ICMM2010_p15(1).doc

download ICMM2010_p15(1).doc

If you can't read please download the document

description

ICMM2010_p15(1).doc

Transcript of ICMM2010_p15(1).doc

Konsep Siri dan Penggunaan Ungkapan dan Syair dalam Adat Perkahwinan Bugis-Makasar di SabahOlehAsmiaty Amat dan Lokman Abdul SamadAsal Usul Etnik Bugis SabahSuku kaum Bugis yang kadang kala disebut sebagai Bugis-Makasar merupakan salah satuetnik yang terdapat dalam kelompok penduduk pelbagai etnik di negeri Sabah. Sejarah asalusul orang Bugis berasal dari Kepulauan Sulawesi, di Indonesia. Di Sulawesi, Bugis danMakasar dianggap dua suku yang berbeza. Namun apabila mereka telah berhijah keMalaysia khususnya negeri Sabah, Bugis dan Makasar adalah merujuk suku bangsa yangsama. Penghijrahan suku kaum Bugis-Makasar ke Sabah dikatakan seawal abad ke-17(Goodlet, 2010). Mereka datang ke Tawaubersama-sama orang Bolongan. Merekamembuka petempatan di pinggir pantai dan menjalankan aktiviti menanam getah danabaka di syarikat-syarikat kepunyaan orang British. Orang Bugis-Makasar pada masa itujuga ramai tinggal di BAL Plantation seperti di Ladang Table, Ladang Imam, LadangTiger, dan Merotai. Pada masa itu, mereka hanya bercadang untuk bekerja sementara diSabah. Namun demikian mereka telah mengubah fikiran dan menetap serta memohonkerakyatan Malaysia. Mereka berinteraksi, berasimilasi, dan berakulturasi dengan rakyattempatan dan menggunakan bahasa Melayu loghat Bugis (slang Bugis). Golongan inimerupakan suku kaum paling ramai mendiami daerah Tawau dan Lahad Datu (termasukKunak dan Semporna). Mereka juga menduduki daerah, Sandakan, Kota Kinabalu danKeningau. Pada masa kini, orang Bugis bertebaran di seluruh kawasan di negeri Sabahmengikut kegiatan ekonomi yang mereka jalani.Adat kebudayaan khususnya perkahwinan masyarakat Bugis-Makasar, sama denganbudaya perkahwinan masyarakat lain yang ada di Malaysia. Terdapat upacara-upacara dalampelaksanaan adat yang membezakan antara adat perkahwinan masyarakat Bugis denganmasyarakat lain di Sabaht. Namun, pada masa kini hampir keseluruhannya sudahmenyerupai perkahwinan orang Melayu dan orang Bugis juga telah ramai yang berkahwincampur dengan pelbagai suku kaum yang ada di negeri Sabah. Proses perkahwinan campur,1asimilasi budaya sedikit sebanyak turut menghilangkan perbezaan pelaksanaan adat yangdianggap berbeza. Sungguhpun demikian, bagi masyarakat Bugis yang masih mahumenekankan pelaksanaan adat dalam majlis perkahwinan, mereka tetap melaksanakannyabedasarkan konsep siri yang mereka pegang dan patuhi.Konsep SiriKonsep, siri dalam masyarakat Bugis berkait rapat dengan kehormatan dan nilai diri yangbegitu disanjung tinggi. Siri telah sebati dalam diri seseorang Bugis dan ia melambangkankeutuhan keperibadian yang mencakupi segala kewajipan sebagai seorang individu dalammasyarakat. Siri dijadikan landasan hidup masyarakat Bugis keseluruhannya, supayamartabat mereka tetap dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. Dalam memartabatkankonsep siri dalam masyarakat Bugis, ia bukan sahaja dapat diperhatikan melalui tatacarakehidupan mereka sehari-hari. Siri juga dapat dimanifestasikan melalui syair atauungkapan-ungkapan yang diucapkan dalam upacara adat atau dalam kehidupan sehari-hari.Selain menjadi satu bentuk kesusasteraan etnik Bugis, syair atau ungkapan-ungkapan seperti peribahasa dalam masyarakat Bugis-Makasar digunakan untuk meluahkanhasrat, hajat dan perasaan. Pada masa kini, syair disampaikan dalam upacara adat sepertiperkahwinan, majlis kesyukuran, atau dalam kehidupan sehari-hari misalnya semasaseorang ibu mendodoikan