Jenis & ciri2 main

4
JENIS-JENIS MAIN DAN CIRI-CIRI MAIN Disediakan oleh: Abd Rashid bin Ismail Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan dan hasil kajian mereka kita dapati bahawa permainan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti, main sosial, main dengan objek atau disebut main kognitif, main sosiodramatik, main bebas dan main diluar bilik darjah. A. Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932) Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak melalui main. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut : 1. Unoccupied Play Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapapun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan. 2. Solitary Play Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang 1

Transcript of Jenis & ciri2 main

Page 1: Jenis & ciri2 main

JENIS-JENIS MAIN DAN CIRI-CIRI MAIN

Disediakan oleh:Abd Rashid bin Ismail

Jabatan Ilmu PendidikanIPG Kampus Tuanku Bainun

Pengenalan

Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik

awal kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan

dan hasil kajian mereka kita dapati bahawa permainan dapat dibahagikan

kepada beberapa kategori seperti, main sosial, main dengan objek atau disebut

main kognitif, main sosiodramatik, main bebas dan main diluar bilik darjah.

A. Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932)

Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam

peringkat pembentukan sosial kanak-kanak melalui main. Kategori main sosial

mengikut Parten adalah seperti berikut :

1. Unoccupied Play

Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil

memerhati tetapi tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu

atau sesiapapun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang

dapat diperhatikan.

2. Solitary Play

Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk

berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang

1

Page 2: Jenis & ciri2 main

dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak

mungkin membina menara menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya

mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik

yang sama.

3. Onlooker Play

Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak

melibatkan diri dalam permainan.

4. Parallel Play

Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara

sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung

kepada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat

dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja

permainan, kanak-kanak yang laian akan terus menyambung permainan.

5. Assosiative Play

Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan

mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar.

6. Cooperative Play

Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama

dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan

dari bongkah.

2

Page 3: Jenis & ciri2 main

B. Main Kognitif (Piaget, 1962)

1. Practice Play/ Functional Play

Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek

dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan.

Contohnya bermain lego di mana kanak-kanak dapat membuat bermacam-

macam binaan dengan menggunakannya.

2. Symbolic Play

Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada

sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak

menjadi sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang

ataupun kanak-kanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain

seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta.

3. Play With Rules

Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah

mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk

bermain permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain

melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan.

Constructive Play

Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam

permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan

kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu

3

Page 4: Jenis & ciri2 main

objek. Permainan ini merupakan permainan yang melibatkan mencipta sesuatu

objek.

1. Sociodramatic Play

Main simbolik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan

pra-operasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu

objek dengan seuatu yang lain. Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian

atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam

permainan ini kanak-kanak memegang sesuatu peranan kemudiannya

melakonkannya. Contohnya seperti kanak-kanak mengisytiharkan dirinya

sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya.

2. Free Play

Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa

jenis permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas

atau di luar kelas. Ketika permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang

melibatkan diri secara langsung dan ada juga yang hanya memerhati. Permainan

ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan aktiviti yang

menarik, alat-alat permainan dan orang-orang di sekelilingnya.

3. Outdoor Play

Merupakan permainan yang dilakukan diluar bilik darjah samada dipadang

ataupun di taman permaianan. Permainan ini meningkatkan perkembangan otot,

koordinasi badan, perkembanagan penguasaan bahasa, interaksi sosial dan

kreativiti. Guru hendaklah merancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat

meningkatkan kemahiran kanak-kanak.

4