Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

download Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

of 8

Transcript of Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

  • 8/11/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

    1/8

    1.0 PENGENALAN

    Mengulas mengenai laporan akhbar Berita Harian bertarikh 10 November 2011bertajuk Pendidikan perlu penambahbaikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan

    kerjasama pertubuhan antarabangsa iaitu UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sainsdan Kebudayaan PBB) telah merancang untuk menambahbaik sistem pendidikan

    negara agar tidak terkebelakang berbanding dengan negara jiran yang lain. Menurut

    YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran

    suatu pasukan petugas yang akan dibentuk oleh kementerian untuk meneliti

    pencapaian system pendidikan dalam negara dari segi aspek kelebihan dan kelemahan

    akan dibuat dalam masa yang terdekat. Dengan kerjasama yang dibentuk oleh pihak

    Kementerian Pelajaran dengan UNESCO seperti yang disebutkan di dalam Berita

    Harian bertarikh 18 November 2011 menunjukkan keperluan kepada penambahbaikan

    sistem pendidikan dari sudut dasar pelajaran agar terus maju atau selaras dengan

    negara-negara jiran.

    Terdapat dua kaedah utama yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia bagi menambahbaik dasar pelajaran negara iaitu menerusi kerjasama dengan

    UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB), dan melalui DialogNasional Pendidikan Negara 2012 (DNPN). Kedua-dua kaedah ini dilihat dapat

    membantu memberi buah fikiran dan idea yang sesuai dengan penambahbaikan yang

    diinginkan terhadap pendidikan negara (Utusan Malaysia,2012)

    Menurut Loke Yim Pheng, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan

    Kebangsaan (NUTP), beliau mengatakan bahawa kerajaan perlu memastikan

    rombakan sistem pendidikan terbabit memberi faedah terutama kepada semua pelajar.

    Selain itu, pihak yang bertanggungjawab juga perlu perlu mendapatkan maklum balasdaripada badan bukan kerajaan, kesatuan guru serta pemimpin antarabangsa yang

    berpengalaman dalam sektor pendidikan.(Berita Harian Online, 17 Mac 2012) Di

    samping itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa

    Ishak, yang juga dilihat bersetuju dengan penambahbaikan dalam pendidikan inimenyatakan bahawa sistem pendidikan yang menekankan kepada meritokrasi atau

    penilaian berasaskan peperiksaan sebenarnya telah menafikan bakat serta pembinaan

    karakter dalam diri pelajar. Beliau berpandangan penilaian berasaskan peperiksaan

    menyebabkan pelajar tidak memiliki kepelbagaian dari segi kebolehan malah generasi

    itu disifatkan kaku dan tidak membangun.(Berita Harian Online,17 Mac 2012) Oleh yang

    demikian rombakan yang berlaku seharusnya lebih bersepadu dan seimbang agarmemberi penekanan terhadap meritokrasi berasaskan bakat dan kebolehan serta

    pembinaan karakter yang sempurna.

    Menurut Datuk Dr Rosli Mohamed (Berita Harian,2011) kajian semula terhadap

    dasar pelajaran negara daripada peringkat pra sekolah sehingga pendidikan tinggi

    dibuat bagi memastikan semua rakyat Malaysia mengetahui kemampuan mereka, serta

    bersedia untuk memenuhi tenaga kerja pada masa depan dengan kemahiran yang

  • 8/11/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

    2/8

    diperlukan selaras dengan pelbagai program transformasi kerajaan untuk mencapai

    tahap negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sementara itu, Pengarah

    Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Abdullah Md Din berkata

    kementerian sentiasa menyemak pendidikan Islam yang diajar di sekolah rendah dan

    menengah bagi memastikan ia kekal relevan mengikut arus perubahan

    semasa.(Bernama, 14 Disember 2011)

    Turut bersama bersetuju dengan hasrat untuk melihat penambahbaikan dalam

    sistem pendidikan ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang

    menyatakan keperluan untuk melakukan rombakan atau transformasi dalam sistem

    pendidikan negara terutama sekali dalam aspek mengajar dan cara belajar oleh gurudan murid. Corak pendidikan yang bersifat hafalan dilihat sudah tidak relevan kerana

    tiada kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajar untuk digunakan bagi

    kepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi hari ini. (Berita Harian

    Online, 14 Mac 2012) Di samping itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd PuadZarkashi juga meminta guru dalam sistem pendidikan Islam mencari kaedah

    pembelajaran yang dapat menyeimbangkan pembangunan rohani pelajar dengankeperluan modal insan. (Bernama, 4 Julai 2012) Melalui perubahan yang diinginkan

    oleh pihak Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri maka perkara berkaitan denganpenambahbaikan dalam sistem pendidikan Islam menjadi topik utama kepada

    perbincangan.

