isu tahlil.docx

25
SNIN, 26 DISEMBER 2011 Kenduri tahlil...adakah salah? Kenduri kematian atau kenduri tahlil bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi. Lazimnya kenduri ini diadakan selepas berlaku kematian mana mana ahli keluarga.Oleh kerana kenduri tahlil ini merupakan sesuatu yang seolah olah menjadi kemestian diadakan apabila ada kematian,ianya menjadi satu fenomena yang pelik jika sesebuah keluarga itu tidak mengadakan kenduri tahlil jika ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.Malah masyarakat akan beranggapan keluarga berkenaan terlalu kedekut atau tidak memahami ajaran agama islam untuk menyampaikan doa dan pahala kepada simati. Biasanya di dalam majlis tahlil ini kaum keluarga akan berkumpul menyediakan jamuan untuk tetamu sambil mengadakan majlis tahlil dan diakhiri dengan jamuan. Lazimnya tahlil dalam masyarakat melayu dimulai dengan bacaan al fatihah, surah al ikhlas,surah an nas,surah al falaq,surah al baqarah ayat 1 hingga 6 dan ayat kursi serta sebahagian ayat ayat al quran dan kalimah Laa Ilaha Illa Allah sebanyak 100 kali dan diakhiri dengan doa tahlil. Imam yang mengetuai bacaan tahlil dan doa akan membacakan niat menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada simati dengan menyebut khusus nama simati tersebut. Dalil-dalil membuat kenduri tahlil arwah: ى ل ص ى ب ن ل ل اْ وُ ل ا ق م ل س و ه ْ ي ل عُ ه ل ل ى ا ل ص ه ل ل ا لْ وُ س ر اب حْ ص اْ ) ن م اً اس ن ) ن ا اً ضْ ي اُ ه ْ ي عُ ه ل ل ا ى ض ر5 ر ذْ ى ب اْ ) ن عُ مْ وُ ص ي ا م ك ) نْ وُ مْ وُ ص ي و ى ل ضُ ي ا م ك ) نْ وُ ل ضُ ي رْ وُ جُ لاْ ا ن رْ وُ D ثُ د الُ ل ْ ه ا ب ه ذ ه ل ل ا لْ وُ س ا ر ن م ل س و ه ْ ي ل عُ ُ ُ ُ ُ ه ل ل اْ مُ ه ل ا وْ م ا ) نْ وُ ق د ض تَ ي و. ً ه ق د ص5 ةَ د ْ ي مْ ح ت ل ُ ك وً ه ق د ص5 ة ر ْ ي [ بْ ك ^ ن ل ُ ك وً ه ق د ص5 ه حْ ي [ نْ س ت ل ُ ك ب ) ن ا ) نْ وُ ق د ض ي ا مْ مُ ك لُ ه ل ل ا ل ع جْ د ق سْ ي ل و ا ال ق ل ُ ك وً ه ق د ص5 ه لْ ي لْ ه تْ ى بْ p ا ن ا ه ل ل ا لْ وُ س ا ر ا نْ وُ ل ا قً ه ق د صْ مُ ك د ح ا عْ صُ ي ى ف وً ه ق د ص5 ر كْ يُ مْ ) ن ع5 ىْ ه ت وً ه ق د ص فْ وُ رْ ع مْ ل ا ن5 ر ْ م ا و ى ف ا ه ع ص ض ا و ذ ا ك ل د ك قٌ رْ ر و ه ْ ي ل ع ) ان ك ا5 ام ر ح ى ف ا ه ع ض وْ و لْ مُ تْ ي p ا ر ا ال قٌ ر ْ ح ا ا هْ يِ فُ ه ل ) نْ و ُ ك ن وُ ه ت وْ ه D ش ا نُ د ح ا. ٌ رْ ح اُ ه ل ) ان ك ل لا حْ ل اٌ م لْ سُ مُ اة و ر

Transcript of isu tahlil.docx

SNIN, 26 DISEMBER 2011Kenduri tahlil...adakah salah?Kenduri kematian atau kenduri tahlil bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi. Lazimnya kenduri ini diadakan selepas berlaku kematian mana mana ahli keluarga.Oleh kerana kenduri tahlil ini merupakan sesuatu yang seolah olah menjadi kemestian diadakan apabila ada kematian,ianya menjadi satu fenomena yang pelik jika sesebuah keluarga itu tidak mengadakan kenduri tahlil jika ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.Malah masyarakat akan beranggapan keluarga berkenaan terlalu kedekut atau tidak memahami ajaran agama islam untuk menyampaikan doa dan pahala kepada simati.Biasanya di dalam majlis tahlil ini kaum keluarga akan berkumpul menyediakan jamuan untuk tetamu sambil mengadakan majlis tahlil dan diakhiri dengan jamuan. Lazimnya tahlil dalam masyarakat melayu dimulai dengan bacaan al fatihah, surah al ikhlas,surah an nas,surah al falaq,surah al baqarah ayat 1 hingga 6 dan ayat kursi serta sebahagian ayat ayat al quran dan kalimah Laa Ilaha Illa Allah sebanyak 100 kali dan diakhiri dengan doa tahlil. Imam yang mengetuai bacaan tahlil dan doa akan membacakan niat menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada simati dengan menyebut khusus nama simati tersebut.Dalil-dalil membuat kenduri tahlil arwah:

