ISI KANDUNGAN -...
Transcript of ISI KANDUNGAN -...
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
i
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN ......................................................................................................... 1
1.1 LATAR BELAKANG DAN PERANAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN ............... 1
2. PENGENALAN PROJEK .......................................................................................... 4
2.1 TUJUAN PROJEK ................................................................................................. 4
2.2 OBJEKTIF PROJEK .............................................................................................. 5
2.2.1 Menjimatkan Sumber Kewangan .................................................................... 5
2.2.2 Meningkatkan Kecekapan Dan Kualiti Perkhidmatan ..................................... 5
2.2.3 Memperbaiki Keadaan Kerja ........................................................................... 6
2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI ................................................................... 6
2.4 TEMPOH PELAKSANAAN .................................................................................... 6
2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN .............................................................................. 8
2.5.1 Kajian .............................................................................................................. 8
2.5.2 Cadangan ....................................................................................................... 8
2.5.3 Prototaip ......................................................................................................... 8
2.6 KAEDAH PENCETUSAN IDEA ............................................................................. 9
2.7 KATEGORI INOVASI ............................................................................................ 9
2.7.1 Inovasi Sosial ..................................................................................................... 9
2.8 INDIKATOR / CIRI-CIRI UTAMA INOVASI ........................................................... 9
2.8.1 Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos ........................................ 9
2.8.2 Memperkenalkan pendekatan baharu .............................................................. 10
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
ii
2.9 INPUT PELANGGAN DIAMBIL KIRA DALAM PERINGKAT PENGHASILAN
INOVASI ........................................................................................................................ 11
2.9.1 Peringkat Akhir ................................................................................................. 11
2.10 MEKANISME MAKLUM BALAS PELANGGAN ................................................ 11
3. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN ................................... 12
4. IMPAK INOVASI ..................................................................................................... 15
4.1 Agensi / Jabatan .................................................................................................. 15
4.2 Rakyat / Perniagaan ............................................................................................ 15
5. ELEMEN INOVASI ................................................................................................. 15
5.1 Inovatif / Kreativiti ................................................................................................ 15
5.2 Keberkesanan ..................................................................................................... 16
5.3 Signifikan ............................................................................................................. 17
6. PENUTUP .............................................................................................................. 17
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
1
1. PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG DAN PERANAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN
Majlis Perbandaran Jasin merupakan sebuah organisasi kerajaan kategori
pihak berkuasa tempatan di dalam negeri Melaka. Majlis Perbandaran Jasin
ditadbir oleh Yang Dipertua dan dibantu oleh Setiausaha, diperkuatkan oleh
11 jabatan dan tiga (3) unit utama. Majlis Perbandaran Jasin membawa visi
ke arah menjadi sebuah perbandaran yang dinamik yang mengutamakan
pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk
memberikan perkhidmatan perbandaran
Visi
Menjadikan Daerah Jasin sebagai sebuah Perbandaran dinamik yang
mengutamakan pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020
Misi
Komited untuk memberikan perkhidmatan, perbandaran yang terbaik,
berkualiti, telus, dan cekap melalui penggembelingan tenaga dan sumber
secara optimum
Objektif
i. Mempertingkatkan keupayaan dan kapisiti Majlis;
ii. Memperkasa tadbir urus Majlis;
iii. Memperkukuhkan dan Memantapkan sumber hasil Majlis;
iv. Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti;
v. Memantapkan kolaborasi strategik.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
2
Fungsi Dan Peranan
Berdasarkan peruntukan yang terdapat di dalam Akta 171, Akta 172 dan Akta
133, fungsi mpj dibahagikan kepada lima bidang:
i. Kebersihan Alam Sekitar
a. Pengindahan Kawasan Dan Jalan-Jalan Utama
b. Penyediaan Dan Penyelenggaraan Kawasan Rekreasi
c. Penyediaan Dan Penyelenggaraan Sistem Perparitan
d. Pemantauan Dan Penyelenggaraan Kawasan Lapang / Hijau
ii. Kesihatan Awam
a. Kawalan Pelesenan Premis Perniagaan
b. Kawalan Kbersihan Premis Makanan
c. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan
d. Kawalan Vektor Dan Rodensia
e. Kawalan Binatang Liar Dan Terliar
iii. Pembangunan
a. Mengawal Pembangunan Melalui Rancangan Struktur Dan Rancangan
Tempatan
b. Mengawal Dan Menguatkuasa Kelulusan Pelan Pembangunan
c. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Kerja Tanah
d. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Jalan Dan Parit
e. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Landskap
f. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Lampu Awam
g. Mengawal Dan Meguatkuasa Permit Bangunan Sementara
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
3
iv. Kemudahan Awam & Infrastruktur
a. Menyediakan Dan Menyelanggara Kemudahan Awam
b. Menyediakan Dan Menyelnggara Infrastruktur Perbandaran
c. Menguruskan Tempat Letak Kereta
Gambar 1 : Juruteknik Komputer sedang memasang komputer dan seterusnya
membuat pemasangan dan konfigurasi rangkaian dan sistem di kaunter Majlis
Perbandaran Jasin, dibantu oleh Pentadbir Rangkaian.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
4
2. PENGENALAN PROJEK
2.1 TUJUAN PROJEK
Projek ‘Kitar Semula Alat Ganti Komputer’ merupakan satu program
berbentuk kitar semula komputer yang diinisiatif oleh Jabatan Teknologi Maklumat,
Majlis Perbandaran Jasin khusus untuk memenuhi keperluan komputer bagi
kegunaan kakitangan Majlis Perbandaran Jasin dalam melaksanakan kerja-kerja
pentadbiran dan juga teknikal.