    2.0 PERKEMBANGAN (PUNCA-PUNCA BERLAKU)Bagi mengenalpasti bahawa betapa perlunya rombakan atau penambahbaikan di

    dalam sistem pendidikan Islam di sekolah, adalah menjadi keperluan kepada semua

    pihak untuk membuat rujukan terhadap kemenjadian masalah sosial yang semakin hari

    semakin membarah dari sehari ke sehari. Statistik yang dikeluarkan oleh BahagianStatistik Bukit Aman mendapati bahawa walaupun masalah sosial atau jenayah yang

    melibatkan penjenayah seawal umur 7 tahun menunjukkan penurunan kepada 1,847

    orang pada tahun ini berbanding angka yang lebih besar yang ditunjukkan pada tempoh

    yang sama pada tahun 2009. Di samping itu, dengan berita terbaru daripada SekolahHarapan di Melaka yang telah ditubuhkan September tahun lalu berjaya melahirkan 83

    bayi.Hal ini menunjukkan masalah sosial yang berlaku adalah menjadi semakin runcing

    untuk diselesaikan oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, guru, pentadbir sekolah

    dan masyarakat umum yang rata-rata menganggap masalah sosial yang berlaku ini adaperkaitan dengan kurangnya penghayatan murid dalam mempelajari Pendidikan Islam

    di sekolah. (Berita Harian Online, 2 September 2012)

    Masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja atau boleh disifatkan sebagai

    pelajar sekolah masih berada pada tahap yang membimbangkan. Menurut Naib

    Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye,

    pembabitan kanak-kanak, pelajar dan remaja dalam kes jenayah merupakan satu trend

    yang membimbangkan kerana ada pelajar seawal 15 tahun telah terlibat dalam

    penyalahgunaan dadah, berjudi serta pelbagai gejala sosial lain. Melihatkan terhadap

    kepelbagaian masalah yang berlaku ini sudah pastinya perkara yang sepatutnya diberi

  • 8/11/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

    3/8

    perhatian oleh pelbagai pihak adalah apakah yang menjadi punca kepada berlakunya

    permasalahan sosial yang semakin membarah terhadap golongan remaja atau boleh

    ditujukan kepada pelajar di negara kita ini?

    Menurut seorang tokoh agama yang dikenali di negara kita, Dato Abu Hassan

    Din Al-Hafiz, mantan pegawai agama istana negara, masalah sosial yang berlakudalam kalangan pelajar sekolah adalah disebabkan oleh ajaran dan didikan oleh ibu

    bapa di rumah. Menurut beliau lagi, kebanyakan pelajar yang terlibat dengan masalah

    sosial adalah datangnya daripada keluarga yang berantakan iaitu pelajar yang

    mempunyai keluarga yang bermasalah daripada aspek perhatian ibu bapa yang kurang,

    kerakusan ibu bapa bekerja tanpa menghiraukan anak-anak dan banyak lagi perkara

    yang berlaku hasil daripada didikan dan ajaran oleh ibu bapa. (Berita Semasa,18 Mei

    2010)

    Selain daripada itu, jika dilihat daripada sudut kurikulum pendidikan itu sendirisebenarnya telah diresapi dengan pemikiran sekularisme dan dualisme dalam

    pendidikan yang diajarkan. Menurut Profesor Hasan Langgulung (1988), kursus AsasPendidikan atau Teras Pendidikan Profesional tidak diajar menurut perspektif Islam

    kerana dengan ketiadaan pemurnian terhadap pendidikan berkenaan telahdisekularisasikan. Dengan pemisahan Pendidikan Islam yang hanya meliputi 1 subjek

    sahaja tanpa diserapkan di dalam teras pendidikan professional seperti di dalam subjek

    sains dan matematik maka ini memperlihatkan bahawa pemisahan agama daripada

    kehidupan atau disebut sekularisasi dalam pendidikan adalah jelas berlaku dalamsistem pendidikan di negara kita. Hal ini menyebabkan kekeliruan yang berlaku

    terhadap kefahaman pelajar terhadap pendidikan yang dilihat tiada diintegrasi dengan

    ilmu pendidikan islam.

    Di samping itu, punca terjadinya isu ini adalah disebabkan remaja Islam

    terutamanya pelajar sekolah ketandusan ilmu kerohanian.(Berita Harian

    Online,2012).Ketiadaan guru atau masyarakat yang berilmu untuk berdamping dengan

    pelajar ini menyebabkan pengaruh negatif terutamanya media massa banyak meracunipemikiran mereka seterusnya meminggirkan ilmu pendidikan Islam yang pernah

    dipelajari di sekolah. Di tambah pula dengan teknologi komunikasi tanpa batasan pada

    hari ini memudahkan bagi pelajar ini untuk membuat akses kepada maklumat yang

    tidak baik semudah 1 klik sahaja. Kajian yang dilaksanakan oleh Institut PengajianSains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010 mendapati

    bahawa 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di

    rumah mahupun di kafe siber. (Kosmo Online,21 Julai 2010) Penglibatan remajaMelayu yang terus menerus melayari laman web tanpa kawalan ini menyebabkan

    keperluan kepada penambahbaikan dalam Pendidikan Islam agar ilmu yang dipelajari

    oleh mereka dapat dihayati dengan baik dan sempurna sepanjang kehidupan mereka.

    Seterusnya, proses penambahbaikan dalam subjek Pendidikan Islam diperlukan

    agar proses pendidikan yang dilaksanakan dapat membina akhlak para pelajar secara

    berterusan.( Tajul Arffin Nordin,1990) Masalah yang sering berlaku dalam pendidikan

  • 8/11/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

    4/8

    pada masa kini ialah ketiadaan penghasilan manusia yang mempunyai keperibadian

    yang mulia. Sekiranya ada sekalipun berjaya melahirkan ramai professional atau

    teknokrat yang berkemahiran dan berintelektual kebanyakannya mempunyai masalah

    dari segi sahsiah dan akhlaknya. Dengan pelbagai masalah yang berlaku meliputi

    rasuah, kronisme,pecah amanah,jenayah, maksiat dan lain-lain lagi menunjukkan

    bahawa pendidikan yang dilaksanakan sehingga hari ini belum mampu untuk membinamanusia yang mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi.

    Menyedari akan hal yang demikian, ketiadaan menampakkan unsur

    kegemilangan dalam Pendidikan Islam pada masa kini memerlukan perubahan dan

    penambahbaikan yang menyeluruh dalam sistem yang ditempuh oleh rakyat Malaysia

    bermula pendidikan tahap pra sekolah sehinggalah ke tahap universiti. Keperluan untuk

    menyusun dan membina semula sistem pendidikan Islam di negara ini amat diperlukan

    agar penghayatan amalan Islam dalam kehidupan dapat diaplikasi dengan sempurna

    oleh segenap umat Islam dinegara ini.

    3.0 CADANGAN CARA MENGATASI ISUBagi menyelesaikan isu berkaitan pendidikan Islam perlukan penambahbaikan

    maka beberapa cadangan telah digariskan bagi membantu mengatasi masalah dandiharapkan dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit terhadap masalah yang

    semakin membelenggu masyarakat hari ini.

    Bagi cadangan yang pertama bagi mengatasi isu ini adalah keperluan untukmenerapkan falsafah pendidikan Islam secara langsung dalam sistem pendidikan.

    Pembentangan kertas kerja yang dilaksanakan pada tahun 2012 di dalam seminar

    transformasi pendidikan Islam menggariskan bahawa falsafah pendidikan Islam

    sepatutnya diserapkan di dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. MenurutGhazali Darussalam (2000) nilai-nilai akhlak perlu disertai tidak setakat dibilik darjah

    dan terbatas kepada mata pelajaran semata mata. Sebaliknya, ia diperkukuhkan

    melalui latihan,gerak kerja kokurikulum dan khidmat masyarakat.