anak, mendidik dan memantapkan konsep siri dalam jiwagenerasi muda masa kini.Penggunaan Syair atau ungkapan dan penekanan terhadap Siri Dalam MasyarakatBugis-Makasar.Secara tradisionalnya, masyarakat Bugis-Makasar membimbing dan menatar anak terunaatau anak gadis mereka dengan ilmu dan bekalan dalam menjalani kehidupan di masahadapan. Masih terdapat keluarga Bugis-Makassar yang menuntun anak mereka (secaraintensif) berdasarkan latar belakang pekerjaan ibu bapa mereka. Sebagai contoh, sekiranyakedua-dua ibu bapa bergiat dalam perniagaan, anak-anak mereka digalakkan untukmengikuti jejak langkah atau meneruskan tradisi keluarga. Perkara ini berkaitrapat dengantradisi masyarakat Bugis semasa nenek moyang mereka masih di Sulwesi Indonesia lagi.Pada masa dahulu, ibu bapa yang cenderung dalam bidang yang berkaitan dengan lautan,akan melatih anak mereka untuk menguasai ilmu mengenai perahu, berdagang, dan2menjadi seorang nelayan. Anak-anak gadis pula didedahkan dengan kemahiran menenun,menjahit dan memasak. Mereka juga dilengkapkan dengan kemahiran mengurusrumahtangga. Pendedahan ini bertujuan untuk memudahkan teruna dan gadis dalamurusan rumahtangga, berdikari dan bertanggung jawab terhadap rumahtangga yang akandidirikan.Secara tradisi, jika seorang anak teruna dalam masyarakat Bugis-Makasar jatuh hatipada seorang gadis, seboleh-bolehnya dia berusaha untuk tidak meluahkan isi hatinyasecara langsung kepada gadis tersebut. Sikap malu ini dikaitkan dengan konsep siri yangdiistilahkan juga sebagai malu untuk mengungkapkan rahsia hati. Konsep Siri jugaberkaitan dengan maruah dan harga diri. Masyarakat Bugis-Makasar menghalang anggotamasyarakat daripada bersikap serakah atau mangowa. Sikap serakah atau berbuat perkaratanpa berfikir menurut budaya masyarakat Bugis, perlu dijauhi kerana sikap inimenunjukkan sikap tamak dan rakus yang akan membawa kerugian pada diri sendiri. Sikapini juga dianggap akan membuat keluarga malu atau digelar sebagai Mapakkasiri-siri. Anak-anak muda orang Bugis dijaga agar tidak sampai memalukan keluarga dengan membawalari anak dara orang atau menjadi anak dara yang dilarikan oleh lelaki. Sedikit masa dahulu,orang Bugis sanggup berbunuh atau mati akibat mahu menebus malu atau siri akibat anakatau adik perempuan mereka dilarikan lelaki lain.Perasaan masiri-siri atau malu wajar dipasakkan ke dalam diri anak muda demimenjaga maruah dan kehormatan keluarga kedua-dua belah pihak. Sikap ini menjadipegangan hidup masyarakat Bugis-Makasar kerana dikhuatiri berlaku peristiwa yangmemberi aib kepada keluarga seperti mengandung sebelum berkahwin.Kebiasannya, dalam masyarakat Bugis-Makasar di Sabah yang masih mengamalkanadat tradisi, apabila anak-anak telah dewasa, ibu bapa akan mengutarakan syair yangberbentuk sindiran atau kiasan untuk menyelami naluri atau hasrat anak terhadapperkahwinan.Syair yang biasa digunakan untuk menguji hati teruna adalah seperti berikut;magau ko la Bachooi mu ondro temabbawineilao mo ga waeoi leleanna rakka laei3Maksudnya;Apa yang kau perbuat bujang, (apa kau lakukan)Kenapa kau tinggal tidak beristeri,Pergila engkau,Mendapatkan apa yang kau hajatkan.Bagi anak gadis, syair yang digunakan untuk bertanya samada mereka telah mempunyaipasangan atau sudah sampai masa untuk berumahtangga, syair yang dilagukan adalahseperti berikut;magau ko la Beccheoi mu ondro temelllakkailo moga waeoi syerrekkhena lawida eiMaksudnya;Apa yang kau perbuat kau gadis (apa kau lakukan)Apa kau tinggal-tinggal tidak mahu kahwinJalan sahajala (Jangan terlalu memilih)Bagi anak terutama anak lelaki yang telah mempunyai pasangan yang