Jilid II MALAYSIA - · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu...

103
Jilid II Bil. 4 MALAYSIA Bari Khamis 3lhb Mac 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 535] USUL-USUL: Ucapan Terima Kasih kepada D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA UJMPUR DATUK HAJI MUKHTAR SHAMSUDDIN, P.S.D .. J.S.D .. S.M.S .. S.M.T . .,£M.P .. K.M.N .. P.l.S .. KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA. MALAYSIA 1988

Transcript of Jilid II MALAYSIA - · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu...

Page 1: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

Jilid II Bil. 4

MALAYSIA

Bari Khamis 3lhb Mac 1988

PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEW AN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 535]

USUL-USUL:

Ucapan Terima Kasih kepada D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623]

W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695]

,,_ ..

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA UJMPUR DATUK HAJI MUKHTAR SHAMSUDDIN, P.S.D .. J.S.D .. S.M.S .. S.M.T . .,£M.P .. K.M.N .. P.l.S ..

KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA. MALAYSIA 1988

Page 2: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

'-~

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA"

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK BENEDICT Srs'PHENS, P.S.M., S.P.D.K., B.E.M. (Dilantik).

"

"

"

"

"

" "

"

"

"

"

" "

"

"

"

"

" "

" " "

Timbalan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJJ AHMAD URAl BIN DATUK HAKIM ABANG HAJJ MOHIDDEEN, P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., A.B.s. (Sarawak).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TUAN HAJJ HuSSEIN BIN AHMAD (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TuAN MoHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

LT. KoL (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, S.M.S., K.M.N., P.I.S. (Dilantik).

TUAN HAJJ ABDUL HAMID BIN HAJJ LATIF (Dilantik).

TUAN HAJJ ABDUL MAJID BIN HAJIABDULLAH (Johor).

TUAN HAJJ ABDUL MANAP BIN HASHIM (Kedah).

TUAN HAJJ ABU BAKAR BIN LAJIM, K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PUAN HAJJAH AZIZAH BINTI HAJJ MOHO. SAID, P.J.K. (Dilantik).

TUAN AzMAN ATAR BIN OTHMAN (Dilantik).

TUAN AZUMU BIN TAK (Perak).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Pedis).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TuAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

PUAN HABIDAH BINTI JUSOH alias YUSOF {Terengganu) ..

TUAN HAII-HAMID ARABY BIN HAJI Mo. SALIH (Pulau Pinang).

TUAN HASSAN BIN HARUN (Kelantan).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

' .. - .,.,

Page 3: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

529 31 MAC 1988 530

Yang Berhormat TuAN HAJI IBRAHIM BIN HAn UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

"

"

" "

"

"

"

"

"

"

"

" " "

"

"

" "

"

"

"

" "

"

"

"

"

"

TUAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

TuAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TuAN KoH IM PIN (Negeri Sembilan).

TUAN C. KRISHNAN (Dilantik).

TUAN LAU KENG SIONG alias JOSEPH LAu KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PUAN LAW JACK YooN (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, o.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH HAJI ZAKARIA (Dilantik).

TUAN HAJI MOHO. NOOR BIN HAJJ ABDULLAH (Kelantan).

TUAN MOHO. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MOHO. W AJDI BIN DATO'. HAJI ISHAK (Dilantik).

TUAN MuSTAFA BIN AWANG (Terengganu).

DATUK HAJI NASIR BIN HAJI MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka). ·

DR NG KHEK KiuNG (Selangor Darul Ehsan).

TuAN NG PE.NG HAY (Melaka).

DATO DR K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

CIK NORANI BINTI HAJI BELUAH alias HAJI HITAM (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA (Sabah).

TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik).

TuAN G. RAJoo (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PuAN RoKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HAJI MOHO. SALLEH (Dilantik).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHO. AKIM (Dilantik).

TUAN M. SANGARALINGAM (Dilantik).

TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

Page 4: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

531 31 MAC·1988 532

Yang Berhormat TUAN HAil SYED ABDUL HAMID BtN SAGAFF (Dilantik).

"

"

" "

"

"

"

TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

DATO TAN PENG KHooN, s.P.M.J., s.S.I.J. J.M.N. (Dilantik).

TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

DATO' HAJJ ZAKARIA BIN HAil YAHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan).

Page 5: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

533 31 MAC 1988 534

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.S.D., s.A.P.,

K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Hajjah Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Sbamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., s.s.o., P.J.K.

Page 6: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

535 31 MAC 1988

MALAYSIA

536

DEWAN NEGARA

Khamis, 31hb Mac, 1988

Mesyuarat dimulakan pada puku/2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

UNIVERSITI TERBU~A

1. Tuan Abdul M81Jap bin Hashim minta Menteri Pendidikan menyatakan bilakah rancangan Universiti Terbuka dapat diadakan. Ini memandangkan makin ramai yang mempunyai kelayakan masuk ke universiti. Dengan adanya Universiti terbuka ini matlamat Kerajaan untuk melahirkan rakyat yang berilmu dan berkelulusan tinggi akan tercapai, lagi pun kos pengajian di luar negeri sekarangamat tinggi bagi yang kurang ber­kemampuan.

Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Woon See Chin): Tuan Yang c;li-Pertua, saya mengucapkan terima kasih ke atas cadangan yang diberi dari Yang Berhormat tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Universiti Terl>uka di negara ini. Masalah untuk menampung lebih ramai lagi pelajar d~pat diatasi dengan cara memperkembangkan kemudahan yang terdapat di institusi pengajian tinggi tempatan seperti

pembesaran kampus induk, penambahan kampus-kampus cawangan, penubuhan jabatan-jabatan serta pusat pengajian yang baru dan juga penambahan kursus-kursus baru.

Dr Nordin Selat: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin tabu berapa ramaikah penuntut-penuntut yang memohon masuk ke universiti­universiti darr berapakah yang diterima masuk.

Tuan .Woon See Chin: Tuan Yang di­Pertua, saya tidak dapat angka-a_ngka di sini dan izinkan saya memohon menjawab soalan itu secara bertulis.

Tuan Koh Im Pin: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Kita dapat tabu yang tahun ini ramai pelajar akan diserap masuk ke universiti-universiti tempatan. Berapakah pertambahan peratus pelajar berbanding dengan tahun lepas. Adakah pengambilan pelajar-pelajar kaum Cina dan kaum India akan bertambah. Saya berharap Kerajaan akan mengambil mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum.

Tuan .Woon See Chin: Tuan Yang di­Pertua, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menambah 20% lebih pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi tahun ini dibanding dengan tahun 1987. Dan berkaitan dengan cadangan untuk men"ambah pelajar-pelajar kaum Cina dan India itu, ki~a· akan mematuhi satu formula yang sudah dipersetujui oleh semua parti komponen Barisan Nasional iaitu

Page 7: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

537 31 MAC 1988 538

45% akan disimpan untuk pelajar­pelajar yang bukan bumiputera. Oleh sebab pelajar-pelajar untuk tahun ini akan bertambah sebanyak 20% maka memanglah pelajar yang bukan bumiputera akan bertambah juga.

Puan Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, soalan t{(mbahan. Walaupun Kerajaan tidak bercadang untuk membuka Universiti Terbuka tetapi tidakkah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan sebuah universiti atau cawangannya di negeri Terengganu memandangkan di negeri ini tidak ada sebuah universiti ataupun cawanJ!;annya.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di­Pertua, dalam rancangan Kementerian Pendidikan kita hendak . di tiap-tiap negeri akan ditubuhkan satu kampus universiti dan memanglah ini sudah ada dalam rancangan.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: (Bangun).

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Haji Mohd. Noor dahulu.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Timbalan· Menteri Pendidikan memberi kenyataan apakah sebab universiti yang telah pun diura-urakan oleh Kerajaan dan telah pun membayar tanah di Bachok, Kelantan tetapi tidak dibuka. Apakah sebab dan kalau ada cadangan hendak membuka, bilakah pihak Kementerian Pendidikan hendak membukakan universiti itu.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di­Pertua, saya minta maaf, saya tidak dapat memberi satu jawapan yang sangat jelas dan saya akan semak kes ini dan akan mendapat satu maklumat yang sebenar-benar jelas untuk Yang Berhormat.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan memaklumkan Dewan yang mulia ini jumlah penuritut­penuntut yang diambil bagi tahun yang lepas mengikut keturunan · kaum di universiti-universiti di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua: Saya fikir dia sudah jawab itu tidak dapat. Is it correct? You can't have the figures right now. The same question has been asked just now. Dia sudah jawab, kenapa tidak dengar bila dia jawab tadi? (Ketawa)

LESEN MENGILANG SAMSU/ MINUMAN KERAS

2. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kewangan menyatakan:

(i) jumlah lesen yang· dikeluarkan kepada pembuat samsu dan minuman keras di negara ini;

(ii) tindakan-tindakan yang di­ambil terhadap pembuat samsu dan pengedarnya yang tidak berlesen di negara ini; da~

(iii) tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menghalang pasaran samsu haram di kedai-kedai seluruh negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan (Tqan Loke Yuen Yow): Tuan Yang di­Pertua,

(i) Jumlah les.en yang telah dikeluarkan UI)~Uk }llengilang samsu dan minuman keras setakat ini ialah sebanyak 15 buah.

(ii) Tindakan yang diambil oleh Jabatan Kastam dan Eksais Di­Raja terhadap pembuat dan pengedar samsu yang tidak berlesen ialah untuk mendakwa mereka di mahkamah. Suka saya memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

Page 8: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

539 31 MAC 1988 540

bahawa dalam tahun 1987 sebanyak 8 kes telah dibawa ke mahkamah.

(iii) Untuk membanteras pasaran samsu haram, Jabatan Kastam dan Eksais Di-Raja sentiasa menjalankan operasi terhadap aktiviti-aktiviti perniagaan samsu haram dari semasa ke semasa. Tindakan juga dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari orang ramai.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan bahawa yal!8 minum samsu ataupun minuman keras dalam plastik senang dijual di kedai-kedai runcit di estet. Beberapa badan sosial dan masyarakat serta persatuan pengguna telah pun menyeru kepada Kementerian Kewangan supaya mengharamkan samsu atau minuman keras yang dijual dalam plastik, ini oleh kerana dia jual 80 sen di kedai-kedai runcit. Ini pun macam dadah juga. Adakah cadangan daripada Kementerian Kewangan supaya minuman keras yang dijual di dalam plastik ataupun samsu yang dijual dalam plastik itu supaya diharamkan?

TuanLoke Yuen Yow: Tuan Yangdi­Pertua, sebenarnya saya telah jawab dalam jawapan asal saya tadi. Kerajaan sentiasa mengambil perhatian yang berat terhadap aktiviti-aktiviti membuat dan mengedar samsu haram. Jikalau samsu yang dijual dalam bentuk plastik beg itu adalah keluaran daripada kilang yang haram, Kementerian Kewangan serta pihak Kastam dan Eksais Di-Raja akan mengambil tindakan. Tetapi walau bagaimanapun, seperti peribahasa kata: di mana ada gula, di sana ada semut, (Ketawa) jadi susahlah bagi Kerajaan menghapuskan aktiviti ini 100%. Jikalau hendak menyelesaikari masalah m1 haruslah Kerajaan menghapuskan punca, iaitu kilang­kilarig yang haram. Jadi Kementerian

Kewangan menyerulah Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini supaya menggunakan pengaruh mereka menyeru rakyat supaya Kementerian Kewangan serta Jabatan Kastam dan Eksais Di-Raja boleh mendapat maklumat yang lebih daripada orang ramai supaya tindakan yang lebih berkesan dapat diambil terhadap punca, iaitu kilang-kilang samsu haram.

Puan Ainon binti Ariftin: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana cerita "ada semut, ada gula" tadi, tidakkah pihak Kementerian yang berkenaan atau Kementerian lain yang bertanggungjawab hendak me­lancarkan kempen anti najis samsu pula?

Tuan Loke Yuen Yow: Tuan Yang di­Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada cadangan yang dikemukakan. Saya akan mengambil perhatian.

PERSATUAN BEKAS PERAJURIT MALAYSIA-BANTU AN

3. Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim minta Menteri Pertahanan menyatakan sebab-sebab mengapa Kementerian Pertahanan tidak membuat peraturan tetap supaya sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi oleh PERNAMA didermakan kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia khususnya untuk memberi bantuan kepada bekas-bekas perajurit dan tanggungan mereka yang kurang bernasib baik.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Abang Abu Dakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha): Tuan Yang di-Pertua, peranan utama Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) ialah untuk menjual barang-barang pengguna di dalam Kern dan Kompleks Angkatan Tentera khusus untuk anggota-anggota

Page 9: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

541 31 MAC 1988 542

Angkatan Tentera dan ahli keluarga mereka dengan harga yang lebih murah dari kedai-kedai biasa.

Sebagai satu perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera sebahagian dari keuntungan yang diperolehi dari operasi PERNAMA dikembalikan kepada Lembaga Tabung sebagai dividen ke atas pelaburan Tabung di dalam PERNAMA. Dividen-dividen yang diterima dari semua pelaburan Tabling, termasuk dividen dari PERNAMA digunakan untuk pembayaran dividen kepada semua pencarum-pencarum Tabung yang diisytiharkan setiap tahun. Wang caruman dan keuntungan terkumpul dikembalikan sekaligus kepada pencarum apabila mencapai umur 50 tahun selepas mereka tamat perkhidmatan atau meninggal dunia.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera juga mengadakan satu faedah secara langsung untuk pencarum-pencarum melalui Skim Kematian dan, Hilangupaya. Skim 1m telah dila~-sanakan bagi membolehkan semua pencarum atau warisnya mendapat sejumlah wang apabila pencarum menamatkan perkhidmatan akibat dari hilang akal atau upaya atau meninggal dunia semasa di dalam perkhidmatan. Jumlah wang yang dibayar di bawah skim ini di samping pemulangan caruman dan dividen terkumpul, akan dapat membantu keperluan mereka setelah tamat perkhidmatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Tabung Angkatan Tentera melalui PERNAMA telah pun menyediakan sumbangan khas tahunan kepada Tabung Terkumpul Kementerian Pertahanan (Consolidated Welfare Fund) yang mana badan kebajikan berkenaan menyalurkan bantuan kepada perajurit-perajurit dan bekas perajurit melalui Persatuan Bekas Perajurit Malaysia. Di sini jelas

menunjukkan bahawa PERNAMA memang memainkan peranan dalam bantuan bekas-bekas perajurit secara tidak langsung.

Puan Ainon binti Ariffin: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya berhubung kait dengan PERNAMA, apakah benar mereka telah bersara dari tentera tidak lagi mempunyai hak untuk membeli-belah atau menikmati "special discount", dengan izin, atau tidak boleh lagi membeli-belah di PERNAMA. Kalau benar, mengapa demikian adanya? Dan tidakkah pihak Kementerian berca,dang untuk men:Ibenarkan semua bekas-bekas perajurit ini kembali membeli-belah atau menggunakan hak mereka di PERNAMA?

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, bekas-bekas perajurit dan juga rakyat biasa boleh membeli barang-barang, kalau tak silap saya, dari beberapa buah kedai-kedai PERNAMA yang tertentu di mana mereka tidak menjual barang-barang kecuall cukai .a.tau "tax extempted goods'~, dengah izin. Selain daripada itu, Kementerian Pertahanan sekarang membuat satu kajian di mana kita hendak memberi . peluang kepada bekas-bekas perajurit dan balu-balu mereka untuk membeli barang-barang dari kedai PERN AMA seperti juga anggota-anggota tentera biasa.

Tuan R. M. Jasni: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua, Adakah Kerajaan atau terutamanya Kementerian Pertahanan mempunyai maklumat tentang bilangan bekas perajurit yang dianggap tidak bernasib baik, ertinya, bilangan yang dianggap susah yang memerlukan pertolongan atau bantuan?

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, saya memerlukan

Page 10: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

543 31 MAC 1988 544

notis kerana say a tidak ada mempunyai maklumat sekarang berkenaan dengan soalan ini.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif: Soalan tambaban, Tuan Yang di­Pertua, Saya ingin membuat pertanyaan, adakab boleb bekas-bekas perajurit ini menjadi abli seterusnya supaya mereka mendapat dividen berpanjangan? Maksud saya, apabila mereka telab tamat perkbidmatannya, mereka boleb lagi menjadi abli PERNAMA supaya mereka mendapat peroleban dividen daripada basil masuk menjadi abli PERNAMA.

Dato' Abang Abu Dakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, seperti saya sebut dalam jawapan asal saya, fungsi Lembaga Tabung Angkatan Tentera ialab untuk anggota-anggota, kbasnya anggota-anggota lain-lain pangkat dan seperti juga di pibak swasta, pekerja­pekerja memberi potongan gaji mereka kepada EPF, tetapi untuk AngkatanTentera ialab LTAT. Jadi, apabila mereka tamat perkbidmatan dalam tentera, mereka dapat mengambil kembali potongan yang dibuat semasa mereka berkbidmat. Jadi, soalan Abli Yang Berbormat itu tidak timbul berkenaan dengan bekas­bekas perajurit ·yang masib hendak melabur lagi dalam LTAT.

Lt. Kol. (B) Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim: Yang Berbormat Timbalan Menteri telah menyatakan babawa sebabagian daripada keuntungan PERNAMA telab pun didermakan kepada Tabung Kebajikan Terkumpul Angkatan Tentera Malaysia. Jadi, saya ingin tabu berapa banyakkah keuntungan yang telab diberi atau telab didermakan kepada Tabung ini dan berapa banyak pula daripada wan$ tersebut telah didermakan kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia.

Dato' Abang Ab~ Dakar bin Datu Bandar· Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, saya telah difahamkan

bahawa PERNAMA telab menderma kepada Tabung Terkumpul Kementerian Pertabanan atau dengan izin, Consolidated Welfare Fund dan mereka telah mendermakan kepada Persatuan Bekas Perajurit sebanyak $10,000.

Tur.u Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih: Tuan Y:.ng di-Pertua, satu soalan. Saya ingin bertanya sama ada pibak Kementerian dapat tabu iaitu perajurit-perajurit yang dapat membeli barang murab daripada Kedai PERNAMA ini menjual pula kepada orang awam, semata-mata kerana untuk mendapat satu keuntungan. Adakah berlaku, kalau lYerlaku, adakab tindakan pernah diambil terhadap mereka.

Dato' Abang Abu Dakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, sebelum PERNAMA mengambil alib daripada NAAFI, aktiviti-aktiviti seperti yang disebut oleb Yang Berhormat itu sering berlaku. Apabila PERNAMA mengambil-alib kegiatan ini daripada NAAFI, kita dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti yang disebutkan oleh Yang Berbormat itu. Jikalau kita dapati bahawa mereka salabgunakan kemudaban-kemudaban yang diberi oleb Kerajaan, kita akan mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya kepada mereka.

HICOM INDUSTRIES

4. Tuan Lim Heng Tee minta Perdana Menteri menyatakan apakab faedah yang mungkin akan dibawa daripada pembentukan HICOM Industries sungguhpun setakat ini syarikat ini telah mengbadapi kerugian yang besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam) Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek­projek industri berat membawa banyak faedah sosio-ekonomi, antaranya adalah:

Page 11: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

545 31 MAC 1988 546

(i) Menggalakkan pertumbuhan industri sokongan dan sampingan;

(ii) Mempercepatkan pemba-ngunan kawasan kurang maju;

(iii) Mempertingkatkan lagi pembangunan infrastruktur;

(iv) Menggalakkan pemindahan teknologi dan peninggian kemahiran;

(v) Mempertingkatkan peng-gunaan sumber-sumber tempatan;

(vi) Menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam perda­gangan dan perindustrian melalui pembukaan peluang­peluang perdagangan baru; dan

(vii) Penjimatan pengaliran keluar wang ke negara asing.

Tuan Haji Abu Dakar bin Lajim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah berapakah kerugian yang dialami oleh HICOM sehingga akhir tahun 1987.

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, mengikut auditan akaun yang ada pada saya, tidak ada kerugian. HICOM sebagai satu syarikat untung sebanyak $46 juta.

Tuan Hassan bin Harun: Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah projek-projek HICOM yang didapati gagal dan tidak mencapai cita-citanya di peringkat ini telah direview untuk diperbaiki.

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, semua syarikat­syarikat hak-milikan anak-anak syarikat HICOM sentiasa diawasi oleh Kerajaan dan pengawasan itu sentiasa diberi dan Kerajaan sentiasa memberi pandangan dan meminta pihak ICU dan juga IPU di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi nasihat­nasihat selain daripada pakar-pakar yang ada di dalam syarikat itu sendiri.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri, apakah projek­projek yang dijalankan oleh HICOM setakat ini.

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, HICOM sekarang ini mempunyai Iebih-kurang 15 syarikat dan 15 syarikat ini mempunyai aktiviti­aktiviti yang berlainan, termasuklah pemegang harta-benda dan juga pembangunan harta-benda, menge­luarkan pembekalan alat-alat acuan, pengeluaran pemasangan dan jualan kenderaan bermotor seperti PROTON, EON dan ban yak lagi yang lain. Semua saya ada 15. Kalau dibaca di sini boleh juga sebab saya ada maklumat ini. Kalau tidak, saya boleh kirimkan kepada Yang Berhormat. Boleh saya baca semua?

Tuan Yang di-Pertua: J awab dengan surat. (Ketawa) Kita tidak mahu membuang masa, banyak lagi yang hendak bertanya.

Lt. Kol. (B) Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, oleh sebab banyak projek-projek yang dijalani oleh HI COM dan kita jug~ telah mendengar bahawa HICOM telah membuat keuntungan sebanyak $46 juta, bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan dari mana datangnya keuntungan itu, daripada projek mana dan di mana pula kerugian di dalam HI COM.

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, keuntungan HICOM itu ialah HICOM sebagai syarikat sendiri. Jadi, kalau kita ambil kira daripada keuntungan HICOM sebagai holdings company itu berlainan kerana semua syarikat-syarikat yang 15 itu separuhnya ada yang menguntungkan dan separuhnya tidak menguntung dan ada juga yang tidak aktif sekarang ini.

Page 12: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

547 31 MAC 1988 548

Tuan Mustafa bin Awang: Syarikat yang tidak aktif itu adakah dicadangkan hendak ditutup?

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, kita sedang membuat satu kajian yang terperinci mengenai aktiviti-aktiviti dan juga pengendalian syarikat ini, di mana tidak perlu akan ditutup, di mana yang kalau sekiranya ia boleh diselamatkan, kita akan selamatkan.

Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi? (Ketawa)

NILAI YEN

S. Tuan Dahlan bin Haji Embun minta Menteri Kewangan menyatakan sekadar manakah kesan kenaikan nilai yen terhadap ekonomi negara kita.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, kenaikan nilai yen berbanding dengan nilai ringgit sejak akhir tahun 1985 sehingga sekarang ialah sebanyak 40.9 peratus. Kenaikan nilai yen yang begitu tinggi telah memberi beberapa kesan ke atas ekonomi negara kita. Nilai import barangan dan perkhidmatan dari J epun dalam nilai ringgit menjadi bertambah tinggi dan mahal. Akibatnya, harga barang-barang yang diimport ini telah meningkat, terutamanya barang­barang elektrik, mesin dan peralatan. Ini telah mengurangkan jumlah import-import kita dari Jepun di mana jumlahnya telah berkurangan sebanyak 19 peratus pada tahun 1985 dan 18.3 peratus pada tahun 1986.

Walau bagaimanapun, dalam tahun 1987, jumlah import telah meningkat sedikit sebanyak 21 peratus sungguhpun nilai yen masih tinggi dibandingkan dengan nilai ringgit. Kenaikan nilai yen ini juga menyebabkan jumlah hutang negara yang berasaskan yen bertambah kerana jumlah pembayarap. balik pinjaman pokok dan faedah akan

meningkat. Walau bagaimanapun, Kerajaan· telah mengambil beberapa langkah untuk membayar balik dahulu atau dengan ini, prepayment, pinjaman-pinjaman luar negeri serta memperolehi pinjaman-pinjaman yang lebih murah bagi mengurangkan kadar pertambahan pinjaman yen. Kenaikan nilai yen ini juga sedikit-sebanyak telah memberi kebaikan kepada ekonomi negara kita, terutamanya dalam . meningkatkan persaingan eksport dan menarik lebih ramai pelabur-pelabur Jepun melabur dalam ekonomi kita.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah hubungkaitnya kenaikan nilai yen dengan kenaikan harga Proton Saga?

Tuan Yang di-Pertua: Itu tidak kena­mengena.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini tidak ada kaitan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, I agree with you-betul (Ketawa). Sudah berapa kali saya minta kalau buat soalan tambahan, tanya atas soalan asal, bukan buat soalap yang baru.

HOSPITAL JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI­JAWATAN TINGKATAN

TERTINGGI "G"

6. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kesihatan menyatakan iaitu adakah pihak Kementerian -Kesihatan sedar a tau tidak yang satu jawatan Skel "G" telah wujud di Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Gombak sejak tahun 70an lagi, jika sedar apakah sebabnya jawatan tersebut tidak pern_ah diisi sehingga sekarang, han~a diberi pegawai tanggungan keqa sahaja (acting) adakah ini keran~ pegaw~ perubatan yang ada d1

Page 13: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

549 31 MAC 1988 550

Kementerian tidak cukup service untuk dilantik ke jawatan tersebut atau sebaliknya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Cik Teng Gaik Kwan): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sedar tentang adanya satu jawatan Pegawai Perubatan Tingkatan-tertinggi "G" di Hospital J abatan Hal Ehwal Orang Asli Gombak. Jawatan tersebut &dalah di bawah pentadbiran Jabatan Orang Asli dan Jabatan itulah yang harus mengambil tindakan apabila perlu.

PELABUR ASING-KEUTAMAAN

7. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang dalam usaha-usahanya menggalakkan pelabur-pelabur luar negeri melabur di negara ini akan memberi keutamaan dan kebenaran pelabur-pelabur tersebut menda­patkan taraf Pendudukan Tetap (Permanent Resident). Apakah syarat serta peraturan yang akan dikenakan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meninggikan pelabur-pelabur asing ke negeri ini, Kerajaan tidak memberi keutamaan kepada pelabur­pelabur asing untuk mendapatkan taraf Pendudukan Tetap (Permanent Resident). Walau bagaimanapun, Kerajaan ada mempertimbangkan permohonan seperti ini berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan negara dan merit seseorang.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Timbalan Menteri yang berkenaan menjawab, kalau ada di antara pelabur-pelabur yang datang itu bujang, tiba-tiba dia berkahwin di Malaysia, bagaimana dengan kedudukannya di negara ini?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: iuan Yang di-Pertua, sungguhpun pelabur itu berkahwin dengan orang tempatan, beliau terpaksalah mengikut undang-undang negara ini dan menunggu masa, apabila kita merasakan bahawa boleh dipertimbangkan, barulah diper­timbangkan untuk mendapat Permanent Resident.

SKIM A~N-PELABURAN

8. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan berapakah bilangan orang-orang yang layak melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang telah menggunakan kemudahan pinjaman­pinjaman bank bagi tujuan melabur dengan ASN. Adakah sambutan orang ramai menggalakkan atau masih perlu dipertingkatkan lagi.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, sehingga 29hb Februari, 1988 seramai 106,247 permohonan dengan nilai sejumlah $1,415.2 juta telah mendapat kemudahan-kemudahan pinjaman daripada 16 buah bank dan institusi kewangan. Di samping itu dua buah Kerajaan Negeri' juga telah mengeluarkan pinjaman untuk pelaburan dalam ASN iaitu Terengganu dengan 6,153 permohonan bernilai $6.1 juta dan negeri Selangor dengan 4,465 permohonan bernilai $4.4 juta.

Mengenai sambutan orang ramai terhadap Skim ASN, ia adalah menggalakkan dan mencapai kejayaan jauh melebihi jangkaan semasa skim ini dilancarkan. Setakat ini jumlah pelabur-pelabur dalam ASN adalah 2.3 juta orang dengan jumlah pelaburan sebanyak $2,801.7 juta.

Bagaimanapun, pihak ASN akan .terus berusaha untuk meningkatkan penyertaan dan pelaburan bumiputera

Page 14: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

551 31 MAC 1988 552

dalam Skim ini dengan tujuan supaya lebih ramai lagi daripada masyarakat bumiputera akan menikmati faedah dari pengagihan pulangan menerusi bayaran dividen dan bonus setiap tahun daripada pelaburan dalam sektor korporat.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat, golongan manakah yang banyak sekali membuat pelaburan, sama ada daripada para petani ataupun pegawai-pegawai Kerajaan ataupun lain-lain bahagian?

Tuan Othman bin Abdul: Soalan ini mengenai dengan golongan yang ramai, kalau bilangan yang ramai itu ialah orang awam yang ramai, tetapi jumlah pelaburan itu adalah daripada golongan orang yang berpendapatan tetap di dalam negara kita ini.

Tuan Hassan bin Nam: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tabu adakah Kerajaan bercadang untuk menambah pelaburan yang sedang dihadkan iaitu $50,000 ke angka yang lebih daripada yang ada sekarang?

Tuan Othman bin Abdul: Kerajaan boleh menimbangkan permohonan untuk menaikkan had maksimum seperti yang ada sekarang sebanyak $50,000. Kerajaan boleh menimbangkannya.

PAKAIAN CELORENG ASKAR

9. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Dalam Negeri · menyatakan kenapakah kain­kain dan pakaian-pakaian celoreng askar dijual dengan bebas dalam negara kita. Tidakkah Kementerian yang berkenaan meragui di atas penggunaannya.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Polis akan mengambil tindakan pemeriksaan sekiranya ada laporan mengenai penjualan pakaian seragam dan peralatan pasukan keselamatan tanpa kebenaran. Tindakan tegas mengikut lunas undang-undang akan diambil ke atas mereka yang terlibat.

Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terdapat terutama sekali di sempadan di negeri saya, pakaian-pakaian ini juga dijual dengan bebas kepada kanak-kanak, adakah ini untuk menggalakkan anak -anak kita menjadi askar? (Ketawa)

Dato' Megat Junid bin.Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, yang sebenarnya takrif undang-undang tentang pakaian seragam celorong­celoreng ini ada mempunyai takrif yang tertentu. Ia mesti lengkap, kadang-kadang yang dijual itu tidak lengkap, seluar cara lain, baju cara lain, yang mana tidak serupa dengan takrif pakaian celorong-celoreng sepertimana dalam pasukan Polis dan pasukan Tentera. Jadi, kadang­kadang kita sebagai rakyat biasa ingat asalkan berconteng-conteng itu ialah merupakan takrif yang ditakrifkan oleh Kerajaan tetapi yang sebenarnya tidak.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat, berapa orangkah yang telah didapati melakukan perkara­perkara yang tidak diingini dengan memakai pakaian askar itu?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bo}eh memberi jawapan berapa bilangannya kerana sampai hari ini pihak Polis dan Tentera tidak pernah menerima laporan tentang hal ini.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yan~ Berhormat Timbalan Menten

Page 15: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

553 31 MAC 1988 554

mengenai dengan kenyataan beliau bahawa pihak Polis akan mengambil tindakan. Setahu saya, undang­undang untuk memakai pakaian celoreng ini telah pun wujud beberapa tahun yang lampau. Jadi, apakah masalah-masalahnya tindakan tidak dapat diambil sehingga pada hari ini?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, memanglah mengikut undang-undang Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 25 (a) (1) sesiapa yang memakai akan didenda $500 atau penjara tidak lebih 6 bulan; dan Seksyen 25 (a) (2) sesiapa yang membuat, mengilang, menjual, membeli, mengimport dan mengeksport tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri, akan didenda $1,000 atau 12 bulan penjara. Yang menjadi masalahnya, Tuan Yang di­Pertua, ialah tidak ada la~ran yang dapat pihak Polis bertindak atas perkara ini. Memang kadang-kadang ada orang pakai seluar celorong­celoreng tetapi baju dia pakai baju putih biasa; selain daripada itu ada yang pakai baju tetapi seluar biasa, jadi susah kita hendak takrifkan.

Tuan Pandikar Amin bin Haji Mulia: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Menurut jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri tadi rupa-rupanya Polis cuma bertindak kalau sekiranya ada laporan. Soalan saya ialah kenapakah pasukan Polis ini tidak boleh bertindak kalau tidak ada laporan daripada umum. Iaitu menyiasat sendiri? Terima kasih.

Dato'/M~at Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai 75,000 anggota bagi 15 juta rakyat dan negara kita begitu besar. Kalau kita memberi keutamaan kepada hal hendak mencari orang pakai celorong­celoreng, (Ketawa) maka keutamaan itu saya ingat bukanlah keutamaan

yang diperlukan. Dengan sebab itu, kita berkehendakkan kerjasama daripada pihak orang ramai untuk membantu pihak Pasukan Polis untuk kita bertindak.

SISWAZAH MENGANGGUR

10. Dato Haji Zakaria bin Haji Yahaya minta Perdana Menteri menyatakan sehingga 31hb Disember, 1987 berapa jumlah sebenar siswazah menganggur di negara ini dan berapa pula mereka yang telah dibantu oleh Kerajaan dan swasta untuk mendapat pekerjaan a tau disalurkan ke bidang-bidang tertentu seperti bidang pertanian dan lain-lain. Bagaimana pula kemajuan yang mereka capai dalam bidang-bidang terse but.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, adalah agak sukar untuk ditentukan dengan tepat jumlah siswazah yang menganggur pada 31-12-1987. Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat yang terbaru dari JP A, terdapat seramai 19,633 orang siswazah yang mendaftarkan diri untuk mendapatkan pekerjaan sehingga 29-2-1988. Jumlah sebenar siswazah yang menganggur mungkin lebih tinggi dari itu oleh kerana tidak semua siswazah yang menganggur mendaftar diri dengan JP A.

Kerajaan bersama-sama pihak swasta telah dan sedang mengambil langkah-langkah yang positif untuk cuba mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Sebuah J awatankuasa Kabinet bagi mengkaji Program Peluang-peluang Pekerjaan Siswazah telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk merancang dan menyediakan program-program tertentu bagi mengatasi masalah tersebut. Berbagai program telah dan sedang dijalankan untuk membantu siswazah mendapatkan pekerjaan. Langkah-langkah ini telah pun saya

Page 16: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

555 31 MAC 1988 556

sebutkan di Dewan ini pada 28 Mac, 1988 yang lalu. Walau bagaimanapun, dengan secara ringkas program­program yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Skim Latihan Khas

Kumpulan pertama seramai 74 peserta telah menamatkan latihan mereka dan telah pun memulakan perniagaan masing-masing. Pada masa ini terdapat seramai 200 orang Jagi sedang menjalani latihan selama di antara 3 hingga 6 bulan dalam bidang percukaian.

(ii) Skim Penempatan di Syarikat-syarikat Swasta

Sebanyak 11 buah syarikat swasta telah pun mengadakan program ini dan bilangan siswazah yang diambil adalah seramai 895 orang.

(iii) Skim Siswazah Tani

Sehingga kini seramai 380 orang siswazah telah mendaftarkan dan dari jumlah itu seramai 118 orang telah pun memulakan projek pertanian masing-masing.

(iv) Penyaluran ke Syarikat-syarikat Swasta

Sehingga ini sebanyak 20 buah syarikat telah pun menghubungi JP A untuk mendapatkan siswazah­siswazah dalam bidang-bidang tertentu untuk ditempatkan secara tetap

(v) Skim Khidmat Sambilan

Seramai 4,000 siswazah telah dipilih untuk skim ini yang bermula sejak 1-7-1986. Sehingga ini bilangan yang masih berkhidmat di bawah skim ini ialah seram~i 2,822

orang. Ini bermakna 1,178 telah pun meninggalkan skim ini dan telah mendapat pekerjaan tetap.

Selain ~ari itu Kerajaan juga sedang berusaha deng~n bersungguh­sungguh untuk mePipertingkatkan pertumbuhan ekonomr negara supaya banyak p¢luang-peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan terutamanya di sektor swasta yang mana akan memberi peluang juga kepada siswazah-siswazah mendapat peker­jaan.

Adalah terlalu awal untuk membuat penilaian mengenai kemajuan yang dicapai oleh siswazah-siswazah di bawah skim-skim tersebut memandangkan bahawa kebanyakan daripada usaha-usaha tersebut baru sahaja dilaksanakan dan memerlukan masa untuk menunjukkan sebarang kesan. Walaupun begitu Kerajaan .sentiasa mengawasi perkembangan usaha-usaha yang dijalan~an dan sentiasa membantu untuk menjayak~nnya.

Tuan R1 M. Jasni:' Tuan 'Yang di­Pertua, di akhir-akhit ini nampaknya masalah siswazah menganggur ini terlalu d~tonjolkan. Tidak adakah kesan negatifnya ~epada pelajar­pelajar yang bercadartg hendak masuk ke univenliti? ·

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, ~ememangnyalah kalau sekiranya setiap orang selalu membangkitkan soal siswazah penganggur 1m, memang timbul negatifnya pada para pelajar kita yang mungkin akan melanjutkan pelajaran, dengan sebab itu Kerajaan meminta supaya soal ini tidaklah dipandangkan sebagai satu perkara yang boleh memberatkan. Soalnya sekarang ialah kewajipan untuk inenuntut ilmu di kalangan ahli-ahli masyarakat adalah lebih mustahak daripada pekerjaan yang akan disediakan oleh pihak Kerajaan ataupun sektor swasta.

Page 17: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

557 31 MAC 1988 558

Puan Valli Muthusamy: Tuan Yang di-Pertua, soal tambahan. Adakah siswazah-siswazah bukan bumiputera termasuk dalam skim-skim ini?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, semua golongan siswazah yang berdaftar dengan pihak JP A akan ditempatkan dan dimasukkan dalam semua skim atau program yang telah pun dibentuk oleh Kerajaan.

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, soal tambahan. Apakah kejayaan yang telah dicapai akibat rundingan-rundingan yang telah dilaporkan yang telah diadakan dengan negara-negara yang lain supaya penuntut-penuntut kita dapat bekerja di negara-negara itu sekurang­kurangnya satu tahun selepas mereka lulus?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, kita sebenarnya baru mencadangkan agar siswazah kita dapat bekerjasama sementara di mana negeri mereka belajar. Misalnya mahasiswa yang lulus daripada universiti di Noerika Syarikat boleh berusah~ untuk mendapatkan pekerjaan sementara di Amerika Syarikat.

Seka11ang 1m sebenarnya kita memoh(>n perkara ini pada Kerajaan­kerajaan asing dan sekarang bergantunglah kepada Kerajaan asing itu sama ada membenarkan ataupun tidak, yang dipentingkan ialah di mana tempat mahasiswa itu bela jar di situlah mereka diminta untuk mencuba nasib bagi mendapatkan pekerjaan bagi diri mereka.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen setuju bahawa masalah pengangguran siswazah di negara ini, disebabkan kekurangan pekerjaan

1yang dapat

ditawarkan kepada siswazah-siswazah dan memandangkan negara jiran kita

iaitu Singapura sedang menawarkan dan membukakan untuk pekerja­pekerja asing memohon jawatan­jawatan yang kosong di negara itu, adakah Kerajaan kita bercadang menggalakkan siswazah-siswazah yang menganggur ini untuk memohon jawatan-jawatan itu?

Tuan Othman bin Abdul: Sememangnya salah satu daripada sebab pengangguran ialah kekurangan pekerjaan, jika dibandingkan dengan permohonan, pemohon-pemohon yang minta pekerjaan. Bagi pihak Kerajaan kita tidak ada halangan untuk membenarkan warganegara kita untuk bekerja di mana-mana pun, jika sekiranya Kerajaan negeri yang berkenaan sanggup untuk menerimanya.