    Sebagai contoh di dalam mata pelajaran Sains, penerapan tentang kewujudan

    alam adalah secara semulajadi adalah tidak benar kerana istilah yang sebenarnya

    adalah kewujudan alam adalah diciptakan oleh Allah Taala. Contoh lain penerapan

    pendidikan Islam di dalam subjek lain adalah seperti di dalam subjek Matematik denganmengintegrasikan ilmu pengiraan dengan kewujudan ahli falsafah Islam yang terkenal

    seperti Algebra.Dengan pengetahuan pelajar mengenai ahli falsafah Islam berkenaan

    maka penghayatan Islam dalam diri pelajar akan meningkat atas sebab keinginanmencontohi kepakaran sarjana Islam yang berjaya dalam kehidupan.Keperluan untuk

    pihak-pihak penggubal kurikulum membuat penambahbaikan dalam kesemua subjek

    yang diajar di dalam sukatan pelajaran dengan penerapan pendidikan Islam secara

    langsung amat penting agar dapat menunjukkan bahawa pendidikan Islam dapat

    difahami dan dihayati sepenuhnya selaras dengan kenyataan Islam itu sendiri yang

    bermaksud suatu cara hidup yang menurut al-Quran dan as-Sunnah.

  • 8/11/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

    5/8

    Seterusnya bagi cadangan yang kedua pula, keperluan untuk menyepadukan

    antara Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kewujudan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan bagi aktiviti pendidikan di Malaysia

    menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara terkehadapan berbanding negara lain

    yang tidak mempunyai falsafah pendidikan negara yang jelas. Dengan falsafah

    pendidikan kebangsaan yang mengandungi prinsip dan nilai asas secara jelas dalammendasari ilmu pendidikan yang paling rendah sehingga ke peringkat yang tertinggi

    iaitu university menunjukkan bahawa hasrat untuk mewujudkan insan yang berilmu,

    berakhlak mulia serta bertanggungjawab menjadi hasrat utama kewujudan falsafah

    berkenaan.

    Penggabungan falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan kebangsaan

    sebenarnya amat diperlukan agar dapat menjadi bukti bahawa pendidikan tinggi bukan

    sahaja sekadar bagi mendapatkan segulung ijazah atau diploma bahkan mempunyai

    tujuan yang lebih utama dari segi pembangunan dan kemenjadian diri pelajar secarasyumul dan menyeluruh supaya seimbang keilmuannya tentang dunia dan akhirat serta

    dapat melahirkan insan, ahli keluarga,masyarakat serta warganegara yang didasaridengan falsafah yang digariskan iaitu warganegara yang berilmu, bertanggunghawab,

    berakhlak mulia dan berbakti. ( Rohizan Ya et. al, 2012).

    Keperluan bagi masyarakat Malaysia untuk mempunyai falsafah pendidikan

    Islam yang disepadukan dengan falsafah pendidikan Kebangsaan dilihat mempunyai

    kepentingannya tersendiri kerana falsafah pendidikan Islam ternyata baik dan sesuaiuntuk sebarang masa, masyarakat dan tempat serta sehingga detik ini tiada satu

    falsafah pendidikan buatan manusia yang dapat menandingi falsafah pendidikan Islam

    yang akhirnya menghasilkan konsep Pendidikan Sepadu sebagai titik mula kepada

    perubahan yang diinginkan. (Tajul Ariffin Nordin,1990)

    Cadangan ketiga yang diperlukan bagi penambahbaikan dalam pendidikan

    Islam ialah mengaitkan Falsafah Pendidikan Islam dengan peranan ibu bapa. Sudah

    menjadi suatu perkara lumrah kepada ibu bapa yang berkehendakkan anak-anakmereka menjadi oran yang baik dan berakhlak mulia ( Rohizan Ya et. al, 2012). Maka,

    tiada perkataan lain yang boleh dinisbahkan kepada para ibu bapa yang berkewajipan

    dan bertanggungjawab dengan lebih utama untuk mendidik anak-anak berbanding

    guru-guru di sekolah. Keperluan bagi ibu bapa untuk berusaha menyediakanpersekitaran pembelajaran yang terbaik bagi anaknya sangat diharapkan terutama

    sekali di dalam rumah dengan suasana biah solehah yang secara tidak langsung

    menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna di dalam kehidupan. Dengankewujudan suasana biah solehah ini maka proses pendidikan sempurna dapat

    dilaksanakan oleh ibu bapa meliputi kesejahteraan kehidupan, kemahiran yang

    bermanfaat serta membina acuan sikap yang positif terhadap pembelajaran di rumah

    mahupun di sekolah.

