Isu perpaduan etnik malaysia

19
JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK Nama & No. Kad Pengenalan Kod & Nama Kursus Kumpulan Nama Pensyarah Deskripsi Tugasan Tarikh Hantar “Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat. Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya.” Tanda tangan pelajar: _________________ Tarikh: _______________

Transcript of Isu perpaduan etnik malaysia

Page 1: Isu perpaduan etnik malaysia

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama & No. Kad Pengenalan

Kod & Nama KursusKumpulanNama Pensyarah

Deskripsi TugasanTarikh Hantar

“Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.

Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya.”

Tanda tangan pelajar: _________________ Tarikh: _______________

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar : _____/_____/_____ Diterima oleh : _________________

Tarikh disemak : _____/_____/_____ Dinilai oleh : ___________________

Markah :

Page 2: Isu perpaduan etnik malaysia

PENDAHULUAN

Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini. Dalam tugasan pertama

yang merupakan tugasan individu, kami dikehendaki untuk membina satu peta

pemikiran i-Think mengenai hubungkait kontrak sosial dengan empat isu tentang

perpaduan di Malaysia seperti mana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan

Malaysia.

Dalam tugasan yang kedua yang merupakan tugasan berkumpulan, kami

dikehendaki untuk menyiapkan sebuah esei tentang keberkesanan usaha Kementerian

Pendidikan Malaysia bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasional dalam

kalangan murid sekolah.

Page 3: Isu perpaduan etnik malaysia

SOALAN

Tugasan Projek (100%)

“Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi nasional merupakan perkara yang sangat

penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik yang sihat

akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama,

bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak

awal kemerdekaan lagi. Usaha kerajaan perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.”

(Shamsul Amri Baharuddin, 2007)

Tugasan 1 - Peta Pemikiran (i-Think) (20%) – secara berkumpulan dua / tiga orang

Berdasarkan petikan di atas, hubungkaitkan kontrak sosial dengan empat isu tentang perpaduan etnik di Malaysia seperti mana yang terdapat dalam Perlembagaan

Persekutuan Malaysia dengan menggunakan peta pemikiran (i-Think). Anda

dikehendaki merujuk sumber yang sahih untuk memperoleh maklumat / fakta berkaitan

empat isu tentang perpaduan etnik di Malaysia.

Tugasan 2 - Esei (60%) – secara berkumpulan dua / tiga orang

Memberi pendapat tentang keberkesanan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia

bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid di

sekolah.

Panjang esei dalam lingkungan 1500 patah perkataan.

Page 4: Isu perpaduan etnik malaysia

PETA i-THINKSherly Jewinly

Page 5: Isu perpaduan etnik malaysia

TUGASAN 1

KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial

membawa maksud

manusia mewujudkan

sebuah negara

sebagai satu

perjanjian bersama

dimana individu

bersetuju kepadanya

(Thomas Hobbes,

1651) dan individu-

individu yang bebas

bersetuju untuk

menyerahkan haknya

untuk memerintah diri

sendiri demi kepada

satu institusi yang

berkuasa dan

berdaulat. (John Locke

,1689)

AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Agama Islam ialah agama persekutuan

tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di

mana-mana persekutuan. (Suffian, 1984)

Pihak kerajaan persekutuan atau negeri

mempunyai kebebasan, kuasa dan

keistimewaan untuk:

i. Menubuhkan,menyelenggara,

membantu penubuhan institusi Islam

ii. Melaksanakan ajaran Islam

iii. Mengeluarkan pebelanjaan untuk

tujuan itu

Perkara 3 memperuntukkan satu fasal

imbangan yang menyatakan tiap-tiap

kumpulan agama berhak:

i. Menguruskan hal ehwal agamanya

sendiri

ii. Menubuhkan dan menyelenggara

institut bagi maksud agama atau

khairat

iii. Memperoleh dan memiliki harta benda

serta memegang dan mentadbirnya

mengikut undang-undang.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa kebangsaan ialah Bahasa

Melayu. (Suffian, 1984)

Implikasi:

i. Tiada sesiapa pun dilarang atau

ditahan daripada menggunakan

(selain dari maksud rasmi) atau

mengajar atau belajar apa-apa

bahasa lain.

ii. Kerajaan berhak mengekalkan

penggunaan dan pembelajaran

bahasa lain dalam persekutuan.

Bahasa rasmi kebangasaan disedari

penting untuk menyatukan rakyat

pelbagai kaum yang masing-masing

dengan bahasa pertuturannya.

