Jurnal 6.docx

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL Bilangan Jurnal : Ke 6 Minggu Praktikum : MINGGU 6 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015 Tajuk Jurnal : MINGGU PEPERIKSAAN (UJIAN BULANAN 1) 1. Masalah / Peristiwa: Minggu ini merupakan minggu peperiksaan di SK Coronation Park iaitu Ujian Bulanan 1 yang melibatkan aliran perdana dan Pendidikan Khas (Tahun 3, 4, 5). Jadi, pada minggu ini, beberapa aktiviti PdP tidak dapat dijalankan bagi kelas aliran perdana dan juga kelas pendidikan khas Tahun 5. Saya hanya mengajar kelas Pendidikan Khas Tahun 2. Saya turut terlibat dengan tugasan untuk menjaga kelas yang terlibat dengan ujian di aliran perdana. Pada minggu ini, saya juga sempat diselia oleh guru pembimbing major di kelas 2 Ikhlas. Tingkah laku murid di kelas 2 Ikhlas pada minggu ini dilihat bertambah baik. Tetapi, kehadiran murid kelas 2 Ikhlas dilihat tidak penuh kerana terdapat beberapa murid yang tidak menghadirkan diri. Sesekali ada juga murid yang nakal dan tidak berkelakuan baik. Namun, keadaan masih terkawal. 2. Analisis Sepanjang minggu ini, sekolah agak sibuk dengan ujian bulanan terutamanya daripada kelas aliran perdana. Oleh itu, PdP tidak dapat dijalankan dan ditangguhkan. Seterusnya, tingkah laku murid kelas 2 Ikhlas adakalanya boleh diatasi dengan cara ganjaran. Namun, kadang kala teknik itu kurang berkesan. Guru perlu sentiasa berusaha mendisiplinkan dan mengawal tingkah laku murid dengan baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Transcript of Jurnal 6.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

JURNALBilangan Jurnal: Ke 6

Minggu Praktikum: MINGGU 6

Tarikh Peristiwa / Kejadian: 9 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015

Tajuk Jurnal: MINGGU PEPERIKSAAN (UJIAN BULANAN 1)

1. Masalah / Peristiwa:

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan di SK Coronation Park iaitu Ujian Bulanan 1 yang melibatkan aliran perdana dan Pendidikan Khas (Tahun 3, 4, 5). Jadi, pada minggu ini, beberapa aktiviti PdP tidak dapat dijalankan bagi kelas aliran perdana dan juga kelas pendidikan khas Tahun 5. Saya hanya mengajar kelas Pendidikan Khas Tahun 2. Saya turut terlibat dengan tugasan untuk menjaga kelas yang terlibat dengan ujian di aliran perdana. Pada minggu ini, saya juga sempat diselia oleh guru pembimbing major di kelas 2 Ikhlas. Tingkah laku murid di kelas 2 Ikhlas pada minggu ini dilihat bertambah baik. Tetapi, kehadiran murid kelas 2 Ikhlas dilihat tidak penuh kerana terdapat beberapa murid yang tidak menghadirkan diri. Sesekali ada juga murid yang nakal dan tidak berkelakuan baik. Namun, keadaan masih terkawal. 2. AnalisisSepanjang minggu ini, sekolah agak sibuk dengan ujian bulanan terutamanya daripada kelas aliran perdana. Oleh itu, PdP tidak dapat dijalankan dan ditangguhkan. Seterusnya, tingkah laku murid kelas 2 Ikhlas adakalanya boleh diatasi dengan cara ganjaran. Namun, kadang kala teknik itu kurang berkesan. Guru perlu sentiasa berusaha mendisiplinkan dan mengawal tingkah laku murid dengan baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya perlu bersiap sedia dengan rancangan pengajaran harian pada minggu yang akan datang. b) Saya akan bersiap sedia dengan perancangan perlaksanaan untuk kajian tindakan terhadap sampel kajian yang dipilih untuk dilaksanakan tindakan susulan yang berkesan terhadap mereka. 4. Tempoh Masa Tindakan SusulanMinggu hadapan merupakan minggu cuti persekolahan selama seminggu. Jadi, sekolah akan berehat dan bercuti. Dalam tempoh cuti persekolahan seminggu ini iaitu selama 9 hari, saya akan cuba buat perancangan rancangan pengajaran harian dan bahan bantu belajar lebih awal untuk minggu seterusnya. Saya juga akan memfokuskan kepada perlaksanaan kajian tindakan yang akan saya jalankan bermula selepas cuti persekolahan ini. Persediaan awal diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Tempoh masa bagi tindakan susulan masalah ini ialah pada minggu seterusnya iaitu pada 23 Mac 2015 hingga 27 Mac 2015.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :..................................... Tandatangan :..............................................

Nama :................................... Nama :..............................................

Tarikh :.................................... Tarikh :...........................................