Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

8
1 SME3023 TRENDS & ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES TUGASAN INDIVIDU : ( PENULISAN ILMIAH ) JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH RENDAH DARI SEGI LOKALITI LECTURER : Dr . Mazlini Binti Adnan Bil NAMA NO MATRIK 1 NORSHALINA BINTI MUSTAFFA D20111048009

Transcript of Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

Page 1: Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

1

SME3023

TRENDS & ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

TUGASAN INDIVIDU : ( PENULISAN ILMIAH )

JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH RENDAH DARI SEGI

LOKALITI

LECTURER : Dr . Mazlini Binti Adnan

Bil NAMA NO MATRIK

1 NORSHALINA BINTI MUSTAFFA D20111048009

Page 2: Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID

SEKOLAH RENDAH DARI SEGI LOKALITI

2.1.1.1. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR 4

2.1.1.2. SUMBER MANUSIA 4-5

2.1.1.3. BAHAN RUJUKAN 5

3.0 CARA MENGATASI PERMASALAHAN 6-7

4.0 KESIMPULAN 7

RUJUKAN 8

Page 3: Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

3

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan adalah salah satu suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang

seimbang daripada segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sahsiah. Proses pendidikan

berkembang dari aspek pengajaran, pembelajaran dan pencapaian pendidikan secara

meluas. Jurang perbezaan daripada segi peluang dan kemudahan yang dapat diberikan

perlulah seimbang dan adil. Tanpa mengira di mana pelajar tersebut bersekolah sama ada

di bandar atau di luar bandar. Mereka berhak mendapat perkhidmatan dan peluang yang

sama. Sektor pendidikan berdepan cabaran merapatkan jurang pencapaian antara pelajar

bandar dan luar bandar. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk

Fatimah Abdullah (2013) berkata banyak usaha perlu dilakukan semua pihak dan bukan

hanya digalas oleh pihak guru.

2.0 JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DARI SEGI

LOKALITI

Jurang pendidikan dalam Malaysia menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan

sejak akhir-akhir ini. Jurang pendidikan ini wujud dalam lokaliti atau penempatan yang

melibatkan bandar, luar bandar dan juga pedalaman.Selain daripada itu, jurang dalam

pendidikan juga melibatkan sosial, budaya, kemudahan fizikal, jenis sekolah, jantina,

kaum dan sebagainya.Usaha dalam menangani jurang ini terus mendapat perhatian

kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3). Graf di bawah menunjukkan

jurang pencapaian Matematik UPSR (Gred ABC) bagi sekolah luar bandar dan bandar.

Graf ini diperoleh melalui Portal Rasmi KPM.

Page 4: Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

4

Berdasarkan graf tersebut, didapati terdapat jurang pencapaian murid di sekolah rendah bagi

subjek matematik bagi sekolah Bandar dan luar bandar. Berdasarkan tahun 2007 hingga

2008, didapati jurang tersebut meningkat sebanyak 0.6 % . Terdapat beberapa aspek yang

mempengaruhi pencapaian tersebut.

Tiga aspek utama yang menjadi jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah

kebangsaan dari segi lokaliti adalah kemudahan infrastruktur, sumber manusia dan

bahan rujukan yang berbeza di bandar dan di luar bandar bagi setiap sekolah rendah.

Kemudahan Infrastruktur

Pada tahun 2005, terdapat 5,077 buah sekolah rendah di luar bandar sekolah

khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan

pendidikan. Terdapat 5,951 sekolah rendah yang berusia melebihi 30 tahun dan

memerlukan penyelenggaraan tinggi. Di kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buah

sekolah rendah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa

yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung

penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan

diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk

membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi menyediakan mekanisme

penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat

memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya. Kebanyakan sekolah mempunyai

bekalan air awam kecuali di 1,517 sekolah rendah . Sebanyak 1,639 buah sekolah

rendah tidak mempunyai bilik sains, dan 42 buah sekolah masih menumpang di

sekolah lain. Terdapat juga sekolah yang beroperasi dalam dua sesi iaitu 858 di

sekolah rendah . Kemudahan ini penting bagi menjamin keselesaan kepada murid dan

guru.

Sumber manusia

Dari aspek sumber manusia pula didapati keadaan yang sama juga berlaku.

Pengagihan guru-guru berkelayakan masih lagi tidak sekata. Petikan daripada Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) menyatakan bahawa seramai

190,336 orang guru di sekolah rendah di Malaysia. Daripada jumlah ini, 15 444 guru

di sekolah rendah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan

Page 5: Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

5

dan guru sambilan atau sementara. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) menghadapi kesukaran dalam menempatkan guru-guru terlatih dan

berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran yang kritikal seperti Sains dan

Matematik di kawasan luar bandar dan pedalaman. Selain itu juga, bilangan pelajar

dan guru yang sedikit menyebabkan pencantuman kelas atau multigrade teaching iaitu

mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan

dilaksanakan. Hal ini menyebabkan para pelajar sukar dan memerlukan masa untuk

menyesuaikan diri dengan teknik pengajaran guru yang berbeza-beza mengikut

keperluan mereka.

Bahan rujukan

Begitu juga dalam aspek bahan rujukan dan peralatan. Kemudahan alat

percetakan, fax, bahan pengajaran, audio video masih lagi ditahap sederhana.

Kemudahan bahan rujukan juga merupakan salah satu masalah utama. Kelengkapan

yang baik dalam aspek ini boleh membantu peningkatan akademik pelajar.

Peruntukan yang rendah juga menyebabkan peningkatan kualiti seperti pembelian

buku-buku dan lain-lain kemudahan menyukarkan aktiviti tersebut dilakukan.

Perkongsian buku-buku dan bahan-bahan rujukan justeru dapat mengurangkan

kekangan kekurangan bahan rujukan dan buku-buku pada sekolah-sekolah yang

terlibat.

Kebanyakan SJKC menggunakan buku teks dan mewajibkan murid-murid

mereka membeli buku latihan tambahan manakala guru di SK yang hanya menyuruh

murid-muridnya membuat latihan dalam buku teks. Menurut pemerhatian Prof Datuk

Dr Ishak Haron, guru di SK terpaksa membuat lembaran kerja sebagai ganti buku

kerja. Banyak masa telah dibazirkan untuk membuat lembaran kerja tersebut. Oleh

itu, guru-guru SK dicadangkan mengguna buku kerja tambahan untuk mengukuhkan

kemahiran matematik murid.

Page 6: Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

6

3.0 CARA MANGATASI PERMASALAHAN

Terdapat beberapa alternatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi

faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya jurang pencapaian subjek matematik murid

sekolah rendah di sekolah luar bandar dengan bandar. Dalam RMK-8, KPM telah

menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer, perkakasan seperti

komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan membangunkan perisian khusus

dan program TV Pendidikan, melatih guru bagi meningkatkan kompetensi

mengintegrasikan ICT dan melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam

pengurusan. Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM telah

menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga

Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT

melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.

Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan

latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang

kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian

sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik

komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan

dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan

pedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik

kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video

teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-

bahan PdP kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman.

Selain itu, melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat , Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia talah melaksanakan program Kampung Tanpa

Wayar 1Malaysia (KTW). Ianya adalah penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa

wayar secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di lokasi terpilih terutamanya

penerima netbook Komputer 1Malaysia di lokasi terpilih di kawasan kurang liputan.

Tumpuannya adalah bagi kawasan luar bandar terpilih yang kurang mendapat liputan.

Setakat ini sebanyak 5687 KTW1M telah disiapkan.

Disamping itu , pelancaran Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman Sabah dan

Sarawak juga merupakan salah satu usaha kerajaan bagi mengatasi permasalahan ini.

Pelan komprehensif itu termasuk dalam 100 inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam arus

pembangunan Negara. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah akses kepada air

Page 7: Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

7

bersih, bekalan elektrik sekurang-kurangnya 12 jam sehari, kemudahan bilik air, bilik

darjah, meja, kerusi yang mencukupi untuk murid dan ruang kerja selesa untuk pendidik.

Berdasarkan Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK KE-10) bab ke-5, bagi mengatasi

masalah kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajar subjek matematik di

sekolah luar bandar ini adalah dengan menambahbaik insentif khusus kepada guru untuk

berkhidmat di sekolah luar bandar terutamanya sekolah di pendalaman. Pemberian

insentif ini dapat dijadikan faktor peneguhan kepada guru-guru muda untuk berkhidmat di

sana. Langkah ini dapat mengurangkan masalah percantuman kelas di sekolah luar bandar

yang disebabkan oleh masalah kekurangan guru untuk berkhidmat di sekolah kawasan

pendalaman. Selain daripada itu, sebanyak 841 buah rumah telah di bina dalam Program

Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak untuk menarik minat guru-

guru opsyen matematik berkhidmat di sekolah luar bandar. Di samping itu, untuk

mengatasi masalah tahap pencapaian subjek matematik di sekolah luar bandar lebih

rendah berbanding sekolah bandar disebabkan oleh kekurangan guru matematik, pihak

KPM perlu menyediakan lebih banyak guru matematik yang terlatih mengikut opsyen

yang diperlukan di sekolah dewasa ini.

4.0 KESIMPULAN

Jurang pencapaian matematik turut terjadi dari segi lokaliti iaitu dalam kawasan

penempatan bandar, luar bandar dan juga kawasan pedalaman.Jurang ini terjadi

disebabkan beberapa faktor iaitu guru, murid, infrastruktor dan faktor-faktor lain.

Pelbagai pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam memberikan

kemudahan yang seimbang kepada murid-murid, guru dan juga masyarakat supaya jurang

pencapaian murid dalam proses pembelajaran terutamanya dari segi pencapaian

matematik dapat di elakkan.

Page 8: Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)

8

RUJUKAN

Zalika Adam, Faridah Kassim dan Mohamad Johdi Salleh, 2009, MEMPERKASAKAN

PENDIDIKAN LUAR BANDAR, International Islamic University Malaysia (IIUM).

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my/

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Putrajaya (2010). Rancangan Malaysia

Kesepuluh 2011-2015. Diperolehi pada 25 Mac 2014 daripada

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

2025). Diperolehi pada 25 Mac 3014 daripada

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-

BM.pdf