    Sikap ibu bapa yang sering menuding jari terhadap guru-guru di sekolah dalam

    soal didikan harus dikikis kerana suasana pembelajaran Islam perlu dimulakan oleh ibu

  • 8/11/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

    6/8

    bapa dahulu di rumah berbanding di sekolah sebagai penerus kecemerlangan anak-

    anak mereka dengan iklim Islam yang dibawa daripada rumah. Permulaan

    tanggungjawab ibu bapa bagi membina sifat dan akhlak yang baik terhadap anak-anak

    di rumah banyak membantu pihak sekolah terutamanya guru-guru Pendidikan Islam

    dalam usaha menghasilkan generasi yang mempunyai kemenjadian yang sempurna

    bukan sahaja daripada aspek akademik yang cemerlang bahkan aspek sahsiah yangterpuji dan terbilang juga dapat dihasilkan dengan bantuan yang berterusan daripada

    pihak ibu bapa. (Robiah Sidin,1998)

    Di samping itu, dalam meneliti keperluan ibu bapa bagi mengisi kelompongan

    yang berlaku terhadap anak-anak mereka dalam menyediakan persekitaran

    pembelajaran yang positif dan berteraskan kehidupan Islam, peranan guru juga harus

    dilihat menjadi keperluan utama bagi memastikan pendidikan Islam melalui

    penambahbaikan yang maksimum terhadap murid-murid. Dalam erti kata lain, status

    dan kualiti guru Pendidikan Islam perlu dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.Oleh yang demikian, guru seharusnya berusaha untuk melengkapkan dirinya dengan

    ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan. Dalam hal ini, suatu perkara yang perludititikberatkan oleh guru Pendidikan Islam adalah dari segi perwatakan guru di dalam

    dan di luar sekolah, seharusnya seseorang yang bergelar guru Pendidikan Islammempunyai perwatakan yang berlandaskan Islam di mana sahaj mereka berada dalam

    usaha memberikan gambaran yang jelas terhadap murid-murid di sekolah mahupun di

    luar sekolah akan kepentingan menjadi manusia yang sentiasa mengamalkan adab dan

    ajaran Islam yang baik ( Rohizan Ya et. al, 2012).

    Dalam usaha meningkatkan status dan kualiti guru Pendidikan Islam daripada

    semasa ke semasa, sikap dan pengamalan guru di mana sahaja guru berada dalam

    kehidupan guru sendiri amat penting kerana segala kelakuan dan perbuatan yangdilakukan oleh guru akan menjadi penanda aras bagi murid untuk menjadikan gurusebagai role model kepada mereka. Penghasilan guru yang dapat mengamalkan

    sepenuhnya ilmu yang diperoleh dan didapati mereka dalam kehidupan seharian guru

    amat diperlukan bagi memastikan penambahbaikan dalam Pendidikan Islam dapatdiperlihatkan secara jelas kepada murid seterusnya ditiru perihal perbuatan guru yang

    baik dalam kehidupan seharian murid. Istilah guru kencing berdiri, anak murid kencing

    berlari seharusnya dihindarkan oleh guru Pendidikan Islam kerana sekiranya guru

    Pendidikan Islam tidak dapat mengamalkan ilmu yang ada dalam diri dalam kehidupanseharian maka sudah tentu adalah mustahil bagi murid untuk berubah menjadi lebih

    baik dalam kehidupan seharian.

    Selain itu, dalam arus pendidikan moden masa kini seringkali kita melihat

    bahawa matlamat utama pendidikan adalah untuk memperoleh ilmu, menguasai

    kemahiran serta membina sikap yang terpuji. Dalam usaha menambahbaik sistem ini,

    seharusnya memerlukan suatu mekanisme perubahan yang berada dalam skala yang

    besar iaitu menggantikan matlamat akhir kepada membina sikap yang baik digantikan

    dengan matlamat membina akhlak Islam serta perubahan yang paling utama ialah

    mendekatkan diri kepada Allah swt. Perubahan matlamat pendidikan sebegini

  • 8/11/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

    7/8

    seharusnya dikaji dengan mendalam dan bersifat mendasari akar umbi agar generasi

    yang akan dilahirkan kelak adalah generasi yang berteraskan al-Quran dan Hadis serta

    sentiasa memiliki akhlak mulia berasaskan penghulu manusia iaitu Nabi Muhammad

    SAW serta sahabat-sahabat baginda yang mempunyai pekerti yang amat terpuji. (Tajul

    Ariffin Nordin,1990)

    Beberapa cadangan lain yang perlu dilaksanakan bagi menonjolkan perubahan

    yang positif terhadap penambahbaikan dalam Pendidikan Islam antaranya ialah

    pembentukan sistem penilaian yang bersesuai dengan objektif pendidikan (Noor

    Hisham Md Nawi,2012). Dalam arus pendidikan masa kini, kewujudan kurikulum baru

    yang disebut KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang baru sahaj

    dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini memperlihatkan perkembangan positif

    dalam arus pendidikan yang tidak menekankan hasil akhir sahaja seperti penilaian di

    hujung semester bahkan penilaian adalah bersifat sepanjang tahun.

