Implikasi Pendatang Asing kepada Negara

2
Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya. Oleh itu,kemasukan pekerja asing ini dilihat sebagai satu langkah efisien bagi semua pihak khususnya pihak kerajaan. Kesan positif kehadiran pekerja asing ini ialah menjadikan pencarian pekerjaan dgn pekerja tempatan satu saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing. Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara akan dilihat sebagai contoh negara yang maju dalam ekonominya. Negara akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita negara. Namun begitu,wujud juga kesan negatif kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia iaitu berlakunya kejadian jenayah yang melibatkan kaum pendatang ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan pendatang asing melarikan diri ke Malaysia sebagai tempat pelindungan setelah melakukan jenayah. Apabila golongan ini berada di Malaysia, mereka turut melakukan perkara yang sama contohnya yang kerap kita dengar ialah kes-kes rompakan, pembunuhan, pengedaran dadah dan rogol yang sering berlaku. Mereka ini juga mendatangkan masalah di taman perumahan terutama perumahan mewah yang sering menjadi sasaran dimasuki pencuri. Taman perumahan yang kerap dimasuki pencuri ini menimbulkan ketakutan kepada penduduk perumahan tersebut kerana merasakan bahaya yang dilakukan oleh pendatang asing semata-mata untuk mendapatkan wang. Pendek kata, kesab sosial pendatang asing yang merupakan penjenayah membawa keburukan kepada negara. Selain itu,isu penyebaran penyakit berbahaya juga merupakan kesan kedatangan pendatang asing tanpa izin ke negara kita. Hal ini kerana, pendatang asing tanpa izin memasuki negara ini tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Keadaan ini menjadikan penyakit-penyakit yang terdapat pada diri mereka sukar

Transcript of Implikasi Pendatang Asing kepada Negara

Page 1: Implikasi Pendatang Asing kepada Negara

Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya. Oleh itu,kemasukan pekerja asing ini dilihat sebagai satu langkahefisien bagi semua pihak khususnya pihak kerajaan. Kesan positif kehadiran pekerja asing ini ialah menjadikan pencarian pekerjaan dgn pekerja tempatan satu saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing. Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara akan dilihat sebagai contoh negara yang maju dalam ekonominya. Negara akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita negara.

Namun begitu,wujud juga kesan negatif kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia iaitu berlakunya kejadian jenayah yang melibatkan kaum pendatang ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan pendatang asing melarikan diri ke Malaysia sebagai tempat pelindungan setelah melakukan jenayah. Apabila golongan ini berada di Malaysia, mereka turut melakukan perkara yang sama contohnya yang kerap kita dengar ialah kes-kes rompakan, pembunuhan, pengedaran dadah dan rogol yang sering berlaku. Mereka ini juga mendatangkan masalah di taman perumahan terutama perumahan mewah yang sering menjadi sasaran dimasuki pencuri. Taman perumahan yang kerap dimasuki pencuri ini menimbulkan ketakutan kepada penduduk perumahan tersebut kerana merasakan bahaya yang dilakukan oleh pendatang asing semata-mata untuk mendapatkan wang. Pendek kata, kesab sosial pendatang asing yang merupakan penjenayah membawa keburukan kepada negara.

Selain itu,isu penyebaran penyakit berbahaya juga merupakan kesan kedatangan pendatang asing tanpa izin ke negara kita. Hal ini kerana, pendatang asing tanpa izin memasuki negara ini tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Keadaan ini menjadikan penyakit-penyakit yang terdapat pada diri mereka sukar dikesan. Terdapat di antara mereka yang menghidap AIDS, batuk kering, penyakit kelamin dan lain-lain. Manakala rakyat kita yang bergaul bebas dengan pendatang tanpa izin ini menjadi mangsa penyebaran penyakit berjangkit ini. Keadaan ini bukan sahaja terhadap seseorang individu sahaja malah merebak ke dalam ahli keluarga mangsa, seterusnya ke dalam golongan masyarakat. Akhirnya , masyarakat negara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat. Jelaslah di sini bahawa, penyakit-penyakit berbahaya akan merebak dengan meluas akibat kedatangan pendatang asing.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin ini turut membawa masalah petempatan di negara kita. Hal ini demikian kerana, kedatangan mereka yang mempunyai bilangan yang banyak menyebabkan mereka mendirikan kawasan perumahan secara haram. Kawasan perumahan secara haram ini bukan sahaja menimbulkan banyak masalah malah menyukarkan pihak kerajaan negara. Tambahan pula, mereka juga membuka kawasan hutan sebagai kawasan tempat tinggal mereka. Keadaan ini menjadikan mereka sebagai pesalah kerana menceroboh kawasan menjadi hak negara. Pembukaan kawasan perumahan ini menimbulkan masalah setinggan yang tidak teratur dan kurang kemudahan asas seperti air dan elektrik. Hal ini menunjukkan imej buruk kepada negara lain kerana masalah pencemaran alam sekitar juga akan berlaku. Natijahnya di sini, kemasukan pendatang asing mendatang masalah perumahan kepada negara kita.

Di samping itu, hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Hal ini kerana pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Situasi ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Tambahan pula, banyak antara mereka juga melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pernah pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat kita juga semakin sempit. Hal ini turut menunjukkan ketidakadilan kepada rakyat kita.Jelaslah di sini bahawa, kemasukan pendatang asing tanpa izin ini sedikit sebanyak member kesan positif dan negative kepada negara kita.