Inisiatif ini mula timbul pada tahun 2010 berikutan isu kekurangan komputer
yang melanda Majlis Perbandaran Jasin dan ketidakcukupan sumber kewangan
untuk membiayai pembelian komputer baru bagi menggantikan komputer-komputer
yang telah obsolete dan wajar dilupuskan kerana tidak ergonomik untuk
digunapakai. Kebanyakan komputer yang ada ketika itu telah berusia melebihi 5
tahun dan mempunyai spesifikasi yang rendah dan tidak mampu menampung
sepenuhnya beban perisian sistem operasi dan perisian aplikasi versi semasa.
Dengan sumber kewangan yang ada, pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin
mengharapkan agar Jabatan Teknologi Maklumat mencari solusi bagi menangani
isu komputer pada waktu itu.
Meskipun Majlis Perbandaran Jasin telah membuat pembelian 52 unit
komputer dan 11 unit komputer riba pada penghujung tahun 2011, ianya masih
belum cukup untuk menyelesaikan kekurangan komputer. Justeru, pada tahun
2012, Jabatan Teknologi Maklumat telah merangka suatu pelan untuk
menggunakan semula komputer terpakai selepas ianya ditukar alat ganti dan
dinaiktaraf.
Dengan bermulanya projek ini di antara tahun 2013 sehingga tahun 2016,
adalah menjadi harapan pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin agar projek ini
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
5
dapat membantu dalam usaha untuk mencapai sasaran seorang kakitangan sebuah
komputer yang terkandung di dalam Pelan Strategik ICT 2014 - 2018, sekaligus
membolehkan kakitangan Majlis Perbandaran Jasin melaksanakan kerja-kerja
dalam memberikan perkhidmatan kepada orang awam dengan spesifikasi komputer
yang mampu menampung beban perisian semasa. Projek ini juga secara tidak
langsung dapat memperbaiki perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin terhadap
orang awam.
2.2 OBJEKTIF PROJEK
2.2.1 Menjimatkan Sumber Kewangan
Melalui projek ‘Kitar Semula Alat Ganti Komputer’ ini, Majlis Perbandaran
Jasin secara tidak langsung telah dapat mengawal perbelanjaan untuk membeli
komputer baru. Dengan kos perbelanjaan yang sedikit untuk membeli peralatan,
Jabatan Teknologi Maklumat telah dapat menyediakan banyak komputer untuk
kegunaan kakitangan tanpa membeli komputer baru. Malah ada di antara komputer
berkenaan telah dapat disediakan tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos kerana
Jabatan Teknologi Maklumat hanya menggunakan semula alat ganti dari komputer
yang dilupuskan.
2.2.2 Meningkatkan Kecekapan Dan Kualiti Perkhidmatan
Dengan kuantiti dan kualiti komputer yang mencukupi, kualiti perkhidmatan di
setiap jabatan di Majlis Perbandaran Jasin dapat ditingkatkan dan perkhidmatan
dapat disampaikan kepada orang awam dengan cepat dan mudah. Dengan adanya
sumber komputer yang mencukupi, secara tidak langsung dapat meningkatkan
produktiviti kakitangan Majlis Perbandaran Jasin.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
6
2.2.3 Memperbaiki Keadaan Kerja
Dengan adanya sumber komputer yang mencukupi, persekitaran kerja di
setiap jabatan di Majlis Perbandaran Jasin dapat ditingkatkan. Kerja-kerja dapat
dilaksanakan dengan lebih selesa dan teratur. Ianya meningkatkan kualiti
persekitaran kerja di Majlis Perbandaran Jasin.
2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI
Projek ‘Kitar Semula Alat Ganti Komputer’ ini dilaksanakan secara in-house
melibatkan seorang Juruteknik Komputer dibantu oleh pelatih latihan industri dan
diselia oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Pasukan ini
menggunakan komputer dan alat ganti dari komputer yang dilupuskan oleh Jabatan
Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, komputer-komputer milik Majlis Perbandaran Jasin yang dilupuskan atas
sebab ‘obsolete’ serta komputer yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat untuk
projek tertentu.
2.4 TEMPOH PELAKSANAAN
Pada tahun 2010, Majlis Perbandaran Jasin menghadapi masalah
kekurangan sumber komputer yang berkualiti untuk menampung kakitangan yang
semakin bertambah. Sumber kewangan yang terhad juga menghalang untuk Majlis
Perbandaran Jasin memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk membeli komputer
baru.
Justeru, atas saranan dari pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin,
Jabatan Teknologi Maklumat telah mengadakan perbincangan untuk mendapatkan
jalan penyelesaian agar perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin tidak terjejas.
Bermula tahun 2011, semua komputer-komputer lama yang ingin dan sedang
dilupuskan disemak semula agar alat ganti dari komputer berkenaan yang masih
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
7
berguna dapat dikumpulkan untuk diguna semula. Pada tahun 2015 pula, Jabatan
Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan pula telah melupuskan 20 unit komputer yang digunapakai di
Pusat Komuniti BDD, Taman Seri Kemendor, Jasin untuk kegunaan penduduk
setempat. Ini turut membantu dan membuka ruang bagi Majlis Perbandaran Jasin
melaksanakan projek yang telah dirancang.
Gambar 2 : Juruteknik Komputer sedang menyemak RAM yang bersesuaian
untuk Motherboard komputer yang sedang dipasang.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
8
2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN
2.5.1 Kajian
Kajian mendapati pada tahun 2010, bilangan komputer tidak mampu
menampung keseluruhan 220 orang kakitangan Majlis Perbandaran Jasin. Kira-kira
50% dari komputer sedia ada pula telah berusia melebihi 5 tahun dan tidak
ergonomik untuk digunapakai. Justeru, ini memerlukan tindakan Jabatan Teknologi
Maklumat untuk menggantikan komputer sedia ada yang telah ‘obsolete’ dan
membeli atau mendapatkan komputer baru bagi menampung penggunaan oleh
kakitangan Majlis Perbandaran Jasin.
2.5.2 Cadangan
Berdasarkan kajian diatas, pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin telah
membuat cadangan agar Jabatan Teknologi Maklumat mengumpulkan alat ganti
dari komputer lama yang dilupuskan untuk digunapakai bagi menyediakan komputer
baru. Semua alat ganti bagi komputer-komputer yang dilupuskan disemak semula
kefungsiannya. Jika ianya masih baik dan berkualiti, ianya dikumpulkan untuk
digunapakai semula.
2.5.3 Prototaip
Satu unit komputer telah disediakan untuk tujuan pengujian dari segi
kebolehupayaan, ketahanan dan kefungsiannya pada tahun 2014. Setelah
memastikan pengujian benar-benar berjaya dan komputer berkenaan stabil, gerak
kerja diteruskan ke peringkat seterusnya.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
9
2.6 KAEDAH PENCETUSAN IDEA
Pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin meminta agar pihak Jabatan
Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Jasin membuat perbincangan dalaman
antara kakitangan jabatan agar memikirkan kaedah bagi menyediakan komputer-
komputer untuk kegunaan kakitangan tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk
tujuan pembelian.
2.7 KATEGORI INOVASI
2.7.1 Inovasi Sosial
Kekurangan sumber kewangan membuka suatu ruang untuk Majlis
Perbandaran Jasin mencipta suatu inovasi sosial dengan mengubah kaedah
penyediaan komputer baru melalui kaedah pembelian (perolehan) yang melibatkan
kos kepada kaedah yang baru yang tidak melibatkan kos pembelian iaitu
pemasangan komputer baru dengan menggunakan semula alat ganti yang lama.
Inovasi ini adalah suatu bentuk perubahan ke atas proses kerja pembekalan
komputer.
2.8 INDIKATOR / CIRI-CIRI UTAMA INOVASI
2.8.1 Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos
Projek ini secara tidak langsung bukan sahaja memberi sumbangan dalam
meningkatkan kecekapan melalui penyediaan komputer yang mencukupi kepada
kakitangan Majlis Perbandaran, malah turut menjimatkan kos kerana Majlis
Perbandaran Jasin hanya mengeluarkan sedikit kos dalam keadaan tertentu,
khususnya sekiranya alat ganti terpakai yang dikehendaki tiada dalam simpanan.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
10
2.8.2 Memperkenalkan pendekatan baharu
Projek ini menggunakan pendekatan baharu untuk membekalkan komputer
kepada kakitangan daripada kaedah perolehan kepada kaedah kitar semula dan
tambah baik komputer berkenaan dari aspek spesifikasi. Setiap komputer yang
telah siap dipasang semula menggunakan motherboard, RAM, hardisk dan monitor
yang baru akan diformat terlebih dahulu untuk memastikan prestasi komputer yang
dipasang boleh digunakan tanpa menanggung beban dari versi sistem operasi yang
sebelumnya.
Gambar 3 : Juruteknik Komputer dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat selaku
Pentadbir Rangkaian sedang melaksanakan konfigurasi rangkaian dan alamat IP
kepada komputer-komputer yang telah siap dipasang.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
11
2.9 INPUT PELANGGAN DIAMBIL KIRA DALAM PERINGKAT
PENGHASILAN INOVASI
2.9.1 Peringkat Akhir
Dalam peringkat akhir projek ini, pandangan pengguna (pengguna komputer
yang telah dipasang) diperolehi dan turut membantu memperbaiki kualiti sesebuah
komputer. Kadangkala sesebuah komputer yang telah dipasang tidak mampu
menampung sesuatu perisian aplikasi yang agak berat seperti Oracle Forms.
Justeru, pandangan pengguna amat penting dalam memastikan komputer yang siap
dipasang boleh digunakan tanpa sebarang masalah seolah-olah komputer baru.
2.10 MEKANISME MAKLUM BALAS PELANGGAN
Mekanisme untuk pengguna komputer memberi maklumbalas adalah melalui
email, memo dalaman jabatan atau borang aduan PK-JTM-002/R1 (untuk kes
maklumbalas negatif seperti kerosakan dan sebagainya).
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
12
3. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
Terdapat pelbagai impak sebelum dan selepas inovasi ini dihasilkan seperti
yang tertera di Jadual 1.
SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI
Pegawai Terdapat pegawai dan
kakitangan yang berkongsi
komputer untuk melaksanakan
kerja-kerja yang diberi.
Setiap pegawai dan
kakitangan berkenaan
mempunyai komputer masing-
masing dan tidak perlu
berusaha meminjam komputer
milik pegawai lain.
Budget
tahunan
Majlis Perbandaran Jasin perlu
menyediakan peruntukan di
dalam budget tahunan untuk
pembelian dan penggantian
komputer setiap tahun.
Peruntukan untuk pembelian
dan penggantian komputer
perlu disediakan untuk tempoh
setiap 3 tahun sahaja.
Masa Terdapat pegawai dan
kakitangan yang berkongsi
komputer terpaksa menunggu
pegawa lain menyelesaikan
tugasan, menyebabkan
prestasi kerja menjadi lambat.
Tanpa perkongsian komputer,
pegawai dan kakitangan dapat
menyelesaikan kerja-kerja
dengan lebih cepat dan
efisien.
