dapatan kajian ini sedikit berlainan dengan kajian yang dijalankan

oleh Abdul Jawi (2007). Beliau mendapati bahawa visi dan misi yang ditetapkan oleh pihak

sekolah adalah jelas dan kefahaman warga sekolah terhadap visi dan misi adalah baik serta visi

disebar luas kepada semua pihak dengan baik. Analisis SWOT juga dibuat dengan baik

walaupun pembentukan matriks SWOT dan pemilihan strategi hanya pada tahap memuaskan.

Demikian juga menurut Jebon (2002) dalam kajiannya terhadap visi dan misi sekolah menengah

daerah Kota Marudu Sabah mendapati bahawa pernyataan visi dan misi sekolah menengah di

daerah tersebut adalah difahami oleh responden kerana visi dan misi sekolah ditulis dengan

ringkas, mudah dan boleh dicapai.

Kesimpulannya, pada keseluruhannya pengurus kurikulum sekolah menengah daerah

Tuaran mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kemahiran kemanusiaan dan kemahiran

konsep. Namun yang demikian, bagi mempertingkatkan keberkesanan perancangan strategik

sekolah, pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran perlu meningkatkan kemahiran

mengurus perancangan strategik daripada aspek kemahiran teknikal.

Page 12: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

12

Tahap Komitmen Keorganisasian Pengurus Kurikulum Sekolah Menengah Daerah

Tuaran

Secara keseluruhannya tahap komitmen keorganisasianpengurus kurikulum sekolah menengah

daerah Tuaranadalah pada min 2.88. Berdasarkan interpretasi skor min Bhasah (2007), tahap

komitmen keorganisasian pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran secara

keseluruhannya adalah sederhana. Pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran

mempunyai komitmen keorganisasian yang sederhana dalam dimensi berterusan dan dimensi

normatif tetapi mempunyai tahap komitmen yang tinggi daripada dimensi afektif.

Keadaan ini menunjukkan bahawa keinginan pengurus pertengahan ini untuk kekal

bertugas di sekolah mereka buat masa ini adalah sederhana sahaja kerana berdasarkan persepsi

bahawa kelebihan ekonomi yang diperoleh oleh mereka di tempat mereka bertugas sekarang

dibandingkan dengan peluang perolehan daripada pekerjaan alternatif di sekolah lain adalah

sama. Pengurus kurikulum sekolah percaya bahawa kemahiran spesifik yang telah diperoleh

dalam sekolah semasa masih boleh diguna sama di sekolah lain sekiranya mereka berpindah.

Mereka juga berpendapat bahawa pertukaran kerja yang terlalu kerap mungkin boleh

menjejaskan reputasi mereka terhadap kesetiaan mereka terhadap sekolah.

Pada keseluruhannya, pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran amat sukar

untuk berpindah ke sekolah lain walaupun mereka berkemahuan untuk berpindah. Mereka juga

percaya bahawa kehadiran mereka ke sekolah tempat mereka bertugas sekarang ini adalah atas

keperluan dan kehendak mereka sendiri. Menurut Ishak (2004), sebahagian daripada darjah

komitmen mereka ini bergantung sama ada kepada keperluan fisiologi, keselamatan,

kesejahteraan, atau psikologi telah dipenuhi atau tidak seperti yang dinyatakan dalam Teori

Maslow. Keputusan untuk kekal dalam organisasi dengan pendirian sederhana kerana mereka

mengambil kira aspek-aspek tersebut.

Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa tahap komitmen keorganisasian pengurus

kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran daripada aspek komitmen normatif juga adalah

pada tahap sederhana. Keadaan ini merujukkan perasaan obligasi atau kewajipan pengurus

kurikulum sekolah untuk terus kekal dalam sekolah semasa juga adalah sederhana. Pengurus

kurikulum sekolah mempersepsi dirinya bahawa mereka boleh bergantung kepada sekolah

dengan adanya pengurusan partisipatif secara sederhana. Persepsi inilah yang menjalinkan satu

perasaan obligasi moral untuk membalas ‘budi’ sekolah. Pengurus kurikulum sekolah

mempersepsi bahawa sekolah kurang memberi mereka peluang melibatkan diri dalam keputusan

pengurusan. Oleh itu, pengurus kurikulum sekolah akan berasa syukur dan membalasnya dengan

memberikan komitmen yang sederhana pada sekolah.