dianggapsecocok dengan dirinya, dia akan menyatakan hasrat hati kepada ibu bapa. Secara tradisi,anak muda juga menggunakan syair untuk memaklumkan bahawa mereka telah mempunyaikekasih. Perkara ini dikaitkan lagi dengan konsep siri-siri atau malu sebagaimanamasyarakat Melayu yang ada di Semenanjung Malaysia atau masyarakat peribumi Sabah.Berterus terang tentang pilihan hati dianggap sebagai satu perbuatan yang kurang manis.Oleh hal yang demikian, masyarakat Bugis-Makasar menggunakan syair sebagai cara untukmengungkapkan persoalan tersebut. Bait syair pengganti bicara adalah seperti di bawah:indo rekkokeng sanga otaduana rekko telluna rekkomarajani unawanawaepekkeni simpolonnamappadadani aronaMaksudnya;Ibu, kering sudah sirih pinang kitaDua lembar, tiga lembarBesar sudah gadis yang kuidamkan4Tinggi sudah sanggulnyaBesar juga sudah dadanya (akil baligh)Luahan hati yang dipaparkan melalui syair adalah dianggap lebih bermakna dandifahami oleh ibu bapa. Anak meluahkan hasrat hati dengan menggunakan kiasan daunsirih mereka yang telah kering layu kerana tidak digunakan. Selain itu, gambaran tentanggadis yang dihajatkan itu juga digambarkan melalui perubahan pada perkembangan bentukfizikalnya. Sungguhpun ia dianggap sebagai kiasan, gambaran yang digunakan olehmasyarakat Bugis tersebut jelas dan tepat berkenaan sesuatu hajat yang ingin disampaikan.Jika ibu bapa telah mendengar anak lelaki mereka berkata demikian, mereka akanmemainkan peranan untuk melaksanakan hajat hati anak mereka. Sehubungan dengan itu,bermulalah rentetan proses perkahwinan masyarakat Bugis-Makasar secara adat atauBotting-ade.Sungguhpun demikian, pada masa kini, syair yang dalam erti kata sebenarnya tidaklagi diungkapkan oleh anak muda untuk menyatakan hasrat hati mereka kepada ibu danbapa. Generasi Bugis di negeri Sabah tidak lagi memahami atau arif dalam mengungkapkansyair apatah lagi menyatakan hasrat hati mereka untuk berkahwin dalam bentuk syair. Jikaada pun syair yang diutarakan berkenaan isu sedemikian, ia hanya diungkapkan oleh ibuataupun bapa yang masih menjadikan bahasa Bugis sebagai bahasa pertama mereka.Walaupun kebanyakan daripada generasi muda sudah tidak mahir berbahasa Bugis, merekamemahami ungkapan-ungkapan sebagai sindiran atau nasihat yang ditujukan kepadamereka.Rentetan Perkahwinan dan Penggunaan Syair Masyarakat Bugis-MakasarSebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, urusan perkahwinan masyarakat Bugis-Makasartidak banyak berbeza dengan adat dan budaya masyarakat lain. Namun pelaksanaan adattradisi ada kalanya menyukarkan generasi masa kini untuk mengikutinya.5Mapuce-puce (Merisik)Madduta Masuro (Meminang)Maduppa- Mappaisseng(Jemputan)Mappaaenre Balanca (Hantaran)Menre alena(Pihak lelakike upacara nikah)Agaukeng (Majlis Keramaian)Mapparola (Berkunjung ke rumah pihak suami)Urutan Perkahwinan Masyarakat Bugis-Makasar]Mapuce-puce (Merisik)Peringkat mapuce-puce merupakan kunjungan dari pihak lelaki kepada keluarga gadis untukmengetahui status gadis sama ada masih belum berpunya atau sudah dimiliki orang lain.Tanggunjawab untuk merisik disandangkan kepada orang-orang tua yang mempunyaikedudukan dalam masyarakat seperti Petta atau Daeng. Gelaran ini merupakan warisanturun temurun dan dihormati dalam masyarakat Bugis-Makasar sejak di Indonesia sehinggamereka bermastautin di negeri ini. Gelaran tersebut menunjukkan lambang keturunanbangsawan, walaupun sebenarnya darah bangsawan itu sudah terlalu cair. Setelah wakilpihak lelaki mengetahui status gadis tersebut, peringkat kedua yang perlu dilaksanakanialah peringkat Madutta MasurroMadduta Massuro (Meminang)Peringkat madduta massuro untuk membincangkan hantaran, penetapan tarikh hantaran danmasa majlis perkahwinan akan dilangsungkan. Kebiasannya balanca (belanja kahwin)dibebankan kepada pihak lelaki untuk membiayai sepenuhnya sesebuah majlisperkahwinan. Sementara sompa atau sundreng (wang mahar/mas kahwin) akan diikutimenurut kebiasaan dan darjat keluarga gadis bersesuaian dengan kedudukan keluarga6menurut susun lapis masyarakatnya. Sebagai tanda ketinggian budaya masyarakat Bugis-Makasar, syair yang penuh dengan penggunaan bahasa kiasan akan digunakan. Ungkapanpembukaan untuk peminangan kebiasaannya dimulakan seperti berikut;Enggka karo pole messibawa lao tuppui ana denetta akattaMadeceng, yanaritu maelokka medeppe-deppe maccinong ripassirim bolataMammuare bare taporenuka (tatarimaka.)Maksudnya;Ada di situ datang bersama mendaki anak tanggaDengan baik, yang itula kita mahu dekatkan, duduk di tepi rumah kitamau menjadi keluarga (diterima juga kah?)Maksudnya: Kedatangan kami bersama rombongan datang ke rumah tuan membawa hajat besar untuk anak kami. Kami memohon kepada tuan dan keluarga supaya anak kami dapat diberi menumpang kasih walaupun sekadar di serambi rumah. Mudah-mudahan hajat kami dapat diperkenankan.Melalui ungkapan tersebut, pihak lelaki dengan merendah diri menyatakan hasratkedatangan mereka untuk menumpang kasih. Mereka secara berkias mengandaikan tujuanutama untuk mengeratkan silaturrahim. Istilah itu juga dikaitkan denagn duduk di tepirumah (serambi) yang menggambarkan kiasan bermadah pihak lelaki tentang penerimaanpihak perempuan. Setelah ungkapan tersebut dibaca, perbincangan akan bermula danberakhir apabila kata sepakat berkenaan tarikh dan waktu berlangsung perkahwinandicapai.Maddupa atau Mappaisseng (Jemputan)Jemputan (Maddupa atau mappaisseng) akan dilakukan jika tarikh dan waktu perkahwinantelah ditetapkan. Seiring dengan itu, semua kaum kerabat dan jiran tetangga akandimaklumkan mengenai tarikh dan waktu berlangsungnya majlis perkahwinan (jemputan).Jemputan dibuat secara undangan mulut atau menggunakan kad. Bagi keluarga terdekat,jemputan ini mempunyai erti yang simbolik kerana ia menggunakan dua orang wanita yangdatang menjemput dengan membawa satu bungkusan yang mengandungi pinggan kecil danrokok.Mappaenre Balanca (Hantaran)7Pada peringkat mappaenre balanca, hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak gadis akandiiringi oleh rombongan yang terdiri daripada teruna dan dara. Kedatangan merekabersama dengan wang belanja perkahwinan dan segala macam jenis buah-buahan, kuih-muih, dan kelengkapan diri untuk gadis yang dipinang. Pihak gadis akan menerimarombongan dengan menjamu mereka dengan makan palopo, iaitu pulut dengan air sirah(gula merah yang dicampur santan).Pihak gadis bagi masyarakat Bugis-Makasar sebenarnya tidak wajib membalashantaran daripada pihak lelaki tetapi peredaran masa telah mengubah proses ini. Pada masakini, disebabkan penyerapan budaya setempat yang memperlihatkan wujudnya amalanberbalas-balas hantaran maka masyarakat Bugis di Sabah juga akhirnya mengikuti amalantersebut.Majlis mappaenre balanca diisi dengan syair untuk memeriahkan suasana. Di sinilahpenggunaan syair dilihat agak meriah kerana dihadiri oleh orang yang arif tentang syairberbahasa Bugis. Syair akan dilafazkan secara berbalas balas antara pihak lelaki denganpihak perempuan untuk memeriahkan majlis. Berikut adalah contoh syair yang dinyatakanoleh pihak lelaki dan pihak perempuan; dega pasa ri lipumubalanca ri kampommu mulinco mabela?Maksudnya :Tak adakah pasar di tempatmuBelanja di kampungmuKau datang