JPAM Assignment Bruh

13
PENGENALAN Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia boleh terjadi dengan sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan pada binaan dan kecederaan atau kematian kepada manusia. Kebakaran kadangkala turut menyebabkan ribut kebakaran atau kebkaran liar. Kebakaran boleh menyebabkan kecederaan atau kematian yang berpunca daripada terhidu asap ataupun melecur. DEFINISI KEBAKARAN Satu proses pengewapan dan pengoksidaan yang menghasilkan tenaga, haba cahaya dan karbon dioksida.

description

This is assignment for jpa

Transcript of JPAM Assignment Bruh

PENGENALANKebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia boleh terjadi dengan sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan pada binaan dan kecederaan atau kematian kepada manusia. Kebakaran kadangkala turut menyebabkan ribut kebakaran atau kebkaran liar. Kebakaran boleh menyebabkan kecederaan atau kematian yang berpunca daripada terhidu asap ataupun melecur.

DEFINISI KEBAKARANSatu proses pengewapan dan pengoksidaan yang menghasilkan tenaga, haba cahaya dan karbon dioksida.

BAGAIMANA API BERMULA?Api bermula di atas beberapa faktor. Antaranya adalah faktor semulajadi. Ia berlaku kerana kepanasan cahaya matahari, gunung berapi dan sebagainya. Selain itu, faktor kemalangan yang disebakan oleh kelalaian, kecuaian dan kesilapan manusia. Dan akhir sekali, faktor sengaja yang mana ia sengaja dilakukan di atas sebab-sebab tertentu seperti khianat, iri hati atau ingin membalas dendam. Hal ini seharusnya tidak berlaku dan perlu di atasi.

ELEMEN YANG MENYEBABKAN KEBAKARANBahan apiBahan yang boleh memandu kebakaran. Sebagai contoh, kertas, baju, miinyak.

Oksigen Oksigen yang cukup membantu kebakaran

Haba Haba yang mencapai tahap pembakaran.

Api

Api bermula dari wujudnya bahan api yang mana unsur-unsurnya yang terkandung didalamnya wap dan gas yang mudah terakar. Ia juga terdapat dalam beberapa bentuk iaitu pepejal, cecair dan gas. Sebagai contoh kayu, arang batu, minyak dan cat. Tambahan pula, dengan hadirnya oksigen. Oksigen merupakan sejenis gas yang terdapat dalam udara yang membantu proses pembakaran. Peratus kandungan oksigen yang diperlukan untuk pembakaran adalah 16% sehingga 21%. Seterusnya, kehadiran haba. Haba adalah tenaga yang diperlukan bagi meningkatkan suhu bahan api. Hal ini kerana gas atau wap mudah bakar akan dibebaskan dari bahan api dan terbakar apabila mencapai takat suhu tertentu maka peningkatan suhu seterusnya akan membebaskan wap. Oleh itu, apabila hadirnya tiga elemen iaitu, bahan api, oksigen dan juga haba, maka terbentuklah api.

JENIS-JENIS/KELAS APIApi mempunyai lima jenis/kelas. Pertama, kelas A iaitu pepejal. Sebagai contoh kayu, kertas. Kedua, kelas B iaitu cecair. Contohnya, minyak, cat dan juga getah. Ketiga, kelas C iaitu gas. Contohnya, butane dan ammonia. Keempat, kelas D iaitu logam. Contohnya potassium, sodium dan kalsium. Dan yang kelima adalah kelas K iaitu bahan api akibat konsentrasi lemak yang tinggi.

JENIS-JENIS ALAT PEMADAM APIAlat pemadam api adalah satu alat yang digunakan bagi mengawal dan memadam kebakaran di peringkat awal yang mana boleh dikendalikan oleh seorang sahaja. Seseorang boleh mengedalikan dengan betul dan dapat bertindak mengawal kebakaran dalam masa yang singkat. Terdapat beberapa jenis alat pemadam api.

