Indeks Harga Pengguna Malaysia Mei 2018
Transcript of Indeks Harga Pengguna Malaysia Mei 2018
EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Rabu, 20 Jun 2018
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
SIARAN AKHBAR
INDEKS HARGA PENGGUNA MALAYSIA MEI 2018
RINGKASAN PENEMUAN
Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Mei 2018 meningkat 1.8 peratus kepada 121.1 berbanding 119.0 pada bulan yang sama tahun lepas. Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan adalah indeks Pengangkutan (+3.8 peratus), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+2.2 peratus), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.1 peratus), Restoran & Hotel (+2.1 peratus), Kesihatan (+1.9 peratus) dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (+1.5 peratus). (Carta 1)
Perbandingan bulan ke bulan, IHP meningkat 0.2 peratus berbanding bulan April 2018. IHP bagi tempoh Januari-Mei 2018 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Carta 1: Indeks Harga Pengguna (2010=100): Perubahan Peratus mengikut Kumpulan Utama, Malaysia, Mei 2018/Mei 2017
Indeks Subkumpulan Makanan dan Minuman bukan Alkohol
Secara keseluruhannya, indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol yang menyumbang 29.5 peratus kepada wajaran IHP, meningkat 2.2 peratus pada Mei 2018. Kenaikan ini didorong oleh indeks subkumpulan makanan Ikan & Makanan Laut (+3.2 peratus), Buah-buahan (+1.9 peratus), Beras, Roti & Bijirin Lain (+1.6 peratus), Gula, Jem, Madu, Coklat & Manisan (+1.2 peratus) dan Daging (+1.0 peratus). Sebaliknya, indeks bagi subkumpulan Sayur-sayuran turun 3.0 peratus pada Mei 2018 berbanding Mei 2017. Penurunan ini adalah disebabkan oleh indeks barangan yang menunjukkan penurunan di kebanyakan negeri seperti Tomato (-12.9 peratus), Terung (-9.1 peratus), Kobis Bulat (-2.4 peratus) dan Sawi (-2.0 peratus). Sementara itu, indeks Makanan di Luar Rumah meningkat 3.7 peratus pada Mei 2018.
Jadual 1: Indeks Harga Pengguna (2010=100): Perubahan Peratus Tahunan Subkumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol, Malaysia, Mei 2018/Mei 2017
Indeks Negeri
Secara keseluruhan, tiga negeri melepasi paras IHP nasional 1.8 peratus yang dicatatkan pada Mei 2018 berbanding Mei 2017 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+2.2 peratus), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (+2.1 peratus) dan Johor (+2.0 peratus).
Sementara itu, kenaikan indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol yang lebih tinggi dicatatkan di kebanyakan negeri di Malaysia. Empat negeri mencatatkan kenaikan yang lebih tinggi bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol melebihi paras indeks nasional (+2.2 peratus) bagi Mei 2018 berbanding bulan yang sama tahun 2017. Indeks bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol naik 4.5 peratus di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2.4 peratus di Pulau Pinang dan 2.3 peratus di Johor dan Sarawak. (Carta 2).
Carta 2: Indeks Harga Pengguna (2010=100): Perubahan Peratus Tahunan bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol mengikut Negeri, Mei 2018/Mei 2017
Inflasi Teras
Inflasi teras naik 1.5 peratus pada Mei 2018 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada peningkatan kadar inflasi teras adalah kenaikan harga bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+2.7 peratus), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.5 peratus), Restoran & Hotel (+2.1 peratus), Kesihatan (+1.9 peratus) dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (+1.5 peratus). Inflasi teras, yang mana tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal mencatatkan perubahan dalam julat antara 1.5 peratus hingga 2.2 peratus dalam tempoh Januari hingga Mei 2018 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. (Jadual 2)
Jadual 2: Indeks Harga Pengguna (2010=100): Perubahan Peratus Indeks Keseluruhan, Indeks Pelarasan Musim dan Indeks Teras mengikut Kumpulan Utama, Malaysia, Mei 2018/Mei 2017
Lampiran 1: Harga Purata Item Terpilih di Malaysia, Mei 2018 (RM)
Dikeluarkan Oleh:
DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDINKETUA PERANGKAWAN MALAYSIAJABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
DrUzir_Mahidin Dr_Uzir
20 Jun 2018