Isu

3
1.0Pengenalan Pendidikan adalah menumpu kepada pembinaan fikiran yang bijaksana serta rasional selain membina jiwa manusia yang murni. Melalui Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan diharapkan dapat membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti serta bertaraf dunia bagi memperkembangankan potensi individu secara keseluruhan dan sepenuhnya dan dapat memenuhi aspirasi dalam perkembangan kemajuan negara. Matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini secara globalnya adalah merupakan tanggungjawab secara keseluruhannya semua warga kerja di sektor pendidikan.Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah. Guru perlu menjadi role model agar dapat diteladani dalam kalangan murid.Justeru itu,guru akan mempamerkan imej dirinya dengan nilai-nilai yang positif, beretika mulia dan berfikiran positif dalam kehidupan.Oleh demikian, etika kerja dan profesionlisme keguruan yang mantap perlu diamalkan dan dibangunkan dalam kalangan guru. Kod etika ini merupakan panduan perlakuan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia dapat membantu guru bersikap profesional dan lebih bijak disertai komited meningkatkan segala kualiti,sifat mahupun memupuk akauntebiliti dalam menjalankan pelbagai tugas yang telah diamanahkan di samping menangani cabaran dalam dunia pendidikan agar kerjaya sebagai guru tidak mudah terpesong daripada landasan yang sepatutnya lagi terus dipandang megah oleh komuniti dan dapat mendukung hasrat negara. Guru seharusnya tidak melakukan perkara yang tidak sopan sehingga mencemarkan profesionnya serta

description

Etika

Transcript of Isu

Page 1: Isu

1.0Pengenalan

Pendidikan adalah menumpu kepada pembinaan fikiran yang bijaksana serta

rasional selain membina jiwa manusia yang murni. Melalui Falsafah Pendidikan Negara,

pendidikan diharapkan dapat membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti serta

bertaraf dunia bagi memperkembangankan potensi individu secara keseluruhan dan

sepenuhnya dan dapat memenuhi aspirasi dalam perkembangan kemajuan negara.

Matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan

Malaysia sebagai salah satu daripada pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini

secara globalnya adalah merupakan tanggungjawab secara keseluruhannya semua

warga kerja di sektor pendidikan.Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah. Guru perlu

menjadi role model agar dapat diteladani dalam kalangan murid.Justeru itu,guru akan

mempamerkan imej dirinya dengan nilai-nilai yang positif, beretika mulia dan berfikiran

positif dalam kehidupan.Oleh demikian, etika kerja dan profesionlisme keguruan yang

mantap perlu diamalkan dan dibangunkan dalam kalangan guru.

Kod etika ini merupakan panduan perlakuan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak

mulia dapat membantu guru bersikap profesional dan lebih bijak disertai komited

meningkatkan segala kualiti,sifat mahupun memupuk akauntebiliti dalam menjalankan

pelbagai tugas yang telah diamanahkan di samping menangani cabaran dalam dunia

pendidikan agar kerjaya sebagai guru tidak mudah terpesong daripada landasan yang

sepatutnya lagi terus dipandang megah oleh komuniti dan dapat mendukung hasrat

negara. Guru seharusnya tidak melakukan perkara yang tidak sopan sehingga

mencemarkan profesionnya serta akan menimbulkan ketidakpercayaan komuniti. Oleh

itu, prinsip etika kerja guru yang perlu dihayati ialah niat yang betul, perlakuan yang

baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dijanji dan berdisiplin dan

beradab. Tujuh nilai utama etika kerja menjadi fokus iaitu amanah, benar, bijaksana,

bersyukur, dedikasi, ikhlas, penyayang. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh

untuk merealisasikan aspirasi negara,namun timbul pula pelbagai masalah muncul

dalam kalangan guru-guru. Isu-isu etika guru selalu menjadi tumpuan di media masa.

Ketidakpatuhan etika keguruan seperti berniaga di sekolah,pengurusan masa, kerja

sembilan dan pengurus kewangan kini menjadi antara isu yang dipandang serius dan

perlu ditangani dengan berhemah.

Page 2: Isu

Sediakan satu refleksi yang kritikal terhadap ketidakpatuhan etika keguruan ini

dan berikan bukti-bukti yang kukuh beserta contoh yang berkaitan denangnya.

Tidak dapat dinafikan kos kehidupan semakin hari semakin meningkat akibat

daripada arus pembangunan yang menyebabkan masyarakat berlumba-lumba untuk

memiliki hidup yang selesa. Guru juga tidak terlepas dalam lingkaran ini, oleh itu bagi

menampung kos hidup yang tinggi ini terdapat guru-guru yang telah melanggar etika

keguruan tanpa mereka disedari.

.