JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM...

19
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM NORMADIAH BINTI DAUD 1 ZULIZA MOHD KUSRIN 2 ABSTRAK Penyusuan susu ibu merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang bayi. Ia merupakan anugerah daripada Allah SWT. yang dikurniakan oleh kepada seseorang wanita yang bergelar ibu. Allah SWT telah menyatakan dalam Al Qur’an dan baginda Rasulallah SAW juga menekankan tentang kepentingannya dalam hadis. Perbincangan berkenaan penyusuan ibu juga dikhususkan dalam bab khusus iaitu al Radā‘ah. Artikel ini bertujuan membincangkan prinsip yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu seperti al Murdi ah (wanita yang menyusu), al Radī‘ (bayi yang disusui) dan al Murda‘ lahu (bapa). Selain daripada itu, ia juga menyentuh aspek hak dan kewajipan ibu, bapa dan anak dalam penyusuan berdasarkan pendapat dan perbahasan para fuqaha. Secara keseluruhannya, tidak kira ianya hak atau kewajipan siapa, apa yang paling penting, susu ibu adalah makanan terbaik untuk semua bayi dan menjamin kesejahteraan mental dan fizikal mereka pada masa akan datang. Kata kunci : Penyusuan, Prinsip, Hak, Kewajipan. ABSTRACT Breastfeeding is the most crucial episode in a baby’s life. It is an amazing reward bestowed by Allah SWT to a mother. Due to its importance, Allah SWT highlights it many times in the Quran and also reminded by the Prophet SAW in his hadiss. Besides that, breast milk is also placed in the highest position in Islamic family law under ‘al Radā‘ah. This article points out all the relevant principles pertaining to breastfeeding such as al Murdi‘ah (woman who breastfeeds), al Radī‘ (baby who is breastfed) and al Murd lahu (father). All points are clearly explained, together with their rubrics, rights and obligations in breastfeeding. Furthermore, the opinion of fuqoha is also debated. This is due to the opinions that breastfeeding is mother, baby and father’s right and obligations. Overall, no matter who has the right or obligati ons, the most importantly is breast milk is the best nutrient to all babies in making sure of their future mental and physical wellness. Keywords: Breastfeeding, rubrics, right, obligations. 1 Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UNISZA. 2 Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. 155 BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Transcript of JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM...

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

NORMADIAH BINTI DAUD1

ZULIZA MOHD KUSRIN2

ABSTRAK Penyusuan susu ibu merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang bayi. Ia merupakan anugerah daripada Allah SWT. yang dikurniakan oleh kepada seseorang wanita yang bergelar ibu. Allah SWT telah menyatakan dalam Al Qur’an dan baginda Rasulallah SAW juga menekankan tentang kepentingannya dalam hadis. Perbincangan berkenaan penyusuan ibu juga dikhususkan dalam bab khusus iaitu al Radā‘ah. Artikel ini bertujuan membincangkan prinsip yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu seperti al Murdi ‘ah (wanita yang menyusu), al Radī‘ (bayi yang disusui) dan al Murda‘ lahu (bapa). Selain daripada itu, ia juga menyentuh aspek hak dan kewajipan ibu, bapa dan anak dalam penyusuan berdasarkan pendapat dan perbahasan para fuqaha. Secara keseluruhannya, tidak kira ianya hak atau kewajipan siapa, apa yang paling penting, susu ibu adalah makanan terbaik untuk semua bayi dan menjamin kesejahteraan mental dan fizikal mereka pada masa akan datang.

Kata kunci : Penyusuan, Prinsip, Hak, Kewajipan.

ABSTRACT

Breastfeeding is the most crucial episode in a baby’s life. It is an amazing reward bestowed by Allah SWT to a mother. Due to its importance, Allah SWT highlights it many times in the Quran and also reminded by the Prophet SAW in his hadiss. Besides that, breast milk is also placed in the highest position in Islamic family law under ‘al Radā‘ah. This article points out all the relevant principles pertaining to breastfeeding such as al Murdi‘ah (woman who breastfeeds), al Radī‘ (baby who is breastfed) and al Murd ‘lahu (father). All points are clearly explained, together with their rubrics, rights and obligations in breastfeeding. Furthermore, the opinion of fuqoha is also debated. This is due to the opinions that breastfeeding is mother, baby and father’s right and obligations. Overall, no matter who has the right or obligations, the most importantly is breast milk is the best nutrient to all babies in making sure of their future mental and physical wellness.

Keywords: Breastfeeding, rubrics, right, obligations.

1 Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UNISZA. 2 Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

155

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin

PENGENALAN

Penyusuan sangat penting kepada bayi. Penyusuan susu ibu menjamin bayi hidup lebih sihat dan sempurna. Ini kerana susu ibu merupakan sumber pemakanan yang seimbang. Kerana kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebutnya berkali-kali di dalam Al Qur’an. Bahkan ianya juga disebut berulang kali di dalam hadis nabi. Selain dari itu, terdapat satu tajuk yang khusus di dalam sistem kekeluargaan Islam iaitu al Radā‘ah. Terdapat banyak perkara yang perlu diteliti dan dibahaskan antaranya berkaitan dengan prinsip-prinsip, hak dan juga kewajipan yang perlu di dalam penyusuan.

PENGERTIAN PENYUSUAN

Manakala pengertian penyusuan susu ibu pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengertian menurut bahasa dan menurut istilah syarak. Menurut bahasa penyusuan berasal daripada perkataan arab iaitu radi‘a dan rada‘a iaitu penyusuan anak oleh ibunya. Ia juga membawa makna daraba yang membawa makna pukul.3 Perempuan yang menyusukan anak digelar al-murdi‘ah .4 Manakala anak yang disusui pula digelar al-Radī’. Menurut istilah syarak, terdapat beberapa pandangan daripada tertentu berkenaan beberapa maksud dan takrif penyusuan iaitu :

1. Mazhab Hanafi mentakrifkan penyusuan sebagai meminum susu perempuan- perempuanadam pada waktu tertentu.5

2. Mazhab Maliki pula berpendapat penyusuan ialah memasukkan susu perempuan sama adasesudah mati atau perempuan kecil meskipun melalui puting atau alat bantuan makanan ataususu yang bercampuran (dengan syarat hendaklah susu melebihi daripada benda lain)dengan makanan lain dalam tempoh tidak melebihi dua tahun.6

3. Mazhab Syafi‘i yang menjadi pegangan kebanyakan umat Islam di Malaysia menyatakanpenyusuan ialah sesuatu perkara yang digunakan untuk memasukkan susu perempuan kedalam hidangan kanak-kanak yang memberi kesan kepada pembesaran.7

4. Mazhab Hambali berpendapat penyusuan ialah memasukkan susu secara semula jadi ataualat bantuan minuman kepada sesiapa yang umurnya tidak melebihi dua tahun.8

5. Berdasarkan maksud dan takrif yang telah dibincangkan, dapat dirumuskan bahawapengertian penyusuan susu ibu ialah memasukkan susu perempuan ke dalam rongga kanak-kanak yang tidak melebihi usia dua tahun.