Tuan Hassan bin Harun: ( Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Sudah sampai masanya, saya fikir sudah cukuplah empat soalan tambahan. ·

HOSPITAL KERAJAAN KEKURANGAN DOKTOR/

DOKTOR PAKAR

11. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah benar terdapat kekurangan doktor terutama sekali Pakar Perubatan di hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara. Jika benar apakah rancangan Kerajaan untuk mencukupkan bilangan doktor di seluruh negara dan bilakah ianya dijangka akan cukup. Berapakah nisbah bilangan penduduk bagi tiap­tiap seorang doktor.

Cik Teng Gaik Kuan: Tuan Yang di­Pertua, hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara mempunyai bilangan Pegawai Perubatan yang dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan pada masa ini. Walau bagaimanapun, beban kerja, pengembangan perkhidmatan dan

Page 18: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

559 31 MAC 1988 560

bilangan pesakit yang bertambah telah dengan sendirinya menambahkan beban kerja Pegawai-pegawai Perubatan yang sedia ada. Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah pun mengkaji semula norma perkhidmatan Pegawai-pegawai Perubatan di Hospital-hospital dan telah pun membuat unjuran dari segi bilangan jawatan tambahan yang diperlukan untuk menampung keperluan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di negara ini. Bagi tahun 1988 ini, sukalah saya memaklumkan bahawa sebanyak 406 jawatan Pegawai Perubatan baru telah pun diwujudkan.

Dari segi Pegawai-pegawai Perubatan Pakar, kekurangan hanyalah terdapat di dalam bidang­bidang tertentu sahaja seperti Bius, Otopidik dan TeHnga, Hidung dan Telinga.

Untuk mengatasi masalah kekurangan P~~awai-pegawai Perubatan Pakar 101, beberapa langkah dan tindakan telah diambil, di antaranya dengan mengadakan sekim latihan (di dalam dan di luar negeri) untuk kursus-kursus ijazah lanjutan dan latihan dalam perkhidmatan. Beberapa insentif melalui kenaikan pangkat, pembayaran elaun pakar dan kemudahan semasa bekerja turut disediakan untuk menggalakkao Pegawai-pegawai Perubatan Pakar kekal di dalam perkhidmatan Kerajaan. Kementerian juga turut melantik Pegawai-pegawai Perubatan Pakar dari warganegara asing dalam usaha untuk memenuhi keperluan­keperluan yang begitu mendesak.

Menurut unjuran Kementerian Kesihatan, bilangan Pegawai Perubatan di dalam negara akan bertambah baik dalam masa yang akan datang, dengan peningkatan pengeluaran doktor yang dilatih di dalam negeri dan juga dari luar negeri. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyatakan bilakah bekalan

doktor akan mencukupi bagi kita. Keperluan doktor adalah satu yang relatif dan tertakluk pada asasnya nisbah dan pengagihan doktor yang kita menerima sebagai memadai. Nisbah ini akan sentiasa berubah berdasarkan taraf kehidupan.

Nisbah bilangan doktor dengan penduduk di negara ini sekarang ialah seorang doktor bagi 2896 orang penduduk (1:2896).

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, dikatakan bahawa keadaan ini akan bertambah baik pada masa akan datang. Bagi orang-orang di Seremban atau Negeri Sembilan, mereka tidak mendapat tabu pada masa bilakah Hospital di Seremban akan mendapat, misalnya pakar doktor E.N.T. dan juga Heart Specialist, dengan izin.

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, seperti saya sudah terangkan tadi, keadaan akan bertambah baik kerana pada tahun ini (1988) kita akan mendapat lebih kurang 500 doktor dari Universiti­universiti dalam negeri kita seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains. Saya tidak sedar berkenaan dengan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator itu. Tetapi saya minta kalau ada: apa-apa masalah, Yang Berhormat boleh menulis kepada saya.

Tuan Lau Keng Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengenai perkara ini, saya fikir ini perkara lama, tiap-tiap tahun ulang semula, ulang semula, tidak dapat selesai. Pada masa sekarang population Malaysia, dengan izin, bertambah, rakyat bertambah. Jadi, rakyat berkehendakkan doktor-doktor pakar. Saya memberi satu contoh. Di Hospital Daerah Muar pada masa sekarang ada satu dua sahaja doktor pakar. Jadi, doktor pakar ini kena kerja lebih masa tiap-tiap hari. Saya

Page 19: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

561 31 MAC 1988 562

nampak dengan mata saya sendiri kerana saya pun seorang patient juga. Jadi, pakar-pakar ini kena melawat wad-wad hospital dan selepas itu memeriksa orang sakit. Kadang­kadang sampai pukul2.30 hingga 3.00 belum balik. Jadi, bermakna kalau satu doktor pakar kerja lebih masa begitu, saya fikir lama-lama dia tidak boleh tahan, (Ketawa) mesti letak jawatan. Jadi, pada masa sekarang ramai doktor-doktor pakar tidak suka bekerja dengan Kerajaan kita, apa sebab? Dan apakah langkah Kerajaan kita akan ambil untuk mengatasi perkara ini dengan secepat mungkin. Perkara ini timbul tiap-tiap tahun dan tidak dapat diselesaikan. Bila ditanya apa sebab, jadi jawapannya ada baik juga, tetapi nampaknya begitu sahaja. (Ketawa)

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, saya di sini ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat, ada juga pakar-pakar meninggalkan perkhidmatan Kerajaan. Saya boleh beri bilangan, mulai 1982 sehingga 1986 seramai 1,112 orang pakar meninggalkan perkhidmatan Kerajaan. Pakar-pakar 'Yan~ meletakkan jawatan ini adalah di bida~g-bidang seperti sakit puan, perubatan umum dan sebagainya. Berkenaan sebab-sebab mereka meninggalkan perkhidmatan Kerajaan, kebanyakan dari mereka memberi sebab-sebab peribadi sebagai alasan meletakkan jawatan.

Kementerian ini telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini. Yang pertama, Kementerian Kesihatan meng-galakkan pegawai-pegawai pakar terus berkhidmat dengan Kerajaan dengan menaikkan elaun yang dibayar kepada pegawai pakar dan menaikkan taraf jawatan-jawatan pakar serta memberi peluang kepada pegawai pakar menghadiri persidangan atau kursus pendek di luar negeri. Langkah

yang kedua, kita ambil ialah mengambil pegawai-pegawai pakar dari seberang laut. Seperti sekarang, kita ada recruitment on a Government to Government basis, dengan izin, dan untuk makluman Yang Berhormat, dari Burma 23 orang pakar telah dilantik dan dihantarkan ke Sabah dan Sarawak. Satu lagi tindakan yang kita ambil ialah menggunakan pakar-pakar di dalam sektor swasta tempatan di hospital Kerajaan secara sessional basis dan menambah pegawai-pegawai yang menjalani latihan post-graduate dengan cara-cara yang tertentu.

Langkah-langkah yang saya sebut di atas ada meliputi seluruh Malaysia, termasuk negeri Sarawak.

Tuan Mustafa bin Awang: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan dari Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, pakar asing ini gajinya mana lebih banyak dengan pakar-pakar dalam negeri?

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, saya dapati pakar-pakar dari luar negeri seperti dari Bangladesh atau Burma atau India, gajinya lebih rendah daripada pakar-pakar kita.

Tuan Ng Peng Hay: Adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sedar bahawa bekalan catuan makanan kepada kakitangan di hospital, Kementerian cuma membayar tiap­tiap seorang pekerja yang bekerja waktu malam dengan kadar 30 sen sahaja dan memandangkan kadar ini adalah kadar yang ditetapkan berpuluh tahun yang lalu dan tidak seimbang dengan keadaan sekarang, adakah Kementerian Kesihatan akan mengkaji untuk meningkatkan bayaran 30 sen tiap-tiap seorang pekerja sebagai bekalan catuan makan malam untuk meningkatkan produktiviti?

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir soalan ini telah

Page 20: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

563 31 MAC 1988 564

keluar dari soalan asal. Tetapi saya boleh jawab sedikit di sini. Tentang elaun 30 sen untuk kakitangan yang menjalankan tugas di waktu malam, Kementerian Kesihatan sedang mengkaji untuk menambah elaun ini.

WARGANEGARABERHURAH KE LUAR NEGERI

12. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah benar bahawa beberapa o&;ang kaya daripada beberapa kaum di Malaysia sedang berpindah dari negeri ini ke luar negeri seperti Australia, New Zealand dan Canada. Jika benar, apakah sebab-sebab utama.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, dari masa ke semasa memang terdapat orang-orang Malaysia dari berbagai golongan yang berhijrah atau berpindah ke negara­negara luar Malaysia. Mereka berbuat demikian adalah atas sebab-sebab peribadi dan di luar pengetahuan Kerajaan.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tabu daripada Timbalan Menteri yang berkenaan, adakah mereka ini berpindah terus menyerahkan kerakyatan Malaysia ini ataupun mereka hanya pergi berhijrah untuk sementara waktu sahaja. Jika sekiranya mereka menyerahkan kerakyatan, adakah mereka pernah memohon semula. Kalau sekiranya berlaku permohonan ini, saya mencadangkan supaya ditolak permohonannya kerana -mereka ini adalah jenis · orang yang tidak mengenang budi kepada negara kita.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, daripada tahun 1980 hingga ke hari ini kita telah mendapat tabu bahawa 25,191 orang yang telah memohon warganegara asing. Mereka tidak akan menyerahkan kewarganegaraan

mereka kepada kita tetapi apabila Kerajaan mengetahui mereka telah pun menjadi warganegara asing dan

. mereka tidak pernah pulang selama lima tahun, maka dengan automatik kerakyatan mereka terlucut dan jikalau sekiranya mereka datang sendiri, mereka dianggap sebagai orang asing dan akan dilayan sebagai orang asing dan kalau mereka ingin memohon menjadi warganegara kembali akan dilayan seperti juga orang-orang asing yang lain.

Tuan Haji Abu Dakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri bagaimana jika rakyat Malaysia yang memegang PR di negeri asing lebih daripada lima tahun.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, tidak jadi masalah kepada rakyat kita mempunyai taraf permanent resident di luar negeri asalkan dalam masa lima tahun mereka kembali ke negara ini dan · pasport mereka dicop dan sebagainya. Tetapi jikalau sampai lima tahun mereka tidak kembali lagi kita menganggapkan bahawa mereka sudah tidak ingin lagi tinggal di negara ini.

Tuan R. M. Jasni: Tuan Yang di­Pertua, kita dimaklumkan bahawa jumlah 25,000 orang, adakah ini merupakan bilangan orang kaya-kaya di negara ini yang telah meninggalkan negara ini dan bilangan sejumlah 25,000 orang ini adakah dianggap satu bilangan yang besar? Kalau ia bilangan yang besar adakah ia menjejaskan atau mengganggu pertumbuhan ekonomi negara ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, dari jumlah 25,000 orang ini adakah terdiri daripada orang-orang kaya tetapi ada juga yang ingin kembali ke negara asal mungkin datang ke sini berkahwin dengan orang kita lepas itu bercerai, masa itulah jadi warganegara, mereka

Page 21: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

565 31 MAC 1988 566

ingin kembali atau mempunyai pekerjaan yang lebih baik di negara asing atau ada rakyat kita yang berkahwin dengan rakyat asing.

Dan yang keempat kemungkinan besar sengaja ingin memperolehi kerakyatan di negara asing. Jadi dalam hal ini 25,191 orang dalam 7 tahun, saya tidak merasakan bahawa ia merupakan kerugian kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut sudahpun cukup:

( Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan ·No. 13 hingga 62 adalah diberi di bawah ini).

PROGRAM RTM DAN TV3-GARIS PANDUAN

13. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Penerangan menyatakan apakah tindakari-tindakan yang berkesan yang akan diambil untuk memotong babak­babak yang kurang Senonoh dan menjolok mata di RTM dan TV3.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Jaffrey): RTM sentiasa menilai program-program siarannya supaya ianya adalah bersesuaian dengan nilai-nilai budaya dan masyarakat seperti yang telah ditetapkan dalam garis-garis panduan dan kod etika penyiaran yang digunakan. Semua rancangan apalagi rancangan yang diimport dari luar adalah ditapis dengan ketat sebelum disiarkan berasaskan kepada garis­garis panduan itu.

Pihak TV3 juga telah dibekalkan dengan garis panduan itu tetapi rancangan-rancangannya ditapis oleh Lembaga Penapis Filem. Tindakan sedang diambil di bawah Akta Penyiaran 1987 untuk menyelaraskan soal penapisan filem dan lain-lain

rancangan untuk TV supaya garis panduan dan kod etika penyiaran itu dikuatkuasakan sepenuhnya.

JENAYAH DAGANG

14. Tuan Bee Yang Sek minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kerajaan bercadang mengambil langkah-langkah untuk mencegah jenayah dagang yang kadarnya kian men.ingkat dalam tahun kebelakangan ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jenayah perdagangan adalah satu jemiyah yang "sophisticated" ( dengan izin) dan sukar dikawal. Usaha membendung dan membanteras jenayah ini tidaklah boleh dibebankan di bahu Kerajaan dan pihak berkuasa semata-mata tetapi kerjasama dan kesedaran orang ramai juga amatlah perlu untuk menjamin kemantapan ekonomi negara kita terpelihara sepanjang masa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berkenaan juga, Kerajaan sememangnya mengambil langkah­langkah tertentu bagi mengawal kegiatan jenayah ini, antaranya:

(i) cadangan pembesaran Cawa­ngan Jenayah Perdagangan Polis Di Raja Malaysia;

(ii) mendapatkan pegawai-pegawai yang terlatih dan berkelayakan dalam bidang­bidang tertentu khususnya seperti perakaunan, mate­matik dan undang-undang untuk mengendalikan kes­kes jenayah perdagangan;

(iii) memperbanyakkan latihan­latihan, kursus dan seminar kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes-kes jenayah perdagangan;

Page 22: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

567 31 MAC 1988 568

(iv) meningkatkan kerjasama dengan pihak Bank Negara bagi mengenalpasti penye­lewengan-penyelewengan yang berlaku dalam institusi­institusi kewangan per­dagangan dan bank-bank;

(v) memberikan khidmat per­cuma dalam bentuk khidmat nasihat dan sebagai bagi memperbetulkan kelemahan dalam sistem ekonomi dalam institusi-institusi kewangan; dan

(vi) mempertingkatkan kerjasama dengan negara-negara luar bagi mendapatkan makluman-makluman bukan sahaja untuk mengenalpasti penjenayah-penjenayah tetapi juga bagi mengenalpasti peraturan-peraturan serta undang-undang untuk memu­dah dan mempercepatkan penyiasatan yang melibatkan pesalah-pesalah dari dalam atau luar negeri.

KERETA LEMBU MALAYSIA BERIDAS DI CALIFORNIA

15. Tuan HJtii Jaafar bin Harun minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan mengapa kereta lembu Malaysia berhias yang menang semasa menyertai perarakan di Pasadena Rose Bowl ke 991 Januari lepas tidak dibawa balik ke Malaysia untuk dipamirkan di Muzium Negara; bukankah ini boleh menarik perhatian dan minat . pelancong mengenali Malaysia lebih dekat lagi. Berapakah belanja yang . sebenar menyediakan kereta berhias itu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Rahman bin Soliman): Kereta Lembu Malaysia berhias yang telah memenangi hadiah antarabangsa di dalam perarakan di Pasadena Rose Bowl California ke 99 pada 1 Januari

1988 yang lalu adalah merupakan rangka kereta lembu yang dibuat dan dihiasi dengan bunga-bungaan yang bewarna-warni. Oleh hal yang demikian ianya tidak boleh tahan lama, dan apabila bunga-bunga berkenaan layu dan gugur dan akan meninggalkan rangka kereta lembu sahaja. Oleh hal yang demikian rangka kereta lembu ini tidak lagi menarik untuk dibawa pulang ke Malaysia untuk dipamirkan di Muzim Negara.

Belanja sebenar untuk menyediakan kereta lembu ini adalah sebanyak US$130,000.00 dengan 50% daripadanya dibiayai oleh Syarikat Penerbangan Malaysia, dan 50% oleh Kerajaan.

TANAH WAKAF

16. Tuan Hamid Araby bin Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang membuat satu dasar di peringkat Kebangsaan dan rancangan induk untuk membangunkan tanah­tanah wakaf sebagai usaha sampingan mempertingkatkan pemilikan ekuiti dan hartanah masyarakat Islam.

Tuan Othman bin Abdul: Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Pengurusan dan Pentadbiran Harta Wakaf. Jawatankuasa tm akan membuat perakuan-perakuan mengenai cara­cara memajukan tanah-tanah wakaf di seluruh Negara. Jawatankuasa ini baru sahaja mengadakan mesyuarat pertamanya pada 25 Mac, 1988 yang lalu.

SISWAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

17. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan setakat ini, berapakah jumlah lulusan

Page 23: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

569 31 MAC 1988 570

sarjana muda Sains serta pendidikan dari Universiti-universi~i tempatan terma~uk juga pemegajng-pemegang biasiswa yang masih beh,tm atau tidak ditemgatkan di sekolah-sekolah di seluruh negara; apakah tindakan Kerajaan untuk mengata8i masalah ini memandangkan kumpulan ini amat sukar mendapat pekerjaan dalam bidang swasta.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah siswazah Sarjan~ Muda Sains serta pendidikan da*i universiti­universiti tempatan yang bukan pemegang Biasiswa · Kementerian Pendidikan dan yang belum ditempatka'n di sekolah-sekolah adalah seramai 564 orang.

Untuk mengatasi masalah 1m Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa mengambil sebilangan siswazah-siswazah ini untuk mengikuti kursus tersebut, mereka ditempatkan ke sekolah-sekolah untuk mengajar Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris.

KENDERAAN BERENJIN DIESEL

18. Tuan Lau Keng Siong: minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan kebanyakan kenderaan berjentera diesel sentiasa mengeluarkan terlalu banyak asap yang boleh membahay!lkan kesihatan orang raiJlai disebabkan kotoran udara. Apakah langkah-langkah yang diperlukan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alan1 Sekitar untuk mengatasi keadaan yang telah berlarutan.

Menteri Sains, · Teknologi dan Alam Sekitar (Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze): Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama pi~ak polis telah menjalankan kerja penguatkuasaan di tepi jalan untuk menentukan kenderaan berenjin diesel sentiasa mematuhi standard pelepasan yang

ditetapkan di bawah Kaedah-kaedah Kereta bermotor (Kawalan pelepasan Asap dan Gas) 1977. Sejak t&hun 1979 hingga akhir bulan Februari tahun ini, Jabatan Alam Sekitar' telah menjalankan 1,389 operasi penguatkuasaan dan menjalankan ujian ke atas 127,985 kenderaan. Pada setakat ini, kenderaan diesel yang dapat mematuhi had pelepasan asap telah bertambah, iaitu 85% berbanding dengan 35% pada tahun 1977.

Langkah-langkah yang perlu bagi mengatasi keadaan yang telah berlarutan ialah:

(i) Pejabat-pejabat Wilayah Jabatan Alam Sekitar di peringkat negeri terus memberi perkhidmatan nasihat dan ujian asap percuma kepada tuanpunya kenderaan;

(ii) Satu Jawatankuasa Petugas Kebangsaan yang terdiri dari persatuan-persatuan peru­sahaan pengangkutan, persatuan pembuat kenderaan dan agensi penguatkuasaan terus menyelaras usaha bagi mengatasi masalah pence­maran yang berasal dari kenderaan; dan

(iii) Peraturan-peraturan baru untuk mengawal pencemaran kenderaan di peringkat rekaan dan pembinaan yang masih dalam peringkat penggubalan.

KURSUS MATRIKULASI

19. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) bilangan pelajar yang mengikuti kursus matrikulasi iaitu kelas persediaan untuk memasuki universiti, pada tahun 1986;

(b) pusat-pusat matrikulasi; dan

Page 24: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

571 31 MAC 1988 572

(c) peratusan pelajar matrikulasi yang berjaya memasuki universiti pada tahun 1987.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Enrolmen pelajar-pelajar yang mengikuti kursus matrikulasi di tahun pertama dan kedua pada sessi 1986/1987 ialah seramai 4,361.

(b) Pusat-pusat matrikulasi ialah,

(i) Universiti Kebangsaan Malaysia;

(ii) Universiti Malaya;

(iii) ~niversiti Sains Malaysia; (iv) Universiti Pertanian

Malaysia; (v) Universiti Utara Malaysia.

(c) Pada tahun 1987 pelajar-pelajar matrikulasi yang berjaya

. memasuki universiti-universiti tempatan ialah 87.5 peratus.

PUSAT PEMULIHAN DADAH

20. Tuan Haji Ibrahim bin H&ji Ujang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah Pusat Serenti di seluruh negara hingga kini;

(b) jumlah pelatih-pelatih yang telah dilatih di Pusat-pusat itu ditubuhkan hingga tahun 1987; dan

(c) · jumlah peratus pelatih-pelatih yang telah berjaya balik kepangkuan masyarakat.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:

(a) Jumlah Pusat Pemulihan Dadah di seluruh negara yang diselenggara oleh Kerajaan pada masa ini adalah sebanyak 7

buah yang boleh menampung pada satu-satu masa seramai 2,050 orang pelatih untuk menerima rawatan dan pemulihan. Selain daripada itu terdapat juga sebanyak 17 buah Pusat Pemulihan Dadah persendirian oleh badan sukarela yang boleh menampung lebihkurang seramai 360 orang.

(b) Bilangan penagih dadah yang telah menerima rawatan dan pemulihan melalui Pusat-pusat Pemulihan Dadah hingga penghujung tahun 1987 adalah seramai 16,106 orang. Pada tahun 1975 pemulihan kepada penagih-penagih dadah hanya untuk tempoh masa 6 bulan sahaja mengikut Akta Penagih Dadah 1952 dengan keadaan yang demikian pemulihan yang diberi tidak berkesan. Sejak pemulihan penagih dadah diambil alih oleh Kementerian Dalam Negeri dan berkuatkuasanya (Akta Pemulihan Dadah Rawatan dan Pemulihan Dadah) 1983 tempoh rawatan bagi seseorang penagih dadah adalah selama 2 tahun dan diikuti tempoh jagaan lanjutan selama 2 tahun lagi. Dengan masa yang begitu panjang maka dapatlah pemulihan dengan erti kata sepenuhnya diberi kepada penagih dadah dari segi fizikal, mental, kerohanian dan juga matlamat untuk mereka bebas dari penagihan berdikari dan berfungsi sebagai ahli masyarakat dapat dijalankan dengan lebih bermakna.

(c) Mengikut kajian yang dibuat oleh pihak Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang kejayaan yang telah tercapai telah meningkat dari 25.7% pada tahun 1983 ke 35.4% pada .tahun 1987.

Page 25: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

573 31 MAC 1988 574

TABUNG PEMULIHAN USAHAWAN

21. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Kewangan menyatakan merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh Bank Negara kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan menubuhkan Tabung Pusingan Khas (Speacial Revolving Fund) untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera yang lemah:

(i) bagaimanakah perkembangan pelaksanaan cadangan tersebut dan apakah jumlah yang diperuntukkan; dan

(ii) adakah benar bahawa pihak Kerajaan juga mencadangkan penubuhan satu Tabung yang sama untuk membantu syarikat-syarikat Bukan Bumiputera yang menghadapi masalah yang sama.

Tuan Mohamed Farid bin Ariftin:

(i) Tabung Pusingan Khas (Special Revolving Fund) atau yang akan dikenali dengan nama Tabung Pemulihan Usahawan-usahawan pada masa ini adalah dalam peringkat akhir pembentukannya dan ia dijangka akan dilancar tidak berapa lama lagi. Kajian dan penelitian secara terperinci sedang dijalankan ke atas beberapa faktor yang akan dijadikan asas kepada pelaksanaan tabung tersebut. Peruntukan yang dicadangkan bagi tabung itu adalah sebanyak $500 juta.

(ii) Kerajaan tidak merancang untuk menubuhkan tabung yang khusus untuk membantu syarikat-syarikat bukan bumiputera. Walau bagaimanapun, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah

bersetuju mewujudkan, dengan 1zm, "Industrial Adjusment Fund" sebanyak $500 juta bertujuan membantu industri-industri yang terjejas dengan perubahan-perubahan dalam strukturnya akibat daripada berbagai-bagai faktor, sama ada daripada dalam ataupun luar negeri.

PROJEK PENSWASTAAN AWAM

22. Dato' K. S. Nijhar minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada cukai akan dikurangkan pada masa depan dengan pertambahan penswastaan pengusahaan awam serta pengurusan beban kewangan Kerajaan.

Tuan Mohamed Farid ·bin Ariffin: Ingin saya memaklumkan bahawa bua~ masa ini Kerajaan belum lagt mempunyai rancangan untuk mengurangkan kadar cukai yang dikenakan dengan bertambahnya projek penswastaan awam. Walau bagaimanapun, Kerajaan senantiasa menjalankan kajian ke atas kadar­kadar cukai yang dikenakan di negara ini dari semasa ke semasa untuk mempastikan bahawa cukai-cukai yang dikenakan adalah wajar dan tidak menjadi penghalang kepada perkembangan ekonomi. Sehubungan dengan ini, di dalam Belanjawan 1988 Kerajaan telah mengumumkan bahawa untuk menggalakkan lagi pelaburan swasta kajian sedang dibuat ke atas struktur cukai syarikat dengan tujuan untuk mengurangkannya.

LESEN BAS EXPRESS/ BAS MINI/LORI

23. Tuan C. Krishnan minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan apakah tindakan diambil oleh Kementeriannya untuk menambahkan

Page 26: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

575 31 MAC 1988 576

pemegang-pemegang permit bas Express, Minibus dan permit A untuk Iori daripada kaum India memandangkan bahawa masih ramai pemohon-pemohon India mengadu permohonan mereka tidak berjaya.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam (Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha): Untuk makluman Yang Berhormat, lesen Bas Express dan Bas Mini masih dibeku sehingga kini. Bagi lesen pembawa A, pertimbangan untuk kelulusan adalah berdasarkan kepada pemohon memenuhi kriteria­kriteria berikut:

(i) Membuktikan keperluan kepada lesen Lori A.

(ii) Mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam bidang pengangkutan.

(iii) Membuktikan keupayaan daya maju dari aspek modal.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian saya tidak mengenakan sebarang kuota dalam meluluskan sebarang lesen kenderaan Perdagangan. Lesen-lesen akan diluluskan berdasarkan kepada kelayakan pemohon dan kehendak pasaran "Market Forces" tanpa mengira kaum.

PELANCONG TEMPATAN/ LUAR NEGERI-GALAKAN

24. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan rancangan 1988 bagi:

(i) menggalakkan pelancongan tempatan;

(ii) menggalakkan pelancong-pelancong luar negeri; dan

(iii) mendorong pelancong-pelancong daripada negara-negara jiran seperti Singapura, negara Thai, negara Brunei Darussalam

dan Indonesia untuk tinggal lebih lama dan membelanjakan wang yang lebih banyak di Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Rahman bin Soliman):

(i) Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, dalam usaha untuk menggalakkan pelancongan dalam negeri antara lain telah dan akan terus mengambil langkah­langkah seperti berikut:

(a) Memperkenalkan ke­pada penduduk tem­patan destinasi­destinasi dan tarikan­tarikan yang terdapat di negara ini melalui aktiviti pengiklanan dan penyebaran maklumat. Beberapa pengiklanan melalui TV, radio dan media cetak telah diadakan untuk menerangkan dan menambah kesedaran rakyat Malaysia terhadap tempat-tempat menarik dalam negeri. Di samping itu risalah­risalah serta peta-peta mengenai tempat­tempat menarik juga disedia dan diedarkan kepada orang ramai.

(b) Menggalakkan peng­usaha-pengusaha pe­lancongan tempatan menganjurkan "tour package" dalam negeri dengan menawarkan corak lawatan yang menarik dan harga yang murah.

Page 27: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

577 31 MAC 1988

(c) Menggalakkan dan membantu pihak-pihak Kerajaan Negeri dan swasta dalam mengan­jurkan program­program pelancongan tempatan seperti pesta­pesta, karnival, minggu pelancongan dan sebagainya. Dengan adanya program-program ini rakyat tempatan akan tertarik untuk melawat tempat­tempat berkenaan.

(d) Kerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Ne­geri telah diadakan melalui J awatankuasa Induk Pelancongan untuk meningkatkan lagi mutu pusat-pusat pelancongan dan juga menyelaras aktiviti­aktivit yang ber­kait dengan industri pelancongan keselu-ruhannya seperti kebersihan dan keselesaan para pelancong.

(e) Mengadakan kempen dan galakan di sekolah­sekolah, persatuan-per­satuan dan badan-badan tertentu mengenai tempat-tempat pelancongan dalam negeri.

(f) Menggalakkan pemba­ngunan tempat-tempat dan kemudahan-kemudahan pelan-congan untuk penduduk tempatan sendiri hutan-hutan lipur, kemudahan pe­nginapan berharga murah dan sebagainya.

(ii) Dalam usaha untuk meng-galak pelancong-pelancong

578

luar negeri Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan melalui Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia akan meningkatkan akitiviti-aktiviti pemasaran yang merangkumi penggalakkan, pengiklanan perhubungan awam dan penyebaran maklumat di pasaran-pasaran Jepun, Korea, Hong Kong, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, negara-negara ASEAN, negara-negara Timur Tengah, United Kingdom, German Barat dan beberapa negara Eropah lain yang terpilih.

Aktiviti-aktiviti ini akan terus dilaksanakan sama ada secara terus atau dengan kerjasama sektor swasta seperti Sistem Penerbangan Malaysia, agensi-agensi pelancongan dan hotel-hotel tempatan. Di antara program­program yang akan dijalankan adalah:

* Penghantaran misi jualan dan penggalakkan ke Timur Tengah Jepun.

* Penyertaan di pameran­pameran dan pusat-pusat pelancongan antarabangsa dan serantau umpamanya Ekspo Dunia Brisbane '88, ITB Berlin, Inter Tour Expo Hong Kong, World Trade Fair Tokyo, World Travel Mart London dan seterusnya.

* Penganjuran seminar-seminar dan bengkel-bengkel mengenai pelan­congan Malaysia.

* Bantuan insentif kepada pengusaha-pengusaha pe­lancongan luar negeri bagi memperbanyakkan pro­gram-program lawatan ke Malaysia.

Page 28: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

579 31 MAC 1988 580

* Penajaan program-program televisyen ke arah mening­katkan publisiti mengenai Malaysia.

* Penganjuran lawatan-lawatan suaikenal bagi penulis-penulis perjalanan, pemberita dan agensi­agensi pelancongan ke Malaysia.

* Penggalakkan rombongan­rombongan perfileman bagi menambah minat untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi perfileman.

* Penganjuran Malaysia Fest '88 bagi mewujudkan suasana berpesta di Kuala Lumpur.

(iii) Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan sedang dan akan terus mendorong pengusaha-pengusaha pe­!ancongan tempatan supaya mengadakan program­program yang lebih kreatif agar dapat menyakinkan para pelancong di rantau ini untuk tinggallebih lama di Malaysia. Di samping itu, Kementerian juga sedang berusaha untuk mewujudkan suasana ber­pesta melalui pesta-pesta seperti Malaysia Fest '88 dan pesta-pesta pelancongan di peringkat negeri-negeri. Berbagai acara kebudayaan dan pelancongan akan di­adakan semasa pesta-pesta ini untuk menambah minat mereka supaya tinggal lebih lama di negeri ini. Justeru itu akan berb(!lanja lebih. Dari segi usaha untuk mempe­ngaruhi para pelancong supaya membelanjakan wang yang lebih banyak. Kemen­terian antara lain telah menyenaraikan kompleks­kompleks membeli belah bagi memberi pengiktirafan

sebagai produk pelancongan. Usaha ini akan membolehkan kompleks-kompleks ini diberi pertimbangan khas dari segi memberi memperolehi insentif cukai program-program galakannya.

Dengan kadar pertukaran mata wang ringgit sekarang dan polisi Kerajaan yang telah membebaskan cukai sebilangan barangan yang digemari oleh para pelancong, Kementerian telah mengenal­pasti bahawa Malaysia boleh diperkenalkan sebagai pusat membeli belah.

TELEFON AWAM

25. Puan Mazidah Haji Zakaria minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) bilangan telefon awam yang dibekalkan di seluruh negara dalam tempoh antara tahun 1982 hingga 1987, mengikut negeri;

(b) nisbah bekalan telefon awam ini mengikut kawasan bandar dan luar bandar dan mengikut jumlah penduduk;

(c) jumlah kutipan basil dari penggunaan telefon awam ini bagi tempoh antara 1982 hingga 1987 dan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan bagi penyelenggaraan telefon awam ini dalam tempoh yang sama; dan

(d) kadar kerosakan dan kadar pembaikan telefon-telefon awam ini bagi tempoh yang sama.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Ong Tin Kim):

(a) Sehingga akhir tahun 1987, sebanyak 19,007 buah pondok

Page 29: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

581 31 MAC 1988 582

telefon awam telah dipasangkan di seluruh Malaysia dan pecahannya mengikut negeri adalah seperti berikut:

Negeri Jumlah

Sa bah .. 729 Sarawak 860 Johor 2,629 Melaka .. 759 Negeri Sembilan 1,066 Selangor 3,082 Wilayah 2,086 Persekutuan

Kelantan 727 Pahang .. 1,026 Terengganu 762 Kedah 920 Perak 2,769 Pedis 203 Pulau Pinang .. 1,389

19,007

(b) Berdasarkan kepada taburan 10 juta penduduk di kawasan luar bandar dan 6 juta penduduk di kawasan bandar, nisbah bekalan telefon awam pada masa ini ialah satu (1) bagi setiap 1. 700 penduduk luar bandar dan satu (1) bagi setiap 500 penduduk dalam bandar atau satu (1) bagi setiap 1,100 penduduk di Malaysia.

(c) Anggaran kutipan basil bulanan setiap telefon awam luar bandar ialah di antara $0.00 hingga $50.00 dan bagi telefon awam di dalam bandar ialah $60.00 hingga $300.00. Purata perbe­lanjaan bagi penyelenggaraan sebuah telefon awam luar bandar dianggarkan $1,800 setahun.

(d) Sepanjang tahun 1987, sejumlah 55,613 kes kerosakan telefon awam dilaporkan. Kira­kira 90 peratus daripada jumlah kes kerosakan yang dilaporkan

ini dibaiki dalam tempoh 24 jam manakala bakinya dibaiki dalam tempoh dian tara 2 hingga 7 hari.

PERCETAKAN TEKS AL-QURAN

26. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Perdana Menteri menyatakan setelah disedari ada 18 percetakan Al-Quran berlaku kesalahan dan kesilapan cetak, sedangkan Quran tersebut luas sebenarnya dalam negeri kita, apakah tindakan yang sudah diambil. Adakah Kerajaan akan memberi peruntukan kepada Bahagian Hal Ehwal JPM supaya membeli mesin cetak dan mencetak sendifi Quran kegunaan negara kita dan mencetak lain-lain keperluan yang memerlukan tulisan jawi, adakah Kerajaan menerima cadanganini.

Tuan Othman bin Abdul: Perkara mengenai kesalahan atau kesilapan dalam mencetak Al-Quran oleh setengah-setengah syarikat percetakan memang telah dimaklumi oleh Kerajaan. Kerajaan sentiasa mengambil perhatian yang berat terhadap perkara ini. Justeru itu satu lembaga telah ditubuhkan iaitu Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran yang tugas utamanya untuk mengawasi serta mengawal percetakan Al-Quran dan bahan-bahannya. Kerajaan juga telah meluluskan Akta 326 Tahun 1986 iaitu Akta bagi melindungi percetakan Al­Quran dalam mana sesiapa yang sabitkan kesalahan di bawah Akta ini, boleh dikenakan denda sebanyak $10,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk memberi peruntukan bagi membolehkan Bahagian Hal Ehwal Islam JPM membeli mesin cetak dan mencetak sendiri Al-Quran dan lain­lain keperluan.

Page 30: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

583 31 MAC 1988 584

INSTITUSI PENYELIDIKAN BAGI BINAAN DAN

KEJURUTERAAN

27. Tuan Haji Abu Dakar bin Lajim minta Menteri Kerjaraya menya-takan bagaimanakah perkem-bangan terakhir cadangan penubuhan sebuah lnstitusi Penye­lidikan, khas bagi membuat Penyelidikan dan Pembangunan di bidang binaan dan kejuruteraan yang telah diura-urakan sejak tahun 1985 lagi.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Osu bin Haji Sukam): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bidang penyelidikan sebenarnya telah pun wujud di lbu Pejabat Jabatan Kerjaraya yang dinamakan Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan. Cawangan tersebut tidak dapat menumpukan usaha-usaha penye­lidikan secara berkesan kerana kekurangan kakitangan, peralatan dan makmal yang sesuai. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah­masalah itu satu kawasan di Serdang, Selangor telah dipilih untuk dijadikan sebuah Institusi Latihan dan Penyelidikan. Institusi 101 akan memberi latihan khususnya kepada kakitangan Jabatan Kerjaraya di samping kerja-kerja Penyelidikan Kejuruteraan. Buat permulaan bidang penyelidikan yang akan dijalankan ialah Kejuruteraan Jalanraya kerana bidang itu dianggap amat diperlukan buat masa ini. Penyelidikan dalam bidang-bidang lain akan diperluaskan mengikut keperluan, di masa-masa akan datang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bangunan Pusat Penyelidikan telah pun siap dibina dan pemindahan kakitangan-kakitangan dijangka dibuat pada 15 April 1988, manakala pemindahan peralatan akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan dijangka selesai pada penghujung bulan Mei 1988. Adalah menjadai hasrat pihak pengurusan Jabatan Kerjaraya untuk menjadi 1 Jun 1988

sebagai tarikh rasmi Institusi Penyelidikan dan Latihan Jabatan Kerjaraya Malaysia.

DERMA PALESTIN

28. Puan Ha,Uah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah Kementerian Luar Negeri memungut Derma Palestin selain dari wang dan adakah bantuan berupa wang sahaja.

5-4-88

41. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Luar Negeri menyatakan selain daripada bantuan derma berupa wang daripada rakyat ini kepada rakyat Palestin di Tebing Barat. Apakah bantuan-bantuan lain yang disumbangkan oleh Kerajaan di masa kini dan masa akan datang.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Saya mohon 1zm untuk menjawab soalan ini serentak dengan soalan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif pada 5hb. April, sebab kedua-dua soalan tersebut ada kaitan.

Pungutan Derma Palestin yang sedang diusahakan· oleh Kementerian Luar Negeri sekarang adalah cuma berbentuk wang ringgit sahaja. Sehubungan dengan perkara tersebut Wisma Putra tidak mempunyai rancangan lagi setakat ini untuk mengadakan pungutan derma Palestin dalam bentuk-bentuk lain. Namun demikian, sukalah dimaklumkan bahawa kini terdapat beberapa orang sukarelawanperubatan dari negara ini yang sedang bertugas menyediakan khidmat perubatan di khemah­khemah pelarian Palestin di Selatan Lebanon.

Page 31: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

585 31 MAC 1988 586

BELlA DALAM BIDANG SUKAN

29. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh manakah Kementeriannya telah membentuk belia-belia kita dalam bidang sukan, apakah langkah­langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk melatih mereka bagi memasuki pertandingan antarabangsa, adakah Kerajaan telah melatih atlit­atlit itu diperingkat negeri. ·

Menteri Belia dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Kementerian Belia dan Sukan sedar ten tang pentingnya melatih serta membantu atlit muda yang berpotensi untuk memajukan diri dalam sukan masing-masing. Pada masa ini Majlis Sukan Negara telah pun melaksanakan program Bakat Kebangsaan, Bakat Sekolah dan Program Pelapis yang bertujuan untuk memilih serta melatih atlit muda supaya dapat menyediakan diri dan mengambilalih atlit pasukan kebangsaan. Selain dari latihan­latihan, atlit ini juga akan menyertai pertandingan-pertandingan sama ada tempatan atau antarabangsa.

Program pembangunan atlit di peringkat negeri secara khusus belum dilaksanakan sepenuhnya. Namun demikian, dalam usaha untuk menggalakkan Majlis Sukan Negeri dan Persatuan-persatuan Sukan Negeri menyertai Sukan Malaysia Ke 2 yang akan diadakan pada tahun 1988 ini akan mempertandingkan acara-acara untuk atlit di bawah umur 23 tahun.

MEMBURUKKAN PUCUK PIMPINAN NEGARA DI

LUAR NEGERI

30. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah diambil bagi:

(a) mempertahankan nama baik pucuk pimpinan negara yang diburuk-burukkan oleh pihak

yang tidak bertanggungjawab di luar negeri; dan

(b) menjamin iklim pelaburan asing di negara ini terus mantap.

Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Saya suka menerangkan di sini bahawa Kementerian Luar Negeri dan perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negeri sentiasa meneliti sentimen-sentimen termasuk kritikan­kritikan yang disuarakan oleh pihak­pihak di luar negeri baik melalui mediamassa mahupun perantaraan­perantaraan lain terhadap negara kita, termasuk pemimpin-pemimpinnya, dan mengambil tindakan-tindakan yang sesuai terhadapnya.

Di antara tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian Luar Negeri untuk mengatasi masalah ini adalah menyampaikan kepada perwa­kilan-perwakilan kita di luar negeri penjelasan-penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan untuk digunakan oleh perwakilan-perwakilan kita yang berkenaan. Ada kah:~nya, penjelasan-penjelasan itu telah diusahakan dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan yang lain-lainnya.

Mengikut maklumbalas yang dite­rima, penjelasan-penjelasan tersebut telah pun digunakan oleh perwakilan­perwakilan kita dengan cara yang sesuai untuk mencapai matlamatnya. Di antara bentuk-bentuk yang digunakan untuk menyampaikan penjelasan-penjelasan itu termasuklah pertemuan-pertemuan semuka, baik formal mahupun tidak formal, dengan sasaran-sasaran yang terlibat dan juga dalam bentuk komunikasi bertulis, terutama kepada akhbar-akhbar, bila mana difikirkan perlu.

Salah satu usaha lain yang digunakan untuk menghadapi masalah seperti ini adalah melalui pendedahan secara langsung wartawan-wartawan dan wakil-wakil media asing kepada keadaan di Malaysia. Dalam

Page 32: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

587 31 MAC 1988 588

hubungan tm, Kementerian Luar Negeri dan perwakilan-perwakilan Malaysia di luar neg,eri telah berusaha dari semasa ke semasa untuk menggalak dan menguruskan lawatan wartawan-wartawan dan wakil-wakil media asing yang berkenaan ke Malaysia dan mengaturkan per­jumpaan-perjumpaan mereka dengan pihak-pihak yang berkenaan di negara kita untuk mendapatkan tak­limat dan penjelasan mengenai perkara-perkara yang ingin dibangkitkan.

Seterusnya, pertemuan-pertemuan juga diusahakan di antara pemimpin­pemimpin kita yang melawat ke luar negeri dengan pihak-pihak media di negara berkenaan untuk memboleh­kan penyampaian seterusnya apa­apa juga penjelasan yang diinginkan. Usaha-usaha untuk berinteraksi terutama dengan pihak media asing seperti yang disebutkan tadi adalah dianggap penting memandangkan pentingnya peranan yang dimainkan oleh pihak media untuk mempengaruhi pandangan sesebuah masyarakat.

Saya sukacita juga menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Luar Negeri dan perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negeri sentiasa berusaha untuk memaparkan kepada masyarakat di luar 'negeri keadaan-keadaan sosial, ekonomi dan politik yang stabil yang sebenarnya wujud di-Mgara kita dalam usaha menggambarkan iklim pelaburan yang positif dan sebenarnya terdapat di Malaysia. Usaha ini penting untuk meningkatkan pengaliran pelaburan asing ke negara kita.

Usaha tersebut dilakukan melalui penyebaran penerbitan-penerbitan, siaran-siaran di dalam akhbar-akhbar asing dan juga penyampaian penjelasan-penjelasan melalui berbagai majlis pertemuan semuka dengan sasaran-sasaran yang telah

dikenalpasti oleh perwakilan-perwakilan kita di luar negeri.

Kementerian Luar Negeri, misal­nya, ada mengeluarkan penerbitan yang diberi nama Malaysia Digest. lsi penerbitan ini tertumpu kepada berita-berita mengenai perkem-bangan-perkembangan di sektor ekonomi, perdagangan dan per­industrian yang berlaku di negara kita. Penerbitan ini diedarkan melalui perwakilan-perwakilan kita di luar negeri kepada sasaran-sasaran kita di sektor-sektor ekonomi, perdagangan dan perindustrian di luar negeri, di samping apa juga penerbitan­penerbitan lain yang berkaitan yang diterima dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan kita, yang lain­lain.

Siaran-siaran di dalam akhbar­akhbar asing, seperti yang telah saya sebutkan tadi berupa penulisan makalah-makalah dan rencana­rencana serta siaran-siaran berita dan siaran-siaran khas; sementara pertemuan-pertemuan semuka yang telah juga saya sebutkan berupa seminar, simposium dan berbagai jenis majlis pertemuan dan interaksi dengan sasaran-sasaran berkenaan di luar negeri. Usaha-usaha ini telah dapat dijayakan semasa ke semasa dengan kerjasama pihak-pihak tertentu di Malaysia dan di luar negeri.

Kementerian Luar Negeri berpendapat bahawa usaha-usaha ini amat penting surnbangannya untuk meningkatkan pengaliran pelaburan asing ke Malaysia dan harus diteruskan.

INSENTIF KEPADA PENGUSAHA PELANCONG

31. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan apakah jenis sumbangan/kemudahan yang dapat disediakan oleh Kementerian yang berkenaan kepada para pengusaha

Page 33: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

589 31 MAC 1988 590

pelancongan ( cara seder han a) di tempat-tempat yang difikirkan sesuai/ layak seperti di Pulau-pulau, Bukit­bukit, Tasik, Pantai dan Lombong Tinggal dan lain-lain.

Tuan Abdul Raman bin Soliman: Pada masa ini Kerajaan memang ada memberi insentif dan kemudahan kepada para pengusaha pelancongan untuk membolehkan mereka memajukan kawasan-kawasan yang sesuai seperti Pulau-pulau, Bukit­bukit, Tasik, Pantai dan sebagainya. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ialah:

(a) Melalui Akta Penggalakan Pelaburan tahun 1986 yang memberi kemudahan taraf perintis dan Galakan Elaun Cukai Pelaburan bagi pengu­bahsuaian dan penubuhan hotel-hotel yang baru atau ~otel yang . sedia ~da se.rt~ juga bagt ptojek-proJek pelancongan. Di bawah kemudahan taraf perintis para pengusaha berkenaan akan dikecualikan daripada pembayaran cukai selama lima tahun. Kemudahan-kemudahan ini boleh didapati dengan syarat para pengusaha berkenaan hendaklah mendaftarkan syarikatnya dengan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (TDC).

(b) Selain daripada itu para pengusaha pelancong juga boleh memaj4kan kawasan pelancongan masing-masing dengan memperolehi pinjaman daripada Tabung Pelaburan Baru yang telah dilancarkan oleh Kerajaan pada 17 September, 1985. Pinjaman ini boleh diperolehi dengan memohon melalui Bank-bank Perdagangan, Bank Saudagar, Syarikat Permodalan Kemajuan Malaysia Bhd. (~IDF) serta Bank Kemajuan Pengusaha

Malaysia. Pinjaman ini hanya diberikan kepada projek yang bernilai tidak kurang daripada $250,000/-, dan pembiayaan maksima adalah sebanyak 75% daripada kos projek. Kadar faedah yang dikenakan ialah dalam lingkungan 5.5% setahun.

(c) Kerajaan juga telah mem­berikan pegecualian duti kastam dan cukai jualan ke atas alat-alat peralatan dan jentera yang dibeli sama ada dari dalam negeri ataupun diimport untuk digunakan oleh hotel-hotel, dan juga alat kemudahan yang untuk bagi projek-projek yang berbentuk penginapan. Penge­cualian ini boleh dibuat dengan memohon kebenaran dari Kementerian Kewangan.

(d) Kementerian ini juga dengan kerjasama MARA telah memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di kawasan yang sesuai untuk pelancoflgan seperti di kawasan-kawasan pantai untuk membina chalet-chalet yang murah dengan memp()rolehi pinjaman daripada MARA dengan kadar faedah yang rendah.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat "pilot projek" bagi chalet-chalet sedang dilaksanakan di Pulau Tioman. Projek ini akan dilaksanakan ke kawasan-kawasan pelancongan lain yang difikirkan sesuai.

KOMPLEKS KEMENTAH-KAWALAN

32. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pertahanan menyatakan kenapakah kawalan untuk masuk ke KEMENT AH agak longgar. Beg dan bungkusan yang dibawa tidak diperiksa.

Page 34: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

591 31 MAC 1988 592

Dato Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Ada­lab tidak dinafikan bahawa tidak ke­semua beg dan bungkusan yang dibawa masuk ke Kompleks KEMENT AH diperiksa tetapi ini tidak bererti kawalan keselamatan di Kompleks ini longgar dan diabaikan kerana kita ada peraturan keselamatan untuk dikenakan kepada semua pelawat.

Bagaimanapun pemeriksaan yang teliti ada dibuat terhadap pelawat­pelawat yang mencurigakan bukan sahaja di balai pegawal pintu besar Kompleks KEMENT AH tetapi juga di pintu-pintu masuk utama ke Wisma Pertahanan, Kompleks KEMENTAH lama dan Kompleks Logistik. Ini bermakna setiap pelawat akan diperiksa setiap kali mereka memasuki satu-satu kawasan di Kompleks KEMENTAH.

Usaha-usaha serta langkah-langkah keselamatan di Kompleks KEMENT AH memang .sentiasa diambil dan dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya ianya tidak terdedah kepada anasir-anasir serta gejala yang tidak diingini.

PEMBINAAN JALAN DAN LONGKANG

33. Dr Tan Chong Keng minta Perdana Menteri menyatakan untuk tahun 1987 jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk melaksanakan projek-projek berikut:

(a) Pembinaan jalan dan longkang luar bandar;

(b) Pembinaan bangunan sekolah, balai rakyat dan bangunan lain dalam kawasan luar bandar.

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Peruntukan tahun 1987 bagi pembinaan jalan-jalan dan longkang-longkang luar bandar adalah sebanyak $60.29 juta.

(b) Peruntukan bagi pembinaan Sekolah, Balai Rakyat dan bangunan-bangunan lain ialah $493.62 juta.

RUMAH ORANG TVA

34. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Kebajikan Masyarakat menyatakan untuk tahun 1987:

(a) bilangan rumah orang tua dan lokasi-lokasinya;

(b) bilangan pusat Sinaran Harapan bagi kanak-kanak cacat dan/ atau terencat akal dan lokasi­lokasinya; dan

(c) jumlah peruntukan yang digunakan untuk memberi bantuan kewangan kepada individu atau keluarga yang memerlukan.

Menteri Kebajikan Masyarakat (Tuan MustatTa bin Mohammad):

(a) Kementerian Kebajikan Masya­rakat telah mengendalikan sebanyak 8 buah Rumah Orang Tua dalam tahun 1987 dan lokasinya adalah seperti berikut:

Nama institusi Negeri

1. Rumah Seri Kenangan Kedah Bedong

2. Rumah Seri Kenangan Perak Taiping

3. Rumah Seri Kenangan Perak Tg. Rambutan

4. Rumah Seri Kenangan Cheras

Selangor

5. Rumah Seri Kenangan Negeri Seremban Sembi! an

6. Rumah Seri Kenangan Melaka Cheng

7. Rumah Seri Kenan gao Johor J.Bahru

8. Rumah Seri Kenangan Kelantan Taman Kemumin

Page 35: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

593 31 MAC 1988 594

(b) Berkenaan dengan Pusat Sinaran Harapan, Kementerian Kebajikan Masyarakat telah mengendalikan sebanyak 5 Pusat tersebut dan lokasi­lokasinya adalah seperti berikut:

Nama /nstitusi Negeri

1. Taman Sinar Harapan Johor Tam poi

2. Taman Sinar Harapan Jubli

Johor

3. TamanSinarHarapan Negeri tunku Ampuan Sembilan Najihah.

4. Taman Sinar Harapan Selangor Kuala Kubu Baru

5. TamanSinarHarapan Kuala Bukit Besar Terengganu

(c) Jumlah peruntukan yang telah digunakan dalam tahun 1987 bagi bantuan kepada individu/ keluarga ialah sebaqyak $11.9 juta.

SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI LADANG

KIM SENG

35. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Pendidikan menyatakan iaitu adakah jadi atau tidak yang Kementerian Pendidikan ada ura-ura dulu rancangan untuk mendirikan sebuah Sekolah Menengah Sains Berasrama Penuh di tapak Ladang Kim Seng berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Utara, Gombak, Selangor Darul Ehsan, jika jadi bila agaknya sekolah tersebut akan didirikan.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian

Pendidikan Malaysia tidak mem­punyai rancangan untuk membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh di tapak Ladang Kim Seng kerana pembinaan sesebuah Sekolah Berasrama Penuh melibatkan peruntukan kewangan yang besar. Kos pembinaan sebuah Sekolah Berasrama Penoh adalah dianggar 14 juta ringgit tidak termasuk kos tanah.

MATAPELAJARAN PILIHAN DI UNIVERSITI MALAYA

36. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah keputusan Jemaah Menteri terhadap masalah mata-mata pelajaran pilihan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya yang telah dipandangkan sebagai tanda asal bagi masa hadapan bahasa­bahasa venacular di negara ini.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri, dalam mesyuaratnya pada 15 Julai 1987, telah memutuskan supaya keputusan Senat Universiti Malaya mengenai kursus elektif dikekalkan. Perbincangan mengenai perkara tersebut telah ditangguhkan ke satu masa yang sesuai.

SISTEM KESELAMATAN JALAN RA YA (KEJARA)

37. Tuan Syed Abdul Hamid bin Sagaff minta menteri Pengangkutan menyatakan sejauh mana kejayaan Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA).

Menteri Pengangkutan (Dato' Dr Ling Liong Sik): Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) bolehlah dikatakan berjaya. Kejayaan ini dapat ditinjau melalui bilangan laporan kesalahan pemandu yang telah diterima daripada pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Mahkamah. Sejak sistem KEJARA ini dilancarkan

Page 36: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

595 31 MAC 1988 596

pada 1hb. April, 1984, hingga 31hb. Januari 1988 sebanyak 3~,264 kes kesalahan lalu-lintas yang telah dikompaun atau diambil tindakan oleh Mahkamah direkodkan.

Adalah suatu perkara yang menggalakkan dimana kadar kemalangan jalan raya didapati menurun di Semenanjung Malaysia selepas sistem KEJARA dilaksanakan berbanding dengan sebelumnya iaitu seperti berikut:

1. Sebelum Sistem KEJARA

1981 58,768

1982 68,330

1983 72,634

1984 73,727

2. Sesudah Sistem KEJARA

1985

1986

75,300

71,557

16.2%

6.2%

1.5%

2.1%

-5%

Walau bagaimanapun Kementerian Pengangkutan · sentiasa berusaha ke arab memperkemaskan lagi perlak­sanaan sistem KEJARA ini dari masa ke semasa supaya ianya lebih berkesan.

TAMBAKMENGHUBUNGKAN SINGAPURA-MALAYSIA

38. Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membina tambak (causeway) yang kedua bagi menghubungkan Singapura dan Malaysia. Jika tidak, sila ityatakan sebab-sebabnya.

Tuan Othinan bin Abdul: Kerajaan masih mengkaji altematif-altematif . laluan yang dapat mengurangkan ·kesesakan tambak yang nienghubungkan Singapura dan Malaysia terma.~uk perkhidmatan feri antara Changi dan Desaru dan sebuah

jambatan lain jika perlu. Sesuatu ketetapan hanya dapat dibuat setelah kajian selesai dijalankan dan beberapa isu u11ama dibincang dan dibereskan denga:n piha~ Kerajaan Singapura.

Kajian yang akan dibuat akan meng11mbil pertimbangan dari segi kedudukan projek-projek ekonomi, perge:rakan kapal-kapal dan bot-bot di Selat Tebrau serta mengambilkira masaiah kesesakan di Bandar Johor Bahru.

K.AMPUCHEA-PENDIRIAN MALAYSIA·

39. Tuan G. Rajoo minta Menteri Luat; Negeri q1enyatakan pendirian Malaysia dan negara-qegara ASEAN dalain masalall penyelesaian konflik

· Kampuchea berikutari dengan perletakan jawatan Presiden Demokratik Kampuchea Putera Norodom Sihanouk. Apakah langkah­langkah yang diambil oleh negara­negara ASEAN untuk menyelesaikan konflik Kampuchea sekarang.

Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Pendirian Malaysia dan negara-negara ASEAN berhubung dengan masalah Kampuchea tidak berubah. Malaysia dan negara-negara ASEAN mahukan supaya kemerdekaan dan kedaulatan rakyat dan negara di Kampuchea dipulih semula dan mereka diberi kesempatan untuk menentukan masa depan mereka sebagai satu negara yang be bas dan berkecuali. Soal perletakan jawatan Putera Si.ltanouk tidak timbul lagi memandangkan beliau telah pun mengumumkan kesediaannya untuk terus memegang jawatan sebagai Presiden CGDK.

Malaysia sepertimana negara-negara ASEAN yang lain percaya bahawa penyelesaian konflik di Kampuchea hanya dapat · diatasi dengan cara perundingan dan bukan melalui ketenteraan. Oleh yang

Page 37: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

597 31 MAC 1988 598

demikian, Malaysia dengan sepenuh hati menyokong cadangan Putera Sihanouk untuk mengadakan perundingan yang serius dengan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk Vietnam. Usaha-usaha ASEAN adalah ditumpukan kepada pengwujudan suasana yang akan membawa mereka itu ke meja perundingan. Di dalam perkara ini Malaysia yakin bahawa Sihanouk akan terus memainkan peranannya yang begitu penting bagi mendapatkan satu penyelesaian yang menyeluruh dan kekal. Pengunduran tentera Vietnam yang sebenarnya dan Cambodia adalah sebahagian daripada penyelesaian tersebut.

HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA-UNIT PESAKIT LUAR

40. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(i) sama ada beliau sedar "Unit Pesakit Luar" di Hospital Bahagia Ulu Kinta yang selama tm memberi perkhidmatan kepada pekerja Hospital Bahagia telah pun ditutup baru-baru ini;

(ii) apakah sebabnya unit ini ditutup; dan

(iii) sama ada beliau akan mengkaji kemungkinan membuka semula "Unit Pesakit Luar" ini diemandangkan staf dan dependent mereka terpaksa pergi jauh 16 KM ke Ipoh untuk mendapat rawatan dan pihak Hospital Bahagia tidak menyediakan kemudahan pengangkutan ambulan. Jika ya/tidak kenapa.

Cik Teng Gaik Kwan:

(i) Untuk makluman Yang Berhormat, Unit Pesakit Luar di Hospital Bahagia Ulu Kinta tidak ditutup cuma jadual

perkhidmatannya telah diubahsuaikan kepada pukul 2.00 petang sehingga 4.15 petang setiap hari. Bagi pekerja-pekerja yang memerlukan rawatan pada masa-masa lain bolehlah mendapatkannya di Pusat Kesihatan yang terletak kira­kira 500 ela daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta.

(iii) Mengikut amalan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, kemudahan ambulan ada di sediakan untuk menghantar pekerja-pekerja yang sakit ke Hospital Besar Ipoh jika mereka memerlukannya.

TAHUN MEMBACA

41. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Pendidikan menyatakan rancangan Kemen­teriannya untuk menimbul dan meningkatkan minat membaca di kalangan rakyat negara ini sempena tahun membaca 1988.

Tuan Woon See Chin: Untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan pengisytiharan tahun 1988 sebagai Tahun Membaca, maka Jawatankuasa Rancangan Gerakan Membaca Peringkat Kebangsaan dan Negeri telah ditubuhkan. Tujuan utama penubuhan Jawatankuasa­jawatankuasa tersebut ialah untuk menggalakkan masyarakat Malaysia membaca dengan lebih luas bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak yang berkenaan, beberapa aktiviti telah dirancangkan tintuk dilaksanakan sepanjang tahun 1988 inL Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

1. Mengadakan siaran melalui media-massa.

2. Mengadakan Pesta Buku Akademik.

Page 38: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

..

599 31 MAC 1988 600

3. Pelancaran buku-buku terpilih.

4. Mengadakan promosi "Buku Terlaris Bulan Ini".

5. Mengadakan Pameran Buku Kanak-kanak Antarabangsa.

6. Melancarkan Bulan Per-pustakaan.

7. Menggalakkan penubuhan Perpustakaan Mini di rumah.

8. Melancarkan Bulan Penulis dan Pembacaan Tanah Air.

9. Mengadakan Pameran Serum­pun Buku-buku Ilmu Berbahasa Melayu.

Di peringkat sekolah, beberapa aktiviti-aktiviti dijalankan sepanjang tahun ini iaitu:

1. Ulasanlceramah buku.

2. Minggu Bacaan.

3. Memberi hadiah berbentuk buku.

4. Kuiz Pengetahuan.

5. Khemah Membaca.

PELAYAN DI ATAS KOC KERETAPI

42. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Pengangkutan menyatakan tidakkah Kemen­teriannya bercadang mengadakan pramugari atau pelayan di atas KTM Kelas 1 bagi menyambut pelanggan dan melayan mereka semasa perjalanan dari K.L., Butterworth dan sebaliknya, sebagai tarikan kepada orang ramai mengguna kemudahan KTM; jika tidak mengapa.

Dato' Dr Ling Liong Sik: KTM menyediakan pelayan Koc bagi setiap Koc Kelas 1 dan 2 di atas perkhidmatan Senandung Malam iaitu dengan tempat tidur, an tara Kuala Lumpur-Butterworth-Kuala

Lumpur dan antara Kuala Lumpur­Singapura-Kuala Lumpur, untuk menjaga dan melayan penumpang semasa perjalanan.

KTM tidak bercadang untuk mengadakan Pelayan di atas Koc Kelas 1 bagi perkhidmatan siang, iaitu Ekspress Rakyat dan Ekspress Sinaran, kerana penumpang tersebut adalah di bawah jagaan dan layanan Ketua Pengawal Tren yang bertugas di atas tren. Penumpang tersebut juga diberi layanan khas oleh Pelayan Koc Bufe.

MOTOSIKAL YANG DIDAFf AR

43. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(i) berapa jumlah motosikal yang telah didaftarkan pada tahun 1987;

(ii) berapa jumlah kemalangan motosikal yang telah berlaku sepanjang tahun 1987; dan

(iii) apakah usaha kawalan bagi keselamatan penunggang motosikal dan orang ramai.

Dato' Dr Ling Liong Sik: Jawapan kepada soalan Yang Berhormat berkenaan adalah seperti berikut:

(i) Jumlah motosikal yang didaftar pada tahun 1987 di Semenanjung, Sabah dan Saraw•k ialah 83,442 buah.

(ii) Jumlab kemalangan motosikal yang tierlaku pada tahun 1987 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah 25,054.

(iii) Mengenai usaha kawalan untuk keselamatan penumpang motosilkal dan orang ramai, tindakan-tindakan seperti berikut adalah diambil:

(a) Kempen-kempen kesela­matan jalanraya diadakan di semua negeri-negeri

Page 39: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

601 31 MAC 1988 602

khususnya pada musim­musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Cina dan sebagainya terhadap pemandu-pemandu berkenaan supaya pemandu-pemandu diingatkan untuk lebih berhati-hati.

(b) Maklumat dan nasihat mengenai keselamatan jalan raya disebarkan melalui media radio, televisyen dan akhbar. Filem-filem keselamatan jalanraya juga ditayangkan di peringkat Negeri dan daerah oleh Unit Bergerak Jabatan Penerangan.

(c) Tindakfln penguatkuasaan diadakan dari masa ke semasa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga oleh pihak Polis untuk memastikan pihak penunggang motosikal mem~tuhi segala undang­undang lalulintas, khasnya yang berkaitan dengan keselamatan pihak penunggang seperti pemakaian topi keledar dengan cara yang betul.

(d) Ceramah-ceramah juga diadakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis kepada sekolah-sekolah dan organisasi-organisasi lain yang mempunyai golongan pemandu yang ramai.

(e) Sistem KEJARA juga telah diperkenalkan sejak 1 Januari 1984 yang bertujuan untuk mening­katkan kesedaran dan disiplin para pemandu dan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya; dan

(f) Jabatan Pengangkutan Jalan akan memperke­nalkan Kurikulum baru Sekolah Memandu kepada pengajar-pengajar pe­mandu dengan tujuan bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka supaya dapat melahirkan pemandu-pemandu yang memandu secara berhemat dan tabu tentang cara mengelakkan kemalangan.

PROTON SAGA-BARGA

44. Dr Ng Khek Kiung minta Perdana Menteri menyatakan memandangkan tahap kejayaan yang tercapai dalam projek kereta nasionai-PROTON SAGA:

(i) adakah pihak .Kerajaan mempunyai sebarang ranca­ngan untuk mengeluarkan Kereta Nasional yang lebih murah, iaitu kurang M$15,000 supaya pembeli­pembeli yang berpendapatan sederhana dan rendah mampu membelinya; dan

(ii) adakah pihak Kerajaan juga mempunyai ~barang ranca­ngan untuk mengeluarkan Motosikal Nasional.

Tuan Kasitah bin Gaddam:

(i) Buat masa ini pihak Kerajaan belum lagi bercadang untuk mengeluarkan Kereta Nasional yang lebih murah dari harga sekarang. Bagaimanapun pihak PROTON sedang berusaha untuk mendapatkan komponen-komponen kereta dengan harga yang lebih murah supaya kos pengeluaran kereta PROTON SAGA dapat dikurangkan dan harga jualan boleh dikurangkan sewa­jarnya.

..

Page 40: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

"

603 31 MAC 1988 604

(ii) Pihak Kerajaan buat masa ini tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan motosikal buatan Malaysia dalam erti kata motosikal yang mempunyai jenama yang khusus Walau bagai-manapun, HICOM telah menubuhkan 3 syarikat pengeluar motosikal Jepun yang terkemuka untuk mengeluarkan enjin motosikal di bawah 110 c.c. Dua buah syarikat tersebut telah pun memulakan pengeluaran secara komersial pada bulan Oktober, 1985, dan sebuah lagi pada bulan ..September, 1986. Mengikut perancangan, sungguhpun motosikal­motosikal 101 akan terus menggunakan jenama masing­masing seperti Honda, Yamaha dan Suzuki, pada hakikatnya motosikal­motosikal ini boleh disifatkan motosikal buatan · Malaysia kerana hampir keseluruhan pembuatannya akan berasal dari negara ini.

MANGSA MALAPETAKA­BANTUAN

45. Toan C.· Krishnan minta M~nteri Kebajikan Masyarakat menyatakan sama ada kadar bantuan malapetaka (seperti kebakaran) yang maksimanya $2,000 itu akan dinaikkan hingga $4,000. Jika tidak, nyatakan sebab­sebabnya.

Toan MostatTa bin Mohamad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada asasnya bantuan yang dikeluarkan bagi mangsa-mangsa malapetaka mengambil kira keperluan asas bagi tiap-tiap satu keluarga yang terlibat dan jumlah bantuan yang diberi adalah bertujuan untuk meringankan penderitaan mangsa dan bukan sebagai gantirugi harta-benda yang hilang atau

musnah. Selain dari bantuan tersebut, semua keluarga yang meninggalkan pusat pemindahan biasanya diberikan bantuan barang-barang keperluan seperti pakaian dan bahan makanan kering bagi tempoh 3 hingga 7 hari iaitu sehingga boleh mencari nafkah semula.

Oleh yang demikian, buat masa ini Kementerian Kebajikan Masyarakat tidak bercadang menambah bantuan malapataka seperti yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat.

KUMPULAN WANG BURUH INDIA SELATAN

46. Tuan C. Krishnan minta Menteri Buruh menyatakan:

(a) jumlah wang dalam Tabung yang diselenggarakan oleh Tabung Buruh India Selatan (South Indian Labour Fund).

(b) berapa ramai yang telah memohon biasiswa dari Tabung ini bagi tahun 1987 dan berapa ramai yang telah berjaya;

(c) bilangan biasiswa yang sedang diselenggarakan oleh Tabung ini; dan

(d) apalah projek-projek lain yang sedang diselenggarakan oleh Tabung ini.

Menteri Buruh (Tuan Lee Kim Sai):

(a) Jumlah wang yang ada dalam Kumpulan Wang Buruh India Selatan pada 31-12-1987 ialah sebanyak $3,650, 121.

(b) Pada tahun 1987 sebanyak 10 permohonan telah diterima untuk mendapat biasiswa dan 70 permohonan untuk pinjaman pelajaran daripada Kumpulan Wang Buruh India Selatan. Bagi tahun 1987 Lembaga ini tidak dapat mempertimbangkan sebarang biasiswa atau pinjaman pelajaran oleh kerana Kumpulan Wang ini sedang

Page 41: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

605 31 MAC 1988 606

menghadapi kekurangan pendapatan atas pelaburannya.

(c) Sehingga akhir tahun 1987 seramai 19 orang penuntut sedang melanjutkan pelajaran mereka di Universiti-universiti dan Maktab-maktab tempatan di bawah biasiswa Kumpulan Wang ini.

(d) Selain daripada memberi biasiswa atau pinjaman pelajaran kepada keluarga pencarumnya, Kumpulan Wang Buruh India Selatan digunakan untuk tujuan-tujuan utama seperti berikut:

(i) Menyelenggara buruh­buruh India Selatan yang tua dan melarat di Rumah Orang-orang Tua India di Nibong Tebal;

(ii) Membayar Bantuan Wang Tun& kepada buruh-buruh India Selatan yang tua dan melarat yang tinggal di ladang-ladang dan tempat-tempat lain di Semenanjung Malaysia; dan

(iii) Menghantar balik buruh-buruh India Selatan yang tua dan melarat dan tang­gungan-tanggungan me­reka yang bukan Warganegara Malaysia yang berhasrat hendak balik ke India untuk menetap di sana selama-lamanya.

PERUMAHAN KOS RENDAH­KEMAJUAN

47. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kemajuan Program Khas Perumahan Kos Rendah sehingga Mac, 1988 dan

menyatakan apakah masalah-masalah pelaksanaan yang dihadapi bagi mencapai matlamat program tersebut. Adakah kemajuan setakat ini memuaskan dan apakah program­program perumahan kos rendah masa hadapan yang telah atau akan dirancang.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Maklumat­maklumat mengenai kemajuan Program Khas Perumahan Kos Rendah sehingga Mac, 1988 masih belum diperolehi. Bagaimanapun kemajuan program tahun pertama (Julai 1986 hingga Jun 1987) setakat 31-12-1987 daripada sasaran 76,337 unit adalah seperti berikut:

(i) Siap Pembinaan

(ii) Dalam Pembinaan

(iii) Awal Pelaksanaan

9.718 unit (12.7%)

28.602 unit (37.5%)

38,017 unit (49.8%)

76.337 unit

Bagi tahun kedua pelaksanaan (Julai 1987 hingga Jun 1988), kema­juan program sehingga 31-12-1987 daripada sasaran 101,861 unit adalah seperti berikut:

(i) Siap Pembinaan: 2,371 unit (2.3%)

(ii) Dalam Pembinaan: 12,683 unit (12.5%)

(iii) Awal Pelaksanaan: 86,807 unit (85.2%)

101,861 unit

Projek-projek bagi tahun ketiga (Julai 1988 hingga Jun 1989) sedang dikenalpasti oleh Kerajaan-kerajaan Negeri.

Di antara beberapa masalah pelaksanaan yang dihadapi di bawah program khas ini termasuklah:

(i) Tapak-tapak projek yan~ dikenalpasti kurang sesuat dimajukan serta-merta akibat

Page 42: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

607 31 MAC 1988 608

ciri-ciri fizikal tapak dan dari segi permintaan berkenaan.

(ii) Kekurangan pembeli yang berkemampuan · untuk membeli rumah-rumah kos rendah di bawah program ini.

Berdasarkan kepada masalah-masalah pelaksanaan yang dihadapi didapati prestasi yang dicapai setakat ini adalah menggalakkan di mana sejumlah 9,718 unit telah dapat disiapkan bagi tahun pertama dan 2,371 unit bagi tahun kedua.

Setakat ini, pihak Kerajaan belum ada cadangan untuk memperkenalkan sebarang program perurnahan kos rendah yang baru memandangkan keadaan ekonomi sekarang ini, tetapi akan terus melaksanakan program yang telah dirancangkan terutamanya Program Khas Perumahan Kos Rendah. Bagaimanapun, sekiranya keadaan kewangan mengizinkan, pihak Kerajaan akan memper­timbangkan kelulusan projek-projek perumahan kos rendah yang baru di bawah Program Perumahan Awam Kos Rendah.

JAMBATAN MENYEBERANGI SUNGAI PAHANG

48. Puan Norani binti Haji Beluah minta Menteri Kerja Raya menyata­kan adakah dalam perancangan · Kementerian untuk membina sebuah jambatan bagi menyeberangi Sungai Pahang bermula dari pekan Kuala Krau, Mentakab, Pahang, bagi kemudahan pengangkutan kepada penduduk-penduduk di seberang sungai tersebut kerana selama ini mereka menggunakan sampan dan motorbot.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan adalah jalan negeri. Saya difahamkan Kerajaan Negeri Pahang . Darul

Makmur ada cadangan untuk membina sebuah jambatan bagi menyeberangi Sungai Pahang di Kuala Krau. Setakat ini kerja-kerja awal telah dijalankan dan sekiranya peruntukan diperolehi kerja-kerja merekebentuk akan diteruskan.

PERJANJIAN PENSW ASTAAN LEBUHRAYA UTARA­

SELATAN

49. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kerjaraya:

(1) menyatakan bilakah kontrak Lebuhraya Utara-Selatan akan ditandatangani dengan UEM;

(2) bilakah pembinaan Lebuhraya ini akan dijalankan; dan

(3) berapa ramaikah buruh-buruh yang akan diambil untuk permulaan kerja ini.

Tuan Osu bin Haji Sukam:

(1) Perjanjian penswastaan Lebuhraya Utara-Selatan telah pun ditandatangani pada 18hb Mac, 1988 dengan United Engineers Bhd.

(2) Pembinaan bahagian-bahagian Lebuhraya akan dimulakan pada bulan Ogos 1988. Bahagian yang pertama akan dibina ialah dari Lapangan­terbang Subang ke Bukit Raja iaitu bahagian Lebuhraya Lembah Kelang.

(3) Jumlah pekerja-pekerja yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan termasuk buruh dianggarkan 15,000 orang.

KAMPUNG BARU/TRADISIONAL

SO. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan sama ada rancangan-rancangan untuk

Page 43: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

609 31 MAC ,1988 610

'membangunkan kampung-kampung yang dahulu dikenali sebagai:

(i) Kampung-kampung tradi-sional, dan

(ii) Kampung-kampung Baru.

Untuk diubah kepada pekan kecil telah dilancarkan. Sekiranya ya, sila ilamakan kawasan-kawasan itu. Sekiranya tidak, sila berikan sebab­sebab memandangkan publisiti telah pun disiarkan atas rancangan ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Mohamed bin Jamrah): Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa sedang mengenalpasti kampung-kampung tradisional untuk dibangunkan sebagai pekan-pekan kecil (Pusat Pertumbuhan Desa). Oleh yang demikian Kementerian saya tidak dapat menyenaraikan kawasan­kawasan yang hendak dibangunkan sebagai pekan kecil.

Mengenai Kampung-kampung baru pula untuk makluman Yang Berhormat, di dalam tahun 1986, Kerajaan telah menjalankan satu kajian ke atas Kampung-kampung Baru yang sesuai dibangunkan mengikut strategi-strategi pem­bangunan yang tertentu, termasuk pembangunan sebagai pusat-pusat pertumbuhan baru dan pusat-pusat kecil bandar. Tetapi perakuan­perakuan kajian tidak dilaksanakan kerana keadaan ekonomi yang meleset.

Pembangunan Kampung-kampung baru dan kampung-kampung tradisional merupakan satu proses · jangka panjang yang berterusan. Pembangunan kampung-kampung tersebut sedang diselaraskan.

KOTAK PLASTIK UNTUK IKAN BASAD

51. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa langkah mewajibkan penggunaan kotak plastik untuk membawa ikan yang diimport dari negara Thai, bermakna kos tambahan (iaitu perbezaan di antara kos kotak plastik dengan kos kotak kayu) akan membebankan lagi para konsumer. Jika sedar, mengapa pula Kerajaan tetap ingin mewajibkan penggunaan. Jika tidak, mengapa.

Menteri Pertanian (Datuk Seri Sanusi bin Junid): Langkah Kerajaan mewajibkan penggunaan kotak plastik untuk semua ikan basah yang diimport ke Semenanjung Malaysia dijangka tidak akan membebankan para pengguna kerarta mengikut kajian yang dibuat pada jangka panjangnya penggunaan kotak plastik adalah lebih menguntungkan berbanding dengan kotak kayu.

Walaupun secara perbezaan terus, kotak plastik adalah lebih mahal, iaitu $4.00 untuk satu unit kotak kayu berbanding dengan anggaran $25.00 untuk satu unit kotak plastik. Jangka hayat kotak plastik adalah lebih lama sekiranya dibandingkan dengan kotak kayu. Setiap kotak plastik mempunyai jangka hayat minimum selama 2 tahun dan terdapat kes di mana kotak plastik boleh digunakan selama 14 tahun. Ini berbanding dengan kotak kayu untuk ikan basah yang diimport yang kebiasaannya digunakan hanya sekali sahaja.

Untuk setiap trip, kos penggunaan kotak plastik hanyalah sebanyak 10 sen sahaja. Untuk mengisi muatan ikan yang sama sebagaimana muatan kotak kayu kos setiap trip untuk kotak plastik hanyalah 30 sen sahaja (iaitu 3 kotak plastik untuk satu kotak kayu). Ini adalah berdasarkan jangka hayat minima kotak plastik selama 2 tahun dan juga jaminan pihak pembekal

Page 44: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

611 31 MAC 1988 612

yang juga selama 2 tahun. lni berbanding dengan penggunaan kotak kayu yang memakan belanja sebanyak $4.00 untuk satu trip. Perbezaan ini tidak mengambil kira kos pengangkutan, kos pulang semula dan lain-lain kos yang dianggarkan tidak banyak berbeza. Untuk tujuan ini juga satu trip dianggarkan sela~a 3 hari.

Penggunaan kotak plastik juga akan dapat mengurangkan pencemaran persekitaran pasar borong dan pasar jualan ikan dan akan dapat menjimatkan kos pembersihan kawasan tersebut oleh agensi-agensi terlibat. Dari segi mutu ikan, penggunaan kotak plastik akan mempastikan kerosakan ikan yang minima di samping dapat mengurangkan pembaziran dari segi kerosakan lepastangkapan.

JETI TANJONG BRUAS MELAKA-MEMAJUKAN

52. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Pengangkutan rnenyatakan apakah usaha Kernenterian untuk rnemajukan jeti Tanjong Bruas, Melaka. Adakah benar atau tidak ia akan dirnajukan sebagai sebuah pelabuhan kontena untuk rnengeksport dengan kontena. Jika benar, bila dan siapa yang akan rnernajukannya.

Dato' Dr Ling Liong Sik: Kerajaan sedang rnengkaji untuk rnenswastakan Jeti Tanjong Bruas, Melaka dan kernungkinan syarikat yang rnengarnbilalih pentadbiran dan operasi jeti ini kelak dikehendaki melabur untuk rnernbesarkan jeti yang sedia ada.

Kerajaan tidak bercadang rnernajukan Pelabuhan Melaka sebagai sebuah pelabuhan kontena oleh kerana kemudahan-kernudahan kontena telah pun terdapat di Pelabuhan Kelang.

