JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban...

28
JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016 49 TAHAP PENGETAHUAN BELIA MENGENAI GERAKAN SYIAH MELALUI PENDIDIKAN DI SELANGOR Mohamed Fairooz bin Mohamed Fatillah Mohamad Fuad Bin Haji Ishak Aminuddin Basir Abstrak Ajaran Syiah adalah ajaran yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar di negeri Selangor berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Fahaman Syiah dipercayai mula merebak di Malaysia melalui beberapa faktor antaranya melalui pendidikan khususnya di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi yang melibatkan pensyarah, pelajar serta pembiayaan pendidikan yang diberikan. Bahkan terdapat 200 hingga 400 orang belia mengikuti ajaran Syiah Klang selangor berdasarkan data Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Sehubungan itu, kajian ini memfokuskan tahap pengetahuan belia Islam mengenai bahaya gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan belia Islam mengenai gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor. Selain itu, Mengenal pasti tindakan Jabatan Agama Islam Selangor untuk membanteras ajaran Syiah di kalangan Belia Islam di Selangor. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data. Sebanyak 2141 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak berstrata di sembilan buah daerah di Selangor dan seramai 3 orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor telah ditemu bual. Data-data soal selidik dianalisis menggunakan program SPSS (versi 22.0) manakala data temu bual dianalisis secara deduktif untuk mendapatkan kesimpulan yang khusus. Kajian menunjukkan 90.2 peratus responden bersetuju dengan kenyataan kerajaan negeri Selangor pada tahun 2013 telah mewartakan bahawa ajaran Syiah adalah haram di Selangor. Selain itu, 79.7 peratus mengetahui bahawa ajaran syiah berkembang pesat di Selangor. Seterusnya perkembangan ajaran Syiah melalui media baru sebagai saluran penyebaran kepercayaan Syiah menunjukkan 73.3 peratus responden mengetahuinya. Penyebaran melalui bahan bacaan buku dan majalah pula menunjukkan 73.7 peratus responden mengetahuinya. Selain itu, 74.3 peratus responden bersetuju penyebaran ajaran Syiah melalui pensyarah di universiti. Manakala tindakan pihak Jabatan agama Islam Selangor ialah mengeluarkan fatwa tentang pengharaman ajaran Syiah, membuat tindakan undang-undang dan program pemulihan kepada penganut Syiah dan program-program peneguhan ajaran Ahli Sunah Waljamaah di Selangor. Kata Kunci: Belia Islam, Gerakan Syiah, Pendidikan & Selangor Pengenalan Golongan belia merupakan kekuatan bagi sesebuah umat atau masyarakat. Mereka berperanan dalam membangunkan negara. Bahkan belia merupakan pendukung bagi keteguhan agama Islam. Tanpa golongan ini, maka masyarakat Islam akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya. Oleh itu

Transcript of JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban...

Page 1: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

49

TAHAP PENGETAHUAN BELIA MENGENAI GERAKAN SYIAH MELALUI PENDIDIKAN DI SELANGOR

Mohamed Fairooz bin Mohamed Fatillah

Mohamad Fuad Bin Haji Ishak Aminuddin Basir

Abstrak

Ajaran Syiah adalah ajaran yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar di negeri Selangor berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Fahaman Syiah dipercayai mula merebak di Malaysia melalui beberapa faktor antaranya melalui pendidikan khususnya di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi yang melibatkan pensyarah, pelajar serta pembiayaan pendidikan yang diberikan. Bahkan terdapat 200 hingga 400 orang belia mengikuti ajaran Syiah Klang selangor berdasarkan data Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Sehubungan itu, kajian ini memfokuskan tahap pengetahuan belia Islam mengenai bahaya gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan belia Islam mengenai gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor. Selain itu, Mengenal pasti tindakan Jabatan Agama Islam Selangor untuk membanteras ajaran Syiah di kalangan Belia Islam di Selangor. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data. Sebanyak 2141 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak berstrata di sembilan buah daerah di Selangor dan seramai 3 orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor telah ditemu bual. Data-data soal selidik dianalisis menggunakan program SPSS (versi 22.0) manakala data temu bual dianalisis secara deduktif untuk mendapatkan kesimpulan yang khusus. Kajian menunjukkan 90.2 peratus responden bersetuju dengan kenyataan kerajaan negeri Selangor pada tahun 2013 telah mewartakan bahawa ajaran Syiah adalah haram di Selangor. Selain itu, 79.7 peratus mengetahui bahawa ajaran syiah berkembang pesat di Selangor. Seterusnya perkembangan ajaran Syiah melalui media baru sebagai saluran penyebaran kepercayaan Syiah menunjukkan 73.3 peratus responden mengetahuinya. Penyebaran melalui bahan bacaan buku dan majalah pula menunjukkan 73.7 peratus responden mengetahuinya. Selain itu, 74.3 peratus responden bersetuju penyebaran ajaran Syiah melalui pensyarah di universiti. Manakala tindakan pihak Jabatan agama Islam Selangor ialah mengeluarkan fatwa tentang pengharaman ajaran Syiah, membuat tindakan undang-undang dan program pemulihan kepada penganut Syiah dan program-program peneguhan ajaran Ahli Sunah Waljamaah di Selangor. Kata Kunci: Belia Islam, Gerakan Syiah, Pendidikan & Selangor

Pengenalan Golongan belia merupakan kekuatan bagi sesebuah umat atau masyarakat. Mereka berperanan dalam membangunkan negara. Bahkan belia merupakan pendukung bagi keteguhan agama Islam. Tanpa golongan ini, maka masyarakat Islam akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya. Oleh itu

Page 2: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

50

kepercayaan dan kefahaman terhadap pegangan Ahli Sunah Waljamaah penting untuk mempertahan akidah Islam. Musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri untuk menghancurkan Islam. Syiah khusus telah menyeleweng dan merosakkan fahaman Islam yang sebenar telah tersebar di negeri Selangor. Penyebaran berlaku melalui gerakan dalam pendidikan.

Pendidikan menurut Hassan Langgulung (1987) pendidikan ialah satu bentuk interaksi manusia. Ia adalah suatu tindakan sosial yang berlaku hasil jaringan hubungan kemanusiaan. Jaringan dan peranan individu dalam tindakan sosial ini akan membentuk watak pendidikan sesuatu bangsa. Apabila ia merupakan satu bentuk interaksi, maka segala bentuk maklumat, nilai, bahan bacaan, peniruan tingkah laku merupakan pendidikan.Justeru, kajian dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan belia Islam mengenai gerakan Syiah melalui pendidikan. Melalui dapatan kajian ini akan dilaksanakan langkah-langkah peneguhan akidah ahli Sunah Waljamaah di kalangan masyarakat belia Islam di Selangor. Latar Belakang Kajian Defininisi Syiah dan Belia Syiah ialah salah satu mazhab yang menolak tiga khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap Saidina Ali bin Abi Talib sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w yang sah (Kamus Dewan 2005). Perkataan Syiah dalam bentuk yang majmuk bermaksud pengikut, penyokong, sekumpulan manusia yang menunjukkan persetujuan tentangkepercayaan yang mereka terima atau tolak (Seyyed Hossein Nasr & Oliver Leaman 2001: 119). Walau bagaimanapun, istilah ini telah sinonim dengan maksud para pengikut Sayidina Ali bin Abi Talib sebagaimana Ibn Khaldun juga telah memberikan definisi Syiah sebagai satu istilah yang menggambarkan para pengikut Ali, keturunannya dan suatu kelompok. Mereka bersepakat dalam hal ini bahawa Imamah bukan sesuatu yang boleh diserahkan kepada budi bicara umat Islam iaitu ia bukan suatu autoriti untuk mereka memilih siapa yang akan menjadi Imam bahkan merupakan rukun agama Islam. Akan tetapi, tanggungjawab untuk memilih Imam kepada umat Islam adalah merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mesti melantik seorang Imam, seseorang yang tidak melakukan kesalahan dan mempunyai akhlak yang sempurna (Ibn Khaldun 1958: 196).

Page 3: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

51

Manakala belia adalah generasi muda yang merujuk kepada individu yang berumur antara 15-40 tahun yang mengambil kira skop di Malaysia. Istilah Belia menurut Kamus Dewan (1994) bermaksud muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi. Takrifan belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), pula mendefinisikan belia sebagai orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dengan alasan-alasan berikut:

1. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985. 2. Ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang

memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun.

3. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini. Apa-apa usaha bagi membina masyarakat, meninggalkan kesan secara menyeluruh.

Tiga kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun

yang lalu iaitu : i. Syiah Taiyiba Bohra (Dawood Bohra) Syiah ini pecahan daripada Syiah Ismailiyyah. Ia dikenali juga dengan nama Syiah Musta’liyah kerana mengiktiraf al-Musta’ly dan keturunannya sebagai Imam mereka. Anak Musta’ly bernama al-Tayyib, jadi golongan ini juga dinamakan Taiyibiah. Golongan ini terdapat di India dan Yaman. Mereka telah meninggalkan bidang politik dan berkecimpung dalam bidang perniagaan. Oleh itu, masyarakat India menamakan dan mengenali mereka sebagai Bohra yang bermaksud peniaga dalam bahasa India lama. (An-Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-Syabab Al-Islamy. 1989). Kumpulan Syiah ini berpusat di dearah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, JAIS). ii. Syiah Ismailiah Agha Khan Kumpulan Syiah ini merupakan pecahan daripada Syiah Isma’iliah. Ia muncul di Iran pada awal kurun ke 19 masehi. Antara pendakwah-pendakwah mereka ialah Hasan Ali Shah, Agho Ali, Muhammad al-Husainy dan Karim. Kumpulan Syiah Agha Khan ini tersebar dan terdapat di Nairobi, Darussalam, Zimbabwe, Mogadishu, Congo, Belgium, India, Pakistan, Syria dan pusat

Page 4: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

52

utama kepimpinannya ialah di Karachi (An-Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-Syabab Al-Islamy. 1989). Di Malaysia, kumpulan ini bergerak di sekitar Lembah Klang dari kalangan pemilik premis-premis perniagaan PeerBhai. Pengikut kumpulan ini tidak dapat diketahui jumlahnya tetapi lebih sedikit daripada kumpulan Syiah Bohra (Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, JAIS). iii. Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Assayariyyah. (Imam Dua Belas)

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979 selepas kejayaan Revolusi Iran (Mohd Haidhar, 2011) Pengaruh ajaran dan fahaman ini telah menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja’fariyyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengikut kumpulan ini telah menterjemah beberapa buah buku fahaman Syiah ke dalam Bahasa Melayu (Mohd Haidhar, 2011). iv. Syiah Ansar Imam Al Mahdi Terbaru, kemunculan kumpulan Syiah baharu yang dikenali dengan nama Ansar Imam Al Mahdi atau Pendokong Al Yamani. Kumpulan ini dinisbahkan kepada Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s) adalah Mahdi pertama iaitu wasi dan utusan Imam Al mahdi Muhammad bin Al Hassan (a.s) yang dijanjikan dan disebutkan di dalam wasiat Rasulullah SAW di malam sebelum kewafatan baginda. Kumpulan ini bukan sahaja sesat menurut Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah bahkan turut dihukum sesat oleh golongan Syiah Imamiah sendiri( Hafiz Abd Basir 2016).

Ahli kumpulan ini telah bergerak agak aktif dan telah berjaya merekrut ahli mencecah 80 orang dan kebanyakan aktiviti mereka diadakan di Melaka. Pada 19 November 2016 kumpulan ini telah diserbu oleh pihak cawangan khas Bukit Aman dan penguatkuasa JAIM tatkala mereka sedang mengadakan majlis Arbain.( Sinar Harian, 20 Nov 2016). Kumpulan ini mempercayai bahawa sementara menunggu kemunculan Imam Al Mahdi yang dinanti-nanti akan lahir 12 wasi al Mahdi dari keturunannya yang akan menyediakan pengkalan bagi kemunculannya. Wasi Imam Al Mahdi yang pertama telah pun lahir iaitu Syed Ahmad bin Al Hasan al Yamani.( As Syed Ahmad al Hassan 2012)

Page 5: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

53

Ketua Dan Markaz Utama Di Selangor Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Assayariyyah (Imam Dua Belas). i. Diketuai Oleh : Mohd Kamilzuhairi Bin Abdul Aziz

a. Hauzah Al-Ridha, Sg 2/16, Sri Gombak, Selangor. (Pusat Utama

Di Malaysia)

b. Husainiyah Al-Hujjat, No.14-1a, Jalan Up 1/2, Ukay Perdana,

Ampang, Selangor.

c. Hauzah Ummu Abiha di Jalan Yadi, Klang ( lokasi tidak dapat

dikenal pasti)

ii. Pertubuhan Yang Dikenal Pasti

a. Majlis A’la Talabah Malaysia.

b. Majma’ Ahlul Bait Sedunia, alamat adalah sama dengan alamat

premis di Taman Sri Gombak.

c. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor memaklumkan

bahawa kedua-dua pertubuhan tersebut adalah tidak berdaftar.

d. Hauzah Al-Ridha dan Husainiyah adalah merupakan tulang

belakang kumpulan ini dalam mengerakkan agenda atau aktiviti

Jamaah ahlul Bait di Malaysia.

iii. Dana

a. Kewujudan Hauzah-hauzah sebagai sumber ekonomi melalui

aktiviti peniagaan.

b. Sumbangan daripada Negara luar dan orang luar terutama daripada

Negara dan orang Iran.

c. Ahli-ahli Perniagaan dikalangan ahli mereka seperti syarikat travel

haji dan umrah, air minuman kesihatan, kedai-kedai makan dan

sebagainya.

Permasalahan Kajian Dewasa ini jumlah mereka yang terpengaruh dengan ajaran syiah semakin meningkat hari demi hari di universiti, beberapa orang pensyarah dikenal pasti terlibat dalam usaha menyebarkan fahaman Syiah. (Ayob Khan, 2013)

Terdapat golongan akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri daripada pensyarah universiti, kolej dan lain-lain di Malaysia. Ini

Page 6: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

54

memudahkan penyebaran ajaran Syiah dalam masyarakat pelajar di Malaysia. Melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain, pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ulamak Syiah. Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi tugasan dan menugaskan pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan terpengaruh (Wan Zahidi, 2013).

Di Sekolah-sekolah juga telah kedapatan kes-kes penyebaran ajaran syiah melalui guru-guru dan para pelajar sehingga pihak Unit Kawalan Akidah dan Pemikiran Jabatan Pelajaran Negeri Johor mengesahkan bahawa seorang guru J-Qaf di Ulu Tiram mengaku menjadi pengikut syiah dan telah mengajar serta menyebarkan fahaman ini kepada anak muridnya. Penyebaran Syiah di negara ini kini turut dilakukan generasi ketiga pengikut fahaman itu yang masih kanak-kanak dan remaja. Mereka seperti kader (ahli terlatih) yang dikesan mula menyebarkan buku mengenai ajaran Syiah di sekolah rendah dan menengah. Bahkan beberapa buah tadika juga dipercayai mempunyai kaitan dengan Syiah. (temubual Norfaisal Bin Leman. 2014)

Selain itu, penyebaran syiah juga berlaku melalui penulisan dan penerbitan bahan bacaan seperti Novel yang berjudul Perempuan Nan Bercinta yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan Sebongkah Batu di Kuala Berang yang diharamkan JAKIM penulisannya mempromosikan Syiah dan muta’ah. antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita. Faisal Tehrani dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Kuala Lumpur. Beliau mendapat Sarjana Muda daripada Universiti Malaya dalam bidang Siyasah Syar’iah pada tahun 1998. Kemudian mendapat Sarjana di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2000, seterusnya Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 dalam pengkhususan Sastera. Beliau merupakan seorang penulis yang hebat, memiliki banyak karya dalam bidang sastera, kisah-kisah, sejarah dan politik. Beliau telah mula menulis sejak berumur 16 tahun. Dr Faisal Tehrani menerima lebih 29 buah anugerah baik daripada kerajaan mahupun bukan kerajaan. Antara yang terpenting adalah Anugerah Penulis Terbaik daripada Majlis Sastera Asia Antarabangsa pada tahun 2005. Pada tahun 2007, beliau mendapat Anugerah Sastera Emas DBP daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudian Tokoh Penulis Muda pada tahun 2009 daripada Kerajaan Melaka. Beliau telah menulis lebih 50 buah buku cerita, kisah-kisah sastera dan sejarah. Antara yang popular adalah seperti Tiga Kali Seminggu, Sebongkah Batu di Kuala Berang, Perempuan Nan Bercinta, Saasatul Ibad,

Page 7: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

55

Surat-surat Perempuan Johor, Karbala, Perempuan Politikus Melayu dan Ingin Menjadi Nasrallah (Mohd Aizam, 2013). Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Salafi Wahabi oleh Khair Izzah, Akhirnya Kutemui Kebenaran oleh Muhammad al-Tijani dan Dialog Sunnah Syiah oleh A. Sharafuddin al Masawi.

Pada 8 April 2014, JAIS mengeluarkan arahan kepada pihak sekolah untuk menarik balik buku kerja mata pelajaran khat yang dikaitkan dengan fahaman Syiah daripada murid-murid tahun tiga hingga enam. Pengedarannya meliputi Sekolah Agama Rendah (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan sebahagian Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Selangor. Kontroversi tersebut membabitkan penghasilan kulit hadapan buku latihan berkenaan dengan paparan ayat berbahasa Arab yang membawa maksud ‘Setiap hari adalah hari Asyura dan setiap tanah adalah tanah karbala’. Ia dikatakan berunsur fahaman Syiah. (Selangor Kini, 2014)

Ajaran gerakan Syiah ini juga didapati berkembang melalui pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun dahulu lagi. Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-‘Atiq di Johor Bahru ke Pakistan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakyah Syiah dan akan mengembangkan fahaman Syiah di Malaysia (Tuan Che Mat bin Che Min, 1993).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenal pasti kira-kira

1500 pengamal fahaman Syiah di seluruh Semenanjung Malaysia antaranya Selangor, Perak dan Johor (Utusan, 16 Disember 2013). Ajaran Syiah mula aktif menyebarkan fahaman mereka di Malaysia termasuk Selangor selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan PDRM, Syiah di Negeri Selangor telah bergerak cergas di Institusi-institusi Pengajian Tinggi dan di kalangan orang awam (Mohd Haidhar, 2011).

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), penyebaran fahaman Syiah di Malaysia datang melalui beberapa cara, antaranya seperti lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang disusuli dengan kempen dan

Page 8: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

56

penerangan fahaman mereka, kunjungan delegasi dan NGO Malaysia ke Republik Iran, melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar di Republik Iran, dan melalui pegawai-pegawai kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia. (Warta Kerajaan Negeri Selangor, 2013).

Kedatangan Syiah ke Selangor secara umum melalui beberapa cara. Antaranya Revolusi Iran yang juga dikenali sebagai ‘Revolusi Islam’ bermula pada pertengahan 1977 hingga tahun 1979 menyaksikan kejatuhan kerajaan Shah Mohamad Reza Pahlavi digantikan dengan Ayatollah Khomeini. Episod baru politik di Iran iaitu transisi dari sistem Monarki kepada sistem Republik Islam, dan dalam masa yang sama merupakan kebangkitan fahaman Syiah ke seluruh dunia. (Mohd Haidhar, 2011)

Sifat Keterbukaan fikiran hasil dari tercetusnya revolusi Iran, umat Islam mula membuka mata untuk lebih mengenali Iran dan ajaran Syiah. Di Malaysia, telah wujud golongan yang mula berjinak-jinak untuk mengkaji ajaran Syiah dengan lebih mendalam. Dari sudut gerakan Islam pula, terdapat wakil-wakil dari gerakan-gerakan Islam yang menghadiri persidangan-persidangan anjuran kerajaan Iran di mana Iran telah mengadakan beberapa pertemuan dan seminar antarabangsa dengan menjemput tokoh-tokoh Muslim dari seluruh dunia. Ini bagi menunjukkan kepada mereka bahawa negara republik itu berjaya menegakkan hukum-hakam Islam dalam negara dan menjadikan negara Iran sebagai contoh ikutan. (Ashaari Muhammad, 1987).

Ajaran Syiah bertapak di Selangor sejak tahun 1979 lagi. Berasaskan daripada kajian oleh Polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Syiah melalui Pusat Pengajian Tinggi. Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara (Warta Kerajaan Negeri Selangor, 2013).

Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM juga didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang. Kumpulan ini berusaha menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama "Darul Husaini" tetapi pendaftaran ditolak pada 19 September 1992 atas nasihat pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAKIM(Mohd Haidhar, 2011).

Page 9: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

57

Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Syiah untuk menyebarkan dakwah mereka dan terbukti kekuatan mereka menyebarkan dakwah sangat menakjubkan. Bermula dari tahun 1979 sehingga sekarang masih wujud golongan Syiah ini di sekitar Selangor terutama di disekitar daerah Lembah Klang dan Gombak. Mereka berjaya mengekalkan ajaran mereka di Selangor begitu lama sekitar 31tahun.(Mohd Haidhar, 2011)

Ini jelas dengan penahanan Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz selaku

pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja’fari) di gombak pada 21 April 2014 ketika merasmikan program Sambutan Wiladah Saidatina Fatimah al-Zahrah. Penahanan tersebut dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan kerjasama Polis. Terdapat 100 orang yang menghadiri majlis tersebut. Ini menunjukkan cara mereka menyebarkan fahaman dan ajaran Syiah melalui program-program kepada masyarakat awam secara terbuka.(Berita harian 23 April 2014).

Selain isu perkembangan syiah ini, terdapat isu yang sangat penting iaitu tahap kefahaman belia Islam di Selangor mengenai fahaman dan amalan ahli Sunah wa Jemaah. Tahap kefahaman mengenai fahaman dan amalan ahli sunah wa jemaah yang lemah di kalangan belia turut menjadi faktor penyumbang dalam perkembangan penganut ajaran Syiah di Selangor.

Pihak berkuasa tempatan seperti Polis, JAKIM dan JAIS telah

mengambil beberapa tindakan antaranya mengharamkan ajaran ini dan memfatwakan menyeleweng dari akidah yang sebenar. Maka usaha yang telah dilakukan oleh berbagai pihak untuk menghalang penyebarannya adalah banyak termasuk juga dari NGO-NGO Islam serta individu-individu yang bertanggungjawab terhadap masyarakat sama ada menerusi media massa, blog-blog dan risalah-risalah dan ianya sedikit sebanyak telah berhasil Objektif Kajian Kajian ini memfokuskan kepada perkara berikut ;

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan belia Islam mengenai gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor.

2. Mengenal pasti tindakan Jabatan Agama Islam Selangor untuk membanteras ajaran Syiah di kalangan Belia Islam di Selangor

Page 10: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

58

Metodologi Kajian Kajian ini adalah merupakan satu tinjauan yang berbentuk deskriptif (kuantitatif dan kualitatif) untuk bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan belia Islam mengenai bahaya gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor. Kajian dijalankan belia Islam dan pihak berwajib di jabatan agama Islam Selangor. Kajian juga dilaksanakan terhadap belia yang beragama Islam di sembilan buah daerah negeri Selangor. Instrumen Kajian Dua jenis instrumen telah dibina dan digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini: a) Borang soal selidik responden Satu set borang soal selidik untuk menilai persepsi belia dalam kalangan orang awam berkaitan kefahaman dan amalan ahlu Sunnah wal Jamaah dan kefahaman dan amalan Syiah di Selangor. Set soal selidik mengandungi lima bahagian iaitu bahagian A mengukur aspek demografi seperti jantina, umur, status perkahwinan, Taraf pendidikan dan pekerjaan responden. Bahagian B pula mengukur tahap pengetahuan belia berkaitan gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor. Data-data ini di analisis melalui menggunakan program SPSS (versi 22.0). Populasi, Sampel dan Persampelan Kajian ini melibatkan sampel seramai 2141 orang belia Islam berdasarkan populasi 2,754,826 orang. Penentuan jumlah sample ini adalah mengikut dua kaedah sampling yang digunakan iaitu Proses persampelan (Krejcie dan Morgan 1970) iaitu 100,000 dan ke atas memerlukan hanya seramai 384. Kajian difokuskan kepada golongan belia Islam kerana golongan belia merupakan populasi terbesar penduduk berbanding golongan yang lain.

Manakala kaedah persampelan (W.Lawrence Neuman 2005). Iaitu bagi populasi yang besar iaitu 150,000 dan ke atas penyelidik hanya memerlukan 1% atau 1500 orang responden bagi mencapai darjah ketepatan yang tinggi. Pada asasnya pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah two-stage randum sampling yang menggabungkan cluster sampling dan stratified random sampling (Najib 1999, Burn 2000). Borang soal selidik telah diedarkan kepada 9 daerah merangkumi daerah

Page 11: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

59

Sabak Bernam,Kuala Selangor,Petaling, Klang, Kuala Langat, Gombak, Hulu Selangor Hulu Langat dan sepang. Penentuan bilangan responden setiap daerah adalah mengikut peratusan belia dalam zon yang telah ditetapkan. Ujian Kebolehpercayaan Instrumen

Skala yang tidak boleh dipercayai adalah hasil daripada item-item yang tidak boleh dipercayai. Oleh itu, kita perlu menguji kebolehpercayaan setiap item untuk melihat konsistensi respon seseorang terhadap satu item berbanding dengan item-item yang lain. Indeks kebolehpercayaan ini boleh diketahui melalui nilai alfa Cronbach iaitu nilai dalam lingkungan antara 0 hingga 1. Semakin tinggi nilai alfa Cronbach, semakin tinggi kebolehpercayaan skala.

Sebelum menjalankan penyelidikan sebenar, kesemua instrumen akan diuji (pilot study) kepada 30 orang belia beragama Islam di kawasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Untuk tujuan penyelidikan ini, responden dalam ujian rintis ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian yang sebenar. Kajian rintis adalah satu usaha untuk meningkat dan memastikan bahawa instrumen-instrumen yang akan digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Dapatan data daripada 30 borang soal selidik yang telah diedarkan. Kesemua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences(SPSS 22). Ujian kebolehpercayaan dilakukan pada setiap pemboleh ubah yang dikaji dengan melihat nilai Crobach’s Alpha. Daripada hasil ujian yang dijalankan, pemboleh ubah kajian adalah tinggi melebihi 0.70 iaitu 0.901. Ini menunjukkan kebolehpercayaan terhadap pemboleh ubah kajian dalam soal selidik yang telah dijalankan Protokol Temu bual Pihak Badan Berwajib

Satu set protokol temu bual secara individu kepada pihak badan berwajib telah dilaksanakan untuk mengenalpasti peranan-peranan dan halangan-halangan mengatasi penyebaran ajaran Syiah di negeri Selangor. Antara individu yang telah di temu bual ialah :

a. Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor. Temu bual bersama Ustaz Sahrom bin Maaruf.

b. Bahagian penyelidikan Jabatan Agama Islam. Temu bual bersama En. Norfaisal Bin Leman

c. Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor. Temubual bersama Ustaz Khairul Anuar Bin Jairi

Page 12: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

60

d. Bahagian Dakwah JAKIM. Temubual bersama Ustaz Nik Yusof Hasil Kajian Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Dikalangan Belia Islam Di Selangor

