Istilah Yang Sering Digunakan Di Mahkamah

5
ISTILAH YANG SERING DIGUNAKAN DI MAHKAMAH 1. Afidavit Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan- kenyataannya di mahkamah Dokumen pengakuan bersumpah sama ada defendan atau plantif tentang sesuatu hal, sama ada dalam kes jenayah mahupun kes sivil. 2. Alibi Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku. Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak hadir atau berada di tempat kejadian semasa sesuatu jenayah berlaku. 3. Bigami Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah. 4. Certiorari Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah. Perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah. 5. Condictio Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil) 6. Contempt of court Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah. 7. Culpa lata Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.

description

Istilah istilah yang digunakan dalam mahkamah

Transcript of Istilah Yang Sering Digunakan Di Mahkamah

Page 1: Istilah Yang Sering Digunakan Di Mahkamah

ISTILAH YANG SERING DIGUNAKAN DI MAHKAMAH

1. Afidavit 

Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan

menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya

membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah

Dokumen pengakuan bersumpah sama ada defendan atau plantif

tentang sesuatu hal, sama ada dalam kes jenayah mahupun kes sivil.

2. Alibi 

Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.

Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak hadir atau berada di

tempat kejadian semasa sesuatu jenayah berlaku.

3. Bigami 

Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama

masih sah.

4. Certiorari 

Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang

dibuat oleh Mahkamah Rendah.

Perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh

mahkamah yang lebih rendah.

5. Condictio 

Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain

(kes civil)

6. Contempt of court 

Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan

mahkamah.

7. Culpa lata 

Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga

dianggap sengaja.

8. Defamation 

Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu

terhadap seseorang (fitnah).

Page 2: Istilah Yang Sering Digunakan Di Mahkamah

9. Ex parte 

Satu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada

mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak

defendan.

10.Functus officio 

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar

hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama.

11.Habeas corpus 

Arahan mahkamah supaya seseorang dahun tahanan dilepaskan

supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar dan membela dirinya

dalam sesuatu kes di mahkamah.

Arahan mahkamah supaya seseorang yang berada dalam tahanan

pihak berkuasa dibebaskan.

12. Injunksi 

Perintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau

berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara

atau tetap.

Perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan sesuatu

kerja/perkara pada masa dan tempat tertentu.

13.Mandamus 

Perintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi

menjalankan togas untuk orang swam.

Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan sesuatu kewajipan

awam yang tertentu.

14.Mandatori 

Satu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh

diringankan.

15.Mitigasi 

Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.

16.Kesalahan pejuri 

Page 3: Istilah Yang Sering Digunakan Di Mahkamah

Membuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu.

17.Prima facie 

Kes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai bukti-

bukti yang kuat.

Mempunyai bukti-bukti yang kukuh dan kuat untuk memulakan

pendakwaan atau memulakan perbicaraan di mahkamah.

18.Power of attorney 

Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk

mewakili dan bertindak untuk seseorang.

19.Percedent 

Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan

lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah

sebelunuiya (duluan).

20.Sapina (subpoena) 

Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah atau sesuatu

tempat pads satu masa kerana sesuatu perkara yang ada kaftan

dengan perbicaraan.

Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada sesuatu

masa untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan.

21.Sine die 

Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk

menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleh

menyabitkannya.

Penangguhan sesuatu kes hingga suatu tarikh yang belum ditetapkan.

22.Status quo 

Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal.

23.Stay of execution 

Ditanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.

24.Ultra vires 

Page 4: Istilah Yang Sering Digunakan Di Mahkamah

Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-

undang.

25.Writ 

Satu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang di-

Pertuan Agong.

Dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan pihak

pembela supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan

defendan ( pihak yang kena tuntut ) dalam kes sivil supaya hadir di

mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang menggariskan

tindakan yg perlu dipatuhi sesuatu pihak atau kedua-dua pihak dalam

kes sivil

26. Waran

Surat kuasa yang untuk menangkap seseorang yang didapati bersalah

atau menggeledah sesuatu tempat.

Perintah yg memberikan kuasa kepada polis atau pihak bnerkuasa lain

untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran

27.Saman 

Perintah supaya pihak tertuduh hadir ke mahkamah./ Dokumen

bertulis yang mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan orang yang

disaman itu hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan