ISU-ISU SEMASA BERKAITAN PUSAKA ISLAM DI …€¦ · PPT file · Web view · 2017-04-05......
Transcript of ISU-ISU SEMASA BERKAITAN PUSAKA ISLAM DI …€¦ · PPT file · Web view · 2017-04-05......
Mohd Zamro MudaJabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam, [email protected]
PENTADBIRAN PUSAKA ORANG ISLAM: ISU PERUNDANGAN &
PENYELESAIAN
PENGENALAN
كل نفس ذائقة الموتMaksudnya: “Tiap-tiap diri akan merasai mati...”
Firman Allah SWT dlm surah al-Anbiya’ ayat 35:
ذين آمنوا ال تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل ها ال يا أيMaksudnya: “Wahai orang-orang yg beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dgn jalan yg salah (tipu, judi dan sebagainya)...”
Firman Allah SWT dlm surah al-Nisa’ ayat 29:
ما يأكلون ذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إن إن ال في بطونهم نارا وسيصلون سعيرا
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yg memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dlm api neraka yg menyala-nyala”
Firman Allah SWT lagi dlm surah al-Nisa’ ayat 10:
DEFINISI HARTA PUSAKAShafi’i – segala apa yg menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kmdn ditinggalkan utk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak & apa yg termasuk ke dlm miliknya stlh dia matiAl-Ramli – “apa-apa yg ditinggalkan utk org yg kmdn drpdnya dari sesuatu hak spt hak jenayah, tuduhan zina @ ikhtisas @ mal spt arak yg tlh menjadi cuka stlh matinya, diyat yg diambil dari pembunuhnya krn diyat itu termasuk ke dlm miliknya, begitu juga apa yg termasuk ke dlm pukatnya yg tlh dipasangnya di masa hidupnya”
Sambungan... Ringkasnya – harta pusaka ialah semua harta
peninggalan si mati iaitu harta yg dimiliki olh seseorg semasa hayatnya & berkekalan miliknya sehingga dia mati
Apabila disebut semua harta peninggalan si mati, maka ia meliputi kesemuanya termasuk dari sekecil-kecilnya spt pinggan mangkuk sehingga sebesar-besarnya spt rumah, tanah dsb
Harta pusaka blh dibahagikan kpd 2 kategori: Harta alih Harta tak alih
Kelewatan Penyelesaian Pembahagian Harta Pusaka
Setakat ini, di Malaysia tidak ada satu bentuk uu pusaka Islam (faraid) yg tlh dikanunkan dlm bentuk uu bertulis
Walau bagaimanapun, kaedah pembahagian harta pusaka Islam diikuti sepenuhnya olh Mahkamah Syariah Negeri-negeri
Dlm hal ini, rujukan blh dibuat kpd kitab-kitab fiqh mazhab Shafi’i utk menentukan kedudukan waris-waris & bahagian-bahagian yg sepatutnya mrk terima dlm harta pusaka si mati yg beragama Islam
Olh itu, di Malaysia terdapat beberapa uu yg mengatur pentadbiran & pembahagian harta pusaka org Islam
UNDANG-UNDANG & PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORG ISLAM DI
MALAYSIA
Sambungan… Punca lahirnya pelbagai uu ini adalah krn
peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri
Di Malaysia, perkara yg berkaitan harta pusaka bg org Islam termasuk di bwh bidang kuasa kerajaan negeri sptmana diperuntukkan dlm Senarai 2(1) Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan (Senarai Negeri)
Walau bagaimanapun, pentadbiran harta pusaka terletak di bwh bidang kuasa Persekutuan sbgmana diperuntukkan dlm Senarai 1(4)(e) Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan (Senarai Persekutuan)
Olh itu, Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa utk memperaku & mengesahkan bahagian yg akan diperolh olh waris-waris dlm btk sijil faraid/perintah faraid shj
LATAR BELAKANG UU & PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORG ISLAM DI MALAYSIA
Sambungan... Di samping itu, terdapat beberapa undang-
undang lain yg berkaitan dgn pentadbiran harta pusaka di Malaysia, iaitu:(1) Akta Tanah (Kawasan-kawasan
Penempatan Berkelompok) 1960(2) Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam(4) Kanun Tanah Negara 1965(5) Undang-undang Penama(6) Akta Pemegang Amanah 1949(7) Akta Surat Kuasa Wakil 1949
Sambungan...
(8) Customary Tenure Enacment(9) Peraturan-peraturan Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955 & Pekeliling-pekeliling berkaitan
(10)Akta Pengambilan Tanah 1960(11)Akta Tafsiran 1948 & 1967(12) Dll
Harta pusaka yg ditinggalkan olh si mati tanpa wasiat (menurut Akta Wasiat 1959) yg terdiri drpd harta tak alih shj @ campuran antara harta tak alih & harta alih yg nilai totalnya tidak melebihi RM2 juta
Harta Pusaka Kecil
Harta pusaka yg ditinggalkan olh si mati yg nilainya melebihi RM2 juta
Ia blh terdiri drpd harta alih shj @ harta tak alih shj @ campuran antara harta alih & tak alih
Ia juga termasuk harta pusaka berwasiat (di bawah Akta Wasiat 1959) walaupun nilainya kurang drpd RM2 juta
Harta Pusaka Besar (Biasa)
Harta pusaka yg ditinggalkan olh si mati yg terdiri drpd harta alih shj yg nilainya tidak melebihi RM600,000
Harta Pusaka Ringkas
ISU-ISU PERUNDANGAN DLM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORANG
ISLAMKonflik bidang kuasa mahkamahKetiadaan statut pusakaPenentuan harta pusakaPenentuan warisTuntutan harta sepencarian selepas kematianWasiat kepada warisWasiat wajibah
Konflik Bidang Kuasa Mahkamah Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121(1A)
Bidang kuasa yg eksklusif kpd Mahkamah Syariah bagi perkara-perkara yg terletak di bawah bidang kuasanya
Walau bagaimanapun, pindaan tersebut dilihat masih belum dapat menyelesaikan isu konflik bidang kuasa antara kedua-dua mahkamah tersebut secara total dlm perkara-perkara yg berkaitan dgn transaksi khusus harta org Islam
Di Malaysia, undang-undang pentadbiran harta pusaka yg terpakai kpd org Islam ialah Akta Probet & Pentadbiran 1959 [Akta 97] & Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]
Sambungan.... Persoalan yg timbul ialah mengenai peruntukan seksyen 12(7) Akta 98 yg memberikan kuasa kpd Pemungut utk membuat penentuan berdasarkan prinsip hukum Syarak mengenai waris-waris, penentuan kadar bahagian-bahagian yg layak diterima & jumlah harta yg boleh dikategorikan sebagai harta pusaka
Seksyen 12(7) “Pemungut hendaklah menentukan, dlm cara yg paling sesuai, undang-undang yg terpakai kpd penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut undang-undang itu adalah benefisiari-benefisiari & kadar syer & kepentingan masing-masing”
Cadangan Penyelesaian Pinda peruntukan Seksyen 12(7) Akta 98 Serahkan kuasa penentuan waris,
penentuan harta pusaka, kadar bahagian setiap waris kpd Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah berbidang kuasa dlm hal berkenaan sebagaimana yg diperuntukkan dlm Akta/Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam @ Enakmen Mahkamah Syariah negeri masing-masing
Mahkamah Syariah di Malaysia berbidang kuasa menyediakan sijil faraid jika terdapat permohonan drpd mana-mana pihak yg berhasrat membahagikan harta pusaka mengikut hukum syarak
Ketiadaan Statut Pusaka
Rujukan utama Mahkamah Syariah adalah hukum syarak terutama mazhab Shafi’i
Keadaan ini menimbulkan kesukaran kepada hakim
Cadangan Penyelesaian
Setiap negeri hendaklah mewujudkan statut pusaka Islam masing-masing
Wang berkenaan adalah harta pusaka Ia dicarumkan olh si mati/pekerja semasa hidup Olh itu, ia hendaklah dibahagikan kpd waris-
waris si mati mengikut hukum faraid Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 pd 19 September 2000 memutuskan: Wang KWSP & wang simpanan adalah harta
pusaka yg mesti dibahagi mengikut hukum faraid
Penama KWSP adalah wasi/pentadbir harta Penama hendaklah membahagikan wang
KWSP (peninggalan si mati) mengikut hukum faraid
KWSP
Sambungan… Hukum pembayaran KWSP bagi ahli yg memeluk
Islam - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-61 pd 27 Januari 2004 memutuskan: Mengikut hukum syarak, org bukan Islam
tidak berhak mewarisi harta org Islam & begitulah sebaliknya;
Jika seseorg bukan Islam memeluk Islam & mempunyai simpanan KWSP & tlh menamakan penama org bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kpd org Islam. Jika tiada penama org Islam & tiada waris Islam yg berhak ke atas harta tersebut stlh beliau mati maka harta itu tidak menjadi hak kpd penama yg bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kpd Baitumal; dan
Org Islam blh membuat wasiat kpd org bukan Islam tidak melebihi 1/3 drpd hartanya
Sambungan…
Hukum menjadikan caruman KWSP sbg harta sepencarian -Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 pd 22 Februari 2005 tlh memutuskan bhw wang caruman KWSP tidak blh dianggap sbg harta sepencarian & menetapkan wang tersebut sbg harta pusaka yg perlu dibahagikan mengikut hukum faraid
Sumbangan @ Derma Org ramai yg datang melawat kematian
selalunya menghulurkan wang kpd keluarga si mati sbg derma
Sumbangan wang juga diberikan kpd keluarga si mati olh majikannya
Tujuan sumbangan/derma ini bagi meringankan beban keluarga si mati
Sumbangan/derma ini tak dianggap sbg harta pusaka
Ia menjadi hak milik keluarga si mati & tak perlu dibahagikan mengikut hukum faraid
Waris-waris blh gunakannya utk keperluan yg difikirkan patut & blh dibahagikan di kalangan mereka mengikut persetujuan
Khairat Kematian Mempunyai ciri yg hampir sama dgn
derma/sumbangan Konsep/matlamatnya sama iaitu bagi
meringankan beban keluarga utk menguruskan jenazah
Ada juga khairat kematian yg dibayar oleh agensi tertentu spt ASB
Oleh kerana khairat kematian diberikan kpd keluarga si mati maka ia bukan harta pusaka
Yuran yg dibayar drpd ahli dianggap sbg sumbangan & bukan simpanan
Imbuhan, Pampasan & Saguhati Selalunya diberikan olh majikan kpd keluarga
pekerjanya yg tlh mati Penerimanya spt balu, anak, ibu bapa @ adik
beradik si mati Wang ini dibayar semata-mata ihsan drpd
majikan kpd keluarga pekerjanya Olh itu, secara umumnya ia dianggap bukan
harta pusaka
Pencen & Pencen Terbitan Pencen dibayar kpd pesara semasa hayatnya
adalah kepunyaannya Formula: 1/600 x tempoh perkhidmatan (bulan)
x gaji akhir Pencen si mati yg belum sempat dikeluarkan
semasa hayatnya adalah harta pusaka Pencen terbitan dibayar kpd org tanggungan
pesara yg tlh mati (balu/duda & anak bawah 21 tahun yg belum berkahwin)
Pencen terbitan tidak dianggap sbg harta pusaka & ia tertakluk kpd Akta Pencen 1980 (Akta 227) & (Akta 239)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 pd 12 September 1988 memutuskan bhw ganjaran terbitan & pencen terbitan tidak termasuk sbg harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kpd kaedah pembahagian harta pusaka
Gantian Cuti Rehat Cuti rehat yg tidak dapat dihabiskan dlm satu-
satu tahun bekerja & dikumpulkan sehingga maksimum 150 hari & diganti dgn wang tunai
Formula: 1/30 x (gaji akhir + imbuhan tetap) x jumlah cuti terkumpul
Biasanya bayaran gantian cuti rehat dibayar dgn wang bersekali dgn ganjaran persaraan
Perkara 5.1(b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 1993 – bagi pegawai yg mati dlm perkhidmatan, bayaran kpd tanggungan pegawai
Amalan yg ada menunjukkan ia bukan harta pusaka
Namun krn perkiraannya berdasarkan kpd formula yg tlh ditetapkan maka amalan tersebut perlu dikaji semula
Ganjaran & Ganjaran Terbitan Ganjaran ialah pemberian kerajaan/majikan kpd