. . Ertinya: Diriwayatkan daripada Abi Zar r.a, telah bertanya oleh beberapa orang sahabat kepada Nabi s.a.w, wahai Rasulullah telah pergilah orang-orang hartawan dengan pahala yang banyak maka sembahyang mereka itu sepertimana kami sembahyang dan puasa mereka itu sepertimana kami puasa dan bersedekah mereka itu dengan kelebihan daripada kekayaan mereka. Telah menjawab oleh Nabi s.a.w, adakah kamu bersusah hati?. Bukankah telah dijadikan oleh Allah bagimu sesuatu yang boleh kamu bersedekah dengannya.Sesungguhnya bagi tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap pujian itu sedekah,tiap-tiap tahlil itu sedekah, menyeru dengan pekerjaan yang baik-baik itu sedekah, melarang kemungkaran itu sedekah dan pada berjimak kamu itu juga sedekah. Berkata para sahabat, adakah bagi seseorang kami pahala dengan menunaikan shahwat?. Jawab Rasulullah s.a.w bagaimanakah perkiraan kamu jika kamu tunaikan shahwat itu kepada yang haram?, adakah kamu berdosa?. Maka seperti demikian pulalah apabila kamu menunaikan shahwat pada yang halal nescaya bagimu itu pahala.Hadis riwayat Muslim. Ertinya: Telah kami meriwayatkan di dalam sunan Al-Baihaqi dengan isnad yang hasan bahawa Ibnu Umar menyunatkan bahawa dibacakan atas kubur selepas wafat, awal surah Al-Baqarah dan akhirnya.Hadis riwayat Ibnu Mubarak daripada Sulaiman At-Taimi daripada Abi Usman daripada Maqil bin Yasar, beliau berkata: Telah bersabda Nabi s.a.w Ertinya: Bacalah surah Yasin atas mereka yang mati dikalangan kamu.Banyak pandangan mengenai keharusan mengadakan kenduri tahlil ini.malah ada pandangan yang mengatakan bahawa nabi Muhammad tidak pernah melarang untuk berbuat demikian.Majlis kenduri tahlil adalah majlis zikir dan tidak salah mengadakannya,malah ramai ulama yang menghukumkan pahala bacaan al Quran sampai kepada simati. Oleh kerana amalan tersebut sampai kepada simati,maka mengadakan mengadakan kenduri tahlil tidak menjadi kesalahan dan bukanlah perkara bidah kerana di dalamnya terkandung bacaan al Quran dan pahala bacaan al quran tersebut dihadiahkan kepada simati.kalaupun ianya dikra bidah,ia merupakan bidah yang dikira baik.Persoalan yang timbul hari ini ialah cara perlaksanaan majlis tahlil itu yang diadakan.Kita sedia maklum bahawa kenduri tahlil ini melibatkan pembacaan ayat ayat al quran,selawat,istigfar dan juga doa untuk simati. Aktiviti ini semua termasuk dalam amal soleh,ianya sangat digalakkan, tetapi malangnya terdapat sebahagian tetamu yang hadir tidak bersama sama dalam majlis tahlil ini,ada yang berborak kosong apabila sebahagian yang lain sedang berzikir.malah kaum keluarga tuan rumah pula sibuk menyediakan persediaan jamuan.Ada juga tuan rumah yang sanggup berhutang untuk menjayakan kenduri majlis tahlil ini apatah lagi ia melibatkan tiga hari berturut turut.Ianya memerlukan sebahagian modal yang besar untuk membeli keperluan khususnya keperluan untuk jamuan yang akan dijamu kepada para jemputan nanti. Para jemputan juga selalunya akan membuat andaian menu yang menarik yang akan dihidangkan selepas majlis tahlil nanti.Kesudahannya majlis tahlil bertukar kepada majlis makan sahaja.Ada juga majlis tahlil ni di buat oleh sedara mara/waris simati dengan duit simati yang belum diselesaikan pembahagian harta pusakanya atau juga duit anak anak waris yang telah menjadi yatim piatu. Kalau tak buat org mengata pulak, bila buat tak kena dengan hukum pulak. Adakah menjamu orang ramai makan dan minum itu menyalahi dari segi hukum syarak? Siapa yang rasa mahu menjamu makanan dipersilakan, cumanya kena faham bahawa kenduri tahlil itu bukan wajib.Terdapat sebahagian terutamanya golongan muda kini hanya menganggap majlis tahlil ini hanya majlis makan makan sahaja. Sebab itu kebanyakan mereka yang datang ke majlis kenduri tahlil ini hanya menunggu majlis jamuan sahaja. Mereka tidak duduk bersama sama dalam majlis tahlil.malah ada dikalangan generasi yang berpendidikan agama pun tidak mahu bersama sama dalam majlis tahlil ini.Alasan mereka majlis ini amalan bidah.tetapi apabila keluarga mereka mengadakan majlis kenduri tahli pula,mereka tidak pula pula menentangnya.Kerana itulah kebanyakan majlis tahlil ini hanya diketuai oleh orang orang yang telah tua sahaja.Generasi muda kebanyakan tidak mahu terlibat atau sebenarnya tidak tahu mengenai cara cara mengendalikan majlis tahlil.Masyarakat hari ini, terlalu sibuk dan tidak ambik perhatian dengan jiran dan kejiranan. jika kita membuat satu-satu majlis seperti menjamu makan dengan sempena sesuatu perkara, kita akan menjemput jiran,maka secara tidak langsung kita membina hubungan silaturahim dengan jiran dan saudara mara Jika tidak ada majlis jamuan makan, adakah saudara mara atau jiran tetangga mahu saja-saja datang rumah kita untuk membina silaturahim ini?Melalui majlis tahlil dan Yassin, sekurang-kurangnya saudara yang jauh, jiran tetangga akan datang juga untuk mengeratkan hubungan persaudaraan ini. Hanya jangan kita menanggap majlis tahlil itu wajib.Daripada menjamu makan di majlis hari jadi yang akan timbul perkara yang lagha atau selingan maksiat, baiklah buat majlis tahlil mengikut kaedah yang sebenarnya ,tentu ada keberkatannya.Umumnya majliskenduri tahlil iniselalunya dibuat selama 3 hari berturut turut, hari ke 7 ,hari ke 40 dan ke 100 pulak.Selepas itu kenduri tahlil akan diadakan setahun sekali.lama kelamaan langsung tidak dibuat. Bagi sesetengah bangsa dan tempat pula kenduri tahlil hari ke 100 diadakan secara besar besaran tak ubah seperti kenduri kahwin.Apabila bilangan hari ini dijadikan kepercayaan ,maka ia pasti menyalahi kehendak agama,ia hanya memenuhi kehendak adat semata mata. Apatah lagi sekiranya kenduri tahlil ini diadakan 3 hari berturut turut selepas kematian salah seorang ahli keluarga. Ia pasti menambah beban yang ditanggung oleh waris simati yang sedang dilanda musibah dan kesedihan.Apatah lagi keluarga simati terpaksa pula bertungkus lumus untuk menyediakan persiapan kenduri 3 hari berturut turut.Sedangkan rasa sedih mereka di atas kematian ahli keluarga masih belum hilang lagi.Kenduriarwahyang selalu diadakan oleh masyarakat melayu pada hari inipada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati lebih lebih lagi jika ia diadakan mengikut bilangan hari hari yang telah ditetapkan.Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al-Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana firman AllahAzza wa-Jalla: . "Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah".Al-Jasiyah, 45:18-19.Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada haram atau halal, sunnah atau bid'ah, maka perbuatan tersebut adalah suatu kesalahan (haram dan bidah) menurut syara sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafierahimahullah.Namun begitu di dalam majlis kenduri kematian dan arwah yang dilakukan dalam masyarakat melayu pada hari ini,membuktikan bahawa walaupun ahli keluarga si mati bersedih,namun dengan mengadakan majlis kenduri tahlil dan arwah itu,akan mengurangkan rasa kesedihan mereka,bahkan mereka merasa gembira kerana majlis tersebut melibatkan bacaan al quran,tahlil,tasbih dan lain lain amalan yang baik yang dihadiahkan pahalanya kepada si mati.Mereka menggangap amalan tersebut sebagai satu usaha untuk menolong kaum kerabat mereka yang telah meninggal dunia.Persoalan yang timbul pada hari ini ialah amalan kenduri tahlil ini adakah salah dari sudut hukum syariat atau menyalahi aqidah.Adakah amalan ini semakin tepat atau menyesatkan?Dicatat olehsaipul aprazdi5:01 PG2 ulasan:1. Pak Long3 Februari 2013 6:49 PTGsaya dapat dari http://arrazialkelantaniy.wordpress.com/

AHMAD RAZEF BIN AB RAHMANJANUARY 6, 2013 AT 5:14 PMAssalamualaikum wr.wb. Saya telah mendapat satu jawaban yang meyakinkan drp Imam Besar Masjid Shah Alam Yang Pertama (Ustaz Muhyi) mengenai asal usul tahlil kepada arwah simati di alam Nusantara.

Katanya ia adalah suatu bentuk dakwah Islam yang dibuat oleh salah seorang daripada Wali Songo kepada umat Nusantara yang beragama Hindu pada masa dahulu. Dalam adat Hindu, apabila berlaku kematian, orang-orang kampung akan berhimpun dan beramai-ramai menyeru nama simati. Contoh, jika nama simati ialah Jalak, maka mereka akan beramai-ramai membaca mentera dan memanggil-mangil Jalak, Jalak, JalakMaka tampilah Wali Songo menegur mereka dengan kata-kata Daripada kamu menyebut nama simati lebih baik kamu menyebut nama Tuhan.