Jadual 1
Selepas inovasi dijalankan, hampir 10% dari sejumlah 119 unit komputer
adalah komputer yang dikitar semula. Jadual 2 menunjukkan senarai komputer yang
telah dikitar semula dan dipasang semula pada tahun 2016 :
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
13
Model Pengguna Jabatan Spesifikasi
ACER Nurul Aain Binti
Zakariah
Jab. Penguatkuasa Pentium ( R ) Dual Core
CPU
2.70GHz
RAM 2GB
32-Bit OS
ACER Rossidah Binti
Muhamad
Jab. Penguatkuasa Pentium ( R ) Dual Core
CPU
2.70GHz
RAM 2GB
32-Bit OS
ACER Mohd Afandi Bin
Yusof
Jab. Kawalan
Bangunan
Pentium ( R ) Dual Core
CPU
2.79GHz
RAM 2GB
32-Bit OS
ACER Noor Sharmira
Binti Rosli
Jab. Kawalan
Bangunan
Pentium ( R ) Dual Core
CPU
2.79GHz
RAM 2GB
32-Bit OS
ACER Fairusnizam Bin
Zakaria
Jab. Khidmat
Pengurusan dan
Perkhidmatan
Pentium ( R ) Dual Core
CPU
2.79GHz
RAM 2GB
32-Bit OS
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
14
Model Pengguna Jabatan Spesifikasi
ACER Hazmin Bin
Ahmad
Jab. Khidmat
Pengurusan dan
Perkhidmatan
Pentium ( R ) Dual Core
CPU
2.79GHz
RAM 2GB
32-Bit OS
ACER Anita Bte Nudin Jab. Khidmat
Pengurusan dan
Perkhidmatan
Pentium ( R ) Dual Core
CPU
2.79GHz
RAM 2GB
32-Bit OS
HP Mohd Fairus
Azhar Bin A.
Mutalib
Unit Pusat
Setempat
HP Compaq DC Intel ( R
) Core 1
1.2GHz
RAM 1GB
32-Bit OS
Jadual 2
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
15
4. IMPAK INOVASI
4.1 Agensi / Jabatan
Inovasi ini secara tidak langsung memberi impak kepada peruntukan
kewangan Majlis Perbandaran Jasin. Ianya tidak mengurangkan jumlah
perbelanjaan Majlis Perbandaran Jasin pada setiap tahun tetapi ianya telah berjaya
mengurangkan peruntukan pembelian komputer oleh Majlis Perbandaran Jasin
dalam tempoh 5 tahun terakhir.
4.2 Rakyat / Perniagaan
Melalui inovasi ini, setelah tercapainya sasaran seorang kakitangan sebuah
komputer, ianya meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan di semua jabatan
dalam Majlis Perbandaran Jasin kerana setiap kakitangan boleh memanfaatkan
sepenuhnya komputer untuk melaksanakan tugasan masing-masing. Justeru, ianya
secara tidak langsung telah memperkemas dan meningkatkan kualiti perkhidmatan
kepada rakyat dan pelanggan.
5. ELEMEN INOVASI
5.1 Inovatif / Kreativiti
Kebiasaannya sesebuah komputer baru disediakan melalui perolehan secara
belian terus, sewa beli atau sewaan. Memandangkan Majlis Perbandaran Jasin
sentiasa memikirkan kaedah dalam mengawal perbelanjaan selaras dengan dasar
kerajaan berbelanja secara berhemah, Majlis Perbandaran Jasin mengamalkan
kaedah kitar semula alat ganti komputer dalam usaha memenuhi keperluan
komputer kakitangan tanpa melibatkan perolehan belian terus, sewa beli atau
sewaan.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
16
5.2 Keberkesanan
Setelah Majlis Perbandaran Jasin mencapai sasaran seorang kakitangan
sebuah komputer, ianya secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan
prestasi kerja kakitangan, dan seterusnya meningkatkan prestasi penyampaian
perkhidmatan kepada orang awam.
Gambar 4 : Perbincangan dalaman antara kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat,
seterusnya Juruteknik Komputer mempersiapkan peralatan dan alat ganti yang
diperlukan.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)
Kitar Semula Alat Ganti ICT
17
5.3 Signifikan
Pelaksanaan projek ini memberi ruang kepada penjimatan kos untuk
pembelian komputer. Selepas tahun 2011, pembelian dan penggantian komputer
secara pukal hanya dilaksanakan sekali iaitu pada tahun 2014. Ini adalah kerana
komputer-komputer yang digunakan semula selepas dibaiki, ditukar alat ganti dan
dinaiktaraf telah banyak menyumbangkan kepada jumlah komputer sedia ada.
6. PENUTUP
Projek ini merupakan projek in-house yang tidak memberi kesan terus
kepada pelanggan tetapi memberi impak secara tidak langsung kepada peningkatan
taraf dan kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin kepada pelanggan.
Projek ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada penjimatan
peruntukan perbelanjaan kewangan Majlis Perbandaran Jasin. Secara tidak
langsung ianya turut menyumbang kepada pengekalan kemahiran teknikal
kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat. Justeru, projek ini wajar diteruskan untuk
kebaikan semua.