Isu etika

download Isu etika

of 3

description

The Invilgilator

Transcript of Isu etika

Isu-isu etika yang dapat dikesan di dalam filem pendek The Invigilator perlu dilihat melalui pelbagai persepsi. Ada adegan dan perwatakan yang berkaitan isu etika yang membawa persepsi negatif walaupun tujuannya adalah positif dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh, watak Cikgu Khairil yang kadangkala dilihat mematuhi kod-kod etika perguruan dan kadangkala sebaliknya. Sebagai guru pembimbing, Cikgu Khairil dilihat berusaha untuk membimbing rakan sejawatnya Cikgu Amira yang masih baru dalam profesion perguruan yang hampir berputus asa. Idea-idea yang diberikan merupakan perangsang kepada Cikgu Amira supaya menggunakan strategi yang lebih kreatif untuk memahami tingkahlaku pelajar-pelajarnya.

Dari sudut yang lain, Cikgu Khairil juga dilihat seolah-olah mengajar dan bukan membimbing rakan sejawatnya. Ini dapat dilihat apabila Cikgu Khairil seolah-olah memaksa Cikgu Amira menerima prinsip dan strategi beliau untuk menangani masalah pengawalan kelas.

Walaupun Cikgu Khairil dilihat berpegang teguh pada prinsip, integriti beliau merupakan suatu isu yang boleh dipersoalkan. Isu integriti Ini dapat dikesan dalam adegan di mana Cikgu Khairil mengatakan bahawa beliau mempunyai waktu terluang untuk minum kopi bersama Cikgu Amira sedangkan sebelum itu beliau masuk ke kelas dan mengarahkan para pelajar membaca bab 6 dan akan kembali selepas 20 minit. Percanggahan ini mencalarkan sedikit sebanyak integriti beliau sekiranyadilihat dari kaca mata para pelajarnya.Melihat kepada prinsip Cikgu Khairil pula, isu etika dapat dikesan apabila beliau dilihat bersikap kepedulian terhadap para pelajarnya walaupun mengetahui mereka meniru dalam peperiksaan. Menurut Fuller, Parsons dan Watkins (1974) kepedulian dikelompokkan kepada kategori spesifik berdasarkan tiga peringkat, iaitu penyempurnaan diri, tugas-tugas pengajaran dan impak pengajaran. Cikgu Khairil mengambil sikap kepedulian peringkat kedua di dalam menangani isu pelajar meniru. Beliau lebih mementingkan masa depan para pelajarnya secara holistik berbanding prestasi ujian dan peperiksaan yang diutamakan oleh pihak sekolah.Walaupun begitu, dari sudut yang lain, adegan membongkar kes peniruan yang ditonjolkan dalam filem pendek ini, sungguhpun bertujuan untuk menyampaikan mesej kepedulian, ianya agak kurang beretika bila seorang guru lelaki mengajak guru perempuan masuk ke tandas bersama-sama. Pelbagai persepsi negatif boleh diandaikan bukan sahaja berkaitan dengan profesion perguruan tetapi juga berkaitan dengan isu-isu moral apabila seorang lelaki berdua-duan bersama-sama seorang wanita yang bukan muhrim di dalam tandas.Melalui watak Cikgu Amira pula, isu etika yang boleh diperkatakan ialah tentang kesantunan guru. Bagi tokoh-tokoh bahasa, mereka berpendapat bahawa kesantunan ialah perlakuan berbahasa yang mampu mewujudkan keharmonian sewaktu berlaku sesuatu komunikasi. Setiap guru wajib mempamerkan perlakuan yang santun menerusi kata-katanya dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-peraturan berbahasa serta mengawal tingkahlakunya. Di dalam filem pendek tersebut, Cikgu Amira dinilai sebagai gagal mematuhi kesantunan guru dalam berkomunikasi dengan pelajar. Ini dapat dilihat apabila berlaku perbalahan dengan Megat. Cikgu Amira sepatutnya tidak membolot perbualan, tidak mencelah percakapan dan mementingkan diri serta pandangan sendiri sahaja. Sebagai seorang guru yang mematuhi etika perguruan, beliau sepatutnya mendengar dan berkomunikasi dengan baik ketika berhadapan dengan pelajar bermasalah seperti adegan di dalam kelas dan ketika terjadi perbalahan.Secara keseluruhan saya menilai isu etika yang terdapat dalam filem pendek ini adalah berkisar pada mesej kepercayaan. Dari sudut positif, langkah Cikgu Khairil menanamkan sikap percaya di antara guru dan pelajarnya sebagai usaha mendisiplinkan mereka adalah suatu strategi yang boleh dipuji dan beretika. Walaupun begitu, nilai-nilai kepercayaan ini dirosakkan apabila ianya ditonjolkan sinonim dengan upah yang negatif. Di akhir filem pendek ini didapati Cikgu Khairil memberi upah berupa wang tunai kepada Megat atas sebab-sebab yang kabur. Dari sudut positif, saya beranggapan Cikgu Khairil sengaja mengupah Megat untuk berlakon sebagai pelajar bermasalah dalam kelas Cikgu Amira semata-mata untuk menguji sejauh mana Cikgu Amira dapat menanganinya. Manakala dari sudut negatif pula saya melihat upah yang diberi adalah supaya Megat dapat berlakon berkelakuan baik apabila Cikgu Khairil mengambil alih kelas kerana melihat penampilan Megat, saya berpandangan bahawa dia memang merupakan pelajar bermasalah.Nilai-nilai kepercayaan ini juga dirosakkan dalam adegan Cikgu Khairil meminta Cikgu Amira membelanjanya minum kopi sekiranya Cikgu Amira tidak mahu kegagalan mengawal kelas dilaporkan kepada pensyarah yang memantau. Sekiranya isu upah ini ditafsirkan sebagai rasuah maka, melalui watak Cikgu Khairil, dengan jelas dapat dikesan isu etika yang dipaparkan iaitu watak guru yang amat tidak profesional dan melanggar etika-etika perguruan.