Wali Songo telah membuat pembaharuan dengan menukar adat puja Hindu dengan melafaz nama Allah dalam kalimah tauhid iaitu Laailaahaillallah, sesuai dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Seafdhal zikir adalah Laailaahaillallah. Hasilnya ialah Islam telah berkembang dengan mudah dan pesat di alam Nusantara.

Lepas itu saya terbaca ayat Al-Quran yang memperihalkan perkara yang ada persamaan walaupun situasinya berbeza iaitu Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka berzikirlah kepada Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut nenek moyang kamu, bahkan berzikirlah lebih dari itu. Sila semak Ayat 200 Surah Al-Baqarah.

Kesimpulannya saya kira kita menjadi Islam kerana hasil usaha gigih alim ulama dahulu berdakwah secara berhikmah kepada datuk nenek kita dahulu. Kita harus menjadi mata rantai pejuang Islam dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan hidayahNya melalui kerja dakwah alim ulama silam itu.

Oleh itu tahlil arwah adalah ibadah jika dilakukan dengan niat yang ikhlas dan menepati kehendak dalam hadis dan Al-Quran.

07-01-2013Balas

Syafie: Tahlil Arwah Haram

Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membidahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.

Di dalam kitab ( ) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:

Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan.

Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar ( ) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:

.

Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah.

Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:

: : . ( )

Abdullah bin Jafar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Jafar, Nabi sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Jafar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan).

Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.

Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitab ( ) jld. 2. hlm. 146:

:

Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bidah.

Seterusnya di dalam kitab ( ) juz. 2. hlm. 146 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:

Dan antara bidah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram.

Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari ketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bidah menurut fatwa Imam Syafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bidah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.

Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama ( ) juz 2. hlm. 145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bidah dan mengharamkan kenduri arwah:

.

Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bidah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bidah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bidah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram.

Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul .() Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibidahkan oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:

Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bidah yang mungkar. Lihat: juz 2 hlm. 145.

Di dalam kitab fikh ( ) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab - ) -( juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:

: .

Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bidah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab Ar-Raudah iaitu mengerjakan amalan yang disebut kaffarah secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bidah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanya.

Di dalam kitab ( ) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:

.

Termasuk bidah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah.

Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' () "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkam oleh pengamalnya tentang haram dan tegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.

Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang melibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik lantaran ramainya masyarakat yang melakukannya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah memberi amaran yang tegas kepada mereka yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak ada dalil atau suruhannya dari syara sebagaimana firmanNya:

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)".

Al-An'am, 6:116.

Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al-Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

.

"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah".

Al-Jasiyah, 45:18-19.

Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada haram atau halal, sunnah atau bid'ah, maka perbuatan tersebut adalah suatu kesalahan (haram dan bidah) menurut syara sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah. Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwah kerapkali ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perlu ditangani dan diselesaikan secara syarii (menurut hukum dari al-Quran dan as-Sunnah) serta fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh yang muktabar. Dalam membincangkan isu ini pula, maka penulis tumpukan kepada kalangan para ulama dari mazhab Syafie kerana ramai mereka yang bermazhab Syafie menyangka bahawa amalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau amalan mengirim pahala adalah diajarkan oleh Imam Syafie dan para ulama yang berpegang dengan mazhab Syafie.

Insya-Allah, mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapat menjawab pertanyaan bagi mereka yang bertanya, malah akan sampai kepada mereka yang mempersoalkan isu ini, termasuklah mereka yang masih tersalah anggap tentang hukum sebenar kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Sumber:http://emjayjb.multiply.com/

Selembar analisis fenomena Dr Asri

Sahibul samahah mufti perlis Dr Asri Zainul Abidin merupakan tokoh teras laman al ahkam.net dan menjadi peneraju gerakan 'salafiyyah' atau 'pro-tajdid' yang dikatakan sedang melanda institusi pengajian tinggi terutamanya golongan mahasiswa seperti yang disentuh oleh Ustaz Maszlee Malik dalam ulasannya tentang fenomena Asrisme yang kononnya persis kebangkitan fenomena Anwarisme pada era 70 an dahulu.

Pada hari ini, masyarakat awam tentunya maklum akan perihal mufti perlis ini,apabila media arus perdana memberikan ruang luas buat segala kontroversi yang timbul meliputi saluran Bernama, Utusan Malaysia, Berita Harian, News Strait Times,atau media elektronik swasta tv3 mahupun media kerajaan rtm, atau media barisan alternatif seperti Harakah mahupun media terbuka malaysia kini dan sebagainya.

Persis seperti fenomena tsuMawi dahulu,yang saya tidak tahu sama ada masih bergerak atau tidak yang turut membuka hati Tuan Guru Nik Aziz menteri besar Kelantan untuk menjemput Mawi memeriahkan sambutan Kota Bharu Bandaraya islami tidak lama dulu, Dr Asri juga tidak kurang membuka hati bukan saja pimpinan UMNO seperti menteri besar Perlis Shahidan Kassim untuk dilantik menjadi mufti malah tokoh Sisters In Islam seperti Marina Mahathir untuk memuji Dr Asri dan dipilih sebagai tokoh yang dikaguminya selepas ayahnya iaitu Tun Mahathir sendiri.

Kalau dulu, pendekatan Islam Hadhari banyak mengambil nasihat dari ulama-ulama Jakim atau Yadim seperti Dr Uthman El Muhammady atau Ustaz Nakhaei Hj Ahmad, kini Dr Asri juga turut menawarkan nasihat-nasihatnya untuk dijadikan panduan pendekatan Islam Hadhari impian PM Pak Lah itu,seperti yang kita maklum dalam Perkampungan Hadhari yang diadakan baru-baru ini.

Mungkin ini satu berita gembira buat gerakan-gerakan liberal ala-ala SIS, Astora Jabat, mahupun anti hadis Kasim Ahmad yang telah lama panas hati dengan para ulama Jakim, jabatan agama atau institusi mufti sendiri untuk meneruskan bedilan mereka pada jakim, jabatan agama atau institusi mufti atas kerana banyaknya sasaran Dr Asri ditujukan kepada 3 pihak itu. Atau boleh saja saya takrifkan bahawa gerakan liberal SIS, Astora jabat, mahupun anti hadis Kasim Ahmad menyerahkan bulat-bulat untuk gerakan salafiyyah,pro tajdid Dr Asri untuk meneruskan misi mereka yang agak gagal suatu masa dulu.Walaupun hakikatnya gerakan salafiyyah wahhabiyyah sebelum di 'arus perdana'kan bersengketa keras dengan puak liberalis dan anti hadis ini.

Sekularis dalam kerajaan atau kapitalis dalam korporat juga boleh berpuas hati dan lega walaupun sekularis dan kapitalis ini bukanlah pendokong aliran salafiyyah, namun sedikit sebanyak agenda mereka dengan menjadikan puak hedonis di kalangan artis dan muda mudi yang suatu masa dulu ada juga terkesan dengan beberapa langkah Jakim, jabatan agama mahupun institusi mufti dengan muzakarah para ulamanya, berasa bahawa suasana negara telah terseimbang apabila Dr Asri muncul.Kini mereka tak risau lagi awam terpengaruh dengan Jakim,jabatan agama mahupun institusi mufti atas kerana awam sedikit sebanyak sudah memandang rendah ketiga-tiga pihak itu atas usaha 'murni' Dr Asri yang kononnya ingin 'membersihkan' jumudnya pemikiran para ulama negara.Puak Hedonis boleh terus mengumpul dan menghasilkan 'tentera-tentera' baru hedonis di kalangan pelakon, penyanyi atau pelawak.

Begitu juga dengan puak politikusarap yang bercampur-campur dalam pendirian mereka. Puak politikusarap di dalam kerajaan pastinya bersorak keriangan kerana menganggap Dr Asri berada di pihak mereka dengan mengambilkira Dr Asri terhutang budi pada Shahidan Kasim salah seorang pemimpin UMNO, apatah lagi kenyataan Dr Asri yang banyak menyindir gerakan pembangkang dan pernah mengundang kontroversi apabila mendakwa PAS dipengaruhi fahaman Syiah. Namun politikusarap dalam PAS sendiri dengan penuh kelucuannya bangkit menentang gerakan salafiyyah, sambil meneruskan aksi-aksi lazim mereka dalam mengabaikan akhlak dengan memanggil seorang mufti dengan panggilan 'barua' dan ada juga tidak segan silu bangkit keras menentang gerakan salafiyyah atau wahabi tanpa mengambilkira pimpinan mereka seperti tuan presiden dan mursyidul am mereka juga adalah pendokong aliran salafiyyah atau dipanggil kaum muda suatu ketika dulu.

Mungkin itulah bahayanya membela penyokong dan pendokong jenis politikusarap, kerana mereka menyokong dan mendokong suatu parti tanpa kenal betul-betul memahami dasar dan ajaran partinya hingga begitu banyak sekali kes melibatkan pengikut jenis politikusarap merosakkan imej parti mana-mana pun seperti politikusarap UMNO yang mencemuh mufti perak atau bercakap soal islam ala-ala liberalis,politikusarap Keadilan yang menyebarkan amalan surat fitnah dan keganasan vandalisme dalam merusuh, juga politikusarap PAS yang cabul akhlak dalam berkata-kata mahupun bertindak.

Bidaah hasanah dari tajdid Dr Asri

Bagi yang mengikuti perkembangan Dr Asri dan perjalanan usaha para ulama negara pastinya tidak akan lupa dan lalai bahawa Dr Asri adalah antara pendokong salafiyyah sepertimana pendokong aliran ini di mana-mana sudut duniapun menafikan adanya bidaah hasanah sekeras-kerasnya.(walaupun mazhab syafii atau ulama syafiiyah mengharuskannya). Mungkin kita boleh menganggap Dr Asri ini 'lembut' sikit dalam hal 'bidaah' ini berbanding gerakan salafiyyah lain di dunia yang terang-terang tanpa malu mengkafirkan siapa saja hatta golongan ulama yang tidak sealiran dengan mereka termasuk para ulama yang diiktiraf oleh penyokong fenomena salafi wahabi di malaysia seperti Dr Yusuf Al Qardawi sendiri. (atau boleh diletakkan juga imam hassan al banna yang turut dikafir dan disesatkan mereka).

Atau kita maklum, Dr Asri tidak membidaahkan kamera (kerana banyaknya gambar beliau telah ditangkap oleh wartawan), televisyen, atau mengharamkan wanita memandu kereta dan sebagainya, walaupun aliran salafiyyah utama dunia menolaknya.

Atau boleh kita rumuskan kamera, televisyen,atau pemanduan kereta oleh wanita adalah BIDAAH HASANAH bagi aliran salafiyyah Dr Asri berikutan penegasan beliau dalam menerangkan bidaah hasanah atau bidaah yang dibolehkan itu hanya dalam soal selain IBADAH.(ingat kalimah ini,tolong ingat).

LALU,seiring dengan isu-isu mengintip, ulama jumud,isu masjid cina,kayu kokka atau mualaf wajib bin ayah kandung dan tak boleh bin abdullah,yang merupakan isu-isu tajdid arus perdana Dr Asri rentetan dari tajdid sebelum arus perdana seperti isu tahlil, yasin, zikir jamaah,kenduri arwah, tawassul dan lain-lain, pastinya ramai pihak perasan yang Dr Asri juga cuba menonjolkan idea tajdidnya dalam isu-isu yang saya kategorikan bidang kritikal renassaince hikmah dalam dua siri wawancara dalam al kuliyyah tv3 dan sembang semasa bersama johan jaafar rtm tidak lama dulu.

Saya tertarik dengan kata-kata Dr Asri dalam mengulas arena dakwah melalui lagu dan filem.

Dr Asri ada menyebut nama kopratasa,malah Dr Asri memuji mesej-mesej lagu kopratasa secara tak langsung Dr Asri juga bakal disesatkan oleh pendokong salafiyyah sedunia sepertimana Dr Yusuf Al Qardawi yang telah menghalalkan gitar untuk dimainkan dalam arena dakwah.

Dr Asri juga bercakap soal filem dakwah, dan kata-katanya boleh dibersamakan dengan tokoh penulis muda Faisal Tehrani yang telah di'syiah'kan oleh para pengikutnya yang banyak memperjuangkan estetika makna dalam filem.Mungkin kita boleh kembali menyorot tulisan Astora Jabat mengulas akan dunia filem sebagai senjata dakwah terkini yang mengambil ulasan Dr Yusuf Al Qardawi yang memuji penggiat filem iran yang menghasilkan filem berkualiti dan betapa penting filem islam dibangunkan untuk membentengi propaganda arena filem barat hingga Dr Yusuf Al Qardawi menyebut lebih baik ahli jutawan arab membangunkan filem dari memperbanyakkan masjid yang telah cukup di arab.

Secara tak langsung usaha Dr Asri ini telah memperlihatkan mungkin ikon ikutannya dan contoh perjuangannya bukan muhammad ibn abd wahab iaitu tokoh utama gerakan salafiyyah yang berkembang di timur tengah atau ibn taimiyyah itu sendiri (atau ingin kita sebut rashid redha juga dalam senarai ini), akan tetapi adalah fenomena Dr Yusuf Al Qardawi.

atau kita boleh katakan Dr Asri mahu jadi Dr Yusuf al qardawi versi malaysia?

sejauh mana kebenaran soalan saya itu bergantung pada persepsi kefahaman Dr Asri dan para penyokongnya sendiri berkenaan dengan Dr Yusuf al qardawi.

Cuma apa yang saya kenal dengan gaya pendekatan Dr Yusuf berbanding para pendokong Dr Asri, Dr Yusuf bukan saja tidak pernah memperlekehkan mana-mana ulama mazhab samaada hanafiah, malikiah, syafiiyah, hambaliah, atau asyariyah ,maturidiah, malah dengan ulama syiah juga Dr yusuf mementingkan pengiktirafan bersama sebagai salah satu kaedah meleraikan persengketaan berdarah sunni-syiah dalam ucapannya yang menjelaskan betapa perlu ulama syiah tidak mempromosi syiah dan memprovokasi sunni di wilayah sunni,dan begitu juga sunni tidak perlu pun promosi atau provokasi syiah di wilayah syiah khususnya di iran.

Saya tidak pasti daya analisis para penyokong aliran salafiyyah versi dr asri ini yang saya percaya kumpulan penyokong terkuatnya berada di dalam laman al ahkam.net, samaada mereka memahami implikasi ucapan dan ulasan Dr Asri di dalam dua temubual al kuliyyah dan bicara semasa itu atau tidak, akan tetapi JELAS perjuangan kopratasa dalam arena hiburan bukan suatu bidaah dholalah akan tetapi dikategorikan bidaah hasanah satu bidaah terpuji dalam menyebarkan nilai kemanusiaan dalam lagu, berbeza dengan majlis zikir, kenduri arwah atau tahlil dan yasin yang diusahakan oleh para ulama pondok di dalam mentarbiyah masyarakat yang perlu dihapus dan dilenyapkan.