Jadual 1: Taburan Bilangan Responden Mengikut Daerah

Bil Daerah Bilangan Responden Peratus

1 Sabak Bernam 46 2.1

2 Kuala Selangor 87 4.1

3 Klang 319 14.9

4 Hulu Selangor 96 4.5

5 Petaling 780 36.4

6 Gombak 387 18.1

7 Kuala Langat 79 3.7

8 Hulu Langat 272 12.7

9 Sepang 75 3.5

Jumlah 2141 100.0

Rajah 1: Taburan Bilangan Responden Mengikut Daerah

Jadual dan rajah menunjukkan bilangan responden di kalangan belia

yang terlibat dalam kajian ini. Bilangan tertinggi responden adalah dari

0

100

200

300

400

500

600

700

800

4687

319

96

780

387

79

272

752.1 4.1 14.9 4.5 36.418.1 3.7 12.7 3.5

Bilangan Responden

Peratus

Page 13: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

61

daerah Petaling iaitu seramai 780 orang (36.4 peratus). Ini berdasarkan

kepadatan penduduk daerah petaling berbanding dengan penduduk di

lain-lain daerah di negeri Selangor. Manakala bilangan responden

yang terendah ialah dari kawasan daerah Sabak Bernam iaitu seramai

46 orang belia (2.1 peratus) sahaja yang terlibat dalam kajian ini.

Seterusnya bilangan responden di lain-lain daerah adalah daerah

Gombak seramai 387 (18.1 peratus), daerah Klang seramai 319 orang

(14.9 peratus) dan Hulu Langat seramai 272 orang belia (12.7 peratus).

Empat daerah utama di lembah Klang iaitu daerah Petaling, Gombak,

Klang dan Hulu Langat merupakan kawasan tumpuan kajian berkaitan

Syiah. Ini disebabkan kebanyakan aktiviti-aktiviti ajaran Syiah

dilakukan di empat buah daerah ini. Selain itu, daerah lain dikaji

melibatkan seramai 96 orang responden (4.5 peratus) dari daerah Hulu

Selangor, 87 orang (4.1 peratus) dari Kuala Selangor, 79 orang (3.7

peratus) dari Kuala Langat dan daerah Sepang melibatkan seramai 75

orang ( 3.5 peratus).

Jadual 2 : Bilangan Responden Mengikut Jantina

Bil Jantina Bilangan

Responden Peratus

1 Lelaki 1156 54.0

2 Perempuan 985 46.0

Jumlah 2141 100.0

Rajah 2 : Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantina

iii. Jumlah pembahagian mengikut jantina menunjukkan bahawa 54

peratus atau 1156 orang responden adalah golongan lelaki, manakala

0

500

1000

1500

BilanganResponden

Peratus

1156

54

985

46LELAKI

PEREMPUAN

Page 14: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

62

46 peratus atau 985 orang dari kalangan responden perempuan. Ini

menunjukkan bilangan responden lelaki lebih ramai berbanding

responden perempuan. Pemilihan responden mengikut jantina adalah

secara rawak.

Jadual 3 : Bilangan Responden Mengikut Umur

Bil Umur Responden

Bilangan Responden Peratus

1 21-25 Tahun 1099 51.3

2 26-30 Tahun 394 18.4

3 31-35 Tahun 263 12.3

4 36-40 Tahun 385 18.0

Jumlah 2141 100.0

Rajah 3 : Bilangan Responden Mengikut Umur

Jadual 3 pula menunjukkan bilangan umur responden di kalangan belia

dibahagikan mengikut empat kategori. Iaitu umur antara 21 hingga 25

tahun seramai 1099 (51.3 peratus) orang responden. Kategori umur ini

merupakan yang tertinggi berbanding kategori umur yang lain.

Kategori umur terendah ialah 31-35 tahun iaitu seramai 263 orang

responden (12.3 peratus). Manakala kategori yang lain seperti umur

26-30 tahun adalah seramai 394 orang responden (18.4 peratus) dan

umur 36-40 tahun seramai 385 orang responden ( 18 peratus).

0

200

400

600

800

1000

1200

21-25TAHUN

26-30TAHUN

31-35TAHUN

36-40TAHUN

1099

394

263 38551.3

18.4 12.3 18

Bilangan Responden

Peratus

Page 15: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

63

Jadual 4 : Bilangan Responden Mengikut Status Perkahwinan

Bil Status Responden

Bilangan Responden Peratus

1 Bujang 1223 57.1

2 Berkahwin 891 41.6

3 Lain-Lain 27 1.3

Jumlah 2141 100.0

Rajah 4 : Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Status

Perkahwinan

Seterusnya bilangan responden mengikut status perkahwinan

menunjukkan bahawa status bujang merupakan responden yang

tertinggi iaitu seramai 1223 orang bersamaan 57.1 peratus. Ini

disebabkan belia yang ditemui adalah di kalangan umur 21 hingga 30

tahun iaitu seramai 1493 orang. Responden yang mempunyai status

berkahwin pula seramai 891 orang (41.6 peratus). Manakala baki ialah

berstatus lain-lain seramai 27 orang (1.3 peratus) mereka adalah di

kalangan responden yang berstatus duda, janda dan balu.

0

500

1000

1500

BUJANG BERKAHWIN LAIN-LAIN

1223

891

2757.1 41.6 1.3

Bilangan Responden

Peratus

Page 16: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

64

Jadual 5 : Bilangan Responden Mengikut Tahap Akademik Tertinggi

Bil Tahap Akademik Bilangan

Responden Peratus

1 SPM/SPMV 573 26.8

2 STAM/STPM 158 7.4

3 Diploma 446 20.8

4 Ijazah Ke Atas 889 41.5

5 Lain-Lain 75 3.5

Jumlah 2141 100.0

Rajah 5 : Bilangan Responden Mengikut Tahap Akademik Tertinggi

Jadual 5 menunjukkan tahap akademik tertinggi yang dimiliki oleh

responden di kalangan belia. Hasil kajian menunjukkan bahawa

responden yang memiliki ijazah sarjana muda dan ke atas seramai 573

orang (26.8 peratus). Ini menjelaskan belia di kalangan responden

mempunyai tahap pendidikan yang baik. Selain itu, belia yang

mempunyai latar belakang pendidikan tahap diploma adalah seramai

446 ( 20.8 peratus) dan tahap STPM/STAM adalah seramai 158 orang

(7.4 peratus) sahaja. Manakala di peringkat SPM pula seramai 573

orang (26.8 peratus). Peringkat ini merupakan kedua tertinggi selepas

belia yang mempunyai latar belakang pendidikan di peringkat sarjana

muda dan ke atas. Seterusnya bilangan yang terendah ialah seramai 75

orang ( 3.5 peratus) di kalangan belia yang mempunyai latar belakang

0

200

400

600

800

1000

573

158

446

889

7526.8 7.4 20.8 41.5 3.5Bilangan Responden

Peratus

Page 17: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

65

pendidikan di bawah peringkat SPM atau belia yang tidak mengikut

aliran sistem pendidikan kebangsaan.