    Walaubagaimanapun, terdapat beberapa topik atau bab dalam pembelajaranpendidikan Islam yang memerlukan penilaian yang berstruktur seperti ujian bagi

    mengetahui setakat mana pencapaian dan pemerolehan ilmu yang didapati oleh murid.Maka yang demikian,pengintegrasian antara penilaian sepanjang tahun dan penilaian

    berterusan berasaskan amali perlu dilaksanakan kedua-duanya dalam sistemPendidikan Islam agar dapat meningkatkan penghayatan murid dalam pembelajaran

    Pendidikan Islam seterusnya mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan

    seharian.

    4.0 RUMUSAN

    Penambahbaikan dalam Pendidikan Islam negara kita pada hari ini memerlukan

    suatu kekuatan dan kesepaduan yang tinggi daripada pelbagai pihak meliputi

    pelajar,guru, ibu bapa, sarjana Islam, menteri dan semua pihak yang menginginkanterbinanya suatu sistem pendidikan yang dapat mengubah diri individu secara

    sempurna sebagai seorang umat Islam yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam

    dalam kehidupan seharian tanpa melaksanakan perkara yang ditegah oleh agama.

    Sebagaimana perkara yang telah digariskan oleh sarjana Islam, imam AL-

    Ghazali suatu ketika dahulu yang mengatakan bahawa:

    Pendidikan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat dan

    bermegah-megah dan janganlah hendaknya seseorang pelajar itu belajar untukmencari pangkat,harta, menipu orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengan

    kawan. Jadi pendidikan itu tidak keluar dari pendidikan akhlak

    Perkara yang digariskan oleh sarjana Islam berkenaan menunjukkan bahawapendidikan seharusnya dapat menjadikan manusia itu dekat dengan Allah di samping

    mengenepikan pangkat,harta, dan penipuan terhadap manusia lain serta menunjukkan

    bahawa pendidikan akhlak menjadi asas kepada hasil pendidikan yang sepatutnya

    diperoleh oleh setiap individu yang dilahirkan dalam sesebuah sistem pendidikan.

    Sistem pendidikan yang ada pada masa kini seharusnya digubal dengan lebih

    bai, sempurna dan tersusun agar dapat mengembalikan semula penghayatan Islam

  • 8/11/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam

    8/8

    dalam diri pelajar-pelajar pada hari ini. Pendidikan sepatutnya tidak dipisahkan antara

    agama dan dunia sesuai dengan sabda Rasulullah SAW iaitu bekerjalah untuk duniamu

    seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untukakhirat seakan-

    akan engkau akan mati esok. Masalah sekularisasi sistem pendidikan dengan

    memisahkan Pendidikan Islam dari sudut mata pelajaran seharusnya dikaji semula agar

    matlamat pendidikan yang sebenar dapat dibina seterusnya melahirkan lebih ramaisarjana Islam seperti pada zaman kegemilangan Islam suatu masa yang lalu dengan

    akhlak yang sempurna dan baik.

    Menurut Prof. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi dalam bukunya Dasar-dasar pokok

    Pendidikan Islam (1974), beliau telah merumuskan bahawa pendidikan moden

    sekarang ini amat memerlukan pendidikan Islam iaitu pendidikan idealis yang bersifat

    kerohanian, moral dan keagamaan hingga kita belajar itu adalah kerana ilmu dan

    kelazatan ilmiah dengan demikian kita terlepas dari keruntuhan, kejahatan dan

    kemiskinan, keserakahan, penjajajahan dan keangkara-murkaan serta peperangandengan segala bencana yang ditimbulkannya demi untuk menikmati suatu kehidupan

    yang abadi,hidup bersama bantu-membantu dalam suasana demokrasi dan bahagia.Kata-kata beliau ini menunjukkan akan peri pentingnya sistem pendidikan Islam

    dinegara kita ini menjalani penambahbaikan selaras dengan hasrat YAB PerdanaMenteri kita yang menginginkan kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajar

    dapat digunakan bagi kepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi

    hari ini.

    (2850 patah perkataan)