Intensif Bm

19
JUL 401 BAHASA MALAYSIA Yahya Che Lah 04-6534569 PPJJ bilik 157 [email protected] 1

description

KHURSUS

Transcript of Intensif Bm

Page 1: Intensif Bm

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

Yahya Che Lah 04-6534569PPJJ bilik 157

[email protected]

1

Page 2: Intensif Bm

JUL 401 Bahasa MalaysiaAspek kesalahaan bahasa yang akan dibincangkan:

i. Ejaan

ii. Kata dan frasa

- Kata nama

- Kata kerja

- Kata adjektif

- Kata sendi nama

iii. Rumus bahasa

iv. Analisis bahasa

v. Kesalahan-kesalahan umum bahasa

2

Page 3: Intensif Bm

3

KESALAHAN EJAANPilih jawapan yang betul

1. Ejaan baku yang diterima pakai bagi gugusan kata berikut adalah betul KECUALI 

i. awet, gembleng, tulin

ii. stor, auditorium, dailog

iii. sekali gus, seringkali, acap kali

iv. walaupun, walau bagaimanapun, kami pun

A. i dan ii

B. i dan iv

C. i, ii dan iii

D. i, ii dan iv

2. Ejaan baku yang diterima pakai bagi gugusan kata berikut adalah salah KECUALI 

v. mengubahsuaikan, menyenaraihitamkan, mengagumkan

vi. usik-mengusik, bantu-membantu, sayang-menyayangi

vii. remeh-temeh, kasih-sayang, pantang-larang

viii. mengambil alih, mengenal pasti, memikul tugas

A. i dan ii

B. ii dan iii

C. ii dan iv

D. i, ii dan iv

Page 4: Intensif Bm

4

KATA NAMA3. Semua ayat berikut betul KECUALI 

i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.

ii. Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.

iii. Tuan-tuan dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.

iv. Dengan hormatnya diimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok..

A. i

B. i dan ii

C. i, ii dan iii

D. i, ii, iii dan iv

4. Penggunaan kata pemeri dalam ayat berikut adalah betul. 

i. Ayahnya adalah seorang bekas polis.

ii. Latihan itu adalah terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.

iii. Perempuan tua yang bertudung putih itu ialah ibu saya.

iv. Sumbangan itu ialah daripada pelajar-pelajar, guru-guru danpara pekerja sekolah ini.

E. i dan ii

F. i dan iii

C. ii dan iii

D. i, iii dan iv

Page 5: Intensif Bm

5

KATA KERJA5. Penggunaan kata kerja transitif dalam ayat berikut betul KECUALI 

i. Hal ini jelas mencermini dengan ciri-ciri keinsanan manusia yang dikikis sebagai kesan globalisasi.

ii. Hal ini menyebabkan kita memusuhi antara kita.

iii. Apabila kita memperkatakan peperangan terlintas dalam fikiran kita gambaran yang mengerikan dan memilukan.

iv. Memandangkan perubatan tradisional mempunyai banyak kelebihan, rakyat Malaysia perlu menyedari kelebihan perubatan tradisional ini.

A. i dan ii

B. i dan iii

C. i, ii dan iii

D. ii, iii dan iv

6. Semua ayat berikut salah KECUALI 

i. Dia menghadapi banyak masalah.

ii. Kakak menarik dengan kuat tangan adik.

iii. Kamil menendang bola itu dengan deras.

iv. Dia menceritakan pengalamannya di luar negara.

E. i dan ii

F. i dan iii

C. ii dan iv

D. iii dan iv

Page 6: Intensif Bm

6

AKHIRAN ‘kan dan ‘i’7. Makna yang didukung oleh ‘kan’ dan ‘i’ dalam ayat di bawah tidak sesuai KECUALI 

i. Wajahnya sudah menandai bahawa dia tidak gembira.

ii. Cikgu Hamimah mengamanahi Shimah tugas bendahari Persatuan Sains dan Matematik.

iii. Dato’Hamdari mengamanahkan syarikat beliau kepada anak sulungnya.

iv. Awak perlu memaklumkan kepada semua pelajar maklumat itu.

A. i dan ii

B. i dan iii

C. i, ii dan iii

D. ii, iii dan iv

8. Makna yang didukung oleh ‘kan’ dan ‘i’ dalam ayat di bawah tidak sesuai KECUALI 

i. Bolehkah anda mempengerusi mesyuarat hari ini ?

ii. Encik Ahmad akan mempengerusikan mesyuarat agung persatuan tahun ini.

iii. Usahlah tanyai diri anda siapa setiap hari.

iv. Mamat berhenti di stesen minyak untuk menanyakan arah perjalanan.

•  A. i dan ii

B. i dan iii

C. ii dan iv

D. i, iii dan iv

Page 7: Intensif Bm

7

KATA KERJA TRANSITIF9. Pengguaan kata kerja transitif dalam ayat berikut betul . 

i. Ibu menidurkan adik di dalam kamar.

ii. Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.

iii. Saya tidak mahu perkara ini membebani jumlah kerja yang sedia ada.

iv. Tuan Hakim menjatuhkan  hukuman mati mandatori pengedar dadah itu.