Pertama, pemadam api jenis air. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Kartus (Cartridge) dan Jenis Tekanan simpan (store Pressure). Kedua-dua tabung tersebut berwarna merah, mempunyai berat 10kg dengan jarak semburan sejauh 4 meter. Bahagian dalam tabung di isi dengan air yang bercampur dengan sodium Nitrat bagi mengelakkan pengaratan dan pembekuan. Tabung jenis kartus ,mempunyai satu lagi tabung kaca khas yang mengandungi tekanan gas mampat karbon dioksida. Apabila tabung kaca tersebut dipecahkan oleh plunger, gas tersebut akan keluar dan menolak air untuk di sembur keluar . Jenis tekanan simpan pula,air akan dimasukkan bersama tekanan udara mampat dan dikawal oleh satu injap bagi menyembur udara keluar. Cara menggunakannya ialah dengan menghentak bahagian atas plunger dan menghalakan nozzel ke arah kebakaran hingga air habis . Jenis ini amat sesuai untuk api kelas A sahaja.Kedua, Pemadam Api Jenis Buih (Foam). Silindernya berwarna kuning krim, dengan muatan berat 10kg. Jarak semburan antara 4-5 meter. Mengandungi dua bahagian di mana tabur luar diisi dengan campuran 8% Sodium Bikarbonate dan Stabalizer. Stabalizer terdiri dari Saponis (serbuk tulang) atau Turkey Oil dan darah (3%). Manakala tabung dalam pula mengandungi 13% Aluminium sulfik . Cara menggunakan ialah dengan menarik Plunger, lalu terbalikkan tabung dan menghala ke arah kebakaran hingga habis. Apabila aluminium sulfik dan larutan sodium karbonate bercampur akan berlakunya tindakan kimia dan mewujudkan semburan buih. Api kebakaran akan dipadamkan secara menyelimut. Ia amat sesuai untuk api

Seterusnya, Pemadam Api Jenis Carbon Dioxide (Co2). Tabungnya berwarna hitam dengan berbagai-bagai saiz. Gas Carbon dioxide dimampatkan pada suhu 744 psi. Mempunyai salur getah dan serombong supaya semburan dapat dihalakan dengan tepat ke arah kebakaran. Cara menggunakan ialah menanggalkan pin keselamatan, menekan tuas penekan dan halakan pada api. Jika api telah padam semburan boleh dihentikan dan digunakan pada masa yang lain. Kebakaran dipadamkan secara menyelimuti dan menyejukkan. Amat sesuai untuk api kelas B dan C.

Selain itu, Pemadam Api Jenis Debu Kering (Dry Chemical Powder). Jenis ini juga terbahagi kepada Dua jenis iaitu Jenis Kartus(Cartridge) dan Jenis Tekanan simpan (Store Pressure). Silindernya berwarna Biru Muda, Terdapat berbagai-bagai saiz. Bagi saiz 10kg ia mempunyai jarak pancutan 4 hingga 6 meter. Di dalam tabung di masukkan debu kering dan tekanan udara mampat. Debu kering pula adalah terdiri dari 97% sodium Bicarbonate 5.5% Magnesium Stearate 1% Magnesium Carbanate dan 0.5% Tricalcium Phosphate. Semasa menggunakannya pastikan kedudukan menyembur berada di atas angin. Cara menggunakannya ialah dengan menghala ke arah kebakaran dan menekan plunger. Gas akan terbocor dan memaksa debu kering melalui nozzle. Alat ini memadam api secara menyelimut dan melemaskan dapat memadamkan semua jenis kelas api. Untuk api kelas D ia menggunakan debu kering jenis Tenery Eutectic Chloride (T.E.C).

BAGAIMANA CARA API MEREBAK?