3 Ibn Manzūr. Muhammad ibn Mukram. 2003. Lisan al-‘Arab. Kaherah: Dar al-Hadis. h. 481-482. 4 al- Rāzī, Muhammad ibin Abi Bakr ibn ‘Abd al-Qadir. 1995. Mukhtar al-sihah. Beirut: Maktabat Lubnan h. 69. al-

Shīrāzī, al-Faiyuz Abadi, Abu Tahir Majd al-Din Muhammad ibn Ya‘qub. 2004. al-Qamus al-muhit. Arab Saudi: Bayt al-Afkar al-Dawliyyah, h. 675.

5 al-Ghunāymi, ‘Abd al-Ghani al-Dimashqi al-Maydani al-Hanafi. 1993. al-Lubab fi sharh al-kitab. Lubnan: Maktabah al-‘Ilmiyyah, h. 31; al –Zayla‘ī, Jamal al-Din Abu Muhammad ‘Abdullah al-Hanafi. 2000. Tabyin al-haqa’iq sharh kanz al-daqa’iq. Lubnan: Dar al Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 620

6 al-Dardīr, Abu al-Barakat Ahmad ibn Muhammad. t.th. al-Sharh al-saghir ‘ala aqrab al-masalik ila mazhab al-Imam Malik. Beirut: Dar al-Ma‘arif, h. 719-721.

7 al-Sharbīnī, Muhammad al-Khatib. T.th. Mughn al-muhtaj ila ma‘rifat ma’ani alfaz al-minhaj. Lubnan: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, h. 414.

8 al-Buhūtī, Mansur ibn Idris. 2003. Kashshaf al-qina‘ ‘an matn al-iqna’. Arab Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub, h. 2795.

156

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

Seterusnya dinyatakan maksud tiga kata kunci yang utama berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi keempat iaitu:

1. Prinsip9

Prinsip membawa maksud asas atau dasar yang menjadi pokok suatu pemikiran, kajianatau tindakan. Justeru prinsip yang dikehendaki di dalam artikel ini ialah asas atau dasaryang menyebabkan terlaksananya penyusuan susu ibu. Tanpanya penyusuan tidak akandapat dilaksanakan.

2. Hak10

Manakala hak pula membawa maksud milik atau kepunyaan. Persoalan yangdikemukakan dalam artikel ini adalah untuk menentukan hak atau milik siapakahpenyusuan tersebut di samping perbahasan dalam kalangan fuqaha berkaitan perkaratersebut.

3. Kewajipan11

Kewajipan pula membawa maksud sesuatu yang diwajibkan, kemestian atau keharusan diatas sesuatu ketetapan. Kewajipan yang dikehendaki di dalam artikel ini ialah kewajipanmenyusukan anak.

4. Perbezaan antara hak dan kewajipan ialah hak adalah sesuatu yang menjadi milik dankepunyaan seseorang dan terserah kepada pemilik untuk memberinya kepada orang lainatau tidak. Manakala kewajipan pula ialah apa yang mesti dilakukan oleh seseoranguntuk memenuhi hak seseorang yang lain.

PENSYARIATAN PENYUSUAN

Penyusuan susu ibu adalah amalan yang baik dan digalakkan oleh Islam bagi menjamin kesihatan tumbesaran bayi dan pemulihan kesihatan ibu selepas melahirkan bayi. Terdapat dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang menyokong dan menggalakkan amalan penyusuan ibu tersebut. Peranan susu ibu dalam proses pembangunan modal insan telah dinyatakan dalam firman Allah SWT yang berikut:

.12

9 Kamus Dewan . 2005. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 1232. 10 Ibid, h. h. 500. 11 Ibid, h.1795. 12 al-Qur’an. al-Baqarah 2:233.

157

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuan itu.13

Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan dengan jelas, bahawa para ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun bagi mereka yang berkemampuan dan mengingininya. Namun begitu, tidak menjadi kesalahan sekiranya mereka ingin mengupah orang lain untuk menyusukan anak mereka kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi terdapat banyak perbezaan bagi mereka yang disusui oleh ibu sendiri dengan disusui oleh perempuan lain. 14

Walaupun anak mendapat khasiat yang sama, tetapi kasih sayang ketika menyusukan anak tidak dapat dicurahkan oleh seseorang ibu. Dalam keadaan yang tertentu ada kalanya anak terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk disusui kerana susu ibu kering atau ibu sakit dan sebagainya, dan amalan sedemikian dibenarkan oleh Islam. Namun sekiranya ibu sihat dan mempunyai susu, sewajarnya si ibu sendiri yang menyusukannya, untuk kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu sebagaimana dalam firman Allah SWT yang berikut:

15 Maksudnya: Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta katahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Tempoh penyusuan yang paling ideal juga turut disebut di dalam ayat yang lain, seperti firman Allah SWT yang berikut:

16

Maksudnya: Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

13 Semua terjemahan ayat dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al Rahman kepada Pengertian al-Qur’an, edisi ketiga belas, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 2002) 14 Ridā, Muhammad Rashid. 2005. Tafsir al-manar., Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, jil. 2, h. 409. 15 al-Qur’an, al-Baqārah 2:233. 16 al-Qur’an, al Ahqāf 46:15.

158

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang kelebihan penyusuan susu ibu. Antara hadisnya ialah Rasulullah SAW bersabda:

ة م اع ض الر 17ةاع ج ن ال

Maksudnya: Sesungguhnya penyusuan itu daripada sebab kelaparan.

Seterusnya Baginda SAW bersabda lagi:

18حمالل ت نب أ م و ظ الع ز نش ا أ م اع إل رض ل Maksudnya: Tidak ada hukum susuan melainkan penyusuan yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.

Ayat al-Quran dan hadis tersebut jelas menyatakan bahawa penyusuan susu ibu adalah digalakkan kerana ia adalah makanan terbaik untuk bayi dan membantu tumbesaran mental dan fizikal bayi yang sihat.