A. i

B. i dan ii

C. i, dan iii

D. i, ii, iii dan iv

10. Pengguaan kata kerja transitif dalam ayat berikut betul KECUALI.

i. Sebelum menugasi kajian itu, organisasi itu telah menyediakan peruntukan yang besar.

ii. Dekan menugasi lima orang pensyarah kerja-kerja menyiapkan projek tersebut..

iii.  Ishak menghadiahkan isterinya sebentuk cincin berlian.

iv. Guru tingkatan menghadiahkan sebuah kamus kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

A. i, ii dan iii

B. ii, iii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. i, ii dan iv

Page 8: Intensif Bm

8

KATA KERJA TAK TRANSITIF11. Ayat di bawah betul KECUALI 

i. Kata-katanya tadi tidak berdasarkan kepada fikiran yang waras.

ii. Manusia akan terus leka dalam keseronokan kerana bertuhankan kepada nafsu.

iii. Aktiviti yang dijalankan ini berlandas pada permuafakatan penduduk.

iv. Dia akan ke Jepun bulan depan masih tetapi dia masih belum tahu tarikhnya.

A. i dan ii

B. i dan iii

C. i, ii dan iv

D. ii, iii dan iv

12. Ayat di bawah salah KECUALI 

i. Dengan berbekalkan pada semangat yang waja, mereka terus merempuh badai yang mengganas itu.

ii. Dia masih teringat akan peristiwa sedih itu.

iii. Pekerja yang baik sentiasa berpandu pada etika .

iv. Guru itu mengajar bersumberkan teks yag asal.

A. i dan ii

B. i dan iii

C. ii dan iv

D. ii, iii dan iv

Page 9: Intensif Bm

9

KATA ADJEKTIF

13. Ayat di bawah betul KECUALI 

i. Universiti tersebut cuba memperketat syarat kemasukan pelajar universiti pada tahun ini.

ii. Siapakah yang mendapat markah yang tertinggi sekali?

iii. Satu lagi program terhebat yang dilancarkan ialah program kesedaran terhadap masalah pembuangan sampah.

iv. Dalam kehidupan manusia, sistem telekomunikasi seperti televisyen, radio dan telefon ialah keperluan yang amat penting sekali.

A. i dan ii

B. i dan iii

C. ii dan iv

D. ii, iii dan iv

14. Ayat di bawah salah KECUALI 

i. Walau bagaimanapun kesalahan yang dilakukan pertama kali tidak perlu didenda.

ii. Guru-guru dipanggil berkursus untuk mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

iii. Kementerian Pendidikan telah memperluas skop mata pelajaran kini agar pelajar dapat menyerap lebih banyak ilmu pengetahuan berbanding dulu.

iv. Kentucky, Mc Donalds, Pizza dan makanan-makanan lain seperti ini langsung tidak memberikan zat yang seimbang.

E. i dan ii

F. ii dan iii

C. ii dan iv

D. ii, iii dan iv

Page 10: Intensif Bm

10

RUMUS BAHASA15. Ayat-ayat berikut betul KECUALI

i. Antara pengaruh utama di peringkat global ini adalah proses globalisasi, iaitu suatu proses yang mewujudkan perkaitan ekonomi, politik dan kebudayaan yang berbeza daripada proses pengantarabangsaan.

ii. Pihak kerajaan juga tidak terlepas daripada tanggungjawab memberiklan sokongan untuk merealisasikan hasrat ini.

iii. Dalam perbincangan tersebut, semua ahli menerima cadangan yang dikemukakannya.

iv. Alasan yang dikemukakan oleh beliau berdasarkan kepada teori tersebut.

A. i

B. i dan ii

C. i dan iv

D. iii dan iv

16. Ayat-ayat berikut salah KECUALI

i. Oleh sebab itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca keruntuhan akhlak remaja. 

ii. Hal ini berlaku sebagai akibat pengaruh media massa yang tidak terkawal.

iii. Di institusi pengajian tinggi, berbagai-bagai aktiviti dijalankan untuk memenuhi masa pelajar di waktu lapang.

iv. Setiap rakyat di negara ini mempunyai televisyen di rumah dan membaca akhbar pada setiap hari.

A. i dan iv

B. i dan iii

C. ii, iii dan iv

D. i, ii dan iv

Page 11: Intensif Bm

11

17. Pilih jawapan yang betul sahaja.i. ...cuba mempertingkatkan ketrampilan bahasa… ii. ...cuba meningkatkan ketrampilan bahasa…iii. ...memberi ganjaran kepada guru tersebut…iv. ...memberikan ganjaran kepada guru tersebut…A. i sahajaB. i dan iiiC. i dan ivD. ii dan iv

18. Pilih jawapan yang betul sahaja.v. ...menitikberatkan kepada bidang sastera…vi. ...menitikberatkan bidang sastera…vii. ...membebankan saya…viii. ...membebani saya…A. i sahajaB. ii dan iiiC. ii dan ivD. i, ii dan iii

Pelbagai KESALAHAN KATA & FRASA

Page 12: Intensif Bm

12

19. Antara langkah-langkah yang dapat dilakukan ialah dengan menganjurkan kempen tentang penjagaan kesihatan diri dan memberi pendidikan tentang amalan bersih di peringkat awal, iaitu sejak dari sekolah rendah lagi.