Terdapat bantahan dari pihak lain

tetapi isu ini dapat diselesaikan

melalui penerangan Tun Tan Siew

Sin.

Bahasa Melayu telah menjadi ‘lingua

franca’ di Nusantara sejak berabad

lamanya.

Page 6: Isu perpaduan etnik malaysia

KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial

merupakan satu

istilah

permuafakatan

antara kaum

yang dicapai

sebelum

merdeka melalui

satu persetujuan

di kalangan

rakyat dan

pemimpin yang

terdiri daripada

kaum Melayu,

Cina dan India.

(Syed Ahmad

Hussein, 1994)

KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Terhasilnya sistem raja berperlembagaan

(Nazaruddin, 2001)

Institusi kesultanan dilindungi oleh

Perlembagaan dengan cara bahawa

tiada pindaan boleh dibuat terhadap

peruntukan berhubung dengan Majlis

Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-

hak mereka untuk warisan sebagai raja

negeri.

Yang Dipertuan Agong diberi kuasa

memerintah.

Baginda juga adalah Pemerintah

Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan

dan merupakan salah satu unsur utama

daripada 3 unsur utama badan

perundangan persekutuan iaitu parlimen.

Perlembagaan memperuntukkan bahawa

Yang Dipertuan Agong tidak boleh

didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan

dalam mana-mana mahkamah.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri

Melayu mestilah orang Melayu dan oleh

kerana itu ianya orang Islam.

KEDUDUKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH

DAN SARAWAK

Yang Dipertuan Agong dikehendaki

untuk melaksanakan dasar bagi

melindungi kedudukan istimewa orang

Melayu dan kaum bumiputera Sabah

dan Sarawaj dari segi jawatan dalam

perkhidmatan awam, biasiswa,

pendidikan, perniagaan dan

kemudahan khas lain yang diberikan.

Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan

secara berhati-hati agar tiada sesiapa

kehilangan sebarang jawatan awam,

penarikan biasiswa, keistimewaan atau

pelucutan dan penamatan permit yang

dinikmati mereka selama ini kerana

pelaksanaan dasar tersebut

Perkara ini juga melindungi kaum-kaum

lain iaitu adalah menjadi

tanggungjawab Yang DiPertuan Agong

untuk melindungi hak-hak mereka yang

sah melalui peruntukan lain.

(Salleh Abbas, 1986)

Page 7: Isu perpaduan etnik malaysia

JUSTIFIKASI

Pengenalan

Malaysia menjadi sebuah negara yang unik dan istimewa kerana walaupun

penduduknya berbilang bangsa,agama dan kebudayaan, namun konflik atau

pergaduhan kaum jarang berlaku. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi asas kepada

pembentukan Malaysia, sebuah negara yang aman dan harmoni. Sejak peristiwa itu,

masyarakat Malaysia amat memikirkan ke arah kehidupan yang lebih harmoni dan

aman damai tanpa memikirkan kepentingan ssesuatu kaum sahaja. Semasa usaha

menuju ke arah kemerdekaan negara yang berdaulat, pemimpin negara kita

menghadapi masalah untuk mencapainya kerana tiada perpaduan di kalangan

masyarakat pada masa itu. Ini semua berlaku akibat kepelbagaian budaya,bahasa dan

agama. Malahan, setiap kaum ingin mejadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa

kebangsaan negara kita pada masa itu. Ini semua berlaku akibat prasangka antara satu

sama lain. Perkara ini semuanya berlaku akibat dari sistem penjajahan yang

dilaksanakan oleh pihak penjajah terutamanya pihak Inggeris yang mengamalkan dasar

pecah dan perintah terhadap penduduk Tanah Melayu waktu itu. Dasar ini

mengakibatkan penduduk Tanah Melayu hidup secara kelompok masing-masing tanpa

ada pergaulan antara kaum. Pengasingan kaum mengikut dari segi tempat tinggal dan

bidang ekonomi ini secara tidak langsung telah mengakibatkan mereka kurang

berinteraksi antara satu sama lain dan akhirnya mewujudkan tembok pemisah dan

seterusnya menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu ketika itu. (Aziz Bari, 1996)

Kontrak Sosial

Menurut ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes (1651),

manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu

itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk

menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama

yang berkuasa dan berdaulat (John Locke, 1689).

Page 8: Isu perpaduan etnik malaysia

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara

kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan

pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India (Syed Ahmad Hussein,

1994). Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti

yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud

dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial

sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah

yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Isu Perpaduan Etnik di Malaysia

Pembentukan negara bangsa merupakan satu usaha yang paling mencabar bagi

sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,bangsa dan agama. Justeru,di

dalam usaha kerajaan menuju ke arah ini,kerajaan menyedari bahawa kontrak sosial

amatlah perlu bagi membentuk perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang

kaum,bangsa dan agama ini. Di Malaysia, Kontrak sosial ini telah wujud di antara orang

Melayu, Cina ,India serta bumiputera Sabah dan Sarawak. Ianya adalah bertujuan

untuk menyelesaikan perbezaan kepentinghan diri atau sesesuatu kaum, memastikan

kepentingan majoriti dan minoriti tanpa menjejaskan hak dan kepentingan kaum

masing-masing, memastikan persetujuan yang dicapai akan kekal dan dapat diwarisi

dari satu generasi ke satu generasi kerana persetujuan ini merupakan sesuatu yang

berpanjangan dan memastikan setiap pihak akan mematuhi dan menyampaikan

kepada generasi seterusnya agar berkekalan di masa akan datang (Zulkifli J. , 2011).

Dalam pembinaan Kontrak Sosial, terdapat beberapa isu perpaduan etnik

mahupun unsur-unsur tradisi yang diadun bagi membentuk perlembagaan Malaysia.

Antaranya iaitu agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan, kedudukan Raja Melayu dalam perlembagaan persekutuan, dan

kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Page 9: Isu perpaduan etnik malaysia

Agama Islam sebagai Agama Rasmi.

Menurut Suffian (1984), kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan

adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan

budaya majoroti penduduk iaitu orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan

Persekutuan ada dinyatakan bahawa “Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan,

tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana

bahagian Persekutuan”

Menurut Tun Salleh Abbas (1986), Melayu dan Islam adalah dua unsur yang

bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.

Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang

Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh

kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka

tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang

mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa

yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa

British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk

agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu

dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi

Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal yang menyebut “tetapi agama lain

boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“.

Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal

agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud

agama atau khairat, dan memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan

mentadbirkannya mengikut undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka

kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan

untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau

Page 10: Isu perpaduan etnik malaysia

penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan

ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan

untuk tujuan itu. Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen

perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran

agama Islam dan undang-undangnya.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah

negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan

bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal

keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa

perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat

diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Dalam perbahasan perundingan

persekutuan yang diadakan pada julai 1957, Tun Tan Siew Sin telah menerangkan

bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka.

Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya

tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembangkan bahasa Cina dan

Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa

perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan

perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara,

mereka bersetuju”

Page 11: Isu perpaduan etnik malaysia

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak

mengenepikan bahasa lain seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan

Persekutuan iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam

tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen dengan syarat

bahawa tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain

bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain dan

kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam

persekutuan (Suffian,1984).

Tun Salleh Abbas (1986) hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan

menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui

satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar

negara ini sejak dahulu lagi.

Kedudukan Raja Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan

Salleh Abbas (1997) di dalam bukunya menerangkan, apabila akhirnya

kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan

tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi

berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara

Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada

identiti negara. Sebagai sebuah negara, Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang

berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara

Page 12: Isu perpaduan etnik malaysia

rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri

kemelayuan.

Menurut Nazaruddin (2001), hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan,

Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja

berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri

yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi

Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga

unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi

menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan

hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu.

Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan

boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan

keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing

tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung

menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh

diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu mestilah orang Melayu dan oleh

kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan

Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah

seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan

lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan raja. Perlembagaan

Page 13: Isu perpaduan etnik malaysia

memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa

jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.

Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara

153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam

beberapa perlembagaan negeri.

Menurut Nazaruddin (2001), penjaminan kedudukan istimewa orang Melayu

yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153

menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau

Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera

di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam

perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain

kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.

Peruntukan Perkara 153 adalah perezaban kuota mengenai perkhidmatan,

permit dan sebagainya untuk orang Melayu. Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-

Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-

mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut

peruntukan perkara ini. Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi

tertakluk kepada peruntukan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-

tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan

Page 14: Isu perpaduan etnik malaysia

mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan

istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk

menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri

Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong

mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam

sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran

atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau

diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang

di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa perniagaan,

dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-

undang itu dan Perkara ini (Salleh Abbas, 1986).

Kesimpulan

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu memahami kontrak sosial dengan jelas

berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya

tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan,

kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Kontrak sosial adalah

anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam

perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan

kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan

persekutuan.