SISTEM KUTIPAN CUKAI KASTAM ISTIMEWA

53. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said rninta Menteri Kewangan rnenyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan memperkenalkan "Sistem Kutipan Cukai Kastarn Yang Istirnewa" ke atas barangan yang dibeli di Pulau Langkawi untuk kegunaan sendiri oleh rakyat Malaysia dari Tanah Besar, sebagai galakan kepada pelancong-pelancong tern­patan rnelawat Pulau tersebut yang kini sedang rnenikrnati kernudahan­kernudahan sebagai "Pelabuhan Bebas".

Tuan Mohamed Farid bin Ariftin: login saya rnaklurnkan di Dewan yang rnulia ini bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk mernperkenalkan sistern kutipan cukai kastarn yang istirnewa ke atas barangan yang dibeli di Pulau Langkawi untuk kegunaan sendiri oleh rakyat Malaysia dari Tanah Besar.

KERETAPI TANAH MELAYU­PENSWASTAAN

54. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom rninta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah sudahnya dengan rancangan Kerajaan rnahu rnen­swastakan KTM dan adakah Kerajaan atau KTM rnasih rnenanggung rugi rnengendalikan KTM ini.

Dato' Dr Ling Liong Sik: Kernenterian saya akan merurnuskan syarat-syarat dan cara penswastaan KTM setelah rnengkaji laporan akhir pengkajian kernungkinan penswastaan KTM, yang akan dikemukakan oleh pihak pakar perunding dalam bulan April tahun ini.

Dalam pada itu dimaklumkan juga bahawa KTM masih menanggung kerugian dalam rnengendalikan perkhidrnatan keretapi.

Page 45: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

613 31 MAC 1988 614

INDUSTRI PERIKANAN NELAYAN

SS. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Pertanian · menyatakan apakah Rancangan dan usaha yang telah dan akan dijalankan bagi mengatasi masalah:

(a) mempertingkatkan dan pendapatan perikanan nelayan;

kejayaan industri

(b) mencegah perbuatan orang tengah yang tidak rasmi dan lain-lain penyelewengan pemasaran ikan yang menyebabkan kerugian dan penderitaan kepada nelayan­nelayan berkenaan.

Datuk Seri Sanusi bin Junid: Kerajaan telah membuat beberapa rancangan dan usaha bagi mempertingkatkan kejayaan dan pendapatan nelayan. Rancangan dan langkah tersebut ialah:

Mengurus dan memelihara sumber perikanan laut pantai yang telah merosot agar ianya dapat dibaikpulih. Usaha-usaha khas dalam hal ini ialah mengadakan kawalan dan gerakan pengurusan yang lebih ketat, membina tukun tiruan, menubuhkan taman laut, menghadkan lesen perkakas yang merosakkan sumber (seperti tunda dan pukat jerut), menubuhkan zon-zon perikanan bagi mengkhaskan perairan laut pantai kepada nelayan tradisi. Memberi latihan kepada nelayan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam aspek pengendalian dan pengurusan perkakas, enjin dan bot.

Memberi khidmat pengem­bangan melalui demonstrasi, pameran, penerangan, majlis dialog, lawatan dan latihan bagi

menyampaikan pembaharuan dan teknologi perikanan kepada golongan nelayan.

Menjalani penyelidikan ke atas stok perikanan bagi mengenal­pasti sumber yang ada dari segi taburan, kepadatan dan jenis.

Mengadakan rancangan pe­nempatan semula nelayan laut pantai ke sektor-sektor lain seperti ke kawasan pembangunan rancangan tanah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Menggalakkan penerokaan pe­rikanan laut dalam melalui insentif kewangan, bantuan kawalan, penyelidikan sumber, latihan dan kemudahan pasaran.

(b) Sebenarnya tidak timbul masalah orang tengah yang tidak rasmi. Ini ialah kerana terdapat dua kategori peniagal orang tengah; di kawasan di mana terdapat kompleks­kompleks perikanan LKIM yang diwartakan di bawah Persatuan Pemasaran Ikan 1973. Semua peniaga-peniaga borong ikan dilesenkan oleh LKIM tetapi di kawasan­kawasan yang tidak ada kompleks-kompleks perikanan, peniaga-peniaga adalah tidak perlu dilesenkan oleh kerana kawasan-kawasan pendaratan mereka tidak disytiharkan sebagai pasar j)orong mengikut peraturan yang sama dan oleh itu mereka bebas berniaga.

Untuk mengatasi masalah penyelewengan dan eksploitasi oleh orang-orang tengah, LKIM telah memperkenalkan sistem lelongan ikan terbuka di kompleks-kompleks perikanan LKIM seperti di Batu Maung, Pulau Pinang dan Kuala Kedah, Kedah, Gering Kelantan dan Kuala Sedili, Johor. Di kawasan­kawasan lain sistem lelongan ikan

"

Page 46: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

615 31 MAC 1988 616

terbuka akan diperkenalkan sekiranya terdapat kemudahan infrastruktur dan keperluan.

PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN

56. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd Akim minta Menteri Luar Negeri menyatakan bahawa memandangkan saban hari rakyat Palestin dibunuh dan cedera terutama kanak-kanak dan wanita setiap hari bertambah buruk keadaannya, adakah Kerajaan Malaysia dan Negara-negara Islam menyuarakan agar kekejaman Tentera Tel Aviv memberhentikan kega­nasannya yang tersiar di kaca TV seolah-olah memburu haiwan.

Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Malaysia sebagaimana negara-negara Islam yang lain telah mengambil beberapa langkah termasuk usaha-usaha diplomatik bagi menandakan sokongan dan simpati ke atas perjuangan rakyat Palestin. Langkah-langkah tersebut juga merupakan tanda perpaduan kesemua negara-negara Islam dengan rakyat Palestin. Dalam hubungan ini pada umumnya kesemua negara-negara Islam telah pun mengeluarkan beberapa kenyataan yang menekankan antara lain pendirian tegas oleh negara masing-masing membantah sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Rejim Tel Aviv ke atas penduduk-penduduk awam Palestin di wilayah-wilayah Arab yang didu­dukinya.

Tujuan laporan-laporan yang tersiar menerusi media elektronik terutamanya di kaca-kaca TV perihal keganasan tentera Rejim Tel Aviv ke atas penduduk-penduduk awam Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan dan di Semenanjung Gaza itu adalah untuk memaklumkan kepada semua pihak mengenai penderitaan yang ditanggung oleh penduduk

Palestin itu serta betapa mustahaknya bagi semua negara yang cintakan keamanan supaya mengambil dayausaha yang bersungguh-sungguh dalam mencari penyelesaian terhadap soal Palestin ini. Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan juga Amerika Syarikat khususnya telah pun digesa untuk mengenakan tekanan-tekanan sewajarnya, supaya Rejim Tel Aviv menghentikan serta-merta tindakan­tindakan ganasnya itu ke atas rakyat awam Palestin.

Menerusi tindakan-tindakan tersebut adalah diharapkan agar usaha-usaha antarabangsa dapat diperingkatkan bagi mencan penyelesaian segera ke atas soal Palestin ini.

LPN-PEMBELIAN PADI

57. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) jumlah padi yang dibeli menerusi Kompleks LPN dalam tahun 1987;

(b) jumlah padi yang dijual oleh petani-petani melalui kilang­kilang padi swasta dalam tahun 1987;

(c) usaha-usaha Kementerian bagi mengelak petani-petani mengalami kerugian semasa menjual padi, akibat dikena potongan yang sewenang­wenangnya di kilang swasta; dan

(d) usaha-usaha bagi mengatasi kesesakan menjual padi di Kompleks LPN.

Datuk Seri Sanusi bin Junid:

(a) Jumlah padi yang telah dibeli oleh Kompleks LPN pada tahun 1987 1 adalah sebanyak 703,138/85 mt.

(b) Jumlah, padi yang dijual oleh petani melalui kilang-kilang

Page 47: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

617 31 MAC 1988

swasta pada tahun 1987 adalah sebanyak 645.359.90 mt.

(c) Untuk makluman Yang J:Jerhormat, belian padi yang dibeli oletl kilang-kilang swasta adalah mengikut fizikal mutu padi yang dijual oleh petani khususnya padi yang baik, bersih, cukup masak dan kering. Kesan dari belian padi tersebut, menentukan untung rugi sesebuah kilang-kilang itu.

Antara tujuan pembinaan kompleks LPN ialah memberikan khidmat kepada petani di dalam kegiatan penjualan padi mereka. Pilihan untuk menjual padi adalah atas budi bicara dan kebijaksanaan petani sama ada ke kilang-kilang swasta ataupun ke kompleks LPN supaya pendapatan basil dari peng~luaran padi mereka tidak terjejas.

Kementerian Pertanian telah pun memberikan araban kepada Pengurusan LPN, mengawasi kilang-kilang swasta yang membeli padi dari petani supaya dengan basil padi yang dijual, pendapatan petani tidak terjejas dan berkurang. Selain dari itu, Kementerian telah pun mempergiatkan penglibatan agensi-agensi di bawahnya yang ada kaitan dengan industri padi/ beras dalam melaksanakan strategi dan menyelaraskan seluruh aktiviti yang ada kaitan dengan industri padilberas supaya antara lain dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh petani di kawasan pengeluaran padi.

(d) LPN telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi kesesakan semasa penjualan padi oleh petani-petani di kompleks LPN dalam tempoh kemuncak belian padi pada satu­satu musim itu. Matlamat

618

langkah-langkah tersebut adalah bertujuan menyegerakan dan mencepatkan serta menyelamatkan kesuluruhan padi dalam keadaan yang dibeli dan juga menggalakkan pengilang-pengilang swasta mempertingkatkan jumlah pembelian harlan mereka, terutama dalam tempoh kemuncak tuaian padi. Di antara langkah-langkah terse but adalah seperti berikut:

(i) Mempertingkatkan ke­upayaan pengendalian di kompleks-kompleks· LPN dengan menambah dan memperbaiki jen­tera-jentera pengering dan kemudahan-kemu­dahan pengendalian di kompleks-kompleks.

(ii) Mengadakan pemin-dahan padi ke kom­pleks-kompleks yang lain yang tidak digunakan sepenuhnya kerana pasaran padi yang tidak banyak oleh petani.

(iii) Menggunakan ke-mudahan kilang-kilang swasta yang tidak digunakan oleh sebab­sebab tertentu dengan cara: - Jualan padi LPN

kepada mereka. - Pemindahan padi

untuk dikeringl disimpan (SP3).

(iv) Penggunaan mak-simum kemudahan kilang-kilang swasta oleh mereka sendiri atau di bawah rancangan bersama swasta/LPN.

( v) Memindahkan padi ke kompleks LPN di luar cawangan.

(vi) Kegiatan Skim Upah

Page 48: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

619 31 MAC 1988 620

Mengering Kisar ataupun Skim Upah Kisar Padi ke kilang-kilang swasta.

BEKERJA LIMA HARI SEMINGGU

58. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah syor supaya kerja 5 hari seminggu itu menggalakkan pada segi pembangunan negara; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengurangkan gaji pekerja yang hanya bekerja 5 hari sahaja pada seminggu.

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Kerajaan berpendapat bahawa syor waktu bekerja lima (5) hari seminggu akan menjejaskan usaha-usaha pembangunan negara yang sedang pesat berjalan dan akan me-nambahkan perbelanjaan Pentadbiran dan Kewangan. Oleh itu Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan syor tersebut.

(b) ~enetapan gaji pekerja I

bukanlah bergantung kepada berapa hari ia bekerja seminggu tetapi kepada beberapa prinsip tertentu seperti kadar upahan untuk kerja, kelulusan, beban dan tanggungjawab tugas dan seumpamanya.

PENCULIK DAN SELUDUP BAYI

59. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa banyak kes penculik dan seludup bayi dari negeri Thai ke Malaysia dan jumlah yang dapat ditangkap;

(b) golongan manakah ya~~ membeli bayi seludup 101

mengikut pecahan kaum; dan

(c) apakah langkah yang lebih ketat dikenakan bagi mengatasi perbuatan ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:

(a) Mengikut rekod polis, semen­jak tahun 1980 hingga Februari 1988 sebanyak 39 kes telah dilaporkan dan seramai 52 orang bayi yang diseludup dari Thailand ke Malaysia telah dapat dikesan.

(b) Kaum Cina merupakan pem­beli terbesar bayi-bayi yang diseludup iaitu 85% diikuti oleh kaum Melayu 10% dan lain-lain kaum 5%.

(c) Beberapa langkah yang tegas telah diambil oleh Kerajaan bagi menyekat apa bentuk kegiatan penyeludupan ter­masuklah penyeludupan bayi. Di antara langkah-langkah tersebut, antaranya ialah:

(i) menubuhkan Unit Pe­nyeludupan ditempatkan di perbatasan Malaysia dan Thailand; ·

(ii) menempatkan Unit-unit Pasukan Polis Hutan di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand serta pembinaan tembok yang berhampiran dengan sempadan.

PELANCONG LUAR NEGERI­PAKAIAN DAN KELAKUAN

60. Tuan Mobd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan . apakah langkah pihak Kementerian yang telah diambil bagi mengatasi kemasukan pelancong luar negeri yang tidak memahami dan tidak mahu memahami tatasusila kebudayaan

Page 49: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

621 31 MAC 1988 622

anak negeri dari segi agama, pakaian yang dibolehkan dan cara serta peraturan-peraturan yang bebas yang melanggar tatasusila kebudayaan dan adat resam negeri ini.

Tuan Abdul Raman bin Soliman: Kementerian menyedari isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan mereka yang berpakaian tidak kemas dan berkelakuan yang bertentangan dengan adat resam di negara ini adalah terlalu kecil bilangannya.

Kementerian sentiasa memberikan maklumat dan penerangan mengenai perkara ini melalui risalah-risalah dan brocur-brocur yang diedarkan kepada para pelancong melalui pejabat­pejabat PKPM di luar negeri.

Walau bagaimanapun didapati kebanyakan daripada mereka pada keseluruhannya mematuhi peraturan­peratu~an dan norma-norma hidup masyarakat tempatan.

JAMINAN KERAJAAN ATAS PINJAMAN LUAR NEGERI

61. Dato' K. S. Nijhar minta Menteri Kewangan menyatakan apakah dasar yang Kementerian melaksanakan untuk kelulusan Jaminan Kerajaan (Government Guarantees, dengan izin); kepada Kerajaan-kerajaan Negeri ataupun lain-lain agensi­agensi, bertujuan mendapatkan pinjaman luar negeri.

Tuan Mohamed Farid bin Ariflin: Semua jaminan Kerajaan ke atas pinjaman-pinjaman yang diambil oleh mana-mana agensi atau syarikat Kerajaan perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum jaminan dikeluarkan.

Pada dasamya, jaminan Kerajaan ke atas pinjaman diberikan kepada agensi dan syarikat~syarikat Kerajaan yang meminjam bagi tujuan membiayai projek-projek yang diluluskan oleh Kerajaan. Jaminan

Kerajaan juga diberikan kepada agensi atau syarikat-syarikat Kerajaan yang membuat pembiayaan semula pinjaman, (iaitu pinjaman yang sedang dijamin oleh Kerajaan) dengan syarat kos pembiayaan semula pinjaman adalah lebih rendah dan jumlah pinjamannya dijamin tidak melebihi jumlah pinjaman asal.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/AGAMA­

PEMBINAAN

62. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pendidikan menyatakan memandangkan murid yang akan ke sekolah menengah kian bertambah serta menggalakkan, maka adalah wajar pihak Kementerian Pendidikan mengambil sesuatu tindakan yang serius untuk melaksanakan pembinaan sekolah-sekolah menengah kebang­saan dan Agama di seluruh negara khas di Terertgganu seperti sekolah-sekolah berikut:

(a) Sekolah Menengah Kebangsaan Cendering, Kuala Terengganu;

(b) Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Kuala Terengganu; dan

(c) Sekolah Menengah Agama Atas Tol, Kuala Terengganu.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Kementerian Pendidikan telah meluluskan pembinaan Sekolah Menengah Cendering, Kuala Terengganu dan pembinaannya akan dilaksanakan dalam tahun ini (1988).

(b) Kementerian Pendidikan belum bercadang hendak membina Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Kuala Terengganu. Ini, adalah kerana sekolah­sekolah yang ada dan akan dibina masih mencukupi menampung keperluan pelajar­pelajar perempuan.

Page 50: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

..

623 31 MAC 1988 624

(c) Kementerian Pendidikan belum lagi dapat melaksanakan pem­binaan Sekolah Menengah Agama Atas Tot meman­dangkan peruntukan pem­bangunan Kementerian Pen­didikan tidak mencukupi.

USUL

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA D.Y.M.M. SERI PADUKA

BAGINDA YANG DI-PERTUAN \ A GONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu Ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli­

ahli Oewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersem­bahkan suatu ucapan yang zalil daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak­banyak syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Kedua Parlimen Yang Ketujuh". (30hb Mac, 1988).

Tuan ·.Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya panggil Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom untuk menyambung ucapannya, saya hendak memberitahu iaitu selepas ucapan Yang Berhormat itu, saya akan meminta Yang Berhormat Menteri­menteri untuk menjawab atas teguran­teguran yang dibangkitkan oleh Ahli­ahli Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom.

3.36 ptg.

Tuan Haji Sbaharom bin Haiji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasihl kerana dibenarkan untuki menyambung sedikit lagi perbahasan~ saya di dalam menyokong Usul menyembahkan ucapan terima kasih kepada Doli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang· Di-Pertuan Agong kerana Titah Di-Raja sewaktu membuka Penggal Parlimen ini .

Tuan Yang di-Pertua, semalam kita mendengar banyak perbahasan ditumpukan kepada perpaduan di antara kaum. Masalahnya rakyat dalam negara kita memikirkan kalau yang bercakap mengenai perpaduan ini orang Melayu seolah-olah yang tidak menyokong, yang tidak suka kepada adanya perpaduan adalah dari kalangan yang buk,an Melayu. Dan kalau yang berc;akap mengenai perpaduan ini dari kalangan orang Tionghua maka orang Melayu akan terasa seolah-olah orang Melayu tidak suka perpaduan. Kalau yang bercakap isu perpaduan dari. kalangan orang­orang keturunan india seolah-olah orang lain tidak ada perpaduan dalam negara kita ini.

J adi konsep perpaduan dalam negara kita ini perlu diterangkan kepada rakyat sebenar-benarnya. Takkan setakat perpaduan dengan adanya jamuan teh muhibah, durian muhibah, makan manggis muhibah. Kemudian kalau ada orang membakar mercun kita tutup telinga, kalau ada orang pukul gendang kita pun kejam mata, ini sudah ada perpaduan.

Di dalam satu-satu masalah apabila . di antara ramai orang-orang menyebut masalah perpaduan ini menimbulkan masalah seolah-olah berlaku ketidakadilan di dalam negara kita. Jadi · kalau yang bercakap masalah seolah-olah berlaku ketidakadilan dalam masyarakat kita ini dari. orang keturunan Tionghua, seolah-olah

Page 51: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

625 31 MAC 1988 626

orang Melayu sudah mendapat keadilan sepenuhnya. Dan kalau yang bercakap mengenai dengan seolah­olah ketidakadilan itu dari keturunan India, seolah-olah orang lain sudah mendapat keadilan sepenuhnya.

Jadi sebagai orang keturunan Melayu, rakyat Malaysia di dalam negara kita ini, saya ingin menyampaikan apakah benar-benar apa yang disebut oleh orang lain keturunan lain di dalam Dewan ini atau di mana sahaja yang menyatakan seolah-olah tidak berlakunya keadilan di antara kaum dalam negara kita ini, nyata benar atau tidak?

Saya sengaja saya bawa buku Rancangan Malaysia Yang Kelima 1986/1990. Kalau kita menyedari bahawa di dalam buk4 Dasar Rancangan Malaysia Yang Kelima yang begini tebal yang dirangka oleh pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar sosial, politik dalam negara kita tidak dapat kita hayati, saya ulangi kita menjadi pemimpin yang hipokrit.

Di dalam buku ini diterangkan nisbah harta kaum bumiputera dan agensi-agensi Kerajaan serta anak­anak syarikatnya hanya 17.8%. Adakah ini adil kepada kaum bumiputera? Adakah ini adil kepada orang Dusun, orang Bisayah, orang Punan, orang Kadazan, . orang lban, orang Melano, oratlg bumiputera, orang Melayu, orang Jawa, orang Bugis, orang Banjar, orang Kurinci, orang Mendeleng, hanya 17.8%

Ini kalau saya bercakap dari nada orang Melayu. Arkitek dalam negara kita kaum bumiputera hanra 15.6%, Akauntan orang Melayu hanya 8.9%, Jurutera hanya 25.2%. Doktor Gigi hanya 20.3%, pegaw~-pegawai perubatan, Doktor Perubatan biasa 16.7%. Doktor Haiwan 26.3%. Jurukur 35.8%, Peguam 16%. Ini sebahagian dari apa yang dinyatakan di dalam buku Rancangan Malaysia Kelima ini.

Adakah ini sudah adil bagi kaum bumiputera? Jawapannya kalau saya sentimen bumiputera, jauh daripada sepatutnya. Maka sebab itu saya menyatakan "di dalam Dewan yang mulia ini bahawa Dasar Ekonomi Baru selepas tahun 1990 hendaklah diteruskan lagi. Ya, apabila saya bercakap Dasar Ekonomi Baru, nanti rakyat Malaysia daripada keturunan lain mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru ini untuk kepentingan kaum bumiputera. Tidak, Tuan Yang di-Pertua, baca Buku ini mukasurat 8 terang-terang ditulis. Dasar Efonomi Baru dilahirkan, Dasar Ekonomi Baru diwujudkan dengan menggunakan falsafah serampang dua mata­membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Yang kedua, menyusun semula struktur masyarakat supaya tidak kenai ini kelompok bumiputera, ini kelompok bukan bumiputera. Inilah asas Dasar Ekonomi Baru dan kita tidak boleh lari dari rancangan asal yang dicipta di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai bapa pembangunan kita. Sekarang kenapa kita bangkit-bangkitkan lagi, setelah kita tidak mengingini peristiwa 13 Mei berulang, . tetapi kenapa berlaku peristiwa Oktober, 1987 yang merupakan bibit-bibit kepada kemungkinan akan timbulnya peristiwa 13 Mei sekali lagi?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang Ahli Yang Berhormat yang diberi amanah di Dewan yang mulia ini sesuai dengan doa yang dibacakan setiap kali mula kita akan bersidang, tanggungjawab kita bersama kepada negara dan rakyat. Kaum Melayu, kaum bumiputera cukup berasa lapang dada, cukup toleransi, tidak ada apa­apa masalah. Kaum Melayu, kaum bumiputera, walaupun dilanda oleh malapetaka yang paling hebat pada 4hb Februari, 1988, percaya kepada Kerajaan dan tidak akan menumbangkan Kerajaan.

Page 52: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

..

627 31 MAC 1988 628

Ini terbukti sehingga hari ini sekalipun UMNO telah did~pati tidak sah oleh mahkamah, tetapi kepimpinan negara kita tetap utuh, kekal, kuat sehingga hari ini, tidak ada masalah. Ini satu eontoh toleransi orang-orang Melayu dalam negara kita, tetapi kalau di lain negara, kita tengok berita-berita negara lain, belum mengangkat sumpah, perdana menteri sudah tumbang, belum angkat sumpah presiden sudah kena tembak, berlaku perang 8 tahun, perang 12 tahun tidak habis-habis. Rakyat mati bergelimpangan sehingga perang itu menggun~kan born kimia.

Malaysia adalah negara yang aman, Malaysia negara yang baik, Malaysia akan · menjadi sebuah negara yang lebih makmur, aman dan damai. Bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang lebih maju di dunia ini. Kemerdekaan negara kits ini; akan lebih bermakna, individu di 'dalam Malaysia akan menjadi manusia yang disegani oleh bangsa-bangsa lain, jika setiap orang di dalam Malaysia baik pemimpin, raja, rakyat, semuanya menginsafi bahawa mereka dicipta oleh Allah untuk mengabdikan diri dan menjaga kemakmuran negara ini. Firman Allah: Innal ardha yarithuha 'ibadius solihin. Maksudnya bumi ini. dipusakakan kepada . hamba­hambaNya, kepada rakyatNya yang baik, -yang tak mahu. bergaduh, yang tak mahu berperang; yang tak mahu · ungkit-Jiiengungkit, yang tak mahu jadi batu api. ·

Soal ini terang dan jelas. 'semua · agama mengajarkan begitu dan semalam saya dengar satu p~rbabasan mengatakan semua agama mengajar manusia berbuat baik, semua agama mengajar manusia dilarang berjudi, semua agama di dalam dunia mengajar manusia hidup. "lita'aarafu", berkenal-kenalan, tetapi namun demikiari, Al-islamu ya'lu wala yu'la alaihi. Sebab itu~ · kita mengambil . agama Islam sebagai agama rasmi

dalam negara kita Persekutuan Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menekankan bagaimana penerapan nilai-nilai Islam hendaklah dilakukan supaya negara kita bersih, cekap, amanah, sebaliknya rasuah tidak berlaku dalam negara kita ini, juga ketidakadilan tidak berlaku dalam negara kita ini. Kenapa ini diambil, kerana kita mengingat kepada sejarah di zaman pemerintahan Amirul Mukminin Saiyidina Omar Al-Khattab r.a. sewaktu melantik seorang Gabnor pergi ke Bahrin, apabila Gabnor itu cukup tempoh dia balik, dia memakai pakaian yang hebat dan mewah. Saiyidina Omar bertanya: Sewaktu aku sunih engkau pergi ke sana, engkau tak pakai pakaian ini, apabila engkau balik, metigapakah pakaian engkau cukup mewah? Daripada mana engkau dapat semuanya? Saiyidina Omar kata: Nilaikan pakaian yjtng engkau pakai, harga asal engkau punya, yang lain serahkan kepada Baitulmal atau Perbendaharaan Negara. Itu pendidikan y~ng telah diberikan kepada kfta oleh Saiyidina Omar.

Tuan Yang di~Pertua, . di dalam Titah Dit-Raja· menyebutkan ·supaya · beberapa perkara yang· penting . dilaksan~kan oleh Kerajaan dan kita · percaya dan yakin bahawa Kerajaan yang didukung oleh rakyat, Kerajaan

· yang dipJlih oleh rakyat sekarang ini akan .. ~rkemampuan meneruskan usaha-us.ha yang dituliskan dan yang telah dirancarigkan di dalam · Rancangan Malaysia · Yang l{elima (198~1990), insya-Allah, jika seperti mana Titah Di-Raja-keamanan, perpadu~n. kestabilan politik dalam paragraf yang kelima Titah Di-Raja. Say a· ~dak akan. menyebutkan perkara-perkara yang lain, Tuan Yang di-Pertua, kerana di dalam Titah Di­Raja itu1 telah menyatakan beberapa

Page 53: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

629 31 MAC 1988 630

perkara pokok yang mesti menjadi landasan kepada pemerintahan Kerajaan yang ada sekarang sehingga menjelang pilihanraya yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita terdengar golongan anti-hadis, tidak berapa lama dahulu kita dengar ayat al-Quran hilang, kemudian kita terdengar kesalahan 19 tempat di dalam al-Quran yang dibaca oleh rakyat Malaysia selama ini. Mengapa ini berlaku? Saya hendak bawa kitab­kitab itu cukup banyak, cukup berat, Tuan Yang di-Pertua. Di dalam satu kitab Hadis Saheh Muslim, dua Kitab yang saya baca, tidak sama catatannya, tidak sama kedudukan hadis itu-tidak sama. Mengapakah ini berlaku? Jadi, saya tidak mahu cerita panjang, kalau sudah berlaku kesalahan cetak dalam al-Quran, al­Quran hilang tulisannya, saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya memberikan peruntukan kepada Sahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri sekurang-kurangnya sebanyak $2 juta untuk mempunyai mesin cetaknya sendiri, tak usah cerita panjang. Seri $2 juta kepada Sahagian Hal Ehwal Agama Islam untuk mempunyai mesin cetaknya sendiri, cetak al-Quran, cetak Kitab Hadis, tabur dan tebar ke seluruh negara sama serentak, tidak ada perbalahan, tidak ada cikcuk. lni soal pokok.

Selain daripada itu, saya minta kepada Kerajaan terutama Kementerian Pendidikan supaya memutuskan · dengan segera rayuan­rayuan dan tuntutan-tuntutan beberapa kesatuan dan persatuan alim-ulamak meminta supaya sekolah­sekolah agama rakyat di seluruh negara kita ini disatukan dan juga menyelaraskan semua sekolah-sekolah agama Arab-rakyat di Negeri-negeri supaya disatukan di bawah satu pentadbirail untuk disatukan undang­undang penyelarasannya, bantuan

kewangannya, pentadbirannya, kurikulum pelajarannya dan pengiktirafan kelulusan, syahadah atau sijilnya. Contohnya di Perak sahaja ada 260 sekolah rakyat yang berjalan sendiri tak tentu hujung pangkal. Segitu juga di Selangor sekian, di Johor sekian, di Kelantan, Kedah, dan juga di Terengganu. Mengapakah ini tidak boleh dibuat setelah kita merdeka 30 tahun?

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang kita dengar baru-baru ini ialah apabila pelancaran satu seminar di Pusat Islam dinyatakan beberapa kali oleh Saginda Sultan. Sultan Perak bertitah, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertitah supaya fungsi masjid, saya ulangi lagi supaya fungsi masjid, peranan masjid-tak usahlah kita cerita masalah masjid yang terbakar di Pahang sehingga sekarang tak tabu hujung pangkalnya. Kalau dahulu ada masjid terbakar ada golongan anti Hadis, ini semua gejala­gejala yang mesti kita sama-sama mengambil perhatian berat.

Tuan Yang di-Pertua, fungsi masjrd, dikatakan masjid mesti ada khutub­khanah, masjid jangan dikunjungi lima kali waktu berjemaah sahaja, jadikanlah masjid itu sebagai satu bangunan rumah Allah yang menggerakkan masyarakat tetapi hendak digerakkan macam mana. Al­Quran yang ada di almari-almari di seluruh masjid dalam negara kini sekarang ini didapati 19 berlaku salah di dalamnya. Al-Quran yang telah buruk-buruk yang hendak dibaca tak boleh, dibuang tak usah. Kitab-kitab langsung tak ada, kalau ada kitab pun kitab khutbah lapuk yang dikeluarkan, bukannya lapuk isinya, lapuk khutbahnya. Sebab itu sekarang banyak kedengaran khatib-khatib membaca khutbah macam burung kakak tua mengulangi perkataan­perkataan tuannya, sehingga makmum semua mengantuk. Ini hendak dibaha­rui tetapi bagaimana fungsi ini dapat dilaksanakan di seluruh negara yang

Page 54: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

631 31 MAC 1988 632

ada lebih kurang 10,000 buah masjid di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Jadi, adakah memadai dengan saranan-saranan begitu sahaja sedangkan nanti jawapannya kelas Takmir ada, kitab Mustika Hadis dihantar tetapi sedarkah Kerajaan bahawa kelas-kelas Takmir sekarang ini banyak yang hidup segan, mati tak mahu. Kerana apa? Selepas Maghrib TV3 menyiarkan rancangan "Syyy Kampung Seri Wangi", drama yang mengelikan hati. TV1 lepas Maghrib menyiarkan Sang Setia, yang kata orang macam cerita merapu. Saya pun tak tabu, ini saya dengar orang cakap, sehingga orang kata seolah-olah TV3 lebih kreatif daripada RTM. Ini orang cakap, saya tak tabu, sebab waktu itu saya masih ada di masjid. Jadi, macam mana kita hendak tarik orang begitu!

Kalau ada syarahan yang baik di masjid, pukul 10.00 sudah wrestling pula. Masjid kosong kerana tarikan. Jadi, adakah yang hendak meramaikan masjid ini golongan yang sudah 60 tahun ke atas yang kerana dia lambat balik dari masjid, kerana kalau dia balik cepat takut dilanggar kereta yang jalan laju, motosikal yang jalan laju, jadi terpaksa dia balik lewat, tengah malam sedikit bila suasana sudah agak tenang.

Tuan Yang di-Pertua, fungsi ini fungsi untuk menjadikan masjid ini sebagai satu bangunan yang boleh menggerakkan masyarakat. Beberapa buah masjid dalam negara kita yang ada khutub-khanah yang lengkap. Berapa? Kita punya masjid yang paling besar khutbahnya di dunia atau di Asiakah iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz yang baru dirasmikan di Shah Alam. Punyai masjid yang menaranya paling tinggi, yang boleh muat sekian puluh ribu orang, semoga kita dapat memberikan satu pimpinan kepada masyarakat. Ma~am mana masjid ini benar-benar aka:n jadi seperti masjid di zama,n Rasulullah s.a.w. dan di zaman Khulafaul Rashidin. Ertinya, mesyuarat JKK boleh diadakan di

masjid dengan syarat semua anggota JKKnya Islam. Itu satu syarat. Jadi, mana ada JKK yang tidak Islam, dari keturunan Cina, India dan sebagainya terpaksa mesyuarat di balairaya. Tak payahlah kita hendak hujah panjang­panjang masalah yang seperti itu supaya dapat kita renungkan baik­baik.

Satu perkara lagi, Tuan Yang di­Pertua, saya sudah lama benar mendengar mengenai dengan minyak kelapa sawit ini boleh dijadikan disel, batang pokok kelapa sawit dijadikan papan lapis dan berbagai-bagai lagi tetapi sampai sekarang masih tak nampak apa-apa. Adakah kita hendak tunggu Jepun datang ke sini membuatnya baru kita menjadi tukang beli, jadi seolah-olah budaya membeli ini diteruskan kepada kita terus membeli.

Dalam Belanjawan yang lalu saya bercakap Kerajaan sepatutnya menentukan bahawa tanah kawasan ini ditanam durian sahaja kerana durian mahal. Tanah kawasan ini ditanam petai sahaja kerana petai ini perlu dan sekarang orang Jepun pun makan petai. Tanah kawasan ini ditanam limau sahaja supaya kita juga boleh eksport limau dan manggis sahaja. Jawapannya tak munasabah. Tetapi dua bulan sudah Kerajaan Perak sudah menandatangani 2,000 ekar, kalau tak salah saya dengan kompeni Jepun tanam manggis. Bulan 12 jawab tak munasabah, bulan 3 buat perjanjian. Jadi cakap Senator ini tak ada faedah. Macam mana? Jadi, yang menjawab di sini dengan praktikal di sana tak sama. Kenapa Jepun boleh buat perjanjian dengan Kerajaan Negeri Perak hendak tanam manggis? Kerana manggis satu biji $5 di Jepun. Kita, buah manggis dibuang~buang. Mana yang gugur k.eras dijadikan peluru plastik-manggis kampung. yang sudah kecut. Mengapa ini boleh, ertinya sampai Jepun tanam man~is di Malaysia. Jadi, adakah ini minti sehingga Jepun datang bawa modal

Page 55: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

633 31 MAC 1988 634

yen, yen akan naik hendak buat minyak. disel, nanti minyak disel ini lebih mahal daripada disel yang ada. Adakah ini hendak tunggu.

Saya cadangkan kepada MARA, kita ada KIMA di Kajang, kilang kain putih. Dalam negara kita, baik Cina, baik Melayu, baik India, baik Kadazan, baik Murut, baik lban, semua pakai kain pelekat tetapi dalam negara kita tak ada kilang kain pelekat. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar kena .ambit peranan buat satu kilang kain palekat. Sekarang kain pelekat datang daripada mana? Berapa juta orang gunakan kain pelekat kalau satu orang gunakan dua helai setahun. Berapa juta orang pakai !cain pelekat. Bukan kain pelekat yang mahal, kain pelekat yang buat tidur, kain pelekat yang dipakai buat basahan mandi. Itu kita ketinggalan. Jadi, kita terpaksa beli kain pelekat daripada negara lain. Kemudian orang seludup kain. Kilang batik kita entah ke mana. Kilang sutera kita entah ke mana, kilang batek MARA kita entah ke mana. Jadi, kita jadi budaya membeli terus memberi, terus membeli.

Kalau tidak ada badan yang sanggup menjadikan minyak kelapa sawit sebagai minyak disel, cuba Kerajaan beri kepada Tabung Haji. Tabung Haji tahun ini dapat untung $64 juta. Kemudian belanja untuk membuat kilang minyak disel saya bertanya kepada orang , yang tertentu lebih kurang $2 juta atau $3 juta. Jadi, Tabung Haji pqn ada ladang-ladang kelapa sawit, dia tak usah beli kelapa sawit lain, kelapa sawit ladang-ladang Tabung Haji itu diproses dijadikan minyak disel.

Tuari Yang di-Pertua, masalah siswazah meriganggur. Orang yang bercakap kalau tidak ada anak yang menganggur keluar universiti dia tidak merasa apa-apa, tetapi sebagai seorang bapa yang mempunyai anak

yang sudah keluar universiti, menganggur, tak tabu hendak buat apa-apa saya menghadapi dua tiga masalah. Saya mempunyai anak dan banyak anak-anak saudara yang sudah keluar universiti, engineer; injiner kata orang kampung-injiner, lulus engineer tak tabu hendak buat apa­apa, basikal dia bocor masih hantar ke woksyop yang di bawah pokok ceri. Kasihan-Sains, Sastera. Ya, mengapa ini berlaku? 19,000kah, 20,000kah, 30,000kah bagaimana perasaan ibubapa yang menyekolahkan anak yang dapat bantuan yang tak cukup, dermasiswa yang tak cukup, dia terpaksa jual kambing, jual ayam, hutang, anaknya keluar universiti 3 tahun menganggur, bagaimana perasaan ibubapa?

Satu yang saya nampak seolah-olah pelajar-pelajar, siswa-siswa kita yang keluar universiti baru-baru ini tongong-tongong, minta maaf saya bercakap, Tuan Yang di-Pertua, tak tabu hendak buat apa-apa, macam budak, Darjah 6, pada hal Sarjana Muda, tetapi kok pelengang, pelengong, ke dapur salah, ke belakang salah, hendak keluar campur orang dia malu siswa menganggur, duduk di rumah bapanya, emaknya ngomel. Ini nanti akan jadi anak-anak yang tongong-tongong. (Ketawa) Saudara-saudara boleh ketawa dalam Dewan ini hari ini, tengok 5 tahun akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya merenung Almarhum Bong Karno tumbang kerana himpunan mahasiswa insaf mengadakan tunjuk perasaan. Adakah Kerajaan tidak menyedari hakikat ini kalau 20,000, 3()),000 anak-anak yang saya katakan tongong ini tetapi dia memikir tahun­tahun yang akan datang mereka mengadakan gerakan mahasiswa insaf bergabung, mereka mengadakan gerakan, mungkin pada masa itu keadaan politik negara kita berada di satu arab yang lain.

..

Page 56: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

635 31 MAC 1988 636

Keputusan Pilihanraya Tanjung Puteri 31 undi patut kita renung, hanya 16 sahaja. Kalau 16 lagi lari, kalah satu undi. Tanjung Puteri di mana lstana Besar Johor berada di situ, tempat lahimya UMNO tahun 1946 tetapi mengapa sikap? Kepada Suruhanjaya Pilihanraya, kerana saya sudah terlanjur sebut Tanjung Puteri, saya dukacita inilah kelemahan­kelemahan yang saya selalu sebut mengenai Suruhanjaya Pilihanraya. Nama-nama pemilih, nama-nama pengundi itu kena betulkan. Tengok Tanjung Puteri, nama Datuk Yunus Sulaiman tak ada dalam daftar pengundi, macam m~na? Saya katakan, adakan tahun mendaftar, pindall daripada satu kawasan Parlimen ke satu kawasan, jalan kerja, sekarang banyak tenaga menganggur, beri mereka sebagai pekerja-pekerja sementara untuk mendaftar, betul­betul semak, betul-betul semak. Kalau yang buat kerja ini budak-budak yang lulus komputer daripada ITM pun tak betul juga, memang anak tongong. Itu sahaja saya punya hujah.