Antara langkah-langkah yang dapat dilakukan ialah dengan menganjurkan kempen tentang penjagaan kesihatan diri dan memberi pendidikan tentang amalan bersih di peringkat awal, iaitu sejak dari sekolah rendah lagi.

Antara langkah yang dapat dilakukan ialah # menganjurkan kempen tentang penjagaan kesihatan diri dan memberikan pendidikan tentang amalan kebersihan pada peringkat awal, iaitu # dari sekolah rendah lagi.

ANALISIS AYAT

Page 13: Intensif Bm

13

20. Ini menunjukkan pengetahuan agama yang cetek dan amalan agama dilakukan secara ikut-ikut tidak dapat mengelak diri dari melakukan perkara yang buruk di kalangan remaja.

# Ini menunjukkan # pengetahuan agama yang cetek dan amalan agama # dilakukan secara ikut-ikut tidak dapat mengelak diri dari melakukan perkara yang buruk di kalangan remaja.

a) Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan agama yang cetek dan amalan agama yang dilakukan secara ikut-ikut tidak dapat membentengi diri daripada melakukan perkara yang buruk dalam kalangan remaja.

b) Hal ini menunjukkan bahawa remaja yang memiliki pengetahuan agama yang cetek dan melakukan amalan agama secara ikut-ikut tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang buruk.

ANALISIS AYAT

Page 14: Intensif Bm

21. Teknologi komunikasi di abad ke 21 kini adalah sangat berbeza sekali berbanding dengan di tahun 1970 an dan 1980 an.

Teknologi komunikasi di abad ke 21 kini adalah sangat berbeza sekali berbanding dengan # di tahun 1970 an dan 1980 an.

Teknologi komunikasi pada abad ke-21 kini adalah sangat berbeza # berbanding # teknologi komunikasi pada tahun 1970-an dan 1980-an.

 

14

ANALISIS AYAT

Page 15: Intensif Bm

Organisasi Karangan

15

I Pengenalan

Penyataan Umum Idea UtamaPenjelasan tentang Idea UtamaFokus perbincangan

IIIsi

(Subtema)

Ayat TopikAyat Sokongan Ayat SokonganAYat SokonganAyat Penutup

IIIIsi

(Subtema)  

Ayat TopikAyat SokonganAyat SokonganAYat SokonganAyat Penutup

IVKesimpulan

Rumusan tentang Idea UtamaKomen KeseluruhanPenegasan Sikap/Harapan 

Page 16: Intensif Bm

16

Perenggan

 Contoh:Perancangan pembangunan Malaysia menggunakan pendekatan serampang dua mata dalam perancangan yang berbeza tetapi berkait (AYAT TOPIK). Dalam perancangan pertama, sektor tradisional diintegrasikan dengan sektor moden (AYAT SOKONGAN UTAMA). Strategi ini terlaksana apabila kerajaan dapat memindahkan teknologi moden, modal dan nilai tambah ke dalam sektor tradisional melalui penggunaan jentera-jentera moden dan kemudahan pinjaman kepada petani-petani daripada bank-bank perdagangan untuk mengusahakan sawah secara berkelompok. (AYAT SOKONGAN KECIL)

Page 17: Intensif Bm

17

Perenggan

Contoh:Dalam perancangan kedua, Malaysia bergantung pada negara-negara kapitalis maju (AYAT SOKONGAN UTAMA). Pergantungan ini perlu ada supaya pemindahan sumber-sumber penting dari negara-negara kapitalis maju ke Malaysia dapat dilakukan (AYAT SOKONGAN KECIL). Sumber-sumber itu seperti modal, teknologi, kepakaran, nilai-nilai dan institusi moden dipindahkan dengan menggunakan mekanisme perdagangan asing, pelaburan swasta, bantuan dan nasihat perancangan (AYAT SOKONGAN KECIL). Memandang perancangan yang demikian, maka tidaklah menghairankan bahawa rancangan pembangunan Malaysia menitikberatkan faktor asing, seperti aliran masuk modal asing dan teknologi, untuk memastikan pertumbuhan dan pembangunan berjalan dengan lancar." (AYAT PENUTUP PERENGGAN).

Page 18: Intensif Bm

TERIMA KASIH

&

JUMPA LAGI

18

TERIMA KASIH &

JUMPA LAGI

Page 19: Intensif Bm

19

Jawapan

1. C 7. C 13. C

2. D 8. D 14. C

3. A 9. D 15. C

4. C 10. A 16. A

5. A 11. C 17. D

6. D 12. D 18. C