Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat

2
Internet dan Kesan-kesan Penggunaannya kepada Masyarakat Kesan penggunaan internet dapat dilihat dengan jelas dalam mempergiat usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hal ini demikian kerana internet merupakan saluran komunikasi utama dalam menghubungkan penyelidik-penyelidik yang terlibat dan memberi kesan yang ketara terhadap penciptaan teknologi masa kini. Selain itu, internet juga menyumbang kepada ekonomi, sosial dan politik. Internet juga boleh diistilahkan sebagai lebuh raya maklumat. Hal ini demikian kerana internet mampu menghubungkan rangkaian-rangkaian komputer daripada seluruh negara dengan mudah. Internet juga diistilahkan sebagai sebegini kerana internet menghubungkan pengguna dengan tempat-tempat menarik di seluruh dunia melalui gambar dan kapsyen. Hal ini menunjukkan sudah tiada lagi batasan geografi dan politik bagi seseorang untuk mengenali negara luar dengan lebih dekat. Seterusnya, internet merupakan medium penyampaian maklumat yang dapat menanggung begitu ramai pengguna. Walau bagaimanapun, kadang kala aliran trafik data menjadi perlahan dan menyebabkan kesesakan dalam sistem penyampaian maklumat. Hal ini disebabkan oleh server internet yang terpaksa melayan terlalu banyak permintaan daripada pengguna. Kesannya, prasarana telekomunikasi dan teknologi tidak dapat menerima maklumat yang dihantar melalui medium tersebut. Selanjutnya, internet memberikan banyak kebaikan kepada para pengguna. Pengguna dapat mengakses pelbagai jenis maklumat yang berkaitan dengan isu-isu semasa, bahan bacaan ilmiah dan bahan bacaan yang santai dengan mudah dan pantas. Skop bahan bacaan yang boleh dicari termasuklah artikel yang berkaitan dengan hal- hal keagamaan, sosial, politik, perubatan, sejarah, geografi dan teknologi.

Transcript of Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat

Page 1: Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat

Internet dan Kesan-kesan Penggunaannya kepada Masyarakat

Kesan penggunaan internet dapat dilihat dengan jelas dalam mempergiat usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hal ini demikian kerana internet merupakan saluran komunikasi utama dalam menghubungkan penyelidik-penyelidik yang terlibat dan memberi kesan yang ketara terhadap penciptaan teknologi masa kini. Selain itu, internet juga menyumbang kepada ekonomi, sosial dan politik.

Internet juga boleh diistilahkan sebagai lebuh raya maklumat. Hal ini demikian kerana internet mampu menghubungkan rangkaian-rangkaian komputer daripada seluruh negara dengan mudah. Internet juga diistilahkan sebagai sebegini kerana internet menghubungkan pengguna dengan tempat-tempat menarik di seluruh dunia melalui gambar dan kapsyen. Hal ini menunjukkan sudah tiada lagi batasan geografi dan politik bagi seseorang untuk mengenali negara luar dengan lebih dekat.

Seterusnya, internet merupakan medium penyampaian maklumat yang dapat menanggung begitu ramai pengguna. Walau bagaimanapun, kadang kala aliran trafik data menjadi perlahan dan menyebabkan kesesakan dalam sistem penyampaian maklumat. Hal ini disebabkan oleh server internet yang terpaksa melayan terlalu banyak permintaan daripada pengguna. Kesannya, prasarana telekomunikasi dan teknologi tidak dapat menerima maklumat yang dihantar melalui medium tersebut.

Selanjutnya, internet memberikan banyak kebaikan kepada para pengguna. Pengguna dapat mengakses pelbagai jenis maklumat yang berkaitan dengan isu-isu semasa, bahan bacaan ilmiah dan bahan bacaan yang santai dengan mudah dan pantas. Skop bahan bacaan yang boleh dicari termasuklah artikel yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan, sosial, politik, perubatan, sejarah, geografi dan teknologi.

Selain itu, pengguna juga dapat berhubung dengan keluarga ataupun kenalan yang menetap di luar negara dengan pantas dan mudah dengan caj yang murah dan berpatutan. Hal ini demikian kerana internet merupakan alat komunikasi yang terpantas dan paling berkesan pada era ini.

Di samping itu, internet juga boleh mendatangkan pelbagai keburukan kepada pengguna. Hal ini terjadi apabila masyarakat kurang didedahkan dengan etika penggunaan internet yang betul. Pelbagai maklumat palsu dan khabar angin yang tidak benar boleh disebarkan dengan mudah melalui internet. Pengguna internet juga kadang kala tidak dapat membezakan rencana tentang pendapat dan rencana yang membincangkan fakta. Hal ini sudah semestinya akan menjejaskan ketenteraman dan keharmonian sesebuah negara sekali gus meruntuhkan institusi masyarakat.

Page 2: Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat

Akhir sekali, terdapat pelbagai laman sesawang yang memuat naik perkara-perkara yang porno dan lucah. Hal ini termasuklah bahan bacaan dan juga gambar. Penyebaran bahan-bahan ini dalam kalangan pengguna mampu merosakkan akhlak pengguna tersebut.

Kesimpulannya, penggunaan internet mampu memberikan kesan baik dan juga kesan buruk kepada para pengguna. Hal ini bergantung kepada diri pengguna itu sendiri sama ada mereka memanfaatkan kemudahan internet untuk kebaikan ataupun sebaliknya. Setiap pengguna haruslah bertanggungjawab dengan menggunakan internet untuk tujuan kebaikan seperti menimba ilmu dan bukanlah sekadar untuk berseronok dan membuang masa sahaja. Kemudahan internet diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang cenderung menuntut ilmu melalui pembelajaran kendiri dan menjadi seorang yang berilmu pengetahuan yang luas.