Dakwah yang terkandung di dalam kaifiat al ma'thurat Ikhwanul Muslimin pastinya tidak dibidaahkan oleh para pendokong Dr Asri al ahkam.net, namun memang agak lucu hingga pedih perut apabila dakwah yang terkandung dalam amalan zikir, tahlil atau yasin yang sedikit sebanyak berjaya meletakkan amalan membaca quran, berdoa pada Allah dan peningkatan iman di dalam suasana masyarakat melayu dianggap suatu yang jijik dan jelik berbeza dengan kaifiat kopratasa memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan dalam lagu dengan alunan muzik yang disegani oleh Dr Asri malah sesuai dengan DAKWAH ISLAM katanya.(DAKWAH bukan bidang IBADAH seperti kalimah ibadah yang saya suruh ingatkan tadi?)

Saya tidaklah mahu mempersendakan kopratasa, malah saya juga sukakan lagu-lagu mereka,begitu juga kebanyakan lagu M.Nasir atau Ramli Sarip atau lagu-lagu puisi lain malah yang undergroundnya pun seperti Airmasz yang melagukan sajak-sajak Abdullah Jones dan rakan-rakan lain yang terkandung dalam album Sentimen mereka pun telah saya beli, walaupun idea-idea politik mereka berbeza dengan saya.

Namun, yang saya ingin bawakan adalah sebuah analisis buat para pendokong salafiyyah Dr asri untuk renung seketika. Akhirnya ke mana halatuju anda semua dalam berdakwah islam sambil tidak segan memperlekehkan para ulama atau amalan masyarakat yang tak perlu dihapuskan pun cuma perlu dibaiki sedikit sahaja. Dan usaha membaiki masyarakat memang sentiasa terbuka di pihak tradisionalis untuk kita bangkitkan usaha dakwah berbondong-bondong bertemu masyarakat yang songsang secara berdepan dan proaktif.