jauh?Maksudnya:Tidak adakah pasar di tempatmuTempat berbelanja di kampungmuSehingga engkau datang jauh begini?Pihak yang satu pula akan menjawab dengan syair berikut:engka pasa ri lipukubalanca rikampokku nyawami kusappaMaksudnya :8Ada pasar di tempatkuTempat berbelanja di kampungkuHanya jiwa yang kucari.Syair tersebut mempunyai maksud tersirat yang menggambarkan bagaimana pihakperempuan seolah-olah bertanya secara berlapik atau berkias tentang rasa terharunyamereka dikunjungi oleh rombongan lelaki yang sanggup datang untuk membawa sejumlahwang hantaran. Pihak lelaki pula tidak menjawab dengan langsung malah menjawab denganmerendah diri bahawa keinginan mereka untuk bermenantukan perempuan tersebut adalahkerana budi bahasa yang dimilik oleh pihak perempuan, berbanding hal-hal yang lain. Syairini dungkapkan dengan andaian seolah-olah pihak lelaki dan wanita masih lagi bertanya-tanya tentang status masing-masing sedangkan syair ini diluahkan semasa prosesmenghantar duit belanja dan bukannya masih meminang. Ia menggambarkan perasaanmalu masih tebal dihayati oleh kedua-dua belah pihak.Selain daripada syair di atas, syair berikut merupakan syair yang biasa digunakan dalammajlis mappaenre balanca adalah seperti berikut:I) enreki mai ribola tejali te perre banna mase-maseMaksudnya:Naikla di rumahTidak ada tikar (serba kekurangan)Kasihan susah (sungguh kasihan)2) dua toto tellu toto iasiribu toto manrasa-rasaeMaksudnya:Dua nasib tiga nasib (pelbagai dugaan)Beribu-ribu nasib (pelbagai rintangan)Derita sungguh kurasakan (puasku menanggung derita)3) Idi pale matunae maddoe padang-padang tenriang melleri9Maksudnya:Kamu rupanya orangnyamelekat seperti rumput semaluTidak dihiraukanSyair tersebut menyatakan bahwa sungguhpun pelbagai halangan yang datang, merekamampu mengharungi cabaran tersebut demi memperjuangkan nasib pasangan pengantinyang bakal diijabkabulkan. Sikap malu atau siri masih tebal dalam pemahaman kedua belahpihak dan masih berkias dengan syair yang menyatakan perasaan mereka yang diibaratkanorang miskin, orang susah, orang yang sering menghadapi cabaran dan dugaan. Selain itu,kedua-dua pihak mengaku susah dan sanggup hidup susah dan serba kekurangan bersama.Syair tadi dibalas pula oleh wakil pihak lelaki :1)mau luttu malumppaja uki sipuntanra-E silongan muiMaksudnya :Mahu terbang menelentangTulis tandanyaBertemu juga akhirnyaMaksudnya:Walau apapun rintanganJodoh telah tertulisia takkan ke mana.2) Ininnawa sabarakki lolongan deceng tau sabbaraeMaksudnya :Menahan sabarla kita (Orang yang Sabar)Akan dapat kebaikan (mendapat kebaikan)Orang yang sabar ni (Berkat kesabarannya)Syair tersebut menunkukkan kata-kata perangsang yang diberikan oleh pihak lelaki kepadaperempuan bahawa orang yang sabar pasti akan mendapat balasan yang setimpal.Syair yang ditunjukkan tersebut memberi pengertian tentang kedua-dua belah pihakyang saling merendah diri tentang kedudukan masing-masing. Mereka tidak menggunakanperkataan atau ayat berterus terang bagi menyampaikan hasrat hati dengan niat yang tulusikhlas. Penggunaan bahasa yang penuh dengan kiasan dalam syair hanya difahami dan10dikuasai oleh golongan tua masyarakat Bugis-Makasar. Golongan muda hanya bertindaksebagai pendengar setia. Generasi muda masyarakat Bugis-Makasar yang telah mengikutisistem pendidikan di Malaysia juga lebih terdedah kepada adat budaya masyarakat setempatdan sudah tidak memahami apa yang terkandung dalam syair yang disampaikan oleh orangtua-tua tersebut.Menre alena (Pengantin Lelaki ke Upacara Nikah)Pada peringkat menre alena, pengantin lelaki akan diarak secara besar-besaran denganpenuh adat ke rumah pengantin perempuan. Perarakan ini akan membawa bersama sompaatau sundreng. Pembawa sompa atau sundreng hendaklah daripada kalangan orang-orangyang mempunyai kedudukan tanpa mengira usia.Upacara akad nikah akan dilangsungkan sebaik sahaja pengantin lelaki tiba dirumah pengantin perempuan. Sebelum bakal pengantin lelaki meninggalkan rumah, ibubapa memberikan pesanan dalam bentuk syair yang mengandungi kata-kata nasihat sebagaibekalan untuk anak yang disayangi. Syair tersebut seperti berikut:akkelu peppeko lao muabulu rompe lisu mulolongeng bua-bua jali anre-anre teppajinnaMaksudnya:Botak gondol ketika pergi (pergi tidak memiliki apa-apa)Ada bulu ketika pulang (balik memiliki sesuatu)Mudah-mudahan dapat sesuatu yang dihajatkanMakanla hingga tidak bosan (Dapat anak/rezeki yang tidak membosankan)Syair ini juga ada kalanya dibacakan ketika pengantin ingin naik ke rumahpengantin perempuan. Ayah atau ibu pengantin lelaki bermaksud bahawa pengantin hadirke rumah pengantin perempuan dengan tidak memiliki apa-apa dan harap dapatmemperolehi apa yang dihajatkan, seperti anak yang menghiburkan hati dan hidup amandamai.Agaukeng (Majlis Keramaian)Pada peringkat agaukeng, upacara keramaian biasanya berlangsung di rumah pihakperempuan. Namun terdapat juga pihak pengantin lelaki yang melaksanakan upacaraagaukeng setelah upacara di rumah pihak perempuan selesai. Upacara keramaian boleh juga11digabungkan dalam satu majlis keramaian pada satu waktu dan tempat Dalam upacara ini,hadirin yang terdiri daripada keluarga dan sahabat handai akan menyampaikan hadiahperkahwinan atau soloreng. Pelbagai rentetan acara akan disaksikan pada peringkat ini. Aturcara adalah seperti berikut;i.ii.iii.iv.Mappacci ( Berinai )Mappanre Temme ( Khatam al-Quran )Silukka ( Membatalka Wudhu )Tudang Botting ( Bersanding )Hiburan untuk hadirin;i.ii.iii.iv.Maggambusu - mendengar orang main alat muzik gambus sambil menyanyilagu bugis.Makkacapi - mendengar orang menyanyi sambil main kecapi.Mamenca - bersilat.Maddomeng - main domino.Mapparola (Berkunjung ke Rumah Pengantin Lelaki)Upacara Mapparola melengkapkan pelaksanaan adat perkahwinan masyarakat Bugis-Makasar. Adat ini adalah kunjungan pengantin ke rumah ibu bapa pihak lelaki. Merekaakan menginap beberapa hari di rumah ibu bapa suami. Semasa kunjungan, pihak isteriakan membawa hadiah untuk semua anggota keluarga suaminya yang merupakan hadiahdaripada pihak keluarga isteri. Hadiah ini berbentuk kain sarung atau pakaian.Setelah tinggal selama tiga hari menurut kebiasannya, pasangan suami isteri akankembali ke rumah keluarga isteri. Sebelum meninggalkan rumah mertua, isteri akandihadiahkan barang kemas atau warisan pusaka keluarga oleh pihak keluarga suami.Setelah semua selesai, pengantin akan memulakan hidup baru secara berdikari yang dikenalisebagai nalaoanni alena. Suami isteri akan mencorak kehidupan mereka pada masa akandatang menurut acuan mereka berdasarkan ilmu pengetahuan yang telah dibekalkan olehibu bapa.12Masyarakat Bugis-Makasar kaya dengan adat dan budaya yang tersendiri.Masyarakat ini amat mementingkan penggunaan bahasa yang penuh dengan kiasan, berintikesopanan untuk memelihara dan menjaga adat serta budaya itu sendiri. Penggunaan syairdalam budaya masyarakat Bugis-Makasar paling ketara dalam upacara perkahwinan. Syairyang digunakan itu bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, tetapi ia turut melambangkanbudaya dan adat yang menjadi pedoman hidup masyarakat itu sendiri.Penggunaan syair juga memperlihatkan betapa masyarakat Bugis-Makasar sangatpatuh dan hormat kepada orang tua mereka. Penghormatan terhadap orang tua harusdiamal dan diteruskan untuk menunjukkan betapa seseorang itu mendapat didikan yangpenuh kesopanan dengan nilai-nilai budaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat Bugis-Makasar.Namun begitu, penggunaan syair semakin tidak difahami malah tidak diamalkanoleh masyarakat Bugis Sabah secara keseluruhannya. Transisi penghijrahan merekamemisahkan masyarakat daripada adat dan amalan yang sebelum ini diamalkan oleh orangtua. Selain itu, sub etnik Bugis yang bertebaran di Sabah dan memiliki cara yang turutberbeza akhirnya melenyapkan sedikit sebanyak amalan yang dianggap hanya diamalkanoleh sebilangan kecil sub etnik. Penyerapan budaya setempat, sistem pendidikan yangditerima oleh generasi muda serta cubaan untuk menjadikan diri mereka diterima olehmasyarakat setempat menjadi faktor kuat yang menyebabkan masyarakat Bugis-Makasarmeninggalkan sedikit demi sedikit tradisi bersyair tersebut. Kesannya, sukar untuk kitamelihat adat perkahwinan Bugis-Makasar yang betul-betul menurut adat pada masa kini,kecuali perkahwinan yangdilangsungkan di kampung-kampung yangmanoritipenduduknya orang Bugis yang belum terdedah dengan dunia luar.Demikian halnya dengan pelaksanaan adat perkahwinan masyarakat Bugis itusendiri. Sungguhpun mereka masih mengikuti segala langkah-langkah sebagaimana yangtelah dibincangkan, ia telah diubah mengikut keperluan semasa dan bercampur baurdengan adat setempat. Oleh hal yang demikian, amalan perkahwinan masyarakat Bugis-Makasar sudah hampir menyerupai adat perkahwinan Melayu setempat. Contohnya,amalan berbalas-balas hantaran adalah amalan masyarakat setempat yang sudah diturutioleh masyarakat Bugis-Makasar. Demikian juga dengan pakaian pengantin yang sudahhampir keseluruhannya tidak lagi mahu dipakai oleh generasi muda Bugis. Pakaian13pengantin yang menggunakan baju bodo dengan solekan tradisi hanya digunapakai dalamperkahwinan yang dilangsungkan di ladang-ladang yang diduduki oleh majoriti orang Bugisdan belum terpengaruh dengan masyarakat setempat.KESIMPULANMasyarakat Bugis-Makasar adalah etnik yang telah lama mendiami negeri Sabah. Merekaadalah suku kaum yang kaya dengan adat dan budaya yang tersendiri. Namun sebagaiperantau yang memiliki siri yang tebal, mahu bangsa mereka diterima oleh masyarakattempatan, mereka rela melenyapkan sedikit demi sedikit adat tradisi dan milik merekauntuk menjadikan diri mereka dapat diterima oleh masyarakat tempatan. Oleh hal yangdemikian, penggunaan syair ataupun pengekalan adat tradisi dalam perkahwinanmasyarakat Bugis sudah mula ditinggalkan lebih-lebih lagi bagi generasi muda Bugis-Makasar di Sabah.BIBLIOGRAFIAmran Kasimin, 1989. Istiadat Perkahwinan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Andi Moein Mg., 1988. Menggali Nilai-nilai Budaya Bugis Makasar dan Sirik Na Pagge. Jakarta: Yayasan Mapress.Goodlet, Ken. 2010 Tawau: The Making of A Tropical Community. Kota Kinabalu: Opus Publication.H. A. Mattulda, 1985. Latoa. Yogjakarta: Gadjah Mada University Press.__________. Sejarah Perkembangan Masyarakat dan Kebudayaan Dalam Pembangunan Sulawesi Selatan. Sulawesi Selatan: A. Mappasissi Peta Awang.Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Syed Alwi Sheikh al-Hadi, 1986. Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.14Temuramah:Mohd. Arifin Mangkona @ Daeng Manessa, Kg. Kongsi 10 Tawau, Sabah pada 26 Julai 2001 (Koleksi dan dendangan syair daripada tokoh ini).Tuan Haji Marzuki Tahir, Kg. Muhibbah Raya Tawau, pada 28 Julai 2001.Puan Hajjah Rappe, Taman Ria 6 Tawau, Sabah pada 27 Julai 2001.15