Yang keduanya, mengenai Suruhanjaya Pilihanraya adakan peraturan supaya jumlah poster bagi setiap calon ditentukan. Jangan suka­suka buat, hendak buat 50,000, 60,000 sampai pokok kelapa pun tumbang digayut oleh tali poster-membazir. Kita sudah 8 kali pilihanraya fahamlah, kalau calonnya Haji Shaharom, lambangnya Dacing; kalau calonnya si polan, lambangnya ini, habis cerita. Tak payah banyak­banyak sampai tumbang pokok kelapa ditarik oleh tali poster, kenapa kita biarkan begitu masyarakat kita menjadi masyarakat yang ho-ha, ho­ha, tidak mempunyai prinsip , dalam pilihanraya. Cukup kalau penguQdi 30,000, posternya 30,000, mengikut jumlah satu pengundi satu poster­cukup d_a_n memadailah itu, kalau 30,000 itupun sudah banyak. Kalau satu ~mah pengundi itu satu poster di pintu pun cukuplah, jangan kita jadi

kelam-kabut kerana itu. Ini saya minta kepada Suruhanjaya Pilihanraya supaya kalau boleh mengadakan peraturan yang semacam itu. Saya dukacita sangatlah sehingga eaton yang bertanding pun namanya tak ada di dalam buku daftar pengundi ini, apa hendak jadi, wallahu alam bissawap.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya dengar penyelewengan di dalam Pejabat Pos yang dilakukan oleh kerani-kerani, pekerja-pekerja di pejabat pos terhadap duit rakyat jembel, rakyat marhein, penoreh getah, penanam padi, penjual tempe yang hendak menyimpan dalam ASN duitnya dikebas. Kenapa ini berlaku? Ya Allah, ya Rabbi. Sudah tak ada tempat lainkah hendak kebas? Saya dukacita sangat mengapa ini berlaku. Tindakan cepat dan hukuman berat mesti dijalankan. ASN termasuk di dalam Dasar Ekonomi Baru, rancangan Kerajaan mahu menyelamatkan bumiputera belajar melabur, tiba-tiba duit itu dikebas. Kalau jawapannya tak cukup bukti, tak ada laporan, itu melampau namanya. Kenyataannya sudah ada dan mengapa ini tidak boleh diambil tindakan. Tindakim itu cepat paparkan kepada masyarakat.

Semalam saya baca satu laporan mengenai Polis Di-Raja Malaysia­tatatertibnya, kalau saya baca pun saya malu. Pihak Polis Di-Raja membentangkan berapa banyak pegawai-pegawainya yang kena tindakan tatatertib, yang dibuang kerja kerana rasuah-malu. Nasib baik penyata ini menjadi Kertas Perin tab di Parlimen, tak keluar. Kalau keluar, suratkhabar tulis, Allahu Rabbi, besok pagi orang habis baca.

Sebut Polis ini sekarang timbul satu Police Tourist, ada pula Police Tourist, banyak sangat Polis ini. Satu sahajalah Polis, berilah seksyen dia jaga jalan, dia jaga trafik, dia naik kuda, jangan ada Police Tourist

Page 57: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

637 31 MAC 1988 638

pula-Polis menjaga Pelancong. Apabila ditanya kepada mata-mata biasa, "mana Jalan Tun Razak?", itu bukan tanggungjawab saya. "Awak tanya Police Tourist". Malu kita, mengapa banyak sangat ragam. Apakah kerana hendak memberi peluang pekerjaan? Saya dengar baru­baru ini hendak ambillagi beribu-ribu, maka diadakan seksyen-seksyen yang semacam itu. Setul juga, bagus juga, tetapi jangan dipisah-pisah begitu. Satu Polis Di-Raja Malaysia Sahagian Jenayah, Polis Di-Raja Malaysia Sahagian Jaga Pelancong, dia boleh pakai baju batek, lawa-lawa, ada lencana, "Selamat Pagi Encik", nampak ini lawa sedikit, (Ketawa) macam di Hawaii itulah. Jadi barangkali kita hendak tiru macam itu agaknya jadi Police Tourist di Hawaii sana, ikutlah cerita dalam TV.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya den gar, saya baca bahawa kita akan mendapat pinjaman sebanyak $1,024 billion kerana hendak membina bilik-bilik darjah dalam negara. Jadi saya minta duit pinjaman $1 billion ini akan menjadi bebanan kepada negara, kepada rakyat, jangan serahkan sewenang-wenang, suka-suka, sampai cukup tahun kelas bilik darjah tak siap atau sampai cukup tahun bilik darjah tak boleh digunakan, sampai habis perjanjian di dalam borang tender tak siap, ini tak ada. Ini duit pinjam. Kalau di dalam perjanjian kontrak mengatakan 52 minggu siap, 52 minggu kurang satu hari Menteri boleh rasmikan, Wakil Rakyat rasmikan darjah ini.

Saya tak mahu berlaku macam mana Sekolah Politeknik di Sri Gading, di Parit Raja, kampung tempat say a bermain lumpur, baru tempat anak-anak kita belajar kejuruteraan, sekolah itu terbenam membeles mengapa? Arkitek dari mana yang digunakan? Adakah dia arkitek tongong y'ang buat itu? Kenapa ini berlaku, berjuta-juta ringgit. 800 budak kena pindah,

hendak carl tempat, hendak hantar ke maktab yang lain pula. Ini satu masalah yang timbul. Sarangkali itu jawapannya nanti adalah perkara biasa, binaan-binaan yang dibuat oleh manusia akan menghadapi malapetaka terbenam, senget, retak dan sebagainya, tetapi kalau sewaktu pembinaan itu dijaga dengan baik, diteliti, tentu tidak sampai masa-masa yang singkat begitu bangunan itu boleh terbenam, boleh retak, boleh merkah dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi kampung, 5-6 tahun dahulu kempen getah kelompok cukup hebat, tidak payah lagi pakai loyang dari tin minyak gas belah dua, tidak payah lagi begitu, begini, pakai cetak palung yang panjang, kalau mesin pun tidak payah lagi mesin pakai tangan, boleh guna elektrik dan berbagai-bagai dikatakan pusat-pusat getah kelompok. Tetapi saya pergi ke kampung-kampung hari ini, kebanyakan daripada pusat-pusat getah kelompok ini tutup. Calungnya entah ke mana, tongnya entah ke mana, mesinnya pun sudah karat: Mengapa ini berlaku? saya tanya kepada orang kampung, kenapa kakak, abang, encik, tidak kumpul getah ~elompok. Mereka kata mengapa kita mesti hendak kumpul getah buat mesin kelompok macam itu, kerana kami jual getah buku lagi mahal. Getah kelompok, jual minggu ini, minggu depan belum tentu dapat duit. Kita tim bang di sini 10 kilo sampai di sana hilang tinggal 8 kilo. Ini berlaku. Getah yang ditimbang di kampung naik ke Iori 15 tan apabila datang ke sini hilang 1 tan. Orang merajuk. Jadi adakah di situ pula ada pelarian yang datang yang mencuri getah di tengah-tengah jalan, kalau tidak orang yang membawa getah itu, maknanya pekerja RISDA sendiri yang tidak jujur. Ini yang menyebabkan orang-orang kampung tidak puas hati.

Misalannya, sekarang ini berlaku di kedai-kedai biasa membeli getah buku

Page 58: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

..

639 31 MAC 1988 640

setiap satu kilo dengan harga $1.60, ini resit, saya baru jual getah sekerap­adalah kebun 2 ekar-saya hendak mengesahkan berapa harga getah sekerap, getah beku di kedai biasa $1.60 sekilo. Saya dukacita di setengah-setengah- rancangan FELDA memberi harga yang murah kepada peneroka-peneroka FELDA yang bertanam getah iaitu 86 sen satu kilo. Mengapa keadaan ini berlaku. Ini saya minta to long betulkan, bukan saya kata FELDA tidak jujur atau saya hendak kata FELDA hendak jadi kapitalis ambil untung 100%, tidak. Kasihan kepada orang-orang yang hendak jual getah, keluar jual getah beku kena tangkap tetapi jual kepada FELDA harganya separuh dari harga di · luar. Resit ini bertarikh 26hb Mac, satu kilo harganya $1.60.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Di~Raja menyebutkan mengenai dengan kemudahan infrastruktur, ke­mudahan-kemudahan asas di kam­pung-kampung. Saya masih dukacita terutama sekali di kampung-kampung yang sehingga sekarang ini belum dapat jalan berturap, belum diturap dengan tanah merah, belum diturap depgan tar masih banyak. Kalau kita lihat kajian tinggal beberapa peratus sahaja kampung-kampung yang belum mendapat bekalan-bekalan asas air, api dan jalan, tetapi kalau kita pergi ke daerah-daerah, tak usah pendalaman, Parit Sulung itu di Batu Pahat bukan pendalaman. Separa, Parit Rasul, Parit Osman, Parit Haji Saleh, Parit Maimon, itu bukan pendalaman, tetapi jalan besar di antara Batu Pahat ke Parit Sulung dan ke Muar, Air Hitam kalau hujan, penduduk di situ masih pikul basikal, sengseng seluar, pikul kasut. Sebut kampung lagi, pergi ke Pontian lagi banyak. Kawasan Parlimen Sri Gading lagi banyak kawasan-kawasan ini semua bukan tidak ada Wakil Rakyat, ada, tetapi Wakil Rakyat di situ jadi Menteri, jadi Timbalan Menteri, dia tidak dapat hendak sebut. Sebab dia bagi pihak

menjawab, jadi saya yang tukang sebut bagi pihak keluarga saya di situ. Yang saya hairankan di Selangor ini boleh dibuat semua, sehingga jalan untuk pergi potong rumput makan lembu pun ditar. Kalau tidak percaya, pergi Ulu Langat, tidak ada rizab, tidak ada apa, celah-celah pokok kopi ditar, marble, bukan gravel, bukan, tar.

Kalau Tuan Yang di-Pertua hendak pergi, saya boleh bawa. Saya tidak cakap seloroh, mengapa negeri Selangor boleh buat? adakah peruntukan tidak cukup? Jadi, kalau begitu berilah kepada kawasan­kawasan Parlimen yang masih mengalami keadaan semacam itu. Saya tanya kawtm saya dari Sarawak, kalau pergi ke kawasan-kawasan di Barwit, di Mato, di Daro, di Igan, di Paloh, lagi teruk. Orang sana kata jeraya itu bukan jalan raya, jeraya itu jambatan daripada papan dan nibung yang dibuat bersambung macam kita pergi ke Pulau Ketam.

Terse but Pulau Ketam, baru-baru ini saya dengar daripada Timbalan Menteri Pertanian menyebutkan bahawa ada projek udang harimau besar-besaran di Pulau Ketam yang akan boleh mengeluarkan pengeluaran sehingga beratus juta. Saya hendak tanya kenapa Pulau Ketam semua, hantarlah ke Pulau Lumut sedikit. ltu sahaja permintaan saya kerana Pulau Ketam semuanya keturunan Tionghua, jadi Pulau Lumut keturunan saya, hantar ke Pulau Lumut sedikit. Kalau tanah pantai di Pulau Lumut itu tidak sesuai, di Pulau Carey ada 2 ribu ekar yang Kerajaan Selangor sudah rizab untuk dikeluarkan tanah itu boleh dikorek dijadikan kolam untuk menternak udang harimau, bagi daerah Kelang dan Kuala Langat yang terdiri dari orang-orang Melayu, orang bumiputera. Sama-samalah makan, jangan orang Pulau Ketam sahaja boleh dapat udang harimau, orang lain tidak boleh dapat. Ini bukan sentimen, ini menuntut keadilan.

Page 59: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

641 31 MAC 1988 642

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dengar daripada seorang Timbalan Menteri menyebutkan bahawa pencarum-pencarum di dalam KWSP akan difikirkan supaya boleh pergi haji mengeluarkan duit KWSP. Saya mencadangkan apa salahnya kepada pencarum yang sudah tidak bekerja supaya mengeluarkan wang mereka dalam KWSP untuk melaburkan dalam Amanah Saham. Dalam KWSP dapat 8.5%, dalam amanah Saham dapat 13%, bagi "chance" orang ini dapat untung lebih sedikit, bagi pelabur­pelabur di KWSP yang sudah tidak bekerja. Bukan semua.

Tuan Yang di-Pertua, dahulu 7, 8 tahun semua Menteri Pembaitgunan Luar Bandar tengah hebat-hebat menggalakkan di luar bandar lembu pawah, lembu pawah, lembu pawah. Lembu pawah ini diberikan kepada orang kampung seekor, seekor, seek or, untuk menolong negara kita supaya jangan membeli daging yang banyak dari luar negeri. Tahun 1988 kita masih beli daging 400 juta, jadi, ke mana lembu pawah yang diberikan dahulu itu. Adakah lembunya habis mati semua atau lembu mandul tidak beranak. Janjinya dapat lembu seekor, beranak sulung bagi balik kepada J abatan Haiwan dan bagi kepada B bila tahun kedua, tahun ketiga beranak lagi bagi kepada C. Jadi, ·lembu itu membiak, sebab lembu ini tidak mudah, kalau 2, 3 tahun hendak disembelih, dagingnya hanyir. Bukan lembu yang menggunakan feedlot, lembu temak 4 bulan, 5 bulan boleh sembelih. Lembu pawah lembu yang pejal dagingnya. Jadi mengapa lembu ·ini pupus; adakah berlaku penyelewengan? J adi, bila saya hendak sebutkan ini, saya mirita kepada BPR tolong . siasat, adakah benar-benar lembu itu dibahagi kepada A, B, C dan D di kampung ini. Saya takut tulisan sahaja diberi kepada kampuilg A,· tetapi lembu itu dikandang · dan dikurung di satu tempat khusus

dijadikan satu sindiket. Tidak usah cerita panjang, malu kita nanti.

Tuan Yang di-Pertua, ~aya pemah menyebut dalam Dewan ini supaya persatuan Pertubuhan Budak-budak Pengakap diberi tambahan bantuan, $1.00 satu kepala tidak cukup, mereka hendak membuat aktiviti. Apa salahnya ditambah 20¢, 30¢, kalau $2.00 lagi baik untuk Persatuan Budak­budak Pengakap ini menjalankan gerakan aktiviti mencegah dadah, begitu, begini dan berbagai-bagai.

Baru-baru ini, barangkali Ahli-ahli Yang berhormat, Tuan Yang di-Pertua sendiri masih ingat cerita bagaimana satu ekspidisi, saya hendak menyebut perkataan ekspidisi ini pun susah betul, rombongan mendaki Gunung Tahan, tersangkut di situ, terseliuh kaki, 6 hari 6 malam berdua pula, kebetulan dari Kuala Langat, dari tempat saya pula itu. Seorang attenden wanita dengan seorang doktor. Tidak kisahlah itu, 6 hari 6 malam kaki seliuh, apa boleh buat. Tidak boleh buat apa pun. Tidak buat apa-apa, saya percaya. Yang jadi masalah sekarang ini rombongan­rombongan yang bercampur-gaul, walkathon-walkathon . yang bercampur-gaul. lni berkayak pula, dalam zaman yang meleset ini pun kita suruh orang kita berkayak dari Kuala Pedis sampai ke Kelang, sampai ke Pantai Timur·. Berkayak dari Masjid Jamik Kuala Lumpur sampai ke Kelang "La-illah-ha-illa]lah". Yang buat kayak ini dari kompeni mana, sampan plastik, kata orang saya sana tongkah, tongkah itu gunanya tempat .· mencari kerang ..

Hari ini tongkah. ditukar naina kayak; sampan plastik, gayung kanan, kiri untuk buat, eloklah, memperkenalkan pelancongan kepada negara luar, !Jrilng luar itu hairan dengan kayak kita semacam itu. Maksud saya · supaya rombongan­rombongan yang bercampur gaul · macam ini Kerajaan kena •. ambil perhatian, imejnya tidak baik.

Page 60: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

- ---- ------------------

643 31 MAC 1988 644

Kepada mereka yang suka hendak mencari peluang-peluang yang macam itu, memang syoklab dia, tetapi bagi orang yang bersopan-santun, rasanya kurang baik. Hendak pergi Haji sabaja pun mesti ada seorang muhrim yang mengiringi, inikan pula duduk di tengab hutan sampai 6 hari 6 malam, berkayak pula, sejuk-sejuk pula­Allahu rabbi ya karim. Siti Aishah radiallabu'anha terfitnah di dalam perang Jammal kerana tertinggal, bukannya kerana pergi berkayak! (Ketawa) Kerana Siti Aishah buang air kecil, tertinggal iombongan, kabilah unta jalan dabulu. Siti Aishah terjatuh kalungnya, maka datang seorang lelaki menengok siapa: Apabila dibuka tudungnya, nampak Siti Aishah, naikkan ke unta, kemudian diiringi berjalan sehingga Rasululah berhari­hari tidak keluar dari rumab, dukacita kerana fitnah terhadap Siti Aishah, sehingga turun Wabyu .....

Tuan Yang di-Pertua: Maaf, Yang Berhormat, bukan saya hendak mengganggu tetapi Yang Berhormat sudah bercakap hampir satu jam. Jadi, hari ini kita kena men~gulung, saya minta kalau boleh tolong pendekkan sedikit ucapan.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Boleh, Tuan Yang di-Pertua. Kalau Tuan Yang di-Pertua perintab saya duduk, saya duduk. Saya ini senang, suruh cakap-saya cakap; suruh bercakap 3 hari pun boleh, suruh duduk pun saya boleh. (Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua: ltulah yang saya takut.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Terima Kasih. Sekarang ini masalabnya apa yang saya hendak sebutkan tadi ialab rombongan daripada Hospital Daerab Banting. Tidak ada daerah Banting dalam Selangor-daerab Kuala Langat. Tukar nama Hospital Daerab itu kepada Hospital Kuala Langat, bukan Hospital Daerah Banting, tidak betul

istilahnya, bahasa bakunya tidak betul. Tolong ambil perhatian, besok pagi saya mahu tabu babawa Hospital itu ditukar kepada nama Hospital Daerah Kuala Langat, bukan Hospital Daerah Banting. Batu Pahat-daerah, bandarnya Penggarain. Kenapa tidak kata Hospital Daerah Penggaram tetapi Hospital Daerab Batu Pabat, Daerab Kuala Langat pekannya Banting, , Hospital Daerah Kuala Langat. Janganlab kerana perkara itu kecil, sampai hendak bawa dalam Dewan Negara, bodoh sangat saya ini!

Tuan Yangdi-Pertua, kita baru-baru ini mendengar satu pesanan daripada yang Berhormat Timbalan Menteri­kalau saya hendak sebutkan pun bolehlah-Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan; menyebutkan supaya Ketua-ketua Jabatan hendaklab mengadakan sikap toleransi bersama-sama dengan orang bawahannya. Yang sebenarnya ban yak lagi perkara, Tuan Yang di-Pertua­Tuan Yang di-Pertua ini ganggu saya tadi! (Ketawa) "Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan diminta teruskan komunikasi du.a-hala dengan orang bawaban," Timbalan Menteri Kewangan, Senator Mohamed Farid Ariffin bercakap di Shah Alam­sokong,, tetapi bagaimana kalau ada Ketua Pejabat yang tidak mabu adakan komunikasi dengan anak buabnya, dengan kesatuan yang ada di dalam Jabatannya, keputusan kesatuan dipandang ringan, orang yang bercakap bagi pihak kesatuan berapa ratus orang, ditendang macam bola pingpong.

Ini berlaku di Jabatan Kimia kita, to long ambil perhatian. Ketua Pengarab di Jabatan -Kimia itu tidak ada komunikasi dua-hala dengan anak buahnya yang di bawah, dengan orang­orang NUGAU-ada satu kesatuan namanya NUGAU, tanya orang-orang kesatuan Jabatan Kerajaan dia tabu, tidak usab cerita panjang, ambil tindakan cepat, kita mabu sekarang produktiviti kita cepat.

Page 61: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

645 31 MAC 1988 646

Dahulu kita telah luluskan di dalam Dewan ini mengenai dengan Akta Pencen. Kemudian apabila menjelang 24 April 1987, Akta itu ditarik balik. Jadi saya dapat tabu apabila Akta ini ditarik balik, maknanya perkara itu berjalan terus, kakitangan di Jabatan Pencen tidak cukup, perlu ditambah kepada 30 orang lagi supaya proses pencen ini dapat cepat, orang tidak marah Kerajaan. Beri kerja sementara, senang, siswazah menganggur banyak, STP menganggur banyak, SPM menganggur banyak.

Bercakap mengenai dengan kerja sementara, saya tabu memang Kerajaan mempunyai skim kerja tetap berpencen, tetap tidak berpencen, sementara month-to-month, kontrak dan sebagainya. Tetapi adakah Kerajaan sedar sekarang ini kalau kita buang pekerja sementara itu pun besok kita ambil pekerja sementara juga? Ketua Polis Negara pun kontrak, doktor kontrak, cikgu daripada luar negeri kontrak, dahulu yang disebut cuma "Jawa kontrak", (Ketawa) sekarang engineer kontrak. Nyawa kita pun yang sebenarnya kontrak, nyawa kita habis kontrak, habislah dia. Tak usah cerita banyak, tetapi saya kasihan kerana orang-orang ini bekerja dalam satu Jabatan Kerajaan yang mendatangkan duit yang banyak. Di Jabatan JPJ, kerani-kerani sementara yang duduk di kaunter yang selama ini kita dengar kalau pergi ke JPJ-queue, "0"-"P" tidak ada, "R" tidak ada, "S" pun tidak ada, terus "Q" sahaja. Duit datang, hendak bayar road tax, hendak bayar lesen. Mereka yang bekerja di JPJ yang diberi pekerjaan sementara sudah dapat surat notis, notis terakhir untuk berhenti, tetapi saya percaya pemberhentian itu akan diisi dengan orang-orang sementara juga. Jadi biarkanlah mereka yang ada 200-300 orang yang bekerja di JPJ Bahagian Kaunter-ada nama­namanya di sini, Tuan Yang di­Pertua--orang-orang ini mengadu kepada Senator, sebab di Pejabat JPJ

itu tidak ada wakil rakyat, ada di situ wakil rakyatnya DAP, tidak mahu, jumpa kepada Senator supaya bawa perkara ini. Tolonglah nasib mereka ini supaya jangan dibuang, beri mereka kerja tetap tidak ada pencen. Saya dahulu kerja sementara 18 tahun, hidup pun sampai sekarang, tidak ada apa-apa, jangan dibuang. Mereka berkhidmat, kalau yakin mereka ada kesalahan, tidak mampu, ayuh! jalan, kita pun tidak mahu orang-orang yang bekerja main-main macam itu.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya minta kepada pihak-pihak yang berkenaan, pihak Kerajaan terutama sekali, dalam melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan tulisan J awi jangan main-main. Kalau hendak melancarkan "Cintailah Bahasa Kita", Bahasa Malaysia 1m betul-betul jalankan, jangan main-main, jangan jadi isu politik sahaja, tidak elok. Dan kalau Kerajaan hendak betul-betul menghidupkan balik tulisan Jawi ini, kena betul-betul b_uat, jangan sebagai isu-isu hendak menyenangkan hati penjuang-penjuang tulisan Jawi dan penjuang-penjuang bahasa, tidak elok. Betul-betul jalankan, betul-betul laksanakan, jangan hangat-hangat tahi a yam.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak sah kalau sekiranya tidak menyebut ini. Dahulu orang kita "Billiard", yang ada "Billiard" dahulu cuma di kelab-kelab Kerajaan, kelab-kelab pegawai Kerajaan selalu ada "Billiard". Sekarang saya sedar namanya "Snooker", sudah masuk ke kampung­kampung terpencil. Kampung Pacitan dekat Bukit Pelandukr---­laailahaillallah, sudah ada budak main "Snooker", dia bertaruh 20 sen, 30 sen; dia bertaruh kacang goreng, selepas itu dia bertaruh ganja sekali sebut siapa menang. Daerah Port Dickson, Batu Pahat, Pontian banyak lfieja "Snooker" sudah masuk ke kampung­kampung, tolong tengok. Selangor banyak, sampai Orang-orang Asli sudah pandai main "Snooker",

Page 62: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

---------------------

647 31 MAC 1988 648

(Ketawa) dahulu dia pandai main sum pit, sekarang dia main "Snooker". Ini pengakuan daripada Yang Berhormat Hassan Nam, bukan cakap saya, betulkan? Jadi, mengapa ini dibiarkan kalau kita hendak menjadikan bangsa kita Malaysia ini bangsa yang berakhlak mengikut Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Di-Raja.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Di-Raja ini menyebutkan, Baginda mula-mula sebut: "Yang di­Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli-ahli Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat", maknanya kalau mengikut dalam protokol Ahli-ahli Dewan Negara ini lebih tinggi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat. Tetapi apabila sampai ke daerah-daerah, merasmikan sekolah, merasmikan balai raya, merasmikan pondok telefon, Senator Haji Shaharom disebut selepas Penghulu Mukini! (Ketawa) Saya tidak apa, kalau Haji Shaharom tidak disebut lagi bagus, sebab saya tabu apabila nama saya disebut, selepas itu nanti adalah list derma minta derma. Kalau tidak disebut, orang tidak tabu Haji Shaharom ada di situ, tetapi jangan kita sampai dikata jurucara bodoh, jangan dikata Pengerusi Majlis bodoh, anak-anak sekolah pun sudah tabu kedudukan Dewan ini tetapi kenapa dalam acara perasmian sekolah tadi, Ahli Dewan Negara di~ebut selepas Penghulu Mukim, selepas Tok Kadi, tidak ada sivik, kata budak-budak. Bukan Senator yang kena, ini kena betulkan. Tanya siapa punya peranan, barangkali RTM punya perananlah. RTM punya peranan dalam rancangan dia kena selit seperti soalan semalam, apakah rancangan Kementerian Penerangan melancarkan sivik­mengenai Perlembagaan. Adakah duit sivik ini sudah diperuntukkan tambahannya atau belum? Saya dapat tabu sekarang ini duit peruntukan sivik dikontrol oleh Kementerian bukan dikontrol oleh Jabatan, ini tolong

betulkan, sebab yang buat kerja Jabatan Penerangan bukan Ke­menterian, Kementerian memegang polisi. Ini sivik. Jadi ini kena betulkan.

Yang akhir, Tuan Yang di-Pertua, kalau cerita Batu Pahat ini memang sedap, dahulu orang kata Batu Pahat ini Paris di Timur, sekarang orang sebut Batu Pahat, "Haadyai in Malaysia" -wadoh! kerana banyaknya di situ pelacur-pelacur, dari Thailand dan berbagai-bagai, di Batu Pahat, di Kluang, di Segamat, di Muar. Saya ~alik kampung orang tanya, apa sudah jadi ini, kenapa tidak tangkap? Hei! tidak boleh tangkap ini bukan kerja kita, ini kerja Dato' Megat Junid. (Ketawa) Saya minta Kementerian Dalam Negeri supaya menjaga kepada hal ini, sindiket-sindiket yang melindungi mereka, yang menjadi bapa ayam, emak ayam ini betul-betul adakan satu undang-undang yang lebih ketat. Jadi seolah-olah kita membuka peluang, kita pasang lukah kepada anak-anak muda kita ini masuk ke perangkap pelacur-pelacur.

Cuba tolong tengok satu hal yang kita kena perhatikan, barangkali apabila orang ini tidak dapat hendak menikah di Malaysia, dia nikah dekat Thailand. Dalam Hukum Fekah, mengatakan nikah di luar negeri ini nikah "Wali Hakim". Nikah maknanya Wali itu adalah mendapat tauliah daripada Hakim a tau Raja, Raja yang beragama"Islam. Jadi kalau nikah di Siam, yang Rajanya bukan Islam, siapa yang memberi tauliah sebagai Wali Hakim kepada imam yang menikahkan itu? Ini orang tanya, dia kata cuba tolong tanya, tanya dekat kampung tidak ada jawapan, tanya dekat Mufti tidak dapat jawapan, tanya dalam Parlimen apa macam ustaz? Jadi dibawa ke Parlimen, bagaimana itu? Sebab Raja Siam tidak beragama Islam, bagaimana dia memberi tauliah Wali Hakim kepada imam, juru nikah yang menikahkan orang Malaysia yang

Page 63: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

649 31 MAC 1988 650

bernikah di Siam, berat itu. Perkara ini sudah berlaku berjela-jela sudah bercucu.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, balik kampung lagi tengok beberapa buah Kompleks Penghulu tidak dihuni, tidak diduduki. Penghulu-penghulu Mukim tidak duduk dekat Kompleks Penghulu, dia datang melihat dia punya pokok bunga puding, sudah itu balik. Kasihan, sayang, duit Kerajaan dibuang begitu sahaja. Mengapa ini berlaku?

Selain daripada itu, rancangan Kementerian Pendidikan mahu melaksanakan Skim Perguruan hanya dua skim iaitu siswazah dan tidak siswazah. Kenapa lambat sangat dilaksanakan? Cepat-cepatlah. Saya tabu Yang Berhormat Menteri Pendidikan Saudara Anwar Ibrahim seorang yang dinamik, yang dinamis, cukup pantas, kenapa tentang ini lambat? Tolong cepatkan. Jadi kita boleh selesaikan banyak masalah, kalau selesai masalah guru siswazah dan bukan siswazah, lain masalah boleh selesai. Ini belum lagi pergi kursus Bahasa Baku, macam-macam cerita.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya-ini baru akhir betul. (Ketawa)

Timbalan Yang di-Pertua: Dua kali sudah akhir, bel urn akhir lagi.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Saya hendak cari yang akhir ini tidak jumpa. Sekarang sudah jumpa. (Ketaw~)

Akhirnya, saya sebagai seorang Ahli Parlimen dalam negara kita ini amat dukacita terhadap sikap Amerika kerana membantah atau menentang Bank Dunia memberi pinjaman kepada kita sebanyak US$66 juta untuk membantu 45,000 keluarga pekebun-pekebun kecil dalam

FELCRA. Kita merasa dukacita sangat kepada wakil Amerika dan Kerajaan Amerika, Robert Carting atau siapa namanya wakil itu, kerana menentang kelulusan Bank Dunia memberi pinjaman kepada kita. Jadi kalau hendak membantu rakyat kita yang seramai 45,000 keluarga, kerana hendak memulihkan kehidupan, dia menentang bagaimana sikap mereka dengan keadaan di Palestine, di Afghanistan, di Iran, Iraq, ini panjang cerita, kalau ada masa satu jam lagi saya boleh bercakap.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang hendak saya sampaikan sebagai menyambung ucapan saya semalam dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Yang di­Pertua yang telah memberi peluang kepada saya bercakap di dalam sama­sama menyokong dan membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7hb Mac, 1988 di dalam membuka Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ketujuh baru-baru ini.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul Ucapan Terima l{asih ini dan saya minta maaf banyak­banyak kepada semua, saya tidak niat menyinggung, saya hanya menunaikan tanggungjawab saya di dalam Dewan yang tertinggi ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri­menteri untuk memberi jawapan. Untuk memulakan, saya memper­silakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab. Dipersilakan.

4.35 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

Page 64: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

651 31 MAC 1988 652

mengambil bahagian dalam perbahasan atas Titah Di-Raja yang telah diadakan selama 3 hari.

Semasa perbahasan tersebut Ahli­ahli Yang Berhormat telah memberi cadangan, teguran dan syor-syor yan~ membina terhadap perkara-perkara d1 bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Dalam tempoh perbahasan tersebut kebanyakan Ahli­ahli Yang Berhormat telah menyentuh mengenai isu-isu perpaduan, Dasar Ekonomi Baru, pembangunan negara, dasar 70 juta penduduk, hal-hal perkhidmatan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu perpaduan yang dibangkitkan oleh kebanyakan Ahli-ahli . Yang Berhormat, ingin saya jelas dan rumuskan bahawa Kerajaan dari masa ke semasa menyedari akan masalah ini dan akan terus memberi perhatian yang serius kepada penyelesaian untuk mencapai matlamat perpaduan yang sebenar.

Yang Berhormat Senator Tuan Lau Keng Siong telah mencadangkan Jabatan Perpaduan Negara harus mengadakan lebih banyak . Majlis­majlis Penerangan untuk menJelaskan kepada rakyat tentang perpaduan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih · atas cadangan Ahli Yang Berhormat supaya Jabatan Perpaduan Negara mengadakan lebih banyak lagi Majlis Penerangan dan taklimat untuk menjelaskan kepada rakyat tentang perpaduan. Sebenarnya, perkara ini memang telah dan akan terus dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah oleh Jabatan tersebut.

Pada masa kini Jabatan Perpaduan Negara telah . merancanakan suatu Program Penerangan dan telah menganjurkan Majlis-majlis Pene­rangan dan taklimat kepada Ahli Jawatankuasa Rukun-Tetangga dan Ketua Jiran di seluruh negara. Tumpuan Majlis Taklimat ini adalah

kepada isu-isu semasa yang ada kaitan dengan perpaduan, khususnya mengenai hubungan kaum dan hubungan rakyat dengan Kerajaan serta aspek-aspek penting mengenai perkembangan-perkembangan baru, peranan dan fungsi Jabatan Perpadua~ Negara. Di sampi~g i~u pegawa•: pegawai perpaduan d1 penngkat negen dan daerah sentiasa mengadakan Majlis Penerangan serta dailog atau kursus supaya rakyat dapat lebih menghayati dan memahami k~nsep perpaduan serta dasar-dasar KeraJaan.

Senator Puan Law Jack Yoon telah menyentuh beberapa perkara yang ada hubungan dengan perpaduan. Mengenai gerakan "Cintai Bahasa Malaysia", Kerajaan memang telah berbuat demikian melalui Kementerian Penerangan dan Kementerian Pendidikan. Ahli Yang Berhormat juga telah mencadangkan supaya diadakan "Minggu Muhibbah" dan "Kelas Perpaduan Rakyat".

Saya ingin memaklumkan bahawa di bawah aktiviti-aktiviti "Kejiranan" unsur-unsur perpaduan dan muhibbah sentiasa diamalkan dan ditegaskan. Tentang cadangan supaya belia digalakkan menyertai kelab-kelab yang bukan bercorak perkauman, memang di negara kita sudah ada kelab-kelab belia yang tidak bercorak perkauman. Kerajaan bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap pada masa akan data.ng l~bih banyak lagi kelab-kelab beha hdak akan bercorak perkauman.

Mengenai penglibatan kaum wanita dalam kegiatan-kegiatan perpaduan~ saya sukacita memaklumkan bahawa d1 bawah aktiviti-aktiviti Jabatan Perpaduan Negara, kaum wanita telah sama-sama rnenyertai aktiviti-aktiviti perpaduan.

Yang Berhormat Senator Dato Tan Peng Khoon telah · mencadangkan supaya Jabatan Perpaduan ~egara mempertingkatkan usaha mewujudkan

· perpaduan di an tara kaurn dengan

Page 65: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

653 31 MAC 1988 654

melibatkan semua kaum dalam kegiatan-kegiatan yang dianjurkan.

Sukacita saya maklumkan bahawa semua aktiviti Jabatan Perpaduan Negara telah disertai oleh rakyat berbilang kaum.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang Berhormat Sena(or Haji Abu Bakar Lajim supaya Kerajaan membuat beberapa penyesuaian kepada strategi dan program penyusunan semula masyarak11t, adalah satu cadangan yarig baik dan sedang diusahakan ol~h Kerajaan. Untuk makluman ,Ahli Yang Berhormat, di antara langkah-langkah penyesuaian yang sedang diusahakan oleh Kerajaan ialah:

(1) Meningkatkan penglibatan sektor swasta terutama usahawan bumiputera dalam pertumbuhan ekonomi negara melalui penswastaan agensi atau syarikat Kerajaan, melong­garkan syarat dengan prosedur pelaburan dan memudahkan perolehan pinjaman dari bank­bank tempatan untuk membiayai projek-projek yang berdaya maju.

(2) Mengelolakan program laithan serta memberi perkhidmatan sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehan pengusaha-pengusaha bumi­putera mengurus perniagaannya sendiri dengan cara yang berkesan supaya risiko kegagalan dapat diminimakan.

(3) Menghadkan aktiviti agensi­agensi amanah kepada bidang­bidang yang tidak mampu diceburi oleh usahawan bumiputera untuk mempastikan agensi-agensi am$.nah tidak bersaing dengan sektor swasta terutamanya bumiiputera. Di samping itu langkah ini akan

menggalakkan usahawan bumiputera menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi dan menyambung kepada peng­wujudan peluang pekerjaan dan latihan kepada rakyat. Perhatian juga diberi untuk meningkatkan lagi prestasi syarikat-syarikat Kerajaan supaya dapat memenuhi kriteria-kriteria pemindahan kepada bumiputera melalui PNB dan ASN.

( 4) Memberi penekanan kepada rancangan pendidikan dan latihan yang sesuai di peringkat sekolah supaya lebih ramai bumiputera mempunyai kelayakan dan kecenderungan untuk memulakan perniagaan sendiri, di sam ping dapat mengikiskan sikap terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk mendapat pekerjaan.

· (5) Memberi galakkan dan doro­ngan kepada usahawan bumi­putera untuk melibatkan diri dalam bidang-bidang yang berpotensi untuk berkembang seperti pembuatan perkhid­matan industri kecil dan tidak hanya tertuinpu kepada bidang­bidang yang sudah lama wujud seperti pembinaan dan perda­gangan serta mengharapkan kontrak Kerajaan.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat supaya diadakan satu pelan induk mengenai industri kecil dan sederhana, suka saya memaklumkan bahawa walaupun · tidak ada pelan induk industri kecil dan sederhana, tetapi pembangunan sektor ini adalah berpandukan kepada penekanan dan strategi yang digariskan di dalam Rarcangan Lima Tahun dan perakuan di dalam ~Ian induk perindustrian. Di samping itu, Kerajaan juga pada masa ini sedang memperkemaskan Dasar Industri Kecil dan Sederhana untuk dijadikan landas~m pembangunan

Page 66: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

655 31 MAC 1988 656

· sektor ini dan jika perlu, akan menentukan bidang atau sektor yang paling sesuai untuk industri kecil dan sederhana yang perlu diberi sokongan khusus seperti yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat itu.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu-isu dan prospek Dasar Ekonomi Baru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar Lajim dan Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom tadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menegaskan bahawa selagi negara ini mengalami ciri-ciri ketidak seimbangan di kalangan kaum yang boleh menggugat kestabilan dan perpaduan negara, selagi itulah negara memerlukan satu dasar seperti Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk terus mengatasi masalah kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Seperti Ahli Yang Berhormat telah sebutkan, memang Kerajaan juga berpendapat bahawa strategi-strategi di bawah Dasar Ekonomi Baru sekarang perlu diubahsuaikan bukan sahaja dengan mengambil kira pengalaman-pengalaman yang dialami oleh negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi juga untuk memastikan supaya basil yang dicapai akan menjadi lebih berkesan sama ada dari segi pertumbuhan keseluruhannya, pelaburan dan juga pembangunan masyarakat usahawan bumiputera. Usaha-usaha mengkaji keberkesanan danpenyesuaian strategi Dasar Ekonomi Baru ini sedang dijalankan oleh Kerajaan sebagai asas ke arab menyediakan Rancangan Malaysia Keenam.

Berkaitan dengan isu perbezaan taraf hidup bumiputera. di Semenanjung berbanding dengan di Sabah dan Sarawak, seperti yang telah dibang)dtkan oleh Yang Berhormat Senator PaO:dikar Amin bin Haji Mulia, suka saya menegaskan bahawa Kerajaan tidak sekali-kali berhajat untuk membezakan taraf hidup di

'kalangan bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru. Apa yang perlu difahami · .dalam hal ini ialah kesan pembangunan tidak semestinya memberi kesan yang sama kepada semua golongan. Di samping itu, faedah pembangunan juga dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti kedudukan, kesan serta kemudahan infrastruktur yang telah sedia ada. Dalam konteks ini, Kerajaan akan .terus berusaha memastikan bahawa semua golongan bumiputera terutama

· yang berpendapatan rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan mendapat perhatian yang sewajarnya pada tahun-tahun yang akan datang.

Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai penumpuan kepada pengeluaran bahan-bahan makanan tempatan, adalah dimaklumkan bahawa Dasar Pertanian Negara yang dilancarkan pada tahun 1984 memang memberi penekanan kepada pengeluaran bahan-bahan makanan seperti buah-buahan, sayur­sayuran, ternakan dan perikanan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said membangkitkan mengenai terdapat pihak -pihak yang cuba menjalankan kegiatan mengkristiankan orang Melayu. Kerajaan memang menyedari terdapat kegiatan orang-orang Kristian yang menyebar dakyah agamanya di kalangan orang-orang Melayu. Kerajaan juga menyedari bahawa terdapat orang-orang Melayu Islam yang telah dipengaruhi dan seterusnya tnemeluk agama Kristian sama ada disedari a tau tidak disedari oleh kedua­dua penjaganya. Kerajaan sebenarnya telah dan sedang mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang seperti ini ke atas mereka yang didapati terbukti terlibat di dalam menjalankan kegiatan penyebaran agama Kristian kepada

Page 67: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

657 31 MAC 1988 658

orang-orang Melayu Islam. Dengan tindakan seperti di atas dan tindakan lain yang difikirkan wajar dari masa ke semasa, Kerajaan berharap aktiviti penyebaran agama Kristian di kalangan orang-orang Melay~ akan dapat dibendung.

Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin meminta Merajaan mengambil tindakan ke atas pertubuhan yang berbentuk agama seperti pertubuhan Al-Arqam yang cuba memecah-belahkan dan memesongkan ak~ah umat Islam. Kerajaan sentiasa mengawasi pertubuhan-pertubl!han Islam yang bergerak di, negar~ ini supa)la tidak menimbulkan apa-apa masalah yang boleh membawa . terjejasnya keharmonian masyarakat saJilla ada dari segi akidah dan kesel~matan. Menyentuh men$enai Al-1\r,qam, Kerajaan ltelah pun mengambil langkah menerangkan kepada orang ramai tenta111g beberapa perkara yang boleh menyeleweng pegangan atau akidah melalui ceramah, penerbitan buku dan dialog. Jika sekiranya didapati dan Kerajaan berpuas hati bahawa mana-mana pertubuhan, termasuklah Al-Arqam, yang jelas menyeleweng dan boleh membawa kepada terjejasnya keharmonian masyarakat dan keselamatan negara, maka Kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ber­dasarkan kepada undang-undang yang sedia ada.

Mengenai saranan Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Haji Maasom mengenai nama calon di Tanjung P0:teri baru-baru iqi iaitu Datuk Haji. Sulaiman tiada 9alam daftar undi dan telah menyarankan bahawa ini adalah merupakan kesilapan daripada Suruhanjaya, sukacita saya mem~klumkan bahawa pada tiap-tiap gerakan pendaftaran pengundi-pengundi baru, pihak Suruhanjaya aka~ mempamerkan senarai itu dan semua p~ngundi sepatutnya memastikan nama mereka

itu ada dalam senarai itu. Jadi, saranan itu yang mengatakan bahawa Suruhanjaya telah tersalah dalam perkara ini tidaklah benar.

Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee telah membangkitkan rasa tidak senang mengenai perkataan Islam di dalam Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam. Suka saya memaklumkan di dalam Dewan ·yang mulia ini bahawa perkataan IsJam itu seharusnya tidak menjadi perkara ini sebagai satu isu yang meragukan dan menimbulkan rasa tidak puas hati. Jika dilihat secara teliti ia merupakan satu nilai dan falsafah yang tidak sedikit pun menyentuh paksaan penganut agama­agama lain bahkan ia selaras dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia dan latar belakang sejarah negara ini.

Jika dilaksanakan isi kandungan dasar ini ia akan melahirkan golongan pentadbir dan pengurus yang betul­betul amanah, jujur, iklas, dedikasi dan lain-lain nilai murni dengan tidak mengira mana-mana golongan dan seterusnya menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan Yang Berhormat Senator Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said berhubung dengan dasar 70 juta penduduk supaya dipertingkatkan lagi dari segi pelaksanaannya, suka saya menjelaskan bahawa bilangan 70 juta penduduk akan tercapai pada tahun 2100. Bilangan yang seramai ini sudah tentu meningkatkan lagi pasaran dalam negeri. Kerajaan telah mengambil tindakan untuk menyebarkan kepada masyarakat mengenai dasar melalui taklimat, ceramah, majlis, dialog, pameran dan sebagainya. Sehingga akhirtahun 1987 dianggarkan lebih 300,000 orang penduduk termasuk wanita dan lelaki di bandar dan luar bandar telah diberi kesedaran dan kefahaman atas hakikat dasar ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai hal­hal berkaitan dengan perkhidmatan

Page 68: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

659 31 MAC 1988 660

Kerajaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan akan memberi perhatian dan mem~uat kajian berdasarkan kepada perinsip­prinsip perkhidmatan yang digunakan dari masa ke semasa.

Yang Berhormat Senator Law Jack Y oon meminta supaya Kerajaan meneliti kembali Akta Jagaan Anak­anak. Dalam hal ini suka saya memaklumkan bahawa Kerajaan akan mengkaji cadangan tersebut.

Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesungguhan dan minat Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan atas Titah Di-Raja ini. Semua perkara yang dibangkitkan sama ada teguran, pandangan serta syor-syor akan dapat dijadikan panduan oleh Kerajaan untuk menggubal dasar negara khususnya di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Saya mohon maaf sekiranya perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri tidak dapa~ dijawab atau tidak dapat disentuhkan di dalam ucapan ini. Namun demikian, perkara­perkara tersebut telah dicatat dan ak.an diberi perhatian oleh Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab dahulu.

4.53 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariftln): Terima kasih, Tuan Yang di~Pertua. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telilh mengambil bahagian dalam membahas Titah Ucapan Di-Raja dan memberi pandangan serta teguran terhadap ~rkara-perkara yang . menyentuh Kementerian Kewangan.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk · memberi beberapa penjelasan ke atas beberapa perkara yang utama yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya minta . maaf jika sekiranya saya tidak menyebut satu persatu.

Di dalam Titah Di Raja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong antara lain telah pun mengingatkan pentingnya perpaduan di negara ini supaya keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh negara ini dapat dipelihara. Ingatan ini. adalah amat tepat sekali pada masa ini dan kita patutlah memberi perhatian yang sungguh-sungguh kepada ingatan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertl!an Agong ini.

Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun memberi keutamaan kepada soal perpaduan dan ini adalah satu kesedaran yang positif. Jika perpaduan terpelihara maka usaha-usaha Kerajaan untuk mempertingkatkan pertunibuhan ekonomi negara dan memperbaiki taraf hidup rakyat di riegara ini akan ~enjadi lebih mudah.

: Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara telah pun menunjukkan tanda­tanda yang ia mulai pulih. Adalah dHangka KDNK akan berkembang pada kadar 5% pada tahun ini dan jika keadaan ekonomi negara maju adalah terus di dalam keadaan yang menggalakkan. Walaupun demikian kita hendaklah terus berhati-hati dan berjimat-cermat dan mengurangkan isu-isu yang sensitif yang boleh menjejaskan minat para pelabur untuk datang melabur ke negara ini.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abu Bakar Lajim membangkitkan soal duti eksport yang tinggi iaitu sebanyak $3,000 setan metrik yang telah dikenakan ke atas rotan dan menurut beliau duti eksport

Page 69: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

661 31MAC 1988 662

yang tinggi ini telah pun menjejaskan industri eksport rotan dan akibat yang teruk telah dialami oleh pengeksport­pengeksport rotan bumiputera.

Sukalah saya menjelaskan iaitu duti eksport rotan sebenarnya bukanlah $3,000 setan metrik tetapi ialah $2,700 setan metrik. Duti eksport yang dikenakan ke atas rotan bulat ataupun terbelah, dengan izin, whole or split, di bawah kod tarif 1401.20 100 dan 900 mula dinaikkan menjadi $2,700 setan metrik pada 27hb Ogos, 1987.

Walau bagaimanapun duti eksport ini adalah dikenakan bagi eksport dari Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi eksport rotan dari Sabah dan Sarawak kadar duti eksport lama iaitu $1,350 setan metrik bagi manau ataupun bulat dan $25Q setan metrik bagi rotan-rotan jenis lain, bulat masih berkuatkuasa. Pengecualian kadar duti eksport baru ke Sabah dan Sarawak adalah memandangkan negeri-negeri berkenaan kekurangan industri tempatan untuk memproses rotan. Tujuan utama duti eksport ke atas rotan ini dinaikkan di Semenanjung Malaysia adalah untuk. menggalakkan pertumbuhan industri kecil yang menggunakan rotan sebagai bahan mentah. Ini adalah selaras dengan dasar perindustrian negara yang menggalakkan industri mempunyai nilai· tambahan ataupun "value added'' berbanding dengan pengeksportan bahan mentah. sahaja. Langkah Kerajaan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembuat-pembuat perabot daripada rotan serta agensi-agensi yang memajukan perusahaan kraftangan yang menggunakan rotan; Sukalah saya mencadangkan kepada mereka yang bergantuhg kepada mengeksport rotan supaya mengubah strategi dan sama-sama menjayakan matlamat dasar perindustrian negara.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Chan Choong Tak telah mem­bangkitkan soal, dengan izin, red tape

itu kerenah pentadbiran di Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan. Saya akan mengarahkan supaya peraturan-peraturan yang sedia akan dikaji semula dan mana-mana yang tidak perlu dan penting akan dimansuhkan untuk mempercepatkan permohonan-permohonan pinjaman perumahan yang dibuat oleh pegawai­pegawai Kerajaan yang mempunyai kelayakan. Peraturan-peraturan yang perlu diperbaiki akan dibaiki dengan tujuan-tujuan untuk memudahkan permohonan dan mengurangkan kerenah pentadbiran yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan akan terus berusaha untuk memperbaiki kewangan sektor awam di samping menggalakkan pertum­buhan ekonomi negara. Teguran dan cadangan yang berfaedah dan sesuai untuk negara majmuk seperti Malaysia akan dilaksanakan. Marilah kita melipatgandakan usaha untuk memelihara perpaduan dan bersama­sama dengan Kerajaan dengan bersungguh-sungguh membina negara Malaysia yang maju dan makmur dan aman ini.

Kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang menimbulkan teguran-teguran dan sebarang cadangan-cadangan, saya mengucap­kan terima kasih bagi pihak Ke­menterian Kewangan dan semua perkara-perkara yang telah dibangkit­kan itu telah dicatatkan. Insya Allah, jika sekiranya ia munasabah dilaksana­kan Kementerian Kewangan akan mengambil tindaka\n yang sewajarnya.

Timbalan Ya._g di-Pertua: Sekarang­saya jemput Yang Ber­hormat Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

4.58 ptg.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob):

Page 70: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

663 31 MAC 1988 664

Tuan Yang di-Pertua, bagi pi\tak Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri . saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-abli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, teguran dan sokongan terhadap perjalanan Kementerian Dalam Negeri semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah menyokong pembentangan Kertas Putih "Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara" oleh Kerajaan baru-baru ·ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi sokongan ke atas pembentangan Kertas Putih tersebut. Di sini sukalah saya menegaskan bahawa Kerajaan sentiasa memberi perhatian serius kepada keselamatan dalam negeri kerana jika l,teadaan keselamatan dalam negeri tidak terjamin, program pembangunan yang dirancangkan _ atau yang sedang dilaksanakan oleh pihak awam dan swasta tidak akan mencapai matlamatnya.

Yang Berhormat Senator IA.zman Atar bin Othman menyarankan supaya diambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja pemimpin yang cuba mewujudkan huruhara dalam negeri. Mengenai saranan ini, sukalah saya memberi jaminan bahawa Kerajaan sentiasa bertindak tegas ke atas sesiapa sahaja yang mewujudkan huruhara dalam negeri tanpa mengira pangkat, fahaman politik atau kedudukan.

Yang Berhormat Senator Hassan bin Nam . menyarankan supaya dipercepatkan pengwartaan tanah atau kawasan bagi Orang Asli. Mengenai ini sukalah saya memaklumkan bahawa sebahagian daripada kawasan Orang Asli telah pun diwartakan oleh Kerajaan-

ker~jaan Negeri berkenaan. Di antara kawasan yallig telah diwartakan seb~gai kawas~n kawasan Orang asli adalah seperti di:

(1) Kampung Kuala Rengit, Batu Pahat, JG>hor. -

(2) Kampung Bangkong, Daerah Sepang, Selangor.

(~) Ulu Geruntung di Daerah Kinta, Perak.

(4) Sungai Temir di Daerah Raub, .Pahang. -

(5) Kampung Gobok di Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

( 6) Kampung Sungai Pergam Daerah Kemaman, Tereng­ganu.

(7) Lubok Bandung di Daerah Jasin, Melaka.

Proses pengwartaan kawasan yang lain ~edang dalam tindakan Kerajaan­kerajaan Negeri. Seb .. gaimana yang Senator sedia maklum, maklumat dan data~data yan~ berkaitan perlu dikumpulkan sebelum satu-satu kawasan tersebut diwartakan sebagai kawasan Orang Asli.

Y ~ng Berhormat Senator Pandikar Amin Haji Muli11 mendesak Kerajaan supaya mengetatkan kawalan di persisiran pantai supaya penduduk di persisiran pantai terhindar dari sebarang ancaman. Mengenai saranan Yang Berhormat Senator itu, sukalah saya memberi jaminan bahawa Kerajaan akan mempergiatkan lagi kawalan di kawasan-kawasan yang sering kali diancam oleh anasir-anasir jahat dengan langkah-langkah seperti mengadakan kawalan luar pantai atau outer condon, menggunakan bot-:bot besar, mengadakan kawalan tepi pantai menggunakan bot-bot kecil, menempatkan pasukan Polis Hutan di tempat-tempat strategik, me­ningkatkan rondaan di kawasan­kawasan yang sering terancam dan mengadakan operasi khas dari semasa ke semasa.

Page 71: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

665 31 MAC 1988 666

Selain daripada itu pasukan keselamatan juga akan dibekalkan dengan bot-bot laju untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam usaha menjaga keselamatan persisiran-pantai negara.

Mengenai saranan Yang Berhormat Senator Dato' Haji Nasir bin Haji Manap supaya peranan dan tugas anggota RELA dipertingkatkan, sukalah saya memaklumkan bahawa langkah-langkah untuk membolehkan ahli-ahli RELA menjalankan tugas dengan lebih berkesan sentiasa di ambil dari semasa ke semasa dengan mengadakan , kursus dan latihan­latihan yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab mereka.

Mengenai keanggotaan pasukan RELA dari kalangan muda mudi pula, saya ingin memaklumkan ba:hawa warganegara yang berumur 18 hingga 55 tahun adalah berkeliiyakan menjadi ahli RELA. Had umur minima 18 tahun itu tidaklah dapat diturunkan memandangkan bentuk tugas ahli-a:hli RELA memerlukan satu peringkat kedewasaan supaya tugas-tugas mereka dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Haji Maasom tela:h membangkitkan tentang Polis Pelancong · di mana beliau mencadan~n supaya tidak diwujudkan Polis Pelancong yang khas. Mengenai perkara ini sukala:h saya menjelaskan bahawa sebenarnya memang tidak ada Polis Pelancong yang khas tetapi Polis biasa . yang diberi tugas fungsi pelancongan, di samping tugas-tugas kepolisian yang biasa seperti juga Polis Trafik, Polis Hutan dan sebagainya. Mereka ini diberi latihan yang tertentu dan ditempatkan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan para pelancong bagi menolong pelancong-pelancong dalam hal mereka berjalan di bandar­bandar di negara kita kerana

pelancongan merupakan satu tarikan yang besar dalam pendapatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, pihak saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh sedikit sebanyak tentang Kementerian Dalam Negeri dan jika sekiranya ada perkara-perkara yang tidak sempat saya sentuh, saya akan mengambil perhatian yang berat di atas perkara itu dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas teguran­teguran dan pandangan-pandangan yang telah diberi.

Tbnbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi jawapan.

5.04 ptg.

Tbnbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Oo Gin Sun): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas minat yang ditujukan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Tiong Hiew King dan Yang Berhormat Senator Tuan Pandikar Amin bin Haji Mulia yang tela:h menyentuh mengenai penggunaan Bahasa Malaysia di ma:hkama:h.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator­senator itu, perbicaraan di mahkamah­mahkamah pada masa sekarang belum lagi menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya kerana seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Akta 32 memberi kelonggaran kepada mahkamah berhubung dengan penggunaan Bahasa Malaysia dan di samping itu banyak lagi akta zahir kepada akta-akta yang masih lagi dalam ba:hasa Inggeris. · Walaupun terdapat kelonggaran, namun begitu Kerajaan telah, sedang dan akan terus mengambil beberapa langkah positif untuk mempastikan Bahasa Malaysia digunakan di setiap peringkat

Page 72: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

667 31 MAC 1988 668.

mahkamah. Di antara langkah­langkah itu ialah:

(1) Ketua Hakim Negara telah mepgeluarkan satu pekeliling kepada semua Hakim-hakim Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi, Hakim Ma.hkamah Sesyen dan Magistret menyeru agar di mana yang boleh mereka menggunakan Bahasa Malaysia. Araban ini telah dikeluarkan pada 21hb September, 1982;

(2) Kerajaan telah mewujudkan satu Biro Terjemahan yang ditempatkan di bawah Jabatan Kehakiman mulai tahun 1984 di mana tugas-tugas Biro tersebut di antara lain ialah membuat terjemahan semua kes-kes Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi ke dalam Bahasa Malaysia. Setakat ini Biro tersebut telah menyiapkan satu naskah mengandungi senarai perkataan-perkataan Bahasa Malaysia yang digunakan di mahkamah di dalam perundangan dan naskah tersebut telah diedarkan kepada semua hakim dan pegawai­pegawai kehakiman;

(3) surat Pekeliling telah dikeluarkan kepada semua Mahkamah Rendah di negara 1m supaya memulakan penggunaan Bahasa Malaysia di dalam kes-kes yang dibicarakan oleh mahkamah-mahkamah terse but;

( 4) di dalam pentadbiran harlan Jabatan Kehakiman semua surat menyurat dan Pekeliling­pekeliling adalah di dalam Bahasa Malaysia;

(5) surat-surat juga dikeluarkan kepada Majlis Peguam rneminta badan tersebut menasihatkan semua peguam-peguam menulis surat di dalam Bahasa Malaysia kepada mahkamah-mahkamah;

(6) semenjak bulan September, 1987 semua undang-undang yang digubal adalah dibutirkan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris di mana teks Bahasa Malaysia adalah teks yang sahib. Di samping itu Jabatan Peguam Negara sedang menterjemahkan semua undang-undang yang digubal sebelum September, 1967 dari bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia;

(7) borang-borang yang hendak difailkan di Mahkamah Tinggi oleh seseorang peguam untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara perlu dibuat di dalam Bahasa Malaysia semenjak dua tahun yang lepas;

(8) semenjak tahun 1984 seseorang peguam yang belum diterima masuk sebagai Peguam disyaratkan mendapatkan kelulusan dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya dan jika tidak, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan lisan yang dikendalikan oleh suatu lembaga yang dipengerusikan oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi;

(9) berhubung dengan akta zahir yang masih lagi dalam bahasa lnggeris, usaha-usaha sedang dan akan terus diambil oleh pihak Peguam Negara untuk menterjemahkan akta-akta terse but;

(10) Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menambahkan di sinj bahawa pihak Kehakiman telah pun menubuhkaii suatu Jawatan-kuasa Khas mengenai perlaksanaan penggunaan Bahasa Malaysia di Mahkamah pada 26hb Mac, 1988. Jawatankuasa ini terdiri dari

Page 73: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

669 31 MAC 1988 670

para hakim Mahkamah Tinggi, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kehakiman, pihak-pihak Kerajaan dan swasta yang terlibat dalam perundangan serta pihak-pihak yang arif dalam perundangan dan dalam Bahasa Malaysia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, dipersilakan Yang Berhormat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Mohamed bin Jamrah): Tuan Yang di-Pertua, ·bagi pihak Menteri Pembangunan Negara dan Luar Ban dar, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar di dalam perbahasan ke atas Titah Di-Raja di Dewan yang mulia ini sejak 28hb Mac, 1988.

Sukacita saya memberi penjelasan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahlli-ahli Yang Berhormat itu khususnya mengenai kemudahan infrastruktur di luar ban dar, industri kecil dan pemulihan tanah terbiar oleh FELCRA.

Yang Berhormat Senator Abu Bakar Lajim menggesa supaya Kerajaan meningkatkan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik di luar bandar. Mengenai perkara ini, sukacita saya menyatakan bahawa sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas tersebut di semua kawasan luar bandar termasuklah kawasan-kawasan pendalaman di seluruh negara. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya adalah bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat Senator Abu Bakar Lajim supaya Kerajaan menentukan bidang industri yang perlu diceburi oleh pihak swasta, Kerajaan telah pun mengenalpasti beberapa industri yang diberi keutamaan kepada industri kecil. Industri-industri tersebut ialah industri makanan, kayu, rotan dan buluh, kejuruteraan ringan, bahan-bahan binaan, ceramic dan plastik. Selain daripada itu, Kerajaan juga sentiasa menentukan bahawa apa juga bantuan yang diberi kepada pengusaha­pengusaha industri kecil mestilah menepati matlamat untuk menghasilkan pengeluaran yang mempunyai pasaran ataupun mudah dipasarkan. Ini adalah penting untuk mempastikan bahawa setiap projek industri kecil yang dilaksanakan akan dapat mencapai kejayaan.

Mengenai saranan supaya industri kecil dan sederhana menjadi industri bantuan kepada industri berat, sememangnya Kerajaan menggalak­kan suasana di mana industri-industri kecil dapat membekalkan barang­barang keperluan yang dikehendaki oleh industri besar. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah pun menubuhkan skim kontrak kecil di Bahagian Perusahaan Kecil untuk ·menggalakkan hubungan "sub-contracting" di antara syarikat­syarikat . industri kecil dan sederhana tempatan yang mengeluarkan barang­barang serta komponen bagi kegunaan syarikat-syarikat industri besar yang memerlukan barang-barang tersebut bagi keluaran barangan mereka.

Menyentuh mengenai cadangan diadakan pelan induk industri kecil dan sederhana, cadangan ini adalah baik dan Kerajaan akan mengkajinya.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan projek-projek bumiputera tidak lagi diberi elaun cukai pelaburan, sebenarnya semua projek-projek bumiputera telah dipertimbangkan

Page 74: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

671 31 MAt 1988 672

untuk diberi berbagai-bagai galakan cukai termasuk elaun cukai pelaburan jika projek-projek tersebut1llematuhi syarat-syarat dan kenendak-kehendak Kerajaan. Misalnya projek-projek bumiputera boleh memberi elaun cukai pelaburan jika projek-projek tersebut menjalankan industri-industri yang diutamakan oleh Kerajaan pada masa ini.

Mengenai . masalah pengeksport­pengeksport rotan bumiputera yang mendapat kerugian besar akibat dari kenaikan cukai eksport, tindakan yang diambil oleh Kerajaan itu sebenarnya ialah bertujuan untuk' menggalakkan rotan-rotan yang dikelu~rkan di negara ini digunakan dalam industri­industri pembuatan. Malah pengusaha-pengusha rotan sendiri sedang mendesak Kerajaan supaya mengharamkan pengeksportan semua jenis rotan. Dengan cara ini negara akan mendapat faedah dari segi jangka panjang di samping dapat mewu judkan peluang-peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan sedang mengkaji mengenai masalah-masalah ini supaya · tidak semua jenis rotan dikenakan cukai eksport.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hassan Nam pula menyeru agar Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) memajukan tanah terbiar Orang-orang Asli yang telah digazetkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi dasar FELCRA sebelum satu-satu kawasan rizab Orang Asli dir,najukan oleh FELCRA, tanah tersebut. hendaklah terlebih dahulu digazetkan sebagai Rizab Orang Asli. Sekiranya status Rizab Orang Asli .terse but tidak dapat diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada J abatan Hal Ehwal Orang Asli di atas sebab-sebab tertentu maka FELCRA hanya boleh memasuki dan memajukan kawasan berkenaan

sekiranya mendapat kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berkenaan.

Untuk makluman Ali Yang Berhormat juga sehingga akhir tahun 1987 FELCRA telah pun memajukan kawasan seluas 6,361 hektar untuk projek-projek pembangunan Orang Asli dan untuk program tahun 1988 FELCRA telah pun merancang dan memajukan kawasan seluas 2,452 hektar bagi tujuan yang sama di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan saranan Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom yang mencadangkan agar MARA mengeluarkan kain pelekat. login saya memberi tabu bahawa anak Syarikat MARA iaitu KIMA pada hari ini telah pun mengeluarkan kain putih tetapi pengeluaran ini bukanlah terhad kepada kain putih sahaja tetapi meliputi kegunaan lain seperti tuala, sapu tangan, pakaian askar dan kemeja. Untuk mempelbagaikan sehingga ke kain pelekat, perkara ini akan kami ambil perhatian.

Begitu juga dengan saranan Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom untuk mengadakan kemudahan asas di kawasan-kawasan pendalaman. Ini juga telah saya sentuh di dalam jawapan saya terhadap cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Abu Bakar Lajim sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, buat akhirnya sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitka~ beberapa perkara mengenai Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Di atas cadangan, pandangan dan teguran yang dikemukakan, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar akan sentiasa memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Page 75: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

673 31 MAC 1988 674

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jernput Yang Berhorrnat Menteri Pengangkutan untuk rnernberi jawapannya. Dipersilakan.

5.16 ptg.

Menteri Pengangkutan (Dato' Dr Ling Liong Sik): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin rnenyarnpaikan ucapan terirna kasih atas teguran-teguran, pandangan-pandangan dan juga syor­syor yang telah dikernukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhorrnat sekalian.

Suka saya rneyakinkan Ahli-ahli Yang Berhorrnat bahawa sernua perkara yang telah dibangkitkan itu akan diteliti dan jika sekiranya sesuai akan dijadikan panduan untuk melaksanakan tugas Kernenterian Pengangkutan derni manfaat dan faedah sernua pihak.

Tuan Yang di-Pertua, seperti biasa perkhidmatan MAS telah rnenjadi topik yang popular dibahaskan di Dewan yang rnulia ini.

Yang Berhorrnat Tuan Pandikar Arnin bin Haji Mulia dan Yang Berhorrnat Tuan Stephen Timothy Wan Ullok telah rnenyentuh rnengenai perkhidmatan ini dan kesannya ke atas industri pelancongan di negeri Sabah dan Sarawak. ·

Berhubung dengan cadangan supaya tarnbang kapal terbang diturunkan bagi mernbolehkan rakyat Sabah dan Sarawak rnenikmati basil industri pelancongan, sukacita saya rnenjelaskan bahawa Kernenterian Pengangkutan dan MAS sentiasa rnernberikan perhatian kepada tarnbang-tarnbang perkhidmatan MAS, terrnasuk tarnbang-tambang di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, untuk rnenentukan tarnbang-tarnbang ini adalah pada paras yang berpatutan dan mampu dibayar oleh rakyat Malaysia dan para pelancong.

MAS telah pun mernperkenalkan berbagai jenis tambang istirnewa yang murah bagi mernudahkan perjalanan pengguna di antara kawasan-kawasan tersebut. Tarnbang-tarnbang ini di antara lain, temasuklah tarnbang "excursion", tam bang "keluarga", tambang "night tourist", "special groul' fare", "senior citizen" dan sebagainya, yang mernpunyai diskaun hingga 50%, berasaskan kepada jenis tarnbang berkenaan. Mengikut kajian yang dijalankan, tarnbang-tarnbang istimewa ini telah pun mendapat sarnbutan yang baik dari orang rarnai dan para pelancong sernenjak pelaksanaannya.

Mengenai kemungkinan penarn-bahan penerbangan dari sya-rikat-syarikat penerbangan lain, suka saya memaklumkan bahawa Kerajaan, dalarn rundingan-rundingan udara dengan negar-anegara asing, telah juga menawarkan Kota Kinabalu dan Kuching untuk perkhidmatan­perkhidmatan oleh syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa. Ter­pulanglah kepada negara-negara asing untuk mernbuat keputusan sarna ada hendak mengadakan perkhidmatan ke tempat-tempat yang ditawarkan oleh Malaysia itu.

Mengenai seruan supaya Kerajaan rne~arnbahkan bilangan penerbangan dan .perkhidrnatan MAS ke destinasi di Sarawak dari Lapanganterbang Subang, saya suka rnemaklumkan bahawa pada rnasa ini MAS menyediakan 37 penerbangan serninggu di antara Lapanganterbang Subang dan Kuching. Purata rnuatan penurnpang atau average load factor, dengan · izin, dari bulan Ogos 1987 hingga Februari 1988 ialah 77%. Memandangkan purata rnuatan yang tinggi ini MAS akan rnengadakan tambahan dua lagi perkhidmatan B~ 737 serninggu mulai 1hb April, tahun ini. Sukacita saya memberikan jarninan bahawa Kementerian Pengangkutan akan terus mengawasi purata rnuatan penurnpang

Page 76: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

675 31 MAC 1988 676

perkhidmatan MAS ke destinasi di Sarawak dari Lapanganterbang Subang dan jika keadaan memerlukan capacity . tambahan akan juga disediakan.

Yang Berhorma,t Tuan Ng Peng Hay pula telah menyentuh mengenai rancangan penswastaan Jeti Tanjung Beruas, Melaka oleh Kerajaan dan juga masalah-masalah yang mungkin akan timbul dengan usaha penswastaan tersebut. Suka saya nyatakan di sini bahawa penswastaan Jeti Tanjung Beruas pada dasamya telah pun dipersetujui dan diterima oleh Kerajaan. Kajian yang teliti dan terperinci berhubung dengan usaha ini sedang dijalankan demi untuk menentukan tidak ada mana-mana pihak pun akan mengalami kerugian selepas jeti tersebut · diswastakan kelak. Pada ketika ini Kerajaan sedang menghalusi dan mengkaji secara mendalam cadangan­cadangan yang· dikemukakan oleh syarikat yang terlibat itu. Beberapa mesyuarat dan rundingan telah juga diadakan di antara Jabatan-jabatan Kerajaan, Lembaga Pelabuhail Kelang dan syarikat berkenaan. Perbincangan · ini telah p\ln sampai ke peringkat akhir dan akan dibawa untuk pertimbangan Kerajaan sedikit hari lagi. Di sini suka saya menegaskan bahawa penswastaan Jeti . Tanjung Beruas tidak akan menjejaskan nasib pekerja-pekerja dan pengguna-pengguna yang ada sekarang. lni adalah kerana syarikat­syarikat stevedore akan terus dilesenkan oleh Lembaga Pelabuhan Kelang di masa akan datang dan bukannya di bawah kawalan syarikat swasta yang akan , mengambilalih pentadbiran jeti ini kelak. Pengguna­pengguna jeti pula, terutama sekali syarikat-syarikat yang telah pun menyewa tanah-tanah dan membina gudang masing-masing akan terus dibenar menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sekurang-kurangnya sehingga tamat tempoh penyewaan mer~ka.

Saya ingin meyakinkan Ahli Yang Berhormat bahawa salah satu syarat utama dalam pelaksanaan penswastaan ini ialah syarikat tersebut hendaklah mengambilaiih dan menyerapkan pengurusan yang sedia ada.

Yang Berhormat Senator Haji Shaharom tadi telah menyentuh di atas masalah yang dihadapi pada ketika ini oleh kerani sambilan di Jabatan Pengangkutan Jalan. Sukalah saya memberitahu iaitu sekarang ini satu kajian sedang dijalankan oleh MAMPU di J abatan Perdana Menteri di atas perkara sama ada berapakah kerani' sambilan ini diperlukan dan adakah angka-angka itu akan dikurangkan dan apabila kajian ini telah tamat, satu keputusan akan dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja ucapan saya mengenai beberapa teguran yang telah dikemukakan dan saya percaya pandangan-pandangan yang bernas dan membina itu pasti akan dapat membantu usaha Kementerian Pengangkutan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan untuk memberi jawapan bagi pihak Kementerian Pertahanan. Silakan.

5.24 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Abang Abu Dakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha): Tuan Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan Titah Di-Raja yang berlangsung selama 3 hari, hanya 2 orang Senator sahaja yang telah menyentuh Kementerian Pertahanan, iaitu Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin dan Senator Abdul Hamid bin Ibrahim. Saya meDgllcapkan terima kasih kepada kedua~dua orang Senator yang

Page 77: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

677 31 MAC 1988 678

telah memberi perhatian kepada Kementerian Pertahanan.

Tuan . Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin telah meluah rasa bimbangnya terhadap pergolakan yang berlaku di Asia Barat, khasnya yang berlaku di Palestine dan mengharapkan keupayaan Pasukan Keselamatan kita, khasnya Angkatan Tentera dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan kita memang sentiasa mengawasi dan·

· mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di sekitar rantau ini, t~rmasuk apa yang berlaku di Asia Barat sekarang. Kerajaan juga peka terhadap apa-apa bentuk ancaman yang dianggap mempunyai potensi dalam mengancam keselamatan negara. Kerajaan tidak pernah mengabaikan keperluan keselamatan negara, oleh itu walaupun dalam suasana ekonomi negara yang masih belum pulih sepenuhnya, usaha untuk mempermoden dan memper-lengkapkan seluruh sistem pertahanan negara akan diteruskan. Walaupun rancangan perkembangan Angkatan Tentera tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, namun keupayaan dan kemampuan Angkatan Tentera mengekalkan keselamatan tidak pernah terjejas. Kita juga harus sedar bahawa langkah yang diambil ke arab menghadapi sebarang kemungkinan yang melibatkan kuasa besar tidak hanya tertumpu kepada aspek ketenteraan sahaja, yang lebih penting melalui penyelesaian politik dan diplomatik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Abdul Hamid bin Ibrahim telah membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh bekas-bekas perajurit. Saya mengucapkan syabas terhadap perhatian berat yang ditunjukkan oleh beliau, bahkan sewajarnya perhatian

itu diberikan oleh beliau sebagai sifat­sifat mewakili bekas-bekas perajurit dalam Dewan .yang mulia ini. lsu-isu yang d•bangkitkan itu kalau boleh saya sebutkan di sini ialah:

lsu pertama, kenaikan pencen untuk bekas tentera British;

lsu kedua, masalah pengiktirafan perkhidmatan lepas bekas tentera British;

lsu ketiga, kemahiran ketukangan yang tidak diiktiraf;

lsu keempat, bantuan untuk bekas perajurit;

lsu kelima, ·kontrak dengan Kementerian Pertahanan;

lsu keenam, kemudahan PERNAMA;

lsu ketujuh, bantuan kewangan untuk bekas perajurit; dan

lsu kelapan, bahagian hal ehwal bekas perajurit.

Tuan Yang di-Pertua, pada . keseluruhannya perkara-perkara yang dibailgkitkan itu sebenarnya telah dibincangkan dalam satu pertemuan di antara pihak Persatuan Bekas Perajurit Malaysia, termasuk Yang Berhormat Senator Abdul Hamid bin Ibrahim sendiri dengan Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan -saya sendiri pada 14hb Mac, 1988 di Kementerian Pertahanan. Saya tidak

· faham kenapa Yang Berhormat Senator Abdul Hamid " tidak memahami bahawa perkara yang telah dibincangkan itu sedang dalam tindakan Kementerian Pertahanan. Walau bagaimanapun, oleh kerana perkara-perkara tersebut telah dibangkitkan di Dewan yang mulia ini, maka izinkan saya memberi jawapan tehadap perkara-perkara itu satu persatu sebagaimana berikut.

lsu pertama, mengenai kenaikan pencen untuk tentera British mengikut kadar pencen kepada pesara-pesara

Page 78: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

679 31 MAC 1988 680

bekas anggota tentera Malaysia. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa ianya memerlukan kajian yang lebih mendalam dan teliti oleh kerana perkara ini melibatkan peraturan­peraturan pencen yang berbeza antara kedua Kerajaan.

J awapan mengenai perkani ini telah pun dijawab dengan panjang Iebar oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini pada 28hb Mac, 1988 yang lalu. Saya tidak bercadang untuk menambah apa-apa lagi kepada jawapan tersebut.

Isu kedua, mengenai pengiktirafan perkhidmatan lepas tentera British pula, perkara ini masih dalam kajian dan akan dirujukkan kepada pihak­pihak lain yang terlibat dalam hal ini.

lsu ketiga, mengenai kemahiran ketukangan yang tidak diiktiraf, perkara ini juga telah ditimbulkan dan dibincangkan semasa perjumpaan Pasukan Bekas Perajurit Malaysia dengan Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada 14hb Mac, 1988. Walau bagaimanapun, biarlah saya jelaskan sekali lagi bahawa Kementerian Pertahanan sedang mengambil langkah sewajarnya dengan segera dan diharap keputusannya nanti akan menguntungkan bakal-bakal bekas perajurit Malaysia.

,,

Yang Berhormat juga menyatakan bahawa kemahiran pertukangan Malaysia masih diragui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan dengan itu tidak mendapat pengiktirfan. Sebagai makluman perlu dijelaskan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam bukanlah badan yang memberi pengiktirafan terhadap ketukangan atau kemahiran. Jabatan Perkhidmatan Awam adalah menyelaras skim-skim perkhidmatan bagi jenis-jenis ketukangan yang telah mendapat pengiktirafan. Pengiktirafan dibuat oleh badan­badan profesional dan teknikal dalam

bidang masing-masing. Badan-badan pengiktirafan 101 termasuklah Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan atau LLPPKK. Jemaah Pemeriksa Elektrik, Jabatan Laut, Jabatan Telekom dan lain-lain badan profesional dan teknikal. Langkah­langkah segera untuk mendapat pengiktirafan bagi kemahiran dan ketukangan bagi anggota tentera Malaysia oleh badan-badan pengiktirafan awam sedang dalam tindakan Kementerian Pertahanan.

Tuan Yang di-Pertua, isu keempat, soal bantuan untuk bekas perajurit juga disentuh oleh Yang Berhormat, iaitu beliau mencadangkan supaya bantuan kewangan kepada bekas­bekas perajurit seperti lain-lain golongan rakyat yang ingin berkecimpung dalam perniagaan, Kementerian Pertahanan berpendapat tabung bantuan itu tidak perlu diwujudkan khas untuk bekas perajurit, bekas-bekas perajurit perlulah mengambil peluang di atas kemudahan-kemudahan yang sedia ada yang · diberikan oleh institusi kewangan sebagai salah satu dasar Kerajaan untuk membantu bekas­bekas perajurit. Bekas-bekas perajurit seharusnya merebut peluang kemudahan ini dan juga bekas perajurit tidak perlu mengasingkan diri mereka sebagai masyarakat yang terasing.