Renungkanlah usaha bidaah hasanah tajdid Dr Asri itu nampak gaya tidak harus memperlekehkan para ulama kerana kopratasa pun disegani,jadi apa salah kita beradab dan bersikap seperti ilmuwan ahlus sunnah wal jamaah lain di kalangan ulama bermazhab yang tidak pernah membidaahkan pihak yang khilaf dalam hal furuk, jika dibuat juga, maka apa bezanya pendekatan Islam Liberal puak liberalis dengan salafiyyah fesyen mereka?Wawancara Harakah bersama Dr Mohd AsriDisiarkan pada February 17, 2009KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) -PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.Kuasa dan harta bukan sedikit ujiannya.Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang merindui pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak.Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia.Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula ? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya?Dr Asri: Ya! Ratusan email, sms dan berbagai yang dihantar kepada saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan saya meninggalkan jawatan mufti. Mereka berpendapat saya membuat keputusan yang tidak tepat. Alhamdulillah, saya berterima kasih atas keprihatinan mereka.Saya bertawakkal kepada Allah atas segala perancangan. Sekarang ini pun banyak email yang dihantar menjemput saya pulang dengan ditawarkan berbagai-bagai urusan atau tanggungjawab. Biarlah dulu saya di sini.Saya tidak jadi mufti untuk mengaut kesenangan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Saya serahkan urusan jiwa ini kepada Allah. Saya hanya ingin menjadikan jawatan itu sebagai medan tanggungjawab dan menyampaikan mesej Islam yang saya fahami. Saya berdoa kepada Allah sebelum menjadi mufti agar diberikan pertolongan kepada saya.Alhamdulillah, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi dalam tempoh tersebut pandangan dan isu yang saya lontar telah menjadi bahan perbincangan ilmu dalam masyarakat. Soal pro dan kontra itu perkara biasa. Jika perkara itu tiada pro dan kontra bererti tiada siapa yang mengambil peduli mengenainya. Banyak bahan telah saya tulis dalam tempoh tersebut dan tersebar dengan begitu luas. Begitu juga ceramah, kertas kerja, wawancara saya di sana-sini menjadi bahan yang diperbincangkan dengan meluas.Alhamdulillah, generasi muda dan lapisan terpelajar yang suka membaca sebelum membuat penilaian, yang tidak menjadikan maki-hamun sebagai landasan hidup, yang tidak mengulas sebelum mengetahui, mereka ini begitu ramai yang memberikan sokongan yang besar kepada saya.Dalam politik juga saya rasa, alhamdulillah, akhirnya banyak pihak akur bahawa saya tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam memberikan pandangan. Saya beberapa kali dijemput oleh Kerajaan Kelantan. Kali terakhir sebelum saya berhenti, saya sempat hadir jemputan ceramah Kerajaan Negeri Kelantan untuk Tabung Serambi Mekah yang di lancarkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sehari kemudian, saya dijemput oleh Perdana Menteri untuk memberikan ceramah khas kepada ahli kabinet dan Majlis Tertinggi Umno dan hadirin yang hadir.Beberapa hari kemudian saya dijemput oleh Pemuda Parti Keadilan untuk memberikan tazkirah, tapi saya tidak sempat. Semasa saya sampai ke United Kingdom, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjemput saya memberikan ucapan dalam Majlis DAP. Cuma saya tidak dapat pulang.Saya berharap saya sudah cuba melakukan sesuatu. Saya cuba mengemukakan politik idea mengatasi sempadan politik kepartian. Apa yang menjadi matlamat bukan menegakkan parti tertentu, tetapi menegakkan fikrah Islamiyyah yang lebih besar dari kesempitan parti.Alhamdulillah, jumlah pembaca artikel saya juga begitu besar. Melalui ruangan saya dalam Minda Mufti, saya bersahabat baik dengan berbagai insan ternama. Saya rasa banyak mesej saya telah sampai. Saya memerah tenaga dalam tempoh dua tahun. Bersabar atas kerenah mereka yang suka memfitnah atau mengganggu perjalanan tersebut. Saya harap Allah berikan pahala atas itu semua. Harakah sendiri pada awalnya begitu prajudis, tetapi setahun tahun sebelum saya berhenti, kelihatannya positif.Akhirnya, apabila saya rasa ruang jawatan itu sudah mula sempit atau sudah memadai, maka saya beristikharah untuk berhenti. Itupun baik juga. Ia menafikan fitnah mereka yang tidak sayang lidah mereka di akhirat bahawa kenyataan atau pendapat saya selama ini untuk kesinambungan jawatan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Semoga Allah merezekikan kita semua melihat jawatan dan kedudukan dengan penuh rasa amanah dan gerun..Dr. dilihat sangat vokal dan adakalanya mempersembahkan pemikiran agama dari sudut yang berbeza, adakah mencari kelainan serta seringkali mentafsirkan hukum agama dari sudut yang berbeza dan adakalanya tidak pernah didengari umum seperti soal-soal bidaah seperti kenduri arwah, tahlil di kubur dan dikatakan tidak mengikut tradisi yang telah dilakukan oleh nenek moyang? Adakah mereka tidak betul sebelum itu ? Malah Dr. dilabel sebagai liberal, kaum muda dan wahabi dan sebagainya lantaran pembaharuan yang dibawa?Inilah masalah sesetengah pihak. Mereka tidak dapat menerima orang lain berbeza pendapat dengan mereka. Melabel orang tanpa asas yang jelas adalah budaya buruk.Dahulu masa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum menjadi Menteri Besar pun terkena tohmahan yang sama ketika beliau melontarkan beberapa pandangan yang berbeza dengan pengajian biasa di pondok-pondok. Syeikh Abu Bakar al-Baqir dari Gunung Semanggol yang mengasaskan Hizbul Muslimin semasa hayatnya dituduh sebagai kaum muda dan sesat. Prof. Burhanudin al-Helmi juga pernah dituduh sebagai kaum muda. Demikian Sayyid Syeikh al-Hadi, Zaaba dan berbagai lagi pejuang perubahan dituduh dengan tuduhan yang sama.Saya teringatkan kata-kata Zaaba dalam bukunya Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri yang Prof DiRaja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca.Antara katanya:Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu dan berbagai-bagai lagi.Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. Demikian kata Zaaba.Apabila saya menjadi mufti sesetengah pihak menunggu agar saya membangkitkan isu-isu tradisi melayu seperti kenduri arwah dan seumpamanya. Namun mereka tersilap, alhamdulillah perhitungan dan fokus pemikiran Islam saya merentasi kesempitan isu yang mereka tunggu bagaikan nak kiamat itu. Ada anda lihat isu kenduri arwah menjadi tajuk utama akhbar dalam senarai puluhan isu yang telah saya bangkitkan.Maksudnya kenduri arwah itu sudah lama dilarang?Kemudian, saya ingin bertanya, apakah jika seseorang tidak mahu kenduri arwah maka dia menjadi wahabi? Kitab al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafii tulisan tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafii , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut:Daripada bidah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya.Apakah semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: (dan makruh) lagi bidah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bidah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya.Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: Maka bidah yang tidak elok. Apakah mereka semua juga wahabi?!!.Saya tidak tahu apa itu wahabi melainkan setelah mereka menyebut perkataan tersebut lalu saya terpaksa mencari maksudnya. Saya bukan penggemar buku Muhammad bin Abdul Wahhab. Tetapi, jika anda menuduh saya amat terpengaruh dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, itu mungkin benar.Saya seperti yang Dr. Yusuf al-Qaradawi sebut tentang dirinya dalam buku Kaifa Nata`amul ma`a al-Sunnah, kata Dr al-Qaradawi: Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku.Saya rasa, saya pun demikian. Namun, alhamdulillah, saya tidak fanatik Ibn Taimiyyah seperti mereka yang fanatik mazhab. Seperti kata al-Imam Malik bin Anas:Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya, melainkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum.Mengapa lagu Dr. bertajuk Aku Bukan Musuh Harta yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa, Aishah dan kumpulan baru Algebra diharamkan oleh RTM?Sebenarnya banyak pihak tersalah faham. Album tersebut bukan terbitan saya. Pihak penerbit mengambil puisi-puisi saya dengan keizinan dan dijadikan lagu. Itu sahaja. Mereka jemput saya baca dua puisi dalam album tersebut. Lagu Aku Bukan Musuh Harta adalah salah satu daripada puisi saya. Saya tidak berkempen untuk saudara membeli album itu, kerana bukan semua orang setuju dan suka dengar lagu.Cuma saya pun hairan jika lirik itu menjadi ketakutan kepada RTM. Barangkali mereka takut ramai yang terasa pedas. Saya hairan, jika benar mereka ingin membantu memerangi rasuah, biarlah lirik itu dilagukan. Entah berapa banyak lirik yang merepek boleh dibenarkan. Saya teringat kata-kata Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang kebetulan agak baik dengan saya. Katanya: Orang kalau salah, dia tengok polis nak balik rumah pun dia takut.Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan di Kuala Terengganu oleh Abdul Wahid Endut daripada PAS baru-baru, bagaimana Dr sendiri tafsirkan dan signal apa sebenarnya daripada rakyat ?Maaf, saya tidak merasa bahawa itu menunjukkan atau bererti majoriti rakyat telah begitu selesa dengan pakatan pembangkang. Kita tahu bukan semua orang PAS selesa dengan KeADILan. Demikian sebaliknya. Demikian juga DAP yang menolak konsep Negara Islam PAS.Apa yang jelas bagi saya adalah rakyat muak dengan Umno. Rakyat sudah tidak tahan dengan kerenah, perangai dan gelagat kebanyakan orang Umno. Generasi muda terutamanya, kelihatan begitu allergic dengan Umno. Berdasarkan pengalaman lepas, tiada lagi gambaran indah Umno dalam fikiran mereka.Mereka melihat Umno hanya menjaga kepentingan kelompok. Ramai yang bongkak dan sombong. Kebelakangan ini baru nampak macam nak berubah sedikit. Itupun masih tidak cukup. Baru-baru ini, kebetulan saya terjumpa seorang menteri di London, saya bertanya dia tentang pilihanraya Kuala Trengganu. Dengan lagaknya dia berkata: Apa lagi rakyat mahu, semua kita dah beri. Tengok, masih lagi sombong dan enggan menilai diri dan parti walaupun telah berulang kali dia ajar oleh rakyat.Saya fikir Umno tahu apakah ubat yang menyembuhkan penyakit parti itu, tetapi mereka tidak mampu lakukan. Ubatnya adalah dengan memotong atau membuang segala barah penyakit yang hidup dalam tubuh Umno. Itu terlalu sukar bagi kepimpinan Umno kerana sebahagian yang tidak kecil dalam kepimpinan itu sendirilah barah penyakit tersebut. Jika rawatan dilakukan, bererti mereka akan terkorban.Bagaimana pula pandangan Dr. terhadap PAS ?PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.Kuasa dan harta bukan sedikit ujiannya. Kita semua jangan cakap besar dan takabur. Hari ini kuasa dan ruang mendapatkan harta masih sedikit, maka barah pun masih kecil. Barah itu ada potensi berkembang apabila ruang harta dan kuasa membesar. Hati-hati, banyakkan doa dan pohon perlindungan dengan Allah. Jangan cuma runtuhkan jahiliah, lalu tegakkan jahiliah baru dengan nama yang baru. Jahiliah tetap jahiliah.Adapun KeADILan, maaf saya masih kabur untuk membezakan sebahagaian mereka dengan Umno. Jika dilihat pada gelagat, gaya bahasa dan hidup, cara fikir, saya agak ramai di kalangan mereka masih Umno, cumanya tidak berpuas hati dengan Umno atas beberapa sebab semasa, bukan prinsip. Tidak mustahil bila-bila waktu mendesak mereka akan kembali menjadi Umno. Mungkin bukan semua, tetapi ramai juga yang begitu.Saya suka jika kita berpegang kepada prinsip. Saya setuju dengan apa yang Naib Presiden PAS Mohammad Sabu pernah kata dalam satu temubual yang saya baca. Beliau hairan mengapa PAS dapat menerima lompat parti apabila KeaDILan menguar-uarkan 16 September lepas, sedangkan dahulu PAS sendiri yang mengatakan lompat parti adalah tidak berprinsip dan khianat.Hari ini berlaku lompat parti di Perak, sekali lagi PAS menyatakan ini pengkhianatan dan tidak berprinsip. Mengapa PAS tidak mengatakan hal yang sama pada 16 September yang lepas. Maaf, saya tidak mahu terbabit dengan kerenah politik. Marilah kita pohon agar Allah menjadikan kita sentiasa beristiqamah atas kebenaran terhadap kawan ataupun lawan. Itulah Islam yang sejagat lagi adil, jika kita ingin tegakkan.Ada yang mengatakan institusi Mufti ini beku dan tidak lantang dalam mempersoalkan kelemahan kerajaan, benarkah begitu dan pernah Dr. sendiri mengkritik kerajaan khususnya melibatkan persoalan agama? Ada contoh?Saya tidak mahu bercakap tentang institusi mufti lagi. Sudah banyak kali saya cakap. Cukup saya katakan saya kecewa, Majlis Fatwa Kebangsaan patut mengepalai isu-isu umat Islam, seperti fatwa tentang isu Palestin. Anda boleh baca tulisan-tulisan saya yang mengkritik fungsi mufti dan majlis fatwa. Sehingga saya terfikir negara ini perlukan Majlis Fatwa yang bebas, dibiayai oleh institusi wakaf. Maka fatwa-fatwa itu nanti akan benar-benar mewakili umat. Jika anda lihat di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI) hampir mendekati maksud ini.Adapun saya, kepada Allah saya serahkan segalanya. Anda tahu semasa saya menjadi mufti, saya memberikan teguran kepada semua pihak, termasuk kerajaan, pembangkang, artis, pihak swasta dan lain-lain. Anda boleh lihat berbagai isu saban minggu semasa saya menjadi mufti. Pernah saya mengkritik upacara yang dilakukan di Tugu Kebangsaan oleh kepimpinan negara.Dari sudut politik, apakah yang boleh Dr. nasihatkan kepada pejuang-pejuang agama agar tidak lari dari daripada asas agama selain parti pemerintah agar berubah demi kepentingan rakyat?Saya ingin nasihat diri saya dan mereka yang menyatakan berjuang untuk Islam dengan nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini:-Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannyaIstimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. maknanya tujuan tubuhkan kerajaan demi capai matlamat agama?Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan.Kata Abul Hasan lagi:Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya...Katanya juga:Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah. Itu sebahagian nasihatnya.Nasihat saya, semoga jiwa saya dan saudara semua, sama seperti yang dinasihati oleh tokoh yang besar ini. Kita membawa mesej dakwah Islam yang kudus. Jangan kita berpolitik sehingga kita terlupa siapa kita? Apakah matlamat kita? Selalu kita bertanya apakah tindakan kita, jika baginda s.a.w hadir melihatnya, maka baginda akan setuju dan menyokong kita?.- azm

