Jadual Spesifikasi Ujian

20
KPD 3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN NAMA : HABIBAH BINTI MOHD TAHIR NO. MATRIK : D20121058550 KUMPULAN : A

Transcript of Jadual Spesifikasi Ujian

Page 1: Jadual Spesifikasi Ujian

KPD 3016

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

NAMA : HABIBAH BINTI MOHD TAHIR

NO. MATRIK : D20121058550

KUMPULAN : A

TARIKH : 28 N0VEMBER 2014

PENSYARAH : DR. NAZIR BIN MD. ZABIT

Page 2: Jadual Spesifikasi Ujian

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TINGKATAN EMPAT MATA PELAJARAN PERDAGANGAN.

SOALAN OBJEKTIF

Bil

TAJUK

ARAS TAKSONOMI BLOOMJUMLAH ITEM

WAJARAN %

PENGETAHUAN(1)

KEFAHAMAN(1)

APLIKASI(2)

ANALISIS

(2)

SINTESIS

(3)

PENILAIAN(3)

PERNIAGAAN ANTARABANG

SA4.1

Perniagaan Antarabangsa S2,S3 S1 S7 S8,S9 S15 7 41.18

4.2

Perniagaan Import, Eksport, dan Entreport

S4,S5,S6 S10 S11,S12 S13,S14 8 47.06

4.3

Dokumen Antarabangsa S17 S16 2 11.76

JUMLAH ITEM 5 1 2 4 2 3 17

WAJARAN % 29.41 5.88 11.76 23.53 11.76 17.67 100.00

Page 3: Jadual Spesifikasi Ujian

SOALAN SUBJEKTIF

Bi

l TAJUK

ARAS TAKSONOMI BLOOMJUMLAH

ITEM

WAJARA

N %PENGETAHU

AN

KEFAHAM

AN

APLIKA

SI

ANALISI

S

SINTESI

S

PENILAIA

N

PERNIAGAAN

ANTARABANG

SA

4.

1

Perniagaan

AntarabangsaS1(a) 1 33.33

4.

3

Dokumen

Perniagaan

Antarabangsa

S1(b) 1 33.33

4.

2

Perniagaan

Import, Eksport

dan Entreport

S2(a) 1 33.33

JUMLAH ITEM 1 2 3

WAJARAN % 33.33 66.67 100.00

Page 4: Jadual Spesifikasi Ujian

1. Manakah antara pernyataan berikut tidak benar tentang perniagaan antarabangsa?

A. Melibatkan perniagaan antara dua buah negara

B. Meliputi aktiviti pengkhususan sesebuah negara

C. Terdiri daripada kegiatan import, eksport dan entrepot

D. Melibatkan kegiatan import dan eksport sahaja

2. Apakah faedah yang boleh diperoleh pengguna daripada perniagaan antarabangsa?

A. Memberi pelbagai pilihan barang

B. Meningkatkan pendapatan negara

C. Memberi maklumat tentang pasaran luar negara

D. Dapat menjimatkan kos pengeluaran sesebuah Negara

Page 5: Jadual Spesifikasi Ujian

3. Apakah persamaan antara perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa?

A. Cara pembayaran yang sama

B. Penggunaan mata wang yang sama

C. Bebas daripada amalan pengkhususan

D. Memenuhi keperluan dan kehendak manusia

4. Apakah yang dimaksudkan dengan eksport nyata?

A. Membeli barang dan perkhidmatan dari Negara lain

B. Menjual perkhidmatan pengangkutan ke luar negara

C. Menjual barang berbentuk fizikal ke luar negara

D. Promosi sektor pelancongan negara dan perkhidmatan yang ditawarkan dari luar Negara

Page 6: Jadual Spesifikasi Ujian

5. Nyatakan kesan jika tarif tidak dikenakan ke atas barangan import.

A. Meningkatkan keluaran negara

B. Pendapatan negara berkurangan

C. Harga barangan import lebih mahal

D. Meningkatkan harga barangan eksport

6. Manakah antara yang berikut bukan halangan dalam perniagaan antarabangsa?

A. Pertukaran nilai mata wang

B. Penggunaan bahasa yang berlainan

C. Prosedur kastam dan pelbagai sekatan sesebuah Negara

D. Pengangkutan barang dari sebuah negara ke sebuab negara

Page 7: Jadual Spesifikasi Ujian

7.Antara berikut,yang manakah bukan faktor penyebab kewujudan perniagaan antarabangsa?

A. Alam semula jadi yang berbeza

B. Perbezaan kadar pertukaran mata wang

C. Tingkat teknologi dan kemahiran yang berbeza

D. Faedah berbanding yang dinikmati oleh sesebuah Negara

8.Faedah yang diperoleh pengusaha tempatan kesan penggunaan teknologi termoden dari luar negara ialah

I. mengurangkan harga barang

II. menjimatkan kos pengeluaran

III. meningkatkan kualiti barangan

IV. meningkatkan input pengeluaran

A. I dan II C. II dan III

B. I dan III D. III dan IV

Page 8: Jadual Spesifikasi Ujian

9.Apakah perbezaan antara perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa?

A. Matlamat yang ingin dicapai

B. Jenis dokumen yang digunakan

C. Jenis barang yang diurusniagakan

D. Jumlah keuntungan yang diperoleh

10.Masalah utama yang dihadapi oleh peniaga dalam perniagaan anlarabangsa pada masa kini ialah

A. sekatan dan peraturan kastam

B. risiko kecurian dan kerosakan

C. penentuan kedudukan kredit peniaga

D. kesukaran untuk mendapatkan maklumat

Page 9: Jadual Spesifikasi Ujian

11.Tarif yang dikenakan ke atas barangan import tertentu adalah bertujuan

I. dapat menambah hasil pendapatan kerajaan

II. melindungi industri muda di negara tersebut

III. menghapuskan barangan tertentu dalam pasaran

IV. mengehadkan barangan tertentu pada satu jumlah tetap

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

12.Saluran eksport manakah yang paling sesuai untuk mengeksport perabot rotan termoden?