Kedua ialah mengenai cadangan supaya penerima-penerima Pingat Keberanian dikurniakan wang tunai, adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan sentiasa tidak lupa kepada jasa-jasa mereka. Kerajaan sedang menggubal satu akta untuk membolehkan penerima-penerima bintang Darjah Kebesaran Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) diberi elaun kenangan. Kementerian Pertahanan juga sedang mengkaji untuk menggubal satu lagi akta bagi membolehkan penerima-penerima

Page 79: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

681 31 MAC 1988 682

Bintang Panglima Gagah Berani (P.G.B.) menerima elaun kenangan.

lsu kelima, Yang Berhormat Senator Abdul Hamid juga menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan tidak memberi keutamaan kepada bekas-bekas perajurit atau Persatuan Bekas Perajurit dalam kontrak-kontrak kecil seolah-olah tidak mempercayai kebo~ehan bekas perajurit. Tuan Yang di-Pertua, kenyataan ini tidak benar sama sekali. Kontrak-kontrak kecil seperti kontrak kantin dalam kern telah diberi keutamaan kepada bekas-bekas perajurit. Hampir semua kantin dalam unit-unit tentera dikendalikan oleh bekas perajurit. Dalam hubungan ini ingin saya menyatakan b&hawa Kementerian Pertahanan sentiasa menimbangkan kemudahan-ke­mudahan untuk bekas perajurit. Mana-mana permohonan daripada bekas-bekas perajurit atau syarikat­syarikat yang dimiliki oleh bekas perajurit akan dipertimbangkan dengan saksama, keutamaan akan diberi jika tawaran harga bagi satu­satu kontrak itu bersamaan atau setanding dengan lain-lain penender serta berpuas hati bahawa syarikat­syarikat berkenaan berupaya melaksanakan kontrak yang akan ditawarkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, setakat ini bagi kontrak Kementerian Pertahanan sebanyak 158 kontrak yang bernilai $194,520.99 yang melibatkan syarikat-syarikat bekas perajurit telah diluluskan. Oleh itu, dakwaan Yang Berhormat itu adalah tidak tepat dan tidak berasas.

Isu keenam, mengenai kemudahan membeli di kedai PERNAMA untuk bekas perajurit, Kementerian Pertahanan telah pun mengkaji perkara ini. Oleh kerana cadangan ini membabitkan masalah cukai, maka pihak Kementerian Pertahanan akan merujuk cadangan tersebut kepada

Cukai Perbendaharaan untuk mendapat cukai kepada Bekas

Bahagian Malaysia pengecualian perajurit.

Isu ketujuh, mengenai bantuan kewangan untuk bekas perajurit, Kerajaan pada masa ini behlm ada cadangan untuk memberi sumbangan kewangan kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia atau PBPM, bagi membantu Persatuan mewujudkan tabung Kebajikan yang berjumlah $1 juta. Dalam hubungan ini tidaklah bererti bahawa Kerajaan tidak membantu PBPM. Usaha-usaha ke arah untuk mendapat punca kewangan bagi memberi bantuan kebajikan kepada bekas-bekas perajurit pada keseluruhannya telah pun dijalankan oleh Kerajaan. Di antara sumbangan­sumbangan Kerajaan secara nyata dan tidak nyata adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan telah menyumbang­kan wang sejumlah $3 juta kepada Penubuhan Wisma Pahlawan iaitu berdasarkan kepada sumbangan Kerajaan sebanyak $2.00 bagi tiap-tiap $1.00 yang dikutip oleh pihak Persatuan Bekas Perajurit Malaysia atau PBPM. Dengan penubuhan Wisma Pahlawan satu Lembaga Pemegang Amanah Wisma Pahlawan telah ditubuhkan dan ianya diharapkan menjadi punca pendapatan berpanjangan kepada PBPM dan juga bagi bekas-bekas perajurit.

(ii) Sumbangan tidak nyata Kerajaan . ialah melalui sokongan Kerajaan kepada kutipan derma-derma untuk kegiatan kebajikan seperti melalui derma Rayuan Hari Pahlawan yang mana perolehan derma dikecualikan dari cukai. Kutipan derma Rayuan Hari Pahlawan telah dijalankan setiap tahun oleh

Page 80: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

683 31 MAC 1988 684

PBPM dengan sokongan Kerajaan dan pihak swast~.

(iii) Sumbangan dari agensi-agensi Kerajaan dan juga syarikat­syarikat Kerajaan untuk kebajikan bekas perajurit yang diberikan dalam bentuk tabung amanah. Misalnya, dalam tahun 1981 dengan kelulusan Kerajaan, Syarikat MAS telah menyumbangkan derma sebanyak $1 juta untuk kegunaan kebajikan bekas-bekas perajurit yang dikendalikan oleh satu lembaga amanah yang bernama Tabung Amanah PBPM-MAS. Untuk mak­luman Yang Behormat nilai harta tabung ini pada masa sekarang ialah $2.3 juta.

Tuan Yang di-Pertua, pihak Kerajaan Negeri Terengganu juga telah membantu Persatuan dengan memberi tanah seluas 4,300 ekar di negeri Terengganu untuk dijadikan ladang kelapa sawit.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari faktor-faktor tersebut, Kementerian Pertahanan berpendapat satu tabung seperti yang disebutkan tadi sepatutnya ditubuhkan oleh pihak Persatuan Bekas Perajurit Malaysia sendiri dengan memperolehi bantuan dari punca-punca yang lain selain dari bantuan Kerajaan. lni termasuklah dari derma orang perseorangan, syarikat-syarikat perniagaan dan perusahaan dan dari derma-derma kutipan Rayuan Hari Pahlawan yang diadakan setiap tahun. Dengan ertikata lain, pihak PBPM perlu melipat-gandakan usaha bagi memperolehi sumbanglf dari pihak awam dan swasta dan juga melalui pelaburan dari lain-lain.

Kementerian Pertahanan sentiasa menyokong usaha-usaha murni PBPM asalkan pihak PBPM sendiri dapat bergiat dengan lebih aktif. Sekiranya Kerajaan terus memperuntukkan

sejumlah wang untuk menubuhkan Tabung Kebajikan Bekas Perajurit, saya khuatir hanya akan mematikan semangat dan inisiatif PBPM.

Isu kedelapan, mengenai cadangan supaya pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Bekas Perajurit digantikan oleh bekas perajurit yang lebih arif dengan masalah bekas perajurit untuk mengendalikan Bahagian tersebut adalah satu cadangan yang tidak wajar. Nampaknya Yang Berhormat Senator tidak memahami peranan yang dimainkan oleh Bahagian tersebut yang berfungsi, merancang dan melaksanakan latihan peralihan bagi bakal-bakal bekas perajurit di samping fungsi-fungsi kebajikan yang lain untuk bekas-bekas perajurit. Adalah tidak lojik sama sekali m::usan mereka yang dalam perkhidmatan Angkatan Tentera iaitu bakal-bakal bekas perajurit dikendalikan oleh mereka yang bukan kakitangan Kerajaan.

Sekiranya maksud Yang Berhormat Senator ialah pengendalian kursus­kursus untuk bakal bekas perajurit dijalankan oleh bekas-bekas perajurit yang berkebolehan dan berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu, maka itu adalah satu cadangan yang elok. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat Senator, kursus-kursus keusahawanan, pertanian, perikanan dan lain-lain keusahawanan memanglah diken­dalikan oleh pihak swasta, agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dan juga oleh pihak bank dan institusi­institusi yang lainnya. Dalam hubu­ngan ini ada aktiviti Bahagian Hal Ehwal Bekas Perajurit yang telah diswastakan. Sesiapa sahaja yang berkelayakan boleh memasuki tender menyertai aktivitbaktiviti itu.

Tuan Yang di-Pertua, dari faktor­faktor yang telah dinyatakan, adalah tidak benar bahawa Kementerian Pertahanan telah tidak mengambil berat terhadap nasib dan kehidupan bekas perajurit, bahkan jauh sekali

Page 81: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

685 31 MAC 1988 686

dari sifat "Kacang lupakan kulit" sepertimana yang dinyatakan dengan begitu bersemangat sekali oleh Yang Berhormat Senator Abdul· Hamid. Saya merasa kesal di atas tuduhan­tuduhan Yang Berhormat bahawa Kementerian Pertahanan telah mengabaikan nasib bekas-bekas perajurit. Sebaliknya segala bantuan yang telah dan sedang diberikan oleh Kerajaan kepada Persatuan Bekas Perajurit adalah umpama "Mencurah ,air ke daun keladi".

Harapan dan matlamat Kementerian Pertahanan ialah supaya bekas-bekas perajurit dapat menjalani kehidupan mereka secara berdikari. Demikian juga harapan saya supaya Persatuan Bekas Perajurit Malaysia perlu berdikari, kerana itulah Kerajaan telah membantu Persatuan Bekas Perajurit supaya dapat membantu diri mereka sendiri hidup berdikari untuk seterusnya dapat membantu dan membimbing bekas-beklils perajurit yang lain. Dengan kemudahan dan bantuan yang telali diberikan itu saya yakin dan percaya pihak Persatuan dan Yang Berhormat Senator Abdul Hamid sendiri berupaya meningkatkan prestasi Persatuan bukan sahaja dari segi organisasi dan keahlian tetapi juga yang tidak kurang pentingnya dalam usaha-usaha untuk menambahkan basil pendapatan Persatuan sendiri. Dengan yang demikiari pihak Persatuan perlulah menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman , mereka untuk menambahkan pelaburan dan memperkukuhkan kedudukan pendapatan dan ekonomi Persatuan. Bantuan-bantuan yang telah diberikan itu sepatutnya menjadi asas untuk mengukuhkan kewangan Persatuan dan faedah yang berkekalan kepada bekas-bekas perajurit.

ltulah sahaja, Tuan Yang di-Pertua, jawapan serta ulasan saya terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya harap saya telah menjawab segala

kemusykilan Yang Berhormat ter­hadap Kementerian Pertahanan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Dipersilakan Yang Berhormat.

5.44 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Ong Tin Kim): Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan Titah Di-Raja Duli Yang Maha Mulia selama 3 hari ini, hanya 2 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos, iaitu Yang Berhormat Senator C. Krishnan dan Yang Berhormat Senator Chan Choong Tak.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator C. Krishnan telah membangkitkan bekalan elektrik ke ladang-ladang dan estet-estet. Tuan Yang di-Pertua, memang adalah tanggungjawab . Kerajaan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada kawasan luar bandar termasuk ladang­ladarig dan estet -estet kerana elektrik merupakan satu kemudahan asas bagi rakyat kita. Atas dasar ini adalah menjadi matlamat Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos untuk membekalkan etektrik kepada semua kawasan luar bandar termasuk ladang­ladang dan estet-estet.

Sudi saya memaklumkan kepada ·Dewan yang mulia ini, sehingga hujung tahun 1987, 75% kawasan luar bandar yang meliputi lebih daripada 250 kawasan-kawasan kampung-kampung telah dibekalkan dengan electricity. Sungguhpun ini bukan satu pencapaian yang cemerlang tetapi memandangkan keadaan ekonomi negara kita pada tahun lalu dan pada masa ini, pencapaian ini boleh dikatakan memuaskan.

Walau bagaimanapun, LLN dan Kementerian Tenaga, Telekom dan

Page 82: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

687 31 MAC 1988 688

Pos akan terus menjalankan rancangan-rancangan mereka untuk membekalkan elektrik kepada semua kawasan luar bandar termasuk ladang­ladang dan estet-estet sekiranya keadaan kewangan mengizinkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Chan Choong Tak telah membangkitkan perkara kecekapan Syarikat Telekom Malaysia Berhad selepas ia diswastakan. Tuan Yang di-Pertua, Syarikat Telekom Malaysia diswastakan pada 1hb Januari 1987 iaitu ia diswastakan hanya baru 1 tahun 3 bulan sahaja. Pada saat ini atau masa ini adalah terlalu awal untuk meninjau pencapaiannya: dalam usaha mereka meningkatkan perkhid-matannya. Walau bagaimana-pun, sudi saya memberitahu Dewan yang mulia ini, setelah ia di­swastakan, Syarikat Telekom telah berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan beberapa projek, misalnya Projek Bil Terperinci yang sedang dilaksanakan di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, projek memperkuatkan sistem pengagihan perkhidmatan supaya rakyat mendapat kemudahan telekomunikasi dengan secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan bil telefon yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Chan Choong Tak, memang ada kemungkinan di mana pengguna­pengguna disalahkenakan bayaran yang tinggi tetapi peratusan yang terdapat adalah rendah. Dari 1,000 aduan, terdapat hanya lebih kuramg 2 kesilapan sahaja. Untuk mengelakkan pengenaan bayaran yang salah ke­pada pengguna-pengguna, seluruh pengguna-pengguna dirayu supaya memajukan pengaduan mereka secara bertulis kepada Pejabat Telekom tempatan dan setiap aduan ~ang diterima akan diberi perhatian dan siasatan yang sewajarnya.

Berkenaan dengan pertukaran perkhidmatan telefon yang disentuh oleh Yang Berhormat Senator Chan Choong Tak, sudi saya memberi satu penjelasan kepada Ahli-ahli Yang Berhoi1tJ.at di Dewan yang mulia ini, ada dua keadaan di sini iaitu:

(1) Jika "A" dan "B" tinggal di kawasan yang sama yang melibatkan ibusawat yang sama; "A" boleh membenarkan perkhidmatan telefonnya ke rumah "B" dengan menggunakan nombor telefon yang sama ataupun memohon satu nombor baru yang lain.

(2) Jika "A" dan "B" tinggal di kawasan yang berlainan yang melibatkan ibusawat yang berlainan juga, "A" tidak boleh memindahkan telefonnya ke tempat "B" tetapi beliau mestilah memohon semula untuk memotong perkhidmatan telefon lamanya dan meminta telefon baru di kawasan baru itu.

Jadi, dengan penjelasan ini saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini akan dapat satu gambaran yang tepat berkenaan pertukaran perkhidmatan telefon.

Tuan Yang di-Pertua, adalah dasar Syarikat Telekom Malaysia untuk mementingkan mutu perkhidmatan dan juga perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat jelata. Kemen­terian Tenaga, Telekom dan Pos sen­tiasa mengawal dan meng­awasi pengendalian perkhidmatan telekomunikasi yang pada masa ini dikendalikan oleh syarikat Telekom Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan perkara-perkara, pandangan­pandangan dan syor-syor yang saya tidak dapat menyentuh di sini, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos akan mengambil perhatian dan akan menimbangkan dengan seteliti­telitinya. Sekianlah sahaja, saya ucapkan terima kasih.

Page 83: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

689 31 MAC 1988 690

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian untuk menggulung jawapan. Dipersilakan.

5.51 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ferima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi teguran, cadangan dan pandangan yang membina dalam perbahasan mengenai Titah Ucapan Di-Raja, khususnya mengenai perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Yang Berhormat Senator Tuan Tiong Hiew King telah mengesyorkan supaya kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China mewujudkan perdagangan dua hala untuk kebaikan bersama dan melonggarkan syarat-syarat lawatan di kedua-dua negara tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China telah pun bersetuju untuk mengadakan perjanjian perdagangan di antara kedua buah negara. Hasil dari persetujuan ini, Yang Berhormat Menteri Perdagangan dan Perindustrian akan menandatangani perjanjian . perdagangan dengan Menteri Perdagangan Luar dan Ekonomi RRC di Beijing pada 1hb April, 1988 iaitu hari esok.

Berhubung dengan syarat-syarat lawatan yang dikenakan ke atas ahli­ahli perniagaan Malaysia yang ingin melawat RRC dan ahli-ahli perniagaan RRC yang ingin melawat Malaysia, Kerajaan telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melonggarkan syarat-syarat yang dimaksqdkan.

Yang Berhormat Senator Tuan G. Rajoo mengesyorkan agar diatur

rombongan perdagangan ke luar negeri bagi menggalakkan pengeksportan basil-basil pertanian dan komoditi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah-langkah tersebut telah dan sedang diatur oleh pihak Kementerian Perdagangan dan Perindustrian melalui Pesuruhjaya­pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di luar Aegeri. Sebagai contoh, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah turut serta di dalam rombongan-rombongan perdagangan yang lalu. Untuk rombongan-rombongan yang akan datang, pihak F AMA, pengeluar­pengeluar dan pengeksport-peng­eksport yang berkenaan akan turut dijemput bagi menggalakkan eksport keluaran-keluaran pertanian Malaysia khususnya buah-buahan tempatan. Di samping itu, Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia turut juga mengaturkan program-program bagi aturcara lawatan, perjumpaan-perjumpaan serta seminar-seminar bagi rombongan perdagangan serta rombongan teknikal yang dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Utama, MTIB dan Lembaga Penyelidikan Getah Malaysia.

Sememangnya menjadi tugas utama Pesuruhjaya Perdagangan di luar negeri untuk mencari dan mendapatkan pasaran-pasaran bagi barangan eksport termasuk pasaran bagi basil-basil pertanian dan komoditi. Dalam hal ini, Pesuruhjaya Perdagangan sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengimport-pengimport, gedung­gedung perniagaan dan pegawai­pegawai Kerajaan di negara-negara tersebut, bagi mempengaruhi dan meyakinkan mereka agar men­dapatkan bekalan dan mengimport barangan keperluannya dari Malaysia. Di samping itu, Pesuruhjaya Perdagangan juga membuat kajian pasaran terperinci mengenai prospek barangan eksport Malaysia bagi menembusi pasaran antarabangsa.

Page 84: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

- - -~--~~-~~~-~~~~~-

691 31 MAC 1988 692

Pesuruhjaya Perdagangan juga dari masa ke semasa membantu pengeksport-pengeksport Malaysia yang melawat negara-negara di bawah jagaan mereka dengan mengaturkan pertemuan-pertemuan dengan pembeli-pembeli di negara berkenaan.

Yang Berhormat Tuan G. Rajoo juga telah mengesyorkan agar Kerajaan menentukan mutu barangan keluaran Malaysia sentiasa berada di tahap yang tinggi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa memberi galakan kepada pengeluaran barang-barang yang bermutu tinggi, sama ada untuk jualan tempatan ataupun untuk eksport. Adalah didapati bahawa semakin ramai pengeluar sucfah mula sedar akan pentingnya menghasilkan barangan yang bermutu untuk membolehkan mereka bersaing di dalam pasaran oleh kerana sekarang terdapat lebih ramai pengguna yang mengutamakan mutu bagi barangan yang mereka beli. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan di dalam aspek mutu melalui SIRIM yang telah mewujudkan piawaian bagi berbagai jenis barangan untuk digunakan oleh pengeluar-pengeluar. Barang-barang yang dieksport dari Malaysia biasanya perlu menepati mutu yang telah ditetapkan oleh negara yang mengimport barangan tersebut. Oleh itu, pengeksport-pengeksport yang tidak dapat memenuhi keperluan ini dengan sendirinya tidak dapat mengeksport barangan mereka.

Tuan Yang- di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abu Bakar Lajim atas perhatian dan pandangan beliau mengenai usaha­usaha Kerajaan untuk membangunkan sektor perkilangan dan perdagangan keseluruhannya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam melaksanakan Pelan lnduk Perindustrian;· .Kerajaan telah menubuhkan 12 Pasukan Petugas

di mana tiap-tiap satu menumpukan kepada sesuatu kumpulan industri tertentu berpandukan kepada saranan Pelan Induk Perindustrian.

Semenjak Pasukan-pasukan Petugas Perindustrian tersebut ditubuhkan pada bulan Jun, 1986, aktiviti-aktiviti tiap-tiap Pasukan Petugas adalah menggalakkan. Pasukan-pasukan Petugas yang dianggotai oleh wakil­waltil dari sektor Kerajaan dan swasta itu bukan sahaja meneliti dan melaksanakan perakuan~perakuan yang terdapat di dalam Pelan lnduk Perindustrian malahan turut meninjau mengenai masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh tiap-tiap kumpulan industri. Masalah-masalah itu termasuklah masalah yang dialami kesan dari peraturan Kerajaan, cukai import, cukai jualan, bekalan bahan mentah dan sebagainya. Pasukan­pasukan Petugas juga membuat perbandingan mengenai prestasi eksport dan import bagi sesuatu kumpulan industri dengan yang diramalkan oleh Pelan Induk Perindustrian untuk mendapatkan gambaran prestasi pembangunannya. Adalah dijangkakan melalui usaha­usaha yang sedang dilaksanakan oleh Pasukan-pasukan Petugas Per­industrian ini, sektor pekilangan negara akan dapat ditingkatkan lagi tahap pembangunannya.

Mengenai cadangan yang Berhormat Senator Tuan Haji Abu Bakar Lajim supaya kajian yang mendalam dilakukan mengenai prospek serta sesuatu keluaran yang dihasilkan, saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan memang menyedari kajian sebegini amatlah diperlukan terutamanya bagi memastikan keluaran-keluaran tersebut dapat dihasilkan secara ekonomik dan- dapat bersaing di pasaran. Kerajaan juga akan melaksanakan kajian ke atas beberapa jenis keluaran yang ditentukan.

Yang Berhormat Senator Haji Abu Bakar Lajim juga menyentuh tentang

Page 85: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

693 31 MAC 1988 694

bidang-bidang pembangunan yang boleh diterokai oleh industri kecil dlm sederhana.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan memang menyedari bahawa kumpulan industri ini adalah penting dan sangat diperlukan di dalam menentukan pembangunan perindustrian secara keseluruhannya. Kumpulan industri tersebut sentiasa memberi sokongan, terutama dari segi bekalan bahan mentah, komponen-komponen serta perkhidmatan untuk membangunkan industri-industri besar. Meman-dangkan hakikat inilah maka Kerajaan telah memasukkan perancangan mengenai kumpulan industri tersebut di dalam Pelan Induk Perindustrian. Adalah diharapkan melalui langkah tersebut, pembangunan industri kecil dan sederhana serta industri besar dapat digandingkan bersama demi untuk memajukan sektor pekilangan negara. Bagi menentukan perancangan dan pembangunan industri kecil dan sederhana yang lebih kemas dan teratur, Kerajaan sedang mengkaji bantuan-bantuan serta kemudahan­kemudahan tambahan untuk membangunkan industri tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay menimbulkan masalah keraguan pelabur-pelabur asing tentang permit kerja yang diberikan kepada jawatan­jawatan penting "key-posts" sahaja.

Saya ingin menjelaskan bahawa baru-baru ini Kerajaan telah pun melonggarkan dasar pengambilan pegawai-pegawai ekspatriat. Di bawah dasar baru ini, sekiranya pelaburan asing itu melebihi modal berbayar asing US$2 juta, mereka secara otomatiknya dibenarkan mempunyai lima jawatan ekspatriat, di mana kelima-limanya boleh terdiri dari "key-posts". Di samping itu jawatan-jawatan ekspatriat yang lain boleh

dipertimbangkan apabila dipohon oleh pihak pelabur.

Di bawah dasar ini juga, pas-pas kerja diluluskan bagi tempoh jawatan tersebut, tertakluk kepada tempoh maksimanya selama 10 tahun. Di samping itu juga, pemegang pas kerja ini diberi "multiple entry visa" yang juga laku bagi tempoh yang sama, bertujuan untuk memudahkan pelabur-pelabur asing menjalankan operasi mereka dan melindungkan kepentingan mereka di sini. Dengan adanya dasar baru ini, negara kita dapat bersaing dengan lebih berkesan dengan negara-negara jiran dalam menggalakan lebih banyak pelaburan asing mengalir ke negara ini.

Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee telah mencadangkan agar Kerajaan memberi insentif dan galakkan kepada pelabur-pelabur tempatan sepertimana yang diberikan kepada pelabur-pelabur asing.

Saya ingin menyatakan bahawa untuk menggalakkan pertumbuhan pelabur-pelabur tempatan, Kerajaan menawarkan galakan-galakan seperti yang terdapat di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 sama seperti yang diberikan kepada pelabur­pelabur asing. Pemberian galakan sama ada kepada pelabur-pelabur tempatan atau asing adalah bergantung pada jenis projek yang dicadangkan.

Yang Berhormat Senator Hassan Harun membangkitkan tentang pembangunan perindustrian di negeri Kelantan yang dikatakan tertumpu kepada industri pinggiran sahaja dalam Pelan lnduk Perindustrian.

Saya ingin menyatakan bahawa di bawah Pelan Induk Perindustrian, negeri Kelantan telah dikenalpasti untuk pembangunan perindustrian, memandangkan infrastruktur yang telah wujud di negeri tersebut. Oleh itu, negeri Kelantan telah diletakkan di bawah Mini Koridor yang akan diberi tumpuan pembangunan perindustrian

Page 86: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

695 31 MAC 1988 696

sejajar dengan "Western Corridor". Walau bagaimanapun, penempatan sesuatu projek perkilangan adalah terpulang kepada pengusaha­pengusaha sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan yang dapat saya berikan kepada beberapa isu tertentu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidangkuasa Kementerian . Per­dagangan dan Perindustrian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita menyambung jawapan-jawapan dari Yang Berhormat Menteri-menteri sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di J abatan Perdana Menteri untuk mengemukakan satu Usul di Dewan yang mulia ini. Dipersilakan.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN D~ADAPERATURAN

MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa walau apapun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Persidangan Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong atas Titah Ucapan Baginda pada masa membuka Penggal Kedua, Parlimen Ketujuh telah dipersetujui dan diluluskan.

Tuan ~~Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan Masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul atas nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi diputuskan, Bahawa walau apapun peruntukan Mesyuarat 11, persidangan Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Ucapan Baginda pada masa m.embuka Penggal Kedua, Parlimen Ketujuh, dipersetujukan.

Usul dikemukan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apapun perun­tukan Peraturan Mesyuarat 11, Persidangan Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Ucapan Baginda pada masa membuka Penggal Kedua, Parlimen Ketujuh telah dipersetujui dan diluluskan.

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA D.Y.M.M. SERI PADUKA

BAGINDA YANG DI-PERTUAN A GONG

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang giliran Kementerian·Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, dipersilakan Yang Berhormat untuk meng­gulungkan jawapan.

6.08 ptg.

Timbalan Menteri Kenuijuan Tanah dan Kemajuan WUayah (Dato Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun memohon izin untuk memberi sedikit penjelasan di atas beberapa perkara yang dibangkitkan sepanjang perbahasan ke atas Titah Di-Raja.

Page 87: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

697 31 MAC 1988 698

Yang Berhormat Senator Haji Abdul Majid telah membangkitkan soal mengenai perkampungan nelayan di Tanjung Balau di KEJORA yang dikatakan tidak begitu tersusun.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya jelaskan iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA) memang mempunyai satu projek untuk memudahkan para nelayan menangkap ikan di kawasan tersebut. Para nelayan itu menangkap ikan mengikut musim. Mereka datang dari beberapa kampung daripada seKitar kawasan itu. Pada masa ini nelayan­nelayan itu ditempatkan di rumah­rumah dan bangsal-bangsal sementara.

Suka saya maklumkan iaitu KEJORA telah menguntukkan $1.71 juta bagi melaksanakan satu perkampungan bagi nelayan-nelayan tersebut. Di bawah projek ini, KEJORA sedang mendirikan 20 buah rumah nelayan dan 5 buah asrama. Rumah-rumah tersebut diberikan kepada nelayan-nelayan yang berkelayakan. Cara pembelian sama ada dijual terus atau disewa-beli akan diputuskan. Harga untuk sesebuah rumah itu ialah kira-kira $12 ribu dan mereka akan dikenakan bayaran antara $40.00 hingga $50.00 sebulan selama 25 tahun.

Pemilihan telah pun dibuat ke atas nelayan-nelayan yang sesuai dan mereka. itu akan dipindahkan ke tempat tersebut dalam bulan Julai tahun ini juga.

Kemudahan asrama pula akan disewa dengan kadar yang munasabah kepada nelayan-nelayan yang datang menangkap ikan tetapi tidak mahu menetap di situ dan asrama itu juga akan disewa kepada para pelancong apabila nelayan tidak menangkap ikan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada menyediakan kemudahan perumahan itu KEJORA juga mendirikan sebuah jeti kecil berharga kira-kira $30,000 untuk memudahkan

nelayan-nelayan mendarat basil tangkapan mereka, kemudahan­kemudahan tempat berniaga juga disediakan dengan pembinaan 5 buah gerai, sebuah pasar kecil dan sebuah restoran yang sederhana dan keutamaan akan diberikan kepada Koperasi ataupun Persatuan Nelayan di tempat itu untuk menguruskan perniagaan di tempat-tempat tersebut. Selain daripada itu kemudahan­kemudahan rekreasi juga disediakan untuk mereka yang berkunjung ke tempat tersebut seperti tempat-tempat rehat, taman permainan kanak-kanak dan sebuah muzium nelayan yang sederhana di ma~a akan ditempatkan alat kelengkapan tentang kehidupan dan cara hidup para nelayan kita.

Kesimpulan keseluruhan projek ini bukan sahaja akan menyediakan kemudahan-kemudahan kepada para nelayan tetapi dalam masa yang sama ianya akan cuba dijadikan sebagai tempat untuk menarik para pelancong dan pusat pertumbuhan ekonomi khususnya bagi mereka yang berada di tempat tersebut dan sekitarnya.

Mengenai projek mewujudkan perkhidmatan feri di antara Singapura dengan Tanjong Belunku yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, suka saya jelaskan iaitu pada awalnya projek ini hendak dikendalikan oleh KEJORA tetapi sekarang ianya diuruskan oleh Lembaga Pelabuhan Negeri Johor. Kita berharap dengan adanya kemudahan ini nanti, ianya akan dapat memudahkan para pelancong untuk datang ke Desaru dan mencetuskan kegiatan ekonomi yang baru di tempat tersebut bagi membolehkan penduduk-penduduk tempatan mengambil bahagian seberapa banyak yang mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, suka juga saya menjelaskan sedikit mengenai masalah menyalurkan kemudahan-kemudahan asas khususnya jalan-jalan di rancangan-rancangan FELDA.

Page 88: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

699 31 MAC 1988 700

Kemudahan-kemudahan tm di­laksanakan menerusi penyelarasan dan kerjasama jabatan-jabatan Kerajaan yang berkenaan. Berbagai persoalan dari sudut peruntukan, peralatan dan keupayaan agensi-agensi berkenaan boleh memberi kesan kepada kesempurnaan kerja-kerja ter­sebut.

. Mengenai jalan-jalan dalam perkampungan FELDA, suka saya nyatakan buat masa ini tidak ada rancangan untuk menaikkan taraf jalan-jalan tersebut. Namun demikian pihak Kementerian sedang mengusahakan bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan daripada Kerajaan supaya dapat dinaikkan jalan-jalan tersebut. Jalan-jalan yang ditar sekarang hanyalah jalan-jalan masuk ke rancangan sahaja. Bagi tahun ini sejumlah $38.7 juta akan dibelanjakan untuk tujuan demikian. Kerja-kerja untuk membaiki dan menyenggarakan jalan-jalan yang telah rosak dibuat dari satu masa ke satu masa. Saya akan cuba mengikhtiarkan mengenai jalan di FELDA Pasir Raja seperti dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu.

Mengenai kemudahan kesihatan pula di dalam rancangan-rancangan FELDA, suka saya menyatakan iaitu perkhidmatan tetap dalam bentuk pusat kesihatan dan Klinik-klinik Desa terdapat di 173 rancangan daripada 290 rancangan yang berpeneroka di akhir tahun 1987. Kemudahan ini diguna sama oleh penduduk dari 46 rancangan lain yang berkongsi kawasan kampung yang sama. Sementara itu peneroka­peneroka di 70 rancangan lain mendapat perkhidmatan kesihatan melalui Klinik Desa sementara klinik bergerak ataupun klinik-klinik di kampung tradisional yang berdekatan dengan rancangan-rancangan terse but.

Pihak Kementerian sentiasa memberikan perhatian kepada masalah kesihatan ini termasuklah

menaikkan tarafnya dari satu masa ke satu masa. Walau bagaimanapun saya suka menekankan iaitu keutamaan diberikan kepada rancangan-rancangan baru yang lebih memerlukan perkhidmatan tersebut.

Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom telah membangkitkan masalah penutupan Pusat Pembangunan pekebun­pekebun Kecil ataupun PPPK yang dikelolakan oleh RISDA.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya jelaskan iaitu PPPK ini ditubuhkan di merata tempat di negara kita ini untuk membantu dan menolong pekebun­pekebun kecil di dalam urusan mereka. Kita . memang seberapa yang terdaya menggalakkan dan mendorong pekebun-pekebun kecil .gupaya menggunakan kemudahan-kemudahan ini. Dan kalau ada pun pusat-pusat yang ditutup dan kita pun maklum ada pusat-pusat yang ditutup ianya bukanlah disebabkan oleh soal­soal masalah timbang-menimbang ataupun urusan penjualan dan pembelian getah di peringkat pusat terse but.

Sebenarnya perkara ini berlaku kerana keadaan dan tekanan yang dialami oleh pekebun-pekebun kecil itu sendiri di dalam usaha mereka untuk hidup dan ini mengakibatkan kepada di banyak tempat pekebun-pekebun kecil telah tidak menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dan akhirnya pusat-pusat tersebut ditutup dan saya suka menegaskan di sini iaitu dalam urusan untuk membantu dan menolong pekebun-pekebun kecil, RISDA tidak pernah mengenakan apa juga bentuk tekanan kepada pekebun­pekebun kecil, di sebaliknya kita sentiasa memberikan dorongan, memberi ransangan kepada pekebun­pekebun kecil dengan harapan kita akan dapat membantu mereka khususnya bagi meningkatkan pendapatan dan menyelesaikan apa

Page 89: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

701 31 MAC 1988 702

juga masalah-masalah yang dihad~pi oleh pekebun-pekebun kecil kita ini.

Mengenai tentang harga getah yang ditawar oleh FELDA pula kepada peneroka-peneroka, saya suka jelaskan iaitu penentuan harga yang ditawarkan oleh FELDA kepada peneroka-peneroka adalah berasas~an kepada harga purata yang ditawarkan dalam bulan ter*but. Bagi susu getah, tawaran harga adalah ditentukan dengan purata barga RSS 1 pada bulan tersebut setelah menolak kos ses dan tanaman semula Kerajaan serta kos memproses sebanyak 12 sen. Bagi getah sekerap pula harga ditentukan dengan berdasarkan harga purata SMR20 pada bulan itu juga ianya juga perlu ditolak dengan kos-kos seperti ses dan tanaman semula serta memproses sebanyak 29 sen.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menjelaskan di ;sini iaitu berdasarkan kepada angka-angka yang ada· di Kementerian sekarang ini, walaupun di satu ketika dahulu para peneroka terutama sekali di dalam rancangan­rancangan sawit telalJ. mengha4api berbagai masalah akibat dari pengaruh harga di pasaran tetapi peneroka­peneroka yang terlibat di dalam pengeluaran getah tidak berdepan dengan persoalan-persoalan sangat kerana pada keseluruhannya keadaan harga getah kita . adalah lebih stabil kalau dibandingkan dengan harga kelapa sawit.

Namun demikian pihak Kementerian khususnya FELDA sentiasa meneliti akan apa juga perkembangan dari satu masa ke satu masa bagi mempastikan peneroka­peneroka baik dalam rancangan getah mahu pun dalam rancangan kelapa sawit mendapat pulangan yang wajar daripada usaha-usaha yang mereka usahakan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Menteri Pertanian untuk menjawab.

6.20 ptg.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon izin untuk menjawab bagi pihak Yang Berhormat Menteri Pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi pihak Yang Berhormat Menteri Pertanian yang telah memberi pandangan dan teguran terhadap Kementerian Pertanian semasa perbahasan atas Titah Di-Raja.

Yang Berhormat Tuan Chan Choong Tak telah membangkitkan masalah banjir di bandar Seremban apabila berlaku hujan lebat. Sukacita dimaklumkan di sini bahawa untuk mengatasi masalah banjir tersebut, sebuah projek tebatan banjir sedang dilaksanakan oleh J abatan Parit dan Taliair. Setakat ini, komponen pertama projek 101 melibatkan pembinaan saluran Sungai Temiang dari Kuala Sungai Linggi hingga Jalan Temiang di sebelah hulu sepanjang lebih kurang 4,860 meter dan juga cabangnya hingga ke Jalan Tun Dr Ismail di sebelah hujung sepanjang lebih kurang 2,150 meter serta sebuah jambatan keretapi.

Oleh kerana peruntukan yang terhad, kerja-kerja yang dijadualkan untuk dilaksanakan di bawah program Rancangan Malaysia Kelima ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

Package I -membina saluran Sungai Temiang dari kualanya di Sungai Linggi hingga ke Jalan Rasah sepanjang lebih kurang 1,433 meter;

Package II -membina sebuah jambatan keretapi;

Page 90: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

---~----~-~~---~------

703 31 MAC 1988 704

Package III -membina saluran Sungai Temiang dari J alan Rasah hingga ke J alan Lintang sepanjang lebih kurang 1,323 meter.

Kerja-kerja pembinaan fisikal bermula pada awal tahun 1986 dan setakat ini kemajuan yang dicapai bagi Package I adalah sebanyak 50%, Package II 22% dan Package III 55% . Keseluruhan projek ini memerlukan peruntukan berjumlah lebih kurang $21 juta.

Mengenai masalah yang dibangldtkan oleh Ahli Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay berhubung dengan kemungkinan penternak-penternak babi di Singapura memindahkan ladang­ladang mereka ke Malaysia akibat daripada penutupan ladang-ladang di negara tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan sedang meneliti perkembangan yang berlaku dan akan mengkaji cadangan-cadangan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Haiwan hanya menggalak):c.an pemeliharaan babi tempatan sahaja. Di samping itu, pihak Perkhidmatan Haiwan juga terpaksa memberi perhatian serta akan mengambil tindakan bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Berhubung dengan masalah lanun yang mengganggu nelayan-nelayan di perairan Sabah khususnya di Lahad Datu dan Semporna yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Pandikar Amin bin Haji Mulia, sukacita dimaklumkan bahawa langkah-langkah telah dan sedang diambil . untuk memperketatkan kawalan di kawasan perairan tersebut.

Pihak Kerajaan memberi jaminan bahawa orang ramai termasuk nelayan­nelayan tidak perlu bimbang kerana

langkah-langkah kawalan kese­lamatan yang ketat telah diambil. Dalam hubungan ini, para nelayan diseru memberikan laporan segera kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan serta-merta diambil. Untuk makluman Yang berhormat, daripada maklumat terakhir yang diterima, menunjukkan keadaannya terkawal.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak yang Berhormat Menteri Pertanian mengucapkan berbanyak­banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan teguran terhadap Kementerian Pertanian.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk memberikan jawapan. Dipersilakan.

6.24 ptg.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Dato' Amar Stephen Yong Kuet Tze): Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan ke atas Titah Ucapan Di-Raja di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim telah membangkitkan soal penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi serta taman teknologi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas minat beliau di dalam perkara sains dan teknologi dan saya bersetuju ia adalah satu alat yang penting bagi mewujudkan satu masyarakat yang modern di Malaysia. Tambahah lagi aktiviti penyelidikan dan pem­bangunan a tau (R & D) merupakan teras kepada pembangunan industri dan seterusnya kepada kestabilan ekonomi.

Berkenaan dengan soal penubuhim taman teknologi atau technology park, dengan izin, sukacita saya maklumkan

Page 91: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

705 31 MAC 1988 706

bahawa technology park ini akan ditempatkan di Bandar Tun Abdul Razak di atas sebidang tanah seluas 50 ekar. Kerajaan telah memperuntukan sejumlah $20 juta di bawah Rancangan Malaysia Kelima kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bagi melaksanakan projek Taman Teknologi. Bagi tahun ini sejumlah $4.1 juta telah diperuntukkan bagi maksud Pembangunan dan Mengurus.

Pada masa kini usaha sedang dijalankan untuk menyediakan pelan induk bagi Taman Teknologi. Sementara itu sebanyak 10 unit rumah kedai telah disewa daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk maksud unit-unit incubator sernentara. Setakat ini sebanyak 4 buah syarikat telah menunjukkan minat serta memohon untuk menyertai program di unit-unit incubator itu. Syarikat­syarikat tersebut akan menjalankan aktiviti-aktiviti R & D mengikut matlamat Taman Teknologi yang sedang diusahakan. Dengan adanya sebuah Taman Teknologi itu para saintis dan syarikat-syarikat tempatan akan menumpukan usaha mereka ke arab teknologi baru dan tinggi supaya kemajuan sains dan teknologi di negara kita mencapai tahap yang boleh dibanggakan serta dapat membawa kesan yang berfaedah kepada rakyat dan negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan memberikan jawapan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

6.27 ptg.

Menteri Pendidikan (Tuan Anwar bin Ibrahim): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, teguran dan cadangan bagi meningkatkan serta memperbaiki prestasi Kementerian Pendidikan seterusnya.

