Isl Minggu 16

8
ISL Minggu 16 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 1.0 AUTISME CIRI-CIRI FIZIKAL Sekarang ini sering mendengar tentang autisme, yang banyak terjadi kepada anak-anak. Ini disebabkan ibu bapa lebih peka da mengambil berat akan pekembangan anak-anak. Perkembangan yang bermula dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu bapa kini amat sensitif jika anak-anak mereka tidak seperti kanak-kanak lain. Autisme adalah gangguan kognitif atau gangguan sukar untuk gangguan tingkah laku sosial dan sukar untuk berbicara. Data statistk menyatakan, 50% terdapat gejala gangguan mental retardasi. Di Amerika syarikat, seorang anak dinyatakan kanak-kanak autisme setelah berusia enam tahun setelah mengalami pemeriksaan yang rapi. Manakala, di Indonesia, menjelang dua tahun ibu bapa telah mengandaikan anak mereka sebagai kanak-kanak autisme disebabkan tidak boleh berbicara dan terdapat cirri- ciri kanak-kanak autisme. Kemudian, pemeriksaan oleh pakar juga akan dilakukan. Sehingga kini, para ahli belum dapat memberi keputusan yang tepat penyebabnya. Tetapi, dari penelitian kanak-kanak autisma ini mempunyai kelainan pada otak yang disebabkan gangguan perkembangan pada saat kehamilan dan gangguan hati yang menimbulkan gangguan saraf dan jiwa. Dengan itu, ciri-ciri yang ada boleh kita perhatikan dapat membantu kita mengesan lebih awal untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada kanak- kanak ini. Antaranya ialah berlaku sebelum berumur dua puluh dua tahun, berlaku berkekalan, sukar berhubung secara bermasyarakat, sukar berkomunikasi dan sukar menerima perubahan dari kebiasaan. Selain itu, ia juga sukar memberhentikan dari perlakuan yang berulang, gemar menyendiri, tidak mengendahkan keadaan sekeliling dan suka hidup bersendirian. Di samping itu, ia juga berkecenderungan kepada objek yang bergerak, serang yang pendiam, sangat menyayangi sesuatu objek yang disukai dan sangat susah untuk mengubah sesuatu yang telah dilakukannya setiap hari. 2.0 DISLEKSIA CIRI-CIRI FIZIKAL: Secara umumnya tiada apa yang membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain. Mereka membesar seperti biasa, tidak terbantut pertumbuhan. Tetapi apabila dikaji mereka ada perbezaan dengan murid normal. Fahaman lisan mereka baik tetapi lemah dalam bacaan. Mereka juga fasih bertutur dan boleh bercerita tetapi kerja tulisan lemah. Tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah. Pakaian mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor, butang bajusalah butang, tali kasut tidak diikat rapi, kidal, kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan pemalas atau bodoh. Perhatiandan pengamatan singkat dan lemah. Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri, suka membuat bising. YYY

description

请问

Transcript of Isl Minggu 16

ISL Minggu 16KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS1.0 AUTISMECIRI-CIRI FIZIKALSekarang ini sering mendengar tentang autisme, yang banyak terjadi kepada anak-anak. Ini disebabkan ibu bapa lebih peka da mengambil berat akan pekembangan anak-anak. Perkembangan yang bermula dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu bapa kini amat sensitif jika anak-anak mereka tidak seperti kanak-kanak lain.Autisme adalah gangguan kognitif atau gangguan sukar untukgangguan tingkah laku sosial dan sukar untuk berbicara. Data statistk menyatakan, 50% terdapat gejala gangguan mental retardasi.Di Amerika syarikat, seorang anak dinyatakan kanak-kanak autisme setelah berusia enam tahun setelah mengalami pemeriksaan yang rapi. Manakala, di Indonesia, menjelang dua tahun ibu bapa telah mengandaikan anak mereka sebagai kanak-kanak autisme disebabkan tidak boleh berbicara dan terdapat cirri-ciri kanak-kanak autisme. Kemudian, pemeriksaan oleh pakar juga akan dilakukan.Sehingga kini, para ahli belum dapat memberi keputusan yang tepat penyebabnya. Tetapi, dari penelitian kanak-kanak autisma ini mempunyai kelainan pada otak yang disebabkan gangguan perkembangan pada saat kehamilan dan gangguan hati yang menimbulkan gangguan saraf dan jiwa.Dengan itu, ciri-ciri yang ada boleh kita perhatikan dapat membantu kita mengesan lebih awal untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada kanak-kanak ini. Antaranya ialah berlaku sebelum berumur dua puluh dua tahun, berlaku berkekalan, sukar berhubung secara bermasyarakat, sukar berkomunikasi dan sukar menerima perubahan dari kebiasaan. Selain itu, ia juga sukar memberhentikan dari perlakuan yang berulang, gemar menyendiri, tidak mengendahkan keadaan sekeliling dan suka hidup bersendirian. Di samping itu, ia juga berkecenderungan kepada objek yang bergerak, serang yang pendiam, sangat menyayangi sesuatu objek yang disukai dan sangat susah untuk mengubah sesuatu yang telah dilakukannya setiap hari.2.0 DISLEKSIACIRI-CIRI FIZIKAL:Secara umumnya tiada apa yang membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain. Mereka membesar seperti biasa, tidak terbantut pertumbuhan. Tetapi apabila dikaji mereka ada perbezaan dengan murid normal. Fahaman lisan mereka baik tetapi lemah dalam bacaan. Mereka juga fasih bertutur dan boleh bercerita tetapi kerja tulisan lemah. Tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah.Pakaian mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor, butang bajusalah butang, tali kasut tidak diikat rapi, kidal, kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan pemalas atau bodoh. Perhatiandan pengamatan singkat dan lemah. Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri, suka membuat bising.Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan sudu garfu sewaktu makan, sukar menggunaakn gunting terutama jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensil secara ganjil, sukar mengikat tali leher.Mereka juga sukar untuk melompat dan skipping kerana masalah keseimbangan, sukar untuk menangkap , membaling dan menyepak bola. Mereka sering terlanggar orang lain dan objek, selalu menjatuhkan barang, sukar untuk naik tangga, sukar belajar menunggang basikal, sukar menyiapakan meja makan, sukar untuk berenang, sukar dalam permainan yang menggunakan perkataan kiri atau kanan, atas atau bawah, depan dan belakang, undur atau maju serta sukar belajar menari.Setiap individu mungkin dominan pada bahagian kiri atau kanan sahaja. Bagi murid-murid yang mempunyai masalah literaliti bersilang menggunakan kedua-dua bahagian kiri dan kanan dalam melakukan pekerjaan yang berlainan. Contohnya individu menyepak bola dengan kaki kiri tetapi melihat melalui lensa kamera dengan mata kanan. Masalah ini juga boleh dilihat sewaktu kanak-kanak menggunakan pen, pensil atau krayon.JENIS-JENIS DISLEKSIA:a. Disleksia PandanganMurid-murid ini dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan, membuat interpretasi atau mengingati erkataan yang dilihat. Ada yang begitu teruk sehingga tidak dapat membaca langsung, ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan yang mempunyai sukukata yang banyak sahaja.Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama, seperti beg untuk bog, snip untuk ship. Kecenderungan kebalikan seperti dig untuk big, kecenderungan songsang contohnya spa untuk sap. Lukisanyang rendah mutunya kerana banyak butiran yang penting ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa. Tidak dapat menjalani latihan permainan sukan yang kompleks. Kepayahan membuat analisis dan sintesis pandangan, tetapi tinggi daya kebolehan dalam aktiviti kemahiran mendengar yang mana menutup kekurangan dalam aktiviti berkaitan dengan pandangan.b. Disleksia PendengaranDapat melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi pendengaran. Contohnya membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenala pasti bunyi dalam setiap perkataan satu pengadunan bunyi untuk menjadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke dalam suku kata tertentu. Murid-murid ini akan menghadapi masalah dalam belajar membaca.Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kecelaruan diskriminasi pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan sukar belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik. Mempunyai masalah dengan analisis dan sintesisi pendengaran. Ini menyebabkan ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada sukukata atau bunyi tertentu, tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan menjadi satu yang lengkap.Tidak dapat membunyikan semula bunyi dalam perkataan, contohnya tidak dapat mengingati bunyi huruf atau tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu makna perkataan itu. Ada kekacauan dalam memahami bunyi secara berurutan seperti penyebutan yang tidak betul semasa menulis, mengubah urutan huruf kerana tidak dapat mengingat atau mengekalkan urutan bunyi. Darisegi perlakuan, murid-murid ini lebih cenderung untuk memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran pandangan.3.0 HIPERAKTIF (Attention Deficit Disorder)Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat (central nerves system). Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktornya ialah genetik, infeksi, kerosakan pada otak dan masalah persekitaran rumah. Selain itu, ia juga berpunca daripada keracunan (toksin), kekurangan zat makanan, alahan kepada makanan dan alahan kepada bahan kimia.Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Mereka tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukkan kedegilannya serta susah dikawal dan didisplinkan. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk diam di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan mereka sering terasa terasing. Kanak-kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga empat puluh orang murid dalam satu kelas. Mereka tidak boleh menerima perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.Selain itu, kanak-kanak hiperaktif ini juga mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kank-kanak seperti ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakanpendekatan satu dengan satu. Guru-guru perlu sering meberikan peringatan kepada murid-muridini sama ada isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatiannya dari semasa ke semasa. Adakalanya, pakar kanak-kanak perlu memberi ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.Walau bagaimanapun, hiperaktif ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri khususnya ialah aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan serta tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi, dan warna. Selain itu, mereka ini tidur tidak tetap dan terlalu kerap menangis atau ketawa. Disamping itu, mereka sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan dan mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Malah, mereka sering mengamuk bila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diriserta berinteraksi dengan rakan sebaya.4.0 SINDROM DOWNCIRI CIRI MASALAH FIZIKAL SINDROM DOWNa. Sifat Pada Kepala , Muka , Dan LeherKanak kanak Sindrom Down mempunyai ciri ciri fizikal yang unik di mana mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol . Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek .Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam .Mata mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua- dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata .Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang tebal , kasar , dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir .Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur .Paras telinga adalah lebih rendah . Kebiasaannya kepala mereka adalah lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek .b. Sifat Pada Tangan dan LenganSifat- sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari- jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan yang lebar dan pendek .Kebiasaannya tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan .Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol .c. Sifat Pada KakiKaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki .d. Sifat Pada OtotKanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebakan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar .e. Ciri-Ciri LainKanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendah serta agak bongkok . Mereka juga majority adalah berambut lurus dan lembut . Kebiasaanya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan bergembira diamna mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik . IQ mereka pula adalah di antara 30-80 . Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir .JENIS-JENIS SINDROM DOWNa. TrisomiKanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan intelek . Kanak-kanak jenis ini adalah berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47 .Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga . Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu ynag berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu ynag berusia 40 tahun nisbah kelahiran adalah pada nisbah 1:30 kelahiran . Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini ialah antara 50%-80% .b. TranslocationKelahiran jenis ini tidak membabitkan kebaikan kromosom dalam darah ibu hamil. Sindrom Down (translocation) ini terjadi dalam dua cara .Cara yang pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21 . Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak Sindrom Down adalah 3%-5%.Cara kedua yanbg terjadi apabila secebis kromosom yang bernombor 21 bercampur dengan nombor yang sama . jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down ini ialah di antara 50%-80%.c. MosaicSindrom Down jenis ini adalah tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down . Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk . Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.5.0 MURID PINTAR CERDASCIRI-CIRI MASALAH FIZIKAL PINTAR CERDASCiri-ciri kanak-kanak yang mengalamai masalah fizikal dalam pintar cerdas ialah mempunyai semangat inkuiri dan perasaan curiga . Kebolehan yang luar biasa, suka bertanya dan berminat untuk mendapatkan jawapan yang terkini .Mereka yang terdiri dariapda golongan ini juga berciri-cirikan seperti sangat kreatif teruatamyan dalam menguasa dalam kemhairan yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang abstrak da mempunyai idea-idea yang kreatif dan kadang kala mereka di anggap pelik .Di Samping itu, mereka juga bercirikan seperti suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar oleh orang lain . Mereka juga boleh bercakap, membaca, menulis dan memahami percakapan orang dewasa pada peringkat umur yang awal dan mempunyai perbendaharaan kata yang kemas . Selain itu, mereka juga dikatakan mempunyai tahap penumpuan yang lama terhadap sesuatau perkara terutamanya dalam aspek kemahiran dan mereka juga mempuyai tenaga yang banyak dan dikatakan begitu aktif serta mampu bersesosial dengan cepat .Kanak-kanak yang diketegorakan dalam masalah ini juga mempunyai daya keistimewaan yang hampir sama dengan kanak-kanak normal ynag biasa . Mereka juga turut mempunyai daya kepimpinan dan ketua yang lebih dominant serta superior di kalangan rakan sebaya .6.0 KERENCATAN AKALGolongan yang mudah mengalamai masalah kerencatan akal adalah terdiri daripada kanak-kanak yang lewat dalam perkembangan berbanding dengan kanak-kanak normal . Kelewatan itu bergantung kepada tahap ( degree ) iaitu sejenis kerencatan yang di alami oleh seseorang kanak-kanak . Selain itu kelemahan mereka juga kurang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seumur dengan mereka .Kanak-kanak terencat akan memerluikan masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal . Hanya sebahagian kecil sahaja , kanak-kanak yang dilahirkan cacat atau tidak normal dan sebahagian besranya sihta dan normal . Sunggguhpun begitu kanak-kanak yang sihat dan normal ini tidak semuanya akan mejadi orang dewasa yang normal .Terdapat beberapa bahaya yang perlu dihadapi dan juga ditempuhi oleh kanak-kanak ini semasa membesar seperti bahaya biologi atau dari alam sekitar . Bahaya-bahaya ini boleh mengakibatkan keadaan yang tidak normal ini lebih dikenali sebagai kanak-kanak khas .Kanak-kanak khas adalah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dari segi ciri-ciri fizikal dan psikologis . Program-program sekolah biasa di bentuk untuk kanak-kanak normal tidak dapat memberi peluang penyesuaian dan perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak ini . Mereka memerlukan pelajaran yang khas atau dalam kes-kes yang tertentu memerlukan khidmat pembantu atau kedua-duanya sekali untuk mencapai taraf yang sepadan dengan keupayaan mereka .7.0 MASALAH TINGKAH LAKUTingakah laku bermaksud perangai, gerakgeri, kelakuan, perangai atau perbuatan. Ia dilakukan oleh individu atau seseorang apabila individu berkenaan apabila berasa mahu melakukannya setelah menerima arahan-arahan dari sistem saraf pusat iaitu otak . Tingkah laku merupakan gerakan-gerakan fizikal yang dapat diperhatikan . Tingkah laku juga dapat menggambarkan keadaan emosi seseorang sama ada ia gembira, sedih atau sebagainya.8.0 MASALAH PENDENGARANa. Cacat Pendengaran PenerimaanKehilangan pendengran penerimaan ialah apabila getaran tidak boleh sampai ke bahagian dalam telinga yang mungkin disebabkan lubang telingan tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak mempunyai lubang telinga. Kecacatan pendengaran seperti biasanya tidaklah tenat dan penggunaan alat pendengaran pengaliran tulang selalunya boleh memulihkan pendengaran yang rosak itu.b. Kecacatan Pendengaran Pengamatan.Kecacatan pendengaran pengamatan atau sarat deria selalunya lebih tenat. Ini di sebabkan oleh kerosakan bahagian dalam telinga atau kecacatan saraf telinga yang menghantarnya utusan kebahagian otak.c. Cacat Pendengaran PusatKecacatan pendengaran pusat pula apabila organ pendengaran berfungsi secara betul tetapi system urat saraf pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera.d. Cacat Pendengaran PsikogenikKecacatan pendengaran psikogenik ialah satu keadaan apabila organ-organ penerimaan termasuklah urat saraf pusat berfungsi dengan baik tetapi pengidapnya tidak boleh mendengar apa-apa kerana gannguan emosi yang terpenda9.0 Masalah PenglihatanDefinisi Masalah PenglihatanMenurut Hewett (1974) Pengelihatan seseorang 20/200 atau kurang. Kecacatan penglihatan yang tidak sempurna berlaku apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70. harifah Zaharah (1985) berkata masalah pengelihatan ialah penglihatan terhad atau rabun iaitu seseorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan terang.Jenis-Jenis Masalah Penglihatan1.Miopia (rabun dekat)2.Hiperopia (rabun jauh)3.Astigmatisme4.Rabun malam5.Rabun warna

Sumber Daripada: http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/04/ringkasan-pendidikan-khas.htmlYYY