Walaupun kajian ini menunjukkan bahawa dimensi komitmen berterusan dan dimensi

normatif adalah sederhana namun dimensi komitmen afektifpengurus kurikulum sekolah

menengah daerah Tuaran adalah tinggi. Keadaan ini menurut Ishak (2004) menunjukkan bahawa

pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran mempunyai ikatan emosi yang kuat

dengan sekolah, mempunyai identifikasi diri yang tinggi dengan sekolah, dan mempunyai rasa

penglibatan yang tinggi dalam sekolah. Pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran

juga mempunyai kesatuan dan nilai yang dikongsi bersama dalam sekolah, khususnya berkaitan

Page 13: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

13

matlamat dan nilai sekolah. Dapatan kajian ini juga memberikan interpretasi bahawa pengurus

kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran mempunyai penyertaan aktif dalam usaha mencapai

matlamat sekolah. Oleh sebab komitmen afektif pengurus kurikulum sekolah menengah daerah

Tuaran adalah kuat, maka mereka akan terus kekal dalam sekolah atas kemahuan dan keinginan

mereka sendiri. Dapatan kajian ini di bersesuaian dengan kajian oleh Wong et.al., (2002) yang

mendapati bahawa komitmen afektif adalah tinggi dan dimensi afektif mempunyai hubungan

signifikan secara linear negatif dengan keinginan untuk berhenti.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi komitmen keorganisasian pengurus

kurikulum sekolah. Menurut Rees, (1991) faktor-faktor yang boleh mempengaruhi komitmen

guru di sekolah ialah seperti kurang mendapat sokongan dan bantuan daripada pengetua dan

rakan-rakan yang berpengalaman, gangguan daripada pihak ibu bapa serta peluang kerjaya yang

terhad. Menurut Firth et. al. (2004) komitmen pekerja dipengaruhi tahap sokongan pihak

pengurusan. Justeru, Bishop et al. (2002) menyarankan agar pengurus sekolah

memberikanjaminan pekerjaan kepada pekerja agar dapat meningkatkan tahap komitmen

mereka.

Hubungan antara kemahiran mengurus perancangan strategik dengan komitmen

keorganisasian dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran

Dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran konsep

dengan komitmen afektif (Ho3); tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran

konsep dengan komitmen berterusan (Ho4); dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

kemahiran konsep dengan komitmen normatif (Ho5). Ini menunjukkan bahawa faktor kemahiran

konsep pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran tidak mempunyai pertalian linear

baik secara positif ataupun secara negatif dengan komitmen afektif, komitmen berterusan dan

komitmen normatif mereka.

Demikian juga halnya dengan hipotesis Ho6, Ho

7, dan Ho

8.Dapatan kajian menunjukkan

bahawatidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknikal dengan komitmen

afektif (Ho6); tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknikal dengan

komitmen berterusan (Ho7); dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran

teknikal dengan komitmen normatif (Ho8). Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap komitmen

afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif pengurus kurikulum sekolah menengah

daerah Tuaran tidak mempunyai sebarang hubungan baik secara linear positif atau secara linear

negatif dengan kemahiran teknikal pengurusan strategik.

Walau bagaimanapun hasil kajian Korelasi Pearson sebaliknya telah menolak hipotesis

nul bagi Ho9. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara

kemahiran kemanusiaan dengan komitmen afektif. Walau bagaimanapun, berdasarkan jadual

indeks kekuatan korelasi Ary et. al., hubungan antara kemahiran kemanusiaan dengan komitmen

afektif berada pada tahap yang sangat lemah. Ini menunjukkan bahawa kemahiran kemanusiaan

hanya mempunyai hubungan yang sedikit sahaja dengan komitmen afektif dalam kalangan

pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran.

Page 14: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

14

Dapatan bagi hipotesis bagi Ho10

, dan Ho11

juga menunjukkan keputusan yang samaiaitu

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan dengan komitmen

berterusan (Ho10

) dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan

dengan komitmen normatif (Ho11

). Keadaan ini menunjukkan juga bahawa tidak terdapat

hubungan linear antara kemahiran kemanusiaan dengan komitmen berterusan dan komitmen

normatif baik secara positif mahupun secara negatif.

Rumusan hubungan antara kemahiran mengurus perancangan strategik dengan komitmen

keorganisasian ini dapat dilihat daripada anlisis terhadap kedua-dua pemboleh ubah ini melalui

keputusan analisis bagi hipotesis Ho12

. Hasil analisis bagi hipotesis ini menunjukkan bahawa

secara keseluruhannya tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran mengurus

perancangan strategik dengan komitmen keorganisasian. Ini membawa interpretasi bahawa

kemahiran mengurus perancangan strategik tidak mempunyai sebarang hubungan dengan

komitmen keorganisasian dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran

secara linear positif iaitu peningkatan tahap kemahiran mengurus perancangan strategik sekolah

tidak menyebabkan peningkatan komitmen keorganisasian dan sebaliknya penurunan tahap

kemahiran mengurus perancangan strategik sekolah tidak menyebabkan penurunan komitmen

keorganisasian. Hubungan secara linear negatif juga tidak berlaku iaitu peningkatan tahap

kemahiran mengurus perancangan strategik tidak menyebabkan penurunan tahap komitmen

keorganisasian dan sebaliknya juga, penurunan tahap kemahiran mengurus perancangan strategik

tidak meningkatkan tahap komitmen keorganisasian dalam kalangan pengurus kurikulum

sekolah menengah daerah Tuaran.

Perbezaan Tahap Kemahiran Mengurus Perancangan Strategik Berdasarkan Jawatan

Bagi menganalisis tahap kemahiran mengurus perancangan strategik berdasarkan jawatan,

analisis skor min dan Ujian-t digunakan. Analisis skor min menunjukkan bahawa tahap

kemahiran mengurus perancangan strategik bagi Ketua Bidang adalah tinggi berbanding tahap

kemahiran mengurus perancangan strategik Ketua Panita mata pelajaran. Tahap kemahiran

mengurus perancangan strategik ketua-ketua Panitia mata pelajaran adalah sederhana.

Berdasarkan Ujian-t, keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan dalam tahap kemahiran mengurus perancangan strategik dalam kalangan pengurus

kurikulum sekolah berdasarkan jawatan. Ketua Bidang didapati mempunyai tahap kemahiran

mengurus perancangan strategik yang tinggi berbanding Ketua panitia mata pelajaran. Dapatan

kajian ini disokong oleh Baharom (2008) yang mendapati bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan dalam kecekapan pengurusan dan perancangan strategik dalam kalangan pentadbir

berdasarkan jawatan.

Perbezaan Tahap Kemahiran Mengurus Perancangan Strategik Berdasarkan Penyertaan

Dalam Kursus Atau Bengkel Perancangan Strategik

Perbezaan tahap kemahiran mengurus perancangan strategik berdasarkan penyertaan dalam

kursus atau bengkel perancangan strategik dianalisis dengan menggunakan skor min dan Ujian-t.

Berdasarkan analisis dalam bab 4 didapati bahawa tahap kemahiran mengurusperancangan

strategik bagi kumpulan yang pernah menghadiri kursus atau bengkel perancangan strategik

Page 15: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

15

adalah tinggi manakala tahap kemahiran mengurus perancangan strategik bagi kumpulan yang

tidak pernah menghadiri kursus atau bengkel perancangan strategik adalah sederhana.

Keputusan Ujian-t juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam

tahap kemahiran mengurus perancangan strategik dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah

berdasarkan penyertaan dalam kursus atau bengkel perancangan strategik. Kumpulan yang

pernah menghadiri kursus atau bengkel perancangan strategik mempunyai tahap kemahiran

mengurus perancangan strategik yang tinggi berbanding kelompok yang tidak pernah menghadiri

kursus atau bengkel perancangan strategik. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan kajian yang

dibuat oleh Edaris (1997) dalam kajiannya tentang pengurusan strategik kualiti dalam kalangan

pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan di negeri Perak. Dalam kajiannya beliau mendapati

bahawa kehadiran ke kursus mempunyai perbezaan yang signifikan dengan mereka yang tidak

pernah menghadiri kursus dalam membuat tanggapan terhadap kelima-lima elemen pengurusan

strategik kualiti.

Ketirisan ilmu dan kemahiran dalam hal ini berlaku kerana pengurus kurikulum sekolah

tidak semuanya didedahkan dengan kemahiran mengurus. Kajian Nurhunaini (2001) dan Julita

(2002) menunjukkan bahawa Ketua Bidang menghadapi pelbagai masalah dalam pengurusan

kurikulum dan memerlukan kursus bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan

kepakaran dalam melaksanakan tugas pengurusan kurikulum. Kajian mereka mendapati bahawa

terdapat Ketua Bidang yang tidak pernah mengikuti sebarang kursus yang berkaitan

kepimpinan.Laporan Jemaah Nazir Sekolah Wilayah Persekutuan (1999) pula mendapati bahawa

Ketua Panitia kurang berkemahiran dan pengetahuan tentang prinsip-prinsip perancangandan

pengurusan panitia.

Dalam hal ini juga, dapatan Jawatankuasa Penilaian Perancangan Strategik Beyond

Excellence (BE) Jabatan Pelajaran Sabah (2006) mendapati bahawa responden tidak

berkemahiran menyediakan perancangan strategik sekolah mereka. Dapatan jawatankuasa ini

diperkuatkan lagi melalui laporan Jawatankuasa Pemantauan Program Beyond Excellence yang

dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah Sabah pada tahun 2000. Laporan Jemaah Nazir Sabah

mendapati bahawa salah satu faktor utama yang telah menyukarkan keberkesanan program

tersebut ialah ketidakfahaman guru terhadap Program ’BE’ yakni terdapat warga pendidikan

yang belum memahami dan menghayati prinsip dan matlamat serta kaedah penyediaan dan

pelaksanaan program tersebut. Penemuan ini juga diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian M.

Salim (2005), Abdul Samad (2006) dan Haryati (2009).

Dalam kajiannya, Baharom (2008) mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan

antara penentuan visi, misi dan objektif, pelaksanaan strategi dan penilaian strategik dengan

kecekapan pengurusan dan perancangan strategik dalam kalangan pentadbir.Oleh hal yang

demikian, pengurus sekolah perlu mempunyai inisiatif dalam memastikan semua pengurus

kurikulum khasnya dan semua guru amnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

mengurus perancangan strategik sekolah agar perancangan strategik sekolah dapat dilaksanakan

dengan berkesan.

Page 16: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

16

Perbezaan Tahap Kemahiran Mengurus Perancangan Strategik Berdasarkan Pengalaman

Mengajar

Hipotesis ini diuji dengan menggunakan Analisis Varians Sehala (ANOVA) bagi

membandingkan min bagi tiga kelompok pengurus kurikulum untuk mengenal pasti sama ada

terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tahap kemahiran mengurus perancangan strategik

berdasarkan pengalaman mengajar. Min tahap kemahiran mengurusperancangan strategik bagi

kumpulan yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun adalah tinggi manakala min tahap

kemahiran mengurus perancangan strategik bagi kumpulan yang telah berkhidmat antara 5

hingga 10 tahun adalah sederhana. Bagi kumpulan pengurus kurikulum sekolah yang berkhidmat

kurang daripada 5 tahun, tahap kemahiran mengurus perancangan strategik mereka juga adalah

sederhana.

Berdasarkan statistik-F, tahap kemahiran mengurus perancangan strategik berdasarkan

pengalaman mengajar adalah signifikan. Berdasarkan analisis ini maka, hipotesis nul Ho15

ditolak manakala hipotesis alternatif Ha15

diterima. Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran mengurus perancangan strategik dalam

kalangan pengurus kurikulum sekolah berdasarkan pengalaman mengajar.Keadaan ini

menggambarkan bahawa pengalaman mengajar mempengaruhi tahap kemahiran mengurus

perancangan strategik sekolah dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah menengah daerah

Tuaran.Dapatan ini berlawanan dengan kajian Edaris (1997) yang menyatakan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan

di Perak berdasarkan tempoh berkhidmat terhadap semua elemen pengurusan strategikkualiti.

Implikasi Kajian dan Cadangan Kepada Pihak Berkepentingan

Terdapat beberapa cadangan kepada pihak pengurusan sekolah, PPD, JPN dan KPM bagi

mempertingkatkan tahap kemahiran mengurus perancangan strategik dan tahap komitmen

keorganisasian dalam kalangan pengurus kurikulum sekolah.

Berdasarkan dapatan kajian ini didapati bahawa secara keseluruhannya kemahiran

mengurus perancangan strategik pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran adalah

tinggi namun dalam aspek kemahiran teknikal, tahap kemahiran pengurus pertengahan ini adalah

sederhana sahaja. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat jurang perbezaan kemahiran

mengurus perancangan strategik antara Ketua Bidang dengan Ketua Panitia mata pelajaran.