su TahlilSikap Kita Terhadap Hal IniSebenarnya ini perbahasan yang agak panjang hinggakan umat Islam saling berantakan kerana kejahilan. Bukan jahil kerana mengatakan ianya boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, tetapi jahil kerana saling mencaci maki sesama umat Islam lain kerana hal tahlil; Sedangkan salah satu kesempurnaan iman adalah selamat saudaranya itu dari gangguan perkataan dan perbuatannya.Hadith :Dari Abu Hurairah r.a :Rasulullah saw bersabda, Kamu tidak (akan) dapat masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain......(0042) Sahih MuslimIni tidak lain hanya kerana terpedaya dengan bisikan syaitan;Terjemahan :QS : 17 : 53: .....Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.Syaitan yang membisikkan kepada kita dengan mempermainkan keegoan dan emosi sehingga keluar tuduhan dan caci maki sesama umat Islam hingga mengkafirkan sesama mereka. Perlu diingat bahawa apabila sesama Muslim itu berselisih mengenai sesuatu maka hendaklah kita mendamaikan dan kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.Terjemahan :QS : 4 : 59:Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian JIKA KAMU BERLAINAN PENDAPAT MENGENAI SESUATU, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Al-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.Pemahaman Yang SebenarSebenarnya apa sahaja isu mengenai hal-hal ibadah perlu dikembalikan kepada Al-Quran dan Hadith. Ringkasnya, untuk memahami hal ini dengan cara yang benar dan mudah adalah kembali kepada dasar perselisihan itu dengan berpandukan Al-Quran dan hadith yang sahih mengikut kefahaman Generasi Terbaik (iaitu para sahabat, tabiin dan tabi al tabiin). Mengapa perlu mengikut kefahaman generasi tersebut?Terjemahan :QS : 9 : 100:Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari golongan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia......Hadith :Dari 'Imran bin Husain r.a :Rasulullah saw bersabda, "Sebaik-baik umatku adalah yang orang-orang hidup pada zamanku (para sahabat) kemudian orang-orang yang datang setelah mereka (tabiin) kemudian orang-orang yang datang setelah mereka (tabiut tabiin)...[3377] Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai, Ahmad dan lainnya.Maka jelas dalil di atas dari Al-Quran dan hadith bahawa, Apa sahaja yang tidak mencontohi zaman generasi terbaik tersebut TIDAK AKAN jadi yang terbaik sampai kiamat pun kerana Allah telah menjanjikan keredhaan kepada kaum Muhajirin dan Ansar (iaitu para sahabat) serta orang-orang yang menurut jejak langkah mereka.Sikap Mereka Yang Menolak Generasi TerbaikApabila telah diberi penjelasan dan dalil dari Al-Quran dan sunnah, tetapi mereka tetap berdegil dan mahu membelakangi Al-Quran dan sunnah maka jangan saling caci mencaci sesama umat Islam, sebaliknya doa kepada mereka supaya diberi hidayah. Sekiranya kita dicaci, maka jangan sesekali membalasnya kerana ia akan mengobarkan lagi api egois dan kedengkian yang dibisiki oleh syaitan.Bersangka baiklah dengan menganggap sebenarnya penolakannya bukan bermaksud menolak wahyu, tetapi hanya berbeza cara pemahaman sahaja kerana mendengar dan belajar dari guru yang berbeza. Orang yang paling tepat adalah orang yang bangun dan mengkaji dan belajar dengan berpaksikan Al-Quran dan sunnah. Orang yang tidak benar adalah si pemalas lagi bertaklid buta dan mencipta ibadah yang tidak berasas dari Allah dan Rasul-Nya.PerbincanganSoalan 1 : Apakah hukum bacaan tahlil?1.a). Apakah tahlil? - Tahlil adalah bacaan kalimah yang dibaca berulang-ulang untuk memuji Allah. Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk memuji hanya kepada Allah. Bukan hanya sekadar tahlil sahaja malah ikutlah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Antaranya;Dari Abu Dzar r.a :Nabi saw bersabda, (diringkaskan)..... "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara kepada kalian untuk bersedekah? Setiap kalimat tasbih adalah sedekah, setiap kalimat takbir adalah sedekah, setiap kalimat tahmid adalah sedekah, setiap kalimat tahlil adalah sedekah.... [1674] Riwayat Muslim1.b). Apakah kenduri tahlil? Kenduri tahlil adalah suatu majlis yang diadakan bagi mengingati kematian seseorang lalu keluarganya membuat majlis bacaan Al-Quran, zikir-zikir tertentu (termasuk tahlil) dan berdoa kepada si mayit di alam kubur dengan suara yang kuat secara beramai-ramai. Di beberapa tempat mereka menggunakan microphone berserta dengan amplifiernya sekali dan dibaca dengan kuat.Pengakhiran majlis itu diadakan dengan jamuan makan. Setiap tempat berbeza caranya, baik di Indonesia mahupun Malaysia. Malah berbeza juga negeri-negeri dan tempat-tempat sekitarnya. Pernah di Kuala Lumpur ini majlisnya diperlukan seseorang yang ingin bertahlil perlu bersedekah minima RM50.00. Sebenarnya apabila meletakkan bayaran, ini bukan sedekah sebaliknya caj perkhidmatan (urusniaga).Ada pula yang mengkhususkan kenduri tahlil 3 hari 3 malam, kenduri 40 hari, kenduri 100 hari dan sebagainya. Ada pula yang melakukannya sebelum kenduri kahwin dan kemudian diikuti pula dengan sesi karaoke selepas itu. Maka kesemua ini secara jelas tiada asasnya dalam Islam.Apa yang menurut sunnah adalah, apabila mendatangi atau menziarahi kematian, maka hendaklah kita menggembirakan keluarga si mati dengan membawa makanan atau sedekah wang ringgit dan bukannya makan dan minum di rumah si mati. Malah pernah juga terdapat kes dimana ahli keluarga menggunakan wang si mati sebelum melunaskan hutang-hutang si mati untuk membuat kenduri tahlil. Ini juga jelas haram.Disebalik perbezaan-perbezaan itu maka terpancar satu soalan, iaitu bagaimana Rasulullah saw dan para sahabatnya (Allah meredhai mereka) membuat kenduri tahlil untuk kita mengikutinya?Jawapannya sangat mudah: Perbezaan berlaku kerana tiada satu dalil pun dari Rasulullah saw dan para sahabat pernah melakukannya. Oleh kerana itulah perbezaan begitu ketara kerana tiada dasar rujukannya. Oleh itu IA HANYA SEBAGAI ADAT dan boleh jadi haram atau harus.Haram apabila;a). Mengatakan ia sunnah. Ini sama seperti mencipta hadith palsu kerana tiada satu dalil dari hadith yang sahih.b). Mengenakan caj bayaran kepada keluarga si mati ataupun meminta upah dan membebankan lagi tuan rumah secara tidak langsung.c). Menggunakan wang si mati secara bathil.d). Mengkhususkan hari-hari tertentu untuk untuk membuat kenduri tahlil seperti malam Jumaat dibaca surah Yasin, kenduri 40 hari, 3 hari dan sebagainya.Dari Abu Hurairah r.a :Nabi saw bersabda, "Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan solat malam di antara malam-malam yang lain dan jangan pula dengan puasa, kecuali memang bertepatan dengan hari puasanya." [1930] Riwayat Muslime). Tidak bertaubat dan berharap apabila ia mati maka orang lain akan membuat kenduri tahlil untuknya. Beginilah kebanyakan orang sekarang, sejak dari hidup sampai mati mengharapkan belas ihsan orang lain sehingga bab ibadah, dosa dan pahala. Sangat menyedihkan.Harus apabila;Dilakukan oleh anak-anak si mati untuk bersedekah atasnya. Sedekah paling utama adalah air.Soalan 2 : Benarkah dalam mazhab Syafie pahala bacaan tidak sampai kepadanya?2.a). Pahala bacaan Al-Quran2.b). Pahala bacaan tahlilTidak mungkin sama sekali seseorang boleh menghadiahkan pahalanya kepada orang lain. Saya tidak boleh menghadiahkan pahala kepada anda dan anda juga tidak boleh menghadiahkan pahala kepada sesiapa juga. Ini jelas. Contoh yang mudah;A mempunyai 100 pahala. B mempunyai 50 pahala. Lalu A menyedekahkan pahala sebanyak 25 pahala kepada B dan menjadikan pahala mereka samarata.Masuk akalkah perkara ini? Tentu tidak kerana A dan B masing-masing tidak tahu banyak mana pahala mereka dan PALING UTAMA, tiada satu makhluk pun yang mampu memberi pahala kepada orang lain. Hanya Allah yang mampu memberi pahala kepada makhluknya. Ini adalah bab akidah. Tidak ada satu dalil pun mengatakan bahawa pahala kita boleh disedekahkan kepada orang lain.Walaubagaimanapun, setiap sedekah dan doa itu sampai kepada Allah dan hanya Allah yang Maha Memakbulkan Segala Doa. Berkata Imam Nawawi dalam syarah Muslim bahawa ijma ulama mengatakan sedemikian (iaitu sampainya pahala doa dan sedekah kepada si mati).Penghuni di langit mendoakan penghuni di bumi. Keluarga mendoakan kepada si mati. Anak soleh berdoa kepada kedua ibu bapanya. Semua doa itu sampai, tetapi tidak ada satu makhluk pun mampu memberi pahala kepada makhluk yang lain. Ini boleh membawa kepada syirik kerana wajib kita imani bahawa hanya Allah yang memberi ganjaran pahala dengan kehendak-Nya.Syarah di dalam Nailul Authar mengatakan yang masyhur dalam mazhab Syafii adalah pahala membaca Al-Quran tidak sampai kepada si mati. Tetapi, Imam Ahmad dan sebahagian dari mereka yang bermazhab Hanbali dan segelintir dari Syafii mengatakan ia sampai berdasarkan qiyas bahawa jika sedekah air, puasa dan lainnya sampai kepada si mati, mengapa tidak bacaan Al-Quran? (Jilid 3 hlm 1129).KesimpulanOleh itu bagi mereka (mazhab Hanbali) yang ingin membuat kenduri tahlil (bukan pada malam si mati itu dikebumikan, iaitu pada bila-bila masa yang tidak khusus) maka itu hanya sebagai adat kebiasaan sahaja dan bukannya sunnah. Ia boleh dilakukan selagi tidak melanggar dan bertentangan dengan syariat. Bersedekah dan berdoalah kepada si mati.Mengenai bacaan Al-Quran pula masing-masing berbeza pendapat. Bagi yang berpendapat sampai pahala bacaan Al-Quran itu kepada si mati maka lakukanlah tanpa melanggar syariat. Malah antara syarat Imam Ahmad adalah tidak boleh memberi apa-apa upah kepada mereka yang membaca Al-Quran kepada si mati. Sebaiknya adalah anak atau ahli keluarga dan bukannya mengupah orang lain (Nailul Authar).Namun perlu diingat sepakat imam mazhab yang empat berkata hidangan yang disediakan oleh keluarga si mati kepada orang ramai yang berhimpun adalah bidaah (Rujuk : al-Majmu Syarah, Syarah Fathul Qadir, al-Mughni dan Hasyiyah as-Dasuuqi).Imam Nawawi yang menukil dari kitab al-Umm pula mengatakan Imam Syafii membenci acara matam (berkumpul di tempat orang mati) kerana keadaan itu akan membuatkan keluarga si mati menjadi lebih sedih.Bagi mereka yang mengatakan tidak sampai pahalanya, maka mereka juga benar kerana tiada satu dalil dari para Generasi Terbaik melakukannya sedangkan setiap ibadah yang tidak ada asasnya dari mereka adalah tertolak. Malah pendapat ini lebih kuat;Dari Aisyah r.a :Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tidak ada dasar dari kami maka amalan itu tertolak." [24298] Sahih Riwayat Ahmad. Juga diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu HibbanOleh itu cukuplah sekadar berdoa kepada Allah SWT agar mengampunkan dosa-dosa orang yang telah pergi sebelum kita dan janganlah kedekut untuk berdoa kepada umat Islam yang lain di seluruh dunia. Bukankah ia lebih mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang samada yang kaya ataupun miskin? Islam itu agama ilmu dan menjadi mudah bagi mereka yang menuntut ilmu.Wallahualam