PRINSIP PENYUSUAN MENURUT ISLAM

Dalam Islam, penyusuan akan melibatkan tiga pihak utama yang saling berhubungan antara satu sama lain iaitu ibu yang menyusukan (murdi‘ah), bayi yang disusui (radī‘ ), dan bapa kepada anak yang disusu (murda‘ lah ).

al-Murdi‘ah

al-Murdi‘ah membawa makna ibu yang menyusukan anak. Ini berdasarkan firman Allah SWT berikut:

.19

Maksudnya:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuan itu.

al-Wālīdat dalam ayat ini membawa maksud ibu yang melahirkan anak dan seterusnya menyusukan anak tersebut. Namun begitu terdapat pertikaian para mufassirin dalam menentukan maksudnya, iaitu sama ada ia khusus kepada ibu yang telah diceraikan ataupun ibu yang masih menjadi isteri ataupun semua wanita atau ibu yang melahirkan anak tidak kira masih berada

17 Mausu’ah al-Hadith al-Syarif, 2000. no hadis :5102, kitab nikah, bab al ridā‘. 18al-Sin’ani, 2005, no hadis 1074:718, Kitab Nikah, bab al ridā. 19 al-Qur’an, al-Baqārah 2:233.

159

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin

dalam ikatan perkahwinan atau telah diceraikan. Perbahasan para mufassirin tersebut adalah seperti berikut:

1. Pendapat pertama ialah seperti yang dinyatakan dalam Tafsir al-Manar yangmentafsirkan kalimah al-walidat ini khusus kepada para ibu yang telah diceraikan sahaja.Ini kerana ayat ini secara keseluruhannya diturunkan dalam bab talak dan penceritaannyajuga adalah hukum-hakam yang berkaitan dengan talak. Perkara ini terjadi apabilasepasang suami isteri bercerai dan mereka mempunyai anak yang masih menyusu. Makaturunlah ayat ini untuk memperjelaskan keadaan tersebut.20

2. Pendapat kedua ialah merujuk kepada al-Qurtubi yang mentafsirkan perkataan inimembawa makna para ibu yang masih menjadi isteri atau masih dalam ikatan pernikahanserta mereka mempunyai anak untuk disusui. Mereka berhujah bersandarkan firmanAllah SWT yang berikut:

21

Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Ayat ini membuktikan bahawa ibu yang dimaksudkan sebagai penyusu atau ibu yang masih menjadi isteri dan berada dalam ikatan perkahwinan dan bukannya isteri yang telah diceraikan. Ini kerana yang berhak mendapat nafkah dan pakaian daripada seorang bapa atau suami ialah seorang isteri yang sah dan bukannya yang telah diceraikan. Isteri yang telah diceraikan sebaliknya tidak berhak mendapat nafkah, mereka hanya berhak mendapat upah sahaja.22

3. Pendapat ketiga pula menyatakan perkataan al-walidat tersebut bermaksud semua wanitaatau ibu yang melahirkan anak tidak kira berada dalam ikatan perkahwinan atau telahdiceraikan. Mereka semua adalah murdi‘ah dan perlu menyusukan bayi mereka. Pendapatini ditarjihkan oleh al-Alūsī di dalam kitabnya Rūh al-Ma‘ānī. Mereka berhujah denganayat di atas. Menurut mereka Allah SWT menggunakan lafaz am dalam menyebutkalimah al-wālīdat, iaitu semua ibu-ibu tanpa ada ayat yang mengkhususkannya. Makahukumnya merangkumi semua ibu sama ada yang belum diceraikan atau yang telahdiceraikan.23

20 Ridā, h. 408-409. 21 al-Qur’an, al-Baqārah 2:233

22 al-Qurtubī, Muhammad ibn Ahmad ibn Abi Bakr Farah al-Ansari. 1988. al-Jami‘ li ahkam al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil. 2, h. 160.

23 al-Alūsī, Shihab al-Din Mahmud ibn ‘Abdullah al-Husayni. 1987. Rūh al-ma‘ani. Beirut: Dar al-Fikr, jil. 8, h. 145-146.

160

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

4. Pendapat yang ketiga merupakan pendapat yang rājih, 24berasaskan kepada hujah yangberdasarkan kepada qawā‘id usūliyyah:

صي ص خ يل الت ل د وم ق َ ّت ح ه وم م ع ى لع ام لع ا

Maksudnya: Umum itu akan kekal dalam keadaan umumnya sehingga datang dalil yang mengkhususkannya.25

al-Radī‘

al-Radī‘ membawa maksud bayi yang disusui berdasarkan firman Allah SWT yang berikut:

26

Maksudnya:Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Sebahagian mufassirin menyatakan bahawa penyusuan adalah hak kepada bayisepertimana nafkah kepada anak yang telah besar.27 Oleh itu, bapa bertanggungjawab memberi nafkah pakaian dan makanan kepada si ibu yang menyusukan anak. Ini kerana, hasil daripada pemakanan yang sihat daripada ibu susuan tersebut, terhasillah susu untuk diminum oleh bayi.

Al-Murda‘ lah

al-Murda‘ lah ialah bapa kepada anak yang disusui berdasarkan firman Allah SWT yang berikut:

28

Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

al-Zamakhsharī dalam tafsirnya menjelaskan kalimah al-mawlūd lah sebagai bapa kepada bayi yang disusui.29 Bapa dikehendaki memberi nafkah kepada ibu yang masih menjadi isterinya

24 al-Zuhayli, Wahbah.2001. Usul Fiqh al Islami. Beirut: Dar al Fikr, jil. 1, h. 248 25 ibid, h. 248. 26 al-Qur’an, al-Baqārah 2:233 27 al-Shīrāzī, , Taqi al-Din ‘Ali ibn ‘Abd al-Kafi al-Subki t.th, al Majmu‘ sharh al Muhazzab. Jeddah: Maktabat al

Irshad, jil 17, h. 154. 28 al-Qur’an, al-Baqarah 2:233. 29 al-Zamakhshari, Abu Qasim Mahmud ibn ‘Umar. 1977. al-Kashf ‘an haqa’iq al-tanzil wa ‘uyun al- aqawil wa wujuh al-ta’wil.. Beirut: Dar al-Fikr, jil. 1, h. 370.

161

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin dan menyusui anaknya serta memberi upah kepada isteri yang telah diceraikan tetapi masih menyusui anaknya

HAK DAN KEWAJIPAN DALAM PENYUSUAN

Oleh kerana penyusuan merupakan perkara yang berdasarkan kepada al- Qur’an dan sunnah, ianya melibatkan hak dan kewajipan pelbagai pihak seperti ibu, anak dan bapa. Ada pendapat yang mengatakan penyusuan hak anak dan kewajipan ibu yang mesti dilaksanakan. Namun begitu ada juga sebahagian ulama yang mengatakan penyusuan adalah hak ibu dan bukan kewajipannya. Justeru para ibu berhak meninggalkan penyusuan dengan alasan tertentu. Aspek terakhir yang akan dibincangkan ialah hak dan kewajipan bapa dalam pelaksanaan penyusuan. Semuanya ini akan dibincangkan berdasarkan pandangan para mufassirin dan pandangan yang paling rājih.