A. Melalui pejabat cawangan

B. Melantik ejen di negara asing

C. Melalui pameran dagangan antarabangsa

Page 10: Jadual Spesifikasi Ujian

D. Melalui wakil perdagangan ke luar Negara

13.Imbangan perdagangan dalam perdagangan antarabangsa merujuk

A. jumlah nilai barang-barang eksport sahaja

B. jumlah antara nilai eksport barang dan import barang dalam tempoh setahun

C. perbezaan antaru nilai eksport barang dan import barang dalam tempoh setahun

D. perbezaan jumlah pendapatan dari luar Negara berbanding jumlah pembayaran dengan Negara lain

14.Manakah antara aktiviti berikut merupakan import tak nyata bagi Malaysia?

A. Menerima pelancong dari Jepun

B. Membeli buah-buahan dari New Zealand

C. Membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia

D. Menyediakan perkhidmatan insurans kepada syarikat luar negara

Page 11: Jadual Spesifikasi Ujian

15.Bagaimanakah perniagaan antarabangsa dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat?

A. Meluaskan pilihan barangan

B. Meningkatkan pengkhususan

C. Mengeratkan hubungan diplomatik

D. Meluaskan pasaran barang tempatan

16.Tujuan sijil asal usul digunakan oleh pengeksport ialah

A. menjamin kualiti barang yang dieksport

B. menyatakan pelabuhan yang digunakan untuk eksport

C. menyatakan tempat barang dikeluarkan dan dieksport

D. memberi maklumat yang terperinci tentang barang yang dieksport

Page 12: Jadual Spesifikasi Ujian

17.Manakah antara pernyataan yang berikut menerangkan fungsi invois konsular?

I. Untuk pengesahan harga dalam invois

II. Pengakuan penerimaan barang ke atas kapal

III. Memudahkan kastam mengenakan cukai import

IV. Memberi kebenaran kepada pengeksport untuk mengeksport barang ke negara pengimport

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Page 13: Jadual Spesifikasi Ujian

SOALAN STRUKTUR DAN ESEI (SUBJEKTIF)

1. (a) Apakah maksud perniagaan antarabangsa? [5 markah]

(b) Terangkan bagaimana dokumen bil perintah bayar digunakan dalam perniagaan antarabangsa. [5 markah]

2. (a) Huraikan masalah-masalah yang perlu dihadapi untuk menjalankan perniagaan antarabangsa. [12 markah]

Page 14: Jadual Spesifikasi Ujian

Bantuan

DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

Dalam pembinaan item objektif dan subjektif yang akan dibina adalah berasaskan kepada 6 aras dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Domain Taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi dan  eleman-eleman tersebut dibahagi kepada 2 bahagian iaitu aras rendah dan aras tinggi.

Enam Peringkat dalam Domain Taksonomi Bloom adalah:

1. Pengetahuan - daya ingatan

§  Keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku.

§  Ciri-ciri soalan berasaskan pengetahuan ialah:

Ø  Mengingat pengetahuan  sama seperti pengajaran guru.

Ø  Tidak perlu mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.

Ø  Jawapan dapat ditentukan betul atau salah.

Ø  Menggunakan perkataan seperti siapa, apa, di mana, bila, beri definisi, takrifkan, huraikan, labelkan, padankan, namakan, nyatakan

Page 15: Jadual Spesifikasi Ujian

2. Kefahaman

§  Keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu

§  Menterjemah – Terjemah tanpa mengubah makna asal

§  Menafsir - Tafsir idea dalam bentuk tersurat atau tersirat

§  Mengekstrapolasi - buat telahan atau inferens mengenai peristiwa pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diterima

§  Memerlukan bahan atau alat komunikasi dan dinyatakan mengikut kefahaman  sendiri.

§  Menggunakan perkataan seperti huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan, anggarkan, terangkan, berikan contoh, tulis semula, rumuskan

3. Aplikasi

§  Keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am

§  Sebut semula masalah lama perlu menentukan prinsip,  kesesuaian dan had untuk menyelesaikan masalah baru dan berikan alasan.

§  Ciri-ciri soalan proses mental aplikasi.

§  Berkaitan dengan masalah situasi baru yang tidak  sama dengan masalah yang dibincang dalam bilik darjah.

§  Menggunakan perkataan seperti pilih, buat, kirakan, tunjukkan, laksanakan, sediakan, kaitkan, selesaikan, gunakan

Page 16: Jadual Spesifikasi Ujian

4. Analisis

§  Keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur tersebut.

§  Analisis unsur, analisis hubungan, analisis prinsip

§  Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.

§  Perkataan yang digunakan seperti mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan, buktikan

5. Sintesis

§  Keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun menyeluruh.

§  Penyampaian, himpunan, cadangan.

§  Soalan bebas dijawab dari segi isi atau masa.

§  Hasilnya dinilai oleh “pengguna”

§  Perkataan yang digunakan seperti ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan

berlaku.

Page 17: Jadual Spesifikasi Ujian

6. Penilaian

§  Keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.

§  Soalan situasi tentang perkara baru yang diuji  melalui proses mental peringkat penilaian.

§  Perkataan yang digunakan sepertipertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan.