Ibu Bapa Pendidik Terbaik (Wong Mee Ti)

download Ibu Bapa Pendidik Terbaik (Wong Mee Ti)

of 8

description

Ibu Bapa pendidik terbaik

Transcript of Ibu Bapa Pendidik Terbaik (Wong Mee Ti)

Ibu Bapa Pendidik TerbaikOleh:Wong Mei TI Slogan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negarasering diuar-uarkan pada masa ini.Slogan ini bermaksud golongan remaja merupakan aset afdal dan tonggak negara pada masa depan. Malangnya, gejala sosial dalam halakah anak kesuma bangsa menjadi semakin kritikal.Kemelut yang wujud dan semakin berkembang dalam masyarakat ini ibarat duri dalam daging dalam kehidupan kita.Setiap perkara berlaku nescaya mempunyai alasannya,persis kata tak tumbuh,tak melata,tak sungguh orang tak kata. Kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak-anak merupakan sebab yang terbesar yang mencetuskan berlakunya kancah sosial dalam halakah anak kesuma bangsa.Ibu bapa seyogianya mengubah sikap mereka yang mementigkan diri,persis kata,seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini demikian kerana anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri.Mereka yang mempunyai anak seyogianya mempunyai sikap obligasi untuk mendidik anak-anaknya supaya tidak terbabit dalam heterogen kancah sosial yang boleh merosakkan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, anak- anak akan seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Ibu bapa yang memainkan peranan sebagai pendidik terbaik boleh menjamin kejayaan anak-anak pada masa depan. Ibu bapa haruslah menjadi uswah yang baik kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak yang belum dapat berfikir dengan matang akan terikut-ikut perangai ibu bapa tanpa mengira sama ada perangai tersebut betul atau salah dari sisi undang-undang, persis kata bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagai tamsilnya,ibu bapa yang merokok nescaya akan menzahirkan anak-anak yang merokok. Sejajar dengan itu,ibu bapa harus menghidari diri daripada segala tindakan yang boleh menjejaskan masa depan anak-anak sebaliknya ibu bapa harus melakukan tindakan yang bermoral supaya boleh menzahirkan anak-anak yang berguna. Jika ibu bapa sentiasa beramal ibadah anak-anak tentu melakukannya dengan mudah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak meninggalkan solat berjemaah akan diikuti oleh anak-anak di rumah. Setiap ibu bapa yang bijaksana dapat mendidik anak-anaknya ke arah kecemerlangan akal budinya.Menurut Hamachek(1995): pembentukkan perlakuan anak bermula dari rumah. Pendek kata,ibu bapa yang merupakan idola anak-anak perlu menunjukkan ikon yang terbaik kepada anak-anak. Ibu bapa seyogianya memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak sejak kecil lagi,mengikut kata-kata orang tua: melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai seorang pendidik terbaik,ibu bapa bukan sahaja perlu mendidik anak-anak dari segi fizikal tetapi juga dari segi rohani.Menurut Al-Ghazali dan Ibnu Sina (dalam Mohamad Kamil, 1990), dalam Islam, ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak dengan ilmu keagamaan yang cukup agar mengelakkan dari kepincangan sosialisasi.Hal ini demikian kerana agama sebagai nakhoda kapal dalam kehidupan anak-anak yang penuh dengan ranjau. Agama dapat mengelakkan setiap penganut daripada melakukan perkara yang boleh menjejeskan masa depan mereka. Sebagai tamsilnya,seseorang yang menganuti agama tidak mudah terpengaruh oleh pengaruh negatif jika dibandingkan dengan seseorang yang tidak menganuti agama.Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak.Sehubungan dengan itu,didikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa tentu mudah diterima oleh anak-anak jika berbanding dengan pihak-pihak yang lain.Tindakan ibu bapa yang memberi didikan agama kepada anak-anak bukan sahaja boleh membantu anak- anak mempunyai pedoman hidup tetapi juga boleh mengelakkan anak-anak daripada terumbang-ambing,persis kata serampang dua mata. Jelaslah bahawa ibu bapa merupakan pendidik baik nescaya dapat melahirkan anak-anak yang seimbang dari segi fizikal dan rohani. Selain itu,ibu bapa merupakan orang yang paling signifikan dalam didikan anak-anak mereka. Selain guru di alma mater,ibu bapa juga dapat memberi pendidikan kepada anak secara tidak langsung dalam rumah.Pendidikan ini juga dikenali sebagai pendidikan secara tidak formal.Ibu bapa yang mengajar anak-anak mereka berkomunikasi dengan sopan dan lemah lembut nescaya dapat menzahirkan anak yang bersopan santun. Ibu bapa juga perlu menyemai benih-benih tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam sanubari anak-anak sejak kecil lagi.Anak-anak mudah menerima apa yang diajar oleh ibu bapa sejak kecil lagi jika berbanding dengan apa yang diajar pada peringkat remaja.Menurut Nabi Muhammad s.a.w: Sesungguhnya anak-anak umpama sehelai kain putih,dilahirkan dalam keadaan bersih,kedua-dua ibu bapanya yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Majusi, Nusrani dan pelbagai lagi.Sebagai tamsilnya,ibu bapa yang mendirikan mini perpustakaan dalam rumah nescaya dapat menzahirkan anak-anak yang suka membaca.Hal ini demikian kerana minat membaca akan disemai dalam sanubari anak-anak secara tidak langsung.Jadi,ibu bapa memainkan peranan untuk membentuk seorang anak yang cermelang dalam variasi bidang. Ibu bapa ialah pendidik terbaik kerana mereka merupakan orang yang membentuk sahsiah anak-anak.Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak.Sehubungan dengan itu,ibu bapa haruslah sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak supaya anak-anak berasa mereka dibesarkan oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang,bak kata pepatah, menatang minyak yang penuh.Berinteraksi dengan anak-anak juga merupakan salah satu modus operandi ibu bapa untuk mendidik anak-anak.Ibu bapa haruslah berkomunikasi dengan baik dengan anak-anak.Ibu bapa mesti bijak menegur kesalahan anak-anak dan bukannya dengan menengking atau mengherdik mereka.Ibu bapa bukan sahaja perlu meluangkan masa untuk berinteraksi dengan ank-anak tetapi juga perlu bersabar apabila berkomunikasi dengan anak-anak.Hal ini demikian kerana anak-anak akan berkongsi suka duka mereka dengan ibu bapa melalui komunikasi.Melalui komunikasi dengan ibu bapa,anak-anak akan mempelajari cara untuk berkomunikasi baik dengan orang lain secara tidak langsung.Sebagai tamsilnya,anak-anak akan berfikir dahulu sebelum cakap dan menerima pendapat orang lain dengan hati terbuka.Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak bahawa komunikasi merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan antara kawan-kawan. Sejajar dengan itu,anak-anak akan mengadakan muzawarah dengan kawan-kawan apabila sesuatu konflik tercetus kerana mereka sedar akan perbincangan merupakan cara terbaik utnuk menyelesaikan konflik,bak kata pepatah bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat. Jelaslah bahawa ibu bapa yang sebagai pendidik terbaik dapat mendidik anak-anak supaya berinteraksi baik dengan orang lain. Di samping itu, ibu bapa adalah pendidik terbaik kerana ibu bapa dapat membekalkan pengalaman mereka yang berguna kepada anak-anak supaya anak-anak dapat berhati-hati dalam setiap tingkah laku mereka.Hal ini demikian kerana ibu bapa yang lebih tua mempunyai seribu satu pengalaman jika berbanding dengan anak-anak yang belum dapat berfikir dengan matang. Pada era pascakemerdekaan ini, anak-anak akan menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau.Menurut Azizi, et. al. : sekiranya ibu bapa gagal memberi pengalaman sosialisasi yang berkesan, maka akan menimbulkan pelbagai perlakuan dan aktiviti sosial yang tidak sihat. Ibu bapa yang lebih berpengalaman dapat memberi nasihat yang terbaik kepada anak-anak. Nasihat ibu bapa ialah pelita hidup dalam kehidupan ank-anak. Sehubungan dengan itu,anak-anak tidak mudah terjerumus dalam gejala sosial.Anak-anak tidak akan menjadikan nasihat ibu bapa sebagai mencurahkan air ke daun keladi.Hal ini disebabkan oleh mereka menjadikan pengalaman ibu bapa sebagai iktibar supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut,persis kata pisang tidak berbuah duan kali.Anak umpama pokok bunga yang tumbuh di taman ,yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa.Lantaran itu,nasihat dan pengalaman ibu bapa adalah baja yang terbaik yang dapat membantu anak-anak daripada terpengaruh oleh pengaruh negatif.Secara tuntasnya,pengalaman ibu bapa boleh dijadikan iktibar anak-anak supaya membantu anak-anak menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau. Ibu bapa adalah pendidik terbaik kerana mereka menerapkan norma-norma murni dalam sanubari anak-anak.Menurut At-Tarmizi: tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik. Sebagai contohnya,ibu bapa boleh menerapkan nilai bertanggungjawab,nilai kasih sayang dan nilai seumpamanya dalam sanubari anak-anak.Hal ini demikian kerana norma-norma yang diterapkan oleh ibu bapa dijadikan batu loncatan anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.Seseorang yang bermoral juga mudah diterima oleh rakan,masyarakat dan negara.Jika ibu bapa menerapkan nilai harga diri dalam sanubari anak-anak ,anak-anak tidak akan terpengaruh oleh pengaruh rakan sebaya untuk melakukan sesuatu yang salah dari sisi undang-undang. Hal ini demikian kerana mereka akan mengamalkan prinsip yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempena dalam kehidupan mereka seharian.Melalui norma-norma murni yang diterapkan oleh ibu bapa, anak-anak juga akan bersopan santun terhadap orang-orang yang lebih tua. Konklusinya,ibu bapa yang membekalkan norma-norma kepada anak-anak nescaya dapat membantu anak-anak untuk menjamin masa depan yang cerah. Walhasilnya,ibu bapa haruslah memikul obligasi mereka iaitu sebagai pendidik terbaik kepada anak-anak supaya sekumpulan anak kesuma bangsa yang cemerlang dalam setiap bidang dapat dizahirkan.Lantaran itu,negara kita dapat berdiri sama tinggi,duduk sama sama rendah dengan negara-negara yang asing.Walaupun ibu bapa sebagai pendidik terbaik kepada anak-anak tetapi semua pihak masih perlu menggemblengkan tenaga untuk mengatasi masalah sosial dalam halakah remaja.Kita janganlah menuding jadi ke arah ibu bapa manakala semua pihak berganding pundak bagai aur dengan tebing supaya masalah sosial dapat diselesaikan ke akar umbinya.Negara kita akan aman,harmoni dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan. (1305 patah perkataan)

Bibliografi .http://salizahamzah.blogspot.com/2011/10/ibu-bapa-sebagai-pendidik-no1.html http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1402-menghayati-tugas-keibubapaan-sebagai-profesion.html http://eprints.utm.my/10373/1/28.9_PERANAN_IBU_BAPA.pdf http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/186.html http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Ibubapateladanterbaik/Article/index_htmlhttp://www.kisahwanita.com/peranan-ibu-bapa-dalam-mendidik-anak-anak