Penyusuan Sebagai Hak Anak dan Kewajipan Ibu.

Sejak janin terbentuk dalam rahim seorang ibu, Allah SWT telah menetapkan makanan dan minuman untuk janin tersebut. Setelah lahir ke dunia makanan yang utama kepada bayi ialah susu ibu. Justeru itu penyusuan susu ibu adalah menjadi hak kepada anak kerana anak berhak mendapat sesuatu yang terbaik dalam hidupnya melalui khasiat penyusuan susu ibu. Walaupun begitu, terdapat sebahagian ulama yang berpendapat penyusuan bukanlah hak bayi sebaliknya hak ibu. Sekiranya ia adalah hak anak secara mutlak, sudah tentu semua ibu akan berdosa kerana tidak memberi susunya kepada anak selama tempoh yang telah ditetapkan. Golongan yang menyatakan penyusuan adalah hak anak adalah bersandarkan firman Allah SWT:

.30

Maksudnya :Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.

.Ahli tafsir menerangkan bahawa ayat ini datang dalam bentuk khabar yang menyuruh

para ibu menyusukan anak mereka. Imam al-Rāzī dalam tafsirnya menyatakan setiap kata-kata yang menggunakan lafaz khabar adalah satu suruhan yang wajib. Justeru itu, suruhan penyusuan oleh Allah SWT kepada para ibu adalah satu suruhan yang wajib.31 Ayat kedua yang dijadikan sebagai sandaran pendapat mereka ialah firman Allah SWT dalam ayat yang sama:

32 30 al-Qur’an,. al-Baqārah 2:233. 31 al-Rāzī, jil. 5, h. 100. 32 al-Qur’an, al-Baqārah 2:233.

162

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Jelasnya Allah SWT mewajibkan para bapa supaya memberi nafkah termasuk makanan, pakaian dan tempat tinggal kepada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Ini kerana rezeki yang masuk ke dalam perut anak adalah daripada susu yang keluar daripada seorang ibu. Justeru para bapa perlu memberi nafkah dan makanan yang sebaiknya kepada para ibu yang menyusukan anak. 33 Hasil daripada nafkah tersebut, ibu akan menjadi sihat dan dapat mengeluarkan susu yang menjadi rezeki kepada anak. Kewajipan ini, tidak lain tidak bukan kerana penyusuan adalah hak kepada anak yang kecil sama seperti kewajipan nafkah kepada anak yang telah besar.34

Walaupun penyusuan adalah hak kepada anak dan wajib ke atas ibu menyusukan, namun masih berlaku pertikaian di kalangan ulama berkaitan dengan masa kewajipan tersebut iaitu adakah ketika ibu masih bergelar isteri, atau sebaliknya.

1. Pendapat pertama yang menyatakan penyusuan wajib selagi bergelar seorang isteri adalahbersandarkan kepada firman Allah SWT yang berikut:

.35Maksudnya Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.

Mereka berhujah dengan ayat ini, kerana pada urufnya, wanita yang mempunyai anak adalah mereka yang masih dalam ikatan perkahwinan. Selain itu, suruhan dalam ayat ini juga tidak jelas kewajipan penyusuan kepada semua ibu. Sekiranya wajib kepada semua ibu pasti suruhan tersebut akan bermaksud “… dan ibu-ibu mestilah menyusukan anak mereka…”. Maka kesimpulan yang mereka buat adalah berdasarkan uruf iaitu penyusuan wajib ketika mana perempuan tersebut masih berada dalam ikatan perkahwinan dan bukannya bagi mereka yang telah bercerai.36

2. Pendapat kedua pula berpandangan penyusuan wajib kepada semua wanita yang bergelaribu. Mereka juga menggunakan dalil daripada ayat di atas, cuma cara merekamengadaptasikan ayat itu adalah berbeza. Pendapat yang kedua ini menyatakan suruhanAllah SWT dalam ayat di atas adalah mutlak, iaitu suruhan kepada semua perempuan,tidak kira mereka masih bergelar isteri atau telah bercerai. Selagi mereka sihat danmempunyai susu, penyusuan wajib dilakukan.37

33 Sayyid Qutb. 1992. Fi zilal al-Quran. Kaherah: Dar al-Shuruq. , jil. 1, h. 253-254.

34 al-Qurtūbī, h. 108. 35 al-Qur’an, al-Baqārah 2:233. 36 Zaydān, 2000. Al Mufassol fi ahkam al Mar’ah wa bait al Muslim fi syariati Islamiyyah. Beirut: Dar al Fikr, h. 473; al- Qurtūbī, h. 161.

37 Ridā, h. 409-410.

163

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin

3. Pendapat yang rājih ialah ibu wajib menyusukan anaknya ketika masih bergelar seorang isteri. Sebaliknya sekiranya mereka telah bercerai, ibu tidak lagi wajib memberi susu kepada anak tersebut. Melainkan dia ingin berbuat demikian secara sukarela demi kebaikan anaknya. Bahkan ibu yang telah bercerai juga perlu dibayar oleh bekas suaminya di atas penyusuan yang diberikan kepada anak tersebut atas persetujuan kedua-dua belah pihak, sebagaimana firman Allah SWT yang berikut:

38

Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani ‘iddahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah permpuan lain menyusukannya.

Ayat ini jelas menunjukkan ibu wajib menyusukan anaknya ketika masih bergelar isteri dan bukannya ketika mereka telah bercerai. Ini kerana sesuatu yang wajib tidak perlu dibayar. Sedangkan ibu yang telah bercerai mereka berhak mendapat upah daripada bekas suaminya di atas penyusuan tersebut. al-Zaydān telah memilih pendapat yang pertama sebagai pendapat yang rājih kerana ketepatan dalil dan hujah-hujahnya.39

Penyusuan Sebagai Hak Ibu dan Bukan Kewajipannya

Walaupun banyak pendapat menyatakan susu adalah hak kepada anak, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan menyusu adalah hak ibu dan bukan kewajipannya. Ini bermakna ibu mempunyai pilihan sama ada mahu memberi susu atau tidak kepada anaknya kerana penyusuan adalah haknya. Mereka berhujah dengan pelbagai dalil. Antaranya ialah firman Allah SWT yang berikut:

38 al-Qur’an, al-Talāk 65: 6. 39 al-Zaydān, h., 474.

164

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

Maksudnya: Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.