Api merebak adalah disebabkan oleh pemindahan haba yang berlaku melalui empat cara iaitu yang pertama, Olakan Haba ( Convention ).Ia berpunca dari bahan seperti cecair atau gas dimana apabila panas ia akan mengembang dan menjadi ringan lalu bergerak ke atas. Dalam kejadian kebakaran di dalam bangunan olakan haba boleh memindahkan gasgas yang panas ke tingkat atas melalui ruangan tangga atau Lift dan membakar bahanbahan di bahagian atas. Manakala udara sejuk pula akan terus masuk membawa oksigen bagi menggantikan tempat udara panas dan mempercepatkan lagi kebakaran tersebut. Kedua, Bahangan (Reduction). Kebakaran ini berpindah mengikut bahang kepanasan dari cahaya kebakaran. Bahangan dari cahaya kebakaran akan di serap oleh bakar yang agak jauh dan mengeringkan. Di samping memanaskan Bahan tersebut. Apabila mencapai takat sambaran bahan tersebut dengan sendirinya akan terbakar. Kebakaran cara ini biasanya terjadi pada rumah setinggan. Seterusnya, Pengaliran (Conduction). Bahan-bahan binaan seperti tembaga , aluminium dan besi adalah pengalir haba yang baik di mana jika terbakar akan memindahkan kepanasan ke sepanjang batang logam tersebut. Jika logam tersebut tersentuh dengan bahan bakar, Ia terus memanas dan terbakar dengan spontan. Akhir sekali, Kebakaran Terus Menerus (Direct Burning). Ia merupakan bahan yang terbakar apabila tersentuh terus kepada api yang terdedah. Api tersebut akan merebak perlahan-lahan hingga keseluruhan bahan tersebut hingga habis seperti kertas , kain , getah dan kayu.

CARA MEMADAM KEBAKARANMemadam kebakaran mempunyai tiga cara iaitu melaparkan (starvation), melemaskan (smothering) dan menyejukkan (cooling). Melaparkan bermaksud memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain. Bahan yg terbakar dipindahkan daripada bahan api yang belum terbakar. Kemudian, bahan api yang mudah terbakar tersebut dipecahkan atau dihancurkan kepada bahan api yang lebih kecil supaya mudah dipadamkan.Seterusnya, melemaskan iaitu meniup kebakaran kecil atau menggunakan guni yang basah Selain itu, menggunakan alat pemadam api jenis buih dan juga menyemburkan debu kering pada kebakaran lain.Manakala, menyejukkan pula adalah memindahkan atau menyerap keluar haba.

KESIMPULANKebakaran boleh berlaku dimana-mana sahaja. Oleh itu, setiap individu perlu mengetahui cara-cara untuk mengatasi kebakaran lebih-lebih lagi kebakaran yang kecil yang mampu dilakukan oleh seorang sahaja. Terdapat beberapa jenis alat pemadam api yang perlu diketahui oleh setiap individu agar apabila berlaku kebakaran, ia dapat di atasi dengan tenang. Setiap individu juga perlu mengetahui punca-punca kebakaran itu berlaku dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kebakaran agar kebakaran dapat dielakkan.

RUJUKAN1. Nota jpam

2. http://leepeiasgm.blogspot.com/p/kebakaran.html

3. http://www.alat-pemadam-kebakaran.co.id/alat-pemadam-kebakaran-berbahan-debu-kering-dry-powder/

BILISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.PENGENALAN1

2.DEFINISI KEBAKARAN1

3.BAGAIMANA API BERMULA?2

4.ELEMEN YANG MENYEBABKAN KEBAKARAN2

5.JENIS-JENIS/KELAS API3

6.JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API3-5

7.BAGAIMANA CARA API MEREBAK?6

8.CARA MEMADAM KEBAKARAN7

9.KESIMPULAN8

10.RUJUKAN8

NAMA: XXXXXXXXNO MATRIK: XXXXXXXTAJUK: KEBAKARANGROUP: XXXXNAMA JURULATIH : XXXXXXX