Yang Berhormat Senator G. Rajoo membangkitkan soal pembekalan guru bahasa Tamil yang cukup untuk program KBSM.

Saya ingin menjelaskan bahawa bilangan setakat ini adalah mencukupi dan langkah-langkah yang diambil segera ialah untuk memastikan agar guru-guru yang mengajar bahasa Tamil itu dilatih dengan secukupnya dan dengan cara yang menjamin agar pengambilan pelatih option pengajian Tamil ke .Maktab-maktab Perguruan diganda bagi tahun-tahun berikutnya.

Beliau juga mencadangkan supaya red tape, dengan izin, dalam menubuhkan kelas bahasa Tamil dipermudahkan. Perlu diberikan penjelasan di sini bahawa kita masih terikat dengan peruntukan Akta Pelajaran, 1961 yang menuntut bahawa kelas-kelas ini, bahasa Tamil dan bahasa Cina boleh diwujudkan sekiranya ada permintaan daripada 15 orang ibubapa. Bukanlah maksud Kementerian untuk mempersulitkan. Namun dalam program KBSM bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diadakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Senator G. Rajoo juga telah meminta supaya perlantikan Penyelia Sekolah Tamil di Perak dibatalkan atas alasan beliau tidak mempunyai kelayakan. Setakat yang difahamkan beliau sebenamya mempunyai kelulusan bahasa Tamil di peringkat School Certificate dan kita anggap kelayakan ini adalah mencukupi. Lagi pun tiap-tiap kerja yang ditugaskan itu tidak terletak hanya kepada seorang tetapi dibantu oleh satu pasukan di bawah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

Beliau juga membuat teguran kerana terdapat guru India dari Sekolah Inggeris yang tidak mempunyai pendidikan bahasa Tamil dinaikkan pangkat menjadi guru besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Tuduhan ini adalah tidak benar

..

Page 92: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

---- ~----------------

707 31 MAC 1988 708

kerana semua guru yang dinaikkan pangkat walaupun tidak dari aliran Tamil tetapi mereka mempunyai kelayakan bahasa Tamil di peringkat SRP, SPM, STPM dan Kementerian Pendidikan merasakan kelayakan ini adalah mencukupi.

Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay meminta Kementerian supaya tapak sekolah SRJK (C) Bachang diwujudkan. Perlu dijelaskan bahawa SRJK (K) Bachang adalah sekolah bantuan bukan milik Kerajaan dan oleh demikian perkara tapak sekolah adalah di bawah urusan Lembaga Pengurus Sekolah dan tuan tanah. Permohonan oleh pihak sekolah boleh dipertimbangkan mengikut keupayaan Kementerian dan Kerajaan.

Yang Berhormat Pandikar Amin Haji Mulia meminta supaya masalah guru besar yang sudah lama berkhidmat dan berpengalaman dan tidak dinaikkan pangkat diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah memberikan jaminan bahawa guru­guru besar yang mempunyai pengalaman tetapi tidak menunjukkan prestasi yang cukup baik akan tetap diberikan pertimbangan khas kerana pengalaman mereka dan dedikasi mereka tetapi peraturan dari segi Skim Perkhidmatan sekarang tidaklah boleh dilonggarkan kerana kita juga memikirkan kepentingan pelajar­pelajar keseluruhannya. Saya ingin memberi jaminan bahawa pertimbangan pengalaman dan umur diberikan walaupun tidak merupakan suatu kriteria atau ukuran yang mutlak.

Beliau juga telah meminta supaya perpustakaan diadakan di semua sekolah. Memang selama ini lebih~ lebih lagi sejak tahun 1973 semua sekolah rendah dan menengah baru diberikan kemudahan bilik dan ruang untuk perpustakaan. Walaupun ini dianggap belum cukup memuaskan

· tetapi boleh diatasi dari peringkat ke peringkat.

Yang Berhormat Senator Haji Nasir berpendapat pendidikan pra sekolah sekarang ini tidak terkawal. Sebenarnya, kenyataan ini adalah benar kerana dalam sistem sekarang ini pendidikan pra sekolah tidak termasuk dalam sistem pendidikan statutory atau sistem pendidikan biasa mengikut Akta Pelajaran 1961. Kerajaan sedang menimbang untuk memastikan agar diperkenalkan pindaan kepada Akta yang memperuntukkan suatu bab atau peruntukan mengenai pra sekolah agar dapat diawasi pendaftaran dan mutu pra sekolah tersebut.

Yang Berhormat Senator Tan Chai Ho meminta supaya pengambilan guru-guru pelatih ditambah. Pengambilan sebenarnya telah pun ditambah berlibat kali ganda. Sebagai contoh pada tahun 1984, 3,588 orang guru pelatih diambil di peringkat rendah. Pengambilan tahun 1987 ialah 8,174 orang.

Yang Berhormat Senator Valli Muthusamy melahirkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengajaran Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah Tamil dan oleh demikian beliau mencadangkan agar waktu pengajaran

L Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah tersebut ditambah. Kementerian sedang menimbangkan cadangan ini. Walau bagaimanapun, mutu pe­nguasaan Bahasa Malaysia di Sekolah­sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) meningkat dari masa ke semasa. Ini adalah dengan langkah di antara lain dengan menempatkan guru yang layak dan sesuai dan mengadakan waktu dan kemudahan yang mencukupi. Tetapi eloklah kita tekankan bahawa di antara masalah yang dihadapi oleh Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) dan (Tamil) ialah kerana Bahasa Malaysia tidak digunakan dengan lebih meluas dalam urusan sekolah dalam ucapan-ucapan guru besar dan guru-guru dan juga dalam kegiatan yang melibatkan

Page 93: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

709 31 MAC 1988 710

penyertaan PIBG, berbeza dengan apa yang dilakukan di sekolah-sekolah kebangsaan.

Yang Berhormat Senator Haji Abdul Majid Abdullah memberikan pandangan bahawa sis~m KBSR telah mengakibatkan jurang di antara pelajar yang cerdik dan kurang itu agak kian melebar. Walaupun saya tidak mahu mempertikaikan pendapat Yang Berhormat tetapi semua kajian dilakukan sama ada di Kementerian ataupun kajian bebas yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia melaporkan di sebaliknya, bahawa sistem KBSR secara umum, purata telah melahirkan pelajar-pelajar yang lebih baik dari segi penguasaan bahasa, kecerdasan membaca, menulis dan mengira, melainkan Yang Berhormat memberikan laporan yang lain bolehlah kita kaji dan teliti.

Yang Berhormat juga telah mencadangkan agar lagu Setia itu dinyanyikan di sekolah. Sebenamya, sekolah ini banyak sekali lagu-lagu Setia dan ada yang melahirkan bimbang kerana terlampau banyak lagu yang dinyanyikan. Setakat ini lagu Setia adalah di antara lagu yang popular di sekolah-sekolah. Kita tidak berhajat untuk membuat araban kerana secara spontan anak-anak dan guru-guru cenderong menyanyi lagu Setia, cuma sebahagian dari kita sahaja belum mertghafalnya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat R. M. Jasni telah membangkitkan mengenai program gerakan Cintailah Bahasa Kita dan pelaksanaan dasar pendidikan Kebangsaan yang akan diberikan pertimbangan dan penelitian oleh pihak Kementerian. Tetapi mengenai cadangan beliau supaya bahasa Inggeris yang disebut comprehension English, dengan izin, dan tidak English untuk . komunikasi diper­kenalkan di sekolah, saya ingin menjelaskan bahawa Kementerian kurang bersetuju kerana pada hemat

kita sekiranya bahasa Inggeris diperkenalkan, yang kita tekankan ialah kedua-duanya sekali agar pelajar menguasai bahasa dan mampu bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris. Tidak ada sebab mengapa anak-anak kita setelah diperkenalkan bahasa Inggeris sejak peringkat rendah sehingga menengah tidak dapat menguasai bahasa itu dengan baik.

Yang Berhormat Senator Tan Chai Ho melahirkan rasa bimbang beliau kerana polarisasi kaum yang berlaku, termasuk di sekolah. Sebarang langkah yang positif telah diambil oleh J abatan Pendidikan Daerah dan Negeri termasuk mengadakan program interaksi, kesukanan, kebudayaan, pendidikan di antara sekolah pelbagai jenis dan saya harap pihak Lembaga Pengurus Sekolah masing-masing dan PIBG memberikan sokongan terhadap usaha-usaha terse but.

Yang Berhormat Senator Haji Shaharom Maasom ingin mengetahui sama ada benar politeknik di Batu Pahat itu sudah retak setelah digunakan setahun. Memang kenyataan beliau itu benar, bangunan itu agak retak walaupun mengikut laporan jurutera JKR tidak merbahaya, namun Kementerian Pendidikan mengambil keputusan meminta supaya semua pelajar politeknik meninggalkan bangunan tersebut sehingga kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Beliau juga menimbulkan soal siswazah menganggur dan merasa hairan bagaimana siswazah yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sungguhpun mereka ini telah mendapat pendidikan tinggi.

Soalnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah pendidikan diberikan. Kalau dia belajar major dalam fizik kemudian mahu menjadi peniaga, ini tidak semudah sekiranya beliau belajar

Page 94: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

711 31 MAC 1988 712

bidang pemiagaan, babkan kalau pun dia menuntut dala:m bidang pemiagaan, modal tidak ada ataupun kemudahan dan peluang tidak ada,

_ masib seseorang siswazab itu mengbadapi masalab. Kalau seseorang itu terlatib dalam bidang sains dan pendidikan sekiranya kita tidak memberikan peluang menjadi guru, sukar untuk mereka melibatkan diri dalam bidang-bidang yang lain. Wala11 bagaimanapun, elok saya jelaskan bahawa ramai siswazab sains yang menjadi petani, ramai siswazab sains yang menjadi peniaga kecil dan dengan ilmu yang mereka perolebi sebingga ke peringkat universiti itu telab membolebkan mereka lebib gigib dalam bidang yang mereka terokai.

Saya ingin sekali lagi mengulangi kenyataan saya untuk melabirkan rasa bangga kerana teguran yang bemas yang disampaikan oleb Abli-abli Yang Berbormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berbormat Timbalan Menteri Luar Negeri untuk menjawab, dipersilakan.

6.41 ptg.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Tob Muda Dr AbduUab Fadzil bin Cbe Wan): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasib kepada Abli-ahli Yang Berbormat yang telab membuat teguran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri semasa perbabasan di atas Titab Ucapan Di-Raja oleb Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, menyentub saranan Yang Berbormat Tuan Haji Abu Bakar Lajim, saya ingin merakamkan terima kasib di atas syor dan cadangan yang dikemukakan oleb beliau. Kementerian Luar Negeri telab mengambil makluman ·syor-syor yang dikemukakan dan saya ingin menyatakan di sini babawa adalab menjadi dasar luar kita menggerakkan

bubungan luar bagi memper-tingkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lebib pesat di negara ini. Dalam bubungan ini, Pegawai­pegawai · Kementerian Luar Negeri y~ng bertugas di seberang laut s~memangnya dilepgkapkan dengan maklumat -maklumat, araban-araban serta garispanduan dalam usaha memperbebatkan bubungan­bubungan yang dapat membantu mempergiatkan aktiviti-aktiviti ekonomi negara kita.

Koordinasi antara Jabatan-Jabatan dan Kementerian-kementerian untuk menyelaraskan peningkatan aktiviti ekonomi juga telab dilaksanakan dengan berkesan melalui mesyuarat­mesyuarat J awatankuasa Penyelarasan Ekonomi yang sedia ada. Kementerian juga mengbantar beberapa pegawai untuk menjalani kursus panjang dan pendek di dalam dan di luar negeri dalam bidang ekonomi untuk menambab lagi prestasi kerja-kerja mereka ..

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berbormat Tuan Haji Abu Bakar Lajim juga mebuat teguran mengenai kerjasama ekonomi ASEAN. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ASEAN sentiasa sedar dan sensitif terbadap iklim ekonomi dunia, terutamanya mengenai ancaman dasar perlindungan perdagangan (protectionism) yang diamalkan oleb segelintir negara-negara maju. Dalam konteks ini ASEAN memang mempunyai garispanduan yang digubal kbas untuk mengbadapi implikasi-implikasi yang timbul akibat daripada keadaan semasa ekonomi dunia masa kini.

Di antara langkab-langkah yang diambil oleh ASEAN untuk mengatasi masalab pertumbuhan ekonomi dunia yang lembab ini ialah untuk menggalakkan peningkatan perdagangan di kalangan negara­negara anggota ASEAN sendiri. Sebubungan dengan ini, Ketua-ketua

Page 95: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

713 31 MAC 1988 714

Kerajaan ASEAN dalam Sidang Kemuncak mereka di Manila, Disember tahun sudah telah mem­buat keputusan berkenaan beberapa langkah dan pendekatan tertentu yang perlu terus diambil oleh ASEAN, umpamanya untuk menurunkan lagi kadar tarif dan cukai ke atas barangan ASEAN yang didagangkan melalui skim PTA ASEAN. Selain daripada itu, ASEAN juga mempunyai perjanjian untuk meningkatkan aliran pelaburan di antara negara-negara ASEAN dan dari negara-negara luar negara-negara ASEAN.

Selain daripada tindakan-tindakan ini, ASEAN juga telah mengambil pendirian yang tegas untuk menentang mana-mana isu yang mengancam kepentingan ekonomi dan perdagangan ASEAN. Umpamanya, ASEAN telah pun pada akhir tahun sudah mengambil tindakan dan pendirian bersama menghantarkan satu rombongan peringkat Menteri­menteri untuk menentang cadangan negara-negara Kesatuan Ekonomi Eropah untuk menaikkan cukai minyak makan sayuran dan lelemak yang akan menjejaskan pasaran minyak kelapa sawit dan minyak sayur-sayuran daripada negara-negara ASEAN. Penentangan ASEAN inl telah mendapat perhatian dan sokongan beberapa negara Kesatuan Ekonomi Eropah dan ASEAN akan terus memberikan perhatian berat perkembangan berkenaan dengan perkara ini.

Menyentuh tentang teguran ~ang Berhormat Tuan Tiong Hiew King, saya ingin memaklumkan baha­wasanya Malaysia sememangnya mengamalkan dasar luar yang bebas dan terbuka kepada pergerakan peniaga-peniaga, bukan sahaja dengan negara-negara yang mana Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan malahan juga dengan setengah-setengah negara di mana kita belum lagi menandatangani sebarang perjanjian perdagangan. Walau

bagaimanapun, dalam usaha mem­pertingkatkan hubungan per-dagangan dengan negara-negara luar, Malaysia juga harus menitikberatkan soal keselamatan negara ini dan dengan yang demikian harus juga berhati-hati dalam pergerakan keluar masuk rakyat asing ke negara ini dan juga pergerakan keluar masuk rakyat kita ke negara­negara luar. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, soal keselamtan dan kestabilan negara adalah merupakan faktor yang paling penting bagi menjamin kemantapan ekonomi dan aktiviti yang bersabit dengannya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator C. Krishnan menyarankan supaya Malaysia meng­giatkan usahanya untuk menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk meningkatkan lagi · imej Malaysia di mata dunia. login saya maklumkan bahawasanya Kementerian Luar Negeri telah dan sedang mempertingkatkan usaha bagi mempastikan Malaysia berjaya menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi penggal 1989 hil}gga 1990 .. Malaysia ketika ini sedang giat melobt untuk mendapatkan sokongan negara­negara anggota, khususnya negara­negara Asia.

Usaha melobi sokongan ini akan berterusan sehingga kepada tarikh pemilihan yang bakal diadakan semasa Persidangan Agung PBB yang ke-43 pada bulan September ini. Ini adalah kerana kebanyakan negara-negara akan hanya membuat keputusan mereka pada saat-saat terakhir. Berdasarkan kepada sokongan­sokongan yang telah diterima dan ramalan sokongan yang bakal juga diterima, Malaysia mempunyai harapan yang baik untuk memenangi kerusi tersebut.

Ahli Yang Berhormat tersebut juga telah menyarankan supaya Setiausaha

Page 96: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

715 31 MAC 1988 716

Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dijemput menghadiri Mesyuarat Antartika. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, resolusi berhubung dengan Antartika telah diterima dengan undi yang majoriti oleh sesi yang ke-42 Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu. Resolusi ini dikemukakan oleh Malaysia dan dianjur bersama oleh 15 negara lain. Walaupun Malaysia tidak berjaya dalam usaha mencapai satu resolusi kata sepakat­ataupun "consensus", dengan izin, Malaysia telah mengambil satu langkah yang positif dalam usaha kita untuk mengadakan penglibatan antarabangsa dalam sistem perjanjian Antartika. Penglibatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau wakilnya dalam perundingan-perundingan ahli-ahli perjanjian Antartika akan secara tidak langsung menentukan penyertaan masyarakat antarabangsa dan dengan demikian mencapai matlamat dasar kita dalam soal ini. Malaysia akan terus berusaha dengan mengadakan rundingan-rundingan dua hala dengan negara-negara perjanjian Antartika supaya satu penyelesaian kata sepakat, dengan izin, "consensus solution" akan dapat dicapai di sesi ke-43 pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua~ Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abu Bakar Lajim dan Yang Berhormat Senator Hassan N am telah menyentuh tentang perjuangan rakyat Palestin. login saya maklumkan bahawasanya dasar dan sokongan Kerajaan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin adalah tidak berubah. Dalam hubungan 101 Kerajaan sentiasa berpendirian tegas menentang sekeras-kerasnya tindakan Regim yang zalim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin serta perbuatan-perbuatan jenayah dan pengkhianatan yang terus-menerus dilakukan oleh regim tersebut bagi menghalang hasn1t murni rakyat Palestirr menubuhkan

sebuah negara yang merdeka. Selaras dengan pendirian ini Kerajaan menyokong ketetapan-ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa­bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara­negara Islam dan Pergerakan Negara­negara Berkecuali mengenai soal Palestin yang antara lain mengiktiraf sepenuhnya hak sejagat rakyat Palestin mendapatkan sebuah negara yang merdeka serta menentukan untung nasib mereka, di samping menyeru regim zionis supaya berundur dari wilayah-wilayah Arab yang didudukinya itu. Sokongan Kerajaan ke atas perjuangan murni rakyat Palestin ini bukanlah setakat berbentuk diplomatik sahaja sehingga ke peringkat ini, malah di dalam bentuk-bentuk yang lain juga.

Dalam hubungan 101 Malaysia adalah di antara negara-negara yang tenilung di rantau ini yang telah membenarkan pejabat perwakilan PLO ditubuhkan. Malaysia juga menikmati profile yang tinggi di kalangan negara Islam dari segi memberikan kerriudahan-kemudahan diplomatik kepada perjuangan PLO di negara ini, selaras dengan kemudahan-kemudahan yang dise­diakan kepada perwakilan negara­negara lain berdasarkan pengiktirafan Kerajaan terhadap PLO sebagai wakil tunggal· yang mutlak bagi rakyat Palestin.

Sehubungan dengan ini, Kerajaan juga telah pun menubuhkan Tabung Rakyat Palestin bagi membolehkan bantuan kewangan diberikan kepada PLO. Hasrat Kerajaan supaya rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat turut serta memainkan peranan bersama Kerajaan membantu rakyat Palestin tersebut dengan memberi sokongan ke atas Tabung Rakyat Palestin tersebut adalah pada umumnya tercapai. Hasil sambutan menggalakkan dari semua pihak Tabung ini tel~h pun berjaya merigumpulkan derma lebih dari $350,000 sehingga ke peringkat ini.

Page 97: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

717 31 MAC 1988 718

Kerajaan telah pun menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah US$70,000 kepada PLO sehingga ini dan Kerajaan berharap akan menyampaikan bantuan kewangan ini lagi dari masa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, kita memandang berat serta amat terharu di atas keadaan yang sedang berlaku di Tebing Barat Sungai Jordan dan Semenanjung Gaza yang sehingga kini telah pun mengorbankan tidak kurang dari 113 jiwa rakyat Palestin. Kerajaan berpendapat keadaan ini mungkin menjadi bertambah buruk jika dibiarkan berlarutan tanpa adanya usaha-usaha antarabangsa yang positif. Dalam hal ini, Kerajaan berharap usaha damai terbaharu yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat tersebut berupaya membuka peluang ke arab penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap pertikaian di Timur Tengah khususnya mengenai soal Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja yang dapat saya jawab terhadap perkara-perkara dan pandangan­pandangan yang telah pun dibuat berkaitan dengan isu-isu dasar luar negeri kita. Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat ~enator-senator yang telah berucap mengenai perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjawab.

6.54 ptg.

Menteri Kesihatan (Dato' Chan Siang Sun): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membuat teguran-teguran di dalam perbahasan ke atas Usul Ucapan Menjunjung Kasih kepada Ket?awah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung yang

berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.

Terdapat beberapa teguran yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Azizah binti Mohd. Said. Belil:tu menyentuh tentang dasar matlamat negara untuk menambah penduduk kepada 70 juta, dalam mana Kementerian Kes~hatan diminta menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas ibu-ibu untuk meningkatkan kesihatan mereka, keluarga dan seterusnya penduduk negara ini. Kementerian Kesihatan ' sudah pun menyediakan satu perkhidmatan khusus untuk jagaan ibu-ibu, anak-anak serta ahli-ahli keluarga mereka. Program kesihatan keluarga ini adalah merupakan program yang terbesar di dalam program perkhidmatan kesihatan dengan menggunakan lebih kurang 3/4 daripada jumlah tenaga pekerja kesihatan luar bandar. Pada masa kini dengan kemudahan yang sedia ada lebih dari 80% ibu-ibu mengandung menerima jagaan kesihatan melalui rancangan ini dan bakinya menerima jagaan melalui hospital kerajaan atau swasta.

Kementerian Kesihatan akan terus menjalan dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan bagi ibu-ibu serta bagi ahli keluarga mereka selaras dengan matlamat negara untuk mencapai penduduk seramai 70 juta. Walau bagaimanapun, perlulah ditegaskan bahawa selaras dengan bilangan ibu-ibu yang semakin meningkat dan untuk mem-pertingkatkan mutu jagaan kesihatan, sumber-sumber tambahan adalah diperlukan daripada Kerajaan termasuk meningkatkan tenaga pekerja kesihatan untuk Rancangan Kesihatan Keluarga serta peruntukan yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan secara berkesan.

Ahli Yang Berhormat juga telah menyentuh tentang kepentingan

Page 98: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

719 31 MAC 1988 720

kesihatan wanita-wanita luar bandar dan mengharapkan Kementerian Kesihatan mendirikan lebih banyak hospital di negeri-negeri yang kekurangan wad-wad bersalin, terutamanya di negeri Melaka di mana dikatakan terdapat aduan-aduan wanita muda luar bandiu menghadapi masalah kekurangan wad bersalin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan sentiasa memberikan perhatian untuk meningkatkan lagi perkhidmatan di hospital-hospital termasuklah wad­wad bersalin. Sekiranya peng­ubahsuaian tidak dapat dijalankan, maka "low risk centre" dengan izin, juga akan didirikan untuk mengurangkan kesesaklfn di wad-wad. Bagi negeri Melaka, keadaan di Hospital Besar Melaka adalah memuaskan kerana pengisiannya hanya 70%-75% sahaja. Jika keadaan kewangan mengizinkan Kementerian Kesihatan juga bercadang untuk mendirikan sebuah hospital daerah di Alor Gajah dan juga Jasin. ·

Seterusnya Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan soal gaji, elaun dan kemudahan kenaikan pangkat doktor-doktor. Kementerian Kesihatan diminta mengkaji kemudahan-kemudahan perkhid-matan doktor-doktor supaya mereka tidak lari ke pihak swasta untuk mendapatkan pendapatan yang lebih a tau "greener pasture", dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan sentiasa menggalakkan doktor-doktor untuk berkhidmat dengan Kerajaan. Untuk tujuan ini beberapa langkah telah dan sedang diambil oleh Kementerian ini yang mana termasuklah mengadakan skim latihan di dalam dan luar negeri bagi kursus­kursus ijazah lanjutan dan latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran doktor-doktor. Di samping itu, Kementerian juga telah mengadakan beberapa insentif secara kenaikan

pangkat dan lain-lain kemudahan semasa bekerja untuk menggalakkan mereka terus kekal di dalam perkhidmatan Kerajaan.

Seterusnya terdapat teguran dari­pada Ahli Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin, cadangan beliau supaya Kementerian Kesihatan membeli alat-alat pengesan barah buah dada dan alat penyakit buah pinggang itu memanglah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan dan telah pun merancang untuk membeli sebuah alat pengesan barah buah dada untuk Hospital Besar Kuala Lumpur. Alat ini dijangka dapat digunakan sebelum penghujung tahun 1989. Mengenai penyakit buah pinggang pula, pada masa ini di Hospital Besar Kuala Lumpur telah ada sebanyak 36 buah mesin haemodialysis yang digunakan untuk merawat penyakit tersebut.

Akhir sekali bagi menjawab teguran dari · Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah, dimaklumkan bahawa buat masa ini Kementerian Kesihatan tidak ada rancangan menaikkan taraf Pusat Kesihatan Kecil Bukit Besar, Kota Tinggi kepada Pusat Kesihatan Besar kerana Pusat Kesihatan Kecil ini adalah mencukupi bagi menampung keperluan penduduk-penduduk serta beban kerja yang ada di kawasan operasinya. Pusat Kesihatan Kecil ini hanya 12 kilometer dari Pusat Kesihatan Bandar Tenggerang yang baru sahaja dibuka pada tahun 1987. Pusat Ksihatan ini mempunyai jalan raya yang memuaskan serta menyediakan perkhidmatan yang lebih luas dan menyeluruh. Walau bagaimanapun, keperluan bagi. menaikkan taraf akan dikaji dari masa ke semasa apabila bilangan kes-kes dan kedatangan meningkat di masa akan datang.

Sekian sahaja, Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya.

Page 99: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

721 31 MAC 1988 722

Timbalan Yang di-Pertua: Diper­silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Buruh untuk memberi jawapan.

7.00 mlm.

Timbalan Menteri Buruh (Tuan Kalakau Untol): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyen­tuh sedikit sebanyak mengenai isu-isu di bawah Kementerian Buruh yang mana pernah dibangkitkan di dalam sidang Dewan Negara yang lepas. Kebanyakan perkara itu telah pun dijawab dalam sidang yang lepas serta pada masa Soal-Jawab di Dewan yang mulia ini.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menekankan sekali lagi bahawa Kerajaan tidak mengabaikan kebaji­kan pekerja-pekerja ladang atau lombong-lombong seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan G. Rajoo dan Yang Berhormat Senator Tuan C. Krishnan. Untuk makluman, keperluan ke­mudahan-kemudahan asas bagi pekerja-pekerja di kedua-dua tempat kerja ini adalah diawasi di bawah Akta Piawaian Minima (Perumahan Pekerja) 1966.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan menguatkuasakan Akta tersebut, Kementerian Buruh melalui pegawai­pegawainya yang menjalankan pemeriksaan berkanun sedaya-upaya terhadap tempat-tempat pekerjaan termasuk tempat-tempat pekerjaan di sektor ladang dan lombong. Dari pemeriksaan yang dijalankan, didapati bahawa pada amnya keadaan kemudahan asas pekerja-pekerja di sektor ladang dan lombong boleh dikatakan memuaskan. Kebanyakan ladang dan lombong adalah menyediakan kemudahan-kemudahan yang memuaskan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil majikan-majikan

ladang yang memberi kemudahan kecil yang kurang baik kepada pekerja-pekerjanya terutama sekali majikan-majikan ladang yang kecil dan terpencil. Di mana dan apabila dikesan wujudnya keadaan yang kurang baik itu, Kementerian Buruh akan bertindak membaiki keadaan terse but.

Kementerian Buruh juga sedang menggalakkan majikan-majikan ladang dan lombong supaya meningkatkan lagi mutu perumahan dan kemudahan yang disediakan. Seperti yang telah diterangkan di dalam sidang Dewan Negara yang lepas, di bawah Skim Memiliki Rumah Pekerja adalah dilaksanakan secara sukarela oleh majikan-majikan sebanyak 8 buah ladang dan sebuah lombong telah menyiapkan sejumlah 1,605 unit rumah. Sebanyak 14 buah skim lagi di ladang-ladang dan 5 buah skim lagi di lombong-lombong sedang di dalam berbagai peringkat pelaksanaan. Adalah dianggarkan sejumlah 7,895 unit rumah di ladang­ladang dan 1,954 unit di lombong­lombong akan dibina di bawah skim­skim ini.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dijelaskan di sidang Dewan Negara yang lepas, Kerajaan memang peka terhadap hasrat pekerja-pekerja untuk memiliki rumah sendiri. Oleh itu, sejak tahun 1973 Kerajaan meng­galakkan Skim Pemilikan Rumah Pekerja di ladang-ladang dan lombong. Selain daripada itu, Kerajaan telah menggalakkan pembinaan rumah­rumah kos rendah di bandar dan juga luar bandar. Para pel,cerja ladang adalah bebas untuk memohon rumah­rumah tersebut.

Sebagai langkah bagi membantu pekerja-pekerja untuk membeli rumah, Kerajaan telah juga meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membolehkan mereka mengeluarkan sebahagian daripada caruman mereka bagi tujuan ini.

Page 100: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

723 31 MAC 1988 724

Tuan Yang di-Pertua~ Kerajaan akan terus mengawas1 keadaan kebajikan pekerja-pekerja di ladang­ladang dan lombong dan akan terus berusaha sedaya-upaya untuk mem­pertingkatkan lagi tahap kebajikan mereka. Sehubungan dengan ini, Kementerian B uruh akan terus merancang kegiatan-kegiatan . pe­meriksaan bagi mempastikan kemudahan-kemudahan asas yang di­wajibkan di bawah undang-undang ini ditadbir olehnya dan dipatuhi. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Penerangan untuk memberi jawapan.

7.04 mlm.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, di dalam ucapan terima kasih atas Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong beberapa Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini telah menyentuh be­berapa perkara mengenai Kementerian Penerangan. Saya mohon izin untuk menjawab perkara­perkara yang dibangkitkan itu secara am.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pertama yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan G. Rajoo pada 28-3-1988 antara lain menegaskan bahawa Kempen Setia Bersama Rakyat atau SEMARAK perlu juga diadakan di kampung-kampung baru dan di ladang-ladang di mana majoriti adalah kaum Cina dan India kerana pada masa ini SEMARAK ditumpukan di kampung:.kampung di mana majoriti penduduk terdiri daripada kaum bumiputera sahaja. login saya memaklumkan di sini bahawa kegiatan SEMARAK adalah untuk semua lapisan masyarakat Malaysia yang tidak mengira kaum atau keturunan dan juga tempat. Kegiatan SEMARAK akan diadakan

di peringkat-peringkat Negeri dalam tahuli ini dan di peringkat-peringkat Daerah di setiap negeri pada tatiun hadapan. Siri ceramah-ceramah SEMARAK akan diberikan oleh Pegawai-pegawai Penerangan yang sedia terlatih.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said pada 29-3-1988 di antara lain telah menyentuh supaya Kemen­terian Penerangan meningkatkan penayangan filem-filem keluaran tempatan yang bermutu tinggi supaya dapat mewujudkan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat filem tempatan. Bagi menjawab soalan ini, suka saya menegaskan bahawa Kementerian Penerangan sedang berusaha untuk meningkatkan peratusan rancangan­rancangan tempatan siaran TV daripada 55% kepada 70% dalam tahun ini. Adalah diharapkan dengan peningkatan rancangan-rancangan tempatan, peluang pekerjaan di syarikat-syarikat filem tempatan juga akan dapat diwujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid dari Johor pada 30-3-1988 yang di antara lain telah meminta supaya tanggagaji jawatan Operator Wayang Gambar dinaikkan, sehubungan dengan perkara tersebut Kementerian ini sedang menjalankan satu kajian tentang kenaikan taraf jawatan Operator Wayang Gambar. Kajian tersebut masih dalam peringkat awal lagi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang akhir sekali saya jemput Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan untuk memberi jawapan. Dipersilakan.

Page 101: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

725 31 MAC 1988 726

7.08 mlm.

Setiausaha ParUmen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat ke atas hal ehwal Kementerian ini dan sudi memberi beberapa teguran dan pandangan untuk meningkatkan lagi prestasi Kementerian ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan beberapa pandangan dan persoalan yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat mengenai Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Mengenai pandangan Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim bahawa ingatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda supaya industri pelancongan ini diberi penekanan adalah tepat sekali untuk menjadikannya industri utama negara. Saya mengucapkan ribuan terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat. Kementerian ini melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan sedang berusaha untuk menyelaras perkembangan pembangunan pelancongan di negara ini. Berbagai strategi pemasaran juga diadakan untuk meningkatkan lagi bilangan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan Stephen Timothy Wan Ullok da~ Sarawak dan Yang Berhormat Pandikar Amin bin Haji Mulia dari Sabah, mengenai mengadakan tambang kapalterbang yang murah dan juga memajukan pusat-pusat pelancongan yang terdapat di Sabah dan Sarawak, saya ingin memaklumkan bahawa satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Udara telah pun dikendalikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan dan

Pelancongan untuk mengkaji kemudahan-kemudahan pengang-kutan udara di negara ini. Usaha­usaha sedang dijalankan untuk mencari kemungkinan bagaimana soal-'soal seperti tambang MAS ini dapat diatasi.

Mengenai pandangan Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon, Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee dan Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin berhubung dengan kebudayaan iaitu supaya setiap ahli masyarakat di negara ini cuba memahami unsur-unsur kebudayaan kaum-kaum, dengan mencapai unsur­unsur tersebut secara lebih dekat, adalah merupakan satu pandangan yang baik ke arab perpaduan kaum. Sememangnya perpaduan kaum merupakan salah satu asas pembangunan negara. Kementerian ini sentiasa dari masa ke semasa mengatur program dan aktiviti dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai, sama ada melalui penyelarasan antara agensi atau mengisi aktiviti­aktiviti kebudayaan ke arab memupuk kesedaran, kefahaman dan nilai-nilai perpaduan di kalangan kumpulan sasaran. Nilai-nilai persamaan yang ditekankan meliputi kesetiaan, budaya kerja, budaya ilmu, budaya membaca, daya tahan, daya sains, hormat­menghormati, bersih, cekap, berdikari, memupuk semangat cintakan tanahair dan memahami semangat dan cita-cita Perlembagaan dan Rukunegara. Dengan kata lain, segala aktiviti Kementerian ini mengarah kepada kefahaman terhadap cita-cita Kebudayaan Kebangsaan yang mengatasi cita-cita budaya satu-satu kaum sahaja. Kesemua aktiviti-aktiviti 101 adalah bertujuan memupuk kesedaran dan kefahaman terhadap kebudayaan bangsa Malaysia ini sendiri.

Persoalan kebudayaan adalah persoalan semua pihak, kerana bidang kebudayaan adalah luas, meliputi

Page 102: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

I~

727 31 MAC 1988 728

tanggungjawab terhadap bahasa dan sastera, tanggungjawab terhadap pemupukan nilai dan norma (resam), tanggungjawab terhadap pemupukan kesenian, tanggungjawab terhadap mengawal, kemasukan pengaruh­pengaruh media-massa yang negatif dan sebagainya. Jadi tanggungjawab kebudayaan terletak kepada bidangkuasa dan kuasa tertentu pada semua pihak dan pada semua peringkat baik di peringkat pusat, negeri, daerah ataupun di peringkat rakyat biasa. Tanggungjawab ini hanya boleh dilaksanakan oleh semua rakyat di negara ini dengan kesedaran hidup bermasyarakat dan kefahaman terhadap nilai-nilai budaya, tanggungjawab terhadap kehidupan berbudaya yang seterusnya membawa kepada perpaduan kaum adalah terletak di bahu setiap ahli masyarakat.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dalam tahun 1971 dengan matlamat utamanya adalah bagi mencapai perpaduan kaum. Kebudayaan Kebangsaan mengarah kepada pengekalan dan pengukuhan keperibadian kebangsaan di samping mempertingkatkan . .k.ehidupan kemanusiaan dan kerohanian. Kebudayaan melahirkan simbul keperibadian yang memancarkan identiti negara dan menjadi warisan bangsa. Oleh itu untuk meletakkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa negara menghormati Lagu Kebangsaan, bendera Malaysia, Raja­Raja, Perlembagaan, Rukunegara dan lain-lain lambang kebesaran dan kemegahan negara akan rnenunjukan wajah keperibadian negara kita dan menanamkan semangat, cita-cita dan taat setia rakyat kepada negara, tanpa mengira kaum. Semua ini membantu usaha Kerajaan ke arab memupuk keamanan dan perpaduan serta membantu mempercepatkan lagi usaha mempertingkatkan pem­bangunan dan aspirasi negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee telah menyatakan bahawa penggunaan Bahasa Malaysia pada papantanda di pesta-pesta tidak mendatangkan kebaikan kerana pelancong tidak memahami. Saya suka menjelaskan di sini bahawa kebanyakan tempat­tempat pelancongan memang sedia ada tanda-tanda dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Untuk makluman Ahli Yang Berhorrnat di mana-mana di dunia ini, bahasa tempatan memang digunakan dalam papantanda-papantanda 101

tidak mendatangkan keburukan, malahan ianya dapat membantu pelancong-pelancong terutamanya pelancong tempatan di samping memenuhi dasar-dasar Kerajaan yang dipersetujui bersama.

Mengenai pandangan Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah, bahawa pengwujudan kelompok pondok nelayan yang tidak tersusun di Tanjong Balau telah mencacatkan keindahan DESARU, Kementerian ini akan mengambil perhatian dan meneliti perkara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak KEJORA sedang dalam usaha rnernbuat penempatan sernula nelayan-nelayan. Difahamkan juga KEJORA bercadang mengadakan Muzium Nelayan setelah projek penempatan semula nelayan tersebut selesai.

Mengenai projek Tanjong Rungkup pula, memang menjadi hasrat Kerajaan untuk melibatkan penduduk-penduduk tempatan supaya mereka . dapat menikrnati faedah­faedah dasar Kerajaan mengenai industri pelancongan.

Berhubung dengan pandangan Ahli Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin supaya usaha meningkatkan industri pelancongan diperluaskan lagi ke seluruh dunia, sukalah saya nyatakan bahawa Kementerian memanglah sedang giat menjalankan usaha-usaha

Page 103: Jilid II MALAYSIA -  · PDF fileAgong-Y .B. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim [Ruangan 623] W aktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 695] ,,_

729 31MAC1988 730

ini dengan peruntukan sel?anyak $100 juta yang diberikan kepada Kementerian. Usaha-usaha peng­galakan akan dapat dipesatkan ,lagi ke seluruh dunia bagi memperkenalkan negara di mata dunia dan seterusnya akan dapat menarik lebih ramai lagi pelancong­pelancong ke negara ini. Dalam hal ini juga perhatian diberikan bagi meningkatkan lagi mutu pengurusan dan pentadbiran terutamanya di kalangan pegawai-pegawai PKPM (Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia), di mana mereka sentiasa diberi pendedahan kepada teknik­teknik baru dari segi promosi pelancongan iaitu melalui kursus, seminar, persidangan dan bengkel­bengkel yang dianjurkan sama ada di dalam atau di luar negeri bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan pegawai-pegawai ber­kenaan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan teguran dan pandangan yang membina berhubung dengan bidang tu gas Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Semua teguran ini akan diambil perhatian dan akan diberi pertimbangan yang sewajamya dalam merancang strategi dan program-program kebudayaan dan pelancongan Kementerian ini. Sekian, terima kasih.

L-A00683.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul atas nama Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli­ahli Dewan Negara

1

Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersem­bahkan suatu ucapan yang zalil daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Kedua Parlimen Ketujuh''.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan yang mulia ini hingga jam 3.00 petang hari esok, Jumaat, lhb April, 1988.

Dewan ditangguhkan pada · pukul 7.18 ma/am.