ISL 14

download ISL 14

of 3

Transcript of ISL 14

  • 8/4/2019 ISL 14

    1/3

    ISL 14

    Kesimpulannya, dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna

    kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh

    dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer

    yang ada.

    Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah

    membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan

    kawalan.

    Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer,

    maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis

    dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah

    APAKAH IMPLIKASI YANG WUJUD BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN DAN

    PRIVASI PELAJAR DI SEKOLAH?

    Berkongsi Fail

    Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.

    Menimdahkan Fail

    Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.

    Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos

    Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll.

    Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

    Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data

    Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada

    masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

    Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom

    Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua

    pengguna yang mengunakan komputer lain.

    Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)

    Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

  • 8/4/2019 ISL 14

    2/3

    membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya

    memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan

    sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.

    Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana

    mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah.

    Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan

    kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan

    mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT.

    Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan kerana

    sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah dapat bekerjasama,

    berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Mahkamah

    dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila maklumat sentiasa dapat

    dikemaskinikan.

    Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan,

    pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu sistem yang

    memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting. Sistem Sokongan

    Keputusan (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis data dan dapat

    memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan.

    Reigelath (1987), berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila

    masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat.

    Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan peranan

    dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan keseluruhan

    sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah pengajaran dan

    pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan dengan arus perkembangan ICT terkini.

  • 8/4/2019 ISL 14

    3/3

    APAKAH PERANAN GURU DALAM ISU KESELAMATAN DAN PRIVASI?

    Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan

    maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus pendidikan sewajarnya

    mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi maklumat

    daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dan tahu

    menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer,

    komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data,

    pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-