Jadual 6 : Bilangan Responden Mengikut Status Pekerjaan

Bil Status Pekerjaan Bilangan

Responden Peratus

1 Kakitangan Kerajaan 639 29.8

2 Kakitangan Bukan Kerajaan

596 27.8

3 Sendiri 375 17.5

4 Lain-Lain 531 24.8

Total 2141 100.0

Rajah 6 : Bilangan Responden Mengikut Status Pekerjaan

Pekerjaan seseorang individu juga mempengaruhi sifat atau

kecenderungan terhadap sesuatu amalan. Ini berdasarkan faktor

keselesaan dan kemampuan melalui jenis tugas serta pendapatan yang

diperoleh. Jadual 6 menunjukkan bahawa bilangan tertinggi responden

daripada kakitangan kerajaan seramai 639 orang (29.8 peratus).

Manakala responden daripada kakitangan bukan kerajaan yang

berkhidmat dengan agensi swasta adalah seramai 596 orang (27.8

peratus). Responden yang bekerja sendiri pula adalah seramai 375

orang (17.5 peratus). Terdapat seramai 531 orang responden (24.8

peratus) yang tidak bekerja. Mereka adalah dari kalangan pelajar, suri

rumah dan penganggur di kalangan belia.

0

200

400

600

800 639596

375531

29.8 27.817.5 24.8

Bilangan Responden

Peratus

Page 18: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

66

Kefahaman Belia Islam Mengenai Status Dan Perkembangan Syiah Di Selangor.

Status ajaran Syiah Selangor adalah diharamkan berdasarkan fatwa yang telah dikeluarkan pihak mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 24 september 1998 sedang telah memperkemas dan memperkasa fatwa yang dikeluarkan dendan fatwa yang baharu yang disiarkan pada 17 Oktober 2013 oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Namun ajaran ini masih berkembang di Selangor dalam pendidikan melalui sebaran maklumat berkaitan kepercayaan dan amalan Syiah melalui media cetak seperti buku-buku dan majalah, media sosial seperti Facebook, tajaan biasiswa pendidikan, dakwah daripada pensyarah-pensyarah di universiti awam dan swasta. Selain itu, pengaruh sejarah revolusi Iran 1979 yang menjadi faktor penghantaran pelajar Malaysia untuk belajar di Iran.

Page 19: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2015

67

Jadual 10 : Pengetahuan Responden Berkaitan Status dan Gerakan Syiah Di Selangor

No Item

Kekerapan & Peratus(N=2141)

Mean Std.

Deviation STS TS SS S SS

1 Kerajaan Negeri Selangor 2013 telah mewartakan bahawa ajaran Syiah haram di Selangor.

150 (7%)

61 (2.8%)

166 (7.8%)

443 (20.7%)

1321 (61.7%)

4.27 1.169

2 Beberapa buah hauzah (markaz) telah diwujudkan untuk penyebaran dan aktiviti Syiah.

707 (33%)

176 (8.2%)

348 (16.3%)

482 (22.5%)

428 (20%)

2.88 1.554

3 Syiah di Malaysia menggunakan media baru (Facebook, You tube dll) sebagai saluran penyebaran kepercayaan mereka.

432 (20.2%)

140 (6.5%)

375 (17.5%)

549 (25.6%)

645 (30.1%)

3.39 1.477

4 Ajaran Syiah turut berkembang melalui buku dan majalah seperti Meniti Titian

417 (19.5%)

146 (6.8%)

485 (22.7%)

540 (25.2%)

553 (25.8%)

3.30 1.444

Page 20: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2015

68

Kebenaran Mazhab Rasul & Mazhab Ahlul Bait.

5 Kerajaan Iran turut menyebarkan ajaran Syiah melalui tawaran biasiswa pendidikan.

436 (20.4%)

201 (9.4%)

559 (26.1%)

454 (21.2%)

491 (22.9%)

3.17 1.418

6 Terdapat beberapa orang pensyarah Institut Pengajian Tinggi yang giat menyebarkan ajaran Syiah.

395 (18.4%)

157 (7.3%)

480 (22.4%)

577 (27%)

532 (24.8%)

3.32 1.404

7 Revolusi Islam Iran Syiah 1979 menjadi faktor perkembangan Syiah di Malaysia.

303 (14.1%)

161 (7.5%)

596 (27.8%)

567 (26.5%)

515 (24.1%)

3.39 1.310

Jumlah Min Keseluruhan Kefahaman Responden Berkaitan Status dan Perkembangan Syiah

3.41 1.082

Page 21: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2015

69

Rajah 10 : Pengetahuan Responden Berkaitan Status dan Gerakan Syiah Di Selangor

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

1600

1800

2000

1 2 3 4 5 6 7

211

883

572 563637

552464

9.8 41.2 26.7 26.3 29.8 25.7 21.6

1930

1258

1569 15781504

15891677

90.2 58.8 73.3 73.7 70.2 74.3 78.4

Bil Tidak Setuju

Peratus Tidak setuju

Bil Setuju

Peratus Setuju

Page 22: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2015

70

Data di atas menunjukkan bahawa min keseluruhan kefahaman belia mengenai status dan perkembangan ajaran Syiah adalah 3.41 di tahap Sederhana Tinggi. Ini menjelaskan sebahagian besar belia mengetahui status dan gerakan ajaran Syiah di Selangor manakala sebahagian yang lain tidak memahaminya. Min yang tertinggi ialah 4.27 tahap tinggi di mana seramai 1930 orang (90.2 peratus) responden bersetuju dengan kenyataan kerajaan negeri Selangor pada tahun 2013 telah mewartakan bahawa ajaran Syiah adalah haram di Selangor. Ini bertepatan dengan Pindaan Sighah fatwa Fahaman Syiah telah difatwakan pada September 2013 dan telah diwartakan pada 17 Oktober 2013. Hanya 211 orang (9.8 responden) responden tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini menjelaskan kebanyakan belia mengetahui bahawa status ajaran Syiah adalah haram di Selangor. Min yang terendah pula ialah 2.88 di tahap sederhana rendah yang menunjukkan bahawa hanya 1258 orang (58.8 peratus) responden mengetahui beberapa buah hauzah (markaz) telah diwujudkan untuk penyebaran dan aktiviti Syiah. Ini kerana kedudukan atau penubuhan hauzah(markaz) tidak diluluskan pendaftarannya oleh persatuan pertubuhan serta kewujudannya di sesebuah kawasan dirahsiakan dan hanya penganut ajaran syiah yang boleh hadir. Hauzah (Markaz) ini digunakan untuk menyampaikan ajaran Syiah kepada penganut Syiah khususnya di Selangor. Kewujudan hauzah -hauzah ini tidak ditonjolkan dalam masyarakat untuk mengelakkan dari tindakan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor. Hanya 883 orang responden (41.2 peratus) di kalangan belia tidak mengetahuinya.

Gerakan ajaran Syiah melalui media sosial sebagai media yang baru sebagai saluran penyebaran kepercayaan Syiah. Ia bersifat bebas dan mudah diperoleh oleh belia di kalangan pelajar. Kajian menunjukkan 1569 orang (73.3 peratus) responden mengetahuinya berbanding 572 orang (26.7 peratus) responden yang tidak mengetahuinya. Penyebaran melalui media merupakan kaedah yang paling cepat untuk menyampaikan ajaran Syiah kepada belia.

Penyebaran melalui bahan bacaan buku dan majalah juga sangat mempengaruhi belia. Buku merupakan bahan bacaan asas dalam pendidikan. pula menunjukkan 1578 orang responden (73.7 peratus) responden mengetahuinya dan 563 orang (26.3 peratus) responden tidak mengetahuinya. Antara buku dan majalah yang popular di kalangan penganut Syiah ialah Meniti Titian Kebenaran Mazhab Rasul dan Mazhab Ahlul Bait, Inilah Khulafak Ar Rasyidin Rasul oleh Khair Izzah, Dialog Sunnah Syiah. oleh A.Syarafuddin al-Musawi, Akhirnya Ku Temui Kebenaran oleh Dr Muhammad al-Tijani, Minhaj kebenaran dan pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh Hassan bin Yusuf al-Mutahhar al-

Page 23: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

71

Hulliy diterjemahkan oleh Dr Lutpi Ibrahim, Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s? oleh Syeikh Mohd Amin al Antaki.Ahlu al- Bait oleh Dr Mahfuz Mohammad. Selain itu, terdapat buku yang diguna pakai dalam bidang pendidikan seperti novel Sebongkah Batu di Kuala Berang dan novel berjudul Perempuan Nan Bercinta oleh Faisal Tehrani yang telah diharamkan oleh pihak Jakim atas dakwaan mempunyai mesej Syiah. kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan Mutaah. Terdapat juga buku murid-murid tahun tiga hingga enam yang mengandungi unsur Syiah dalam mata pelajaran Khat di Sekolah Rendah Agama. Kontroversi tersebut membabitkan penghasilan kulit hadapan buku latihan berkenaan dengan paparan ayat berbahasa Arab yang membawa maksud ‘Setiap hari adalah hari Asyura dan setiap tanah adalah tanah karbala’. Ia dikatakan berunsur fahaman Syiah.

Selain itu, penyebaran ajaran Syiah juga berlaku di universiti-universiti melalui pensyarah dan tawaran pembiayaan pengajian dari kerajaan negara Iran. Kajian menunjukkan bahawa 1589 orang (74.3 peratus) responden bersetuju penyebaran ajaran Syiah melalui pensyarah-pensyarah di universiti dan 552 orang (25.7 peratus) responden tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini dapat dilihat melalui melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain, pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ulamak Syiah. Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi assignment dan menugaskan pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan terpengaruh dengannya

Di samping itu, seramai 1504 orang (70.2 peratus) responden mengetahui bahawa kerajaan negara Iran memberi tajaan biasiswa pengajian kepada rakyat Malaysia dalam usaha penyebaran ajaran Syiah manakala 637 orang (29.8 peratus) responden tidak mengetahuinya. Para pelajar yang meneruskan pengajian di Iran mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun dahulu lagi. Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-‘Atiq di Johor Bahru ke Pakitan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah Syiah dan akan mengembangkan dakyah Syiah di Malaysia.

Page 24: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

72

Melalui beberapa faktor yang dinyatakan, terdapat satu faktor utama perkembangan syiah di Malaysia umumnya ialah Revolusi Islam Iran Syiah 1979. Mereka menggunakan nama Islam sebagai pembaharuan dalam gerakan Islam sedunia. Bahkan penghantaran pelajar-pelajar Malaysia ke Qom, Iran membawa kesan yang besar dalam gerakan perkembangan ajaran Syiah di Malaysia dan Selangor. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa 1677 orang (78.4 peratus) responden mengetahui mengenainya dan seramai 464 orang (21.6 peratus) responden tidak menyedarinya. Tindakan Pihak Berwajib Dalam Menangani Gerakan Syiah Melalui Pendidikan. Hasil daripada temu bual yang telah dijalankan, Terdapat beberapa tindakan yang telah dilaksanakan oleh Pihak jabatan agama Islam negeri Selangor untuk menangani masalah ini. Tindakan-tindakan adalah seperti berikut : a. Program

i. Seminar Isu-Isu Akidah & Syariah (Penjelasan Fahaman Syiah) Peringkat Kebangsaan 27hb. April 2011.

ii. Diskusi Ilmiah mengenai penjelasan bahaya Syiah di peringkat daerah dan IPTA/IPTS.

iii. Program Memperkasa Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Bahaya Syiah

iv. Melalui khutbah Percanggahan Syiah Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah menetapkan tarikh-tarikh bacaan khutbah mengenai bahaya syiah pada tahun 2014.

v. Muzakarah mengenai perkahwinan syiah dengan sunni di Malaysia.

vi. Penjelasan mengenai modul akidah Negeri Selangor peringkat daerah di seluruh negeri Selangor

vii. Simposium Serantau Ahli Sunnah Wal Jamaah 2013 viii. Menjadualkan program-program penjelasan mengenai

penyelewengan Syiah pada tahun 2014

b. Fatwa Pindaan Sighah fatwa Fahaman Syiah telah difatwakan pada September 2013 dan telah diwartakan pada 17 Oktober 2013.

c. Serbuan/ Tindakan Undang-undang JAIS telah membuat beberapa kali serbuan program syiah dipremis Syiah Imamiyah di Taman Seri Gombak dan Ukay Perdana pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013. Termasuk premis Syiah Dawoodi Bohra

Page 25: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

73

di Klang. Tindakan undang –undang di buat atas kesalahan melanggar fatwa di bawah seksyen 12 (c), Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995.

d. Pemulihan

i. JAIS telah mengadakan muzakarah pakar bersama pengikut syiah Imamiyah pada tahun 2013 untuk mendapatkan penjelasan dan meminta agar kembali kepada ajaran Islam sebenar mengikut ahli Sunnah Wal Jamaah.

ii. JAIS juga telah merancang untuk mengadakan program pengukuhan Akidah pada tahun 2014 khususnya kepada mereka yang pernah ditangkap oleh JAIS termasuk kumpulan Syiah.

Rumusan Kajian Kajian menunjukkan faktor utama penyebaran Syiah di selangor adalah melalui pendidikan terhadap golonganbelia. Terdapat kemunculan kumpulan Syiah yang baru iaitu Syiah Ansar Imam Al Mahdi yang berpusat di Klang, Selangor. Perkembangan kumpulan Syiah di selangor didorong dengan peranan ahli akademik, penubuhan institusi pendidikan, penulisan dan penerbitan bahan bacaan dan sumbangan dana yang khusus untuk melatih kader bagi tujuan penyebaran syiah.