Ketua Bidangmempunyai tahap kemahiran yang tinggi berbanding Ketua panitia mata pelajaran.

Oleh hal demikian, Ketua Bidang bertanggungjawab membimbing Ketua Panitia dalam

merancang dan menguruskan perancangan strategik sekolah. Selain itu, mereka perlu membuat

pemantuan dan penilaian dari semasa ke semasa serta membuat tindakan susulan bagi

memastikan pelaksanaan perancangan strategik sekolah yang dijalankan oleh Ketua-ketua panitia

berjalan dengan baik dan berkesan.

Dapatan kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan kemahiran mengurus perancangan

strategik antara kelompok yang pernah menghadiri kursus atau bengkel perancangan strategik

dengan kelompok yang tidak pernah menghadiri kursus atau bengkel tersebut. Oleh sebab

kemahiran dalam pengurusan dan perancangan strategik amat penting dalam memastikan sekolah

Page 17: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

17

berupaya membuat praperancangan dan pelaksanaan perancangan stategik dengan berkesan,

aspek kemahiran mengurus perancangan strategik perlu diperluaskan kepada semua lapisan

pengurus peringkat pertengahan dan kepada semua lapisan pengurus peringkat bawahan.

Pelaksanaan Kursus Kepimpinan Pengurusan Pendidikan (KKPP), Program Kelayakan

Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQEL), Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

(PKPGB) dan Kursus Pengurusan Strategik Memperkasakan Sekolah Kebangsaan yang

dianjurkan oleh IAB, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu disebarluaskan hingga ke peringkat

akar umbi yang melibatkan semua guru melalui model kursus yang lebih fleksibel dan meluas.

Dalam hal ini, bahagian-bahagian utama Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Bahagian

Sekolah perlu membantu IAB memperluaskan kursus berkaitan kepada pengurus dan guru-guru

sekolah.

Pada peringkat JPN, kursus berkaitan kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui Unit

Latihan Jabatan Pelajaran Negeri dan melalui Sektor Pengurusan Akademik.Bagi memastikan

semua sekolah di setiap negeri mendapat pendedahan berkaitan kursus ini, system cascade boleh

dilakukan dari peringkat PPD, zon dan sekolah.Namun yang demikian kualiti pengurusan kursus

ini perlu ditekankan untuk mengelakkan kecairan maklumat.Aspek-aspek pemilihan fasilitator

atau penceramah, kewangan, tempoh kursus yang mencukupi, keberkesanan kaedah

penyampaian serta kebajikan guru perlu diambil kira.

Pada peringkat sekolah, guru yang mewakili sekolah menghadiri kursus ini perlu dipilih

dalam kalangan guru yang mempunyai komitmen dan disiplin yang tinggi dan berupaya

menyampaikan semula kandungan kursus dengan berkesan.Pengetua atau guru besar perlu

memastikan setiap guru yang menghadiri kursus bagi mewakili sekolah membuat kursus

dalaman di peringkat sekolah.Pada peringkat ini pengetua atau guru besar sekolah perlu

mengekalkan standard kandungan dan penyampaian kursus di peringkat sekolah agar kecairan

maklumat tidak berlaku.

Perancangan strategik di peringkat sekolah juga perlu dilaksanakan dengan betul melalui

kaedah perancangan yang betul dari peringkatpembentukan strategi, pelaksanaan strategi dan

peringkat penilaian dan kawalan strategi. Kesemua peringkat ini amat bergantung dengan

kemahiran konsep, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran teknikal yang dimilki oleh pengurus

kurikulum sekolah.

Dapatan kajian ini mendapai bahawa tahap komitmen keorganisasian pengurus

kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran hanyalah pada tahap sederhana. Oleh hal yang

demikian pengurus sekolah perlu sentiasa meningkatkan motivasi pengurus peringkat

pertengahan ini dengan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan ini agar

komitmen mereka meningkat. Kebajikan golongan ini juga perlu sentiasa dijaga agar keperluan

mereka dipenuhi.

Di sekolah, keperluan fisiologi guru pada lazimnya memang telah dipenuhi namun isu

keselamatan guru di sekolah pada hari ini juga menjadi faktor yang perlu diambil kira. Keperluan

keselamatan menjadi faktor penting dalam mendorong mereka membuat sesuatu tindakan.

Antara lain keperluan keselamatan termasuklah kebebasan daripada ancaman, kesihatan,

pekerjaan yang terjamin, dan keadilan. Pengurus kurikulum sekolah juga perlu memperoleh

Page 18: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

18

dorongan keperluan sosial, iaitu keperluan keakuan ataupun keperluan kepuasan diri sendiri

seperti kasih sayang, persatuan dan perhubungan dengan rakan. Apabila perkara ini tercapai,

mereka akan menaruh perhatian kepada keperluan keakuan, iaitu kepercayaan diri sendiri, status

dan penghormatan. Keadaan ini akan meningkatkan komitmen keorganisasian mereka.

Menurut Maslow, dalam kebanyakan organisasi, keperluan fisiologi dan keperluan

kerjasama antara pekerja-pekerja telah dipenuhi (gaji yang baik, cuti rehat, jaminan kerja dan

lain-lain). Hasilnya pekerja-pekerja akan mencari kepuasan daripada keperluan yang lebih tinggi

seperti interaksi sosial, penghargaan dan peluang-peluang untuk melahirkan kreativiti. Menurut

Maslow lagi, apabila kita ingin mengubah pemikiran dan sikap seseorang itu, kita perlu terlebih

dahulu mengenal pasti keperluan individu tersebut.

Dalam hal ini pengurus sekolah juga perlu menanamkan semangat berpasukan

(teamwork) dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah. Pengurus kurikulum yang mempunyai

komitmen keorganisasian yang tinggi akan menunjukkan penglibatan yang tinggi dalam

pelaksanaan perancangan strategik sekolah, pelaksanaan aktiviti dan program-program sekolah.

Mereka juga mempunyai identifikasi yang tinggi dengan sekolah, dan berbangga menjadi warga

sekolah. Bagi meningkatkan komitmen keorganisasian, pengurus kurikulum sekolah perlu

diberikan peranan yang lebih besar dalam proses membuat keputusan. Melalui cara ini

akauntibiliti dan komitmen mereka akan meningkat.

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran mengurus perancangan strategik tidak

mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen keorganisasian pengurus kurikulum

sekolah menengah daerah Tuaran. Namun yang demikian tahap kemahiran mengurus

perancangan strategik pengurus kurikulum sekolah menengah daerah Tuaran daripada aspek

kemahiran konsep dan kemahiran kemanusiaan adalah tinggi walaupun tahap kemahiran teknikal

mereka adalah sederhana. Namun yang demikian, peningkatan kemahiran teknikal perancangan

strategik bagi pengurus peringkat pertengahan ini perlu diusahakan bagi memastikan

perancangan strategik sekolah dapat dirancang sebaik-baik yang mungkin agar visi, misi dan

matlamat sekolah mampu dicapai. Kemahiran mengurus perancangan strategik juga perlu

diberikan kepada semua guru melalui kursus dan bengkel perancangan strategik agar semua

warga sekolah dapat memahami dan menghayati makna dan hakikat sebenar perancangan

strategik sekolah. Pengurusan tertinggi sekolah juga perlu memikirkan inisiatif yang lebih ampuh

bagi meningkatkan komitmen keorganisasian pengurus kurikulum sekolah agar mereka dapat

menyumbangkan sepenuh tenaga terhadap kecemerlangan sekolah.

RUJUKAN

A’Azmi bin Hj. Shahri.1996. Pengurusan Strategi Pengajaran. Jurnal Pendidikan Guru.

Bil. 11: 1-15.

Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dankepimpinan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Page 19: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

19

Ab. Aziz Yusof.2002. Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi. Petaling Jaya: Pearson

Malaysia Sdn. Bhd.

Abdul Samad Sulaiman. 2006. Persepsi guru tentang kriteria dan amalan perancangan

strategik di sekolah-sekolah menengah daerah Semporna. Tesis Sarjana. Universiti

Malaysia Sabah.

Alimuddin Mohd. Dom. 2006. Outstanding Leaders: Membina Sekolah Cemerlang. Putrajaya

Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdul Jawi bin Abnoh Sawi. 2007. Pengaruh Perancangan Strategik dan Kepimpinan Pentadbir

Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Allen, N., & Meyer, J. 1990. The measurement and antecedents of affective,continuance, and

normative commitment. Journal of Occupational Psychology, 63, 1-18.

Babbie, E. 2001. The practice of social research (9th ed.) Belmont, CA: McGraw-Hill.

Baharom Bin Ab Rahman.2008. Kecekapan Pengurusan dan Perancangan Strategik Dalam

Kalangan Pentadbir di Sekolah Menengah Daerah Kudat.Tesis Sarjana. Universiti

Malaysia Sabah.

Bhasah Abu Bakar. 2007. Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah.Kuala Lumpur: Utusan

Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Bishop, J.W., Goldsby, M.G., & Neck, C.P. 2002. Who goes? Who cares? Who wants to? The

role of contingent workers and corporate layoff practices. Journal of managerial

Psychology 17(1), 298-315.

Cheng, Y.C. 1993. Profiles of organizational culture and effective schools.School

Effectivenessness and School Improvement. 4(2), 85-110.

Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative

research (2nd ed.) New Jersey: Pearson Education, Inc.

David, F.R. 2002. Strategic Management. New Jersey: Prentice Hall.

Edaris Abu Bakkri. 2005. Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi Untuk Pendidikan.

Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributor.

Fidler, F. 1998. How can a successful school avoid failure?: Strategic Management in

School. Journal of Education Administration.Vol 36, No. 5. Pg 421-442.

Firth L., Mellor, D.J., Moore K.A., & Loquet, C. 2004. How can managers reduce employee

intention to quit? Journal of Managerial Psychology, 19(2), 170-187.

Page 20: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

20

Hall, V.1998. Strategic Management in Schools and Colleges.Paul Chapman Pub.

Haryati binti Hassan. 2009. Hubungan Pengurusan Strategik Ketua Bidang dengan Pengurusan

Program Kurikulum. Disertasi Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Ishak Md Shah. 2004. Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi (Jilid II). Skudai, Johor:

Universiti Teknologi Malaysia.

Jebon Janaun. 2002. Visi dan Misi sekolah: Satu kajian kes di sekolah menengah di daerah Kota

Marudu, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Jemaah Nazir Sekolah Wilayah Persekutuan. 1999. Senarai Semak Pengurusan Panitia Mata

Pelajaran. Tidak Diterbitkan.

Julita Liwan. 2002. Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran dan Masalah Dalam Pelaksanaan

Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Tesis Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laporan Jawatankuasa Pemantauan Program Beyond Excellence. 2000. Jemaah Nazir Sekolah

Sabah.

Laporan Jawatankuasa Penilaian Perancangan Strategik Beyond Excellence. 2006. Jabatan

Pelajaran Sabah.

Laporan Jemaah Nazir (1999). Jemaah Nazir Wilayah Persekutuan.

M. Salim Masrah. 2005. Pengurusan strategik di kalangan pengurus sekolah menengah

di daerah Kudat Sabah. Disertasi Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Mariam Md. Salleh, Mohammed Sani Ibrahim, Siti Rahayah Ariffin.2009. Kepimpinan dan

Pengurusan Strategik di Institusi Pendidikan MARA. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009):

219 – 233.

Midianah Jane Francis Dutis.2006. Sikap Terhadap Pelaksanaan Perancangan Strategik

Akademik Sekolah di dalam pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru-guru

Sekolah Menengah di Daerah Tambunan.Disertasi Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Nurhunaini Tahir. 2001. Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran: Masalah dan Keperluan Kursus

Peningkatan Profesionalisme. Tesis Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pang Vincent. 2005. Curriculum evaluation: An application in a smart school curriculum

implementation. Kota Kinablu: Universiti Malaysia Sabah.

Page 21: HUBUNGAN KEMAHIRAN MENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK · PDF fileHa11: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran kemanusiaan perancangan strategik dengan komitmen normatif pengurus

21

Rees, F. 1997. How to Lead Work Teams: Facilitation Skills. Washington, D.C: Leornard

Pfeiffer & Company.

Stoner, A.F. dan Wankel, C. (1989).Pengurusan. Terjemahan Yaakob Ibrahim. Edisi Ketiga.

Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd.

Wiersma W. 2000.Research Method In Education, (7th

Edition).Allyn and Bacon Needham

Heights. MA 02494.

Wong, Y.T., Ngo, H.Y., & Wong, C.S. 2002.Affective organizational commitment of workers in

the Chinese joint ventures.Journal of Managerial Psychology, 17(2), 580-598.

Zainal Abidin Mohamed. 2002. Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan Publication

and Distributor.

Zulkafli bin Kamruddin. 2008. Penglibatan Guru dalam membuat keputusan, sokongan

organisasi dan komitmen kerja. Tesis Sarjana. Universiti Sains Malaysia.