kakitangannya yg tlh bersara/dikehendaki bersara & diberi sekaligus
Formula: 7.5/100 x tempoh perkhidmatan (bulan) x gaji akhir
Ganjaran terbitan dibayar kpd org tanggungan kakitangan yg tlh mati – balu/duda, anak bawah 21 tahun yg belum berkahwin & ibu
Tertakluk kpd Akta Pencen 1980 (Akta 227) & (Akta 239)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 pd 12 September 1988 memutuskan bhw ganjaran terbitan & pencen terbitan tidak termasuk sbg harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kpd kaedah pembahagian harta pusaka
Namun ia perlu diteliti semula sama ada ia harta pusaka/tidak
Perbincangan Mengenai Pampasan & Ganjaran Terbitan
Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah skim yg memberi pampasan kpd Anggota Perkhidmatan Awam yg ditimpa bencana kerja semasa menjalankan tugas rasmi hingga menyebabkan hilang upaya kekal @ kematian termasuk yg teraniaya disebabkan perbuatan balas dendam akibat drpd tindakan semasa menjalankan tugas rasmi (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2001)
Bagi pekerja yg telah mati, ex-gratia terbitan akan dibayar kpd org tanggungan
Bagi si mati yg tiada balu/duda @ anak – pemberian ex-gratia terbitan sekaligus kpd ibu/bapa (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2008)
Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan (11/2/2011) memutuskan bhw ex-gratia terbitan adalah harta pusaka
Wang PERKESO Bayaran dibuat kpd org tanggungan seseorg
pekerja yg mati akibat bencana kerja Tertakluk kpd Akta Keselamatan Sosial Pekerja
1969 Pemberian tersebut bermaksud meringankan
beban waris-waris Ia bukan harta pusaka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal
Islam Malaysia Kali ke-49 pd 19 September 2000 telah memutuskan bhw wang SOCSO & PERKESO bukan termasuk dlm pembahagian harta pusaka
Insurans @ Takaful Penama yg ditulis di polisi insuran/takaful tidak
dgn sendirinya menjadi hak milik kpd penama tersebut
Wang yg dikeluarkan bukan milik penama Penama hanyalah sbg wasi/wakil/pentadbir Wang tersebut hendaklah dibahagikan kpd
waris-waris mengikut hukum faraid Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
Wilayah Persekutuan yg diwartakan pd 18 Januari 2001 memutuskan bhw org Islam yg dinamakan sbg penama olh si mati dlm apa-apa skim simpanan wang dlm mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, Insurans, Tabung, Lembaga, Syarikat Kerjasama, Koperasi @ institusi kewangan ialah wasi kpd si mati & hendaklah membahagikan harta peninggalan kpd waris yg berhak mengikut pembahagian faraid
Sambungan.... Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 pd 20-22 April 2011 telah membincangkan status pampasan polisi insurans konvensional slps kematian pembeli polisi
Muzakarah tlh memutuskan spt berikut: Insurans konvensional adalah suatu
muamalah yg tidak patuh syariah krn mempunyai elemen-elemen yg bercanggah dgn prinsip teras Islam
Pampasan polisi insurans konvensional dikira sbg harta tidak patuh syariah
Jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat shj dikategorikan sbg harta peninggalan si mati yg perlu diagihkan secara sistem faraid
Sambungan.... Baki pampasan polisi insurans konvensional
tersebut tidak blh diwarisi olh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dgn diserahkan sama ada kpd pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri @ didermakan utk tujuan kebajikan termasuklah kpd golongan fakir & miskin
Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri @ anak-anak pembeli polisi dikategorikan sbg golongan fakir & miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut utk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dgn jumlah sekadar keperluan sbg fakir & miskin stlh disahkan oleh pihak berkuasa @ Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan
Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yg tlh dinyatakan di atas
Anak Tak Sah Taraf Kesahtarafan seseorang anak adalah berkait
rapat dgn perkahwinan yg sah serta tempoh kelahiran
Anak tak sah taraf ialah seseorang anak yg dilahirkan di luar nikah & bukan anak dari persetubuhan syubhah
Anak tak sah taraf tidak boleh mempusakai harta bapanya yg tak sah
Anak tersebut boleh mewarisi harta pusaka ibunya & waris-waris lain sebelah ibunya @ sebaliknya
Pembunuh
Dlm mazhab Shafi’i, semua jenis pembunuhan tidak layak dapat harta pusaka
Tak kira sama ada pembunuhan itu dilakukan secara sengaja @ tidak
Tak kira sama ada pembunuh itu orang dewasa @ kanak-kanak
Tak kira sama ada pembunuh itu berakal @ tidak
Mu’allaf
Salah satu syarat yg melayakkan seseorg itu mendapat harta pusaka ialah kesemua pihak yg terlibat iaitu waris & pewaris ialah beragama Islam
Olh itu, berlainan agama akan menghalang seseorg waris itu drpd menerima harta pusaka
Ini bermakna seseorg Islam tidak blh mewarisi pusaka bukan Islam & begitu jugalah sebaliknya
Sekiranya saudara baru tidak mempunyai waris yg beragama Islam yg layak mendapat harta pusakanya, maka Baitulmal akan mewarisi harta pusaka tersebut
Talak Raj’i
Talak raj’i ialah talak 1 & 2 Suami @ isteri berhak mendapat harta pusaka
jika mati salah satu pihak dlm tempoh iddah
Mafqud (Orang Hilang) Mafqud bermaksud orang yg hilang tanpa
diketahui sama ada masih hidup @ telah mati Orang hilang masih dianggap masih hidup
hingga dibuktikan @ dihukumkan dia telah mati Mazhab Shafi’i – tempoh mafqud boleh
dihukumkan mati bila berumur 90 tahun @ semua rakannya tlh mati
Penentuan mafqud telah mati hendaklah dibuat oleh Mahkamah
Tempoh – 4 tahun (Mahkamah Syariah) Tempoh – 7 tahun (Mahkamah Sivil – Seksyen
108 Akta Keterangan 1950) Keputusan Mahkamah Syariah bukan utk tujuan
pembahagian harta pusaka
Tuntutan Harta Sepencarian slps Kematian
Tiada peruntukan yg jelas dlm Undang-undang Keluarga Islam mengenai tuntutan harta sepencarian slps kematian
Arahan Amalan No. 5 Tahun 2003 JKSM - masa dibolehkan membuat tuntutan harta sepencarian iaitu sama ada semasa tuntutan perceraian/slps perceraian/slps kematian mana-mana pihak
Fatwa Selangor yg diwartakan pd 23/6/2005 menyatakan: Harta sepencarian slps kematian salah satu pihak dlm
perkahwinan blh dibahagikan kpd suami/isteri sblm difaraidkan termasuk stlh dilepaskan tanggungan si mati
Pembahagian ikut takat sumbangan sama ada langsung/tak langsung
Persetujuan pembahagian dibuat melalui perintah mahkamah
Wasiat kpd Waris Wasiat kpd bukan waris tak boleh lebih 1/3 harta
pusaka si mati Perkiraan 1/3 harta dibuat slps selesai perbelanjaan
pengurusan jenazah & pelunasan hutang Jika harta yg diwasiat itu lebih 1/3 maka lebihan itu
tidak sah & ia dikira sbg harta pusaka kecuali waris-waris setuju
Wasiat kpd waris sama ada sedikit @ banyak adalah tidak sah kecuali waris-waris lain setuju
Persetujuan hendaklah dilakukan slps kematian Bercanggah dgn Seksyen 26(2) Enakmen Wasiat
Orang Islam Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 & Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005
Wasiat Wajibah Wasiat wajibah ialah sebahagian harta pusaka
diperuntukkan kpd anak-anak (cucu) yg kematian ibu/bapa sblm datuk/nenek @ mrk mati serentak
Terdapat dlm Seksyen 27 Enakmen Wasiat Selangor 1999, Negeri Sembilan 2004 & Melaka 2005
Telah difatwakan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 pd 22 - 24 Oktober 2008 memutuskan bhw wasiat wajibah adalah harus
Selangor telah mewartakan fatwa ini pd 6/1/2011
Sambungan... Pelaksanaan wasiat wajibah berdasarkan
keputusan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia:1) Anak lelaki & perempuan drpd anak lelaki &
anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak utk menerima wasiat wajibah
2) Hendaklah kedua ibu @ bapa mereka mati terlebih dahulu drpd datuk @ nenek @ ibu @ bapa mati serentak dgn datuk @ nenek dlm kejadian yg sama @ berlainan
3) Cucu lelaki & perempuan bukan merupakan waris kpd harta pusaka datuk. Sekiranya mrk merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu/ta’sib maka mrk tidak layak utk mendapat wasiat wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah
Sambungan...
4) Sekiranya anak lelaki @ anak perempuan berlainan agama dgn ibu @ bapa @ terlibat dgn pembunuhan ibu @ bapa, maka dia tidak berhak utk mendapat wasiat wajibah drpd harta pusaka datuk
5) Sekiranya datuk @ nenek telah memberikan harta kpd cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dsb dgn kadar yg sepatutnya diterima olh anak lelaki @ anak perempuan mrk sekiranya mrk masih hidup, cucu tidak lagi berhak utk mendapat wasiat wajibah. Sekiranya pemberian tsbt adalah kurang drpd hak yg sepatutnya diterima olh cucu drpd bahagian anak lelaki @ anak perempuan, maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut
Sambungan...
6) Anak akan mengambil bahagian faraid bapa @ ibu yg mati terlebih dahulu drpd datuk @ nenek & kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 drpd nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 @ kurang drpd 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pd kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pd kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan waris-waris yg lain
7) Pembahagian wasiat wajibah blh dilaksanakan stlh didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah & hutang piutang
8) Pembahagian wasiat wajibah kpd cucu-cucu yg berhak adalah berdasarkan kpd prinsip faraid iaitu seorg lelaki menerima bahagian 2 org perempuan
CADANGAN PENYELESAIAN Wujudkan statut pusaka Islam Wujudkan statut hibah & wasiat Islam terutama
bagi negeri-negeri yg tiada lagi statut berkenaan Kaji semula beberapa peruntukan statut yg saling
bertentangan seperti hal berkaitan dgn mafqud, wasiat kpd waris dll
Kuat kuasakan fatwa yg telah dikeluarkan & keluarkan fatwa bagi isu-isu berkaitan pembahagian harta pusaka yg belum ada fatwa
Kenal pasti badan pemantau di peringkat kebangsaan yg bertanggungjawab menyelia & memantau institusi @ agensi yg terlibat secara langsung @ tak langsung dgn pengurusan & perancangan harta pusaka
Sambungan... Mewajibkan institusi @ agensi melantik panel
syariah Memberi kesedaran & kefahaman kpd
masyarakat Islam mengenai pusaka Islam Waris memainkan peranan dlm penyelesaian
pembahagian harta pusaka – segerakan pembahagian
Amalkan konsep takharuj dlm pembahagian harta pusaka
KESIMPULAN Terdapat banyak isu-isu semasa berkaitan dgn
perundangan pentadbiran harta pusaka Perbincangan sblm ini merupakan sebahagian
drpd isu & mungkin terdapat beberapa lagi isu yg lain yg tak sempat dibincangkan
Kebanyakan isu-isu ini telahpun diselesaikan oleh fatwa @ keputusan Mahkamah
Namun ia masih juga diperdebatkan mungkin disebabkan kekurangan maklumat
SEKIANTERIMA KASIH