Berdasarkan ayat tersebut, mereka berhujah bahawa sekiranya penyusuan itu adalah hak kepada anak dan kewajipan kepada ibu, mereka tidak perlu dibayar upah kerana menyusu anak sendiri. Tetapi dalam hal ini, arahan Allah SWT kepada para suami agar membayar upah tersebut membuktikan penyusuan bukanlah suatu kewajipan kepada ibu. Mereka berpendapat penyusuan tersebut hukumnya adalah sunat kerana susu adalah sebaik-baik makanan kepada anak. Justeru itu, sunat kepada ibu memberi makanan yang terbaik untuk anaknya dan ibu akan diberi pahala atas perbuatan tersebut dan tidak berdosa jika tidak menyusukannya. 41 Seterusnya Allah SWT berfirman:

42

Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Mereka berhujah, sekiranya susu ibu adalah hak anak, para bapa tidak perlu memberi nafkah kepada ibu yang menyusukan anaknya setelah mereka bercerai. Ini kerana ibu wajib menyusukan anak dalam apa keadaan sekalipun, walaupun tidak dibayar nafkahnya. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bapa perlu memberi nafkah atau upah kepada ibu yang telah diceraikan. ini jelas menunjukkan bahawa penyusuan tersebut adalah hak ibu dan bukan kewajipannya.43

Kerana hujjah inilah sebahagian ulama telah berpendapat bahawa susu adalah hak ibu dalam keadaan yang biasa. Namun penyusuan tersebut boleh bertukar menjadi wajib dalam tiga keadaan iaitu:

1. Pertama, sekiranya bayi tersebut tidak dapat menerima susu lain selain daripada susu ibukerana sakit atau alahan yang tertentu.

2. Kedua, sekiranya tiada wanita lain yang sanggup menyusukan anaknya pada masatersebut.

3. Ketiga, sekiranya bapa tidak berkemampuan untuk mengupah wanita lain untukmenyusukannya.

40 al-Qur’an, al-Talāk 65: 6. 41 al-Rāzī, h. 125; al-Zamakhsharī, h. 278-279; al-Alūsī, h.145. 42 Al-Qur’an, al-Baqārah 2:233. 43 Zaydān. h. 483.

165

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin

Dalam tiga keadaan yang berikut, bayi berhak mendapat susu daripada ibunya. Sekiranya ibu enggan menunaikan tanggungjawabnya, bermakna ibu telah melanggar amanah serta kewajipan yang telah diamanahkan oleh Allah SWT kepadanya.44

Walaupun Islam mewajibkan para ibu menyusukan anaknya dalam tiga keadaan di atas, masih ada kelonggaran yang diberikan kepada ibu dalam keadaan yang tertentu seperti ibu sakit, ketiadaan susu, suami yang tidak mahu membayar upah susuan (ibu yang telah bercerai) dan lain-lain. Islam telah memberikan kelonggaran kepada para ibu yang tidak dapat menyusukan anaknya disebabkan beberapa halangan yang daruri supaya mencari wanita lain untuk menyusukan anaknya dan diberi upah seperti mana firman Allah SWT yang berikut:

45

Maksudnya:

Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

Ayat di atas menerangkan, jika isteri yang diceraikan bersedia menyusukan anaknya, bekas suami hendaklah memberikan upah kepadanya. Sedangkan jika bekas isteri tidak dapat menyusukan anaknya, bapa bayi tersebut bertanggungjawab untuk mencari wanita lain yang dapat menggantikan tugas isterinya sebagai ibu susuan kepada anaknya.46 Oleh itu, seseorang bapa haruslah bijak dalam memilih wanita yang sesuai untuk menyusukan anaknya. Bapa haruslah menyelidiki latar belakang wanita tersebut. Islam telah menggariskan agar memilih wanita yang mulia akhlaknya, mempunyai keteguhan rumah tangga dan peribadi yang sempurna. Ini kerana bayi akan mudah terpengaruh dengan sikap ibu susuannya disebabkan bayi peka terhadap persekitarannya.47 Justeru itu, adalah digalakkan agar para ibu menyusukan sendiri bayi mereka. Keadaan ini akan memberi keistimewaan kepada kedua belah pihak, misalnya hubungan rohani dan jasmani di antara ibu dan anak akan menjadi lebih erat lagi. Selain itu, bayi tersebut juga mendapat belaian kasih sayang daripada ibunya sendiri.

Setelah bercerai, ada kalanya hubungan antara bekas suami dan bekas isteri agak renggang. Bahkan ada di kalangan mereka yang berselisih faham, bermasam muka dan sebagainya. Pada masa ini, anak yang kecil sentiasa menjadi mangsa. Bapa yang marah dan benci kepada ibu atau bekas isterinya, sanggup melarang bekas isterinya daripada memberi susu kepada anak mereka. Ini adalah satu tindakan yang tidak betul kerana pada ketika itu, ibulah yang paling berhak untuk menyusukan anaknya. Allah SWT berfirman yang berikut:

44 al-Sharbāji, ‘Ali, Mustafa al-Khinn & Mustafa Bugha. 2009. al-Fiqh al-manhaji ‘ala mazhab al-Imam al-Syafi’i. terj: Rasyidah Adam & Shaifudin Maulup. Negeri Sembilan:Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, jil 4, h. 414-418. 45 al-Qur’an, al-Talāk 65: 6. 46 al-Zamakhshārī, h. 370.

47 al-Māwardi, Abu al-Hasan ‘Ali ibn Muhammad ibn Habib. 1996. Kitab al-rada‘. Beirut: Dar Ibn Hazm. h. 43.

166

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

Maksudnya: Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.

Sekiranya ibu sanggup menyusukan anaknya dan bersetuju menerima upah daripada bekas suaminya, pihak bapa tidak boleh memberi hak tersebut kepada orang lain seperti mengambil perempuan lain untuk menyusukan anaknya. Ayat Allah SWT yang membenarkan bapa memberi upah penyusuan kepada orang lain adalah ketika terdapat kesukaran-kesukaran yang tertentu seperti susu ibu kering, ibu yang ketagih arak, ibu sakit dan sebagainya. Sekiranya tidak terdapat masalah tersebut dan ibu mempunyai susu, ibulah yang paling berhak menyusukan anaknya walaupun telah bercerai.49

Penyusuan Sebagai Hak dan Kewajipan Bapa

Penyusuan sering kali dikaitkan sebagai hak anak dan ibu. Agak sedikit perbahasan yang menyatakan penyusuan dari sudut hak bapa. Sebaliknya bapa lebih banyak dikaitkan sebagai orang yang berkewajipan memberi nafkah atau upah kepada ibu yang menyusukannya. Allah SWT berfirman yang berikut:

50

Maksudnya:

Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Selain daripada bapa berkewajipan untuk memberi nafkah ketika ibu menyusukan anak mereka, terdapat juga beberapa persoalan berkaitan dengan hak suami dalam hal berkaitan dengan penyusuan ini.

i. Adakah Suami Berhak Melarang Isterinya Menyusukan Anak Mereka?

Persoalannya ialah adakah isteri perlu menurut kehendak suaminya atau tetap bertegas untuk menyusukan anak mereka? Terdapat pelbagai pendapat berkaitan dengan perkara ini yang telah dibincangkan oleh para ulama daripada pelbagai mazhab. Antaranya ialah:

1. Mazhab Syafi‘i berpendapat pihak suami boleh melarang isterinya daripada menyusukananak mereka dan mencari orang lain untuk menyusukan anak tersebut. Ini kerana suamiberhak untuk berseronok dengan isteri pada setiap masa. Dengan penyusuan,berkemungkinan suami akan kehilangan masa untuk berseronok dengan isterinya. Ada

48 al-Qur’an, al-Talāk 65: 6. 49 Ridā, h. 410. 50 al-Qur’an, al-Baqārah 2:233.

167

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin

juga di kalangan suami yang bimbang tubuh badan isterinya berubah sekiranya memberi susu kepada anak. Justeru mereka berhak menegah isteri daripada menyusukan anak mereka. Namun sekiranya anak tidak mahu menyusu dengan orang lain sedangkan pada masa yang sama kesihatan anak terganggu dan hanya boleh disembuhkan dengan penyusuan susu ibu, pada ketika itu, suami tidak boleh menegah isteri daripada menyusukan anak.51

2. Manakala Mazhab Hambali pula berpendapat penyusuan adalah hak ibu dan bukan kewajipannya. Bahkan ia menjadi wajib dalam keadaan yang darurat sahaja. Oleh kerana penyusuan tersebut adalah hak isteri, pihak suami tidak berhak melarang isteri daripada memberi susu tersebut kepada anaknya.52 Pendapat seterusnya ialah Mazhab Zāhirī yang berpandangan bahawa semua ibu, tidak kira merdeka atau hamba, kaya atau miskin, kecuali isteri yang telah diceraikan, wajib menyusukan anaknya sama ada suaminya setuju ataupun tidak berdasarkan kepada zahir ayat dalam surah al-Baqārah yang jelas menunjukkan satu suruhan Allah SWT kepada kaum ibu untuk menyusukan anaknya.53

3. Pendapat yang rājih ialah suami tidak berhak melarang isterinya menyusukan anak mereka. Pendapat yang mengatakan penyusuan menghalang suami daripada berseronok dengan isteri masih boleh disangkal. Pada hakikatnya, penyusuan tidak memakan masa yang lama atau berterusan, sama seperti masa yang diambil untuk makan, mandi, berehat dan sebagainya. Tambahan lagi berseronok dengan isteri juga bukan sepanjang masa. Oleh itu hujah yang menyatakan penyusuan mengganggu hubungan suami isteri agak daif. Berasaskan pendapat ini juga, Imam al-Nawawi daripada Mazhab Syafi‘i menyatakan pendapat yang paling sahih dari Mazhab Syafi‘i iaitu para suami tidak berhak menghalang isterinya daripada menyusukan anak mereka.54

ii. Adakah suami berhak melarang isterinya menyusukan anaknya daripada suami lain?

Ramai dalam kalangan lelaki yang mengambil isteri dari kalangan janda yang mempunyai anak. Bahkan ada sesetengahnya mempunyai anak yang kecil dan masih menyusu dengan ibunya. Persoalannya sekarang, adakah suami berhak melarang isterinya daripada menyusukan anak yang bukan daripada benihnya sendiri. Terdapat pelbagai pertikaian di kalangan ulama.

1. Mazhab Hambali berpendapat suami berhak menegah isteri daripada menyusukan anaknya daripada suami lain, kecuali dengan tegahan tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada anak. Ini kerana suami memiliki hak dan kuasa ke atas isterinya. Dia berhak untuk menikmati tubuh isterinya pada setiap waktu kecuali pada waktu ibadat

51 al Syafi‘i, Shams al-Din Muhammad ibn ‘Abbas. 1984. Nihayat al-muhtaj ila sharh al-minhaj. Beirut: Dar al-Fikr,

jil. 7, h. 172-173. 52 al Buhūti, h. 319. 53 Zaydān, h. 488. 54 Zaydān, h. 480-481.

168

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

seperti solat dan sebagainya. Oleh itu, dengan penyusuan tersebut, masa untuk berseronok dengan isteri akan berkurangan. Larangan tersebut sama seperti suami melarang isteri keluar rumah. Maka pada ketika ini, bekas suaminya atau bapa kepada bayi tersebut perlu mencari ibu susuan dan mengupah mereka untuk menyusukan anak tersebut. Namun sekiranya anak tersebut tetap tidak mahu menyusu dengan orang lain kecuali ibunya dan pada masa yang sama keadaan menjadi bahaya untuk bayi, ibu perlu menyusukan bayi tersebut walaupun suaminya melarang. Ini kerana keadaan telah menjadi darurat dan menyelamatkan nyawa anak adalah menjadi keutamaan ibu. 55

2. Manakala Mazhab Zāhirī pula berpendapat suami tidak berhak melarang isteri daripadamenyusukan anaknya dengan bekas suaminya. Menurut Ibn Hazm al-Zāhirī, penyusuanadalah hak anak dan menjadi kewajipan ibu untuk meneruskan penyusuan sama adasuaminya suka ataupun tidak.56

3. Pendapat yang rājih ialah penyusuan adalah hak ibu. Dia berhak menyusukan anaknyawalaupun telah berkahwin dengan lelaki lain dan suaminya sekarang tidak berhakmelarangnya melakukan perkara tersebut. Pendapat Mazhab Hambali yang menyatakanhak penyusuan meluputkan hak suami untuk berseronok dengan isteri, adalah pendapatyang masih boleh disangkal. Ini kerana masa untuk berseronok dengan isteri bukanlahsepanjang masa termasuk masa makan, tidur dan sebagainya. Justeru itu, pada masa-masaterluang, ibu boleh menyusukan anaknya dan suami tidak berhak melarangnya. Walaupunikatan antara isteri dan bekas suami telah tiada, tetapi ikatannya dengan anak dan kasihsayang antara keduanya tidak akan putus selama-lamanya.57

iii. Adakah Suami Berhak Melarang Isterinya Menyusukan Anak Orang Lain AtauMengambil Upah Menyusukan Anak Orang Lain?

Terdapat para isteri yang sanggup menyusukan anak orang lain yang tiada kena mengena dengan mereka. Mereka juga mempunyai tujuan-tujuan tertentu seperti ingin menambah pendapatan, rasa kasihan kepada bayi tersebut dan sebagainya. Para ulama telah membahagikan 3 jawapan untuk persoalan ini.

1. Pendapat pertama menyatakan jika seseorang perempuan mengambil upah menyusukanseseorang bayi sebelum dia berkahwin, seseorang suami tidak boleh menghalangnyadaripada meneruskan penyusuan tersebut selepas mereka berkahwin. Perempuan tersebutperlu meneruskan penyusuan sehingga habis tempoh yang telah ditetapkan.58

2. Pendapat kedua pula menyatakan jika seseorang perempuan yang telah berkahwin,menyusukan bayi orang lain dengan izin daripada suaminya sama ada dengan upah ataupercuma, akad itu akan tetap berlangsung walaupun dalam tempoh tersebut suami

55 Ibn Qudāmah, ‘Abdullah ibn Ahmad. 1983. al-Mughni. Beirut: Dar al-Fikr, jil. 7, h. 625.

56 Ibn Hazm, , Abi Mohd bin Sa’id al Andalusi. t.th. al Muhalla. Beirut: Dar al-Fikr. , jil. 10, h. 335.

57 Zaydān, h. 480-481. 58 Ibn Qudāmah, h. 626.

169

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin

berubah fikiran dan menghalangnya, suami tetap tidak berhak menghalang penyusuan tersebut.59

3. Pendapat ketiga mengatakan jika seseorang isteri mengambil upah untuk menyusukan anak orang lain, sedangkan suaminya tidak memberi keizinan, akad upah tersebut tidak sah. Pada ketika itu, suami berhak menghalang isterinya daripada menyusukan anak tersebut.60

Alternatif Untuk Menggalakkan Penyusuan.

Faktor utama yang menyebabkan seseorang ibu berhenti menyusukan anak ialah kerana kembali ke alam pekerjaan. Mereka didapati mampu menyusukan anak dengan eksklusif hanya dalam tempoh cuti bersalin sahaja.61Salah satu alternatif tertua untuk memastikan para bayi boleh memperolehi khasiat penyusuan ialah dengan cara mengupah perempuan yang berkemampuan untuk menyusukan anak-anak, ketika ibunya sendiri tidak berdaya atau pergi bertugas.

Faktor kekeringan susu atau tiada susu juga sering dijadikan alasan untuk tidak menyusukan anak. Untuk menyelesaikan masalah ini, fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa wanita sama ada yang telah atau belum berkahwin diharuskan mengambil pil atau suntikan hormon untuk menggalakkan pengeluaran susu. Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-fatwa, penggunaan ubat atau suntikan yang tidak mempunyai unsur haram untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat wanita tersebut telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin atau sebaliknya. Bagaimanapun, katanya, keharusan tersebut tidak tertakluk kepada seorang lelaki yang mengubah jantina kepada wanita. Keputusan tersebut diambil berdasarkan pandangan majoriti ulama yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak. Ini adalah pendapat mazhab Hambali, Syafi‘i dan Hanafi.62

Selain dari itu, para ibu juga boleh mengambil makanan tambahan dan pil yang boleh menambah pengeluaran susu. Payudara juga hendaklah sentiasa diperah dengan tangan atau dipam menggunakan pam elektrik atau manual. Dengan cara ini susu akan lebih mudah mengalir.63Pelbagai alatan moden seperti pam susu, tempat menyimpan susu perahan dan lain-lain boleh dicuba oleh para ibu terutamanya ibu yang bekerja. Bahkan pakaian untuk ibu menyusu juga banyak diperkenalkan di pasaran. Oleh itu wanita moden hari ini sudah tidak ada lagi alasan untuk mengelak dari menyusukan bayi mereka walaupun bekerja.

Terdapat satu lagi kaedah baru yang sering diperbahaskan iaitu dengan penubuhan bank susu untuk dimanfaatkan oleh anak-anak yang terdesak memerlukan susu ibu, seperti bayi pra-matang, alahan dengan susu formula dan masalah kesihatan lain yang hanya boleh dijamin

59 Zaydān, h. 481. 60 Zaydān, h. 481. 61 Galson , S .2008. Journal of the American Dietetic Association. 108(7), 1106. http://www.womenshealth.gov/ breastfeeding/SG_081508.pdf 62 www.e-fatwa.gov.my, [11 Disember 2011] 63 Hormann, Elizabeth . 2006. Breastfeeding an adopted Baby and Relactation. Schaumburg: La Ieche League International, h. 9-16.

170

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

kesihatan dengan meminum susu ibu sahaja. Pelbagai cadangan dan idea telah muncul bagi mengatasi permasalahan dalam penyusuan termasuklah idea penubuhan bank susu untuk menampung kekurangan susu bagi bayi yang dilahirkan disebabkan ketiadaan ibu atau tiada wanita yang sanggup menyusukan bayi tersebut. Kerana bimbang berlakunya pertindihan nasab penubuhan bank susu telah diharamkan.64 Walau bagaimanapun pengharaman ini seharusnya dikaji semula memandangkan kepada keperluan susu ibu yang semakin mendesak dari semasa ke semasa.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tidak kira sama ada penyusuan itu hak anak atau sebaliknya, semua ibu harus menyedari susu ibu adalah anugerah terbaik daripada Allah SWT kepada seorang wanita yang bergelar seorang ibu. Ia sungguh istimewa dan mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi untuk anak-anak. Justeru itu Allah SWT telah menyatakan kepentingannya di dalam al Qur’an. Pelbagai prinsip penyusuan juga dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang keluarga Islam. Prinsip-prinsip tersebut harus dipenuhi dengan sebaiknya kerana ianya akan menentukan kejayaan dan kualiti penyusuan tersebut

Justeru itu, ajaran Islam menggalakkan proses penyusuan susu ibu kerana ianya bukan sahaja memberi kelebihan kepada kesihatan fizikal seperti yang dikaji oleh ahli sains, tetapi juga kepada kesihatan mental dan keperibadian anak-anak. Sewaktu anak berada di dalam kandungan lagi ibu bapa digalakkan supaya banyak melakukan ibadah samada ibadah wajib atau sunat. Ini bertujuan supaya anak yang bakal lahir itu akan lahir di dalam suasana yang baik dan penuh ketakwaan. Sebaik sahaja dilahirkan bayi akan diazan dan diiqamahkan. Seterusnya ibu bapa disuruh memberi makanan yang halal dan terbaik untuk anak. Antaranya ialah dengan memberi susu ibu kepada anak sebagai sumber pemakanan yang terbaik.

Satu contoh yang nyata ialah peristiwa yang berlaku kepada Imam al-Haramain, guru kepada Imam al-Ghazali. Sewaktu kecil beliau telah disusui oleh seseorang yang tidak dikenali kerana ibunya sakit. Bapanya yang mengetahui anaknya meminum susu dari orang yang tidak diketahui asal usulnya telah mengeluarkan susu tersebut secara paksa dari perut Imam al-Haramain. Ini kerana beliau tidak mahu makanan yang tidak diketahui asal usulnya menjadi darah daging anaknya dan mempengaruhi keperibadiannya. 65

Jelasnya walaupun susu ibu adalah yang terbaik, perlu diingatkan juga dari siapa anak tersebut menyusu. Ini kerana susu tersebut akan mempengaruhi keperibadian anak tersebut. Maka para ibu perlu memakan sumber yang halal dan berakhlak mulia dan beramal soleh sepanjang tempoh penyusuan tersebut. Dengan itu anak yang menyusu ibu tersebut bukan sahaja sihat tubuh badan tetapi juga menjadi hamba yang bertakwa. Demikianlah hebatnya susu ibu yang sangat dianjurkan di dalam Islam.

64 Normadiah Daud. et all. 2012. Penyusuan dan Bank Susu Menurut Islam.Jurnal Islamiyyat. 34/2012.h. 107-118. 65 Norizan Syarif , Noreda Ramli. 1992. Susu Ibu Warisan Rasulallah, Para Sahabat. Ummi. Oktober. h. 17.

171

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin Rujukan

al-Quran al- Karim. al-Alūsi, Shihab al-Din Mahmud ibn ‘Abdullah al-Husayni. 1987. Rūh al-ma‘ani. Jil. 8. Beirut:

Dar al-Fikr. al-Buhūtī, Mansur ibn Idris. 2003. Kashshaf al-qina‘ ‘an matn al-iqna’. Arab Saudi: Dar ‘Alam

al-Kutub. al-Dardīr, Abu al-Barakat Ahmad ibn Muhammad. t.th. al-Sharh al-saghir ‘ala aqrab al-masalik

ila mazhab al-Imam Malik. Beirut: Dar al-Ma‘arif.Galson , S .2008. Journal of the American Dietetic Association. 108(7), 1106. http://www.womenshealth.gov/ breastfeeding/SG_081508.pdf al-Ghunaymi, ‘Abd al-Ghani al-Dimashqi al-Maydani al-Hanafi. 1993. al-Lubab fi sharh al-

kitab. Lubnan: Maktabah al-‘Ilmiyyah.al-Haramayn, al-Juwayni. 1985. Kitab hashiyat al-bajuri ‘ala Ibn al-Qasim al-Ghazzi. Jeddah:

Sankapurah. Hormann, Elizabeth. 2006. Breastfeeding an adopted Baby and Relactation. Schaumburg: La

Ieche League International. Ibn Hazm, Abi Mohd bin Sa’id al Andalusi. t.th. al Muhalla. Beirut: Dar al-Fikr. Ibn Manzūr, Muhammad ibn Mukram. 2003. Lisān al-‘Arab. Kaherah: Dar al-Hadis. Ibn Qudāmah, ‘Abdullah ibn Ahmad. 1983. al-Mughni. Beirut: Dar al-Fikr. Norizan Syarif & Noreda Ramli. 1992. Susu Ibu Warisan Rasulallah, Para Sahabat.

Ummi. Oktober. Malaysia. 2011. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama

Islam Malaysia Kali ke-96. Hukum suntikan Hormon Kepada wanita Yang Belum Berkahwin.

al-Marbawi, Muhammad Idris. 2006. Bulughul Maram, Terjemahan Melayu. Terj: Abu Ezzat al- Mubarak. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Mausu’ah al-Hadith al-Syarif. 2000. al-Kutubu al-Sittah. Saudi Arabia: Dar al-Salam. al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali ibn Muhammad ibn Habib. 1996. Kitab al-rada‘. Beirut: Dar Ibn

Hazm. al-Qurtubī, Muhammad ibn Ahmad ibn Abi Bakr Farah al-Ansari. 1988. al-Jami‘ li ahkam al-

Quran. Jil. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.al-Rāzī, Fakhr al-Din Muhammad ibn ‘Umar ibn Husayn. 1990. al-Tafsir al-kabir aw mafatih al-

ghayb. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.al-Rāzī, Muhammad ibin Abi Bakr ibn ‘Abd al-Qadir. 1995. Mukhtar al-sihah. Beirut: Maktabat

Lubnan.Ridā, Muhammad Rashid. 2005. Tafsir al-manār. Jil. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah.Sayyīd Qutb. 1992. Fi zilāl al-Quran. Jil. 1. Kaherah: Dar al-Shurūq.al-Sin’ani, Muhammad bin Ismail al-Amir, 2005, Subul al-Salam, Jordan: Baitul Afkar al-

Dauliyyah. al-Sharbāji, ‘Ali, Mustafa al-Khinn & Mustafa Bugha. 2009. al-Fiqh al-manhaji ‘ala mazhab al-

Imam al-Syafi’i. terj: Rasyidah Adam & Shaifudin Maulup. Jil 4. Negeri Sembilan:Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

al-Sharbīnī, Muhammad al-Khatib. T.th. Mughn al-muhtaj ila ma‘rifat ma’ani alfaz al-minhaj.Lubnan: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

172

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

al-Shirāzī, al-Faiyuz Abadi, Abu Tahir Majd al-Din Muhammad ibn Ya‘qub. 2004. al-Qamus al-muhit. Arab Saudi: Bayt al-Afkar al-Dawliyyah.

al-Shirāzī, Taqi al-Din ‘Ali ibn ‘Abd al-Kafi al-Subki. t.th. al-Majmu‘ sharh al-muhazzab. Jedah: Maktabat al-Irshad.

al-Syāfi’i, Shams al-Din Muhammad ibn ‘Abbas. 1984. Nihayat al-muhtaj ila sharh al-minhaj.Jil. 7. Beirut: Dar al-Fikr.

al-Zamakhshāri, Abu Qasim Mahmud ibn ‘Umar. 1977. al-Kashf ‘an haqa’iq al-tanzil wa ‘uyun al-aqawil wa wujuh al-ta’wil. Jil. 1. Beirut: Dar al-Fikr.

Zaydān, ‘Abd al-Karim. 2003. al-Mufassal fi ahkam al-mar’ah wa al-bayt al-muslim fi al-shari‘ah al-islamiyyah. Cet. ke 3. Beirut: Mu’assasat al-Risalah.

al-Zaylā‘i, Jamal al-Din Abu Muhammad ‘Abdullah al-Hanafi. 2000. Tabyin al-haqa’iq sharh kanz al-daqa’iq. Lubnan: Dar al Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Zuhaylī, Wahbah.2001. Usul Fiqh al Islami. Jil 1. Beirut: Dar al Fikr. www.e-fatwa.gov.my, [11 Disember 2011]

173

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126