isi3

3
Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Dalam setiap program sekolah sepatutnya masyarakat setempat tidak dilupakan. Oleh itu, jika diadakan majlis rasmi sekolah seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Hari Keluarga, masyarakat setempat harus dijemput sama. Guru harus menghormati masyarakat tempat yang mereka berkhidmat dengan mengamalkan adat dan budaya masyarakat dan tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan budaya masyarakat tempatan. Sebagai contoh, jika masyarakat tempat yang kami berkhidmat mengamalkan corak kehidupan kampung, kami juga perlu mengikut gaya hidup mereka dan sentiasa menghormati adat resam mereka. Selain itu, guru boleh mengambil bahagian dalam program kelas tuisyen percuma kepada para pelajar yang terdiri daripada golongan pelajar yang kurang berkemampuan kewangan. Pelajar-pelajar di semua sekolah sebenarnya pandai. Kebanyakan mereka adalah pelajar yang miskin mengalami kesempitan hidup dan tiada duit untuk membayar yuran kelas tambahan di sekolah. Jadi, kelas tambahan secara percuma perlu diberikan agar semua pelajar di semua sekolah dapat belajar dengan baik. Kelas tambahan sangat penting untuk para pelajar mengulangkaji semua mata pelajaran terutama bagi mata pelajaran yang sukar dikuasai. Kebanyakan pelajar

description

isi 3

Transcript of isi3

Page 1: isi3

Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat tempat kami

berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai

warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang

kegiatan masyarakat. Dalam setiap program sekolah sepatutnya masyarakat 

setempat tidak dilupakan. Oleh itu, jika diadakan majlis rasmi sekolah seperti

Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Hari Keluarga, masyarakat setempat harus dijemput

sama. Guru harus menghormati masyarakat tempat yang mereka berkhidmat

dengan mengamalkan adat dan budaya masyarakat dan tidak melakukan

sesuatu yang bercanggah dengan budaya masyarakat tempatan. Sebagai

contoh, jika masyarakat tempat yang kami berkhidmat mengamalkan corak

kehidupan kampung, kami juga perlu mengikut gaya hidup mereka dan sentiasa

menghormati adat resam mereka.

Selain itu, guru boleh mengambil bahagian dalam program kelas tuisyen

percuma kepada para pelajar yang terdiri daripada golongan pelajar yang kurang

berkemampuan kewangan. Pelajar-pelajar di semua sekolah sebenarnya pandai.

Kebanyakan mereka adalah pelajar yang miskin mengalami kesempitan hidup

dan tiada duit untuk membayar yuran kelas tambahan di sekolah. Jadi, kelas

tambahan secara percuma perlu diberikan agar semua pelajar di semua sekolah

dapat belajar dengan baik. Kelas tambahan sangat penting untuk para pelajar

mengulangkaji semua mata pelajaran terutama bagi mata pelajaran yang sukar

dikuasai. Kebanyakan pelajar tidak sempat untuk mengulang kaji semua mata

pelajaran dan memerlukan tunjuk ajar guru sebagai pengukuhan bagi

sesetengah topik. Secara tidak langsung, kelas tambahan dapat membantu

pelajar mahir dalam sesuatu mata pelajaran kerana adanya latih tubi bagi

soalan-soalan peperiksaan.

Di samping itu, guru yang ideal harus sentiasa mengambil bahagian

dalam kegiatan masyarakat seperti membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat

setempat, gotong royong dan aktiviti Rukun Tetangga Guru perlulah pandai

bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan

dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga sangat penting.

Page 2: isi3

Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarakat

itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun

tetangga. Penglibatan aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan dengan

masyarakat tempatan dan mewujudkan perpaduan kaum .

Faktor lain yang menjadi tanggungjawab terhadap masyarakat dan

negara ialah mewujudkan kerjasama melalui PIBG, PIBG dan masyarakat

patutlah sama-sama memainkan peranan dalam memajukan sekolah . Sebagai

contoh sambutan Hari Guru setiap tahun ianya dijalankan sendiri oleh warga

pendidik. Sepatutnya pihak ibubapa harus terlibat sama bagi menghargai

pengorbanan guru-guru mendidik anak-anak sehingga berjaya.