Isu Guru Berpolitik

7
ISU GURU BERPOLITIK Dalam dunia pendidikan hari ini pelbagai isu yang sering diperkatakan dan dibincangkan di dada akhbar, di kaca televisyen dan pelbagai lagi media massa. Antara isunya ialah beban tugas guru, kenaikan gaji guru, Pendidikan Islam dimantapkan, guru menjadi pengedar dadah, guru berpolitik dan sebagainya. Tugas sebagai guru pada hari ini semakin mencabar dan semua guru hendaklah bersedia daripada segi fizikal dan mental serta mendalami ilmu pengetahuan dengan sebaik mungkin supaya segala cabaran yang datang dapat dihadapi dengan lebih berkeyakinan. Salah satu isu yang sering hangat diperkatakan pada masa kini ialah mengenai guru berpolitik. Bermula 1 Ogos 2010, pegawai perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan membabitkan diri dalam politik. Ini bermakna bahawa 190,000 guru siswazah seluruh negara diberi kebenaran bertanding, dilantik atau memegang jawatan dalam mana-mana parti politik. Pengumuman ini telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Pengumuman ini telah disiarkan dalam artikel ONLINE BH yang bertarikh 28 Julai 2010 sewajarnya disambut baik dengan fikiran yang positif. Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan bahawa guru pada satu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. Walaubagaimanapun, pegawai perkhidmatan awam mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran ataupun Ketua

description

guru

Transcript of Isu Guru Berpolitik

ISU GURU BERPOLITIK Dalam dunia pendidikan hari ini pelbagai isu yang sering diperkatakan dan dibincangkan di dada akhbar, di kaca televisyen dan pelbagai lagi media massa. Antara isunya ialah beban tugas guru, kenaikan gaji guru, Pendidikan Islam dimantapkan, guru menjadi pengedar dadah, guru berpolitik dan sebagainya. Tugas sebagai guru pada hari ini semakin mencabar dan semua guru hendaklah bersedia daripada segi fizikal dan mental serta mendalami ilmu pengetahuan dengan sebaik mungkin supaya segala cabaran yang datang dapat dihadapi dengan lebih berkeyakinan. Salah satu isu yang sering hangat diperkatakan pada masa kini ialah mengenai guru berpolitik. Bermula 1 Ogos 2010, pegawai perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan membabitkan diri dalam politik. Ini bermakna bahawa 190,000 guru siswazah seluruh negara diberi kebenaran bertanding, dilantik atau memegang jawatan dalam mana-mana parti politik. Pengumuman ini telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Pengumuman ini telah disiarkan dalam artikel ONLINE BH yang bertarikh 28 Julai 2010 sewajarnya disambut baik dengan fikiran yang positif. Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan bahawa guru pada satu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. Walaubagaimanapun, pegawai perkhidmatan awam mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran ataupun Ketua Setiausaha Negara berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996. Selain itu, mereka juga perlu mematuhi syarat-syarat yang dikenakan dalam pekeliling tersebut supaya tugas dan fokus utama guru iaitu mendidik tidak terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik. Tindakan tatatertib akan dikenakan sekiranya mereka melanggar syarat yang telah diberikan di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Isu ini juga telah diperkatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad bahawa guru yang ingin berpolitik perlu bijak membahagikan masa antara tugas sebagai pendidik dan politik. Beliau juga berkata langkah ini boleh digalakkan namun perlu diberikan satu panduan supaya politik tidak dicemarkan dengan wang dan tidak mengabaikan tugas sebagai pendidik. Hal ini bermaksud guru perlu bersikap profesional dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan tugas sebagai pendidik akibat terlalu taksub dengan politik.

Terdapat pelbagai kesan yang akan timbul apabila guru atau pegawai perkhidmatan awam melibatkan diri dalam aktiviti berpolitik sama ada positif atau negatif. Namun guru hendaklah bijak dalam mengimbangi situasi dan keadaan sekiranya ingin melibatkan diri dalam aktviti berpolitik. Ini kerana seseorang guru yang terlalu taksub dengan politik akan menjejaskan kerjaya sebagai guru dan tidak dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Salah satu implikasi yang positif ialah guru berpolitik bakal melahirkan pemimpin berkaliber. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan bahawa suara guru dalam iklim politik negara sangat diperlukan kerana mereka sangat diterima masyarakat dan langkah itu sebenarnya memberikan kesan positif kepada negara. Beliau juga mengatakan guru berpolitik bakal melahirkan kepimpinan dan keputusan kerajaan ini telah memberikan kesan yang sangat positif ketika Negara ketandusan pemimpin berkaliber, berintegriti, dihormati dan disegani. Artikel yang mengatakan mengenai guru berpolitik ini disiarkan pada 1 Ogos 2010. Beliau juga memberikan nasihat supaya guru mementingkan kerjaya dan tidak menjejaskan prestasi di sekolah kerana jika itu berlaku ia boleh menjejaskan pelajar. Guru sememangnya layak untuk menjadi pemimpin yang berkaliber kerana di sekolah guru mempunyai pelbagai pengalaman dalam memimpin program ataupun acara di sekolah. Menjadi pemimpin bukanlah satu tugas yang mudah malah mencabar fizikal dan mental. Pemimpin hendaklah bijak dalam memimpin sesuatu program supaya berjalan dengan lancar. Ia juga sama untuk menjadi ahli politik kerana pemimpin perlu bijak untuk berhujah bagi meyakinkan orang ramai selain mempunyai cara yang berhemat untuk mendekati rakyat. Oleh yang demikian, melalui aktiviti berpolitik inilah guru dapat melatih diri mereka untuk lebih berkaliber selain mempamerkan bakat dan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Namun, guru juga hendaklah sentiasa beringat dan tidak melanggar syarat yang perlu dipatuhi sekiranya diluluskan untuk berpolitik. Walaupun terdapat pelbagai kesan yang positif apabila guru melibatkan diri dalam bidang politik, kesan yang negatif juga perlu diberi perhatian supaya imej kerjaya guru tidak dicemari dan dihormati sepanjang masa kerana seperti yang kita tahu ramai pihak yang menyanjungi pekerjaan sebagai guru serta guru juga dianggap kerjaya yang paling mulia. Dalam asyik melibatkan diri dalam berpolitik, kesan negatif juga akan timbul dari segi pengurusan masa. Pengurusan masa yang bijak dan seimbang akan memastikan kerjaya guru tetap dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin meskipun guru tersebut aktif dalam berpolitik. Sekiranya guru tidak membahagikan masa dengan bijak, kerjaya sebagai guru akan terganggu contohya tidak dapat memberikan komitmen dengan kerja di sekolah, pembelajaran murid terabai, mengabaikan keluarga dan sebagainya. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak kerana dikhuatiri kerjaya guru akan terjejas maka guru haruslah bijak dalam membahagikan masa selaras dengan pesanan Timbalan Perdana Menteri yang mengingatkan guru yang mahu berpolitik supaya memiliki kebijaksanaan khususnya dalam pembahagian waktu kerana tanggungjawab utama mereka adalah untuk mendidik pelajar menjadi warga berguna kepada negara. Artikel keputusan benar guru aktif politik terperinci disiarkan pada 6 Ogos 2010 dalam ONLINE BH.

Selain itu, impak negatif yang kemungkinan akan timbul apabila guru berpolitik ialah guru mengabaikan tugas yang lebih penting di sekolah akibat terlalu ghairah berpolitik. Hal ini pernah diutarakan dalam Berita Harian Online menerusi ruangan Minda Pengarang: Usah abai tugas di sekolah bila sudah berpolitik. Artikel yang bertarikh 28 Julai 2010 telah mengupas mengenai pembabitan guru dalam bidang politik. Dalam artikel berkenaan ia menegaskan bahawa walaupun guru dibenarkan berpolitik, tidak bermakna mereka boleh mengabaikan tugas hakiki sebagai pendidik. Guru harus sentiasa bersikap profesional dan menjalankan tanggungjawab dan tidak terbawa-bawa dengan kecenderungan berpolitik hingga ke sekolah. Ia menjadi kebimbangan jika terlalu ghairah berpolitik dan gagal mengimbangi keadaan ini, yang menjadi mangsa dan rugi adalah pelajar dan anak bangsa sendiri. Mereka juga tidak wajar menghasut atau mempengaruhi pelajar supaya menyokong mana-mana parti. Sikap mencampuradukkan politik dengan tugas sebagai pendidik akan menjejaskan pelajaran pelajar dan masa depan mereka. Jika itu berlaku, ibu bapalah yang paling runsing dan kecewa. Walau apapun pegangan dan fahaman politik seseorang guru, mereka perlu melaksanakan agenda kerajaan atau pemerintah semasa. Jika ia gagal dilaksanakan akibat terlalu ghairah berpolitik, agenda pembangunan mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Guru dilihat sebagai golongan yang memiliki integriti. Selain itu, kita juga tidak mahu profesion guru tercemar dengan gejala politik wang serta perebutan jawatan secara keterlaluan.

Antara cadangan yang boleh diatasi mengenai isu guru berpolitik ialah salah satunya ialah guru hanya boleh berpolitik apabila berada di luar waktu sekolah supaya tidak menganggu kerja dan komitmen yang perlu dilaksanakan di sekolah. Politik diluar waktu sekolah telah diperkatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dalam artikel myMetro yang disiarkan pada 31 Ogos 2012. Beliau juga mengatakan guru jangan terlalu asyik berpolitik sehingga anak didik di sekolah terabai dan menjadi mangsa taksub guru berkenaan. Berpolitik diluar waktu sekolah juga merupakan syarat yang diberikan kepada guru dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996, sekiranya guru tersebut diluluskan untuk berpolitik. Hal yang demikian untuk memastikan kegiatan berpolitik tidak akan mengganggu tugas yang lebih utama. Guru perlulah bersikap profesional dalam membezakan politik dan profesion supaya kegiatan berpolitik tidak menjejaskan kerjaya yang lebih utama. Hal ini menjadi kebimbangan semua pihak terutama ibu bapa pelajar sendiri kerana mereka risau dan kecewa sekiranya guru berpolitik memberikan kesan yang negatif kepada anak-anak mereka, ini bermaksud guru tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Tambahan lain, guru hendaklah amanah dan jujur dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diberikan supaya tidak dianggap seorang individu yang mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh guru menggunakan maklumat rasmi kerajaan seperti menggunakan maklumat kewangan sekolah untuk mempengaruhi kegiatan politiknya. Selain itu, guru tidak boleh mempengaruhi pelajar mengenai politik semasa berada di dalam kelas ataupun mengedarkan soalan yang mengandungi unsur-unsur politik serta mengedarkan risalah atau apa jua maklumat mengenai politik. Keadaan yang sedemikian akan mempengaruhi prestasi pembelajaran pelajar dan merosakkan reputasi guru tersebut. Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru juga tidak boleh menyampaikan maklumat atau mempengaruhi pelajar mengenai politik. Walaupun pelajar di dalam kelas tidak memahami maksud yang disampaikan, ia tetap akan menjadi kesalahan kerana guru tidak dibenarkan berpolitik semasa berada di dalam waktu sekolah. Oleh yang demikian hendaklah peka dengan keadaan supaya tidak diambil tindakan tatatertib yang akan menjejaskan masa depan guru tersebut.