Manakala dari sudut kefahaman belia Islam pula, kajian menunjukkan tahap pengetahuan mereka mengenai gerakan Syiah melalui pendidikan di Selangor adalah baik. Kebanyakan mereka mengetahui bahawa terdapat gerakan Syiah dalam pendidikan melalui media sosial, bahan-bahan bercetak seperti buku, novel dan majalah yang diminati oleh golongan belia Islam. Terdapat juga beberapa pensyarah Institut pengajian Tinggi yang berfahaman Syiah dan tajaan biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di Iran. Ini menunjukkan kesedaran mereka terhadap keberadaan dan ancaman fahaman syiah melalui gerakan secara kumpulan atau individu.

Manakala tindakan pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Selangor dalam membanteras ajaran Syiah di Selangor adalah melalui penganjuran program Seminar Isu-Isu Akidah & Syariah (Penjelasan Fahaman Syiah) di Peringkat Kebangsaan, Diskusi Ilmiah, Muzakarah,Penggubalan Fatwa Pengharaman Syiah, Serbuan Pihak Penguasa Jabatan Agama terhadap program Syiah di primis mereka, penangkapan

Page 26: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

74

penggerak fahaman syiah serta program pemulihan dengan mengadakan muzakarah pakar bersama pengikut syiah.

Implikasi dapatan data dari kajian syiah ini membolehkan pihak

jabatan agama Islam negeri Selangor, JAKIM dan negeri-negeri yang lain serta pihak NGO untuk bekerjasama untuk menghalang gerakan fahaman Syiah di Malaysia dan mencadangkan untuk pihak kerajaan membuat dasar khusus melalui pendidikan untuk mengharamkan unsur-unsur syiah dalam sebarang penulisan dan penerbitan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Dalam Negeri. Rujukan Ahmad Faidzurrahim. 2013. Darah syiah membongkar pengkhianatan dan

kezaliman syiah. Kuala Lumpur: Darul Taklim. Allamah Sayyid Muhammad Husayn Tabatabai. 1989. Shi’a. Terj. Sayyid

Husayn Nasr. Iran: Ansariyan Publications. Al-Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-Syabab Al-Islamy. 1989. al-Mausu’ah al-

Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riyad : al-Mamlakah al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah,.

Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, JAIS Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh. Shah Alam : Jabatan Agama Islam Selangor

Berita harian 23 April 2014 Buletin Selangor Kini 11 April 2014. Burns, R.B. 2000. Introduction to Research Methods. London : Sage

Publication Harian Metro. 22 sept 2013 Hafiz Abd Basir.2016. The Preaching Of Twelves Shiah Imami In Malaysia

And The Efforts Of The Sunnis And The Community In Facing The -Study Of Theology- King saud University.

Hassan Langgulung. 1987. Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Husain Al-Musawi.2008. Kenapa aku meninggalkan syiah?. Terj. Mohd Firdaus Hat, Abdul Hadi Awang, Mohd Nazrul Abd. Nasir & Mohamad Rosli Talib. Kedah Al-Muttaqin Media.

Ibnu Umar. 1987. Hukum-hukum Islam terhadap shiah. Kuala Lumpur: Virtue Publications.

Page 27: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

75

Ihsan Ilahi Dhahir. 2002. Virus syi’ah sejarah alienisme sekte. Indonesia: Darul-Falah.

Kamaluddin Nurdin Marjuni. 2013. Agenda politik syiah dendam warisan dalam mencari pemimpin umat. Selangor: PTS Millennia Sdn.Bhd.

Khairul Anuar Bin Jairi. 2015. Temu bual bersama Pegawai Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor. 15 Januari 2015.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Penerbit UTM

Mohd Fikri Che Hussain. 2013. Ancaman syiah membongkar sandowara kesesatan. Pahang: Best Seller Publication.

Mohd Haidhar bin Kamarzaman. 2011. Syi’ah di Selangor. Tesis Sarjana Muda Pengajian Islam, Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. Kemunculan budaya syiah di alam melayu: satu kajian awal. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN IV): Ulama Pemacu Transformasi Negara,hlm. 305-314.

Mohd Samsuddin Harun, Azmul Fahimi Kamaluddin, Mohd Farid Mat Zain & Eeman Muhammad Abbas. 2013. Reaksi kelas menengah melayu di Malaysia terhadap revolusi Iran 1979: satu tinjauan awal. Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam, hlm.356-371.

Muhamad Faisal Ashaari, Mohd Naim Saad, Anuar Puteh & Abu Darda Mohamad. 2013. Isu-isu seputar di facebook pro-syiah Malaysia. Prosiding Nadwah Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa, hlm. 400-405.

Muhammad ‘Asri Yusoff. 2006. Syiah rafidah di antara kecuaian ‘ulama’ dan kebingungan ummah. Kelantan: Pustaka Bisyarah.

Muhammad Al-Tijani Al-Samawi.1995. Akhirnya kutemukan kebenaran kisah pengembaraan kerohanian dan mencari ilmu. Petaling Jaya: Kumpulan Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa.

Muhammad Thalib. 2013. Syiah menyingkap pemesongan fahaman Islam. Johor: Bumi Restu Creative Sdn.Bhd.

Musa Al-Musawi. 1998. Dedah fahaman syiah. Terj. Udah Mohsin, Mohd Zawawi Abdullah & Mudasir Rosdar. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Nik Yusof bin Nik 2014. Temu bual bersama Bahagian Dakwah JAKIM. 20 Mei 2014.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd

Page 28: JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · borang soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan data.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam

ISSN 1823-7126 / e-ISSN 0127-8002 BIL 9, ISU II: 2016

76

Norfaisal Bin Leman. 2014. Temu bual bersama Pegawai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam. 19 Mei 2014.

Sabaruddin Hussein.2014. Yahudi, syiah dan dajal. Selangor: PTS Islamika Sdn.Bhd.

Sahrom bin Maaruf . 2014. Temu bual bersama Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor. 13 April 2014.

Sinar Harian, 20 Nov 2016 Sulaiman Nordin, Mohd Zawawi Abdullah & Mohamad Sabri Haron (pnyt.).

1996. Syiah imamiyah mazhab ke 5?. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sulaiman Nordin, Mohd Zawawi Abdullah & Mohamad Sabri Haron (pnyt.). 2009. Syiah imamiyah mazhab ke 5?. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Ahmad al Hassan, 2012. Kitab al Tauhid. Najaf. Ansar Imam al Mahdi. t.pt

Tuan Che Mat bin Che min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculan, Bahayanya, Pemulihannya, Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, ctk 1, 1994,

Utusan online 16 dis 2013 Wan Zahidi Wan Teh & Syeikh Mahmood Sa’ad Nasih. 2013. Mengenal

hakikat syiah. Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.

Warta Kerajaan Negeri Selangor. 2013. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Fatwa di bawah Subseksyen 50(1).

Warta Kerajaan Negeri Selangor. 2013. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Fatwa di bawah Subseksyen 47(1).

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM. 2013. Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia